Followers

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label BONGKAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BONGKAR. Papar semua catatan

Ahad, 30 Oktober 2011

UMNO MAIN KOTOR SESAMA SENDIRI

SEMASA dalam perjalanan memasuki pekan Sungai Golok Rabu lalu saya dihidangkan dengan sebuah Vcd pengakuan oleh seorang janda menerusi perenti Vcd di kereta pacuan empat roda teman berdaftar di Siam.


Pengakuan itu dirakam khusus, lokasinya seperti dalam sebuah bilik pejabat. Suara sang interviu janda itu saya dapat cam dengan cerat, dia lelaki dan bekas seorang artis tumpangan yang berlakun dalam sebuah komidi pada tahun 90-an.

Kalau diminta untuk membuat kawad cam saya sedia tampil kerana saya kenal benar dengan perantaran itu.

Mulanya saya tidak berminat untuk mendengar pengakuan seperti itu. Dari kulit Vcd itu saya sudah dapat mengagak bagaimana isinya. Tetapi kerana kawan yang memandu kereta itu juga mahu mendengarnya, saya tepaksa akur saja.

Benar seperti saya jangkakan pengakuan janda itu saya kira melampau dan tidak berakhlak. Pendedahan yang berani tetapi langsung tidak menjaga akhlak diri sebagai perempuan Melayu dan juga orang yang hendak didedahkan itu. Pendedahan itu walaupun berniat baik tetapi kaedahnnya tidak baik. Dalam hal-hal seperti itu biarlah ada etika. Niatnya baik tetapi kaedah atau jalan diambilnya tidak begitu baik dan tercela, ia sia-sia saja.

Janda itu mengakui dia dipermainkan oleh seorang ketua sebuah bahagian parti Umno di Kelantan. Dia mendakwa dia diperkosa oleh ketua bahagian Umno itu disebuah bilik hotel di Golok. Sedikit menimbulkan keraguan macam mana dia diperkosa kerana menurutnya temu janji itu dibuat terlebih dahulu, ertinya pertemuan di syurga dunia itu atas kehendaknya juga.

Jelas kalau mengikut hukum hudud lelaki dan perempuan itu tidak boleh dihukum dengan hukum hudud kerana ia tidak ada saksi.

“Dia ajak saya berjumpa dengannya, mulanya hendak berjumpa di Rantau Panjang, tetapi disebabkan dia bimbang diketahui orang sebab dia orang politik ramai orang kenal, dia mengajak saya ke Golok, “ceritanya.

Di Golok, dia menempah sebuah bilik hotel. Sebaik masuk bilik hotel kata janda itu ketua bahagian terus membuka seluar baju dan memaksa dia bersetubuh dengannya. “Saya cuba menolak tetapi apakan daya kudrat saya sebagai perempuan, akhirnya tepaksa mengalah,” sambungnya tanpa segan silu.

“Berapa lama main (bersetubuh) dengannya?” tanya penginterviu itu.
“Sebentar saja tak sampai setengah jam..” jawab si janda sedikit pun tidak menampakkan akan kekeksalan dan bersalah.

Janda itu juga mendakwa hasil perhubungan jantina itu menyebabkan dia mengandung dan terpasak menggugurkan kandungan. “Saya telah memberi tahu kepada dia (ketua bahgian itu) mengenai keadaan diri saya, saya ingat dia oang baik dan benar-benar mahu menerima saya sebagai isteri, tetapi tidak…dia minta saya menggurkan kandungan dan memberi RM600 untuk tujuan itu.,” jelasnya dengan wajah tenang dan tidak nampak rasa bersalah.

Saya difahamkan wang RM600 itu diberi melalui seorang perempuan yang merupakan bekas kepada sebuah pertubuhan Ngo yang terkenal di Kelantan satu masa dulu yang dipimpin oleh seorang ahli Parlimen lompat.

Janda itu yang mengaku mempunyai anak tiga, juga mendakwa selain daripada dirinya menjadi mangsa ketua bahagian itu, beberapa wanita lagi turut menjadi mangsa sama termasuk isteri orang dan anak dara. “Banyak lagi yang jadi mangsa dia ini… termasuk seorang isteri orang bersama anaknya sekali. Siang dipikul anak malam dia gendung emak..” katanya.

Bagaimana pun menurutnya mereka yang menjadi mangsa takut untuk tampil membuat pendedahan menyebabkan dia mengambil inisitif membuat pengakuan itu bagi menyelematakan orang lain yang mungkin menjadi mangsa ketua bahagian itu.

Apa yang saya nukil ini hanya intipati dari pendedahan janda itu. Banyak lagi dakwaan berhubung salah laku dan kerakusan sex ketua bahagian itu yang meloya dan menijikkan dicerita dalam rakaman Vcd yang memakan masa lebih setengah jam itu.

Saya yakin Vcd itu kini sudah beredar di kawasan Umno di mana lelaki itu menjadi ketuanya. Pada saya video itu amat memalu dan meloyakan dan ia boleh menjejaskan reputasi ketua bahagian berkenaan. Ketua bahagian itu tercemar dengan pendedahan janda itu dan ianya seharus dibuat laporan kepada polis.

Pendedahan dan pengakuan janda itu sama ada benar atau tidak ia perlu disiasat dan penyebarannya disekat kerana ia boleh memberi mudarat kepada pihak-pihak lain. Ketua bahagian yang disebut dalam pendedahan itu patut mengambil tindakan undang-undang ke atas janda berkenaan. Apakah laporan polis sudah dibuat?

Keberanian janda itu juga sesuatu yang mengilankan sesiapa yang menontonnya kerana ia dibuat tanpa beretika di mana mukanya tidak ditutup. Menunjukkan keberanian dengan membuat pendedahan maksiat itu secara tidak langsung menyebabkan orang boleh mentafsirkan sifat dan fiil perangai janda itu sendiri.

Dalam hal ini mungkin janda itu tidak boleh dipersalahkan sangat kerana dia inginkan keadilan dan pembelaan kerana merasakan dirinya teraniaya, tetapi pengusahanya perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan. Kalaupun pendedahan untuk memalu dan menjatukan kerjaya politik ketua bahagian itu sepatutnya rakaman pendedahan itu dibuat secara beradat dan amalan biasa di mana wajah mangsa ditutupi.

Saya tidak mahu persoalan berapa bayaran kepada janda itu dan juga orang yang mengusahkannya, atau siapa terlibat. Tetapi dari Vcd pemdedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno. Membuat pendedahan untuk memalukan seseorang tidak menjadi masalah kepada mereka apa yang penting kepuasan batin kerana berjaya mengaib dan kemudian menjatuhkan lawan. Kerana mempercayai orang yang menjadi tukang interviuw itu adalah orang Umno saya yakin ia adalah kerja Umno juga.

Yang dapat disimpulkan dari pendedahan dan penyebaran Vcd itu menunjukan Umno telah main kotor sesama sendiri. Umno meliwat puaknya sendiri. Kalaulah budaya jahiliah ini diteruskan macam mana Umno Kelantan berangan-angan untuk merampas Kelantan. Letihlah Mustapa Mohamed berusaha untuk menumbanhkan Kelantan kalau kerja-kerja dan budaya itu berleluasa. Saya percaya versi pendedahan sebegini kerana tidak berpuas hati sesama sendiri akan banyak lagi dikelaurkan.

Nampaknya menjatuhkan kawan dengan menyebarkan video lucah dan pendedahan berani ini menjadi satu trend baru dalam politik negara ini. Mungkin inilah yang diajar atau hasil ilham orang-orng Umno yang mereka cipta video lucah untuk memburukkan tokoh tertentu ia kini telah memakan diri sendiri. Wowww

Sumber : MSO

Sabtu, 29 Oktober 2011

LAPORAN AUDIT : RIVER CRUISE MELAKA


  • Bot Tak Daftar dan Dilesenkan : Semakan Audit mendapati 9 buah bot penumpang yang dibeli antara bulan Mei hingga September 2009 masih belum didaftar dan dilesenkan. Bot-bot ini telah beroperasi tanpa lesen yang sah untuk tempoh 13 hingga 17 bulan. Hasil teguran Audit, Perbadanan telah mengambil tindakan dan kesemua 9 buah bot tersebut telah dilesen dan didaftarkan pada 1 November 2010.
  • Bot Tidak Di Insurankan : Semakan Audit mendapati, 28 daripada 40 buah bot tidak diinsurankan. Selepas teguran Audit, pihak Perbadanan memaklumkan kesemua 28 buah bot penumpang ini telah diinsurankan pada 1 Mac 2011. Namun pihak Audit tidak dapat membuat pengesahan kerana dokumen sokongan tidak dikemukakan.
    • Insuran Bot Diperbaharui Walaupun Bot Telah Rosak : Semakan Audit mendapati Bot Tun Teja telah diinsurankan untuk tempoh 8 Julai 2009 hingga 29 Julai 2011 dengan bayaran premium berjumlah RM3,464 walaupun telah rosak sejak awal tahun 2009. Keadaan bot Tun Teja yang rosak adalah seperti di Gambar
  • Kos Penyenggaraan Bot Dibayar 2 Kali : Semakan Audit terhadap baucar bayaran penyenggaraan bot MRC pada tahun 2009 mendapati pembekalan aksesori bagi bot Puteri Hang Li Po dan Hang Lekir telah dibayar sebanyak 2 kali berjumlah RM12,312.
  • Kutipan Bagi Tiket Hop-On Hop-Off : Semakan Audit mendapati pengambilan tiket dan penyerahan wang kutipan hasil tidak direkodkan. Semakan lanjut menunjukkan hasil kutipan jualan tiket HOHO bagi tempoh Jun hingga Disember 2010 yang diserahkan ke kaunter berbeza sejumlah RM17,970 berbanding bilangan tiket yang dikeluarkan kepada ketua jurumudi.
  • Hasil Jualan Tiket Digunakan Untuk Perbelanjaan Tunai: Semakan Audit selanjutnya terhadap rekod kutipan pada 31 Mei 2010, 1 Jun 2010 dan 5 Jun 2010 mendapati hasil kutipan berjumlah RM43,867 digunakan untuk perbelanjaan tunai semasa Pesta Sungai Melaka walaupun telah menggunakan sistem e-Ticketing.

Jumaat, 26 Ogos 2011

BILA KUFFAR MAKIN BERANI ...

Assalamualaikum .. salam Ramadhan 

Isu kontroversi memurtadkan umat Islam negara ini dilakukan dengan semakin berani, dakwa akhbar harian Melayu, Sinar Harian.

“Dari semasa ke semasa, kita boleh perhatikan usaha itu dilakukan dengan semakin berani. Jika dahulu, kita hanya biasa mendengar risalah dakwah bukan Islam ditinggal lari dalam bekas barang motosikal, diselit pada pengelap cermin kereta atau dalam peti surat, namun apa yang berlaku kini lebih daripada itu lagi,” kata Sinar dalam ruangan kolum Isninnya.

Laporan itu juga berkata gerakan memurtadkan orang Islam semakin berani dan dilakukan secara terbuka. Sehubungan itu, ia merayu usaha membantu mereka dari segi ekonomi, terutama menerusi tabung zakat atau Baitul Mal perlu ditingkatkan.

Ia juga memaparkan dakwaan seorang ustaz yang mendakwa pernah memutadkan lebih 200 umat Islam apabila dirinya dilatih menjadi mubaligh dan seorang paderi.

Mohd Farhan Abdullah al-Hafiz, yang pernah dikenali sebagai Yohanus, adalah anak kepada seorang pemimpin ketua gereja di Kota Belud, Sabah yang dilatih menjadi mubaligh Kristian sebelum meninggalkan agama itu pada 1990.

Bagaimanapun akibat sering diburu perasaan ada sesuatu yang tidak kena dalam hidupnya, terutama tentang apa yang dibuatnya selama ini dan juga atas beberapa insiden, hati Yohanus tiba-tiba berubah menjadi tertarik kepada Islam, satu agama dan umat yang paling dimusuhinya sejak kecil.

“Kepercayaan saya (waktu itu) sering berperang dengan hati sendiri,” katanya.

Namun segala-galanya berubah, sebaik sahaja dia mengucap dua kalimah syahadah pada 1990.

“Segala keraguan dan keluh-kesah itu pergi dengan tiba-tiba. Hingga sekarang, saya berasa amat tenang bersama Islam, sesuatu yang saya tidak pernah rasai dulu,” katanya dipetik Sinar.

Selasa, 9 Ogos 2011

KALAU DAH JAHAT TU JAHAT JUGE

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali disaran supaya keluar daripada Pas setelah terbukti parti itu tidak memperjuangkan kepentingan Islam.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, perkara itu dibuktikan dengan tindakan Pas yang sanggup menodai kesucian Islam kerana takut kepada sekutu politiknya dalam pakatan pembangkang.

"Pemimpin Pas sanggup mendiamkan diri dan menjadi bacul berhubung isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama kerana ingin menjaga hati sekutunya dalam pembangkang.

"Presidennya pula, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih lagi berdolak-dalik berhubung isu serbuan itu baru-baru ini," katanya menerusi blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Menurut Syed Ali, soal akidah merupakan satu perkara yang tidak boleh dicampuradukkan dengan kepentingan politik atas sebarang alasan.

Katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula dilihat seperti menyalahkan Hasan dalam serbuan tersebut dan mengarahkan pihak terlibat menutup mulut berhubung isu itu.

"Inilah masalah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Menteri Besar orang Islam tetapi Hasan selaku Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam seperti cuba diberikan tekanan berhubung isu itu," katanya.

Beliau seterusnya mengucapkan syabas kepada Hasan kerana berani mempertahankan kesucian agama Islam walaupun menyedari bakal berdepan dengan tindakan oleh Kerajaan PKR Selangor.

"Jika dia dipecat atau keluar daripada Pas, kami sedia menerima jika beliau berhasrat untuk menyertai UMNO," katanya.

p/s: Inilah perangai jahat Umno yang memang jahat dulu kini dan selamanya. Sentiasa nak ambil kesempatan berbuat jahat, semasa Datuk Hassan Ali menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor habis ditibai dan dikondem Hassan Ali pada setiap program berkaitan PAS di Selangor, bila berlaku putar-belit media berhubung kes JAIS, maka mulalah mereka memulakan agenda jahat terancang sebab itu memang perangai orang munafik dalam Umno.

PANGGIL BALIK PEGAWAI HEP MELAKA MESIR



Berikutan pendedahan laman sosial KJ Bocor, pihak kedutaan telah dihina oleh salah seorang pegawai HEP Negeri Melaka.Pendedahan tersebut menggambarkan perbualan bertulis antara En. Khairi Jalalluddin dan seorang pegawai Melaka yang menggunakan nama samaran "seorang patriotik"."Dan kalau benda tu diminitkan kena la jawab akan datang. Bodoh betullah, Duta ni pun takkan la tak boleh fikir. Takkanlah pegawai pembangkang setuju dengan kelab UMNO ni", katanya di dalam perbualan bertulis tersebut.
Berdasarkan apa yang berlaku, penghinaan seperti ini wajar diambil tindakan. Apatah lagi menghina jawatan yang mewakili Yang Dipertuan Agong.Berdasarkan pendedahan tersebut, Duta telah menyebut tentang Kelab UMNO di dalam mesyuarat bersama agensi-agensi. Tindakan beliau menyebut tentang perkara tersebut tidak dipersetujui oleh beberapa pihak, lalu mereka menghina Duta di atas tindakan tersebut.

AYAM TAMBATAN ALI RUSTAM DI MESIR




Baru-baru ini, Saudara Faizal Sabhon menyiarkan di dalam Laman Sosialnya bahawa beliau berazam untuk membeli sepucuk pistol.Isu ini susulan daripada ketakutan yang dialami oleh beliau.Namun, tindakannya ini boleh mengaitkan dengan penglibatan mahasiswa terhadap kegiatan militan di Mesir.

Pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) diminta untuk mengawasi dan memantau gerak geri yang dilakukan oleh beliau (Faizal).Semenjak kebelakangan ini, banyak kes dan isu moral dikaitkan dengan beliau. Antaranya apa yang pernah dilaporkan oleh En. Khairi, Pegawai JPMK bertarikh 11 April 2010.Dibimbangi beliau (Faizal) bertindak luar kawalan setelah membeli sepucuk pistol tersebut.

Khamis, 12 Mei 2011

KEJINYA DIER ...

Taktik keji yang dilakukan oleh gerombolan songkok tinggi cawangan Hulu Selangor terbongkar hari ini. Di dalam misi gerombolan untuk menawan kembali Negeri Selangor yang jatuh kepada Pakatan Rakyat, pada Pilihan Raya ke 12 yang lalu, mereka sudah memulakan pelbagai taktik keji.

Beberapa taktik keji UMNO dan Barisan Nasional untuk merampas Selangor telah dimulakan, satu persatu taktik-taktik keji lagi menjijikkan ini akan didedahkan nanti. Kita londehkan satu persatu, biar diorang terutama menteri-menteri yang terlibat, tercengang-cengang.

Salah satu taktik keji yang dilakukan oleh mereka dibongkarkan hari ini. UMNO Cawangan Hulu Selangor telah menghantar sepucuk surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussin Onn, memohon kelulusan mendapatkan Warganegara Malaysia untuk warga asing yang sudah dipilih dan dikenal pasti bagi membantu kemenangan Barisan Nasional di kawasan Hulu Selangor pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Secara ringkasnya begini, UMNO cawangan Hulu Selangor telah memilih mana-mana warga asing yang akan menyokong Barisan Nasional pada Pilihan Raya ke 13, maka mereka meminta Hishammuddin untuk meluluskan permohonan kewarganegaraan warga asing ini. Taktik yang diguna pakai ini saling tak tumpah seperti yang dilakukan di Negeri Sabah. Baca surat di bawah ini, klik untuk membesarkan image.


Tak payah nak temberanglah, kalau tak main tipu dah lama dah Barisan Nasional ni lingkup. Bila kita kata diorang penipu, tak mahu mengaku, biasalah mana ada orang nak mengaku berak tepi jalan. Tak mengapa banyak lagi taktik kotor dan jijik mereka akan dibongkarkan sempena bahang PRU 13 yang semakin memuncak ini.

ReJaM© "Polis, JPN, semua dia punya, memang senanglah nak menipu... "

source: http://milosuam.blogspot.com

Sabtu, 11 September 2010

IKLAN AIDIL FITRI TV3 YANG DITARIK BALIK

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.

Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.


Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.
1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Apa sebab perlu dipaparkan tulip dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Tulip ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah tulip Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperolehi.

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Isnin, 6 September 2010

JAIS DIPERKUDAKAN UMNO SELANGOR

Anak Bapa
Anak Bapa dah cakap sebelum ini bahawa Pengarah JAIS sememangnya balaci UMNO. Apa taknya. Apa saja yang menyentuh kepentingan UMNO dia akan tangkas bertindak umpama hero filem Tamil. Hujah dan kenyataannya tidak langsung mengambarkan kedudukan beliau sebagai ketua pentadbir Islam di Selangor. Entah apa nasihat yang diberi kepada Sultan kita pun tak tahu sehingga Sultan pun melatah.
YB Khalid dah pun cerita bagaimana dia sibuk yakinkan nazir di sebuah masjid di PJ Selatan supaya menerima kunjungan Najib baru-baru ini atas platform UMNO (lihat di
sini). Lepas tu Ustaz Wan Ji pula dah keluarkan salinan surat daripada Mufti Selangor kepada Ketua Penolong Pengarah JAIS berhubung keharusan orang-orang bukan Islam masuk ke dalam masjid dan surau (lihat di sini).
Kalau kerja tak senonoh tu UMNO yang buat, Khusrin buat-buat tak nampak aje. Sebagai contoh aduan penduduk di SS5D Kelana Jaya berhubung UMNO menyalahgunakan sekolah KAFA (yang duduk di sebelah Surau Ittifaqiah) untuk dijadikan Bilik Gerakan UMNO SS5D. Dah bermacam aduan dibuat, dah berbuih mulut minta JAIS ambil tindakan, tetapi sampai hari ini JAIS tak buat apa.
Anak Bapa: Masih ingat lagi bagaimana penguatkuasa JAIS di bawah arahan Khusrin rampas (tendang pintu sampai pecah) Masjid Al-Hidayah SS3 Kelana Jaya ketika di bawah Khir Toyo. (sumber)