Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 14 September 2014

Harga Rumah Di Malaysia Termahal

KUALA LUMPUR: Isu kenaikan harga rumah semakin mendapat perhatian masyarakat di negara ini, kata Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan. Kataya, peningkatan harga rumah pada suku pertama tahun ini kepada RM276,000 seunit membuktikan kebimbangan tersebut. Menurut beliau lagi, meskipun lonjakan kenaikan tersebut secara relatifnya lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya, namun paras harga itu melebihi paras kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.


 Tambahan pula, katanya laporan Indeks Harga Rumah daripada firma penyelidikan Global Knight Frank yang dibentangkan pada Jun 2014 yang lalu menunjukkan Malaysia berada pada tempat ke-15 dalam senarai negara yang mencatatkan kenaikan harga rumah tertinggi sepanjang suku pertama tahun ini dengan kenaikan sebanyak 8 peratus. Laporan tersebut, tambah beliau menunjukkan Malaysia berada di bawah China, Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia dan beberapa negara yang lain. 

 Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, UAE, China dan Estonia pula berada pada senarai tiga tertinggi iaitu masing-masing dengan kenaikan 27.7 peratus, 17.5 peratus dan 16.2 peratus. "Apa yang membimbangkan saya adalah sikap kerajaan yang tidak memandang serius bagi menangani masalah kenaikan harga rumah yang berlaku saban tahun," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, penggelembungan dalam pasaran harga rumah atau kediaman tidak boleh dipandang enteng oleh kerajaan. Beliau berkata, apabila permintaan terhadap rumah tidak seiring dengan pembangunan perumahan, ia boleh mengakibatkan harga rumah meningkat secara mendadak. 

 Justeru, kata Nasrudin kerajaan seharusnya peka dengan permintaan domestik yang mahukan kawalan harga rumah yang lebih konsisten termasuk penambahbaikan dalam pengangkutan awam. Menurutnya, perlaksanaan sistem cukai GST pada April 2015 juga dibimbangi akan terus memberikan impak negatif kepada pasaran hartanah di negara ini. "Sudah pasti kenaikan pada harga rumah akan berlaku dengan perlaksanaan GST kelak. "Akhirnya, golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah akan merasai keperitan ini," ujarnya. - HARAKAHDAILY

2 ulasan:

ROHAYA M NOOR berkata...

Bukan rumah tp manipulasi harga tanah.Satu kaki persegi di Johor sampai rm800

ROHAYA M NOOR berkata...

Bukan rumah tp manipulasi harga tanah.Satu kaki persegi di Johor sampai rm800.Kau jgn sebut nanti derhaka