Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 19 September 2014

Teguran Buat Cybertroopers : Guna Pada Jalan Yang Betul

BATU PAHAT: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan seluruh ahli PAS agar menggunakan media sosial untuk tujuan dakwah memperbetulkan manusia ke jalan yang benar. Beliau menegaskan, media sosial bukan untuk tujuan menyerang sesama sendiri sehingga menimbulkan perpecahan. "PAS bukan sahaja diserang bertubi-tubi oleh media arus perdana yang masuk ke setiap rumah sehingga mewujudkan situasi tidak seimbang di kalangan rakyat. "Malah serangan dikalangan ahli-ahli PAS sendiri lebih teruk lagi menggunakan media sosial terutama FB, Twitter dan sebagainya seolah-olah mereka yang terlibat dalam perang siber ini sudah hilang punca," katanya.


 Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini hari ini. Usta Abdul Hadi juga turut mengingatkan agar pimpinan dan ahli PAS agar bertanggungjawab dengan maklumat yang berpunca dari diri mereka sendiri. Sementara itu, beliau juga mahu organ parti Harakah dan Harakahdaily dikembangkan kandungan dan capaiannya terutama dalam menghadapi fenomena ledakan maklumat perang siber sekarang. Lebih penting katanya organ parti termasuk radio internet hijau.fm perlu berusaha membentuk fikrah dan menyampaikan maklumat berdasarkan acuan parti yang telah distrategikan kepada pengundi senyap untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Beliau juga turut mengingatkan agar media parti tidak terpengaruh dengan pendekatan sensasi songsang yang bertujuan melariskan jualan semata-mata tanpa memikirkan hukum-hakam.

Tiada ulasan: