Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 9 September 2014

Pasangan Kembar Nyaris Diculik

AYER KEROH - Sepasang kanak-kanak kembar tahun tiga nyaris menjadi mangsa culik setelah diumpan gula-gula dan cuba dibawa lari dua lelaki bermotosikal ketika pulang dari sekolah di Masjid Tanah, pada 3 September lalu. Dalam kejadian jam 1.53 petang itu, Nur Athirah dan Nur Atikah Saiful Raffeei, 9, berjalan pulang ke rumah mereka di Taman Bidara Permai, kira-kira 75 meter dari sekolah. Sebaik tiba di persimpangan berhampiran rumah mereka, dua beradik itu dihampiri dua lelaki menaiki motosikal dan menawarkan gula-gula kepada mereka. Menurut Nur Athirah, dia terdengar seorang daripada lelaki itu menyebut mahu menangkap mereka, mereka menjadi takut dan lari.


 “Mulanya, seorang lelaki itu sebut, 'sekarang tak ada orang, jom kita tangkap budak ini’. Kami takut dan menangis bila dia datang beri gula-gula. “Lepas itu dia bagi tahu kami jangan lari. Ada orang kedai lihat saya lari dan suruh kami selamatkan diri,” katanya ketika menceritakan detik cemas itu kepada Pengarah Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) Melaka, Amir Hamzah Aziz. Sementara itu, bapa tiri mangsa, Dr Ainul Adzellie Hasnul, 42, berkata, ketika kejadian itu, dia baru sahaja sampai ke rumah dan melihat kedua kanak-kanak tersebut menangis ketakutan. “Biasanya ibu mereka akan hantar dan ambil setiap hari tetapi oleh kerana isteri saya kini menunggu masa untuk bersalin di hospital, jadi mereka pulang sendiri. Kawasan di taman ini biasanya ramai orang lalu lalang. Tidak sangka pula kejadian ini berlaku," katanya.

 Dalam pada itu, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz turut mengingatkan agar pengawal keselamatan sekolah dapat memainkan peranan lebih bagi memastikan keselamatan murid-murid ketika di pekarangan sekolah. “Kalau boleh setiap kanak-kanak dibekalkan wisel supaya dapat meniupnya sekiranya berlaku kejadian seumpama itu bagi mendapatkan perhatian orang ramai,” katanya.

Tiada ulasan: