Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 7 September 2014

Isu MB Selangor : Penjelasan Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Berikut adalah antara petikan ucapan dan jawapan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung isu calon Menteri Besar Selangor ketika pada majlis dialog di Dewan Tok Guru di Rusila, Terengganu semalam. 

 1. Kuasa Presiden PAS dalam perlembagaan parti 

 Soalan yang pertama yang mengatakan bahawa pemimpin dimintak hantar dua nama, itu tak betul. Dia minta hantar lebih daripada dua nama. Itu surat daripada istana. Surat tu ditujukan kepada ketua-ketua parti, tak ditujukan kepada ahli-ahli jawatankuasa. Bermakna ketua-ketua parti yang berhak untuk sign (tandatangan) surat tu. Orang lain daripada ketua parti tak boleh tandatangan surat ni. Hebat jugak ni, laku tandatangan ni. Lepas tu, yang keduanya, budi bicara. Kita dalam parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan, Perlembagaan PAS mengatakan Presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, Timbalan, Naib-Naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat oleh Presiden. Ini perlembagaan parti, mengatakan demikian.
 

Dengan sebab itu, suka nak disebut di sini bahawa sepanjang kita memerintah tahun 1959, memerintah Terengganu dengan Kelantan, terus sampai tahun 1978, sejak saya ikuti dalam Jawatankuasa PAS Pusat dalam tahun 1978, di mana perlantikan Menteri Besar ni tak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Presiden parti yang buat keputusan, beberapa orang. Termasuklah bila kita menang di Kelantan tahun 1990, di mana Ustaz Fadzil telefon kat saya, telefon kepada Setiausaha Agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar, kita lantik terus, hantar surat, Ustaz Fadzil pun sign, Presiden yang sign surat tu, tak perlu rujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Begitulah bila kita menang tahun 1995 tahun 1999, menang Terengganu, tak dibuat Mesyuarat (Jawatankuasa PAS) Pusat. Ini diberi kepada pimpinan-pimpinan utama untuk membuat keputusan kerana kita kena sedar memerlukan masa yang cepat.”

 2. Sebab kenapa hantar tiga nama

 Mengapa PAS hantar tiga nama sedangkan keputusan mesyuarat suruh hantar satu nama? Keputusan mesyuarat suruh hantar satu nama, PAS mintak nak hantar dua nama, tak boleh, kena hantar satu nama jugak, nak paksa PAS. Kalau hantar satu nama, Sultan nak pilih macam mana, satu saja nak suruh Sultan pilih, hantar satu nama, nak pilih macam mana? Kemudian kita terima surat daripada istana. Istana tulis surat kepada saya, semua parti hendaklah menghantar lebih daripada dua nama. Sultan suruh hantar lebih daripada dua nama, bila suruh hantar lebih daripada dua nama, lebih daripada dua nama ni berapa? Tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, boleh hantar berapa banyak. 

Kalau kita gi hantar satu nama dua nama, Tuanku tulis surat suruh hantar lebih daripada dua nama, orang kata kita tak reti bahasa. Surat suruh hantar lebih daripada dua nama, itu surat daripada istana, suruh hantar lebih daripada dua nama, kita kena hantar lebih daripada dualah. Jadi PAS reti, orang lain terpulang kepada dia nak hantar satu dua pun. Jadi orang PAS ni nak suruh pemimpin bodohkah? Orang suruh hantar lebih daripada dua, pergi hantar satu nama? Kita pemimpin PAS tak sampai ke tangga tu.

 3. Tolak calon MB bukan sebab perempuan 

 Kemudian perlantikan perempuan sebagai Menteri Besar, adakah sebab ini. Dia nak lantik pemimpin ini banyak syarat-syarat dia. Antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan, kelayakannya untuk jadi pemimpin. Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh. Jadi syarat-syarat ni dah tak lepas, bila tak lepas syarat ni maka tak boleh jadi pemimpin, bukan dengan sebab perempuan dengan sebab lelaki... Jadi, yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor tu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu. Tak boleh, tak mampu untuk mengendalikan pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga Negeri Selangor. Itu yang sebenarnya. Bukan dengan sebab dia perempuan.

 4. Dukung konsep raja berpelembagaan 

 Kita kena berpegang bahawa Pakatan Rakyat berpijak di atas asas-asas yang termaktub di dalam Perlembagaan (Persekutuan). Yang pertama, mendukung demokrasi. Yang kedua, memegang konsep dan prinsip Islam agama Persekutuan. Yang ketiga ialah raja berperlembagaan. Bukan saja dilihat Islamnya, termasuk raja berperlembagaan. Kita tak boleh buat raja macam tunggul kayu, tidak boleh, peranan raja ada. Tapi ada kalangan puak-puak kita ni nak buat raja macam tunggul kayu, itu tidak boleh, tak boleh, tak izin sekali-kali. Kita tak boleh letak raja ni, huduh macam mana pun, nak buat dia macam tunggul kayu tak boleh, tidak boleh, ini mesti ada peranan dia. Bukan kerana saya fanatik, taksub, tidak. Akhlak kena begitu, terutamanya akhlak kita orang Melayu sebagai orang Islam. Ini kita kena faham. 

 5. TSKI dipanggil mengadap panel Majlis Pakatan Rakyat 

 Diputuskan supaya Menteri Besar Selangor dihadapkan ke dalam panel Majlis Pakatan Rakyat, Majlis Presiden, dibuat malam Jumaat. Saya kata, hari Jumaat saya mengajar. Nak buat malam Jumaat susah, hari Jumaat saya mengajar. Saya baru balik daripada luar negara, baru lagi tinggal kuliah Jumaat pah tu nak tinggal pulak, ini susah. Saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk menjadi ahli panel yang sama, PAS tiga orang, DAP tiga orang, PKR tiga orang. Jadi wakil untuk berdepan dengan Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor. Daripada PAS Datuk Mustafa Ali, Salahudin Ayub, Naib Presiden (dan) saya. Daripada PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution (dan) Rafizi. Daripada DAP Lim Kit Siang, Tony Pua (dan) Anthony Loke. Berdepan dengan Tan Sri Khalid.

 Dikemukakan soalan-soalan dan beliau jawab soalan-soalan itu. Semua soalan dijawab dan beliau lepas jawab. Jawapan dia lepas. Sehingga tak ada hujah bagi pihak yang menyoal dia. Semua yang hadir bersetuju dengan jawapan-jawapan dia. Didapati dia perlu dibantu untuk menyelesaikan masalah Selangor, itu keputusannya. 

 6. Tubuh parti baru 

 Penubuhan parti baru, ini perkara biasa. Dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa dia nak tubuh parti, sila tubuh. Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia berasa nak tubuh parti, sila. Baik dia keluar dia tubuh parti dia sendiri, senang. Tak payah duduk di dalam. Di dalam kalau ada nyamuk seekor tak nyenyak tidur juga kita pun. Itu dia, senang. Nak tubuh parti, sila.

Tiada ulasan: