Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 7 September 2014

Permurnian JAMAAH dan Muhasabah AHLI PAS.

Mutakhir ini dilihat PAS sedikit bergolak dalamannya. Ahli Pas rata-rata bijak berbicara, berhujjah, berpolitik dan bertelingkah sesama sendiri mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu yang menyebabkannya sebegitu. Maka risalah ini sebagai satu usaha mengembalikan kejernihan apabila kita mengenalpasti apakah punca penyakit ini sekaligus dapat merawatnya. Disini disenaraikan 20 perkara itu untuk dikoreksi oleh semua kita AHLI PAS.

 1. AHLI PAS duduk dalam jamaah Islam tapi tidak berjamaah dalam solat. Sedangkan kepimpinan dan jamaah dididik daripada solat berjamaah dan diperolehi keberkatan dengan solat. Falsafah yang bermakna daripada solat berjamaah sebenarnya mendidik dan membentuk jiwa orang Islam dan pejuang yang mantap. Dalam sejarah pernah dikhabarkan bahawa dalam satu peperangan, musuh pernah menyerah kalah kerana melihat tentera Islam solat berjamaah. 


 2. AHLI PAS tidak menghadiri majlis ilmu di surau dan masjid. Walau ada yang mengatakan bahawa kuliah surau dan masjid tidak diajar ilmu haraki, namun ilmu turath dan ilmu Islam fardu ain wajib dihadami oleh ahli. Contoh, kalau disoal kepada ahli Pas secara rawak tentang asas hukum feqah solat, nescaya pasti ada yang tidak mampu menjawabnya. Tapi kalau ditanya tentang hal politik laju saja jawabnya. Faqih dalam agama ada ciri baiknya diri seseorang.

 Sabda Nabi s.a.w., daripada Saidina Umar Al Khattab, ".. من يُردِ اللهُ به خيرًا يُفهِّمْه وفي لفظٍ : يُفقِّهْه وفي لفظٍ من يُردِ اللهُ يهْدِه يُفقِّهْه في الدِّينِ "..barangsiapa yang diinginkan Allah dia menjadi orang yang baik, diberi kefahaman dalam agamanya.." 

 3. AHLI PAS tidak berdampingan dengan ulamak. Mereka kebanyakannya berdamping dengan orang yang jahil dan mendengar pandangan daripada juhala' dalam meneliti sesuatu perkara dan isu. Bukankah ulamak adalah pewaris Nabi s.a.w. Apabila begitu jadinya, maka mereka telah termasuk golongan yang diingatkan Nabi s.a.w. "... فإذا لم يبقَ عالمٌ اتَّخذ النّ َاسُ رءوسًا جُهَّالًا فسُئلوا بغيرِ علمٍ فضلُّوا وأضلُّوا..." "

..Apabila tiada lagi orang alim, manusia mengambil pemimpin jahil sebagai rujukan, lalu mereka ditanya, hal mereka jahil, maka mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain.." Tuntutan ini bukan kerana individu dan batang tubuh ulamak, tetapi kerana kefahaman dan ilmu agama yang diamanahkan Allah sw.t. ada pada mereka. FirmanNya,  surah Fathir 28, إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ "..Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.." 

 4. AHLI PAS kurang membaca al Quran malah memahami al Quran dan mengamalkannya amatlah jauh sekali. Ada beranggapan bahawa memahami al Quran tugas ustaz dan ulamak, ini sikap negatif yang tidak sepatutnya ada pada pejuang Islam. Pejuang Islam sandarannya adalah Al Quran dan Hadis. Kalau ini dijauhi, keberkatan perjuangan dan pejuang itu akan lenyap. Lihatlah ikrar pejuang Islam yang sering diungkap, القران هو دستورنا Al Quran itu dustur dan rujukan kami 5. AHLI PAS menjauhi solat subuh dan isyak berjamaah. Sedangkan Nabi s.a.w. mengancam kepada kita bahawa mereka yang terlalu berat solat subuh dan isyak berjamaah seperti golongan munafik. قَالَ رَسُـولُ اللهِ (ص) ﴿ إِنَّ أَثْـقَلَ صَـلاَةٍ عَلىَ الْمُنَافِـقِينَ صَـلاَةُ الْعِـشَاءِ وَصَـلاَةُ الْفَـجْرِ، Dari sahabat Abu Hurairah r.hu dia berkata, bahwasanya Rasulullah saw telah bersabda, “Sesungguhnya shalat yang paling berat bagi orang munafik, adalah shalat isya’ dan subuh [berjamaah]." 

 6. AHLI PAS tidak mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Sedangkan pejuang Islam ialah mereka yang mencintai Nabi s.a.w. sebagai contoh teladan. Mencintai Nabi s.a.w. adalah dengan mencintai sunnahnya. Sabda Nabi s.a.w. عليكم بسنَّتي وسنَّةِ الخلفاءِ الراشدينَ المهديِّينَ بعدي ، عضُّوا عليها بالنَّواجذِ Hendaklah kamu ikut Sunnahku dan Sunnah Khulafa' yang diberi bijaksana dan diberi petunjuk sesudahku. Gigitlah dengan geraham.(berpegang dengan erat) Terutamanya pada zam an fitnah, pejuang Islam yakni Ahli Pas merekalah yang terkedepan dan sepatutnya yang menghidupkan dan mempertahankan Sunnah Nabi s.a.w. 

 7. AHLI PAS banyak melepak. Bukannya salah untuk memasyarakatkan diri dengan masyarakat dan orang ramai seperti berada di warung, kedai mamak dan restoran. Adakalanya kelihatan Ahli Pas masih berada di tempat sebegini sekalipun datangnya waktu solat dan kedengaran azan. Membuang masa itu bukan daripada sifat pejuang Islam. Pejuang Islam sentiasa mengisi masa mereka dengan perkara mulia dan faedah. Firman Allah, Surah Al Asr ِ وَالْعَصْرِ "..Demi Masa!.." Bersambung.... 

Oleh : Alfaqir Ila Robbihi Ust Muhd Najhan Abd Halim Setiausaha Lajnah Penerangan 
DUPP 
6 Sept 2014 / 11 Zulkaedah 1435h. 
Gombak.

Tiada ulasan: