Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 19 September 2014

Teguran PAS Perkukuh Pakatan Rakyat

BATU PAHAT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak melihat teguran Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai satu amaran sebaliknya ia adalah penegasan bahawa PAS akan terus beristiqamah dengan Pakatan Rakyat. Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, penegasan itu sudah tentunya akan membantu hubungan dan kerjasama yang baik dengan Pakatan Rakyat. Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya hari ini menegaskan akan terus bertahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat selagi tidak melanggar syarat persepakatan yang dipersetujui bersama. "Saya tidak anggap sebagai amaran, ia adalah penegasan Presiden PAS yang menjawab pelbagai persoalan bahawa PAS akan terus beristiqamah dengan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.


 Malah katanya, ramai yang ternanti-nanti penegasan ini kerana ia membantu dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat apatah lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya kecil Pengkalan Kubor. "Penegasan ini sudah dijangka kerana ketika ini ada timbul beberapa pertikaian beberapa isu, sepatutnya presiden parti yang harus mengemukakan pandangan dan penyelesaian," katanya. Turut bersama dalam perasmian Muktamar ini ialah Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa wakil PKR di peringkat negeri dan cabang. Muktamar PAS Pusat kali ke-60 yang bermula pada ini dihadiri hampir 5,000 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara, tema yang di pilih pada kali ini adalah Terus Beristiqamah.

Tiada ulasan: