kalau ade yg masih pilih BN sbb nmpk bangunan yg tinggi2 or angkasawan malaysia pertama, die buta. kalau ade yg masih pilih BN sbb percaya kata pemimpin2 BN yg korup & bermoral tu, die langsung tak cerdik. kalau ade yg masih pilih BN sbb dpt duit byk, die mmg pentingkn diri sendiri. dh byk hak rakyat BN cabul. yg miskin makin tertindas. yg kaya makin tak sedar diri. maaf kalo terkasar bahasa tapi bahasa utk dirasa
IMAM AL-HADHARI
Benar kata – kata orang dahulu kala, orang yang lemah apabila terdesak akan bertukar menjadi manusia yang paling kejam. Pada hari ini orang yang rakus, tamak haloba, zalim, lembab dan yang sewaktu dengannya akan tetapi keadaannya lemah, apabila kejahatannya mula didedahkan dan dirinya tidak dapat membersihkan dirinya, maka diri itu akan menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk menutup para pejuang keadilan
Madah Perjuangan
ECER - KELANTAN
YAB TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT (MENTERI BESAR KELANTAN) BERUCAP KETIKA MAJLIS PELANCARAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA
Kami berusaha memaparkan berita2 terkini dalam usaha membuktikan bahawasanya Malaysia sememangnya tidak mengamalkan demokrasi sepenuhnya...kami berusaha memberikan gambaran yang terbaik kepada pangunjung sekalian...maaf jika banyak kekurangan..PULIHKAN DEMOKRASI, DAULATKAN ISLAM
AJK PAS PUSAT 2007-2009
BERITA BOX OFFICE
ALI RUSTAM DICABAR KUATKUASA PENGHARAMAN ARAK DI MELAKA
Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam digesa menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.
"Jika dia juga seorang pemimpin yang menghormati budaya Melayu dan agama Islam, kenapa dia sendiri tidak melaksanakan undang-undang pengharaman penjualan arak di negeri ini terlebih dahulu.
"Jika langkah itu tidak dilaksanakan di semua peringkat negeri, memadai ia dibuat di peringkat daerah demi membuktikan beliau benar-benar seorang pemimpin yang prihatin dengan umat dan agama Islam," kata beliau.
Beliau mencabar Ali Rustam melaksanakan pengharaman arak di negeri Melaka berikutan cabaran yang dibuat oleh Ketua Menteri itu supaya PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat kerana isu yang membabitkan penjualan arak di Selangor baru-baru ini.
"Beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di negeri ini dan dia berhak serta mempunyai kuasa untuk melaksanakannya."Jika tidak berani melaksanakannya, lebih elok dia tidak membuat sebarang komen atau mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat, jangan campur hal rumahtangga orang lain," katanya.
Sebelum ini, Ali Rustam mengeluarkan kenyataan mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kemelut yang melanda dengan isu penjualan arak di Selangor tetapi pada masa yang sama beliau hanya memejamkan mata sahaja terhadap lambakan penjualan arak di Melaka terutamanya di Melaka Raya.
Sekiranya Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum mengapa disenaraikan dalam Bank Data Malaysia sebagai salah sebuah negeri pengeluar minyak di negara ini.
Selain itu, berdasar kepada laporan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) bertarikh 16 Mac 2009 Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kelantan dalam sektor perlombongan meningkat secara mendadak kepada 22.4 peratus.
Sedangkan sebelum itu, sektor berkenaan hanya menyumbangkan sebanyak satu peratus sahaja kepada KDNK Kelantan.
"Ini seolah-olah menggambarkan EPU telah menyenaraikan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak sama seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak.
"Jadi mengapa ada menteri menyebut Kelantan tiada hak untuk mendapat royalti minyak," kata anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa pada persidangan Dun hari ini.
Isu royalti minyak menjadi topik menarik perhatian ahli-ahli Dewan apabila Haji Abdul Fatah Harun (PAS - Bukit Tuku) membangkitkan perkara itu berikutan soalan asal ditanya Dato' Noor Zahidi Omar (BN - Pengkalan Kubur).
Menghurai panjang lebar perkara itu Husam berkata, Laporan Band Data Malaysia 2007 pada muka surat 187 secara jelas menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum di negara ini sejak 2004.
Data tersebut menyebut nilai pertumbuhan industri petroleum di Kelantan, Sabah dan Terengganu sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak (37.5 peratus).
Manakala nilai ouput (pengeluaran) tiga negeri berkenaan iaitu RM46.8 bilion berbanding Sarawak (RM14 bilion).
"Kita menuntut royalti daripada bahagian yang diterima Malaysia kerana kawasan pengeluaran minyak terbabit terletak di lokasi tuntutan bertindih dengan Thailand dan Vietnam.
"Kelantan tidak menuntut bahagian yang diterima Thailand, sebaliknya agihan diterima Malaysia selepas pembahagian dibuat antara tiga negara," katanya.
Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Mustapa Mohamed dilaporkan memberitahu kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut bayaran royalti minyak dan gas kerana hasil petroleum itu diperolehi di kawasan bertindih.
Malaysia dan Thailand menandatangani perjanjian persefahaman pada 1979 berkaitan kawasan pembangunan bersama (JDA) yang diteroka kedua-dua negara.
Malaysia dan Vietnam juga bersetuju mengusahakan secara bersama cali gali minyak di kawasan berkenaan.
Husam berkata, sekiranya kawasan pelantar carigali minyak dan gas tersebut terletak di sebelah Thailand sudah tentu pelantar tidak dinamakan dengan nama Melayu iaitu Kekwa, Cakrawala, Seroja, Bintang dan Lawen.
"Sekiranya diukur jarak pelantar tersebut dengan pantai Kelantan hanya 170 km berbanding dengan Terengganu 220 km. Dan nilai pengeluaran gas dan minyak dari pelantar tersebut sejak 2004 sehingga tahun lepas berjumlah RM46.8 bilion.
"Sedangkan di perairan Terengganu sebanyak RM36 bilion manakala Sabah (RM5 bilion). Ini bermakna jumlah pengeluaran dari perairan Kelantan lebih besar," ujarnya.
Oleh itu beliau berkata, kerajaan pusat sewajarnya membayar royalti sebanyak 5 peratus setahun seperti termaktub di bawah Akta Petroleum yang dianggarkan melibatkan sebanyak RM850 juta sehingga RM1 bilion sejak 2004 sehingga sekarang.
Beliau juga berkata, Kelantan masih mengharapkan pertimbangan sewajarnya kerajaan pusat bagi membayar royalti petroleum tersebut.
Menurutnya biar pun ada cadangan supaya tuntutan itu dibuat melalui perundangan, namun kerajaan negeri masih memilih menggunakan kaedah rundingan.
"Kita berharap ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato' Md Alwi Che Ahmad membantu menyelesaikan tuntutan tersebut.
"Sekiranya ia menjadi kenyataan hasrat Adun Paloh, Dato' Nozula Mat Diah untuk mendapat kenaikan elaun boleh dipertimbangkan," katanya.
Manakala Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (PAS - Mengkebang) mencadangkan kerajaan negeri menjemput alim ulama bagi menunaikan solat hajat dan menujat bagi melembutkan hati perdana menteri menimbangkan royalti minyak kepada Kelantan
Bisanya pedang Tuan Guru Nik Aziz sekarang ini baru dirasai oleh BN. Sekarang najib merayu dan meringik agar Unity government jangan dikuburkan. Kemudian idea mengenai unity gevornment ini pula sedang mencelarukan pemikiran komponen BN. Patut atau pun tidak UG ini. UG ni rasis atau pun tidak, itulah persoalan yang bermain di kalangan komponen BN.
Sedang TGNA senyum melihat mangsa pancungannya bergelimpangan.
In response to the prime minister’s call to PAS to reconsider unity talks for the sake of Malay-Muslim unity, MCA leaders said any talk about unity should be based on national and not racial interests.
But some MIC leaders believe that there is nothing wrong with Najib’s and Umno’s intentions, arguing that unity among the majority race is integral in ensuring the country’s growth.
MCA leaders like Datuk Seri Liow Tiong Lai, the party’s vice president, did not want to comment on Najib’s statement but said that any form of unity talks should be based on pluralism.
Liow, who is also the Health Minister, said the unity government concept itself, first proposed by a faction in PAS, is vague, and unclear as to whether the unity government idea involved only PAS and Umno, or the entire PR-BN lot.
Its information chief, Datuk M. Saravanan, said the country is not prepared for national unity given its young age, arguing that unity among the majority race superceded other issues.
“I totally agree with Najib. It is important for the majority to be united and the minority divided as the majority is at the forefront of the country’s development,” he said.
Datuk Joseph Salang Gandum, the Parti Rakyat Sarawak (PRS) MP for Julau, is fully supportive of Najib’s calls for Malay and Muslim unity to pave the way for 1 Malaysia.[excerpt from Malaysian Insider June 25, 2009]
1. Hebat ! Alhamdulillah , satu pesta sukan bertaraf nasional . Berjaya dilangsungkan dengan gemilang dan mencapai objektif .
2. Bukan sahaja menerima kunjungan yang luar biasa di Mini Stadium UNISEL Kuala Selangor tetapi juga menerima penyertaan yang cukup memuaskan . Hanya satu negeri yang tidak berkesempatan menyertainya iaitu Sarawak.
3. Saya sempat menyaksikan pertandingan semi final dan final bola sepak PASTI peringkat kebangsaan ini yang akhirnya dimenangi oleh negeri Selangor .
4. Pertandingan diadili oleh pengadil yang berpengalaman dan diiktiraf oleh FIFA . Mereka terdiri dari pengadil negeri Selangor yang terlibat dalam liga super dan liga peringkat negeri Selangor .
5. Walau berorientasikan riadah bagi melahirkan pelajar PASTI yang memiliki jasad yang cerdas dan aqal yang pintar , riadah [ sukan ] mereka bukan sekadar bermain tetapi penuh skil dan gaya sebagai ahli sukan yang profesional . Kebetulan ada seorang dua saya lihat mempunyai gaya permainan mirip Christiano Ronaldo dan Lionel Messi . Kalau jurulatih bola sepak Kebangsaan menyaksikan perlawanan mereka , saya yakin beliau juga akan terpesona melihat bakat - bakat cilik ini .
6. Namun , apa yang penting ialah semangat ukhuwwah , semangat kesukanan , semangat setiakawan , kemesraan , keseronokan , kebahagiaan , keceriaan dan 1001 lagi perasaan yang segar dan mekar berbaur di tengah padang seharian bersama pesta PASTI . Sekaligus mengangkat nama Dewan Pemuda PAS kian harum bersama institusi PASTI yang mula menguasai dunia pendidikan Pra Persekolahan di peringkat nasional .
7. Selepas ini saya cadangkan agar PASTI boleh mengadakan perlawanan persahabatan dengan tadika KEMAS , TABINO , TASKI dan lain - lain pusat pengajian pra persekolahan bagi mengeratkan hubungan dan membawa PASTI lebih jauh ke persada dunia pendidikan negara . Mungkin enggagement melalui aktiviti sukan ini boleh menjadi bibit mula ke arah itu dan secara tidak langsung membawa Dewan Pemuda PAS mendekati semua pihak .
8. Harapnya selepas ini , pesta pidato dan kesenian Islam yang akan dianjurkan pada peringkat PASTI juga akan mencapai kejayaan gemilang dan berjaya melahirkan bakat - bakat baru yang bakal menguasai pula pentas pidato pada masa akan datang guna membawa risalah perjuangan ini kepada ummah .
9. Tahniah sekali saya ucapkan kepada semua warga PASTI yang berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi . Khasnya kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pusat , En. Azrin Abd Majid yang menunjukkan komitmen tinggi untuk membangunkan cita - cita besar perjuangan Islam ini melewati PASTI yang berada dibawah tanggungjawabnya .
10. Semoga PASTI lebih berjaya selepas ini dan meneroka ruang dan aktiviti yang lebih menarik dan berkesan . Pula berjaya menguasai bidang pengajian dengan lahirnya pelajar - pelajar pintar dan cerdas samaada di peringkat pra persekolahan ataupun di peringkat sekolah rendah . Selamat Maju Jaya dengan iringan keberkatan dari Allah swt . Takbir !
Jentera Pilihanraya PAS Melaka telah mula berkampung di Peti Undi Sungai Sok bagi membantu PAS mempertahankan kemenangan di DUN Manek Urai.
Sejak dari 19 Jun lalu hinggalah ke hari pengundian 14 Julai PAS Melaka akan memastikan petugas mereka akan sentiasa bersiap siaga menjalankan apa juga tugas yang diamanahkan kepada Petugas PAS Melaka.
Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Bahiki Ismail berkata petugas-petugas PAS Kawasan yang datang ke Sungai Sok secara bergilir-gilir bagi memastikan kesinambungan gerakerja yang diamanahkan kepada PAS Melaka dilaksanakan sebaik mungkin.
DS ALI RUSTAM BAKAL PERINTAH MELAKA 3 BULAN SAHAJA
* Khabar menyebut bahawa Datuk Seri Ali Rustam cuma tinggal 3 bulan lagi masa untuk menerajui Melaka.
* Walaupun kenyataan DS Nazri Aziz seolah-olah berpihak kepada Ali Rustam, namun laluan Ali Rustam pasti sukar. Yang pasti laporan rasuah beliau sedang diperhalusi. Atau mungkin menunggu isyarat dari atas ?
* Mungkinkah DS Ali akan jadi kambing hitam untuk menyelamatkan sedikit maruah UMNO yang tercalar dek kerajaan perpaduan.
* Macam orang meminang, bila lamaran ditolak malulah sikit. Macam tak berapa ada value.
* Politik dalam UMNO mudah, macam mana naik, macam tu juga turunnya.
* Ali Rustam dijangka akan jatuh kerana rasuah, UMNO tak akan mempertahankan beliau. UMNO akan turunkan beliau untuk menaikkan imej UMNO menentang rasuah. SPRM mungkin alatnya.
* Mungkin Pakatan Rakyat tak dapat menumbangkan beliau dalam PRU ke13, kerana UMNO akan menjatuhkan beliau lebih awal.
* Mungkin DS Ali Rustam boleh berusaha mencari talian hayat, siapa....cuba-cubalah dengan Datin Seri Rosmah.
* ADUN Telok Mas mungkin sudah berangan nak angkat sumpah jadi Ketua Menteri Melaka yang baru. Maklumlah beliau orang kanan Najib.
* Bagi rakyat Melaka tiada bezanya, keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mungkin telah menyukarkan lagi perniagaan pembuatan rokok namun beliau sendiri masih lagi belum berhenti merokok sepenuhnya.
Obama yang secara umumnya berusaha keras untuk menghentikan tabiat buruk itu, belum berhenti sepenuhnya walaupun selepas menandatangani rang undang-undang yang akan memperketat lagi peraturan kepada industri tembakau.
“Sebagai bekas perokok, saya sentiasa berusaha mengatasi keinginan. Pernahkah saya kembali melakukannya? Ya. Adakah saya menghisap rokok setiap hari, merokok dengan kerap? Tidak.
“Saya tidak merokok di depan anak-anak dan keluarga saya. Saya boleh dikatakan 95 peratus sembuh namun ada kalanya saya merokok semula,” tegas Obama.
Undang-undang baru itu memberi kuasa kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (USFDA) untuk mengehadkan pengeluaran dan pemasaran produk tembakau.
Pada majlis menandatangani undang-undang tersebut Isnin lalu, Obama menyatakan bahawa dirinya adalah antara hampir 90 peratus perokok memulakan tabiat itu sebelum hari jadi ke-18.
Hampir 20 peratus rakyat AS adalah perokok dan penggunaan tembakau telah membunuh 440,000 orang setiap tahun di negara ini akibat penyakit berpunca dari kanser, penyakit hati, emfisema dan beberapa penyakit kronik lain.
Kuala Lumpur 24 Jun 02:15 - Universiti Malaya (UM) hari ini gempar apabila kehadiran Wanita Pertama Malaysia, Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor disambut dengan contengan protes terhadap peribadi beliau pagi ini.
Contengan pada dinding Akademi Pengajian Islam universiti tersebut yang tertulis ‘Altantuya, C4, puaka, pembunuh’ (seperti di dalam gambar selepas dipadamkan dengan cat) dipercayai bermotifkan protes terhadap isteri Perdana Menteri Malaysia tersebut.
Rosmah Mansor yang datang ke universiti tersebut bagi merasmikan Majlis Peramian ‘Gaza Di Bela’ anjuran badan antarabangsa, Power of 10 Sen walaubagaimanapun dipercayai tidak menyedari kejadian tersebut.Contengan tersebut telah dipadamkan oleh Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda (JPPHB), Universiti Malaya menggunakan cat sejurus selepas berita tersebut tersebar.
Media diberitahu, laluan rasmi tokoh tersebut teleh ditukar kepada laluan lain bagi mengelakkan ternampak contengan provokatif tersebut.Terdahulu, Wanita Pertama Malaysia tersebut sebelum ini telah digembar-gemburkan di internet melalui laman video YouTube menggunakan perkhidmatan bomoh dan pawang bagi menguasai kabinet kerajaan Malaysia, dan tingkah-laku suami beliau Dato’ Seri Najib Tun Razak khasnya.
TAK SEMUA PEMIMPIN PR TOLAK ??? ISH3 MENGIGAU KE ??
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersifat kenegaraan, mempunyai kepentingan bersama dan melangkaui soal politik.
Perdana Menteri berkata, ini memandangkan idea tersebut bertujuan untuk menyatukan ummah selain memperjuangkan hak kepentingan umat Islam secara keseluruhan.
''Saya nampak kebanyakan orang Islam mempunyai pendapat yang sama dalam hal ini kerana perpaduan dan usaha-usaha untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam merupakan suatu yang wajib diperjuangkan dan dilakukan.
''Dari satu segi lain, langkah ini juga adalah untuk kita mendapatkan barakah dalam apa jua kita lakukan. Sebab itu, jika ini yang dianjurkan agama, kita sepatut mengikutnya dan jangan biarkan soal politik mengatasi tuntutan agama,'' katanya selepas majlis perasmian Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009 di sini, hari ini.
Beliau mengulas kekecewaan dan kekesalan ahli akademik dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) apabila kerajaan perpaduan yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu akhirnya terkubur begitu sahaja.
Reaksi mereka itu merupakan rentetan daripada tindakan keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang kelmarin yang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO.
Mereka menyifatkan idea itu sebagai suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan pakatan pembangkang.
Dalam pada itu Najib meminta masyarakat bukan Melayu supaya tidak bimbang dengan idea tersebut kerana hak mereka tetap akan dilindungi sekiranya wujud kerajaan perpaduan.
''Sekiranya kita ada kerajaan perpaduan tidak bererti kita tolak bukan Islam. Masyarakat bukan Islam tetap berperanan di dalam kerajaan dan kepentingan mereka sentiasa dilindungi oleh kerajaan,'' katanya.
Menjawab satu soalan lain, Najib percaya suara penolakan kerajaan perpaduan di dalam Pas bukannya mewakili keseluruhan pemimpin di dalam parti itu.
Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah pandangan daripada kelompok tertentu di dalam parti berkenaan.
''Dalam Pas pun ada pelbagai pendapat dan tidak semestinya pendapat tersebut (tolak kerajaan perpaduan) merupakan pendapat semua pucuk pimpinan Pas, sebab ada yang setuju dan ada yang tidak.
''Kita tidak boleh kata ini pendapat keseluruhan pucuk pimpinan. Mungkin pendapat ini datang daripada satu dua pemimpin sahaja,'' katanya lagi.
Pengisytiharan kesihatan oleh mereka yang memasuki negara ini akan diperketatkan bagi mengelakkan penularan selesema babi influenza A (H1N1).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, tindakan itu bagi memastikan tidak ada sebarang penipuan dan wujudnya sikap sambil lewa terutama dalam pengisian borang pengisytiharan tersebut.
''Dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal hari ini, kami memberi jaminan bahawa setiap borang pengisytiharan kesihatan itu akan diteliti oleh pasukan kesihatan yang ditempatkan di pintu masuk negara ini.
''Mana-mana penumpang yang didapati tidak mengisi dengan betul, akan diminta mengisi balik sebelum dibenarkan ke kaunter Imigresen," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai H1N1 di sini hari ini.
Sebelum ini kerajaan mewajibkan warga asing serta rakyat negara ini yang melalui semua pintu masuk Malaysia mengisi borang pengisytiharan kesihatan.
Keengganan berbuat demikian merupakan kesalahan dan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Mohd. Ismail berkata, pihak beliau telah memutuskan untuk meletakkan mesin pengimbas suhu badan di petak laluan keluar penumpang yang dikhaskan untuk pesawat dari tiga buah negara terlibat iaitu Australia, Filipina dan Amerika Syarikat (AS).
''Sebelum ini, kami letak mesin pengimbas itu di laluan sebelum ke kaunter Imigresen tetapi dengan langkah terbaru ini, penumpang berkenaan akan diimbas sebanyak dua kali," katanya.
Beliau berkata, jawatankuasa teknikal turut memutuskan untuk menambah lagi jumlah hospital kerajaan yang membolehkan orang ramai termasuk warga asing yang mempunyai tanda-tanda selesema dan batuk menjalani pemeriksaan.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memperluaskan kemudahan itu di klinik kerajaan dan hospital swasta terpilih jika jumlah kes penularan H1N1 sampai ke tahap kritikal di masa depan.
ulasan : tak sudah ngan perisytiharan harta, kini perisytiharan kesihatan lah pulak .. lepas tu boleh lah dimasukkan dalam mamorial perisytiharan kemerdekaan pula
BENARLAH bagai dikata menerusi pepatah berbahasa Inggeris, Don't judge a book by it's cover.
Pada deretan kemas buku-buku agama koleksi peribadi Datuk Abu Hassan Din al-hafiz yang diletakkan di rak kayu sebelah meja komputer pada salah sebuah ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu, selain koleksi buku-buku Arab, rupa-rupanya terselit sebuah kitab lama yang bukan sebarangan kitab.
Akui Hassan, kitab berwarna kuning dalam bahasa Melayu klasik yang ditulis dengan tulisan Jawi lama itu, tidak lebih seperti kitab-kitab lain yang pernah dibaca sebelum ini.
Lantaran itulah, kitab itu sudah lama terperap sebagai sebahagian daripada koleksi khazanah ilmu malah jarang sekali dibuka untuk tujuan rujukan. Tidak hairanlah, jika dikatakan empunya milik kitab lama ini juga tidak mengetahui bila dan di mana ia diperoleh.
"Tetapi entah macam mana, bila hendak merujuk tentang satu masalah, saya dapati permasalahan yang cuba dicari itu tidak ada di dalam kitab-kitab Arab dan tanpa disengajakan, tangan saya tercapai dan terbuka kitab Furuu' Al Massa il ini. Kebetulan pula di dalamnya ada mengenai masalah yang saya cari itu.
"Sejak itu, minat membuat rujukan berkaitan masalah fikah mula berubah iaitu kalau dahulu lebih kepada kitab-kitab bahasa Arab, kini beralih kepada kitab-kitab hasil ulama nusantara terutamanya buku Furuu' Al Massa il yang telah diterjemahkan oleh Sheikh Daud bin Abdullah Fatani, seorang ulama Melayu yang tersohor suatu masa dahulu.
"Semakin lama saya tatap buku ini, saya dapati ia mempunyai satu khazanah ilmu yang amat bernilai walaupun ia hanya sebuah kitab lama yang telah dialihbahasakan daripada kitab asalnya yang berbahasa Arab.
"Saya dapati isi kandungannya amat padat sekali, walaupun ia ditulis beratus tahun yang lalu. Tambah pula isu perbahasannya masih relevan membicarakan permasalahan semasa yang timbul pada hari ini," jelas Abu Hassan mengenai kerja penulisan terbarunya itu.
Menurut beliau lagi, kitab itu merupakan sebuah karya terjemahan dalam bentuk soal jawab yang menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat, cuma bezanya ia ditulis dengan menggunakan bahasa Jawi lama yang hanya boleh difahami segelintir orang tertentu sahaja.
"Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah ini, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja.
"Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti ini dapat dimanfaat oleh generasi masa kini, khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatapi bersama.
"Maka timbullah keinginan serta membulatkan tekad saya untuk menyusun semula atau memodenkan kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang sentiasa dahagakan ilmu.
"Cuma persoalannya, oleh kerana penulisnya telah lama kembali ke rahmatullah, kepada siapakah sepatutnya saya memohon untuk mendapatkan kebenaran dan keizinan bagi menyalin semula kitab tersebut, sedangkan penulis asalnya dan berkemungkinan para warisnya bukan dari negara ini?," cerita beliau lagi.
Kepada Allah diserahkan segalanya, Abu Hassan segera melaksanakan beberapa kali solat sunat Istikharah dan akhirnya terbukalah hati beliau untuk meneruskan cita-cita, menyalin semula serta memodenkan kitab ini dalam susunan bahasa yang mudah difahami tanpa terlebih dahulu mendapat restu dan keizinan daripada para warisnya. Apa yang beliau harapkan, sekiranya usaha ini ada ganjarannya, maka ganjarannya akan turut dikongsi bersama oleh penulis asalnya.
Kata Abu Hassan, hanya dengan cara ini sahaja beliau berkeyakinan akan dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini yang berminat untuk mendalam urusan agama mereka.
Akhirnya pada hari Rabu tanggal 23 Julai 2003 bersamaan 23 Jamadilawal 1424, tangan Abu Hassan mula mengetuk kekunci komputer bagi mencoret semula tinta pujangga yang hampir pudar ditelan masa, sekali gus bererti beliau mengambil masa selama hampir dua tahun untuk menyalin semula kitab tersebut.
"Jangka masa yang begitu lama adalah disebabkan kesibukan tugas harian saya, di samping kesukaran untuk memahami susunan bahasanya.
"Untuk menyelami ke dasar maksud dan mafhumnya, terkadang satu soalan dan jawapannya mengambil masa sehari suntuk untuk memahaminya, malah ada yang terpaksa saya tinggalkan terus kerana tidak dapat hendak memahami maksud soalan maupun jawapannya.
"Di sesetengah tempat pula, ada yang saya terpaksa tokok tambah sedikit penjelasan dan huraian dengan menggunakan huruf condong agar ia lebih jelas dan mudah difahami. Ada sesetengah soalan dan jawapannya pula terpaksa diubah atau dirombak supaya apa yang dibicarakan itu tersusun kemas," kata Abu Hassan tentang buku yang dijangka berada di pasaran pada Julai ini. Insya-Allah.
Jelas Abu Hassan lagi, di awal penyiapan kitab ini, beliau tidak memikirkan sangat tentang penerbit untuk kitab ini. Yang penting, beliau mahukan kandungannya itu dikongsi umat Islam. Namun apabila buku tersebut hampir siap iaitu sekitar 2005, beliau mula memikirkan tentang penerbit.
Kebetulan pula kerjasama di antara beliau dengan sebuah syarikat penerbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. sudah lama bermula, atas platform penerbitan cakera padat.
Siapa sangka usaha terbaru beliau itu telah menarik minat Telaga Biru, lantas persetujuan kerjasama termeterai. Kini, ia sudah berada di peringkat akhir penyiapan.
Berbekalkan keyakinan bahawa manhaj risalah dan dakwah Islamiah yang sebenar adalah berteraskan perasaan cinta dan kasih yang mendalam kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, ruangan ini pada minggu lepas telah mengimbau mengenai hakikat kasihnya Rasulullah SAW terhadap umatnya dan pengorbanan yang telah Baginda SAW sembahkan sebagai tanda cinta dan kasih kepada umatnya.
Maka wajarlah pada kali ini, jika kita menyambung bicara tentang kewajipan kita pula sebagai Umat Nabi Muhammad SAW membalas kasih Rasulullah SAW terhadap kita serta mencintai Baginda SAW seperti yang selayaknya.
Hakikat bahawa Rasulullah SAW wajib dikasihi dengan sebenar-benarnya sangat jelas di sisi syarak. Ia sebagaimana yang termaktub dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis, yang merupakan sumber agama yang wajib dipatuhi oleh setiap orang yang bergelar Muslim.
Di samping perintah yang terang nyata dalam nas-nas wahyu, akal dan fitrah yang sihat juga sangat kuat mendukung keperluan dan kepentingan kita mencintai dan mengasihi Rasulullah SAW.
Oleh itu, mencintai Nabi SAW adalah suatu yang wajib baik dari sudut naqli (wahyu) mahupun aqli (logik).
Dalil Naqli
Bagi seorang Muslim yang taat, setiap nas wahyu sama ada daripada al-Quran mahupun sunnah yang sahih adalah perintah dan arahan dari Tuhan yang dengan segera dan bersemangat dijunjung dan dipatuhi.
Apatah lagi jika perintah itu datang dalam nada yang tegas dan diiringi amaran. Nada inilah yang jelas dapat kita rasakan pada ayat yang memerintahkan kita mencintai dan mengutamakan Nabi SAW dalam surah al-Taubah, ayat 9 yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka).
Dalam ayat ini, Allah SWT memberi ancaman dan menjanjikan balasan azab-Nya bagi orang yang mengasihi keluarga dan harta bendanya melebihi kecintaannya terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.
Mereka juga ditakutkan dengan gelaran fasiq yang memang sangat dibenci oleh setiap jiwa yang beriman. Ancaman dan balasan azab dalam ayat sepatutnya sudah mencukupi sebagai motivasi, peringatan, dalil yang jelas dan hujah yang kuat bagi menunjukkan thabitnya kewajipan mengasihi Nabi SAW, membesarkan kedudukan Baginda SAW, dan tuntutan melaksanakan hak mengasihinya dengan sempurna.
Jika kita merujuk kepada nas-nas Sunnah pula, walaupun kita mengenali Rasulullah SAW sebagai insan yang paling tawaduk dan paling tidak mementingkan diri, baginda SAW tiada pilihan melainkan menyampaikan dengan jelas dan tegas kewajipan kita menyintai dirinya dan mengutamakannya kerana ia adalah antara inti, rahsia dan pokok ajaran agama ini.
Di antara pesanan dan perintah yang sangat jelas daripada Rasulullah SAW dalam hal ini ialah: Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis ini penanda aras kesempurnaan Iman itu sendiri turut diukur berdasarkan tahap kecintaan dan kasih terhadap baginda SAW.
Sudah tentu kita tidak reda keimanan kita cacat dan tidak sempurna apatah lagi jika sebabnya adalah kegagalan kita melakukan sesuatu yang seindah dan semulia menyintai insan teristimewa, Nabi kita Muhammad SAW.
Di ketika yang lain, sunnah merakamkan dialog penuh makna antara Rasulullah SAW dan Saidina Umar al-Khattab r.a. Saidina Umar diriwayatkan berkata, “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada mana-mana manusia yang ada di dunia ini melainkan jiwaku yang berada di dalam jasadku”.
Kata-kata Umar RA ini disambut oleh Rasulullah SAW dengan tegas: “Tiada sesiapapun yang benar-benar menjadi Mukmin sejati sehinggalah aku lebih dicintainya walaupun daripada dirinya sendiri”.
Mendengarkan sabda yang mulia ini, Umar r.a lantas berkata: “Demi Tuhan yang menurunkan Kitab kepadamu, sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku yang berada di dalam jasadku”. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sekarang (barulah kamu mempunyai iman yang sempurna) wahai Umar!” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Selain hadis-hadis yang mengikat iman dengan kecintaan terhadap Nabi SAW, kita juga menemukan hadis-hadis yang menjadikan cintakan Nabi SAW sebagai pra-syarat bagi mendapatkan matlamat-matlamat sehebat kemanisan iman dan seagung dapat bersama dengan Nabi SAW dalam syurga Allah SWT.
Rasulullah SAW diriwayatkan bersabda, Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka. (riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa’i di dalam Bab Iman)
Diketika yang lain seorang sahabat telah menanyakan baginda SAW, “Bilakah akan berlaku hari kiamat, wahai Rasulullah?” (Dia bertanya sedemikian seolah-olah berasa rindu kepadanya). Jawab baginda SAW, “Apakah yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari kiamat?” Jawabnya, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan solat, puasa (sunat) atau pun bersedekah tetapi aku amat kasih kepada Allah dan Rasul-Nya”. Sabda Baginda SAW, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu kasihi”. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Melihat nas-nas yang jelas di atas, apakah patut kita masih ragu-ragu atau lemah dalam berusaha membalas cinta kekasih yang unggul ini? Bijakkah kita jika masih menjulang cinta dunia melebihi cinta kita terhadap Nabi SAW?
Dalil Akal dan Fitrah
Selain kalam wahyu Qurani dan Nabawi, kewajipan dan keutamaan mencintai Nabi Muhammad SAW juga sangat selari dengan setiap akal yang salim dan segala fitrah yang sejahtera.
Lazimnya perasaan kasih adalah kecenderungan hati terhadap apa yang disamai atau disepakati sesama manusia sama ada persamaan atau kesesuaian pada fitrah semulajadi manusia ataupun hukum syarak.
Di antara persamaan yang menyebabkan terhasilnya kecenderungan dan kasih ini ialah:
lKelazatan atau tarikan yang dirasai dan ditanggapi oleh pancaindera yang zahir terhadap sifat-sifat luaran orang yang dikasihinya seperti tarikan kepada rupa paras atau gambaran yang cantik, suara yang lunak, makanan dan minuman yang lazat. Semuanya ini, adalah kecenderungan semulajadi pada fitrah yang sejahtera.
lKecenderungan atau tarikan yang dipandu dan dilahirkan oleh akal dan hati yang sejahtera terhadap sifat-sifat dalaman yang mulia dan baik yang dimiliki oleh seseorang yang dikasihi seperti suka atau kasih kepada orang-orang soleh, para ulama, ahli kebajikan yang dikhabarkan tentang perjalanan hidup mereka yang indah dan akhlak mereka yang baik.
lFitrah manusia yang cenderung untuk mengasihi golongan ini mampu menghasilkan rasa keterikatan dan komitmen yang tinggi yang jika disalurkan dengan betul boleh menghasilkan kerja-kerja besar dan hebat.
l Perasaan suka dan kecenderungan yang lahir disebabkan oleh rasa terima kasih terhadap kebaikan seseorang dan nikmat-nikmat yang telah diterima daripadanya.
Sesungguhnya menjadi tabiat jiwa manusia, suka dan kasih kepada orang yang berbuat baik terhadapnya.
Jika kita meninjau faktor-faktor timbulnya cinta di atas pada diri Rasulullah SAW yang mulia, ternyata pada diri Baginda SAW terhimpun ketiga-tiga faktor tersebut sehingga mewajibkan secara aqli dan fitri Baginda SAW dikasihi dan dicintai oleh kita semua.
Adapun kecantikan rupa paras dan lahiriah Nabi SAW, kesempurnaan akhlak dan batin baginda SAW, telah dicatatkan dengan tinta emas dalam sejarah dan khazanah ilmu dan tidak dipertikaikan sama sekali.
Sekiranya kita cenderung mengasihi seseorang yang melakukan kebaikan kepada kita di dunia walau cuma sekali-dua pun serta sangat terhutang budi kepada orang yang telah menyelamatkan kita daripada kebinasaan dan kemudaratan semasa kita mengalami kesusahan duniawi barang seketika.
Maka sudah tentu insan istimewa yang telah membuka kepada kita segala pintu nikmat dan kebaikan yang berkekalan serta menyelamatkan kita daripada azab api neraka yang dahsyat adalah lebih patut, lebih utama dan lebih layak mendapat kasih dan cinta kita.
Semoga Allah SWT dengan limpahan rahmat-Nya, berkenan menganugerahkan kita dengan cinta-Nya, cinta Rasul-Nya, dan menyubur-mekar dalam sanubari kita cinta tulus terhadap Rasulullah SAW sebagaimana yang selayak dan sewajarnya cinta suatu umat yang mulia kepada Nabinya yang agung, SAW. Wallahu a’lam.
Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yusof Musa, dipilih sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang kerana berjaya membongkar penyelewengan oleh seorang kakitangan Mahkamah Syarie negeri itu melibatkan RM500,000.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata penyelewengan itu, yang membabitkan bayaran balik bon jaminan, dikesan selepas Yusof meneliti fail sebaik dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie awal Februari lepas.
“Selepas meneliti beberapa fail, beliau mengesyaki berlaku penyelewengan dan terus melaporkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah itu kepada Yusof sempena majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang di sini hari ini.
Akibat terlalu kecewa selepas pinangannya ditolak keluarga teman wanitanya, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun bertindak nekad meneguk cecair pencuci jubin di rumahnya di daerah Bera, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata sebelum kejadian, mangsa yang baru empat hari bekerja sebagai pembantu kedai di Sentul, Kuala Lumpur pulang ke Bera untuk bertemu dengan teman wanitanya sebaya dengannya bagi membincangkan hal pertunangan mereka.
Beliau berkata, sebaik tiba di rumah teman wanitanya yang tidak jauh dari rumahnya, ibu kepada gadis terbabit memberitahu anaknya tiada kerana sedang mengikuti kursus belia di Maran serta memaklumkan pinangan mangsa ditolak dengan alasan anaknya mahu melanjutkan pelajaran di Seremban.
Katanya, berikutan kecewa serta tidak dapat menerima hakikat dengan jawapan diberikan ibu gadis berkenaan, mangsa kemudian pergi ke rumah ibu saudaranya bersebelahan dengan rumah teman wanitanya.
"Tiba di rumah ibu saudaranya, mangsa tiba-tiba bertindak memecahkan cermin tingkap dan mengambil serpihan cermin sebelum menikam dan mencederakan perutnya sendiri sebelum perbuatan terbabit sempat dihalang ibu saudaranya.
"Mangsa kemudian ditenangkan ibu saudaranya sebelum beredar pulang ke rumah kira-kira jam 12.45 pagi, di mana dia mengambil pencuci jubin lantai di dapur dan meneguknya sehingga habis," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.
Narenasagaran berkata, tindakan mangsa itu disedari abangnya berusia 19 tahun yang cuba menghalangnya dan menghantar adiknya ke Klinik Kesihatan Kemayan sebaik melihat mangsa mula lemah dan tidak sedarkan diri.
"Doktor memberikan rawatan segera dalam usaha menyelamatkan mangsa yang kritikal, namun akhirnya gagal apabila mangsa meninggal dunia dengan bedah siasat mengesahkan mangsa maut akibat keracunan," katanya.
Beliau berkata, polis hanya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 2 pagi kelmarin dan siasatan mendapati tiada unsur jenayah membabitkan kes berkenaan.
"Kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah mendiang sudah dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan," katanya.
NAJIB CUBA SELEWENG FAKTA DAN DATA BTN - Malaysiakini
Datuk Seri Najib Razak menafikan program kendalian Biro Tatanegara (BTN) terlalu menekankan hak rakyat dan berasaskan perkauman sempit sehingga menyebabkan perpecahan kaum.
Perdana Menteri berkata, BTN yang ditubuhkan pada 1981, menepati objektif utama memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warga negara.
"Tidak benar sama sekali dakwaan seperti disiarkan dalam akhbar The Star pada 22 Mei lalu yang BTN terlalu menekankan hak rakyat berasaskan perkauman sehingga menyebabkan perpecahan kaum," katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) di Dewan Rakyat, semalam.
Ngeh mahu mengetahui fungsi BTN dan sejauh mana kebenaran dakwaan akhbar berkenaan.
Najib berkata, pengisian program BTN memberi penekanan terhadap aspek murni dan perpaduan antara kaum, manakala modulnya banyak menyentuh perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Antara lain termasuk hak dan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan pada masa sama penerangan hak kaum lain tidak diabaikan.
"Peserta program juga diberi kebebasan menyatakan pandangan, idea serta pendirian semasa. Tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan bukan Melayu kerana perkara disampaikan adalah berkaitan Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Justeru, beliau berkata, setiap maklumat disampaikan kepada peserta kursus berasaskan fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit, manakala elemen patriotisme diberi penekanan bagi memberi kesedaran dan meningkatkan semangat cinta serta setia kepada negara.
Melaka yang kaya dengan warisan sejarah negara bakal mencatat sejarah lagi apabila menjadi lokasi pertama di dunia memiliki Arab City menjelang 2011.
Arab City yang dibangunkan syarikat swasta, Golden Corporate Heritage Sdn. Bhd., (GCH), bernilai RM1.2 bilion itu melibatkan kawasan 13 hektar yang membabitkan tiga fasa pembangunan di Pulau Melaka, Klebang dan Kampung Jawa.
Pengarah Urusannya, Hesham Fathi berkata, fasa pertama projek itu akan melibatkan kos berjumlah RM250 juta di Pulau Melaka yang dijangka siap lebih awal daripada perancangan asalnya dan pelancarannya dijangka pada bulan Mac 2010.
“Fasa pertama yang membabitkan kawasan seluas 1.38 hektar itu telah mula dimajukan pada bulan Mei lalu dan ia merupakan sebuah kompleks perniagaan yang memiliki 240 bazar, sebuah muzium Mesir dan 20 buah restoran kafe berkonsepkan Arab,’’ katanya dalam satu perjumpaan di sini kelmarin.
Turut hadir ialah Presiden GCH, Saleh Al Mansour.
Hesham menjelaskan, projek tersebut turut memiliki spa khas untuk lelaki serta wanita seperti yang terdapat di Asia Barat.
Menurutnya, setelah ketiga-tiga projek itu disiapkan, sebanyak 200,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan manakala 75 peratus daripadanya adalah untuk penduduk tempatan.
TAK ADA BUKU BAHASA INGGERIS DIROTAN , TAK SOLAT DAN BUAT MAKSIAT TAK NAK PULAK !- Malaysiakini
Ahad, Jun 21, 2009
Mereka sudah banyak kali diingatkan supaya membeli buku latihan Bahasa Inggeris yang berharga RM18. Apabila mereka datang ke sekolah tanpa buku itu, tiga murid sebuah sekolah kebangsaan di Jerteh di sini pulang ke rumah dengan kepala dan betis lebam dirotan oleh guru.
Guru itu didakwa naik angin ekoran ketiga-tiga pelajar daripada keluarga miskin tersebut gagal menyiapkan kerja sekolah mereka yang berpandukan latihan dalam buku yang mereka belum beli.
Mengenang kembali kejadian itu, Normi Hafidah Muhamad, 11, mendakwa, mereka dirotan di kepala sekali dan menerima empat sebatan di betis apabila guru itu marah kerana mereka masih belum membeli buku berkenaan.
“Sejak bulan lepas sudah banyak kali saya minta duit daripada ayah untuk beli buku tapi dia diam saja,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Belanga dekat sini semalam.
Bapanya, Muhamad Nor yang menghidap penyakit kencing manis dan batuk kering mendakwa telah berusaha mengumpul wang agar anaknya dapat membeli buku tersebut.
“Saya belum dapat beri dia wang itu, tak sangka dia dirotan dengan teruk,’’ katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga tujuh beranak.
Rakan anaknya, Nuraini Afika Rosmadi, 11, pula kini fobia ke sekolah kerana bimbang dirotan lagi.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam, memohon supaya keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, digantung sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.
Mohammad Nizar dalam permohonan untuk kebenaran merayu yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, memohon perintah mahkamah supaya keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei itu digantung sekiranya, kebenaran untuk merayu dibenarkan.
Notis usul permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan itu difailkan kira-kira jam 3.30 petang melalui Tetuan Leong & Tan. Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 dan 10 Julai ini untuk mendengar permohonan itu.
Dalam permohonannya juga, Mohammad Nizar turut menyertakan satu lagi permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim.
Beliau memohon diberi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Seksyen 96 Akta Kehakiman Mahkamah 1964 terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Dr Zambry ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lepas yang mengisytiharkan beliau (Mohammad Nizar) sebagai menteri besar yang sah.
Mohammad Nizar, 52, yang berpakaian baju Melayu kelabu, hadir di mahkamah semalam.
Dalam permohonan yang disertakan dengan afidavitnya, Mohammad Nizar turut merangka beberapa persoalan undang-undang penting berhubung interpretasi benar berkenaan Fasal 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu antaranya:
i. Dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak ingin, dan telah memberi nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;
ii. Dalam keadaan di mana tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak:
iii. Dalam keadaan di mana tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar;
iv. Dalam keadaan di mana tidak terdapat peletakan jawatan Menteri Besar; sama ada jawatan Menteri Besar boleh dan/atau telah dikosongkan;
v. Sama ada Fasal 16(6) UTKP memperuntukkan bahawa penentuan isu kepercayaan terhadap Menteri Besar perlu dibuat dalam persidangan Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak atau sebaliknya;
vi. Sama ada UTKP memperuntukkan sebarang kuasa untuk seseorang Menteri Besar dipecat atau jawatannya dianggap kosong atau dikosongkan.
Mohammad Nizar dalam afidavitnya menyatakan bahawa Fasal 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah sama dengan Fasal 16(6) UTKP dan sebarang keputusan berkenaan Fasal itu akan memberikan impak atau kesan berkenaan Fasal 43(4) Perlembagaan Persekutuan berhubung jawatan Perdana Menteri.
“Ini bermakna sekiranya Yang di-Pertuan Agong hendak memecat Perdana Menteri, Baginda boleh berbuat demikian.
"Baginda boleh menelefon Perdana Menteri dan memberitahu bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat,” kata Mohammad Nizar pada sidang media selepas memfailkan permohonan itu.
Mohammad Nizar berkata, beliau gembira kerana akhirnya permohonan itu berjaya difailkan, walaupun keputusan hujahan bertulis oleh Mahkamah Rayuan masih belum diperolehi.
Pada 22 Mei lalu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Md Raus, dalam penghakiman lisannya memutuskan bahawa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membuat keputusan yang betul ketika melantik Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru, berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas Baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.
Penduduk di negeri ini diminta mengamalkan sikap berjimat cermat dalam menggunakan bekalan air harian sebagai persiapan menghadapi musim kemarau yang dijangka melanda seluruh negara sehingga Ogos ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, walaupun pihaknya yakin Melaka tidak akan menghadapi masalah kekurangan bekalan air untuk tempoh beberapa tahun akan datang namun sikap sedemikian perlu diamalkan bagi mengelak sebarang kesulitan pada masa depan.
Katanya, bekalan air di negeri ini mampu bertahan sehingga tahun 2018 melalui simpanan air yang mencukupi dari empangan utama yang terdapat di Melaka.
''Empangan Durian Tunggal di sini dan Empangan Jus di Jasin, masing-masing mempunyai kapasiti takungan sebanyak 32.8 bilion liter dan 48 bilion liter air.
''Malah, takungan air di Empangan Jus kini mencapai 100 peratus penuh manakala paras air di Empangan Durian Tunggal didapati menurun sedikit kepada 76 peratus ketika ini," katanya,
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Empangan Durian Tunggal di sini hari ini.
Kata beliau, bagi menampung kekurangan air di empangan terbabit ekoran ketiadaan hujan sejak kebelakangan ini, sebanyak 90.8 juta liter air dari Sungai Grisik, Muar dan 53.1 juta liter air dari Empangan Jus telah di pam setiap hari ke Empangan Durian Tunggal.
Selain itu, Mohd. Ali berkata, sumber air lain yang turut dipam ke empangan itu ialah bekalan air dari Sungai Melaka dan Sungai Kesang iaitu sebanyak 181.7 juta liter sehari.
''Pada masa ini, keperluan penduduk negeri ini terhadap bekalan air sehari ialah sebanyak 325.5 juta liter," ujarnya.
Mohd. Ali berkata, bagi menampung bekalan air di Melaka sehingga tahun 2023, kerajaan Pusat diharap dapat membantu membina sebuah lagi empangan iaitu di Sungai Jernih, di sini.
Katanya, empangan itu kelak diharap menampung keperluan penduduk sehingga tempoh yang ditetapkan manakala bekalan air ke empangan itu akan diambil dari Johor dan Negeri Sembilan.
Sementara itu pada perkembangan berasingan, beliau mengumumkan bahawa sambutan ulang tahun kedua pengiktirafan Melaka sebagai bandaraya warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) diadakan pada 7 Julai ini.
Kata beliau, pelbagai acara menarik akan diadakan bagi memeriahkan sambutan itu dan beliau meminta rakyat negeri ini agar mengenakan pakaian tradisi masing-masing pada hari berkenaan.
Sekumpulan 20 pelajar di dua buah sekolah menengah berhampiran Taman Merlimau Utara di sini, dikesan ponteng sekolah dengan menjadikan surau, rumah kosong dan kawasan ladang kelapa sawit sebagai lokasi melepak.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jasin, Cif Inspektor Sa‘adon Sabirin berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan segelintir pelajar sekolah itu.
Menurut beliau, pelajar-pelajar terbabit didapati melakukan perbuatan itu secara berkumpulan dan menjadikan lokasi-lokasi itu sebagai tempat pertemuan mereka.
“Hasilnya, hari ini, kita berjaya mengesan lebih 20 pelajar sekolah menengah yang ponteng. Salah seorang daripada mereka ditahan.
“Daripada maklumat diperoleh, pelajar lelaki tingkatan dua yang ditahan itu mengakui terdapat lima hingga tujuh kumpulan pelajar seramai lebih 20 orang tidak hadir ke sekolah hari ini,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi membanteras ponteng sekolah di sini hari ini.
Operasi bermula pukul 9 pagi dan tamat pada pukul 12 tengah hari itu turut disertai Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Pejabat Pelajaran Daerah Jasin dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Sa‘adon menambah, pemeriksaan lanjut di dalam beg sekolah pelajar lelaki yang ditahan itu menemui sekotak rokok dan uniform sekolah.
“Pelajar terbabit mendakwa dia ponteng sekolah kerana gagal menyiapkan kerja diberikan guru dan terpengaruh dengan perbuatan rakan lain yang ponteng,” katanya.
Tambahnya, selain ponteng di ladang kelapa sawit, terdapat juga pelajar menjadikan surau dan rumah-rumah kosong di kawasan perumahan untuk ponteng sekolah.
Sehubungan itu, Sa‘adon meminta orang ramai supaya menghubungi pihak polis atau pihak sekolah sekiranya mengesyaki berlaku perbuatan ponteng sekolah di kawasan mereka.
Beliau pada masa sama menggesa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah supaya lebih peka dan proaktif dalam menangani masalah tersebut.
“Semua pihak perlu terlibat bersama, tanpa mengharapkan bebanan masalah ini hanya ditanggung oleh pihak sekolah atau pihak berkuasa semata-mata,” katanya.
Laporan Perubatan yang dikeluarkan oleh Hospital Kuala Lumpur hari ini mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa Saiful Azlan Bukhari diliwat! Laporan ini ditanda tangani oleh tiga pakar perubatan daripada hospital berkenaan.Laporan dari HKL ini sekaligus mengesahkan laporan pertama dari Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) yang turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang tanda-tanda saiful diliwat.
Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.
Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.Jadi ini sekaligus membuktikan bahawa segala dakwaan bahawa Saiful diliwat adalah palsu dan tidak berasas.
Ini juga bermakna konspirasi Liwat 2 semakin terdedah segala pembohongan. Ternyata kospirasi Liwat 2 dibuat secara caca marba dan tergesa-gesa kerana terdesak. Sewajarnya dakwaan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya melalui Peguam Negara terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim digugurkan serta merta. Adakah DSAI akan dihantar sekali lagi ke Penjara Sungai Buloh semata-mata pengakuan dusta dan palsu Saiful? Jangan biarkan institusi kehakiman negara kita dijadikan lawak jenaka sekali lagi.
Persoalannya apa yang berlaku kepada Saiful? Bagaimana sumpah yang dibuat di masjid Persekutan Jalan Duta? Bagaimana pula pihak yang ditemuinya atas urusan 'biasiswa' seperti gambar yang pernah didedahkan oleh Datin Dr Wan Azizah sebelum ini? Bagaimana pula dengan pemimpin Umno yang ditemui di Putrajaya yang sebelum ini memberitahu bahawa Saiful dalam keadaan pucat dan ketakutan?
Adakah Saiful terliwat, diliwat atau meliwatkan diri selepas laporan perubatan di PUSRAWI dan HKL mengesahkan dia tidak diliwat?Laporan yang dikeluarkan oleh HKL sekaligus menjadi tamparan yang paling hebat kepada kerajaan 1 Malaysia yang begitu ghairah dengan isu Liwat 2 sebagai tali hayat mereka dan dalam masa yang sama terus memanipulasi isu kerajaan perpaduan. Laporan perubatan dari HKL ini memberi isyarat yang cukup jelas bahawa Umno hanya menunggu hari-hari akhirnya untuk ditalkinkan.
Ternyata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan seorang pemimpin yang berani, komited dan istiqamah dengan perjuangannya.
Hari ini sekali lagi beliau membuktikan yang dirinya mempunyai jiwa seorang pemimpin yang tegas apabila melaungkan BUBARKAN DUN PERAK di dalam Sidang Parlimen sambil memakai lilitan hitam Bubarkan DUN Perak.
Beliau melakukan perkara tersebut sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen selepas memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang.
Akibat dari keberaniannya tersebut, beliau telah dihukum gantung dari menyertai sidang parlimen selama 2 hari.
Selain beliau YB Ngeh Ko Ham, YB Nga Kor Ming, YB Dato’ Mahfuz Omar dan YB N Gobalakrishnan dan beberapa orang lagi YB juga turut digantung selama 2 hari kerana dikatakan melanggar etika pakaian parlimen.
Siapa tak kenal Khalid? Siapa tak tahu kisah kepahlawanan Khalid Al Walid? Sejak sebelum islam, kisah khalid popular setelah dia berjaya mengalahkan tentera Islam di dalam perang Uhud. Setelah Islam Khalid semakin hebat. Setiap medan perang menjadi medan milik Khalid.
Rasulullah meletakkan kepercayaan kepada Khalid sejak di awal keislamannya. Kepercayaan Rasulullah terhadap Khalid tak pernah berubah. Abu Bakar meneruskan kepercayaan Rasulullah. Khalid seorang yang berani, Khalid seorang yang ikhlas berjuang, Khalid tak pernah mundur, Khalid juga tak pernah kalah.
Setelah Umar mengambil alih pemerintahan, umar terus memecat Khalid. Umar memecat khalid ketika perang masih berkecamuk. Di saat kemahiran khalid diperlukan, keberaniannya sangat diharapkan Umar memecat Khalid. Apakah Umar tak percaya kepada Khalid? Tidak sama sekali! Apakah Umar bimbang Khalid lebih popular darinya lantas merampas kedudukannya? mustahil itu yang terlintas di hati Umar! Hanya orang yang dengki dan cemburu sahaja yang berprasangka begitu. Atau mereka yang tidak mengenali hati budi dan keihklasan Umar dalam berjuang., kasih sayang Umar terhadap islam dan umat Islam... Api prasangka kepada Umar ditiupkan oleh orang yang sememangnya dengki dengan Umar..sebahagian mereka adalah Munafiqin!
Sebenarnya perkiraan Umar ialah kepentingan Islam dan umatnya. Khalid mengatahui dan meyakini Umar. Sebab itu Khalid tidak membantah. Khalid malah menyokong Umar dan tindakannya. "Khalid berjuang bukan kerana Umar" jawapan tegas dari Umar ketika membantah hujjah orang yang kononnya mahukan Khalid memimpin tentera dan menentang arahan Umar. Api munafiqin cuba memadamkan wala Khalid kepada Umar.
Khalid tidak tahu kenapa Umar memecatnya atau tidak memberikan amanah kepimpinan tentera kepadanya. Khalid disokong ramai pihak. Khalid juga tak pernah kalah. Namun semua faktor itu tidak terlintas di hati Khalid. Hanya orang yang taksub kepada Khalid dan beberapa orang yang sememangnya menanti peluang menyerang Umar sahaja yang mengapikan isu itu. Khalid tahu kedudukan dalam kepimpinan Islam memerlukan wala kepada pimpinan. Khalid tahu Umar seorang pemimpin hebat yang tidak memikirkan selain kepentingan Islam dan ummatnya! sebab itu khalid terus menyerahkan wala kepada Umar.
Walau golongan munafiqin terus mengapikan keadaan, Khalid tetap menyerahkan kuasa dan patuh kepada Umar.... agenda munafiqin tak menjadi...alangkah bahayanya jika di zaman Khalid ada blog seperti hari ini..... entah semarak mana api fitnah yang akan membakar ummat.
Tahniah kepada Ustaz Abu bakar Husin yang dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Perak ! Tahniah kepada DS Nizar yang sah menjadi MP hari ini...... Takziah juga buat mereka yang gagal menjadikan api kekecewaan mereka hangat dengan isu yang terjadi... Bermuhasabahlah...jika ingin terus dinaungi rahmat Allah. Jangan perjuangan yang kita sangka perjuangan rupanya api yang membunuh perjuangan!
Beberapa Media pro Umno hari melaporkan terdapat seorang pemimpin kanan Umno yang merasakan bahawa Pas ikhlas dalam isu Kerajaan Perpaduan.Bila mengiktiraf keikhlasan pas bermakna mengiktiraf perjuangan Pas.Bila orang yang selama ini menghentam Pas mula memuji-muji Pas bermakna sudah mula menerima perjuangan Pas. Walau bagaimanapun menurut pemimpin kanan Umno tu lagi, kena risik-risik dulu macam orang meminang katanya.
Dengan perkembangan terbaru ini serta keyakinan kepada perjuangan Pas, mungkinkah pemimpin kanan Umno itu akan menyertai Pas dalam tempoh terdekat?Semua kemungkinan ini tidak mustahil dengan perkembangan terkini ini. Dalam masa yang sama pemimpin Pas perlu berhati-hati agar tidak terperangkap atau diperangkap. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin kanan Umno berkenaan dikhabarkan semakin terdesak dan mengalami krisis keyakinan bukan sahaja dari dalam negara tetapi kepercayaan masyarakat antarabangsa dan pemimpin dunia lain. Maka usaha memuji melangit kepada Pas ibarat 'kambing hitam' atau umpan untuk mendapat buruan yang lebih besar.
PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Dr Fathi Yakan atas pemergian beliau menghadap Ilahi pada pukul 4.45 petang, 13 Jun 2009 di Hospital Otel Deo, Beirut, Lubnan.
PAS melihat kehilangan beliau ini sebagai satu kehilangan besar terhadap dunia Islam, khususnya Gerakan Dakwah Islamiah dimana beliau merupakan antara tokoh ulama' utama yang banyak menulis tentang isu-isu gerakan Islam. Antara bukunya yang dirujuk oleh semua ahli Gerakan Islam Dunia adalah "Apa ertinya Saya Menganut Islam", Masalah Dakwah dan Pendakwah" serta "Persepsi Haraki dalam Kerja-kerja Islami".
Beliau yang lahir pada tahun 1933, merupakan pengasas kepada Gerakan Islam Lubnan, Jabhah Amal Islami. Beliau bukan sahaja dilihat sebagai tokoh Ulama' yang hebat, tetapi seorang Ahli Parlimen yang amat disegani di Lubnan dan antara pemimpin Gerakan Islam Dunia yang amat dihormati.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya disyurga bersama para Rasul dan pejuang-pejuang agama Allah yang lain.
Pemuda PAS akan menjadi penggerak utama untuk Himpunan Raksasa 100,000 Mansuhkan ISA pada 1 Ogos akan datang.
Ketuanya, Nasruddin Hasan Tantawi berkata himpunan tersebut akan turut disertai pihak lain termasuk parti politik dan NGO bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta yang dianggap kejam itu.
"Oleh yang demikian, pada 17 Jun ini kita akan lancarkan kempen himpunan raksasa ISA di lobi parlimen yang akan digerakkan ke seluruh negara," katanya kepada pemberita pada satu sidang media Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS hari ini.
Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.
Berikut merupakan senarai tersebut:
Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof
Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil Bendahari : Mohd Adram Musa Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar
Ahli Jawatankuasa dipilih 1 Ustaz Riduan Mohd Nor 2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz 3 Ustaz Nazri Chik 4 YB Nasir Zakaria 5 Ustaz Kamal Shaari 6 Abdullah Karim 7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub
Ahli Jawatankuasa dilantik 1 Zuraidin Abdullah 2 Sanusi Mohd Nor 3 Zamakhshari Muhammad 4 Anuar Ali 5 Yusainee Yahya 6 Mohd Sani Hamzan 7 Wan Sukhairi Abdullah 8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki 9 Mohd Nazri Din 10 Mohd Fuad Othman
AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI / WILAYAH PERSEKUTUAN SESI 2009 – 2011
Khamis, Jun 11, 2009
PRESIDEN: YB DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG TIMBALAN PRESIDEN: YB USTAZ NASHARUDIN MAT ISA NAIB PRESIDEN (1): DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN NAIB PRESIDEN (2): YB SALAHUDDIN AYUB NAIB PRESIDEN (3): YB DATO' MAHFUZ OMAR KETUA DEWAN ULAMAK: YB DATO’ HAJI HARUN TAIB KETUA DEWAN PEMUDA: USTAZ NASRUDIN HASSAN KETUA DEWAN MUSLIMAT: USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
AJK (1): YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN AJK (2): USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD AJK (3): YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR AJK (4): YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK AJK (5): YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALI AJK (6): YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI AJK (7): USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN AJK (8): DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK AJK (9): MOHAMED HANIPA MAIDIN AJK (10): YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH AJK (11): YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI AJK (12): USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN AJK (13): YB DR DZULKEFLY AHMAD AJK (14): YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI AJK (15): YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN AJK (16): MAZLAN ALIMAN AJK (17): YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB AJK (18): YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA
PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – JAWATAN-JAWATAN UTAMA
SETIAUSAHA AGUNG: DATO’ MUSTAFA ALI BENDAHARI PAS PUSAT: YB DR. HATTA MD RAMLI KETUA PENERANGAN PAS PUSAT: USTAZ IDRIS HAJI AHMAD KETUA PENGARAH PILIHANRAYA: YB DATO’ ABDUL HALIM A RAHMAN
PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 22 (5) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – TAMBAHAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT
AJK (1): YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA AJK (2): HAJI MOHAMAD SABU AJK (3): HJ MOHD ANUAR TAHIR AJK (4): HAJI ASMUNI AWI AJK (5): YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI AJK (6): YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD AJK (7): YB WAN UBAIDAH WAN OMAR AJK (8): HAJI AHMAD DOLLAH
PERLANTIKAN-PERLANTIKAN MENGIKUT FASAL 34 (4) PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) (PINDAAN 2001) – PESURUHJAYA PAS NEGERI
PESURUHJAYA PAS PERLIS: YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
PESURUHJAYA PAS KEDAH: YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK
PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG: USTAZ MOHD SALLEH MAN
PESURUHJAYA PAS PERAK: USTAZ ABU BAKAR HUSIN
PESURUHJAYA PAS KELANTAN: YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
PESURUHJAYA PAS TERENGGANU: YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
PESURUHJAYA PAS PAHANG: DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
PESURUHJAYA PAS SELANGOR: DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI
PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN: HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN: HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR
PESURUHJAYA PAS MELAKA: USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
PESURUHJAYA PAS JOHOR: DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
Cadangan untuk menerima Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu dalam Dewan Harian PAS Pusat oleh Naib Presiden PAS baru, Dato' Mahfuz Omar dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut Tuan Guru, beliau telah mengenali kedua-dua tokoh tersebut agak lama kerana mereka berdua merupakan bekas Naib Presiden PAS sebelum pemilihan baru-baru ini.
"Saya amat bersetuju sekiranya Dato' Husam diterima sebagai salah seorang dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana saya tahu latar belakangnya,beliau merupakan seorang Exco negeri Kelantan yang berkaliber dan sudah tentu pengalaman luas dalam pentadbiran dan politiknya amat berharga,begitu juga dengan Mat Sabu,beliau merupakan tokoh pemidato terbaik bagi saya dan penuh dengan hujah yang bernas,"ujarnya ketika ditemui di majlis penutup Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia Zon Utara dan Timur Semenanjung kali ke-10 di Kampus Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.
Nik Aziz juga berharap mereka ini diterima dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana keduanya merupakan aset yang bernilai tinggi dalam perjuangan PAS dan amat mesra dengan kaum-kaum lain seperti India dan Cina.
"Kita kini dalam menuju ke arah Pilihan raya ke-13,amat wajarlah kedua-dua tokoh ini diterima dalam Dewan tersebut kerana mereka ini mempunyai idea dan pandangan yang luas dan amat rugi kalau tak ambil mereka ni,"katanya lagi.
Namun demikian ini adalah merupakan cadangan dan pandangan dari Naib Presiden PAS yang baru dan terserahlah kepada Presiden untuk mempertimbangkannya. Mesyuarat pertama dijangka diadakan pada hari ini.
Sebelum ini, Husam Musa dan Mohammad Sabu merupakan Naib Presiden PAS Pusat dan telah tewas dalam merebut jawatan Timbalan Presiden daripada Nasaruddin Mat Isa yang berjaya mempertahankan jawatan dengan undi sebanyak 480 undi.
Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar.
Pengumuman dibuat pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang bermula jam 10 pagi tadi.
Pada sidang itu, Ustaz Hadi mengumumkan Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dan mengekalkan Dr. Mohd Hatta Ramli sebagai Bendahari.
Tinbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman pula dilantik menggantikan tempat Mustafa sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.
ImageBekas-bekas Naib Presiden, Dato Husam Musa dan Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan kerusi Timbalan Presiden dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa tambahan.
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Wan Ubaidah Wan Omar ialah dua muka baru yang dilantik.
Dr Mariah Mahmod dan Anuar Tahir turut dilantik semula. -
Episod bantahan penduduk Kampung Pondok Kempas dan Kesang Pajak yang sebelum ini mengadakan demonstrasi bantahan pembinaan memorial tanah perkuburan diharap akan berakhir.
Ahli Jawatankuasa Bertindak Membantah Pembinaan Rumah Pembakaran Mayat dan Kubur Cina, semalam bertindak tegas menghantar memorandum bantahan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakub, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Mufti Negeri, Datuk Wira Rashid Redza Saleh.
Ia berikutan tiada sebarang reaksi daripada jabatan kerajaan yang terlibat bagi menyelesaikan masalah itu setakat ini, malah projek terbabit sudah berjalan hampir 35 peratus.
Pengerusinya, Muhammad Keling, berkata, penduduk amat berharap projek berkenaan dapat diberhentikan berikutan tidak mendapat persetujuan penduduk.
“Kami cukup serius dalam hal ini sehingga menyerahkan memorandum kepada pihak atasan kerana sebelum ini tiada sesi dialog bersama penduduk kampung diadakan sebelum projek itu dijalankan.
“Harapan kami, bantahan ini tidak dipandang ringan pihak kerajaan negeri dan mungkin ada kawasan yang lebih baik untuk dibina memorial terbabit, bukannya di kampung kami,” katanya kepada media selepas menyerahkan memorandum itu di Seri Negeri, semalam.
Bantahan sebanyak dua kali sejak 18 Mei lalu juga berjaya mengumpulkan 276 tandatangan penduduk kampung yang tidak bersetuju projek seluas 30.8 hektar itu diadakan di kawasan mereka.
Ucaptama Ketua Pemuda telah diterima selepas dibahaskan
Dewan Pemuda PAS telah memasuki fasa perbahasan usul setelah ucaptama Ketua Pemuda telah diterima sebulat suara oleh para perwakilan. Perbahasan ucaptama bermula jam 1.30 petang tadi dan berakhir kira-kira jam 9.30 malam sebentar tadi.
14 orang perwakilan daripada setiap negeri berbahas dengan penuh bersemangat dan berinformasi. Walaupun agak panas apabila beberapa isu berbangkit tetapi timbul kekecohan seperti yang digambarkan oleh media luar sebelum ini.
Perwakilan dari selangor Ust Zulkifli Ahmad menutup perbahasan, sebagai pembahas terakhir
SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011
PENGERUSI TETAP Misbahul Munir Masduki (Menang Tanpa Bertanding)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP Aris Awang (Menang Tanpa Bertanding)
KETUA Nasrudin Hassan (Menang Tanpa Bertanding)
TIMBALAN KETUA Azman Shapawi Abd Rani (Menang Tanpa Bertanding)
NAIB KETUA Ahmad Sabki Yusof (Menang Tanpa Bertanding)
AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN (23 bertanding - 12 kerusi)
1. Riduan Mad Nor (197 undi) 2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194) 3. Mohd Firdaus Jaafar (176) 4. Mohd Nazri Chik Zain (176) 5. Suhaizan Kaiat (165) 6. Nasir Zakaria (152) 7. Kamal Ashaari (145) 8. Kamaruzaman Mohamad (139) 9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139) 10. Mohd Adram Musa (135) 11. Abdullah Abdul Karim (127) 12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir (126)
Kejayaan 'PAS for all', hargai cadangan ahli - perwakilan Muslimat Melaka
Khamis, Jun 04, 2009
Perwakilan dari Melaka menyuarakan pendapat agar cadangan yang dikemukakan oleh ahli diberi perhatian dan dihargai merujuk contoh idea "PAS for All" yang dicetuskan Dr Halimah Ali semasa jamuan hi-tea Tahun Baru Cina tiga tahun lepas.
Cadangan slogan itu ternyata berjaya menarik lebih ramai menyertai Pas khususnya golongan non-muslim. Malah peningkatan keahlian Kelab Penyokong Pas dalam Konvensyennya minggu lepas nyata membuktikan Pas mampu menggantikan Umno memimpin negara.
Menurut beliau, kejayaan Pas dengan slogan tersebut diambil pula kelebihannya oleh DAP dengan slogan "Malaysian Malaysia". Terkini Perdana Menteri Dato' Seri Najib pula meniru idea Pas dengan mempopularkan slogannya "1 Malaysia".
Turut menyentuh isu pendidikan di Malaysia. Beliau meminta perhatian diberikan berhubung su pelajar perempuan yang tidak diwajibkan bertudung dan tidak boleh dikenakan sebarang tindakan disiplin sekarang.
"tidakkah soal yang penting ini perlu disuarakan dan diketengahkan oleh pimpinan," soala beliau.Menyentuh soal dasar pendidikan pula, ia tidak membantu dalam mengukuhkan pembangunan keluarga. Namun tidak ada pihak yang menyuarakan bantahan. Menurut beliau, kebajikan bukan hanya menyentuh soal kebendaan. Apa yang penting ialah pengisian dari aspek jasmani dan rohani.
Had jumlah mata pelajaran SPM - perwakilan Negeri Melaka
Cadangan Timbalan Perdana Menteri, Mahyuddin Yassin untuk mengehadkan bilangan mata pelajaran di peringkat SPM kepada 10 mata pelajaran sahaja menjadi isu yang turut dibangkitkan dalam Muktamar Dewan Muslimat.
Perwakilan dari Melaka yang lantang menyelar cadangan itu meminta kerajaan menyemak semula cadangan yang bakal dilaksanakan itu. Malah tempoh sebelum keputusan ini dilaksanakan hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Namun sehingga kini, tiada sebarang respon dari pimpinan muslimat berkenaan hal ini.
Menurut beliau, sekolah seperti MRSM telah lama menjalankan sistem 10 subjek. Berlainan dengan di sekolah-sekolah agama, minimum bilangan subjek yang biasa diambil adalah sebanyak 12 subjek. Beliau yang melahirkan kebimbangan muslimat Melaka itu meminta agar perkara ini diberi perhatian oleh pimpinan Pas.
Menyentuh soal gejala sosial, beliau menarik perhatian hadirin apabila memperkatakan tentang kewujudan rancangan realiti televisyen yang makin bersemarak, dan menjadi punca penyebaran masalah sosial di peringkat akar umbi. Sebanyak RM7.5 juta berjaya dikutip melalui rancangan realiti tv ini.
"Pembaziran yang berleluasa ini begitu menyedihkan. Alangkah bagus sekiranya jumlah sebanyak itu digunakan untuk tujuan pembangunan,
"Gejala anak muda yang bertukar agama turut membimbangkan. Keadaan ini berlaku kerana tiada undang-undang mengenai murtad di negara ini," tambahnya.Beliau berharap agar isu ini diambil perhatian oleh pimpinan muslimat demi menjaga akidah generasi muda masa kini.
Sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sedang berada di tahap paling baik dalam 58 tahun sejarah jatuh-bangun perjuangan politiknya.
Natijah dari pelbagai dinamika politik nasional dan hasil kesediaan kepimpinan memposisi kepentingan perjuangan, PAS kini berada sekali lagi di kedudukan penting yang sekaligus menuntut parti Islam ini terus membuat beberapa pilihan strategik.
Paling kritikal, atas pilihan strategik ini pula akan ditentukan keupayaan dan kelangsungan PAS, samada untuk terus mara menempah kejayaan yang lebih besar atau berpatah balik seumpama yang disaksikan pasca-kejayaan PRU ke-10, yakni keputusan PRU ke-11 April 2004 yang mengembalikan PAS pada garis sokongan tegarnya, tidak lebih dan tidak kurang dari itu.
Maka di ambang Muktamar ke-55 ini, punya cita-cita besar bagi meletakkan seluruh kepimpinan parti, aktivis, pendukung dan pencintanya, supaya sedar dan insaf, bahawa sekali lagi, kita berada di persimpangan kritikal ini.
Umum bahkan dunia, sedang memerhatikan penampilan serta pengolahan 'Risalah Perjuangan Parti Politik Islam' ini, dalam persaingan mendominasi kuasa abad 21 Masihi-15 Hijrah.
Khususnya di persada pertarungan politik sebuah negara-bangsa yang punya demografi cukup plural atau majmuk, di segi pertentangan pelbagai tuntutan agama, etnik dan budaya yang bersifat 60:40 Islam:Bukan-Islamnya. Cabaran inilah yang cuba digarap dalam penulisan ini, bagi menyambung penulisan lalu "Meniti Tuntutan Perjuangan Pasca Muktamar ke-55".
Penulis ingin pertama-tamanya merakamkan perasaan terkilannya, bahawa polemik kepimpinan Ulama-Profesional telah menelan waktu, tenaga dan penumpuan yang agak keterlaluan.
Yang lebih penting dari kesemua itu sewajarnya ialah menekuni serta mentakrifkan tuntutan perjuangan yang bakal dipikul kepimpinan yang akan dipilih.
Dengan kejelasan itu, akan terserlah gandingan pasukan kepimpinan yang diperlukan bagi memantapkan lagi kepemimpinan Presiden memacu dan melonjakkan parti ke garis prestasi ke keluk yang seterusnya.
Maka membicarakan pilihan strategik di ketika ini adalah satu yang 'dhoruri' dan paling tidaknya sangat dihajatkan parti dalam rangka tuntutan kebijaksanaan perjuangan.
Menggantikan kepimpinan Umno bagi kelompok Islam-Melayu
Seperti yang ditegaskan kepimpinan tertinggi parti umpama Pengarah JK Pilihanraya PAS Pusat, waktunya telah tiba untuk mengambil alih kedudukan Umno selaku parti politik pilihan nombor satu untuk kelompok demografi pengundi Melayu-Islam di Negara ini.
Meski pun telah acap disebut termasuk salah seorang calon Timbalan Presiden, belum ada satu kejelasan strategi yang pernah dilakarkan kearah itu.
Sementara PAS berada di tahap paling kukuh dan kuat, Umno sebaliknya sedang berada di tahap paling lemah dalam laluan usia politiknya. Sebelum kita dikatakan berkhayal, PAS (dan Pakatan) perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan 72 kerusi parlimen yang memiliki 2/3 majoriti Melayu-Islam dan 42 kerusi di mana yang majoriti mudahnya adalah pengundi Islam-Melayu. Selebih 51 kerusi parlimen yang lain adalah kerusi majoriti Bukan-Melayu, di mana 18 adalah kerusi majoriti 2/3 dan 33 adalah kerusi majoriti mudah Bukan-Melayu.
Jumlah kerusi pertarungan di Semenanjung ialah 165. Nah, perhatikan baik-baik apa maksud untuk menumbangkan Umno sebagai parti untuk orang Melayu-Islam.
Penulis, seorang optimis tegar seperti didakwanya, yakin bahawa objektif tersebut mampu dilakukan.
Telahan para 'pundit' politik meramalkan Umno tidak akan dapat memugarkan atau 'reengineer' kembali perjuangan sehingga parti Melayu terbesar itu mengalami kekalahan kuasa di peringkat Pusat dan belajar semula selepas menjadi pembangkang untuk satu jangka waktu.
Menarik tesis tersebut. Tidak mustahil kerana kemenangan disilih gantikan Allah SWT. (al-ayat) .
Pun begitu, di segi perhitungan politiknya PAS perlu mengalahkan Umno dalam pertandingan pilihanraya umum akan datang. Untuk ingatan, PAS bertanding dalam 64 kerusi parlimen di Semenanjung, sementara memenangi 27 kerusi.
Umno sebagai perbandingan, menguasai 78 kerusi di Semenanjung. Sebutan mengambil alih kedudukan Umno sebagai parti pilihan orang Islam-Melayu wajar menyedari tuntutan realitinya.
PAS dalam ukuran politik hari ini sudah melepasi kekangan prestasi tradisinya. Dulu, PAS hanya mampu menang dalam pertandingan kerusi-kerusi yang berada dalam 'Malay Belt' atau Kawasan Melayu di Utara dan Pantai Timur.
PAS telah memecahkan tembok ini dalam pola Politik Baru dan bersedia memenangi kerusi-kerusi campuran 60:40 bahkan lebih �mixed� dari itu seperti kerusi Kota Raja. Tegasnya PAS telah menemui formula dan resepi kejayaannya.
Persoalan buat kepimpinan kini ialah: Apakah yang perlu dilakukan kepimpinan parti untuk seterusnya merealisasikan cita-cita mengambil alih kedudukan Umno? Apakah yang bakal menghalang pencapaian objektif ini?
Bersama menggandingkan kekuatan menjatuhkan Umno-BN
Muktamar ke-55 ini juga membawa erti besar untuk parti Islam yang terbesar di negara ini, sekali lagi mempertegaskan komitmennya untuk menyaksikan tumbang kuasa yang telah memerintah negara selama lebih 5 desawarsa.
Lanjutnya kuasa ini telah menafikan negara dan rakyat mengecapi kesejahteraan hidup sebenar sesuai dengan kedudukan negara yang memilikki sumber per kapita antara tertinggi di dunia kerana pelbagai kebobrokan gelagat segelintir pemerintah yang sarat rasuah, kerakusan dan mementing diri.
Amalan demokrasi rosak sementara institusi kehakiman terus reput dan badan legislatif dicekik kuasa Eksekutif.
Media Baru memerdekakan rakyat dan pengundi. Tekanan ke arah pertanggungjawaban dan ketelusan menuntut kerajaan mendedahkan segala kecurangan yang dilakukan pihak pemerintah. Terkini skandal besar PKFZ yang bakal menelan RM12.8 bilion, sebagai 'mercu tanda' pengurusan sarat rasuah Umno-BN.
Umno-BN sudah sampai ke penghujung usianya. Mereka wajib di kalahkan dalam PRU ke-13 bagi mengangkat martabat, maruah dan daya saing negara.
Tidak ada kemungkaran yang lebih jelek dan membinasakan watak negara-bangsa ini amnya dan ummat Islam khususnya dari kehidupan yang menjauhkan manusia dari fitrahnya untuk memakmurkan bumi dan mensejahterakan kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
PAS bergandingan dengan komponen parti Pakatan Rakyat, KeADILan dan DAP, berupaya melakukan sesuatu yang ajaib dan bijak dalam Politik Permuafakatan atau Tahaluf Siyasi (Coalition Politics).
Sindrom takut kalah Umno, takut menang PAS
Di persimpangan 'Politik Transisi' yang serba tidak menentu ini, Umno jelas telah dihinggapi 'Sindrom Takut Kalah' atau 'Atichyphobia- Fear of Failures', sehingga sanggup memberi laluan mudah di Penanti. Umno akan terus dihantui ketakutan dahsyat ini sehinggalah dapat menjalani rawatannya.
Namun PAS juga ditanggapi menghadapi satu fenomena yang sama tetapi sedikit berlainan. Apa yang dialami PAS kini ialah 'Sindrom Takut Kejayaan - Fear of Success'.
PAS bukan takut dikalahkan tetapi lebih takut kejayaan akan mengakibatkan parti Islam kehilangan aAl-Asolahnya' atau 'Ketulenan keIslamannya' lantas curiga serta khawatir untuk menempuh 'jalan-jalan' yang ditanggapi bukan lebuhrayanya bahkan didakwa sesetengah pihak berpotensi membawa kelunturan, pelarutan dan penyimpangannya dari cita-cita perjuangannya.
Penulis memerhatikan bahawa di sebaliknya polemik Ulama-Profesional, tersirat secara lebih mendalam tekanan sindrom ini, khususnya kepada golongan tertentu yang tidak dapat mentasawurkan proses dan gelagat perubahan yang wajar di pacu PAS dalam persaingan di gelanggang politik pluralis yang punya matlamat yang saling bertentangan dan bersimpang-siur.
PAS sangat berhajatkan dirawat dengan tekunan ilmu yang lebih mendalam dan keberanian ijtihad para ulama harakinya untuk keluar dari bahana sindrom ini.
Kesimpulan
Di persimpangan kritikal ini juga, PAS perlu tahu bahawa Umno bukan kawan tapi lawannya. PAS wajar menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wasilah paling bijak bertepatan dengan tuntutan waqi� dan fiqh siyasi serta berpadanan dengan maslahah perjuangannya.
PAS sangat perlu menekuni kebijaksanaan untuk menampilkan terus 'tag-line' - 'PAS Untuk Semua' dan 'Islam Untuk Semua' melalui program-program perjuangan yang lebih 'Inklusif' menggamit serta melebarkan tapak sokongan, sementara memperkukuhkan kemurnian agenda Islam bagi sokongan tegar Melayu-Islam.
Sebagai contoh kecil, sedikit waktu lalu beberapa tokoh muda ulama PAS cukup berani membicarakan tentang zakat yang harus dipanjangkan kepada golongan 'asnaf muallaf' termasuk yang bukan-Islam seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Tegasnya, PAS wajar keluar dari kotak pemikiran terlalu 'fiqhiy' (legalistik) kepada paradigma pemikiran 'Usuliy dan Maqasidiy' (Prinsip dan Maksud) lantas berani memposisi Islam dengan lebih mantap lagi dengan hujjah tekunan ilmu Islam yang lebih 'daqiq' (mendalam) dan intelek yang lebih peka dengan realiti semasa.
Terlalu banyak yang perlu digarap termasuk hiburan, mua'malat kewangan-ekonomi, pembangunan sosial, pendidikan dan pertentangan perundangan itu sendiri.
Inilah antara pengisian agenda "Penampilan Agenda Politik Islam PAS" dalam persaingan era baru. PAS mengongsi Keadilan serta Kesejahteraan sistem Islam kepada semua dan Aqidah Islam kepada yang meyakini.
PAS tidak wajar mengulangi kesilapan pendekatan terlalu 'eksklusif' dan 'centrik' yang meminggir rakyat dan pengundi dan dalam kedudukan yang tidak difahami kecuali penyokong tegarnya di kawasan-kawasan tradisinya.
Kesemua ini adalah agenda kepimpinan yang wajar diperbahaskan dan dicermati dengan lebih mendetail dalam Muktamar yang mempersiapkan parti untuk menempah kejayaan yang sama-sama di ingini dan diperjuangkan.
Memang benar kejayaan bukan segala-galanya, namun segala-galanya menantikan kejayaan bagi melakasanakam cita-cita perjuangan!
PAS telah pun melancarkan laman web rasmi untuk Muktamarnya yang ke-55 bagi membolehkan orang ramai mengikuti pelbagai ucapan dan perbahasan dengan lebih telus lagi, dan menariknya secara langsung melalui web.
Melalui laman khas yang diperkenalkan, iaitu Muktamar 55, ianya bakal memuatkan beberapa bahan berita dan video, selain membolehkan orang ramai mengikuti persidangan empat hari PAS secara langsung dengan lebih mudah lagi.
Ke semua ucapan dasar, perbahasan dan sebagainya bakal di sajikan kepada orang ramai secara telus dan terbuka melalui laman tersebut.
Ruangan yang terbatas dalam beberapa media utama tanah air termasuk laporan yang tidak adil menjadikan PAS menggunakan teknologi internet sebaiknya untuk menyampaikan ucapan dasar mereka kepada orang ramai.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar yang merasmikan laman web Muktamar 55 ini menyatakan gerbang muktamar yang dilancarkan itu berobjektifkan saluran maklumat kepada seluruh rakyat termasuk untuk masyarakat antarabangsa yang kini sudah mengenali dan kagum dengan PAS sebagai parti politik yang berjaya di negara ini.
Bahan-bahan yang akan mengisi gerbang maklumat itu antaranya siaran langsung terus menerus sidang muktamar bermula dengan muktamar dewan hinggalah muktamar penuh, katanya.
"Kita akan menyiarkan secara telus dan terbuka maklumat ucapan dasar, ucapan-ucapan perbahasan, maklumat keputusan pemilihan termasuk pemilihan di peringkat kawasan, negeri dan seterusnya yang sedang berlansung sejak beberapa minggu ini," katanya.
Laman web ini ujar Kamarudin diselia oleh Jabatan IT PAS Pusat dan telah pun beroperasi sejak beberapa minggu lalu.
"Saya mengharapkan dengan adanya laman ini, semua maklumat mengenai muktamar dapat kita sampaikan kepada seluruh rakyat.
"Kita bukan macam Umno yang ada televisyen dan media tetapi menyekat maklumat termasuk maklumat perbahasan sidang mereka kepada umum," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan supaya semua perwakilan akan berbahas dengan penuh etika dan beradab seperti muktamar-muktamar yang lalu di samping.
Muktamar tahunan Dewan Pemuda PAS kali yang ke-50 akan dirasmikan esok di Markas PAS Taman Melewar dekat sini.
Bermula tengahari lagi, pelbagai program telah diaturkan untuk memeriahkan lagi Muktamar kali ini antaranya Majlis Jamuan Keraian Muktamar dan di susuli acara kemuncaknya bermula jam 8.00 malam dengan ucaptama disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.
Muktamar kali ini bakal menyaksikan, Salahuddin menyampaikan ucaptama yang terakhirnya kepada Para Pemuda PAS, kerana jawatan yang digalasnya bakal dipikul pula oleh penggantinya Ustaz Nasruddin Tantawi.
Selain ucaptama dan perasmian, para perwakilan dan pemerhati akan diraikan dengan Persembahan Multimedia serta Persembahan Seni pada jam 10 malam.
Manakala penyampaian anugerah-anugerah akan di adakan selepas itu bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan aktivis dan tokoh-tokoh tertentu yang banyak menyumbang jasa kepada parti.
Muktamar Pemuda PAS akan terus berlangsung pada keesokannya (4 Jun) di lokasi yang sama, di mana perbahasan dan usul dijangka bermula pada sebelah pagi dan petangnya.
Untuk mengetahui tentatif program Muktamar tersebut, sila layari laman web Muktamar PAS yang ke 55 di Muktamar55.pas.org.my
Proton mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak RM865.00 juta kepada RM6.49 bilion berbanding RM5.62 bilion tahun sebelumnya.Pembuat kereta nasional itu menjual 156,849 buah kereta pada tahun kewangan 2008/9 berbanding 139,942 buah kereta tahun lalu.Walaubagaimanapun Proton Holdings Bhd. mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM338 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009 berbanding keuntungan sebelum cukai RM144 juta untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya. Alasan mudah, kesan ekonomi global.
Satu-satunya boneka UMNO yang bertanding atas tiket PAS dan tidak sedar diri siapa dirinya adalah katak lompat dari Pasir Mas yang juga merupakan ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.Dulu semasa keluar dari UMNO bukan main kutuk UMNO secara terang-terang tapi sekarang sudah jadi katak yang baru keluar dari tempurung dan terus melompat ke dalam lubang najis. Disangkanya lubang kejernihan namun tetap kembali ke lubang najis lamanya.Dalam kenyataan akbarnya yang dipetik daripada Berita Hairan pada muka surat 8 ruangan nasional, 28 Mei 09, boneka tersebut mengatakan BN boleh mendedahkan kelemahan PAS semenjak pemerintahan 18 tahun yang lalu adalah landasan yang terbaik bagi BN.
Nampaknya kita ada seorang lagi kaki kempen yang akan meranapkan BN dalam politik Malaysia amnya. Khasnya di Kelantan. Sebelum ini boneka Ezam Mohd Nor yang berkempen untuk BN menjadi punca segala-galanya ketewasan BN di empat pilihanraya kecil seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kali ini mungkin BN akan berkubur di Manek Urai selepas kehadiran Boneka anak jati Kelantan ini yang bersekongkol dengan BN dalam usaha menjatuhkan PAS.
Dalam kenyataan akhbar itu juga, boneka UMNO ini juga mengatakan PAS gagal membawa perubahan serta memajukan ekonomi dan sebaliknya berselindung disebalik UMNO. Tidakkah terfikir wahai boneka UMNO, perubahan yang PAS lakukan jelas membuktikan PAS dapat melaksanakan banyak projek untuk rakyat serta membangunkan manusia dengan unsur-unsur kerohanian. PAS Kelantan juga dapat mengurangkan defisit hutang kerajaan BN yang terdahulu. Adakah boneka ini tidak tahu kenyataan yang sebenar?
Kenapa mengatakan PAS berselindung disebalik BN? Sedangkan BN rakyat sudah tidak mempercayai ini kan nak berselindung disebalik BN. Contoh mudah, kalau sudah tahu penakut kenapa diajak untuk bergaduh. Nak bergaduh kena ada ramai bukannya hanya 6 orang. Siapa yang berlindung disebalik siapa? 39 ADUN PAS dan termasuk keADILan mahu lawan 6 orang BN? Sepatutnya BN yang berselindung dan kalau tidak, sudah lama BN tidak wujud di Kelantan jika PAS sapu bersih 45 DUN dalam Kelantan.
Katanya boneka itu lagi, banyak perkara yang boleh dipersoalkan sepanjang PAS menjadi kerajaan antaranya dari segi ekonomi, peluang pekerjaan dan hasil negeri diperoleh daripada kerajaan negeri dan tidak nampak perubahan. Sebenarnya boneka ini sudah buta dengan apa yang kerajaan PAS lakukan sebelum ini. Kita tanya boneka, apakah ekonomi yang dia mahukan? Kenapa kerajaan pusat tidak mahu membantu kerajaan negeri untuk memajukan Kelantan sebaliknya meanaktirikan Kelantan. Jambatan Sultan Yahya masih lagi tergantung pembinaanya. Kalau projek sahaja besar tapi tergendala ini bukanlah yang boleh dibanggakan. Samalah contoh, kalau sudah buang air besar tapi tidak basuh samalah seperti projek terbengkalai tadi. Skim Ar-Rahn merupakan sistem ekonomi Islam. Adakah boneka tersebut mahukan satu sistem kapitalis atau sekular?
Berkata lagi boneka itu, pilihanraya itu perlu bersih daripada serangan peribadi pihak lawan dan PAS perlu jawab semua isu yang dibangkitkan. Kita tanya lagi boneka UMNO itu, sebelum ini adakah PAS tidak menjawab isu UMNO? Kadang-kadang isu yang dibawa UMNO ini adalah sudah ‘expired’ dan tidak laku. Oleh itu lebih baik PAS berdiam sahaja. Kenapa berdiam? Sebab isi yang dimainkan adalah isu berulang-ulang? Kenapa berulang kerana UMNO tiada isu. Itulah jawapan yang paling tepat.
Lagi kata boneka UMNO tersebut, PAS hanya menumpang populariti Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kita tanya boneka itu lagi. Sekarang ini siapa yang mahu populariti, Ibrahim Ali atau UMNO? Nampaknya Ibrahim Ali sudah mendapat populariti kerana menjadi jaguh Kelantan dalam mencabar PAS. Kenapa Ibrahim Ali yang dikatakan mencari populariti? Sebab 6 ADUN BN yang lain tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut sebaliknya boneka itu yang berlebih-lebihan. Agaknya boneka itu mahu menjadi Perdana Menteri ketujuh kot. Mahu mencari populariti. Apakah slogannya selepas ini? 1 Kelantan? Yang itu kita tunggu bila boneka jadi PM.
Lagi kata-kata jahil dari orang UMNO Kelantan kali ini datang daripada Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang mengatakan PAS kelantan menggunakan masjid untuk berkempen DUN Manek Urai. Katanya, pendekatan kerajaan negeri menggunakan khutbah jumaat untuk berkempen dan ini boleh menggugat perpaduan rakyat. Kata-kata itu dipetik dari akhbar Sinar Harian, 1 Jun 09 di muka K2 Edisi Kelantan.
Kenapa hari ini baru dia mahu cakap pasal perpaduan? Selama ini mereka buat tidak tahu sahaja. Mereka menimbulkan perkara ini kerana bimbang bahawa BN tidak dapat menawan Kelantan di DUN Manek Urai. Jadi banyak perkara-perkara yang berulang dilakukan BN kerana mereka sudah ketandusan isu.
Kata si mamat ni lagi, PAS agak bimbang kerusi DUN Manek Urai ini akan berpindah tangan kepada BN sehingga sanggup menggunakan masjid untuk berkempen. Apa yang berlaku kemungkinan mamat ini tidak faham apa itu khutbah dengan kempen. Bila khatib membaca khutbah menyebut pasal Manek Urai teus dikatanya kempen. Kemungkinan khatib hanya menyebut Manek Urai dalam khutbahnya dan tidak sentuh pasal politik. Agaknya orang UMNO sudah fobia dengan perkataan Manek Urai sehinggakan mengatakan berkhutbah untuk berkempen.
Dicadangkan lagi selepas ini jangan sesekali menyebut perkataan Manek Urai kerana ia merupakan isu sensitif bagi UMNO. Katanya lagi, masjid dijadikan tempat perpaduan dan bukannya sebagai wadah untuk penyebaran maklumat yang salah dan menanam kebencian dikalangan rakyat. Kita tanya mamat ini lagi sekali, betulkah PAS memecah belahkan perpaduan? Setahu rakyat, UMNO lah punca pepecahan perpaduan di negara 1 Malaysia ini. Kita tanya mamat itu lagi, sudah berapa kali PAS menyebarkan maklumat yang salah? Setahu rakyat, BN lah yang menyebarkan maklumat yang salah kepada rakyat dengan penyebaran berita-berita melalui media elektronik mahu pun akhbar? Kenapa mamat ini tidak jawab pasal yang ini?
Dia kata lagi, jika kerajaan (BN) menggunakan jentera dan infrastruktur yang ada bertujuan untuk menyebarkan maklumat, ia tidak salah. Kita tanya mamamt hingusan ini lagi, adakah BN menggunakn kemudahan yang betul? Kenapa media dikawal oleh mereka? Adakah itu betul? Papan tanda digunakan semata-mata untuk berkempen. Undi BN. Pendidikan anak-anak terjamin? Betul ke terjamin?
Mamat itu berkata lagi pasal khutbah jumaat, dia mendesak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan membuat kajian terhadap teks khutbah jumaat. Kita tanya lagi, kenapa dia tidak menegur pemimpin UMNO dan kenapa negeri di bawah BN dikunci serta dihalang untuk menyampaikan kuliah agama? Tadi kata memecahkan perpaduan tetapi di negeri lain apa kata rakyat tentang melarang menyampaikan khutbah? Orang UMNO berfikiran singkat dan seperti cacing yang kebingungan.
MARI KITA SAMA-SAMA MENGHANGATKAN KEMPEN JOM SERTAI PAS YANG DIRASMIKAN OLEH PRESIDEN PAS PADA 27 DISEMBER 2008, UNTUK SEBARANG MAKLUMAT BOLEH HUBUNGI SEKETARIAT JASIN DI EMAIL dppkjasin@yahoo.com. SILA KLIK GAMBAR UNTUK DOWNLOAD BORANG KEAHLIAN AHLI
Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor adalah lambang pemimpin gerakan Islam dan ketua parti politik Islam yang bijak mengatur langkah dan memanfaatkan senario sekeliling SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH BELIAU !. Al-Fatihah
JAHANAM ISRAEL !!!!
DPPKJASIN
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JASIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS LINK, ARTIKEL DAN APA JUA BAHAN YANG BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM. SEGALA YANG DIPAPARKAN ADALAH MENJADI TEGURAN DAN RENUNGAN BERSAMA DALAM MENUJU KEARAH HIDUP SEORANG MUSLIM YANG MUKMIN
TRAGEDI KAMPUNG BEREMBANG..Selepas tragedi keruntuhan Masjid Bujal di Terengganu, Kali ini penduduk Kampung Berembang menjadi mangsa kerakusan dibawah kerajaan yang dikatakan "ADIL DAN SAKSAMA" dalam membela rakyat, terbukti bahawa Kaum Melayu akhirnya merempat ditempat sendiri !!Klik pada gambar melihat situasi yang berlaku pada rakan kita di Kampung Berembang...
1427 Hakcipta Tak Terpelihara Di Kendalikan Oleh Lajnah ICT Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin (DPPKJASIN)
Sekiranya anda ingin menyumbang artikel, berkongsi maklumat, cadangan atau teguran sila hantarkan ke alamat dibawah.
E-mel : dppkjasin@yahoo.com