Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 30 Oktober 2008

MUKHRIZ, KHAIRY DAN KHIR TOYO DARI PERSEPSI SAYA - Malaysiakini

KEBETULAN ketiga mereka saya tidak begitu mengenali secara mendalam. Jika meminum tea tarik seseorang itu boleh dijadikan ukuran sebagai rapat, maka saya tidak akrab kerana tidak pernah meminum tea terik mereka walaupun sekerat gelas.

Saya mengenali mereka kerana kedudukan dan penampilan mereka sebagai politician muda atau third generation dalam Umno. Mukhriz Mahathir tentunya saya mengenali kerana beliau seorang anak bekas PM, Mahathir Mohamad. Siapa tidak kenal Mahathir, lembu ibu saya pun kenal kerana beliaulah perdana menteri paling lama berbanding dengan perdana menteri sebelum ini.

Saya mula berjabat salam dengan Mukhriz pada perhimpunan agung Umno tahun 2006. Saya sempat meminta seorang rakan merakam gambar bersamanya untuk dijadikan kenangan. Gambar itu ada dimasukan dalam buku "Kemelut Mahathir - Abdullah: Bagaimana Anwar?" diterbitkan tahun 2006.

Pada masa itu saya telah menjangkakan bahawa suatu hari beliau akan bertanding Ketua Pemuda Umno dan akan berhadapan dengan Kahiry Jamaluddin. Kali kedua saya menemui beliau di pameran Crime War di PWTC. Di sini saya minta untuk mengadakan interviu. Tetapi Mukhriz seorang yang berhati-hati dan waspada dan ini saya sifatkan sebagai penakut.

Beliau juga dalam pemerhatian saya seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri dan stand politiknya bergantung kepada seseorang lain.

Begitu juga dengan Khairy Jamaluddin. Saya mengenali dia sebagai seorang menantu PM yang glamour, kontroversi dan dibenci! Beliau diuar-uarkan orang yang berada di sebalik kekuasaan Abdullah. Orang yang menangani Abdullah sebagai Perdana Menteri. Capture buruk demikian ke atasnya berjaya sehingga dalam sekejap mata saja Khairy dikenali sebagai watak antogonis dalam pentadbiran Abdullah. Seorang menantu yang berkuasa menjadikan bapa mertuanya sebagai lembu!

Semua kesalahan dan perkembangan negatif mengenai kerajaan dan Abdullah disangkutkan atas bahu Khairy. Ini termasuklah dalam memutuskan dasar negara. Perbuatan itu semacam disengajakan atau dipelankan bagi memburukkan Khairy.

Saya tidak fikir Khairy berperanan begitu besar sekali seperti mana dituduh. Dan kalaulah benar Khairy bersikap demikian betapa anak muda yang baru berumur 32 berjaya meletakkan diri atas persada politik perdana dan mencuri perhatian bekas seorang PM. Mahathir boleh dikatakan sepanjang zaman persaraannya memberi fokus khusus kepada pergerakan politik Khairy. Mahathir seolah-olah menjadikan musuh besarnya dalam politik pasca persaraan ialah Khairy Jamaluddin.

Ini satu kehebatan peribadi bagi Khairy kerana dalam usia sebegitu dan baru setahun jagung dalam politik sudah disorot demikian sekali.

Secara nyata saya kenal dan bersalam dengan Khairy ialah semasa berselisih di KLIA ketika itu saya dalam perjalanan ke Aceh bersama Husam Musa untuk meninjau bencana tsunami di sana. Saya mengucapkan terima kasih kerana beliau telah ke Rantau Panjang membantu mangsa banjir di kampung halaman saya itu.

"Terima kasih kerana memijak bumi saya, Rantau Panjang, bantu mangsa banjir di sana," itulah salam dan kata pengenalan saya.

"Saya tidak pijak bumi, saya duduk atas perahu saja," jawabnya berseloroh dan seolah-olah sudah lama mengenali saya. Inilah saya rasakan karektor Khairy yang jarang disorot orang dia seorang budak yang mudah mengenali dan menerima seseorang yang datang kepadanya.

Selepas itu kali kedua saya bertemua semasa pilhan raya kecil Ijok. Saya bertanya beliau berhubung dengan tindakan Anwar Ibrahim yang menghentam beliau dalam ceramah. Beliau menafikan dan cuba tidak memperpanjangkan kritikan Anwar itu. Di sini saya melihat ada sesuatu yang istimewa kepada anak muda ini. Ada sedikit sikap dan pendekatan profesional dalam politik. Beliau dapat membezanyakan antara pentas politik dengan realiti semasa.

Khir Toyo pula saya tidak pernah mengenali dirinya semasa beliau menjadi MB Selangor. Pertama kali melihat beliau dari dekat ialah semasa malam Pengucapan Kemanusiaan - Palestin di Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP), melibatkan Tun Mahathir Mohamad dan aruwah Ustaz Fadzil Mohd Noor. Saya lihat beliau begitu gah ketika itu dikawal oleh para manusia berjaket hitam dan juga berpakaian sivilian. Lagak Khir ketika itu persis Michael Jeckson.

Tidak pernah bercakp dan bersalam hinggalah ketika berjumpa di Sabah semasa lawatan Perdana Menteri, beliau datang ke meja saya selepas dihubungi (diminta) menerusi SMS oleh seseorang.

Khir nampak kekok dan malu-malu untuk berbicara dengan saya mungkin bimbang takut saya 'pena hitamkan' dia. Saya sudah diberitahu yang Khir agak kurang selesa dan yakin dengan saya ekoran penerbitan sebuah buku yang membelasah beliau. Orang-orang Khir menuduh saya di belakang buku berkenaan.

Khir dalam kacamata saya seorang yang lemah lembut, bersopan dan gerak gerinya membayangkan beliau anak kampung yang bersikap sangat merendah diri dan insaf. Seorang anak muda yang mempunyai keazaman untuk berjuang menerusi politik. Sayangnya Khir masih dibenam perasaan rendah diri kerana beliau dari kalangan anak petani. Kehidupan dan kesusahan masa lampau sehingga menjual surat khabar buruk mesih membelenggu dirinya.

Pada saya apa dilalui dan dialami Khir itu aset cukup baik untuk beliau menjadi seorang pemimpin yang berpijak di bumi nyata. Seorang pemimpin kepada bangsa Melayu yang rata-rata masih miskin dan terbelenggu oleh sikap hamba yang tinggi. Bersambung ke bahagian kedua. [wm.kl 2:00 pm 27/10/08].

Untuk memberikan komen / respons:
http://msomelayu.blogspot.com

KHALID PERLU LEBIH BERHATI-HATI - Malaysiakini

Assamualaikum... Kelihatannya apa yang dibimbangi sesetengah orang Melayu mengenai halatuju dan pendekatan politik PKR seperti akan menjadi kenyataan. Sebelum ini ada orang Melayu yang kononnya sayangkan bangsa sendiri bimbang dengan pendekatan politik PKR khasnya politik baru Anwar Ibrahim yang cuba tidak membezakan kedudukan, kepentingan serta hak antara kaum-kaum di negara ini. PKR seperti mahu meseragamkan semua bangsa atau kaum tanpa dibeza-bezakan.

Langkah ataupun amalan itu dilihat sebagai memusnahkan Melayu. PKR juga dibayangkan berjuang bukan memberi keuntungan sebaliknya mengikiskan beberapa hak dan kepentingan Melayu yang sudah diterima pakai sebelum ini.

Keberanian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Low Siew Moi, untuk memangku jawatan Pengrus Besar dilihat sebagai satu langkah merealisasikan kepercayaan politik PKR.

Alasan Khalid melantik Siew Mio ialah sebagai langkah sementara saja dalam tempoh persaraan Pengurus PKNS sekarang. Ertinya mungkin tidak ada hajat beliau untuk melantik Siew Moi itu ke jawatan Pengurus Besar. Bagaimana pun apa yang dilakukan Khalid itu akan dianggap sebagai satu permulaan yang cukup baik bagi pihak lain dan sangat-sangat disyukuri.

Adalah malang lagi kalau perlantikan itu atas desakan dan cadangan pihak lain. Walaupun ia bersifat sementara tetapi ia memberi permulaan (precedent) untuk masa akan datang dan juga menjadi sejarah; bahawa orang bukan-Melayu pernah dilantik sebagai pemangku.

Apa-apapun ia bermula dari kecil sebelum membesar. Umpama api bermula dari barah sebelum membakar belukar dan kota. Untuk naik ke atas ia memulakan tapak. Apa yang dilakukan Khalid itu sebagai menyiapkan tapak, walaupun sementara tetapi ia adalah tapak dan tapak tetap akan dipergunakan untuk panjat ke atas samada berjaya atau tidak itu soal lain.

Adalah elok kalau Khalid memikirkan semula, ataupun dilain kali sebelum membuat apa-apa percubaan hendaklah rujuk dan bincang dengan orang lain dulu. Sudah banyak terdengar beberapa keputusan yang dibuat Khalid tanpa merujuk kepada pihak lain khsusnya partinya sendiri.

Beliau juga dikatakan tidak suka kepada orang parti mencampuri urusan pentadbiran. Dari kepalanya orang parti layak setakat tampal poster pasang banner ataupun bersorak semasa pilihan raya saja dan bukan untuk melakukan keraja pentadbiran. Soal pentadbiran biarlah orang korporat ataupun teknokrat yang uruskan!

Sekali lagi cara Khalid itu mungkin baik, namun apa yang beliau kena ingat bahawa yang berkerja untuk menang dan dapatkan kuasa orang parti dan bukan teknorkat, birokrat dan para penjilat. Kalau Khalid tidak percaya tunggulah bila ada pilihan raya nanti siapa yang akan bertungkus lumus menjaga bilik gerakan, pos, ataupun yang merayu undi di pusat-pusat pembuangan undi. - TPT 32/08.

Dicatat oleh TPT di 10:13

http://tunpadukatuan.blogspot.com

MACAM MAFIA - Malaysiakini

Anticipating kemasukan semula Chua Soi Lek ke dalam kabinet Pak Lah...Karpal Singh membuat keyataan berikut... Karpal: No porn actors in the cabinet, please

Menarik sekali. Tambahan pulak hari ni Husin Lempoyang menyiarkan satu kisah menantu
Modal Insan Islam Hadhari di Kalabul Malami ...macam2. Makin hangat KL ni...
Memandangkan Mat Taib juga berangan2 nak jadi TPM...teman paparkan kisah Mat Taib oleh

Husin Lempoyang juga...
Peristiwa Tan Sri Di Australia.
Serba lengkaplah BN dan Umno ni. Semua ada. Ditambah dengan rasuah terang2an dalam

bentuk politik wang sekarang ni...hebat..hebat.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Kiriman Firdaus - Kopitiam Bang Nan

IBRAHIM ALI SOKONG ISA ?? - Malaysiakini

Seorang bekas tahanan ISA yang lumpuh sebab diseksa polis sukar mendapat rawatan kerana sekatan daerah. – Harakahdaily-

Dalam pada masa yang sama, MP Pasir Mas Ibrahim Ali didapati menyokong pelaksanaan ISA di negara kita ini. Kedangkalan Ibrahim Ali terserlah apabila beliau barangkali terlupa anak Tok Guru Nik Aziz, Nik Adli pernah menjadi mangsa penganiayaan ISA. Pandangan songsang Ibrahim Ali terhadap ISA harus dipandang serius. Ini kerana PAS dan Pakatan Rakyat telah mengambil ketetapan bahawa ISA adalah akta zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Malangnya Ibrahim Ali tidak menghormati consensus yang dicapai dan beliau kekal menyokong ISA. Tindakan ini sama seperti mengkhianat parti PAS yang telah bermurah hati mencalonkan beliau bagi merebut kerusi Pasir Mas, Kelantan..

Bacaan selanjutnya
di sini.

Alif Shahrill
www.kesatuanmelayu.blogspot.com

Rabu, 29 Oktober 2008

PEMIMPIN YANG TAKUT BERDEBAT ADALAH BAPOK !! - Malaysiakini

Seorang artis terkenal seperti penyanyi atau pelakon..juga mempunyai ramai peminat dan penyokong.

Seorang bintang sukan terkenal seperti pemain bolasepak..juga mempunyai ramai peminat dan penyokong.

Seorang raja lawak terkenal..juga mempunyai ramai peminat dan penyokong.


TETAPI adakah mereka seorang ‘Pemimpin’?

Pemimpin yang sebenar ialah seorang Pemimpin yang dapat berdiri di atas kaki sendiri dan bukan seorang yang bersandarkan kepada bilangan penyokongnya.

Seseorang yang mahu menjadi seorang pemimpin mestilah bersedia bila-bila masa untuk berdiri di atas pentas untuk berdebat sebarang isu. Beliau mestilah:

a. Boleh menjawab dan menjelaskan semua soalan-soalan yang dikemukakan kepadanya.
b. Boleh menyatakan masalah yang dihadapi serta langkah-langkah untuk mengatasinya.
c. Perkara-perkara yang akan dilaksanakannya jika dipilih.
d. Apakah rancangan hadapannya.

Tujuan berdebat bukan untuk kita melihat seseorang itu pandai bercakap atau tidak, tetapi kita mahu mendengar ‘isi’ yang akan diperkatakan oleh seseorang pemimpin itu. Jika berdebat tetapi tanpa ada isi ia bukan debat tetapi ‘kelentong’.

Oleh itu [alasan] Datuk Mukhriz yang tidak mahu berdebat merupakan satu ‘excuse’ untuk menutup kelemahan dirinya. Selama ini beliau hanya bermegah kerana mempunyai banyak pencalonan.

Tidak dinafikan jumlah penyokong yang ramai serta pencalonan yang banyak diterima oleh beliau ‘mungkin’ kerana faktor simpati ahli-ahli UMNO terhadap bapanya Dr. Mahathir. Kata orang, untuk membalas jasa Dr.M maka undilah anaknya Mukhriz Mahathir.

Persoalanya ialah, adakah Mukhriz layak dan benar-benar mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang sebenar-benarnya? Atau beliau hanya [menang sorak] sahaja.

Bagi menjawab persoalan di atas maka Mukhriz perlu naik ke pentas untuk menjawabnya. Ini bukan lagi masalah dalaman UMNO tetapi ia melibatkan secara langsung dengan masalah negara kerana bakal-bakal pemimpin UMNO akan menjadi pemimpin negara suatu hari nanti.

Seperti kata Tun Musa Hitam, ahli-ahli UMNO perlu keluar dari kepompong UMNO dan cuba berada dalam masyarakat luar juga. Bukan hanya berada dikalangan sesama ahli-ahlinya sahaja.

Disebaliknya saya ‘tabik’ dan sanjungi Datuk Seri Mohd Khir Toyo kerana sudi berdebat seperti mana yang dicadangkan oleh KJ.

Walaupun Dr. Khir dilihat seorang calon bukan pilihan tetapi sekurang-kurangnya beliau telah menunjukan kepada kita bahawa beliau seorang ‘Pemuda Jantan’ kerana berani menyahut segala cabaran untuk menjadi seorang Pemimpin UMNO.

UMNO : DUIT DERMAN PUN NAK SONGLAP - Malaysiakini

ALOR GAJAH: Seorang nenek kesal kerana derma yang disalurkan orang ramai melalui tabung khas untuk membawa pulang anak bersama lima cucunya yang kini di Lombok, Indonesia, yang dilancarkan Biro Kebajikan Umno Kuala Linggi dua bulan lalu dan dianggarkan lebih RM1,000, kini hanya berbaki RM450 tanpa diketahui ke mana jumlah lebihan itu dibelanjakan.

Malah, nenek itu yang juga ibu tunggal, Salmah Mahmud, 67, dari Kampung Bukit Darat, Kuala Sungai Baru, dekat sini, tidak pernah menerima sesen pun wang berkenaan walaupun tabung itu ditubuhkan bagi membantu membawa anak keempat dan lima cucunya pulang ke negara ini selepas ada di Lombok kerana mengikut menantunya enam tahun lalu.

Salmah pernah bertanya mengenai jumlah duit dalam tabung itu, tetapi jawapan diberi sungguh mengecewakan dan kini dia tidak lagi mahu mengharapkan bantuan biro berkenaan.

“Biar saya cari wang sendiri. Saya tidak harapkan wang dari biro itu lagi. Cukuplah apa yang berlaku,” katanya ketika dihubungi.


Bagaimanapun, Salmah masih mengharapkan ada pihak sudi membantunya membawa pulang anaknya, Sanisah Abu Bakar, 33, dan lima cucunya yang mengikut suaminya pulang ke Lombok pada 2002 dan tidak pulang hingga kini.

“Sebagai ibu tunggal yang tidak bekerja, tidak banyak yang dapat saya lakukan untuk membawa pulang anak dan cucu saya. Anak saya sering menangis minta dibawa pulang ke sini selepas tidak tahan menanggung derita akibat kemiskinan di negara orang,” katanya.

Salmah berkata, anaknya tidak putus-putus menghubungi dan merintih supaya beliau berikhtiar mencari bantuan daripada mana-mana pihak yang sudi menolong.

“Saya sudah kering air mata mendengar rintihan Sanisah yang merayu mencari wang untuk membawa dia pulang,” katanya.

Menurut Salmah, dia terharu pada mulanya apabila ada pihak sanggup membantu menubuhkan tabung khas untuk membantunya sejak dua bulan lalu.

“Namun setakat ini jumlah sumbangan orang ramai hanya RM1,000, sedangkan jumlah diperlukan adalah RM10,000.

“Saya harap impian bertemu Sanisah akan menjadi kenyataan. Hampir enam tahun kami tidak bertemu, makcik sangat merindui mereka. Makcik harap ada orang bersimpati dengan nasib saya,” katanya.

Salmah berkata, Sanisah berkahwin dengan warga Indonesia, Widodo Cinasin, 35, yang berasal dari Lombok.

Selepas beberapa tahun berkahwin atas restu keluarga dan dikurniakan anak, Salmah meminta izin mengikut suaminya pulang ke kampung halamannya di Lombok bagi bertemu mentuanya.

“Pada mulanya Salmah dan suaminya hanya merancang bercuti selama sebulan selepas keluarga mentuanya teringin mahu menemuinya, tetapi tidak pulang sehingga kini,” katanya.

Sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Bank EONCAP di akaun 6089000578.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan negerin (Adun) Kuala Linggi, Ismail Othman, gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.

PENGHORMATAN UNTUK MB NIZAR DI PAKISTAN - Malaysiakini

MB Perak dan seluruh pemimpin gerakan Islam dunia turut diraikan oleh Ketua Menteri Negeri Punjab di kediaman rasmi beliau.MB Perak diberi penghormatan menyampaikan ucapan mewakili semua tokoh-tokoh Islam yg lain.

Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada Qadhi Husein (Amir Jamiat Islami Pakistan) yang berjaya menganjurkan Ijtima Am dan Berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh gerakan Islam sedunia.
Nizar mengajak supaya Islam dijadikan alternatif yang terbaik bagi menerajui perubahan kea rah merealisasikan Islam.

“Pakistan yang majoriti rakyatnya beragama Islam mestilah menjadi penggerak serta pelopor ke arah itu, kerana Pakistanlah antara yang melahirkan tokoh-tokoh Islam bertaraf dunia seperti Maududi, Kursyid Ahmad dan sebagainya, dan Jamiat Islami juga lah yang berjaya mempengaruhi tertubuhnya gerakan Islam di tempat lain seperti Malaysia,” jelas Nizar dalam ucapannya. Ada lagi ceritanya
di sini dan juga di sini

Khamis, 23 Oktober 2008

JEMPUTAN MAJLIS HARI RAYA MTD SERKAM

ASSALAMUALAIKUM

KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT YANG BERKUNJUNG DIUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

BERSEMPENA DENGAN BULAN SYAWAL YANG MASIH ADA BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI ,MAJLIS TINDAKAN DUN SERKAN (MTD SERKAM) AKAN MENGADAKAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DAN CERAMAH PERASMIAN BALAI ISLAM PAS CAWANGAN SEMPANG
PADA 28 OKTOBER 2008
MASA JAM 7.00 MALAM HINGGA 12.00 MALAM
BERTEMPAT DI BALAI ISLAM PAS CAWANGAN SEMPANG, LORONG JAAMAT 1, KAMPUNG SEMPANG, 77300 MERLIMAU MELAKA

DIALU-ALUKAN KEPADA SAHABAT YANG INGIN HADIR SUPAYA DAPAT HADIR AWAL UNTUK SOLAT MAGHRIB SECARA BERJAMAAH BERSAMA.

CERAMAH PERASMIAN BALAI ISLAM PAS CAWANGAN SEMPANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH YB SALEHUDDIN AYUB , AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN.

JOM KITA SAMA-SAMA RAMAIKAN

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI

INDEKS PERSEPSI RASUAH: GAGALNYA LEGASI ABDULLAH BADAWI - Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius pengumuman hasil kajian oleh Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh tentang persepsi rakyat negara ini terhadap amalan rasuah yang berlaku sekarang. Kajian ini melaporkan lebih 53 peratus daripada hampir 15,000 responden berpandangan bahawa tahap rasuah di negara ini adalah tinggi. Keputusan kajian ini juga sekali gus merupakan tamparan kepada Perdana Menteri, Abdullah Badawi kerana gagal melaksanakan agenda integriti dan penghapusan rasuah yang diumumkannya ketika mula-mula memegang jawatan Perdana Menteri pada Oktober 2003.

DPP Pusat berpandangan tindakan IIM yang mengambil isi rumah sebagai responden utama melibatkan lebih 10,000 responden menjadi faktor persepsi ini berada pada tahap 53 peratus yang mengatakan kadar rasuah adalah tinggi dan 58 berpandangan usaha penghapusan rasuah berkesan. Di Malaysia, kebanyakkan suri rumah adalah mereka yang tidak mengakses maklumat alternatif, melainkan menonton tv atau mendengar radio yang dikuasai oleh kerajaan atau parti pemerintah. Jika responden yang dipilih di kalangan mereka yang terdedah dengan pelbagai maklumat alternatif, terutama kakitangan swasta, pelajar universiti dan juga ahli-ahli politik, DPP Pusat percaya peratusan mereka yang mengatakan kadar rasuah di negara ini tinggi akan meningkat dan peratusan yang mengatakan pencegahan rasuah berkesan akan menurun.

Antara faktor yang jelas menyebabkan persepsi rakyat begitu buruk terhadap keadaan rasuah di negara ini ialah politik wang dalam parti pemerintah sehingga ramai responden mengatakan ia sudah tidak terkawal lagi. Dalam musim pemilihan parti seperti sekarang, para menteri sendiri bercakap tentang gejala ini. Ketika musim pilihan raya, BN menaburkan pelbagai bentuk rasuah kepada rakyat sehingga rasuah sudah menjadi biasa. Faktor yang kedua ialah dasar pentadbiran Abdullah Badawi yang lemah sehingga membuka ruang kepada kronisme. Anak, menantu, ipar, adik-beradik, saudara-mara dan kenalan rapat para menteri menjadi kaya raya kerana mengaut kekayaan negara secara haram. Di mana-mana orang bercakap tentang masalah menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin yang menciptaan kekayaan dalam sekelip mata. Media-media juga melaporkan penyelewengan yang berlaku di Kementerian Pertahanan yang sebelum ini diketuai oleh Najib Razak terutama isu pembelian kapal selam dan helikopter.

Kelemahan badan kehakiman juga menjadi satu sebab yang mendorong persepsi negatif ini kerana rakyat melihat usaha kerajaan untuk memulihkan integriti kehakiman tidak serius. Ketika Datuk Zaid Ibrahim menjadi menteri, beliau berusaha memulihkan sistem kehakiman dengan membayar ex-gratia kepada bekas hakim yang dipecat, menubuhkan suruhanjaya kehakiman, mengkaji semula kedudukan BPR dan juga perperiksaan guaman. Tetapi, dalam sekelip mata sahaja segalanya musnah apabila Abdullah Badawi mencalonkan bekas Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Zaki Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Bagaimana mahkamah boleh berkecuali jika ia dipimpin oleh pemimpin Umno. Malaysia patut belajar daripada mahkamah Thailand yang sanggup menghukum bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dan isterinya walaupun kerajaan Thailand sekarang dipimpin oleh keluarga dan penyokong Thaksin.

DPP Pusat melihat bahawa kegagalan Abdullah Badawi dalam memastikan keluarga terdekat menteri mencipta kekayaan melalui pintu belakang telah menyebabkan rakyat melihat slogan-slogan pembaharuan beliau sebagai satu kepalsuan. Lebih-lebih lagi apabila Umno sendiri menjuarai politik wang dan mahkamah gagal dibebaskan sebagai sebuah institusi yang prorakyat. Undang-undang draconian diwujudkan untuk menyekat rakyat bersuara, kebebasan akhbar dihalang dan mahkamah pula dimasukkan ke ’dalam saku’ Umno. Keadaan seperti memang akan mewujudkan persepsi yang buruk terhadap tahap amalan rasuah. Inilah legasi Abdullah Badawi menjelang persaraannya!

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

BILA HARGA MINYAK BOLEH TURUN BAWAH RM 1.92 ?? - Malaysiakini

Aloha2

Salam sejahtera....

Makin hari...makin ditipu...Minyak hari nih sudah paras hampir $70 se tong, apa cerita nih? Rakyat baru dijamu penipuan dengan lakonan & lawak jenaka para pemimpin yang melalak kononnya bila minyak sudah turun...barang bekalan juga perlu turun.....

Macam mana nak turun harga barang?

Hello brader....minyak harituh lu naik berapa sen masa harga $125 se tong barrel? minyak sekarang lu turun berapa pula bila harga sudah hampir $70 se tong barrel? takkan masa naik harga per barrel beza dgn harga per barrel sekarang? maksud aku,tong tuh ada kecik besar ker?

Macam mana nak turun harga barang?

Tarif elektrik ader ker korang kaji semula untuk turun wahai gomen BN yang memerintah pusat?yang makcik leha dengan timah janda korang boleh la menipu...korang kecualikan pembayaran kurang RM20 sebulan setelah pengiraan tarif korang naikkan...woii....ko tahu kampung aku nih takat tadih,hanya 4 orang sj yang dapat...kepadatan penduduk di kampung aku melebihi dari 400 rumah hanya 1.5KM...jadi berapa orang yang terima nikmat tuh?jadi kalau janda timah meniaga goreng pisang...dulu seringgit 12 keping...sejak minyak naik & tarif elektrik naik harga dah jadi seringgit hanya 8keping goreng pisang....walaupun minyak turun ciput...jangan la marah kat janda timah

Macam mana harga barang nak turun?

Barang jualan tak laku sejak kenaikan harga minyak & harga barang...berapa orang peniaga & kontraktor kecil gulung tikar?bekas pekerja dia mana nk mampu beli barang?dalam keadaan orang berjimat...berapa banyak lambakan barang2 yang tak terjual?ada korang pikir?bodoh punya gomen....

Macam mana harga barang nak turun?

Kalau pemimpin tetap berbelanja boros,nak makan pun kat hotel 5star...nak melancong pun kat eropah...bukan pakai duit poket sendiri...balik claim kat gomen...gomen pakai duit sapa?duit kita semua....duit kita semua tuh datang dari mana?dari cukai kita....klau hampa tak percaya tanya tok jib harga helikopter baru berapa sebiji....beli helikopter bukan mcm beli wira bayar downpayment....tak pun hampa pi tanya dengan Hakim Borhan Datok Bandar Kolumpo...dia belanja pi luar negara pakai duit kat mana?taktau kot JKKKP pakat kutip duit bayar duit tambang dia....khaaakkk ptuiihhhhh!!!

Macam mana harga barang nak turun?

Kalau para pemimpin hanya pikiaq nak jadi perwakilan pemilihan parti baik parti cap bintang,cap keris,cap bunga padi atau apa2 cap pun...dalam sampul dh tentu ada saki baki untuk bayar duit elektrik,duit beras,duit sewa bilik hotel bila calon yang dikehendaki menang jawatan tertinggi parti...apa depa peduli orang kampung makan atau tak...sebab bagi depa ada 1 saja prinsip 'MEMBUJUR LALU,MELINTANG SAPU'

Kalau mcm tuh...jom kita pakat cari jalan....Macam Mana Nak Turunkan depa nih....nanti depa kata pula,kegagalan ekonomi sebab faktor...KEMELESETAN EKONOMI GLOBAL

Hat Di Kampung Pun, pakat2 percaya la.....hahahhaha...khakkk ptuihhhh

ttp://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

INIKAH PEMBAHARUAN YANG ANDA MAHUKAN? - Malaysiakini

Dari Tanah Besar China, Abdullah mengulangi pendiriannya mahu melepaskan jawatan Presiden UMNO pada bulan Mac 2009 biarpun sudah ada desakan yang mahu Abdullah berundur Disember ini.

Jika Abdullah meletak jawatan, inilah barisan kemungkinan pimpinan baru UMNO yang akan membawa pembaharuan :

Najib Razak, Presiden UMNO dan Perdana Menteri

Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden dan TPM

Hishammuddin, Naib Presiden 1

Zahid Hamidi, Naib Presiden 2

Shafie Apdal, Naib Presiden 3

Khaled Nordin, Naib Presiden 4

Muhriz Mahathir, Ketua Pemuda

Shahrizat Jalil, Ketua Wanita

Inikah pembaharuan yang anda inginkan pada UMNO?

sumber : Nuraflah

Sabtu, 18 Oktober 2008

Kontroversi: Beri Gelaran Datuk Kepada Shah Rukh Khan, Satu Penghinaan Buat Rakyat Melaka (Siri I)-Malaysiakini


Oleh: cucumatkilau

Apa dah jadi dengan Malaysia tanahairku ini!!. Sudahlah politik negara kian tidak menentu, kini kita dihangatkan lagi dengan berita seorang artis Bollywood iaitu Shah Rukh Khan. Beliau dikatakan salah seorang daripada 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, yang dijadualkan esok. Pelakon Bollywood itu akan menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Kita bukan mahu mempertikaikan hal ini, cuma apakah rasionalnya seorang rakyat India yang hanya merupakan artis dan sesekali datang ke Malaysia untuk menghiburkan peminatnya diberi anugerah sedemikian?.Apakah jasa-jasa yang telah disumbangkan kepada rakyat Malaysia amnya dan Melaka khasnya.


Sungguh malang nasib rakyat Melaka bila mendapat "Sultan @ Yang Dipertua Negeri" seperti Khalil Yaakob ini. Rosak benar masa depan rakyat Melaka bila seorang pemimpin UMNO yang cukup "sinonim" dengan kes rasuahnya itu dianggap ke kedudukan semulia itu. Khalil ini disembah dan disanjung sebagai "Sultan" negeri bersejarah itu. Namun, keputusan memberi anugerah kepada artis Bollywood itu ternyata satu "tindakan penghinaan" serta memalukan rakyat Malaysia amnya dan Melaka khasnya.

Apakah sudah tiada rakyat Malaysia yang layak untuk diberi gelaran itu?. Sebelum ini Khalil pernah dikecohkan dengan isu pemberian terlalu banyak pingat gelaran "Datuk" semasa Hari Keputeraannya. Khalil mencipta sejarah tersendiri dalam hal ini. Maklumlah, dari seorang rakyat biasa kini beliau duduk setaraf dengan raja-raja Melayu. Bahkan beliau juga kini boleh mendabik dada kepada Sultan Pahang kerana kini "darjat" mereka hampir sama.

Kalau di Pahang dulu, Khalil hanyalah Menteri Besar yang dipercayai bertanggungjawab "membankrapkan" negeri ini. Beliau dikatakan telah merompak segala hasil mahsul dan khazanah negeri terutaman hutan balak. Hutan-hutan dara yang sepatutnya dikeluarkan hasil tahun 2010 ke atas habis ditarahnya. Maka, akhirnya beliau meninggalkan hutang-piutang yang terlalu banyak untuk ditanggung oleh penggantinya.

Justeru itulah ekonomi dan KDNK di Pahang senantiasa merundum gara-gara penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Besar Pahang sejak dulu kini dan selamanya.Kini, Khalil boleh berbangga dengan statusnya sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka. Beliau kebal dari undang-undang setelah dianugerahkan gelaran "Tun" oleh PM Mahathir sebelum itu. Maka Khalil gembira dapat bermastautin di negeri yang cukup popular dengan "Taman Buaya" itu. M

aklumlah, ketika di Pahang buaya Paya Bungor sendiri pun takut melihat kelibat Khalil turun ke air semasa Sukma 96 di Kuantan dulu. Hebohlah orang membicarakan hal ini ketika itu. Kini Khalil dikatakan sudah serasi dengan buaya bahkan boleh menjinakkan pula buaya di Ayer Keroh itu. Maklumlah beliau kini adalah saling tak tumpah macam "Sultan Melaka".

Ketika bergelar Menteri Penerangan, Khalil pernah berangan-angan untuk membina sebuah perkampungan artis ala Hollywood di Malaysia. Lokasi yang dipilih sudah pasti di Pahang iaitu berdekatan dengan Janda Baik. Mujurlah hasrat itu tidak tercapai jika tidak semakin musnah dan hancurlah masa depan rakyat Pahang ditangannya. Kini beliau selesa berada disinggahsana negeri Hang Tuah itu. Namun, satu sikap yang sukar ditinggalkan sudah pastilah dengan "wang" atau pun "duit". Khabarnya kini di Melaka, habis projek-projek disapu oleh syarikat kroninya dari Pahang.

Banyak projek-perojek besar yang sepatutnya diberikan kepada rakyat Melaka telah dianugerahkan kepada proksi-proksinya dari Pahang ini. Semua ini dilakukan demi perjuangan hidupnya yang masih belum selesai sejak sekian lama.Isu gelaran "Datuk" memang popular dan sering dikaitkan dengan "jual beli" atau "sistem barter" iaitu ada wang semua boleh jalan.

Sistem barter ini memang popular sejak zaman kesultanan Melayu Melaka dulu lagi.Khabarnya gelaran itu kini nilainya mencecah sehingga RM300,000 ringgit dan bergantung kepada cara bayarannya. Maka itulah Khalil harus mengambil kesempatan atas peluang ini. Kalau satu kepala Rm300,000 maka jika diberikan kepada 30 kepala, (khabarnya ada 77 penerima darjah kebesaran Melaka itu) berapa banyak duit yang boleh disapu.

Maka tanpa memikirkan "risiko" akibat tindakan bangangnya itu Khalil tersalah pandang akhirnya ter"anugerah"lah gelaran "Datuk" kepada aktor Bollywood itu. Sekarang, semuanya sudah terbongkar. Soal siapa yang menjadi "broker" menjual gelaran itu hanya Khalil Yaakob sahaja yang layak mengetahuinya. Namun, kita pasti gelaran itu adalah "jual beli" dan bukan atas dasar jasa serta pengorbanan besar Shah Rukh Khan kepada rakyat Malaysia apatah lagi rakyat Melaka.

Siasatan harus dilakukan terhadap Khalil Yaakob, jika tidak maka isu ini memanglah akan menjatuhkan maruah dan darjat orang-orang Melaka.Khabarnya Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan itu dijadual datang ke Melaka bulan depan bagi menerima gelaran yang dianugerahkan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob sempena sambutan Harijadi ke-70, hari ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kedatangan Shah Rukh Khan akan diuruskan dengan bantuan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Mesti ada udang disebalik mee cerita ini, jika tidak munasabah pulak Daim yang menguruskan kemasukan aktor tersebut ke Malaysia?.

[Pahlawan Hang Tuah ada mengatakan "Tak Melayu Hilang Di Dunia". Namun, kini Khalil Yaakob awal-awal lagi sudah menghilangkan identitinya dengan memberi anugerah kebesaran negeri melaka kepada rakyat India yang merupakan pelakon popular hindustan itu.

Simpati benar kita kepada rakyat di bumi Melaka dengan perkembangan ini. Apa boleh buat, Khalil adalah "Raja di Melaka". Mahu atau tidak terpaksalah mereka sembah juga akhirnya !!. Kasihan juga buat rakyat Melaka, zaman dulu kita belajar sejarah Melaka cukup popular dengan Kesultanan Melayunya, namun kini setelah berabad-abad lamanya Melaka pula yang tidak bersultan. Akhirnya dianggatlah rakyat biasa sebagai Yang Dipertua Negeri seperti Khalil itu]

PASTI Ar Raudah , Johan Majlis Kesenian Islam.

Oleh :abuya

Jabatan Pasti dewan Pemuda Pas kawasan Jasin telah berjaya menganjurkan majlis Kesenian Islam peringkat kawasan dan juga sambutan hari raya pada 11hb oktober yang lalu bertempat di perkarangan Pasti Ar raudah – Umbai.

Majlis tersebut sebelum ini dikenali dengan nama Intifal telah disertai oleh kesemua Pasti dikawasan Jasin (8 buah) kecuali Pasti Al Ikram yang menarik diri kerana kurang persiapan.

Sebanyak 7 acara telah dipertandingkan iaitu Hafazan, Bercerita, sajak, azan, nasyid juga dua acara baru iaitu khutbah (bagi lelaki ) dan pidato (bagi perempuan)

Buat julung kalinya Ar Raudah- Umbai telah berjaya menjadi johan keseluruhan dengan memenangi empat acara iaitu Nasyid, hafazan, sajak dan pidato. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDP Pas Kawasan Jasin, Mejar (B) Jasme Bin Tompang. Turut hadir pada majlis tersebutialah ketua Dewan Pemuda Pas kawasan Jasin, Saudara Aminudin bin Abd Jalil .


Pengarah program yang juga pengarah jabatan Pasti Jasin , Lokman Bin Md Daud melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya . Beliau juga berpuas hati dengan perjalanan program yang lancer tanpa sebarang masaalah. Tambah beliau lagi, ‘peserta yang menjadi johan dalam acara yang dipertandingkan akan mewakili Jasin pada pertandingan peringkat negeri, dan mudah mudahan wakil dari Jasin akan lebih cemerlang diperingkat negeri seterusnya keperingkat pusat.’

Kebanyakan ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut terharu dan kagum melihat bakat dan kebolehan yang ditunjukan pelajar Pasti terutama adik Mohd Aidil Bin Amir Rasyid (johan Khutbah) dari Pasti Nurul Iman dan juga adik Norhazwani Bte Mohd Kamal (johan pidato) dari Pasti Ar Raudah.

Jemputan Ke Hari Terbuka Pas Kawasan Jasin

Jemputan Hari Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Jasin yang adak diadakan pada 19 Oktober (Ahad)bermula jam 11 pagi hingga jam 3.00 Petang bertempat di Dataran Hamas,
Kompleks PAS Jasin (KOMPAJ).
Semua dijemput hadir

Jumaat, 17 Oktober 2008

HARAMKAN HINDRAF BUKTI KERAJAAN TIDAK DEMOKRATIK - Malaysiakini

Kerajaan mengisytiharkan kumpulan Hindraf, yang menjadi perhatian sejak pertengahan tahun lalu, sebagai sebuah pertubuhan haram. Kerajaan mengumumkan keputusan itu sehari selepas tiga pemimpin kumpulan tersebut diambil keterangan mengenai tindakan kira-kira 300 penyokongnya menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet di PWTC 1 Oktober lalu dan didakwa menimbulkan kekecohan.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuat kuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan. "Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966, diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," kata Syed Hamid Albar. Penyelaras pusatnya R. Thanenthiran ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan reaksi rasmi esok selepas melihat teks kenyataan Kementerian Dalam Negeri sepenuhnya. "Kami hanya akan mengulas esok. Biar kami melihat kenyataan keputusan (diharamkan) terlebih dahulu. "Kami tidak mahu mengatakan sesuatu terlebih dahulu tetapi diubah kemudian oleh pihak yang sudah kehilangan kepercayaan rakyat," kata beliau.

Hindraf dibentuk dengan keanggotaan kira-kira 30 pertubuhan bukan kerajaan agama Hindu dan telah mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 25 November lalu untuk menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Britain. Bagaimanapun perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa. Rentetan daripada itu lima pemimpinnya kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam kenyataan hari ini, Syed Hamid menambah, perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia. Syed Hamid berkata, sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum. "Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan," katanya.

Syed Hamid berkata, Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Permohonan itu, katanya, belum diluluskan tetapi pertubuhan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini “Hindraf juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan mereka. "Kegiatan dan aktiviti ini telah memberi kesan buruk pada imej negara," kata beliau. Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu. Bernama.

[Dengan mengharamkan Hindraf maka ini bermakna selesailah tugas paling mudah Hamid Albar dalam menangani isu ini. Nampak benar mereka sudah tiada jalan lain untuk menyekat pengaruh pertubuhan terbabit. Perkara ini adalah satu tekanan politik yang cukup hebat untuk rakyat Malaysia. Kerajaan boleh sesuka hati untuk mengharamkan pertubuhan terbabit, walhal Hindraf selama ini memang masih belum berdaftar sebagai pertubuhan yang sah. Maka tindakan mengharamkan Hindraf adalah satu tindakan tidak demokratik untuk menyekat suara rakyat]

http://pahangdaily.blogspot.com

HINDRAF HARAM, TETAPI POLITIK WANG UMNO HALAL - Malaysiakini

Berita utama akhbar-akhbar Melayu ialah - Hindraf di isytihar haram.

Kerajaan hari ini mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram, satu tindakan yang menetapkan penglibatan sesiapa juga dalam pertubuhan itu merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang.

Dalam satu kenyataan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perintah itu dibuat hasil daripada pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) semenjak pertubuhan berkenaan ditubuhkan.

Bagaimana dengan politik wang yang menjadi budaya tegar dalam UMNO dulu, kini dan selamanya?

Bila pula rasuah yang dikategorikan sebagai 'politik wang' ini difatwakan HARAM oleh alim ulamak Hadhari dan glokal UMNO? Apakah tiada yang haram selagi matlamat menghalalkan cara?

Dengan lengkapnya sumpah R.A.H.M.A.N dalam warisan kepimpinan UMNO, mungkinkah selepas Najib menjadi presiden UMNO, maka UMNO hanya tinggal nama dalam lipatan sejarah?

Baca keluhan Dr. Asyraf Wajdi Dasuki yang kalah pemilihan ketua pemuda UMNO Tumpat dengan seseorang (seperti mana yang di dakwa rakan baiknya, Mufti Perlis) sebagai pemuda yang tidak lulus SPM, bekerja sebagai penyeludup beras dan penagih ubat batuk.
Tapi apakan daya hari ini budaya dalam UMNO begitu mengakar bahawa duit adalah segala-galanya. Perhitungan pemilihan bukan sangat kepada karisma dan wibawa pemimpin tetapi bergantung kepada berapa banyak duit yang ditaburnya. Saya kalah kepada lawan yang ditaja bahagian kerana mudah dicucuk hidungnya lantaran tidak berpelajaran dan kerjanya diragui. Mulanya saya agak ragui dari mana wang yang dibelanjakannya.
Namun ramai yang maklumkan bahawa lawan saya bukannya beliau tapi pimpinan bahagian yang takut dengan bayang-bayang sendiri seolah2 jika saya menang akan mengganggu-gugat kedudukan mereka satu hari nanti. Akhirnya mereka sanggup melakukan apa sahaja memastikan kekalahan saya.

Sejak daripada musim pencalonan sehinggalah kepada pemilihan, ramai perwakilan yang mendakwa menerima sogokan daripada RM50 hinggalah RM100 seorang. Jumlah perwakilan semuanya 438 orang mewakili 146 cawangan. Cuba bayangkan berapa yang dihabiskan untuk membeli undi mereka ini. Malah ada yang menerima sogokan beberapa kali dan bukannya sekali. Ada satu cawangan yang memberitahu saya menerima RM600 untuk diberi kepada perwakilannya.

Dua malam terakhir adalam malam kemuncak sogokan diberikan.

sumber : fudzail

ANTARA PEMIMPIN BERANI DAN TAKUT BINI - Malaysiakini

Oleh : matkeri

Ringgit dah cecah RM3.50 berbanding USD1 pada bulan ini. Dua bulan terlebih awal dari jangkaan gomen kita. Aku dah nampak Najib berkerut dahi antara nak tambat dengan tak tambat ringgit kali ni. Dalam masa yang sama, sedang Pak Lah jadi menteri kewangan bulan lepas, dia dengan konfiden mengunjurkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5%. Disokong dengan bongkaknya oleh mat yakkob.

Sebulan lepas, ekonomi Malaysia menunjukkan kekonfidenan yang boleh dikawal. Walaupun semua bursa terjun tiruk, termasuk pelabur yang pacak kepala dari tingkat 20, Malaysia masih lagi bongkak mengatakan ekonomi kita masih "mapan" dan "utuh" di bawah kerajaan yang tak dapat mandat 2/3 nih. Kalau ada "sedikit" kekalutan pun, bukan disebabkan oleh ketidakcekapan gomen, atau gangguan pasaran global, tapi sebaliknya dek kerana ketua pembangkang kita, Anwar Ibrahim yang katanya "menakutkan" pelabur.

Laporan ekonomi dalam tivi juga agak lawak. Dalam melapurkan pasaran bursa dunia yang jatuh dalam angka peratusan, tapi bila tiba laporan bursa Malaysia, ia dilapurkan dalam bentuk perpuluhan. Sunggo aneh.

Tapi harini lain pulak ceritanya. Gomen terpaksa akur bahawa depa tak dapat tipu rakyat sampai bila2. Bila indeks nikkei jatuh sampai 11%, gomen akur dan terpaksa mengumumkan pengendutan ekonomi daripada 5% kepada 3%.

Kesimpulannya? Malaysia sama2 terjun tiruk. Ekonomi kita makin teruk. Dan tahun depan semua kena start makan jeruk. Semua kena belajaq ikat perut.

Apakah punca semua ni sebenarnya. Mudah, back to basic. Kembali kepada yang asas. Bila kita bercakap tentang ekonomi (ekonomoney?) ni, tak boleh tidak, kita mesti kena becakap tentang asas yang menjana ekonomi tu sendiri : persepsi rakyat. Persepsi rakyat terhadap kerajaan. Persepsi rakyatlah sebenarnya yang menyumbang kepada kembang kuncupnya ekonomi dalam negara. Itulah sebenarnya asas kepada ekonomi sesebuah negara.

Jika rakyat yakin kerajaan yang ada itu kuat, maka kuatlah ekonominya. Jika rakyat rasa kerajaan itu lemah, maka lemahlah ekonominya.

Persepsi rakyat.

Tanya semua rakyat yang ada sekarang, samada yang tengah meeting pilih perwakilan, atau yang kutip tin tepi jalan, yakinkah mereka dengan perdana menteri yang ada sekarang? Pak Lah? Yakinkah kita pada ghentua sorang ni? Silap2 kita pulak kena mintak diri sebab tak larat dengaq depa beletiaq tak puas hati.

Nah, lepas tu tanya pulak tentang "bakal perdana menteri" kita nanti. Mampukah Malaysia bangun di bawah pemerintahan Najib dan bini? Aku gerenti sebelum sempat aku habiskan taip ayat tadi korang dah bejuih2 bibir mulut sambil mengeluh "huh"!

Negara rasuah menghasilkan rakyat yang resah. Pemimpin yang lemah menghasilkan rakyat yang gelisah! Rakyat yang resah dan gelisah akan hidup dalam kebimbangan. Dan rakyat yang berada di dalam kebimbangan akan cuba sedaya upaya untuk menjaga masa depan mereka dengan mengumpul harta dan tidak berbelanja!

Macamana rakyat nak berbelanja jika depa tau pemimpin atasan tak cekap urus ekonomi? Atau rakyat tau yang perdana menteri masa itu dikelola oleh bini yang mengukur kejayaan seseorang berdasar kepada kembang rambut, atau jumlah almari kasut? Duit terpaksa disimpan takut2 dibuang kerja. Bila duit simpan bekepuk sebab nak jaga masa depan, produk melambak di pasaran tadak orang nak beli. Bila produk tadak orang beli, majikan terpaksa jual murah. Bila jual murah, untung kurang. Bila untung kurang, hutang tak boleh bayaq. Bila hutang tak boleh bayaq, bank ligan. Bila bank ligan tak boleh bayaq, meniaga tutup kedai. Bila kedai tutup, pekerja kena buang, tadak pendapatan, bank pun rugi sebab tadapat duit hutang. Bila pekerja kena buang, duit nak belanja makin tadak. Bila nak belanja tadak, lebih banyak perniagaan gulung tikar sebab barang tak laku. Lebih susut duit kat bank sebab lebih ramai tak bayar hutang.

Rumah tak boleh beli sebab bank tadak duit nak bagi hutang. Kereta tak boleh beli sebab bank serik nak bagi hutang. Sektor besar akan merudum, sektor kecik apatah lagi. Ekonomi akan lebih gawat, rakyat akan lebih gayat, akhirnya semua merana!

Pasai apa?

Pasai rakyat tak yakin pada kepimpinan yang ada. Rakyat tak yakin pada pak lah untuk kendali ekonomi, atau pada najib yang diperintah bini. Kalau rakyat yakin pada pemerintah, rakyat lebih konfiden tentang masa depan. Jika rakyat yakin pada masa depan, rakyat tak kisah untuk bershoping sakan. Dan jika rakyat bershoping sakan, lebih untung perniagaan, lebih banyak produk ditawarkan, lebih banyak peluang pekerjaan, lebih jenuh syarikat bagi bonus dan habuan, lebih kerap orang bayaq hutang, lebih senang bank nak bagi pinjaman, lebih senang hati semua orang!

Ekonomi negara digerakkan oleh persepsi rakyat. Itulah asas ekonomi kapitalis yang kita kendong selama ini.

Jika kita terus diperintah oleh kerajaan yang korup, pemimpin yg lemah dan perasuah, sistem yang tiada integriti, yang terus2an membimbangkan rakyat dan pelabur, bersedialah kita untuk menghadapi masa depan yang lebih kelam.

Tetapi jika kita terus menyokong sebarang usaha untuk membetulkan keadaan, menolak kerajaan yang korup dan zalim dengan apa cara sekalipun yang dibenarkan oleh perlembagaan dan undang2 demi untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, insyaAllah masa depan akan lebih cerah dan gemilang.

So, sekarang ni terpulang kepada korang. Samada nak mula belajaq makan ubi kayu, atau nak mula berangan beli rumah baru.

BPR: TIADA RASUAH DALAM PIALA MONSUN - Malaysiakini

Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkata siasatannya mendapati tiada berlaku unsur-unsur rasuah dalam penganjuran kejohanan kapal layar bertaraf dunia Piala Monsun di Terengganu.

"Saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah dalam kejohanan ini," kata Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan.

Beliau menegaskan demikian ketika ditemui selepas majlis sambutan hari raya BPR di Pusat Konvensyen Putrajaya hari ini.

"Ini kejohanan bertaraf dunia, (jika berlaku rasuah) ia bukan sahaja menjejaskan Terengganu, tetapi juga Malaysia," tambahnya.

Pemuda PAS dan PKR telah membuat laporan kepada BPR mengenai penganjuran sukan berprestij itu pada 29 Julai lalu.

Mereka membuat laporan tersebut susulan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang meminta badan itu menyiasat dua projek mega - Piala Monson dan Masjid Kristal.

Piala Monsun mula diadakan pada 2006 semasa kerajaan negeri ditadbir menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, anjuran syarikat T-Best Sdn Bhd.

Sebanyak 42.9 peratus saham T-Best dimiliki oleh TDM Bhd, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Terengganu, manakala 57.1 peratus lagi milik syarikat swasta, Prestasi Wangi Sdn. Bhd.

T-Best mempunyai hak penganjuran Piala Monsun selama lapan tahun bermula 2006.

Kejohanan Piala Monsun bagi tahun ini akan diadakan pada 4 hingga 7 Disember depan.

Sementara itu, Ahmad Said juga ditanya sama ada beliau telah menerima salinan surat Kapten (B) Datuk Zahar Hashim berhubung kontroversi pemberian tender kepada Eurocopter untuk membekalkan pesawat pengganti helikopter Nuri yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mengikut surat Zahar, beliau turut menghantar salinannya kepada perdana menteri, pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), ketua pengarah BPR, dan ketua pengarah Biro Pengaduan Awam.

Ahmad Said berkata, beliau belum lagi menerima surat tersebut serta tiada laporan dibuat mengenai kontroversi tersebut setakat ini.

"Saya belum tengok lagi (surat mengenai) perkara tersebut...

"Biarlah PAC menjalankan siasatan terlebih dahulu...," katanya

Jumaat, 10 Oktober 2008

NAJIB BAKAL PM: "IMPIAN ANWAR TUMBANGKAN BN MAKIN SUKAR" PENGANALISIS - Malaysiakini

KL: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam mengumumkan beliau tidak akan mempertahan jawatan presiden Umno dan akan melepaskan jawatan perdana menteri pada Mac tahun depan.

Beliau mengumumkan keputusan tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Menurut Datuk Seri Abdullah, beliau akan melepaskan jawatan perdana menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, selepas perhimpunan agung Umno pada Mac depan.

Secara tradisi, presiden Umno menjadi perdana menteri dan pengerusi BN, parti campuran yang memerintah Malaysia.

Ini bermakna peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib yang sebelum ini ditetapkan pada Jun 2010 akan berlangsung setahun lebih awal.

'Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, saya sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat. Oleh itu saya tidak akan mempertahan jawatan presiden Umno dalam perhimpunan agung akan datang,' kata Datuk Seri Abdullah dalam satu sidang akhbar.

Datuk Seri Abdullah, 68 tahun, berkata beliau memutuskan untuk meletak jawatan kerana tidak mahu melihat Umno berpecah belah.

'Saya tidak mahu melihat Umno dan Barisan Nasional berpecah belah.

'Umno dan Barisan Nasional perlu bersatu dan kukuh bagi menangani cabaran global, agar kita berjaya menjadi sebuah negara maju, yang menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua,' tambahnya.

Menjelang peletakan jawatannya, Datuk Seri Abdullah berikrar akan memperkukuh sistem kehakiman melalui penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, dan menangani masalah rasuah dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang bidang kuasanya lebih besar daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ada sekarang.

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam berkata beliau gembira kerana sangkaan beliau bahawa Datuk Seri Abdullah tidak akan melepas jawatan ternyata silap.

'Saya gembira kerana Umno sebagai sebuah parti dapat dibangun semula,' kata beliau kepada pemberita.

Sementara itu, para penganalisis berkata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadapi kesukaran menumbangkan kerajaan BN jika Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri.

'Sebaik saja Najib mengambil alih, semakin tipis kemungkinan (anggota parlimen BN) akan melompat parti.

'Anwar tahu Najib orangnya tegas,' kata seorang penganalisis, Mohamad Mustafa Ishak.

'Anwar besar kemungkinan tidak dapat menumbangkan kerajaan BN melalui lompat parti tetapi ancaman pembangkang masih wujud,' kata seorang pensyarah sains politik di Universiti Sains Malaysia (USM), Lim Hong Hai.

GELORA...- Malaysiakini

Oleh: Firdaus (Kopitiam Bang Nan)

Malam tadi teman duduk rumah jaga anak. Orang rumah teman berMLM (Multi level...) di Bangunan Getah Asli sama2 kawan dia....teman dok mengintai2 program tv yang bercerita pasal Pak Lah...

Biasalah...orang Umno. Bila orang tu dah nak pergi barulah melambung2 puji-pujian. Kalu tak dihentamnye macam nak rak. Pemimpin yang berjiwa beso le, pemimpin yang liberalise Malaysia lah, bukan senang nak cari pemimpin macam ni lah...pooooorah. Kalu bukan senang nak jumpa kenapa ko suruh dia berhenti? Mangkok gila!!

Dalam radio 24 lagilah. Tah macam2 Tan Sri dan professor yang ditemu ramah. Semuanye puji melangit. Nak terkentut teman dengo. Ada yang bandingkan Pak Lah dengan Yasuo Fukuda di Jepun. Mamat tu berhenti serta merta bukan kerana apa2 pressure dari sesiapa pun tapi memang dah jadi budaya orang Jepun to commit harakiri bila dia sendiri merasakan dia gagal di dalam tugas2nye. Ni Pak Lah...dah teruk kena belasah kanan kiri kerana kegagalan dan kelembikannya...Itupun jenuh...2010lah...apa lah? Piiiiiiiiirah...

Baru teman nak terlelap...orang rumah balik pulak. Biasalah MLM ni....tak berhenti pulak orang rumah teman bercerita pasal kejayaan2 orang lain. Potong stim orang nak tidur aje...!

Tapi bagus juga...tengah krisis ekonomi di US dan Europe yang telah berjangkit kat kita ni...bolehlah tolong teman bayo loan...Membaca kisah di mukasurat belakang NST hari ni...mengerikan juga. Apa nak jadi dengan Manchester United? Huge debts in English football worry FA chairman Triesman ... West Ham United sudah merasakan kesannya...Wreck-avik! Hammers fear as Icelandic owner loses £360m in banking collapse dan apa kerajaan Malaysia nak buat untuk mengatasi krisis yang melanda ini? Are we going to bail out our banks or just let them bankrupt? GLOBAL FINANCIAL CRISIS:Bank of Japan pumps in more emergency funds.

Teman tengok politik yang tak menentu di negara kita akan menjadikan kita lebih detrimental berbanding dengan negara2 lain. Seperti teman cakap...tempoh 5 bulan untuk Pak Lah berundur terlalu lama dalam politik. Macam2 boleh jadi. Bergelora lagi selama 5 bulan...kerja mengurus negara nampaknya akan diletakkan ke belakanglah jawabnye...

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

PAK LAH PATUT BERUNDUR SEKARANG - Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tidak terkejut dengan keputusan Presiden Umno, Abdullah Badawi untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu pada Mac 2009. Walaupun pelan peralihan kuasa telah dirancang berlaku pada 2010, ternyata tekanan yang begitu kuat dari dalaman Umno sendiri memaksa beliau berundur. Lagi pun, pada masa ini Abdullah dilihat sebagai liabiliti kepada BN dan kerajaan kerana kegagalan beliau menghapuskan rasuah, amalan kronisme, penyalahgunaan undang-undang dan juga Islam Hadhari. Kesan kelemahan tersebut diterjemahkan oleh rakyat dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Pengunduran Abdullah ini dilihat sebagai strategi BN untuk menarik kembali sokongan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

DPP Pusat menghormati keputusan Abdullah walaupun mungkin ia berlaku secara 'terpaksa'. Tetapi DPP Pusat mempunyai pandangan yang berbeza iaitu soal kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri. Adalah hak Abdullah untuk mengekal atau melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno, tetapi pengumuman beliau semalam tanpa melepaskan jawatan Perdana Menteri akan memberi kesan buruk kepada politik negara. DPP Pusat berpandangan bahawa Abdullah wajar melepaskan segera jawatan Perdana Menteri kepada seorang pengganti yang lebih baik untuk mengelakkan krisis politik yang lebih teruk.

Adalah tidak mustahil dalam keadaan seperti ini, apabila Abdullah yang menjadi Presiden Umno tanpa kuasa selama enam bulan, keduukan beliau sebagai Perdana Menteri juga sudah tidak dihormati lagi. Ahli-ahli dan pemimpin Umno memang terkenal kerana meminggirkan pemimpin yang sudah tidak berkuasa seperti yang dialami oleh Tun Dr Mahathir. Tidak mustahil dalam masa yang singkat ini, semua sokongan akan tertumpu kepada Najib Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan politik juga akan lebih kacau-bilau sekiranya kabinet tidak lagi menghormati Perdana Menteri seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini. Dalam keadaan Umno yang lemah, diikuti oleh kepemimpinan yang lemah dan pergolakan dalaman yang kuat, ia akan memberikan kesan yang buruk kepada politik dan ekonomi negara.

Namun begitu, DPP Pusat masih sangsi tentang strategi sebenar pengunduran Abdullah ini kerana beliau baru sahaja mengambil alih tugas di Kementerian Pertahanan, satu langkah yang dilihat penganalisis sebagai mempunyai kaitan dengan isu Altantunya akan sedang dibicarakan sekarang ini. Jika berlaku sebarang kemungkinan dalam isu ini dan Timbalan Perdana Menteri dikaitkan, maka tidak mustahil Abdullah akan mengekalkan kuasanya. Lebih-lebih lagi apabila menantu beliau begitu mengharapkan ‘perlindungan’ beliau dalam menduduki kerusi tertinggi Pemuda Umno. Jika ia satu strategi, mungkin ia akan memberikan imej positif kepada Abdullah dalam menyaingi pengaruh Najib, Ku Li atau Anwar Ibrahim.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

PILIHAN RAYA KAMPUS: ASPIRASI TUKAR KEPADA GPMS? - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Menjelang pilihan raya kampus 2008/2009, Harakahdaily mendapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi yang dikatakan pro kerajaan Umno-BN tidak akan bertanding pada kali ini dengan menggunakan nama Aspirasi.

Menurut sumber, mereka akan tampil dengan menggunakan platform Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau GPMS.

Hal ini adalah disebabkan oleh pengumuman kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti(Auku) yang membenarkan pemimpin parti politik memasuki Institusi pengajian Tinggi.

Sebagai badan bukan kerajaan atau NGO, gerakan GPMS adalah dipercayai lebih memudahkan mereka untuk meraih sokongan mahasiswa selain saingan rapat mereka Pro Mahasiswa yang menggunakan platform Persatuan Mahasiswa Islam.

Setakat ini,ianya telahpun ditubuhkan di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Mara selain Universiti Malaya yang baru proses promosi pada Minggu Pengenalan Persatuan sempena kemasukan mahasiswa sesi baru.

Terkini, GPMS sedang berusaha menyusup masuk ke kolej-kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada Pilihan raya Kampus lalu, kumpulan Pro Mahasiswa bertembung dengan kumpulan Pro Aspirasi yang dilabelkan sebagai penyokong kerajaan dan pentadbiran universiti

Khamis, 9 Oktober 2008

APA YANG AKAN ANWAR BUAT PADA PAS

Oleh Cenangau

Aku baru saja baca artikel
ini dan ini walaupun dah lama di tulis artikel pertama tu. Aku dah lama tunggu-tunggu orang tulis artikel macam ni. Itulah jugak yang aku dok pikir selama ni, walaupun ada beberapa isi yang aku sedikit tidak setuju tapi rohnya ada di situ.

Aku amat yakin penulis artikel ni sebenarnya Ahli PAS Seumuran dan bukan musuh PAS. Malah aku yakin ramai ahli PAS terutama golongan kelas menengah yang risaukan perkara yang sama. Sebagai ahli PAS yang berdaftar dan selama ini bertungkus-lumus ikhlas bersama PAS, amat wajar suara kami ini didengar dengan hati yang terbuka kalaupun tidak bersedia menerima.

Cubalah baca artikel tersebut dengan hati yang terbuka, buanglah sekejap prasangka, cuba selami isi hati sebahagian ahli dan Pendokong PAS yang tertulis dengan penuh ikhlas dalam artikel tu.

Memang kita disuruh bersangka baik, tapi dalam masa yang sama kita juga diajar macammana nak berkasih dan membenci. Biarpun kita benar-benar kasih, tinggalkan sedikit, mana tahu kelak kita menjadi musuh. Biarpun kita benar-benar benci, tinggalkan sedikit, mana tahu kelak kita akan berkasih.

Walaupun aku juga tak yakin dengan Anwar Ibrahim sebagai pendokong FASAL 5, aku tidak boleh menafikan sumbangan beliau kepada Islam dan dengan realiti politik semasa aku cukup yakin Anwar akan berjaya menjadi PM dalam masa yang terdekat.

Pada aku, kurang berkhikmah kalau orang-orang yang sama pemikiran dengan aku mengambil langkah khianat kerana ini adalah keinginan majoriti rakyat yang ingin memberi peluang kepada Pakatan Rakyat. Tambahan pula Muktamar sudah pun membuat ketetapan. Kalaupun kita tidak selesa untuk bersama-sama memperkukuhkan Pakatan Rakyat namun sabotaj tidak boleh sama-sekali menjadi pilihan.

Kita perlu mengambil ruang dan peluang semaksima mungkin untuk kita memperkukuhkan parti dan dalam masa yang sama menjalankan tujuan utama PAS iaitu berdakwah yang insyaallah akan lebih luas terbuka dengan kerajaan baru.

Jika PAS dikhianati sekali lagi, kita perlu terima sebagai takdir dengan berlapang dada. Yakinlah yang kemenangan yang dijanjikan masih belum tiba dan kita patut terima kenyataan yang kita sebenarnya belum layak untuk menggengam kemenangan. Moga-moga ada hikmah untuk Islam akhirnya.

Akhir sekali aku nak ingatkan ingatan dari TG Presiden semasa muktamar lalu yang "sejarah membuktikan yang PAS tidak pernah mengkhianati kawan" dan harapnya biarlah sejarah tersebut terus kekal hingga ke anak cucu kita.

PRESIDEN UMNO : ANTARA NAJIB DAN KU LI

Petang kelmarin Datuk Seri Abdullah Badawi telah membuat pengumuman yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada Pemilihan Umno Mac depan. Keputusan tersebut membuatkan jawatan Presiden terbuka untuk ditandingi oleh mana-mana pemimpin Umno.

Dengan kata lain, jawatan itu bukanlah milik mutlak Datuk Seri Mohd Najib Razak. Akar umbi Umno mempunyai peluang besar untuk memilih calon Presiden dan seterusnya menjadi Perdana Menteri yang baru.

Pilihan boleh dibuat samada memilih Najib ataupun Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Sekiranya Najib dipilih, Umno dan negara akan di bawa kembali ke zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersifat authoritarian dan korup.

Manakala sekiranya akar umbi Umno memilih Ku Li, maka rakyat berpeluang untuk mendapat pemimpin yang mempunyai track rekod yang baik dalam menguruskan ekonomi negara di ambang kemelesetan ekonomi dunia ketika ini.

Ahli mahukan perubahan

PENGUNDURAN PAK LAH, SIAPA YANG TERTAWA DAN MENANGIS?

Oleh Wan Fauzdin

Pak Lah telah mengumumkan keputusan beliau untuk tidak mengekalkan jawatan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang. Samada keputusan yang diambilnya itu atas kehendaknya atau terpaksa tidak perlu kita perbahaskan. Seandainya saya ahli UMNO, saya lah orang pertama yang akan menghulurkan jambangan bunga kepada Pak Lah di atas tindakan dan keputusan bijak yang telah beliau lakukan. Ini bererti Pak Lah benar-benar memahami bahawa beliau sememangnya tidak berupaya untuk menguruskan UMNO dengan baik jauh sekali untuk menerajui negara ini.

Siapakah yang paling gembira dengan keputusan Pak Lah tersebut? Sudah tentu bukan Khairi (KJ) atau Ezam Mohd Noor. Sekiranya Najib adalah orang paling gembira dengan pengumuman Pak Lah tersebut, siapakah yang paling berdukacita? Mungkinkah KJ dan Ezam termasuk di dalam orang yang paling berdukacita? Amat malang sekali mereka berdua tidak mampu untuk mempertahankan Pak Lah. Kemasukan Ezam Mohd Noor yang penuh dengan puji-pujian terhadap Pak Lah tidak membawa erti apa-apa. Jasa terbesar yang dapat dianugerahkan oleh Ezam kepada Pak Lah setelah beliau memasuki UMNO semula adalah `menyerah'kan Permatang Pauh kepada DS Anwar dengan penuh cemerlang.

Kita lupakan seketika angan-angan Najib untuk menjadi PM menjelang Mac tahun depan. Saya simpati dengan nasib KJ yang telah dijadikan kambing hitam oleh ahli-ahli UMNO sendiri untuk menyingkirkan Pak Lah. Kelemahan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Pak Lah banyak dikaitkan dengan KJ. Kehebatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah tenggelam dengan kehebatan KJ. Ahli-ahli UMNO tidak banyak membicarakan soal baiknya prinsip Islam Hadhari tetapi lebih banyak menceritakan tentang peranan KJ di dalam urusan pentadbiran negara. Apakah nasib KJ selepas ini setelah Pak Lah mula berputus asa dengan kelemahannya?

Bagaimana pula dengan nasib Ezam Mohd Noor selepas ini? Mungkinkah Ezam akan melakukan Sumpah Keramatnya untuk berdiri teguh di belakang Najib dan akan mempertahankan Islam Glokal pula? Tidak mustahil Ezam akan menyatakan Najib adalah pemimpin yang boleh diharapkan untuk membenteras rasuah di negara ini. Mungkin juga Ezam akan buat pengakuan bahawa suatu ketika dahulu dia cuma `berlawak' sahaja untuk `menelanjang'kan Najib di Pekan. Mungkin Ezam rasa Najib telah lupa Sumpah Keramatnya di Pekan suatu ketika dahulu. Kita juga ingin tahu apakah perjuangan Ezam selepas ini apabila Najib ditakdirkan (Na`uzubillah) menjadi PM? Saya teringat kisah `dongeng' Ezam suatu ketika dahulu yang menceritakan terdapatnya pasu bunga besar dan berharga di rumah Najib. Agaknya selepas ini bertambah besar pasu bunga tersebut. Mungkin Ezam lupa kisah pasu bunga tersebut sepertimana dia terlupa di mana diletakkan `kotak-kotak' mengandungi fail rasuah pemimpin-pemimpin UMNO yang pernah dijajanya dahulu. Tetapi sekiranya Ezam teringat akan semuanya itu, saya menyeru agar Ezam kembali semula menjadi manusia yang bermaruah dan bermoral.

Bagi Pakatan Rakyat (PR) pengumuman Pak Lah itu mungkin tidak mempunyai nilai apa-apa. Adanya Pak Lah tidak menambah apa-apa, tiadanya Pak Lah tidak juga mengurangkan apa-apa. Cuma PR seharusnya berterima kasih dan terhutang budi kepada Pak Lah kerana di bawah pimpinannya di dalam BN, PR dapat mencipta rekod cemerlang dengan menguasai 5 negeri. Kita turut simpati dengan Najib kerana beliau diserahkan jawatan Presiden UMNO di dalam keadaan UMNO yang nazak. Janji Pak Lah untuk memperbaiki UMNO/BN dan negara sebelum menyerahkan jawatan tersebut kepada Najib nampaknya hanya tinggal janji. Pak Lah telah menyerahkan kunci kereta kepada Najib sedangkan dia tahu kereta tersebut kekeringan minyak, tayar yang pancit, injin yang rosak dan berbagai kerosakan lagi. Najib bukan sahaja akan menjadi pemandu tetapi terpaksa pula menjadi mekanik. Siapakah yang akan membantunya? Sudah tentu ramai yang lebih suka jadi penumpang, itu pun jika kereta tersebut boleh diperbaiki dan boleh digerakkan.

Di dalam situasi begini kepada semua ahli UMNO perlu bijak berfikir ke arah manakah negara kita akan dibawa. PR telah menyediakan pilihan, terpulanglah kepada mereka samada masih berminat untuk menaiki kereta yang telah dirosakkan dengan teruk atau untuk bersama meneruskan perjalanan dengan kereta baru yang lebih selesa dan pantas. Jadilah kita orang-orang yang berakal dan berfikir.

PEMIMPIN UMNO TIDUR BERALASKAN DUIT

Siapapun tidak boleh menyangkal bahawa pemimpin-pemimpin Umno memang banyak duit seolah-olah tidur beralas dan bertilamkan duit. Dari mana mereka dapat duit yang begitu banyak saya pun kurang pasti, tau sama tau ajelah (TST).

Lihat sahaja rumah, kereta dan harta pemimpin Umno. Rumah besar, kereta besar, bini besar dan macam-macam harta mereka ada. Kalau hendak dibandingkan rumah Ketua Umno Cawangan lebih besar dan cantik dari rumah Tuan Guru Nik Aziz dan Haji Abdul Hadi.

Bayangkan ada pemimpin Umno yang mempunyai rumah dengan biliknya berjumlah 16 buah. Ada pemimpin Umno membawa duit 'cash' ratusan ribu keluar negeri dan macam-macam lagi.

Bukti lain terpampang di depan mata di mana pemimpin-pemimpin sanggup mengeluarkan diri untuk merasuah perwakilan Umno pada mesyuarat cawangan-cawangan Umno baru-baru ini sehingga terdapat 512 laporan yang melibatkan rasuah politik atau politik wang yang diajukan kepada Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib sehingga sekarang.

Adalah dijangkakan lebih banyak lagi kes rasuah dan politik akan berlaku sebaik sahaja persidangan Bahagian-bahagian Umno bermula esok.

sumber : Mutaligat

BERAKHIRNYA ERA PAK LAH

Akhirnya Pak Lah telah mengumumkan bahawa beliau tidak lagi mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada bulan Mac tahun depan. Beliau juga akan melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri kepada Najib.

Nampaknya ramalan saya dan rakan-rakan blogger yang lain tidak tepat kali ini. Bagi saya adalah wajar jika beliau tidak bertanding dan seterusnya meletakkan jawatan beliau sebagai PM pada Mac tahun depan ini berikutan ekoran beliau sudah tidak lagi relevan di dalam politik tanah air. Tambahan sokongan masyarakat terhadap beliau semakin terhakis dari hari ke hari. Jika sebelum ini kita dengar Tunku Abd. Rahman digelar sebagai Bapa Kemerdekaan, Tun Abd. Razak sebagai Bapa Pembangunan, Tun Hussein On pula sebagai Bapa Perpaduan, Tun Dr. Mahathir sebagai Bapa Pemodenan tetapi Pak Lah sebaliknya tak tahu saya nak panggil dengan gelaran apa..yang saya tahu dia merupakan Bapa Mertua kepada Khairy Jamaludin.....Ada juga saya dengar yang beliau digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan, tetapi saya tak pasti apa yang dimaksudkan dengan Bapa Pembangunan Modal Insan kepada beliau dan bagi saya gelaran tersebut tidak sesuai dengan beliau ekoran kegagalan beliau dalam mentadbir Malaysia....

Kini Pak Lah sedang menghitung hari untuk menanti hari pencen dan yang pasti jika beliau tetap dengan keputusan tersebut maka peluang Khairy Jamaludin untuk merebut jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO bakal terjejas dan kemungkinan tersingkir dari senarai pencalonan. Apa2 hal kita tunggu cerita selanjutnya.

Pak Lah pada pandangan peribadi saya

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939, juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5. Merupakan seorang Perdana Menteri yang gagal sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Dr. Mahathir. Walaupun beliau memperolehi kemenangan yang cemerlang dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004 sehinggakan berjaya merampas Negeri Terengganu dari PAS serta hampir menawan Kelantan dengan perbezaan hanya 1 kerusi dun tetapi Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, 4 tahun kemudian ujian hebat menimpa beliau apabila Barisan Nasional yang diketuainya telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan.

Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.

Selain itu, Abdullah juga mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006. Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti". Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.

Namun, apa jua keputusan dari Pak Lah ia sebenarnya langsung tidak meredakan kemelut di dalam Umno malah ianya lebih parah kerana lebih ramai yang bertanding jawatan tertinggi dan sudah tentu amalan politik wang dan salahguna kuasa akan lebih berleluasa. Tak percaya, kamu lihatlah sendiri...

klik sini untuk membaca sejarah
Pak Lah