Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 19 September 2014

Tegur Pimpinan Dalam Pemilihan Tahun Depan

BATU PAHAT – Semua ahli Pas diseru menjaga adab dan akhlak dalam melahirkan rasa tidak setuju kepada mana-mana OI atau tindak tanduk pimpinan parti itu. Perwakilan Selangor, Sallehin Mukhyi berkata, meskipun ahli-ahli tidak bersetuju dengan mana-mana pimpinan, rasa hormat itu perlu tetap ditunjukkan. “Selangor memandang serius beberapa tindak tanduk dan kenyataan-kenyataan yang dibuat dalam bentuk penghinaan ataupun tidak begitu berakhlak dan beradab kepada pimpina. “Biar siapapun mereka yang berada di atas, mereka adalah yang kita pilih dan kita lantik. Setuju atau tidak dengan mereka, adab dalam jemaah perlu dijaga. Kita hadapi dengan sabar dan hujah yang baik serta akhlak yang baik,” katanya ketika membahas Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Pas ke-60 di sini, semalam. 


 Malah menurutnya, semua ahli boleh menunjukkan kuasa pilihan mereka melalui pemilihan pada tahun depan. “Kita tak ada masalah sebab kita akan menghadapi pemilihan dua tahun sekali. Kalau tua
n-tuan rasa tidak setuju dengan beberapa tindakan pimpinan-pimpinan kita yang berada di atas, tunggu tahun depan. “Kalau tak setuju, jangan diangkat mereka sebagai pimpinan pada masa akan datang,” katanya. Namun, Sallehin yang juga Exco Hal Ehwal Islam; Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, turut mengingatkan pimpinan Pas agar turut menghormati sesama pimpinan. “Tapi kita juga nak ingatkan, sesama pimpinan kita juga perlu menjaga akhlak. “Kalau mereka tidak setuju dengan pimpinan yang lain, zahirkan rasa tidak setuju itu dengan cara yang berakhlak dan beradab dalam jemaah. Itu yang diajar oleh kita dalam gerakan Islam,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal keputuan Pas yang mengarahkan agar empat Exconya kekal dalam pentadbiran negeri Selangor di mana pada akhirnya, keputusan itu memberi hasil yang positif. “Walaupun kita (empat Exco) mendapat pelbagai sindiran dari rakan-rakan kita tapi kita tetap menyatakan bahawa empat Exco ini lah yang kita akan menjadi benteng terakhir untuk kita mempertahankan kerajaan PR di negeri Selangor itu sendiri. “Kami mengucapkan terima kasih di atas keputusan-keputusan yang dibuat oleh Pas Pusat kepada kami. Apa yang kami bertahan sekarang kerana keputusan itu dan akhirnya kami melihat bahawa keputusan yang dicapai oleh Pas Pusat ada kebijaksanaan dan kebenaran pada akhirnya. Hari ini kita boleh mempertahankan kerajaan PR,” katanya.

Tiada ulasan: