Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 17 November 2014

Wahai DAP , Sila Berhati-Hati Keluar Kenyataan

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP khususnya Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sama ada untuk menegur atau mengkritik rakan komponen PR pada masa akan datang. Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan ketidakhadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam beberapa mesyuarat Majlis Pimpinan PR sebelum ini kerana masalah kesihatan tidak perlu dipertikaikan. 

 "Kenyataan yang dikeluarkan itu tidak begitu cermat dan DAP tidak boleh melakukan secara terbuka kepada umum. "Ini bukan isu gesaan... mereka tak boleh menggesa sebab dia tak hadir itu ada alasan kesihatan dan sebagainya. "Tak akan kita nak dia hadir dalam keadaan dia tak sihat, kami tak pernah buat mesyuarat pun menggesa Lim Guan Eng untuk datang mesyuarat kerana dia pun ada juga yang tak datang," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini. Terdahulu, CEC DAP yang bermesyuarat kelmarin sebulat suara menggesa Presiden Pas itu untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada masa akan datang. 

 Guan Eng berkata, memandangkan Abdul Hadi merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh membuat keputusan dalam Pas, maka kehadiran beliau penting untuk mengukuhkan gabungan PKR dan DAP dalam PR. Sebelum itu juga, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, luahan yang dibuat DAP adalah atas dasar hormat DAP kepada Pas ‎yang mahukan Presiden Pas itu menghadiri mesyuarat agar segala keputusan penting dapat dimuktamadkan bersama. Malah DAP juga menafikan parti itu mempunyai agenda tertentu apabila dilihat kerap membangkitkan isu kehadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat PR sekaligus mempersoalkan komitmen bersama rakan sekutu mereka.

Tiada ulasan: