Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 11 April 2007

MASJID AL-GHAFFAR MEGAH TANPA JEMAAH...

OLEH : BUDI

Satu lagi mercu tanda yang terbaru bagi Bandar Jasin ialah Masjid Daerah yang diberi nama al Gaffar. Masjid dua tingkat yang terletak dipersimpangan Taman Maju itu boleh menampung kira-kira tiga ribu jemaah dan baru saja digunakan sejak dua bulan yang lepas bersempena pengiktirafan Jasin sebagai perbandaran.

Sebelum ini pun saya pernah membangkitkan kisah masjid pelancongan iaitu Masjid Selat Melaka. Bukanlah maknanya saya anti masjid yang dibina oleh kerajaan Haji Ali Rustham tetapi jika membina masjid bertujuan nak tarik pelancong bukan nak tarik jemaah apa faedah yang diperolehi..?? Hakikat yang sebenarnya, projek membina masjid itu bertujuan nak bagi dekat kroni sepertimana projek tar jalan di kawasan Sungai Rambai….satu Melaya dah tau!!!

Akhir - akhir ini pun saya memang kerap bersolat di masjid baru –al Gaffar itu. Bukanlah kerana terpesona dengan senibinanya, kebetulan ada urusan kerja .Namun setiap kali berada disana pelbagai persoalan bermain dikepala.Seingat saya masjid ini beberapa kali bertukar kontraktor sebelum disiapkan.Adalah yang tak betul tu!! Jika diamati pada stuktur menara masjid itu pun menampakan ketidakhalusan kerjanya. Malahan besi penutup longkang pun dah banyak yang hilang kerana tiada yang mengawasinya.

Seperti juga masjid Selat Melaka, masjid daerah Jasin ini dibina jauh dari penempatan penduduk samada taman perumahan atau kampung. Taman Maju yang terletak satu kilometer dari situ memang telah memiliki masjid yang agak luas dan selesa dan solat jumaat juga didirikan disana. Namun bagi "meraikan" masjid baru tersebut ibadah solat jumaat dipindahkan ke masjid baru dan masjid lama diimarahkan sekadar untuk solat lima waktu sahaja. Memang masjid lama itu makmur dan solat jemaah didirikan pada setiap waktu.

Dan telah menjadi lumrah bagi kita melihat masjid besar lagi cantik tetapi ahli solat cuma tujuh atau lapan orang.(suboh mungkin ramai kot??)Itu memang suasana masjid akhir zaman.Kerap juga saya solat zohor seorang diri dan dibahagian luar kerana ruang solat didalam berkunci.Yelah, banyak barang berharga takut, hilang pulak.

Apa yang berlaku di masjid yang berusia dua bulan itu ialah masaalah kerap terputus bekalan air untuk kegunaan jemaah.Menurut seorang jemaah disitu, air yang dibekalkan dari paip utama tidak mampu naik keatas kerana kedudukan masjid yang agak tinggi diatas bukit. Memang ada usaha menambah baik sistem pam, persoalannya sudah tentulah memakan masa. Pihak pengurusan masjid perlu memikirkan pendekatan segera untuk menangani masaalah ini. Saya terharu apabila ada orang yang datang untuk solat terpaksa berpatah balik dan bersungut kerana tiada air.

Memang saya akui kebelakangan ini banyak masjid baru didirikan atau masjid lama diperbaiki. Kalau hendak hitung di Jasin saja pun banyak, cuma belum dirasmikan lagi. Dan saya yakin menjelang pilihanraya akan datang banyaklah acara merasmikan masjid , balairaya dan longkang baru akan diadakan. Cuma saya ternanti-nanti bila dan dimana masjid hadhari akan didirikan. Bolehkah saya bersolat disitu nanti kerana saya bukan penganut agama baru tersebut.

Tiada ulasan: