Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 28 November 2014

Pengulangan Peperiksaan Antara Punca Penurunan Peratusan 'A' UPSR


1. Akademi Kepimpinan Remaja (AKR) Pemuda PAS Malaysia merakamkan jutaan tahniah & syabas buat semua pelajar darjah 6 seramai 460,407 orangyang baru memperolehi keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dengan pencapaian semua gred A seramai 36,304 orang.

2. Sungguhpun demikian, AKR Pemuda PAS Malaysia berkongsi kekecewaan terhadap penurunan peratusan A sebanyak 1.26% daripada keputusan tahun 2013. Ini mungkin disebabkan tragedi 'kebocoran' kertas peperiksaan hingga terpaksa diulang semula subjek Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Bahasa Tamil seterusnya memberi bebanan tambahan buat para calon peperiksaan. 

3. Justeru AKR Pemuda PAS Malaysia menggesa pihak kerajaan perlu segera mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku agar ia tidak berulang lagi di masa hadapan. Kejadian ini cukup memalukan dunia pendidikan di negera kita. Malah jauh lebih penting, tragedi ini telah membebankan anak-anak kita dan menyebabkan mereka menanggung akibat daripada kelalaian pihak bertanggungjawab.

Ustaz Hakim Mohd Nor
Pengarah
Akademi Kepimpinan Remaja
Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan: