Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 15 Julai 2006

ORANG TUA PUN BERJUDI

BUKIT BERUANG, 13 Julai : Lapan warga emas, termasuk seorang wanita dan seorang lagi wanita berumur 49 tahun, adalah antara sembilan yang diberkas polis kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan judi di sebuah rumah di Kampung Permai Machap Umboo, Alor Gajah di sini, semalam.

Kesemua suspek berusia lingkungan antara 49 dan 71 tahun itu diberkas dalam satu serbuan polis dinamakan 'Ops Dadu' yang dijalankan kira-kira jam 5.45 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Mazlan Kesah berkata, kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai kegiatan itu sebelum melakukan serbuan.

"Kami merampas beberapa peralatan dipercayai alat yang digunakan dalam perjudian termasuk 28 keping "pakau", sebuah kalkulator, lima buah dadu, sekeping piring kecil, wang tunai RM290, meja dan kerusi,"katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua mereka ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga 15 Julai ini bagi membantu siasatan. Laporan MHI

p/s - Manusia ni dia tak takut polis tapi dia mesti diajar takutkan tuhan.

Tiada ulasan: