"TINDAKAN zalim rejim Zionis yang berani membunuh sukarelawan dari seluruh dunia baru-baru ini ada hubungkaitnya dengan World Cup. Umat Islam pasti beramai-ramai terpaku di dalam kaca TV dan melupakan pembunuhan zalim tersebut. Lebih dahsyat lagi, rejim Najib juga sebelum ini cuba tumpang sekaki membuat duit sempena World Cup dengan berkempen membenarkan judi World Cup sebelum ditempelak oleh Pakatan. Artikel mengkaji 2 kejadian besar yang berlaku melibatkan Zionis sikit hari ini:
1. IRAN
1. IRAN
Kenyataan tentera Iran bahawa pasukan tentera Iran sedia mengiringi mana-mana kapal yang ingin membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza bagaikan satu ludah kepada pemimpin negara Islam yang kebanyakannya bacul.
Tindakan ini pasti meretakkan lagi hubungan Iran dengan negara barat. Negara 'Islam' seperti Malaysia pula setakat berani mengutuk dari jauh. Hamas yang diundi oleh rakyat Palestin pun ditolak mentah-mentah oleh UMNO yang selama ini hanya mengiktiraf Fatah dan APCO.
2. Rejim UMNO dan bantuan APCO.
Dikala akhbar pro-UMNO membawa berita memburukkan negara jiran seperti Singapura, UMNO telah menggadai Batu Putih dan lain-lain kawasan kepada Singapura dalam win-win situation.
Hubungan erat Singapura dengan Israel khususnya dalam ketenteraan dipandang sebelah mata oleh UMNO. Mungkinkah rejim Zionis telahpun berjaya mempengaruhi dasar luat malaysia berikutan penglibatan APCO, sebuah syarikat Zionis?
Sidang Media Lesen Judi Sukan Batal, Najib Bersandiwara KUALA LUMPUR 11 Jun - Kerajaan Umno-Barisan Nasional sememangnya tidak mempunyai keazaman politik dan hanya bermain bermain sandiwara berhubung lesen judi sukan oleh Kementerian Kewangan kepada Ascort Sports Sdn Bhd.
Pengerusi Biro Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty yang dihubungi Suara Keadilan berkata Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Jamil Khir Baharom tidak ada kekuatan walaupun secara keseluruhan rakyat rakyat telah menolaknya.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuma bersandiwara kerana tekanan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan yang lebih kuat sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab pula tidak ada keberanian untuk menegur Perdana Menteri apabila tunduk dengan tekanan pihak tertentu.
"Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sebelum ini turut menegur supaya kerajaan Umno-BN mendengar suara rakyat tapi nampaknya seperti tidak diendahkan," ujar Manuty.
Katanya lagi, pemimpin Umno-BN hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat implikasi buruk yang bakal dihadapi masyarakat dengan gejala sosial tersebut.
"Tidak keterlaluan kalau dikatakan pemimpin Umno-BN sememangnya sinonim dengan aktiviti judi dan pertaruhan. Najib tidak konsisten dengan kenyataannya untuk mengkaji semula kelulusan lesen judi sukan.
Pagi tadi, sidang media yang sepatutnya diadakan oleh menteri yang bertanggungjawab berhubung pemberian lesen judi sukan telah dibatalkan pada saat-saat akhir.
Menurut sumber, pembatalan itu adalah atas arahan Perdana Menteri.
Kira-kira 40 orang petugas media yang menunggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam hampa selepas diberitahu sidang media itu dibatalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan