Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 30 Jun 2012

ADUN UMNO CUBA MAIN WAYANG ?

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12. Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" -- yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

 Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam. "Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam yang sebenar. Ia akan menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan (di antara orang Islam dan bukan Islam)," katanya. Walaupun demikian, Ayub maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan. 'Sokong Umno kalau ikhlas' Justeru katanya, perkara terpenting sekarang, Johor perlu memulakan langkah memahamkan golongan bukan Islam akan pelaksanaan hudud - satu perkara yang selama ini didakwa gagal dilaksanakan PAS.

 Kefahaman yang betul, katanya, adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW. "Kalau tidak masakan di zaman pemerintahan Nabi ia diterima semua (kaum dan agama)," katanya. Menurut Ayub lagi, cadangan itu pernah dibangkitkan pada sidang DUN pada Disember tahun lalu namun ia tidak dilaporkan mana-mana akhbar. Justeru, beliau mencabar PAS menyokong cadangan hukum hudud walaupun ia datang dari Umno jika mereka benar-benar ikhlas mahu memartabatkan Islam "Apabila Umno sebut tentang hudud, PAS kena sokong jugalah," katanya. Negeri Kelantan meluluskan pelaksanaannya hukum hudud di bawah Kanun Jenayah Syariah II (1993) pada tahun 1993. Namun pelaksanaannya tidak menjadi kenyataan apabila melibatkan pertikaian berhubung isu-isu perlembagaan.

Haram Buat PRU Masa Musim Haji - Murshid

Multaqa Asatizah dan Du’at (Murshid), kumpulan pendakwah dan asatizah, mengambil ketetapan bahawa adalah haram jika kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada musim haji. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, sekretariat sekumpulan 20 pendakwah berkata, jika PRU13 diadakan pada musim haji, ia merupakan satu pengkhianatan kepada amanah dan sistem pemilihan. "Kami juga bersepakat bahawa pilihan raya dan proses pengundian tidak boleh atau haram dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar negara. "Sekiranya pilihan raya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan satu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini kerana proses pengundi adalah satu proses kesajsian," kata kenyataan itu. Sekretariat itu membuat pendirian ini ketika spekulasi bahawa PRU13 akan dipanggil pada musim haji menjadi kontroversi. 

 Dua minggu lalu, Pas membuat kenyataan ia khuatir kemungkinan PRU13 akan diadakan pada musim haji. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Umno mendakwa Pas membuat tuduhan tidak berasas. Sehubungan itu, Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menetapkan tarikh PRU13 lebih awal dan mengelakkan ia diadakan ketika musim haji. Pada 22 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN tidak terikat kepada desakan mana-mana parti politik atau pemimpin termasuk pembangkang untuk menetapkan tarikh pilihan raya. 

 Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata mengadakan pilihan raya semasa musim haji juga bukan sesuatu yang baru kerana sejarah menunjukkan ia pernah dilakukan sebelum ini tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya. Kenyataan itu juga berkata, pihaknya telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihan raya sewaktu musim haji. Katanya, proses pengundian adalah ibarat satu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah. "Maka, sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah memastikan semaksimum mungkin penyertaan rakyat dalam pilihan raya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanah air. 

 "Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu dijamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai," katanya lagi. Kenyataan itu menambah, dalil-dalil menunjukkan, apabila rakyat berada dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian. Justeru tambah kenyataan itu, dalam konteks pilihan raya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai saksi sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. "Justeru, sekiranya pihak berkuasa memutuskan pilihan raya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

 "Jika seorang saksi tidak dibenarkan untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya diharamkan juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara," jelas kenyataan itu. Justeru menurut kenyataan itu, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian sama ada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihan raya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun Sehubungan itu kenyataan Murshid berkata, pihak berkuasa perlu teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. "Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini," katanya.

Hairie: ‘Saya pilih Pas kerana perjuangan sandarkan al-Quran, Sunnah’

Perjuangan Pas yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah adalah faktor utama yang mendorong hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman, 41, mengambil keputusan untuk menyertai parti itu. Walaupun mengakui tindakan yang diambil itu berisiko dengan kemungkinan berhadapan ketandusan tawaran berlakon pada masa akan datang, Hairie redha dan menganggap keputusan itu tepat.

 “Apabila saya memilih untuk bersama Pas, ramai rakan artis bertanya kenapa saya mengambil keputusan ini kerana mereka menganggap saya tidak akan mendapat tawaran berlakon lagi. “Mereka tanya apa yang saya mahu buat selepas ini. Saya beritahu mereka saya akan keluar berceramah dan saya yakin rezeki ALLAH ada di mana-mana. 

Saya percaya dan yakin dengan perjuangan berlandaskan Islam adalah benar," katanya yang mengakui keputusan tersebut bukan atas paksaan mana-mana pihak. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Tahlil dan Munajat di Dataran Dahlia, Taman Dahlia di sini, malam tadi. Hadir sama, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. Pada program berkenaan Hairie turut menyerahkan borang keahliannya kepada Nik Aziz sambil diperhatikan kira-kira 5,000 pengunjung yang hadir sekali. Hairie yang sudah bergiat dalam dunia lakonan lebih 20 tahun berkata, penyertaannya dalam Pas bukan bermaksud dia sudah tidak lagi menerima tawaran berlakon seperti dahulu, malah akuinya, dia kini lebih popular. 

 “Ada yang dakwa saya sudah jadi pelakon suam-suam kuku, sebab itu saya pilih Pas. Namun, saya begitu terharu dengan kehadiran ramai orang pada malam ini. Saya rasa jadi 'lebih artis' berbanding sebelum ini,” katanya. Hairie berkata, jadual hariannya kini juga padat sejak minggu lalu bagi memenuhi undangan bersama Pas di merata-rata tempat. 

 “Kali pertama bertemu Tok Guru, beliau bertanya sebab apa saya mahu masuk Pas. Saya jawab saya ingin berubah. Saya pilih Pas, tiada niat apa-apa. “Saya hanyalah penyokong kepada perjuangan yang berlandaskan Islam dan bukan bersifat perkauman atau bangsa," katanya.~Sinar

Khamis, 28 Jun 2012

Basyar Keluar Arahan Bunuh Rakyat

Ini adalah di antara bukti bahawa pembunuhan dan penyembelihan yang berlaku di Syria adalah angkara rejim Basyar. Gambar ini adalah merupakan salinan surat perintah daripada Basyar kepada ketua tentera pasukan/ Briged ke empat tentera rejim Syria supaya melaksanakan hukuman bunuh kepada para tahanan di bandar Hama. Hal ini adalah kerana, tahanan-tahanan rakyat awam semakin meningkat dan ia dianggap hanya menjadi beban kepada rejim Basyar. Semoga dunia Islam semakin celik dan segera membuka mata terhadap kejahatan yang telah dilakukan oleh rejim Basyar dan sekutunya ini.


Keganasan Syria : Turki Tingkatkan Kawalan

Menurut laporan, Turki telah mempertingkatkan bilangan trak dan kenderaan tenteranya di sempadan Turki-Syria hari ini. Hal ini menunjukkan, situasi tegang sedang berlaku di antara Ankara dan juga Dimasyq ekoran Syria menjatuhkan sebuah pesawat udara Turki beberapa hari yang lalu. Bilangan kereta kebal dan beberapa trak tentera di sempadan Turki-Syria semakin bertambah selepas Erdogan memberi amaran keras dan berjanji akan menuntut bela di atas kematian tentera udaranya itu. Menurut sebahagian pemerhati politik, ia juga adalah sebahagian strategi Turki sebagai protes di atas kezaliman yang dilakukan oleh rejim Basyar ke atas rakyat Syria.


Tok Guru Ziarah Leftanan Adnan Di Hotel








Media Iran Bohong Lagi

Beberapa hari selepas kemenangan Dr Morsy sebagai Presiden Mesir, media-media Iran memainkan isu berkenaan hubungan di antara Iran-Mesir. Media-media Iran juga melaporkan bahawa kononnya Dr Morsy ketika diwawancara oleh Agensi Berita Iran beberapa hari sebelum keputusan rasmi diumumkan, bahawa Dr Morsy akan mengukuhkan hubungan Mesir-Iran. 

 Walau bagaimanapun, jurucakap media bagi kempen Dr. Morsy, Farid As-Sayyid menafikan ucapan yang disandarkan kepada Dr Morsy tersebut. Bahkan beliau menafikan bahawa Dr Morsy pernah diwawancara oleh mana-mana agensi berita daripada negara Iran. Menurut beliau, kita masih percaya dan yakin tidak semudah itu Dr Morsy akan menjalinkan hubungan dengan Iran setelah pendirian beliau terhadap Iran yang terang-terangan menyokong rejim Basyar. Kita masih berpegang dengan kenyataan beliau (Dr Morsy) sebelum ini iaitu : "Saya selama-lamanya tidak akan bertemu dengan wakil kedutaan Iran kecuali setelah Iran mengubah pendirian terhadap rakyat Syria dan kami bersama perjuangan rakyat Syria. Media Iran menipu lagi?

Latihan Ketenteraan Di Bumi Syam ?

Sumber El-Arabiya melaporkan bahawa negara China, Rusia, Iran dan Syria akan mengadakan latihan ketenteraan secara bersama di bumi Syria dalam masa terdekat. Latihan tersebut akan melibatkan kesemua senjata-senjata berat termasuk pelancar roket, meriam jarak jauh, kereta kebal, jet-jet tempur dan lain-lain. Suatu latihan ketenteraan terbesar dalam sejarah bila mana lebih 90 ribu tentera akan terlibat, lebih 1000 buah kereta kebal dan jet-jet tempur akan turut serta digunakan dalam latihan ini. Kesemua negara tersebut sebenarnya sudah lama memusuhi kaum muslimin. Maka tidak hairan apabila ulama ada meramalkan bahawa akan berlaku peperangan besar/armagadon akhir zaman tidak lama nanti. 


 Ia akan menyaksikan umat Islam akan dipimpin oleh seorang pemimpin yang akan berperang menghadapi kesemua negara-negara musyrikin/mulhidin tersebut. Syeikh Muhammad 'Arifi pernah menyebut di dalam khutbahnya bahawa kota Dimasyq di akhir zaman adalah pusat dan kota pertahanan utama bagi umat Islam. Di sanalah pejuang-pejuang Islam akan berkumpul, meninggalkan keluarga dan harta benda semata-mata mahu meninggikan agama Allah S.W.T. Di sana jugalah pusat kekuatan tentera muslimin ketika hebatnya peperangan yang akan berlaku ketika itu. Sabda Rasullullah S.A.W : "Kota pertahanan umat Islam pada hari 'malhamah' ( peperangan yang besar) di akhir zaman nanti ialah di suatu kota yang berhampiran dengan sebuah bandar di suatu lembah yang subur dengan pelbagai tanaman yang dipanggil Dimasyq. Dan ia adalah sebaik-baik kota di negeri Syam ketika itu.."- Al-hadith Apakah motif disebalik latihan ini? Apakah ia sekadar suatu kebetulan atau sebaliknya~FB Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria 

KERAJAAN BN MELAKA ROMPAK AIR RAKYAT



Surat Penyamun Negeri Melaka Maju

Caj Bayaran Air Mentah Yang Tidak Masuk Akal Oleh Kerajaan BN


Rabu, 27 Jun 2012

Menanti natijah Tahrir Square di Dataran Merdeka


Pengesahan secara rasmi Dr Mohamed Morsi, 61, sebagai presiden baru Mesir beberapa hari lepas disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan laungan Allahuakbar oleh umat Islam bukan saja 26 jaziah Mesir tetapi di seluruh dunia. Mereka yang berjiwa Islam akan emosi dengan kemenangan itu. 

 Pengumuman itu yang hakikatnya kemenangan Ikhwan Muslim dianggap sebagai satu kejayaan besar umat di seluruh dunia yang mencintai tertegaknya hukum Allah dan syariah Muhammad di atas muka bumi ini. Ini kerana Ihwan Muslim dianggap sebagai siasah politik Islam yang bukan saja diterima pakai di Mesir tetapi di seluruh dunia. Jauh dari itu diharap perubahan atau kejayaan Islam di Mesir akan menjadi penyuntik semangat gerakan Islam di tempat lain termasuk Malaysia juga. Apa lagi di Nusantara ini, Malaysia dan Indonesia, semangat jihad Ikhwan Muslimim sudah lama terhimbau ke mari, dibawa oleh pemuka-pemuka Islam Melayu yang menuntut di Timur Tengah tahun-tahun 30-an hingga 50-an. 


Keberanian orang Melayu melawan kolonialisme sedikit sebanyak dipandu oleh semangat Ikhwan Muslimim. Justeru kemenangan di Mesir itu juga dirai atau dirasakan kemenangan bersama harakah Islamiyah di Malaysia terutamanya mereka yang intim dan akrab dengan Ikhwan Muslimim. Dari sisi lain kemenangan Ikhwan Muslimim dan pemilihan Dr Mohamed Morsi itu menjadi ubat kedukaan dan kekecewaan umat Islam di sebelah sini yang masih belum menggenggam kemenangan sebenar? Umno walaupun ianya ditonggaki Melayu namun kerana perjuangannya tidak berasaskan kepada Quran dan Hadith secara holistik, tepatnya sekular, sekular maknanya jahiliah, tidak dianggap sebagai gerakan dan siasah Islam. Walaupun ada cendekiawan dan ulamak cuba mempertahankan Umno sebagai perjuangan Islam dan UBN kerajaan Islam namun penemuan dan bukti-bukti kemungkaran, rasuah, penyelewengan, politik fitnah dan sebagainya yang dipraktik oleh UBN menafikan Malaysia sebagai sebuah kerajaan Islam. 

 Sejajar itu maka harapan yang membunga akan berlaku perubahan di Malaysia sudah berputih dengan kejayaan induk mereka itu. Timbul harapan tinggi menggunung di dalam dada para mujahidin di sini yang gerakan Islam di Malaysia terutamanya badan siasah seperti PAS, NGO seperti Abim, Jim, dan lain-lain mengimpikan kemenangan itu dan ia akan juga akan tergapai. Teori domino akan berlaku, yang dimulakan di Mesir itu. Atau kejayaan muqadimmahnya lebih awal dari itu ia bermula di Tunisia apabila diktator Zainal Abidin Ali dijatuhkan, ia merebak ke Mesir menumbangkan Hosni Mubarak kemudian ke Libya meranapkan kerajaan 'kuffar' moden Muammar Ghadafi. Kejayaan awal Ikhwan Muslimim ialah apabila berjaya menumbangkan Hosni Mubarak menerusi tunjuk perasaan besar-besar selama 18 hari di Tahrir Square. Kejatuhan Hosni memberi signifikan besar kerana Ikhwan Muslimim itu sendiri ditubuhkan di Mesir, 1928 M. 

Himpunan di Tahrir Square itulah terilhamnya Bersih 3 di Kuala Lumpur? Ia menggerakkan semangat anak-anak muda untuk berhimpun dan membuat penentangan secara agresif dan terbuka. Pemerhati dan pemimpin politik kita juga percaya penyakit di Mesir itu akan berlaku di sini. Bukan saja pemimpin pembangkang melaungkan serunai itu semerdunya, tetapi pemimpin UImno juga naik menggeletar menyaksikan ledakan himpunan itu. Apa tidaknya Perdana Menteri Najib Razak sendiri bermimpi ada darah merah di Dataran Merdeka bakal menyumbatkan hidungnya lantas itu tunjuk perasaan yang dijanjikan secara aman, duduk dan bantah dilarang keras. 

 Kejayaan calon Ikhwan Muslimim dipilih sebagai Presiden Mesir itu menyemarakkan lagi semangat umat Islam dan Islam di Malaysia untuk menumbangkan kerajaan UBN yang dilihat tidak Islamik. Ini menyebabkan orang-orang di sini merasakan semangat Medan Tahrir dan aura perjuangan Ikhwan Muslimim itu sedang mara ke Malaysia. Gema perjuangan menuntut hak dan keadilan di Kaherah sedang terbang ke Kuala Lumpur. Semua pihak peka dan bangkit melambai kedatanagnnya. Persoalan kini apakah keadaan di Mesir itu akan berlaku di sini? Jika dilihat secara fizikal dan geografi politik memang ada kemungkinan itu. 

Secara alaminya sesuatu kebangkitan itu akan berjangkit ke sebuah negara ke sebuah negara lain. Negara lain dijadikan cermin oleh rakyat negara lain untuk ditiru segala-galakannya baik politik, budaya, fesyen dan sosial. Kebangkitan rakyat, kesedaran rakyat persis penyakit atau wabak yang cepat menular, seperti Aids, ataupun wabak selesema burung atau H1N1 dan sebagai. Kelupaan atau kegagalan menyangkal menyebabkan penyakit akan mudah berjangkit dan akan berlaku kematian. Justeru mereka atau individu kurang daya tahan, kurang antibodi akan cepat disinggahi penyakit. Soalnya apakah kita rakyat Malaysia mengalami kekurangan daya tahan dan mengalami sindrom untuk sedia menerima; kemarahan dan kemaraan rakyat seperti di Medan Tahrir? 

 Saya ada pandangan dan simpulan-simpulan sendiri di dalam soal ini. Secara adilnya saya bersetuju kalau berlaku kebangkitan yang kemudian merubah dan menggantikan apa yang ada. Lagipun sudah lebih setengah abad kerajaan yang bertakhta hari ini bermain dengan kuasa kotornya. Dalam kata lain kalau kerajaan ini adalah sultan atau raja ia sudah zalim yang tidak lagi wajar disembah tetapi patut disanggah. Kita tengok apa yang berlaku di Mesir dahulu kemudian kita bandingkan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjolor mari. Hanya persamaan suasana, persamaan keadaan, persamaan perasaan, persamaan tuntutan, persamaan kerjasama, persamaan keyakinan (tauhid) saja yang boleh memungkinkan itu. Tanpa persamaan-persamaan atau ruang-ruang itu ia tidak akan mudah terjadi, atau pun kalau ia marak, kemarakannya mudah ditangani. Perkara pokok yang wajar direnungi apakah tapak perjuangan bangsa atau rakyat negara ini sama dengan tapak perjuangan Ikhwan Muslimim di Mesir itu. Apakah kebenaran ada dalam perjuangan rakyat negara ini sama dengan kebenaran dalam badang perjuangan Ikhwan Muslimim? Kita perhatikan ini secara ringkas pada perkara-perkara pokok. Perjuangan di Mesir ialah menuntut agar syariat Islam dilaksanakan di atas muka bumi ini. Intipati perjuangan itu diterima oleh umum. Lantas itu Ikhwan Muslimim diwujudkan untuk menyediakan tentera atau pejuang-pejuang, para mujahid yang berani menuntut hak dan kewajiban itu. Dalam erti kata lain Mesir sudah ditabur dengan pejuang menegakkan Islam sejak lebih 80 tahun.

 Gerakan Ikhwan Muslimim yang diasaskan oleh Hassan Al Bana lah bertanggung jawab menyemaikan benih ini. Apakah keadaan sama wujud di negara kita? Kalau pun ada benih-benih yang menyamai di Mesir itu ianya dilakukan oleh Parti Islam Se Malaysia (PAS). Dalam masa sama pula PAS menghadapi tentangan hebat dari Umno untuk membangkutkan benih yang PAS selam dalam baja itu selama ini. Usia benih yang disemai PAS baru berusia 60 tahun. Mungkin ia sudah pramatang tetapi PAS atau benih Islam menghadapi beberapa hambatan-hambatan lain yang tidak dialami oleh Ikhwan Muslimim. Dari kira-kira 27 juta rakyat negara ini tidak sampai 5 juta yang tersemai dengan benih Islam itu. Ia berbeza dengan di Mesir dari 74 juta penduduknya 90% adalah beragama Islam dalam erti kata lain mempunyai agenda dan kepercayaan yang sama. Ertinya dari jumlah kualiti dan kuantiti benih Islam di Mesir yang ditanam Ikhwan Muslimim jauh lebih besar dari apa yang wujud di Malaysia. Selain itu juga konsep, semangat dan roh Ikhwan Muslimim itu terhimbau dan dikenali di seluruh dunia, sebaliknya PAS masih bergelewatan di bumi sendiri. Perkara lain yang perlu difikirkan ialah mengenai keadaan sosial, jenis-jenis (kaum) rakyat negara kita dengan Mesir. 

Di Mesir negera itu tidak ada masalah kerana majoritinya bangsa Arab beragama Islam yang mempunyai akidah dan mazhab yang sama. Jadi kedudukan ini mudah untuk diuruskan kerana ia tidak ada pertikaian kepentingan dan konflik sesama sendiri. Di Malaysia umat Islam hanya 15 atau 17 juta sahaja. Itu pun ia terbahagi kepada dua bahagian besar yang dipisahkan oleh fahaman dan mazhab politik PAS dan Umno. Walaupun kedua-duanya Islam tetapi mereka diasingkan atau terasing dengan ideologi politik di mana ideologi politik dilihat berada di atas dari kepercayaan agama. Ini tidak termasuk lagi perpecahan-perpecahan kecil yang membentuk dari sukuan fahaman Islam yang tidak sekata dengan kedua kelompok besar itu, Umno dan PAS. Suasana atau perbezaan yang tidak seharus berlaku ini menjadi masalah dan sekaligus menjadi penghalang. Realiti ini boleh dilihat bila mana PAS ingin melaksanakan Islam syumul, Umno hanya menerima Islam sebahagian saja atau dari aspek atau juzuk-juzuk yang meyelesakan kehidupan atau menggemukkan amarah mereka. Dalam soal menamakan Islam pun wujud perbezaan di antara PAS dengan Umno. 

Umno kata Islam Hadhari (kini tukar kepada Islam Wasatiyah) Pas kata Hadarah Islamiyah. Dari sudut bahasa dan istilah pun masih belum berlaga. Perbezaan dan ketidaksekata inilah yang menjadi penghalang dan dosa-dosa terhijab yang menyulitkan kepada pembentukan Islam syumul di Malaysia. Hanya berdasarkan kepada dua faktor ini saja meletakkan sukar untuk Malaysia mewujudkan Tahrir Squarenya sendiri. Selain itu sedar atau tidak, bahawa mereka tidak beragama Islam terus berjuang menghalang tertegaknya Islam di negara ini. Golongan ini menyelit menjadi kawan baik dengan Islam menerusi parti-parti politik atau persepakatan politik yang tidak memberi untung dari konteks agama. Selain dari perbezaan itu masih ada perbezaan lain yang tidak mudah untuk berlakunya kebangkitan seperti di Medan Tahrir itu. Seperti diketahui sistem ekonomi dan politik di Mesir sudah lama menekan rakyat bawahan. Penekanan itu sudah sampai peringkat zalim yang perlu diperangi hatta sampai nyawa tergadai. Kadar kemiskinan dan kemeranaan hidup rakyat begitu teruk sekali. Manifestasi kezaliman Firaun yang memerintah Mesir kuno telah terbawa ke zaman Mesir moden. 

 Kerajaan moden Mesir tidak ada program untuk memajukan rakyat seperti mana berlaku di Malaysia. Pembangunan tanah, DEB, pendidikan dan sebagainya tidak diwujudkan di Mesir. Berlainan di Malaysia, kerajaan melakukan apa saja terfikir untuk memajukan rakyat. Dalam kata lain kepedulian kepada rakyat dan nasib rakyat ada di sini tetapi tidak di Mesir. Justeru tahap kemarahan rakyat negara ini kepada kerajaan kerana kemeranaan dan kemelaratan hidup tidak sampai seperti di Mesir. Rakyat di Malaysia masih boleh berbangga bahkan pencapaian kemajuan infrastruktur dan sistem pentabdiran jauh lebih baik dari Mesir. Realiti ini sekali lagi akan tidak menjadi faktor penyebab untuk rakyat bangkit seperti di Medan Tahrir itu atas asas-asas dan faktor yang berlaku di Mesir. 

Tegasnya berdasarkan kenyataan dan suasana itulah maka saya berpandangan pembangkitan seperti di Medan Tahrir itu tidak mungkin akan berlaku di Malaysia ini. Kita hanya boleh mengangan-angankan tetapi tidak boleh mengharap ia akan berlaku. Kalau pejuang Islam termasuk PAS di Malaysia menunggu akan berlakunya kebangkitan seperti di Medan Tahrir itu, ia satu penungguan yang sia-sia sahaja persis mengharapkan air dari fotomargana. Melainkan sudah ada penyatuan zahir dan batin dari kalangan umat Melayu dan Islam dari semua cabang ideologi politik, dari semua aliran dan mazhab barulah kita akan menerima natijah seperti dari gelora di Medan Tahrir itu. -

Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan Sertai PAS

PAS Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Ahmad Kambar (baju hijau) menyertai parti itu. Sebagai simbolik, beliau menerima bendera PAS sebagai simbolik panji-panji bagi membebaskan negeri ini daripada cengkaman Umno Barisan Nasional. Beliau menerima bendera berkenaan daripada Ketua Pemuda PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Beaufort, Lahirul Latigu di kediamannya, dekat Lumadan, di sini sambil disaksikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Azlan dan ahli jawatankuasanya. 


 Ahmad berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik semata malah bertindak sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang memberi penekanan berdasarkan agama Allah. "Kehidupan kita ini merupakan kehidupan yang bermakna dan kita perlu membawa ummah ini kearah Islam. "Kita juga perlu untuk menjaga nasib rakyat dan mendidik rakyat untuk takut kepada Allah semata-mata,” kata beliau ketika ditemui selepas itu. Beliau yang juga pernah menjawat Pengarah Dakwah Bersepadu Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara serta berperanan penting dalam Jawatankuasa PsyWar semasa usaha Kerajaan Persekutuan menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90an. “Saya melihat banyak kelompongan dalam Umno dan BN. 

Mereka bercakap soal pembangunan tetapi apa yang berlaku di Sabah jauh dari apa yang mereka perkatakan. “Masalah asas seperti elektrik, jalanraya pun masih banyak belum selesai seperti di kawasan pedalaman di Parlimen Sipitang ini. Kampung Weston contohnya walaupun mempunyai jumlah pengundi yang besar majoriti muslim tetapi tidak mendapat bekalan air bersih yang sewajarnya. Ini cukup memalukan,” ujarnya dalam nada kecewa. Beliau turut bertekad untuk memastikan PAS lebih dikenali ramai terutama di kawasan sekitar Sipitang dan seluruh Sabah. “Sebab itu saya tekad. Rakyat pun sudah mula membuka mata dan sudah dapat menerima PAS terutamanya di Lumadan, salah satu Dun di bawah Parlimen ini,” jelasnya. Beliau yang juga merupakan bapa saudara kepada Lahirul turut yakin dengan berdasarkan perkembangan terkini akan lebih ramai lagi bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan Sabah yang akan menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Keadilan Rimba?


Credit : Aboo Muaz

Tak Perlu Takut Tinggalkan UMNO - Tamrin Tun Ghafar

Veteran Umno yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar berkata ahli-ahli Umno tidak perlu takut untuk meninggalkan parti itu kerana pimpinan parti itu telah lari dari matlamat asal perjuangan mereka. Berucap di program Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Perlis 22 Jun lalu, beliau berkata Umno ditubuhkan untuk berjuang demi rakyat tetapi selepas lebih 54 tahun Umno dan BN memerintah negara ini, rakyat telah diperkotak-katikkan, ditipu dan diperbodohkan.


 "Ahli Umno tak perlulah takut dan tak berdosapun kalau tinggal Umno tu. Kita jangan fikir dunia saja, akhirat pun kena fikir sama," kata Tamri yang masih menjadi ahli Umno tetapi tidak bersama-sama dengan pimpinan Umno sekarang itu. Sebelum ini, beliau berucap di Himpunan Hijau di Pulau Pinang. "Kalau ada orang Umno dalam majlis ini, fikir baik-baiklah sebab kita berjuang untuk rakyat. Kalau pemimpin kita menipu rakyat adakah kita nak terus sokong? Jawablah esok di padang mahsyar. "Kita ni dah berumur dah, bila-bila masa saja (boleh dipanggil Allah). Bertaubatlah, cukuplah. Tak payahlah kita ni fanatik sangat dalam nak sokong pemimpin, kalau pemimpin betul kita sokong,"katanya. Program Himpunan Hijau tersebut diadakan di Markas PAS Paya dekat sini dan dihadiri lebih 5000 orang.

Mantan Timbalan Pengarah JAKIM Sertai PAS

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengalu-alukan sesiapa sahaja atau di kalangan mereka yang mempunyai peranan untuk menyertai Parti PAS. Katanya, PAS bersikap terbuka dan menerima siapa sahaja bukan hanya di kalangan ahli politik bahkan mereka di kalangan teknokrat. Mengulas fenomena bekas kakitangan kerajaan, artis dan selebriti secara terbuka menyertai PAS pada hari ini, Abdul Hadi berkata, itulah satu kekuatan dan nilai tambah kepada PAS. Beliau berkata demikian selepas menerima penyerahan borang keahlian daripada bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Yusof Hassan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengah hari tadi. 


 Yusof Hassan yang juga bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasal dari Parit Buntar Perak dan berhijrah ke Selangor kira-kira 30 tahun yang lalu. Selepas dua tahun berkhidmat dalam Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Koh Tsu Koon, Yusuf berpindah ke Jakim kerana beliau merasakan tidak serasi dengan Ketua Menteri terbabit yang dilihat terlalu BN. Ekoran itu, beliau hanya bertahan selama dua tahun sahaja dengan kerajaan Pulau Pinang sehingga akhir 2004. "Saya berasal daripada keluarga yang kuat PAS, dan saya sememangnya adalah PAS, di kalangan kawan-kawasan saya dikenali ahli PAS. Cuma pada hari ini adalah secara rasmi saya masuk PAS," katanya. 

 Penyerahan borang keahlian PAS hari ini, Yusof menyifatkan apa yang disyaki oleh rakan-rakan sekerjanya sebelum ini adalah tepat. "Rakan-rakan di dalam Jakim selalu menuduh saya orang PAS apabila mereka meneliti riak-riak dan hujah-hujah saya, cuma mereka tidak ada bukti. Jadi hari inilah buktinya. Tuduhan rakan-rakan saya adalah benar," katanya. Beliau yang baru enam bulan bersara daripada Jakim, mengakui ramai di kalangan rakan-rakan di dalam jabatan itu mahu menyertai PAS cuma masanya belum tiba lagi. Bagaimanapun beliau menafikan penyertaannya dalam PAS hari ini ekoran fenomena ramai individu termasuk artis dan selebriti secara terbuka menyertai parti Islam itu. "Tidak, bukan kerana ramai yang mula menyertai PAS, saya pun masuk PAS. Sebenarnya hasrat itu sudah lama lahir dari lubuk hati saya," katanya. Turut bersama ketika penyerahan borang keahlian itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Sallehen Mukhyi serta beberapa wakil PAS Selangor.

Selasa, 26 Jun 2012

Keganasan Berlaku Semasa Demo Royalti Depan Pejabat SUK



Dr. Muhammad Morsi Lepas Jawatan Dalam Ikhwan dan FJP

Bagi yang masih belum tahu, Dr Muhammad Mursi selepas sahaja diangkat menjadi Presiden yang rasmi, beliau serta merta dilucutkan jawatannya di dalam Parti FJP dan Jemaah Ikhwan Muslimin. Ini adalah janji beliau dan Ikhwan Muslimun sebelum Pilihanraya iaitu menjadi Presiden untuk semua rakyat Mesir dan bukan terhad mengikut arahan Parti FJP atau Jemaah Ikhwan Muslimun. Ini penting bagi membentuk semangat kenegaraan yang tinggi dalam kalangan rakyat Mesir terhadap Presiden. Ini juga merupakan kali pertama dalam sejarah Mesir. Ini juga menjawab tuduhan kelompok Liberal dan sekular yang menuduh Ikhwan Muslimun ingin memonopoli kuasa. 

 Ini juga menjadi jawapan Ikhwan Muslimun kepada mereka. Kerana yang diinginkan bukan kuasa semata-mata, tetapi mereka ingin mengawal revolusi supaya ia kekal bermanfaat terhadap rakyat Mesir dan tidak jatuh kali kedua kepada tangan regim yang lalu. Mereka juga ingin melihat aktiviti dakwah mereka berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, seperti mana di zaman presiden-presiden sebelum ini yang menyaksikan tekanan penangkapan juga penyeksaan terhadap aktivis Ikhwan Muslimun. Lebih-lebih lagi, di kala keadaan negara yang kelang kabut, hanya mereka organisasi yang paling tersusun untuk mengisi kekosongan negara ketika berlakunya revolusi.

PM Malaysia Ada Berani ?

Ahmad Syafiq dan Omar Sulaiman yang meninggalkan Mesir


Surat Khabar Al-Wafd menyebut : Tentang Ahmad Syafiq dan Omar Sulaiman yang meninggalkan Mesir bersama keluarganya dengan menaiki kapal terbang menuju ke UAE. Dikatakan Ahmad Syafiq dan 3 orang anak perempuannya pergi meninggalkan Mesir awal pagi tadi (selasa). Tidak dipastikan sama ada beliau akan menghadiri kes salah guna kuasa yang akan disebut di Mahkamah nanti. Dipastikan bahawa Omar Sulaiman yang merupakan Naib Presiden yang dilantik Mubarak sebelum ini juga berbuat demikian beberapa jam sebelum pengumuman kemenangan Dr Muhammad Mursi sebagai presiden. Di lapangan terbang, rata-rata pekerja melemparkan luahan marah dengan kata-kata : "engkau hancurkan negara ini dan engkau lari begitu sahaja" tanpa dibalas oleh Ahmad Syafiq dan dia hanya berdiam diri.

Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan Presiden.

Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi ketika memasuki Istana Presiden Isnin semalam bagi meninjau keadaan istana yang dikosongkan lebih setahun lalu meminta pihak keselamatan mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya bertujuan tidak mahu mengganggu pergerakan lalulintas rakyat awam. Memetik sumber "Al-Masryl Youm" bahawa sewaktu melawat Istana Ittihadiyah semalam, Mursi meminta pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiringnya. Beliau dipetik berkata, 

"Saya tidak mahu rakyat bencikan saya dengan sebab kenderaan Presiden." Sumber dipetik sebagai berkata, pihak tertinggi pasukan keselamatan juga meminta Mursi dan keluarga beliau berpindah ke Villa As-Salam bersebelahan Istana Itthadiyah akan tetapi Mursi tetap mahu kekal tinggal di kediamannya sebelum ini di Tajammuk Khamis. Sementara itu, Dr. 'Isom 'Iryan, Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam satu temuramah berkata, Dr.Mursi juga akan menyumbangkan gajinya untuk kebajikan rakyat Mesir.

 Ulasan: Kepada mereka yang sempat di zaman Mubarak, bagaimana keadaan jalan raya jika Mubarak hanya akan melalui jalan tersebut?

 1) Dua jam sebelum Mubarak tiba, jalan raya akan ditutup.

 2) Amnu Daulah akan turun berkawal dan mereka akan berada di atas bumbung di tepi jalan bagi memastikan keselamatan Mubarak terjamin.

 3) Polis dan tentera akan berdiri di sepanjang jalan dalam keadaan membelakangi jalan raya, tidak boleh melihat Presiden.

Saya doa jatuhkan pemimpin zalim - Khatib

Bukit Mertajam -Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid ) di sini Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah. Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan. Menurutnya, ia hanya ditujukan kepada pemimpin zalim dan amal rasuah. “Saya tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati? 
 “Saya hanya berdoa, tujukan pada pemimpin yang zalim, yang rasuah supaya dikalahkan (dalam pilihan raya). Sepatutnya tak timbul sebarang isu, sebab saya tak sebut atau tujukan pada kerajaan pun,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian. Khatib itu menjadi guru sekolah di kawasan utara sebelum bertukar ke negeri lain baru-baru ini, bersetuju bercakap dengan Sinar Harian dengan syarat, namanya tidak disiarkan 'atas faktor tertentu'. Beliau kesal dengan cerita mengenai perkara itu yang disifatkan sebagai putar belit pihak tidak bertanggungjawab. Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media jika nama dan tempat beliau bertugas disiarkan. Beliau tampil memberi penjelasan selepas Umno Pulau Pinang kelmarin meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU akan datang. Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan Bernama sebagai berkata, tindakan khatib itu boleh disifatkan sebagai menghasut dan memecahbelahkan umat Islam.

Anti Islam: DAP tidak bodoh

Haji Subky Latif 

Jika Umno ada kejayaan besar dalam perjuangannya setakat ini ialah ia dapat menenamkan persepsi di kalangan orang Melayu yang tebal Umnonya bahawa DAP anti Islam Inilah yang dijaja di merata-rata oleh agen Umno sebagai usahanya menyekat kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya Dan antara dalih orang Melayu tidak berapa mahu PAS menggantikan Umno ialah kerana PAS berkawan dengan DAP Ada pun momokan DAP itu anti Melayu mulai reda kerana mulai ada benih Umno — dua bekas ADUNnya — menyertai DAP Maka yang rancak disabut dalam perjumpaan Umno ialah DAP anti Islam Saya tidak berhajat untuk membela DAP tetapi saya hendak tanya adakah DAP itu sebagai sebuah parti politik dalam masyarakat yang ramai penduduk Islam begitu bodoh untuk menampilkan politik anti Islam 

Sebagai parti politik ia bukan sekadar hendak melihat hasil dari perjuangannya betapa Malaysia jadi sebagai negara bersih dari rasuah kerjaannya baik dan adil rakyatnya rukun dan damai tetapi ia juga bercita-cita menerajui negara atau sekurang-kurangnya parti pembangkang yang kuat dan disegani Bagi mencapai semua impiannya itu ia mesti mendapatkan sokongan rakyat dan majoriti rakyat Malaysia adalah orang Islam Walaupun ada dalam sejarah kerajaan dapat ditegakkan melalui rampasan kuasa tetapi amat sukar dilakukan di Malaysia malah ia tidak lagi mudah bagi kebanyakan negara di dunia Dalam apa keadaan pun jalan terbuka bagi membentuk kerajaan ialah melalui pilihan raya 

Demi menentukan DAP terus berperanan dalam politik di Malaysia baik menjadi pembangkang atau pun lebih dari itu ialah kekal sebagai parti politik yang demokrasi dianggotai oleh rakyat berbagai kaum agama dan kebudayaan Kerana ia adalah benih dari Singapura maka di awal kemunculannya ia tidak menarik semua kaum kerana Umno berjaya melebelnya sebagai parti perkauman Cina anti Melayu dan anti Islam Selain dari kepungan itu ruang yang terbuka baginya ketika itu ialah sokongan dari masyarakat Cina Lalu ia menumpukan semua usaha bagi mendapatkan sokongan orang Cina bagi menjadikannya pembangkang yang boleh mengosongkan sokongan kepada MCA Ia dapat dilakukannya Maka sekarang ia tidak perlu lagi bercakap banyak tentang kemahuan orang Cina kerana mahu tak mahu kerajaan terpaksa ikut bagi mengelakkan semua Cina dan India lari daripada BN Walaupun kerajaan cuba bagi apa yang Cina dan India mahu tetapi Cina tidak tertarik kepada BN kerana ia mengekalkan rasuah dan berbagai penyelewengan Saki dan daki perkauman yang masih ada dalam politik Malaysia DAP tahu ia tidak boleh bersendirian dan ia memerlukan sekutu Melayu dan Islam Untuk sekurang-kurangnya 50 tahun lagi Melayu dan Islam menjadi kuasa penentu politik Yang terbaik bagi DAP dalam masa 50 akan datang ialah menjadi sekutu kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan orang Islam Ia dapat sekutu yang baik itu iaitu PAS DAP tahu PAS tidak sebodoh yang Umno sangka Ia tahu PAS juga adalah sepintarnya Maka bodohlah DAP jika ia kira PAS itu bodoh dan boleh diperbodohkan Jika DAP menjadi juara orang Cina saja tidak mempedulikan keperluan orang Melayu maka sukarlah hendak mengekalkan muafakat dengan PAS

 Jika ia jadi anti Islam seperti yang ditunjukkan oleh politik Israel dan setengah negara Eropah maka DAP akan kehilangan sekutu PASnya dan akan hilang langsung sokongan orang Islam Dengan ia bersekutu dengan PAS dan PKR tinggal Melayu yang berkarat Umno saja mengatakan DAP parti perkauman Cina Orang Melayu di luar Umno sudah menerima DAP badan politik yang rasional Dan rata-rata pemimpin muda DAP sekarang mengikuti perkembangan Islam dan mulai melihat Islam sebagai kebuyaan yang baik Kerana ia adalah parti yang menganut faham sekularisma maka tidaklah ia menganut aqidah Islam 

Pegangannya itu samalah dengan MCA MIC Gerakan malah tidak banyak bezanya dengan Umno dalam aspek syariyah PAS merasa munasabah sikap DAP itu Kalau sama saja akidah DAP itu dengan PAS maka tidaklah perlu kedua-duanya berada dalam parti yang berlainan Oleh itu DAP akan memastikan dan melakukan apa yang boleh menarik sokongan orang Islam Orang Islam tidak akan tertarik kepada yang anti Islam dan bodohlah DAP kalau ia mahu menjadi anti Islam sedang orang Islam sekarang mulai senang dengan penampilan DAP Ia tidak akan rosakkan apa yang ia sudah capai.

Sembunyi Tarikh Pilihan Raya, Rakyat Tidak Sabar ‘Kapankan’ Umno-BN

Umno-BN seharusnya gentar dengan perkembangan terkini di mana sokongan terhadap parti itu semakin berkurangan dengan rakyat menunjukkan tanda jelas inginkan perubahan dalam tampok pemerintahan negara. Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, rakyat ketika ini sedar mereka tidak boleh lagi bergantung harap kepada Umno-BN yang selama mentadbir negara melakukan pelbagai salah laku dan penyelewengan termasuk rasuah. Malah, perubahan positif dengan sokongan berpindah kepada Pakatan Rakyat (PR) sejak akhir-akhir ini jelas menghadirkan gerun kepada pucuk pimpinan negara yang terus merahsiakan tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13). 

 Beliau berkata, amalan itu jauh berbeza di negara-negara lain di mana rakyat sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan di negara mereka. Malah tambahnya, rakyat tanpa mengira bangsa dan agama yang sudah mula bosan terhadap Umno-BN juga menunggu pilihan raya akan datang bagi menamatkan penguasaan mereka tidak terkecuali penyokongnya sendiri. “Di Kuwait bila tarikh pilihan raya dah tau, di Kenya pilihan raya lagi dua tahun dah tau bila tapi di Malaysia tidak tahu bila pilihan rayanya. “Doktore (doktor) YB, kapan (bila) pilihan raya…..Kenapa tanya?…..Sebab aku nak ‘kapankan’ (kebumikan) Umno ni,” katanya dalam ceramah umum Pengundi Hantu Di Rumah Anda di Teluk Panglima Garang di sini baru-baru ini. Turut hadir, Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi. 

 Dr Abdul Rani berkata, menyedari perkara itu pelbagai tohmahan dilakukan Umno-BN termasuk usaha pakatan pembangkang yang didakwa menggunakan rakyat menerusi perhimpunan Bersih 3.0 untuk menjatuhkan kerajaan. Namun katanya, perkara itu gagal dibuktikan malah dipersoalkan masyarakat antarabangsa yang melihat insiden sebenar menerusi siaran media. “Orang Mesir dan Arab Saudi tanya saya yang duduk ramai-ramai tu orang jahat atau baik, penjenayah atau apa. Kalau mereka penjenayah mestilah bawa senapang, kayu, bom atau yang lain. Ini tiada apa cuma bawa air mineral dan garam. 

Sebab itu bila di Parlimen ketika perkara ini ditanya, menteri sendiri tidak boleh jawab,” katanya. Menurutnya, selepas perhimpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau anjuran PAS di Kedah yang begitu berjaya meraih sokongan rakyat, Umno-BN semakin mengelabah bagi menentukan tarikh pilihan raya. Katanya, pemimpin Umno-BN sendiri mengakui perkara itu dan memberi reaksi negatif terhadap parti mereka. “Saya pegang kata-kata Dr Khir Toyo dan Tun Dr Ling Leong Sik yang mengatakan jangan mimpi nak ambil balik Selangor. Dr Mahathir sendiri kata “Umno is rotten to the core”. Dah rosak, dah punah dan dah busuk,” katanya lagi. 

Rafizi: Skandal kontrak LRT yang libatkan Najib

Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang ("The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project"). 

 KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka. KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Najib Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent. Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu.

 KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana. Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut. Shahril Mokhtar telah menulis kepada Najib Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Tuju Terima kepada Konsortium PDA. Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Najib Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat. 

 Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Najib Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil. KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Najib Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan. Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik UMNO di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN. Saya betul-betul menasihati Najib Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau. -Rafizi Ramli

sumber : Kelab Greenboc

Tada !!! Najib Altantuya Buat Silap Mata




ISU HARAM JADAH : PERDANA MENTERI ENGGAN MOHON MAAF

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan bertulisnya enggan memohon maaf serta menarik balik kata-kata kasar 'haram jadah' yang dikeluarkan sebelum ini.

 Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang memohon agar Perdana Menteri memohon maaf serta menarik balik kata-kata tersebut yang dihemburkan dalam ucapan beliau di Felda Jengka 8 pada 8 Mei lalu. Najib melalui jawapannya menjelaskan soal permohonan maaf tidak timbul memandangkan kata-kata tersebut diungkapkan sebagai eskpresi kolokial (colloquial expression) semata-mata tanpa ditujukan kepada mana-mana individu. 

 Jelas, Dr Mohd Hatta apa yang dinyatakan oleh Najib melalui jawapannya itu tidak benar dan beliau perlu tampil memohon maaf bukannya cuba mengelakkan. "Secara jelas kita lihat kata-kata haram jadah yang dikeluarkan oleh Najib itu ditujukan kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda. "Dan perkara itu berlaku ketika beliau mengumumkan pemberian RM15 ribu kepada setiap peneroka," jelasnya. 

 Katanya lagi, mana mungkin beliau mengatakan tidak ditujukan kepada mana-mana individu sedangkan jelas ia dilemparkan kepada peneroka-peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda serta kepada mereka yang membawa Felda ke mahkamah. "Najib menghina mereka yang dianggap menentang supaya tidak diberikan bantuan RM15,000 iaitu kumpulan 'haram jadah' jadi ianya bukan satu ekspresi kolokial yang begitu umum tetapi tuju khas kepada pihak-pihak yang mencabar Felda. "Kita mahukan Najib tampil memohon maaf jika beliau ingin memulihkan imejnya sebagai Perdana Menteri," jelasnya. Dr Mohd Hatta menegaskan Najib perlu meminta maaf dan kenapa perlu takut untuk mengaku salah.

ISTERI PRESIDEN TOLAK GELARAN WANITA PERTAMA

Isteri Presiden Mesir, Puan Najla' Mahmud mengulangi pendirian beliau sebelum ini menolak gelaran 'Wanita Pertama' untuk dirinya. Beliau turut mengulangi ucapan suaminya semalam bahawa Presiden tidak memiliki apa-apa hak melainkan kewajipan yang mesti ditunaikan yang berbeza dengan rakyat yang mempunyai hak sambil menggelarkan dirinya sebagai 'Khadam Pertama' bagi menggantikan gelaran 'Wanita Pertama'. 



 Kata Najla' lagi, sesiapa boleh memanggilnya dengan "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla" atau juga "Hajah Najla" sambil mengingatkan bahawa Islam tidak pernah membezakan antara satu sama lain. Selepas suaminya diumumkan sebagai Presiden, aktiviti pertama beliau ialah menziarahi ibu As-Syahid Mahmud Sulaiman, seorang pemuda yang terkorban dalam revolusi yang berasal dari wilayahnya, Syarqiyah.

UMNO KHIANATI MELAYU SEJAK SEBELUM MERDEKA

Apa yang sering dibangkitkan pemimpin Umno setiap kali menjelang pilihan raya umum, orang Melayu dan Islam kononnya berada dalam keadaan terancam. Bagi mereka situasi itu tidak mungkin berlaku sekiranya Umno masih berkuasa. 


 “Walhal Umno sudah tidak berupaya menjaga kepentingan orang Melayu. Jumlah orang Melayu murtad seperti pernah disebut Mufti Perak mencecah 250,000. Ini satu jumlah yang menggerunkan. “Sejarah pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu sebenarnya bermula sebelum kemerdekaan apabila memenjarakan tokoh-tokoh awal pejuang kemerdekaan termasuk Dr Burhanuddin Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi. “Umno memadamkan nama tokoh-tokoh pelopor kemerdekaan. Itulah pengkhianatan awal dilakukan Umno terhadap orang Melayu,” kata anggota Exco kerajaan negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar). 


 Bercakap pada Wacana Perdana di sini malam tadi katanya, kerajaan BN yang didominasi Umno tidak menambah jumlah kerusi di kawasan majoriti Melayu dan memecah populasi antara kaum. Menurutnya kerusi Melayu sepatutnya ditambah sejak 1986 selaras dengan pertambahan jumlah penduduk. Kelantan yang mempunyai 95 peratus orang Melayu tidak ditambah kerusi parlimen dan sejak PRU 2004. Begitu juga Terengganu, Kedah dan Perlis tiada tambahan kerusi Parlimen dan Dun sejak 1986. Kata beliau tujuan Umno tidak melakukan pertambahan kerusi di kawasan majoriti Melayu kerana dibimbangi dimenangi PAS, memandangkan senario politik orang Melayu pada 1999 tidak memihak kepada Umno. Beliau juga meluahkan rasa hairan Umno pernah mendapat kerusi majoriti di Pulau Pinang, namun jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada Gerakan.


 Oleh itu Dr Fadzli mengajak orang-orang Melayu bersatu bersama wadah perjuangan Islam kerana PAS ada cara tersendiri menyelesaikan umat manusia. Wacana Perdana siri ke-11 itu turut menampilkan mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, ulama muda Umno, Fathul Bari dan pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia. Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah. Manakala Amin Idris bertindak sebagai moderator.

Jika Terhina , Kami Yang Pertama Bersuara - DHPP



Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mempertahankan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bahawa beliau tidak berniat menghina agama Hindu dan penganutnya dan jika dia menghina Hindu, pihaknya yang pertama membuat bantahan. Timbalan Pengerusi DHPP N. Balasubramaniam berkata, apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian itu langsung tidak membawa apa-apa masalah di kalangan kaum India yang majoriti penganut agama Hindu.

 "Orang India masih aman di Malaysia, dalam isu ini tidak ada bawa apa-apa masalah," katanya dalam sidang media. Sebelum ini, Ketua Pemuda MIC T Mohan meminta Salahuddin mohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan. Menurut Bala, kenyataan Salahuddin dalam Debat Sinar Harian pada 19 Jun lalu sengaja diputar belitkan oleh MIC untuk menimbulkan persepsi negatif kepada kaum India.

 "Jika benar ada penghinaan kepada penganut Hindu kami sendiri pun boleh tegur. Nampaknya MIC sengaja cari pasal. Kenyataan Salahuddin cukup jelas," katanya. Bala turut percaya Salahuddin tidak akan mengeluarkan kenyataan menghina kaum dan agama lain kerana agama Islam tidak mengajar untuk berbuat begitu. Ahli Parlimen Batu Kawan P. Ramasamy juga menyifatkan MIC ketandusan modal politik sebab itu mereka sengaja putar belit kenyataan. "Saya ada baca dalam akhbar Tamil tuduhan terhadap Salahuddin, tidak ada bukti beliau hina kaum India," katanya dalam sidang media yang sama. P. Ramasamy turut mempertikaikan di mana kelantangan MIC apabila Umno pernah menimbulkan isu bebaur perkauman dan memperlekehkan kaum India. 

 "Umno pernah guna isu paria. MIC mendiamkan diri. Tapi berbeza dengan Salahuddin yang jelas tidak hina agama kami," katanya. Begitu juga ketika penyokong Umno mengarakkan kepala lembu ke bangunan SUK Selangor yang memang jelas cuba menghina orang Hindu (gambar). Salahuddin mengulangi penegasanya beliau tidak berniat untuk menghina penganut agama Hindu dan mereka perlu dengar serta faham konteks ayat yang diperdebatkan dalam debat itu.

Isnin, 25 Jun 2012

WACANA PERDANA : ARTIS BERPOLITIK SEKADAR GLAMOR ATAU KERANA PRINSIP


WACANA PERDANA : ARTIS BERPOLITIK SEKADAR GLAMOR ATAU KERANA PRINSIP 
KHAMIS 28 JUN 2012
MASA : 8.30 MALAM 
DEWAN HIMPUNAN CINA KUALA LUMPUR 

PENALIS : 
ZED ZAIDI  TIM. PRESIDEN SENIMAN (UMNO) 
HASMI HASHIM PENULIS LIRIK AWAN NANO (PKR) 
HAIRIE OTHMAN LEFTENAN ADNAN(PAS) 

JOM KITA HADIR BERAMAI-RAMAI 

SEKITAR HIMPUNAN HIJAU PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

BERIKUT ADALAH PAPARAN LENSA KAMERA BERKAITAN HIMPUNAN HIJAU PERINGLAT NEGERI PULAU PINANG YANG DIADAKAN SEMALAM DI PADANG HAJI AHMAD BADAWI






Bila Masuk PAS , Ramai Yang Salah Anggap , Bila Masuk UMNO tak de Pulak - Abby Abadi

Pelakon yang popular dengan siri drama kepolisan Gerak Khas Abby Abadi melahirkan rasa kecewa beliau terhadap pihak tertentu yang menghina penghijrahan beliau. Abby melahirkan kekecewaan itu melalui twitter beliau hari ini terhadap pihak yang 'mengata' dirinya yang kini kerap tampil di pentas ceramah PAS.

 "Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul. "Sampai kata saya dapat 'hidayah sesat'? Apa tu?," katanya. 


Sejak berhijrah dan tampil dengan imej bertudung, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka. 

 Kehadiran beliau dalam program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau baru-baru ini turut menarik perhatian banyak apabila dengan nada berseloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’. Bagaimanapun, penghijrahannya dan sikapnya yang sering memenuhi undangan di majlis PAS tidak disenangi sesetengah pihak.

UMNO MELAKA CUBA SABOTAJ HIMPUNAN HIJAU


Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri Melaka semalam menyaksikan ceramah sebelah menyebelah antara PAS dan Umno.

Bertempat di perkarangan Surau Ustaz Ali di Permatang Pasir, Alai, Himpunan Hijau PAS bakal menampilkan 'ayam sabungnya' Mohamad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS sebagai penceramah utama.
Tempat ceramah Umno pula hanya berjarak kira-kira 200 meter dari tempat Himpunan Hijau itu.



(Gambar: Khairul Faizi turut mempamerkan kebolehan bermain gitar.)

Biarpun ceramah Umno hanya dijangka bermula malam ini, namun pembesar suaranya sudah mula diuji dari petang ini sebaik sahaja program Himpunan Hijau bermula kira-kira 4.30 petang.

Ketika program pemuda mengambil pentas di himpunan hijau dengan ucapan dan persembahan, corong pembesar suara di tempat BN yang dihadap betul-betul menghala ke himpunan hijau dipasang lagu-lagu dan nasyid dengat kuatnya.

Beberapa pemimpin pemuda Pakatan ketika berucap mendakwa, gangguan sedemikian merupakan biasa berlaku di sekitar negeri ini.

Selain 'perang' pembesar suara, suasana di sepanjang jalan tempat ceramah juga penuh dengan bendera kedua-dua parti yang digantung di tiang-tiang dan pokok.

Permulaan memberangsangkan

Sementara itu, sambutan terhadap program himpunan hijau pada sebelah petang tadi sangat memberangsangkan.

Hampir 1,000 orang sudah membanjiri perkarangan Surau Ustaz Ali bagi mengikuti program yang akan berlangsung sehingga kemuncaknya malam ini.

Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka mengambil tema 'Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau'.

Antara program yang berlangsung petang tadi termasuklah konvoi motorsikal Alternative Riding Club (ARC), persembahan dari Iwan Syahman, Hafiz Bandboyz dan ucapan pimpinan tempatan.

Turut hadir petang tadi Pesuruhjaya PAS Negeri Adly Zahari serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Dr. Morsi Presiden Republik Arab Mesir


Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu.

Pengisytiharan itu disambut jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan bergemalah sahutan Allahu Akhbar.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.

Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi.

Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah.

Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir dalam satu ucapannya yang panjang sebelum memberikan keputusan.

Beliau mempertahankan intergriti suruhanjaya yang dipengerusikannya.

Ketidaktentuan

Pengumuman kemenangan Morsi dibuat seminggu selepas pilihan raya umum pusingan akhir pemilihan Presiden Mesir antara Mohamed Morsi dari FJP dengan Ahmad Shafiq selesai.

Sejak seminggu lalu, jutaan rakyat Mesir khasnya penyokong Ikhwanul Muslimin berhimpun di Dataran Tahrir pada setiap hari. Bilangan mereka bertambah hari ke hari sehinggalah pengumuman rasmi dibuat hari ini.

Ikhwan telah mengumumkan kemenangan Morsi sejak Ahad lalu selepas semua kertas undi selesai dikira.

Ia dibuat berdasarkan keputusan yang mereka kumpulkan dari pusat-pusat pengundian kerana semua undi telah selesai dikira di pusat-pusat pengundian itu.

Dalam pilihan raya kali ini, semua kiraan undi dibuat dipusat pengundian yang diketuai oleh seprang hakim dan keputusannya diumumkan sebaik sahaja undi selesai dikira.

Namun, hanya hari ini iaitu kira jam 10.40 malam waktu Malaysia ia diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir.

Sehingga kini tidak diketahui setakat mana Morsi akan berkuasa selaku Presiden Mesir kerana SCAF telah mengumumkan beberapa perkara sebelum pilihan raya pusingan terakhir baru-baru ini.

Antaranya, Presiden tidak mempunyai kuasa penuh dalam soal pertahanan dan keselamatan dalam negeri.

Antaranya mereka didakwa cuba mempertahankan Perjanjian Camp David yang dibuat antara kerajaan Mesir sebelum ini dengan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat.

Penolong Setiausaha Agung PAS, DR Syed Azman Syed Ahmad yang kini berada di Kaherah akan membuat laporan lanjut perkembangan yang berlaku di Mesir.