Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 14 November 2007

KESAN BELAJAR MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS : WARTAWAN BN TAHU KIRA SAMPAI ANGKA 4K SAHAJA

Nampaknya wartawan-wartawan arus perdana perlu kembali ke sekolah selepas ini. Mereka yang hadir mewakili media rasmi Kerajaan BN gagal membuat perhitungan yang betul kerana hanya pandai mengira hingga angka 4 ribu sahaja. Mereka juga dilihat tidak membawa sebarang kalkulator untuk mengira jumlah rakyat yang hadir dalam Himpunan 100K sabtu lalu. Pak Lah yang 'menghilangkan diri' pada 10 Nov hanya meninggalkan 'kepala lutut' sahaja untuk mereka mengira rakyat yang berhimpun dengan pakaian kuning.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Hj. Mahfuz Omar dalam ceramahnya di Kg. Pandan semalam menganggap laporan media bahawa hanya 4 ribu orang sahaja yang hadir sebagai tidak logik.

"Polis yang hadir seramai 4 ribu orang dan jumlah peserta yang dilaporkan media BN 4 ribu orang juga. Tak masuk akal langsung seorang Polis jaga seorang peserta perhimpunan, media massa BN dah gila dan tak boleh nak berfikir secara waras." kata Hj. Mahfuz. Himpunan 100 ribu ternyata menjadi nyata dengan warna kuning menguasai ibu kota dari Sogo hingga ke Istana Negara.

Pihak penganjur memecahkan para peserta diperingkat awal di empat tempat iaitu SOGO, Masjid Jamek, Pasar Seni dan Masjid Negara. Himpunan bermula awal sejam dari yang dirancang memandangkan pihak Polis mulai melakukan provokasi dan menangkap para peserta yang hadir.

Tepat Pukul 2 petang Lebih 70 ribu peserta yang datang dari SOGO, Pasar Seni dan Masjid Negara telah bergerak terus ke Istana Negara. Pihak Polis yang menyangkakan bahawa mereka akan berarak ke Dataran Merdeka menjadi panik dan akhirnya para peserta dapat sampai lebih awal dari yang dijangkakan.

Lebih kurang 30 ribu peserta yang berkumpul di Masjid Jamek pula terpaksa bertempur hebat dengan pihak Polis sehingga pukul 3.30 petang. Rancangan untuk melalui Dataran Merdeka untuk ke Istana Negara disambut dengan Water Canon dan Gas Pemedih mata. Berpuluh orang ditangkap dan Dr. Hatta yang memimpin para peserta terpaksa mengerakkan para peserta melalui Jalan Masjid India dan Keluar di Jalan Raja Laut. Di Jalan Raja Laut para peserta dikejar lagi dengan Water Canon dan mendesak perarakkan kuning berundur menuju ke SOGO dan seterusnya memasuki Jalan Kuching untuk ke Istana Negara.

Dalam keletihan dan kepayahan itu mereka akhirnya sampai ke Istana Negara pada pukul 4.15 petang. Walaupun sampai lewat dan masih ada yang terkandas dihadapan Masjid Negara angkara sekatan Polis, namun para peserta berpuas hati kerana dapat melahirkan Soladariti dan Kebebasan mereka.

Walaupun media arus perdana tidak melaporkan jumlah yang betul, rakyat tetap akan tahu jumlah yang sebenarnya. Apa yang penting, adalah kehadiran para peserta ini berjaya membuatkan pemimpin-pemimpin BN membisu dan bersembunyi selama 1 hari. Sedikit pun mereka tidak muncul di kaca TV.

Sehari selepas kejadian barulah pihak media dapat menemuramah Pak Lah. Itu pun di Sabah. Nampaknya Pak Lah begitu takut pada Perhimpunan ini hingga sanggup lari bersembunyi di Sabah. Beliau memang 'pantang dicabar'. Pantang maksudnya 'tak boleh langsung'. Bila dicabar, dia akan 'lari'. Inilah dia Perdana Menteri dambaan Barisan Nasional yang telah bankrap potensi kepimpinan setelah pemergian Tun Mahathir.

Perhimpunan 10 Nov adalah permulaan dan kita mengingatkan kepada SPR dan Barisan Nasional bahawa rakyat tidak teragak-agak untuk memanjat Istana-Istana mereka sekiranya mereka masih berdegil dan angkuh.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

SUMBER DARI : DPP WILAYAH PERSEKUTUAN

Tiada ulasan: