Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 7 September 2014

Terkejut Dilantik Mursyidul Am PasMa

IPOH – Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terkejut apabila nama beliau disenarai sebagai 'Mursyidul Am' Pasma. Malah menurutnya, dia memang tidak tahu mengenai pertubuhan berkenaan yang kini menjadi ‘viral’ di laman-laman sosial. “Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu forum di Shah Alam esok (8 September) bersama ahli panel, (Datuk) Husam Musa dan Dr Mujahid (Yusof Rawa). 

Tetapi lokasi forum berkenaan difahamkan telah berubah ke Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur," katanya. Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli menafikan penglibatan beliau dalam penubuhan Pasma. “Terima kasihlah lantik saya. Besar jawatan tu, timbalan presiden lagi. Kalau nak letak sangat letaklah mursyidul am terus,” katanya secara berseloroh. Ditanya adakah beliau sudah mengetahui akan penubuhan itu sebelum ini kerana namanya disebut antara orang yang membantu membentuk NGO itu, Ahli Parlimen Kuala Krai itu berkata, beliau mengetahui penubuhan Pasma melalui penyebaran sijil daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang diterima melalui aplikasi WhatApps. 

 “Saya tiada kaitan. Isu ini tidak jejaskan saya dan saya yakin orang tidak percaya,” katanya. Ketua Pemuda Pas Kedah, Mohd Nasir Zakaria pula kesal apabila namanya dikaitkan dengan Pasma. Mohd Nasir berkata sehingga semalam, beliau tidak menerima surat tawaran menganggotai mana-mana pertubuhan seperti didakwa. “Saya juga tidak tahu siapa presiden Pasma termasuk AJK, malah saya juga tidak tahu matlamat penubuhan atau dasar perjuangannya,” katanya.

Tiada ulasan: