Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 14 Disember 2007

APABILA KANAK-KANAK MENJADI PERALATAN / INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI JUGA TAK LARI

Kanak-kanak sekolah yang diperalatkan…..

Damai Malayaia yang dikatakan gabungan hampir 400 NGO telah mengadakan pertemuan di Kampung Baru pada 6 Disember 2007 yang lalu. Apakah membawa mempergunakan kanak-kanak sekolah untuk memenuhkan dewan agar kelihatan bahawa Damai Malaysia benar-benar mendapat sokongan itu Budaya Kita?

Tepuk dada tanyalah selera. Oleh kerana Damai Malaysia mahu menunjukkan bahawa mereka mendapat sokongan rakyat, maka kanak-kanak sekolah yang tidak tahu apa-apa telah digunakan. Damai Malaysia tahu bahawa gelombang rakyat yang menuntut perubahan melalui demonstrasi terlalu besar dan tidak mampu dikalahkan. Maka mereka juga mahu kelihatan besar. Demi mencapai agenda sempitnya, kanak-kanak pun kanak-kanaklah, asalkan dewan penuh.

Damai Malaysia juga mungkin tidak tahu atau lupa Sejarah. Malaysia berdiri dengan adanya demonstrasi. Demosntrasi aman adalah sesuatu yang dijamin oleh Artikel 10, Perlembagaan Perseketuan. Walaupun Akta Polis menetapkan bahawa semua perhimpunan perlu mendapatkan permit polis, Perlembagaan Negara menjamin hak demokrasi rakyat. Perlembagaan Negaralah yang harus dijunjung. Bukan Akta Polis. Kerana Malaysia bukanlah negara polis. Malaysia juga bukanlah milik Pak Lah dan menantu. Malaysia milik rakyat Malaysia.

Jadi sebagai rakyat Malaysia marilah kita mentertawakan Damai Malaysia yang cuba memperalatkan kanak-kanak sekolah demi kepentingan politik Pak Lah dan menantunya. Entah berapa banyak wang dilaburkan….. Kasihan… kasihan….
Tak terlawan langsung dengan 10 November 2007.

******************************

Chegubard

Institut pendidikan tinggi juga tak lari menjadi pelacur politik.


Pelacur dari petikan kamus berbahasa Inggeris bermaksud woman who engages in promiscuous sexual intercourse for payment. Dalam kamus politik pula menyatakan mereka yang sanggup berbuat sesuatu untuk memuaskan tuan politiknya.
Selepas mendapat tamparan dari laporan badan antarabangsa mengenai tahap pendidikan negara seharusnya kelompok intelektual bangkit dan mengambil cabaran untuk mengembalikan maruah system pendidikan negara. Namun nampak sebaliknya kaum intelektual negara seolah seperti orang khayal yang kena pelempang Jepun dan terus pengsan.

Bank Dunia menerusi buku laporan berjudul 'Malaysia dan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan: Membina Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia' yang diterbitkan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri menggambarkan seolah-olah Institusi Pengajian Tinggi negara ini berada pada tahap kritikal dan semakin ketinggalan berbanding negara jiran.

Dalam laporan tersebut turut memberikan menyarankan, pembaharuan yang hendak dibuat perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara iaitu:

-Memilih model tadbir urus dan kewangan yang lebih efektif.
-Meningkatkan keseluruhan kualiti universiti dengan memberi fokus kepada program akademi, pengurusan fakulti, dan pembelajaran.
-Melengkapkan graduan dengan ilmu ekonomi berasaskan pengetahuan.
-Mengukuhkan sistem inovasi kebangsaan dengan mewujudkan rangkaian kukuh antara firma-firma di Malaysia dan universiti-universiti.


Sepatutnya jika punya maruah selepas mendapat kritikan sebegitu kumpulan intelektual negara seharusnya mengambil posisi iaitu mungkin mempertahankan system yang ada atau mungkin mengambil ia sebagai satu cabaran memperbaiki keadaan.

Tidak kira posisi tidak bersetuju atau bersetuju dengan laporan Bank Dunia itu seharusnya dirancakkan forum, bengkel, seminar intelektual harus diadakan bersesuaian dengan posisi yang diambil Ini seharusnya berlaku jika intelektual negara masih punya maruah kerana ia perkara serius apabila pendidikan negara yang melibatkan usaha memastikan kelansungan bangsa telah dipertikaikan.

Namun hanya Menteri (baca ; orang politik) yang memberikan respon. Tiada respon atau tindak balas serius dari kumpulan intelektual.

Secara peribadi, menarik untuk menunggu respon tindak balas tersebut tetapi amat kecewa bukan sahaja tidak ada tindak balas, malah tidak sampai seminggu kaum intelektual negara dilempang. Maka seorang ketua amah ( Butler ) dilantik mengepalai sebuah university dalam negara ini.

Hanya kerana dia isteri Perdana Menteri maka dia duduk mengetuai university. Datin Seri Jeanne Abdullah telah dimayshurkan sebagai Canselor Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Dilaporkan di media Presiden dan Naib Canselor OUM Prof Tan Sri Anuwar Ali ketika menyampaikan watikah pelantikan itu kepada Jeanne menyatakan amat bangga dengan pemashyuran Jaenne sebagai Censelor OUM.

Semasa zaman Jepun, orang kampong yang dilempang Jepun naik memanjat pokok kelapa untuk mendapat buah kelapa untuk diberikan kepada Tentera Jepun. Ini dilakukan kerana takut tetapi percayalah orang itu tidak redha, dalam hatinya menyumpah seranah.

Seorang pelacur akan memenuhi apa juga kehendak tuan yang membayarnya. Dan percayalah juga erangan nikmat ketika memuaskan tuanya itu juga satu pura pura. Pelacur itu terpaksa meneruskan kerja kerana dia percaya hanya kerja itu sahaja yang dia tahu buat.

Apa yang berlaku ialah penghinaan besar kepada intelektual negara. Sekarang ini jika diambil kenyataan Naib Canselor OUM sebagai mewakili seluruh warga intelek OUM, maka mana situasi mereka adakah seperti orang kampong yang terpaksa terus memanjat pokok kelapa kerana terlalu lemah tidak mampu mendepani askar Jepun atau selaku pelacur yang terpaksa memberingan erangan nikmat palsu demi memenuhi nafsu tuan yang membayar.

Ini satu penghinaan kepada intelektual negara. Negara Malaysia dan bangsa didalamnya umpama ikan yang mula membusuk. Ikan akan busuk dari kepala. Bangsa akan rosak apabila kaum inteleknya tidak mampu bangkit dengan maruah.

Ramai akan kata apa salah Jaenne kerana sejak tahun 2006 Rosmah (isteri Najib) juga dimasyurkan sebagai mengetuai Universiti Industri Selangor (Unisel). Ini bukan persoalan Jaenne atau menghina individu tetapi persoalan meletakkan perkara ditempat yang sepatutnya. Ini persoalan bangsa yang mula rosak.

Apa yang palik pelik ialah….Adakah kita masih hanya tunggu lihat dan mengeluh…. ?

Tiada ulasan: