Pesta arak Oktoberfest yang berlangsung di negara kita adalah pengkhianatan terhadap sosio budaya dan nilai tatasusila beragama di negara kita.
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengakui bahawa orang bukan Islam mempunyai hak yang diperuntukkan untuk meminum arak namun dalam ruang lingkup yang dibenarkan.
Pemangku Ketua DUPP, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, arak boleh diminum oleh mereka bahkan Islam tidak pernah menyekat untuk mereka menikmati arak sebagaimana makanan yang lain.
Namun, jelasnya Islam amat bertegas dalam prinsip dan tidak membiarkan penularan gejala-gejala keruntuhan sosial berlaku.
"Pesta arak ini banyak aspek buruknya iaitu ia akan menjadikan arak ini bahan promosi dan kita bimbang ada dalam kalangan umat Islam yang terlibat sama," tulis beliau menerusi facebook.
Tegasnya, umat Islam diharamkan sama sekali untuk terlibat dengan pesta itu, bukan setakat menghadiri dan meminum arak akan tetapi dengan menjadi orang tengah yang mempromosi Oktoberfest pun sudah haram.
Justeru, katanya DUPP amat kesal di atas penganjuran yang beliau difahamkan pihak kerajaan Selangor sendiri tidak pernah meluluskan penganjuran Oktoberfest.
"Syarikat Carlsberg mesti memohon maaf secara terbuka jika tidak pihak kerajaan Selangor mesti mengambil tindakan tegas di atas sikap mencemarkan sensitiviti umat Islam yang pada ketika ini umat Islam sedang meraikan sambutan hari raya Aidiladha," ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Tambahnya, DUPP juga menuntut kepada kerajaan Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyiasat penganjuran pesta ini dan mencari dalang siapa yang sebenarnya terlibat dalam perkara ini sehingga boleh tersebar sebagai festival arak.
Sehubungan itu, DUPP berharap umat Islam tidak terlibat sama dalam perkara ini dan kepada orang bukan Islam agar mereka faham bahawa lunas-lunas keagamaan dalam semua agama tidak membenarkan penularan gejala yang tidak baik dalam masyarakat melalui arak yang memabukkan itu.
1 ulasan:
Tuan
Kekecohan pesta octoberfest 2014 adalah pembohongan ISMA je. Link dibawa mempunyai maklumat dari pihak penganjur mengenai pesta octoberf3st 2014 ini. Venue-venue dimana pesta octoberf3st 2014 diadakan ada dinyatakan Jangan terk3jut ia juga t3lah di adakan di K3lab Golf Diraja S3langor.
http://wrlr.blogspot.com/2014/10/isu-oktoberfest-satu-pembohongan.html?m=1
Jika kita pe4hatikan venue-v3nue dan iklan p4omosi dari pihak penganjur ia tiada bezanya dengan pesta-pesta makanan yang dianjurkan oleh pihak hot3l-hotel untuk orang bukan Islam dimana arak memang dihidang. Ia juga tiada beza dengan majlis sambutan hari krismas yang dianju4kan oleh restoren dan hotel-hotel setiap tahun.
Pesta Octoberfest 2014 yang akan dibuat di 1 Utama tidak ada beza dengan oktoberfest2 yang dianjurkan sebelum ini. Ia akan diadakan di tempat letak kereta lama 1 Utama. Maknanya ia diadakan ditempat yang tidak menjadi tumpuan orang ramai. Saya tidak pasti samada tempat ini berada didalam bangunan 1 Utama atau kawasan parking terbuka diluar bangunan.
Hari ini dilaporkan MB Selangor berkata pihak PBT masih b3lum memerima sebarang pe4mohonan dari pihak p3nganjur untuk pesta octoberfest 2014 di 1 Utama. B3liau menegaskan bahawa PBT akan mempertimbangan pe4mohonan jika ia telah mendapat kelulusan terl3bih dahulu dari pihak polis dan kastam ( polis untuk keselamatan, kastam m3ngenai cukai keatas arak yang disediakan).
ISMA m3ngambil kesempatan ini kerana venue di 1 Utama itu bol3h ditafsirkan s3bagai kawasan awam. Disini ce4diknya ISMA menangguk diair keroh. Kita tahu perangai ISMA.
Yang kita h3ran ialah perangai dan sikap DUPP. Mereka ni tak tahukah perangai ISMA? Tak timbulkah k3sangsian bahawa ia adalah satu perangkap. Malulah kerana tindakan ini bukan sahaja menc3markan imej DUPP t3tapi mencemarkan imej Islam.
Buat apa DUPP mempunyai ketua pen3rangan jika dia tidak boleh berusaha mendapatkan maklumat sahih dari pelbagai sumber seperti PBT, kerajaan negeri dan pihak p3nganjur s3ndiri? Ketua penerangan DUPP adalah seorang Ahli Pa4lim3n yang berk3lulusan Phd. Bukan k3lulusan s3kolah atap dari p3ndalaman Sarawak.
Perbuatan menyokong perkasa dan ISMA secara membabi buta tanpa usul periksa tidak patut berlaku kerana DUPP adalah tempat rujukan perjuangan PAS itu sendiri. Jika inilah sikap DUPP, akan hancurlah PAS.
M3lihat ahli-ahli DUPP yang hadir menyokong Pe4kasa, tak dapat tidak kita nampak muka-muka yang dikaitkan d3ngan puak UG PAS. Kita tahu puak UG ini adalah proksi UMNO didalam PAS dan bersarang di DUPP.
Jika kita lihat isu ini dengan mengaitkan puak UG PAS, maka l3bih masuk akal mengapa merekaini begitu menyokong Perkasa dalam isu Octoberfest 2014. Kita sudah cukup dihidangkan dengan aksi-aksi sabotaj puak UG ini untuk mengeruhkan PR dalam sebulan dua ini.
Yang tinggal lagi apa yang geng UG yang memperkudakan DUPP 8ni nak buat apabila mereka tersilap langkah kena tipu dengan ISMA dan Perkasa? Minta maaf l3, takde dalam kamus mereka! Lagi auta hendak menegak benang basah ada la...
Catat Ulasan