ALOR STAR 12 Mac – Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah dan menerima tauliah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Dewan Seri Negeri di sini, hari ini.
Daripada jumlah tersebut, tujuh ialah ADUN Pas dan selebihnya PKR manakala ADUN DAP, Lee Guan Aik (Kota Darulaman) tidak tersenarai.
Satu jawatan Exco dikhususkan untuk wanita Pas, Aishah Ghazali (Merbau Pulas).
Enam lagi ADUN Pas yang dilantik ialah Ir. Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor), Mohd. Taulan Mat Rasul (Tokai), Ir. Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Dr. Hamdan Mohamed Khalib (Tanjong Dawai), Abdullah Jusoh (Pantai Merdeka) dan Dr. Ismail salleh (Alor Mengkudu).
Tiga ADUN PKR pula terdiri daripada ADUN Bebas yang menyertai parti berkenaan, V. Arumugam (Bukit Selambau), Mohd. Razhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Xu (Bakar Arang). Turut menyaksikan istiadat tersebut ialah Menteri Besar, Azizan Abdul Razak

Tiada ulasan:
Catat Ulasan