Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 9 September 2014

Boikot Yahudi Hanya hangat-hangat tahi ayam

SHAH ALAM - Rakyat di negara ini disifatkan tidak konsisten dan hanya hangat-hangat tahi ayam dalam memboikot produk yang ada kaitan dengan Israel. Pengerusi Aqsa Syarif, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, penindasan rejim Zionis yang sudah mulai reda di Gaza menyebabkan masyarakat kembali membeli barangan yang telah diboikot dahulu. “Masyarakat perlu sedar bahawa Israel tidak akan berhenti daripada terus menjajah bumi Palestin dan tindakan masyarakat yang kembali membeli dan menyokong produk Israel adalah satu tindakan yang mengecewakan. “Untuk membebaskan bumi Palestin, kita memerlukan perjuangan berterusan dalam bentuk sumbangan dan penglibatan dalam kempen boikot," katanya. 


 Menurutnya, kebanyakan masyarakat tersilap dalam mengaplikasikan kempen boikot menyebabkan mereka tidak mampu meneruskannya secara konsisten. “Boikot lebih kepada mewujudkan kesedaran serta kesan jangka panjang selain bertujuan supaya syarikat yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada Israel mengubah polisi mereka itu. “Kerana itu, awal-awal lagi kami telah menyeru kepada masyarakat untuk boikot atas dasar kefahaman dan ilmu, bukannya secara emosi. 

    Apabila boikot guna emosi, perkara sebegini yang berlaku. Sesudah berakhirnya serangan, mereka kembali ambil pendirian untuk tidak boikot,” katanya. Katanya lagi, mereka yang sedar akan tanggungjawab memboikot akan dapat memastikan penindasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza berakhir.

Tiada ulasan: