Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 14 September 2014

PRK N01 PENGKALAN KUBUR : CARA KOTOR LAGI MENJIJIKKAN

TUMPAT: Umno kini dilihat bermati-matian mempertahankan Dun Pengkalan Kubor sehingga terpaksa menggunakan khidmat cybertrooper dan pengedaran cakera padat (VCD) bagi memburukkan PAS. Terbaru siber tropper Umno menggunakan isu ketidakhadiran pemimpin utama DAP pada perarakan penamaan calon semalam bagi menggambarkan hubungan dingin dalam Pakatan Rakyat. Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, ada penduduk menemui VCD yang mempersoalkan tahaluf siyasi PAS bersama parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat. 


 Katanya turut dijelaskan dalam VCD tersebut Umno lebih awal mengadakan tahaluf siyasi dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN). “VCD yang diedarkan di merata tempat di kawasan Pengkalan Kubor sempena kempen pilihan raya kecil sekarang. Saya harap pengundi tidak mudah terpengaruh dengan propaganda tersebut,” katanya di sini. Umno juga terpaksa menggunakan gambar calon BN, Mat Razi Mat Ail dengan memakai serban dan jubah sambil berdoa diletak di tepi-tepi jalan. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud berkata, jarang berlaku seseorang yang memakai serban dan berjubah berada dalam perjuangan Umno. 

 “Orang yang pakai serban kebiasaannya mereka lebih faham ilmu agama dan bukan sekadar pandai mengajar qiraati sahaja. “Kalau nak bagi nampak hebat janganlah pula meniru bulat-bulat gaya Tok Guru Nik Aziz berdoa sebagai bahan kempen pilihan raya,” katanya pada ceramah di Kampung Tebing malam tadi. Kempen yang masuk hari kedua hari ini tambah rancak dengan ceramah kedua-dua pihak diadakan malam tadi. PAS mengadakan ceramah di Kampung Simpangan, Kampung Geting dan Bunohan. 

 Ceramah tersebut membabitkan pemimpin-pemimpin utama PAS iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib-Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Husam Musa. Umno pula mengadakan ceramah di Pengkalan Kubor. Petugas parti pula sibuk mempersiapkan markas dan pos parti. Kempen PAS tambah rancak dengan kemunculan akhbar harian yang dikenali sebagai Pengkalan Kubor Kito, mulai diedar kepada orang ramai mulai semalam. 

 Keluaran pertama yang memaparkan tajuk “Wan Rosdi harapan rakyat” diedarkan berpusat di Markas Besar Pengkalan Kubor di Kampung Geting. Akhbar harian itu diterbitkan Lajnah Penerangan Badan Perhubungan PAS Kelantan turut diedarkan petugas kalangan anak-anak muda kepada orang ramai. Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kehadiran akhbar harian setebal empat halaman itu sekurang-kurangnya dapat memuatkan maklumat terkini kempen kepada pengundi. “Setidak-tidaknya ia dapat menyaingi berita propaganda dimuat dalam akhbar harian milik Umno,” katanya. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: