Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 7 Disember 2014

MASALAH PERPARITAN PUNCA BANJIR KILAT DI JASIN

JASIN - Masalah sistem perparitan yang tidak berfungsi dengan sempurna menjadi punca banjir kilat di Jalan Kolam Air Taman Maju dan Kampung Lubok Kasar. Adun Bemban, Datuk Ng. Choon Koon berkata, penduduk kawasan terbabit sering membuat aduan mengenai masalah limpahan air longkang masuk ke dalam rumah mereka sekiranya hujan lebat. Kata Choon Koon, beliau telah menggesa pihak-pihak berkaitan termasuk Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyelesaikan masalah berkenaan. “Setiap kali hujan lebat, lebih lima rumah penduduk menjadi mangsa banjir kilat. 

 “Walaupun kejadian itu tidak lama, namun ia memberi kesan kepada penduduk yang sering bimbang untuk meninggalkan rumah mereka dalam tempoh lama, selain terpaksa membersihkan rumah setiap kali berlakunya banjir,” katanya ketika turun padang mendengar permasalahan penduduk di Kampung Lubok Kasar. Sementara itu, beliau turut berharap supaya penduduk bersabar menghadapi musibah ini. "Saya yakin MPJ termasuk pihak berkaitan akan melakukan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan berkenaan bagi mengatasi masalah itu. “Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan terutama wakil pegawai dari MPJ dan wakil penduduk Taman Maju yang turut hadir bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Tiada ulasan: