Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 10 Ogos 2014

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS MALAYSIA DALAM ISU MENTERI BESAR

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA PAS MALAYSIA DALAM ISU MENTERI BESAR

10hb Ogos 2014

Pemecatan Tan Sri Khalid Bin Ibrahim sebagai ahli PKR menyebabkan Menteri Besar Selangor bukan lagi ahli Pakatan Rakyat (PR). Pentadbiran kerajaan negeri dalam keadaan yang tidak stabil. Pemuda PAS sangat khuatir ruang ini akan dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka dengan mewujudkan kekacauan dalam Negeri Selangor agar Dewan Undangan Negeri dapat dibubarkan. Justru dicadangkan Jawatankuasa Krisis MB Selangor perlu diwujudkan segera oleh PR bagi menangani masalah yang akan berlaku.


Setelah berlaku pemecatan ini, maka cadangan Pemuda PR untuk mengadakan pertemuan 8 mata sudah menjadi pertemuan 6 mata. Pemuda PAS difahamkan bahawa semangat pertemuan ini telah dan akan dilaksanakan oleh pimpinan utama PR. 

Berdasarkan pengalaman krisis Kerajaan Negeri Perak tahun 2009, masa adalah terlalu pantas pada waktu ini. Masa boleh menjadi pedang kepada PR. Pemuda PAS mendesak agar konflik ini dapat ditangani dengan segera secara harmoni melalui majlis Presiden PR. Pemuda PAS bersedia menerima apa juga arahan melalui kepimpinan tertinggi PAS bagi menyelesaikan kemelut ini.

Saya memberi arahan kepada semua anggota pemuda PAS di seluruh Negara agar bertenang, bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan dan tunggu arahan dari Pejabat Pemuda PAS Malaysia. Jangan bertindak secara sendirian dan menambah sulit terhadap krisis yang sedang berlaku. 

Dalam mesyuarat Pemuda PAS Malaysia pada sabtu 9hb Ogos 2014, Pemuda PAS Malaysia telah bersetuju menyokong usaha memperteguh PR seperti yang dipertegaskan oleh Majlis Syura Ulama(MSU) dan bersedia menjadi pendamai kepada krisis yang sedang berlaku. 

SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

Tiada ulasan: