Assalamualaikum,
Apa sumber berita ini untuk disahkan kesahihannya?
Apa pun yang paling penting untuk direnungkan oleh ibu bapa terutamanya ialah janganlah kita hanya mahu anak cemerlang dalam akademik semata-mata hingga melupakan atau meremehkan ajaran agama. Realiti hari ini, ibu bapa cemas dengan keputusan peperiksaan akademik anak-anak tetapi kurang cemas bila anak-anak kurang pendedahan ilmu agama. Masa kecil dulu, kalau sekolah agama tak dapat nombor satu, mak tak berapa marah tapi kalau sekolah kebangsaan, siaplah. Maka sebagai pelajar saya mesti memastikan setiap hujung tahun, dapat nombor satu. Masyarakat juga terlalu kepoh dengan keputusan exam anak-anak hingga ibu bapa yang kurang cemerlang anaknya jadi malu dan tak sanggup berdepan dengan soalan-soalan cepumas yang dikemukakan sanak saudara, jiran, rakan, taulan dsb.
Malangnya sistem pendidikan negara yang diasaskan dari sistem pendidikan KUFUR lebih menekankan kecemerlangan akademik semata-mata. Sistem pendidikan ini bukan hanya melahirkan manusia yang hanya sibuk mengejar dunia, malah status dan pangkat dititik-beratkan terutamanya lulusan suatu universiti yang dianggap 'gah'. Padahal jika ditanya lulusan universiti canggih ini tentang ulumul hadis atau ulumul Quran belum tentu boleh jawab.
Akibat buruk dari sistem pendidikan yang diasaskan dari sistem pendidikan KUFUR ini menyebabkan ramai orang Islam yang tak kenal agamanya. Bab solat, puasa, haji, zakat mungkin kenal tetapi bila disentuh bab pemerintahan, bab politik, perundangan - mereka tidak kenal kerana telah diasuh untuk kenal sistem pemerintahan kufur, sistem politik kufur, sistem perundangan kufur sejak kecil. Ini juga menyebabkan ada umat Islam yang marah bila kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan pemerintah diwar-warkan. Marah kerana tidak tahu bahawa membongkar kemungkaran itu wajib dalam rangka muhasabah dan amal ma'ruf nahy mungkar. Marah kerana tidak mahu mengambil pandangan Islam dalam hal itu. Semuanya bertitik tolak dari sistem pendidikan KUFUR yang menguasai umat Islam saat ini.
Kisah Sufiah ini jika benar dan terbukti beliau melacur, wajar dijadikan renungan pada kita terutamanya ibu bapa bahawa kecemerlangan akademik tidak menjanjikan syurga kepada kita jika tiada atau kurang ilmu agama.
Satu renungan juga ialah kurang ilmu agama bukan hanya membawa seseorang kepada pelacuran yang ramai memahami ianya mengundang kemurkaan Allah, kurang ilmu agama juga bakal mengheret kita ke neraka jika dengannya ia menyebabkan kita SABAR melihat kemungkaran dan REDHA dengan maksiat yang berleluasa tanpa sebarang usaha dengan semaksima kemampuan.
Jika membenci kemungkaran dalam hati dikatakan sebagai memiliki iman yang paling lemah, dimanakah iman jika benci pun tiada? Ujudkah iman itu?
Wahai umat Islam yang dimuliakan,
Kamu adalah umat terbaik. Kuntum khaira ummatin. Marilah kita kaji ajaran agama. Carilah nas/dalil akan hukum sesuatu perkara. Kemaksiatan seperti pelacuran ini nampak nyata bakal membawa kemurkaan-Nya, akan tetapi, cintakan sistem KUFUR dan tidak mengambil tahu sistem Islam juga bakal mengundang kemurkaan Yang Maha Kuasa. Janganlah kita hanya membenci kemungkaran dan kemaksiatan, tetapi tidak membenci SISTEM KUFUR yang melahirkan pelaku-pelaku maksiat.

Wassalam.
.............................................................
TRAGEDI HIDUP SUFIAH
LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.
Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.
Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.
Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.
Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.
Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan 'khidmatnya' melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.
Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, dia antara lain menggambarkan dirinya sebagai 'pelajar bijak dan seksi' yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.
Dalam iklannya, menurut tabloid tersebut, Sufiah juga menyatakan dia lebih gemarkan 'lelaki tua yang budiman'. Seorang bekas rakannya menyifatkan tindak-tanduk gadis itu sebagai: ''Sesuatu yang sungguh menyedihkan.''
"Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapat wang, sebaliknya hidup dia musnah dan menjadi tidak terkawal," kata bekas rakannya lagi.
Selepas tiga tahun belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun, Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri.
Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya 'umpama dalam neraka'.
Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.
Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.
Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan sosial sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjana.
Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall, 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama setahun.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan