Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 6 Disember 2014

PRU KAMPUS UM : PRO MAHASISWA TERUS KUKUH

SHAH ALAM - Keputusan pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) yang diumumkan semalam, menyaksikan kumpulan Pro-Mahasiswa memenangi pilihan raya kampus tersebut. Dalam pemilihan itu, Pro-Mahasiswa berjaya menang 21 kerusi manakala Pro-Aspirasi atau dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa memenangi 16 kerusi sementara Bebas menang tiga kerusi. Menurut pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin, dia menghargai semua sokongan yang diberikan kepada Pro-Mahasiswa. 

“Saya mewakili seluruh Jentera Pro-Mahasiswa mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong, pendokong dan juga mahasiswa Universiti Malaya yang telah memberikan kepercayaan kepada kami semula untuk memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sesi kali ini,” katanya yang dipetik menerusi laman rasmi Facebook Pro-Mahasiswa UM. Sebanyak 40 kerusi dipertandingkan tahun ini iaitu sebanyak 32 kerusi fakulti dan lapan kerusi umum. Kemenangan ini menyaksikan Pro-Mahasiswa berjaya mengekalkan ‘tampuk pemerintahan UM’ selepas tahun lepas turut menang, dengan pecahan mereka menang sebanyak 26 kerusi, Pengerak Mahasiswa 14 dan Bebas tiga kerusi.

Tiada ulasan: