Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 30 April 2013

Surat Pada Mak Dan Abah Di Kampung

Kepada Mak & Abah... 

Orang Akan Selalu Balik Ke Kampung Jika :- 

1 : Harga Minyak Diturunkan. 
2 : Tol Dihapuskan. 
3 : Hutang PTPTN Dihapuskan... 

Kalau Itu Berlaku, Orang Tentu Akan Ada Lebihan Duit Poket Untuk Simpanan. Jadi, Orang Akan Selalu Balik ke Kampung Jenguk Mak & Abah... Bukankah Mak & Abah Selalu Mengeluh Bertanya Mengapa Tak Selalu Balik Melawat Mak & Abah Kan?...

Tapi....

Jika Itu Tidak berlaku, Orang Tentu Akan Balik Setahun Sekali (Itupun Raya) Sebab Bebanan Kewangan Yang Orang Hadapi Dengan Kos Sara Hidup Tinggi Yang Terpaksa Orang Hadapi Untuk Tanggungan Diri Sendiri, Isteri & Anak-Anak Orang. Sekarang Nie, Nak Simpan RM100 Sebulan Dalam Buku Akaun Bank Pun Orang Tak Merasa...

Apalah Sangat Dengan RM500 Yang Diberikan Kepada Orang Jika Ianya Hanya Dapat Digunakan Untuk Jangka Masa Yang Singkat. Yang Orang Nak Penjimatan Dan Bantuan Dalam Jangka Masa Yang Panjang Dan Berterusan Dari Kerajaan Sedia Ada.

Oleh Itu...

Orang Harap Sangat-Sangat Mak & Abah Undilah Pakatan Rakyat Kali Nie. Orang Tahu Yang Mak & Abah 'Orang Kuat UMNO/BN"... 

Apa Salahnya Bagi Peluang Sekali Kepada Pakatan Rakyat Buktikan Untuk Kebaikan & Kebajikan Yang Akan Orang Terima Kelak. Mak & Abah Taknak Tengok Ke Orang Hidup Dengan Sedikit Kesenangan?... Orang Tak Mintak Apa-Apa, Orang Mintak Tue Jer... Tolonglah!!!

Orang Janji Yang Orang akan Sentiasa Balik Kampung Ziarah Mak & Abah Sebab Jika Semua Bebanan itu Ditangani Oleh Pakatan Rakyat, Orang Pasti Kos Sara Hidup Orang Akan Stabil Dengan Pemansuhan Kadar Inflasi Yang Tinggi Itu... 

Orang Dah Tak Larat Nak Menangis Dan Mengeluh Dalam Hidup Nie, Mak, Abah!!!. Kat Kampung Memang Mak & Abah Tak terasa Tapi, Bagi Orang Kat Bandar Nie, Hanya ALLAH Jer Yang Tahu Betapa Susahnya Orang Mengharungi Hidup Kat Sini...

Orang Harap MAk & Abah Faham. Ini Kali Lah!!! 

Isnin, 29 April 2013

Pengakuan Bekas MB Mengejutkan Semua Pihak

Pengakuan bekas Menteri Besar Selangor - Mat Taib. wang simpanan di jimatkan di dalam rizab pembedaharaan Selangor sehingga RM2.6 billion. "ini tidak pernah berlaku dulu, sedangkan kakitangan orang yang sama,majlis daerah orang itu juga, majlis bandaraya orang itu juga ,tetapi yang berbeza cumalah pimpinan politik."- Katanya


Kenali Calon Anda : Ustaz Kamarudin Sedik ( Calon N26 Serkam )

Jom kita kenali bersama Calon kita yang cukup berwibawa ..Jangan lupa .. Ini Kali Lah !!





Kenali Calon Anda : Hajah Kintan Man ( Calon N28 Sungai Rambai )

Calon PAS N28, DUN Sungai Rambai. Wanita pertama yang menjadi calon pilihanraya PAS Negeri Melaka. Beliau dihantar khusus ke Seri Negeri untuk membawa Suara Wanita Melaka dan suara rakyat Sungai Rambai ke Dewan Undangan Negeri Melaka. 

Pembelaan nasib wanita dalam pelbagai bidang menjadi keutamaan beliau. Berkelulusan daripada Universiti Putra Malaysia (dulunya Universiti Pertanian Malaysia) dan berpengalaman luas dalam bidang politik dan pergerakan wanita dalam negara. Ayuh rakyat Melaka, mari kita hantar Hajah Kintan Man, calon PAS Sungai Rambai ke Seri Negeri. 


SURAT KEPADA SEMUA PENGUNDI AWAL PRU-13

 Assalamu’alaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera; 

 Tuan dan Puan Pengundi awal sekelian, 

 Saya merasa amat bertuah kerana dapat menghubungi tuan/puan anggota pasukan keselamatan dari pasukan Polis dan Tentera bersama dengan suami/isteri masing-masing yang telah ditentukan oleh undang-undang pilihanraya Malaysia sebagai “Pengundi Awal” pada hari Selasa 30 April 2013. Semua rakyat begitu menyanjungi tugas tuan/puan mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Ianya adalah satu pengorbanan yang wajar diingati dan dihargai sampai bila-bila. 

 Dalam masa yang sama, tanggungjawab tuan/ puan dalam memilih pemimpin negeri/negara yang terdiri dari Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara dalam PRU-13 ini adalah tersangat penting kepada sistem demokrasi berparlimen yang sama-sama kita pertahankan untuk generasi ini dan anak cucu kita semua. Bilangan tuan/puan yang melebihi suku juta orang itu boleh menjadi faktor penentu arah tuju kepimpinan negara dalam sama-sama kita melakukan perubahan yang lebih baik kepada Malaysia yang kita cintakan ini. 

 Cukup lah kita membiarkan rakyat berdepan dengan kelompok politik elit Barisan Nasional yang penuh dengan dosa penyakit rasuah, ketirisan, pemerasan dan berbagai ketidak adilan yang akhirnya akan membuatkan generasi akan datang menderita. Beban amanah ini nampaknya tersangat berat untuk dipikul oleh pimpinan Barisan Nasional yang semakin malap kepercayaannya di kalangan rakyat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan ini. 

 Mengundilah dengan tanpa rasa takut. Mengundilah dengan jiwa yang merdeka. Mengundilah dengan penuh keyakinan bahawa pangkahan kecil yang kita lakukan pada hari ini akan mengubah nasib masa depan kita semua. Kebaikan yang kita laksanakan pada hari ini akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan. Sekian terima kasih. Wassalam.

 “PAKATAN HARAPAN RAKYAT”
 “MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”

 Abdul Hadi bin Awang 
Presiden PAS 
29 April 2013

Tedong Bangkit !! Jamuan BBQ Rakyat


Klik untuk Imej lebih jelas

Calon Kami Bersih dan Berwibawa






Kempen Politik Lucah Satu Jenayah : Musa Hassan


MusaBekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, tindakan mengedar dan menayang video lucah di khalayak terbuka sebagai kempen politik boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan.
“Tak boleh jual, tak boleh edar. Kalau ditunjukkan di khalayak ramai, di hadapan kanak-kanak dan sebagainya, ini satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.
Beliau mengulas tindakan menayang video lucah dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur, minggu lalu.

Program ceramah tersebut dimulakan dengan ucapan menghentam pucuk pimpinan PAS, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai, termasuk kanak-kanak.
Manakala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, di Pandan ada pihak tidak bertanggungjawab mengedar VCD seks fitnah yang mencemarkan pemimpin Pakatan Rakyat tertentu.
“Ia adalah kesalahan di bawah undang-undang jenayah. Kempen begini tak sepatutnya berlaku,” tegas Musa.
Dalam pada itu, Musa yang kini Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat berpesan agar institusi polis bersikap neutral ketika berhadapan dengan pelbagai pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13.
“Polis tak boleh benarkan parti politik ceramah bersebelahan. Polis mesti bersikap neutral. Saya nasihatkan mereka berlaku adil. Jangan menyebelahi mana-mana pihak.
“Perkara ini sendiri disebut oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar). Semua orang kena cool head (bertenang). Jangan mulakan provokasi,” kata Musa.
Beliau turut menyelar pihak yang menggunakan taktik perkauman untuk memancing undi.
“Rakyat kini sudah matang. Mereka tak mahu huru-hara. Ekonomi negara akan mundur 10 tahun dan perkara itu sesiapa pun tak mahu. Kena saling hormat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” kata Musa.
Creadit : Keadilandaily.com

Takut Putrajaya Jatuh : Najib Tubuh Majlis Professor Negara


Kebimbangan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kerajaan sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Profesor Negara mengadakan mesyuarat tergempar di Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya, seorang rakannya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan hal ini kepada beliau.
"Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya,  ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," tulis Lutfi dalam kolumnya di Harakahdaily.

Beberapa hari sebelum itu, tulis Lutfi, pensyarah kanan UKM, Profesor Dr Mohamad Agus Yusoff juga melahirkan keyakinan BN akan tumbang kali ini.

"Semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama," tulis Lutfi.

"Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama," tulis Lutfi lagi.

Sementara itu, berita angin bertebaran memaklumkan kerja-kerja membersih 'kekotoran' sedang aktif dibuat di Putrajaya.

Apakah benar atau tidak, ianya tidak dapat dipastikan.


Diskriminasi Terhadap Pengunjung Pesta Buku Di PWTC

Seorang pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dipaksa keluar dari kawasan pesta semata-mata kerana ia memakai topi berlambang PAS dan baju T NGO yang melawan BN.Alasannya hanya satu, dia memakai topi dan baju T itu di dalam bangunan Umno, PWTC tempat berlangsungnya Pesta Buku itu.Peristiwa yang memalukan negara ini berlaku pada hari Sabtu, 27 April 2013 pada jam lebih kurang 1.30 petang.

Berikut adalah cerita penuh mangsa ini. 

Salam PERUBAHAN buat warganegara MALAYSIA.
Ketika ini di PWTC sedang berlangsung PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013.

Alhamdulillah, saya berkesempatan ke sana untuk mendapatkan buku-buku yang terkini. Apa yang ingin saya kongsikan dengan pembaca harakah di sini bukanlah perihal pesta buku sebaliknya pengalaman yang saya alami di pesta buku.Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama pihak Harakah dan pembaca yang lain mengenai KEGOYANGAN UMNO BE END....


Pada hari Sabtu, 27 April 2013..pada jam lebih kurang 1.30 petang, saya mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 di PWTC. 


(Inilah pakaian Firdaus sehingga di halau dari Pesta Buku)

Selepas memasuki bangunan PWTC saya terus ke dewan Tun Hussein Onn di mana terletaknya ‘booth’ PTS publisher. 

Saya telah berjumpa dengan seorang staf PTS dan memberi beliau satu senarai buku yang saya kehendaki lalu beliau menolong saya dengan mencari buku-buku tersebut. 

Dalam masa 15-20 minit saya menunggu, terpacak berdiri di dalam ratusan/ribuan pengunjung, saya didatangi oleh 2 org ‘security’ PWTC. 

Seorang daripada mereka memperkenalkan diri sebagai pihak security PWTC dan beliau meminta saya mengikut mereka. Berikut adalah perbualan saya dengan security tersebut :

security 1 : kami pihak security PWTC..kami nak mintak encik ikut kami sekejap.

saya : Eh..kenapa pulak?

security 1 : kita cakap kat luar dewan. Encik bawak sekali barang-barang encik tu. Encik ni peserta ke pengunjung?

saya : saya pengunjung...dan tengah tunggu seorang staf PTS carikan buku saya..tapi kenapa pulak saya kena ikut encik?

Pada masa itu kedengaran dalam ‘waklie-talkie’ beliau “ bawa dia keluar..bawa dia keluar” dan saya mendengar security 1 tadi menjawab “kami dah jumpa dia & kami dah nak bawa keluar”.
Saya mula berasa sangsi dengan security tersebut tetapi cuba berfikiran positif.

security 1 : takpe, encik ikut kami sekejap je, kita borak kat luar.

Saya pun mengikuti security 1 keluar dari dewan tersebut dan security 2 mengikut saya dari belakang. Tiba di luar dewan :

security 1 : abang tahu ini bangunan umno kan?

saya : tau..tapi ape kaitan dengan saya?

security 1 : abang tak boleh pakai ‘snow cap’ Pas & baju ni kat dalam bangunan ni (beliau merujuk pada baju yang saya pakai yang tercetak “kebangkitan rakyat” beserta 4 lambang NGO iaitu R (royalti), BERSIH, STOP LYNAS, dan FELDA)

saya : kenapa tak boleh? pakai baju macam ni pun salah ke? lagipun saya datang ni untuk ke pesta buku, bukan ke perhimpunan umno. Lagipun, tak ada peraturan cara atau jenis berpakaian untuk datang ke pesta buku kan?

security 1 : saya tau..tapi ini arahan dari atas bang. kalau ikutkan, kami pun tak ada masalah.

security 2 : macam ni lah...abang bukak snow cap tu & tukar baju dulu kat luar, pastu abang boleh masuk balik.

saya : saya boleh bukak snow cap ni sebab saya hormatkan tuan rumah, tapi saya tak ada baju spare.

security 1 : kalau macam tu abang kena keluar la...kami diarahkan untuk iring abang keluar.

saya : ok..saya boleh keluar, tapi saya nak beli buku-buku yang saya nak dulu.

security 1 : ok..kami akan temankan abang.

Saya masuk semula ke dalam dewan dan berjumpa dengan staf PTS tadi yang tengah memegang beberapa buah buku yang saya nak beli.

Kemudian saya beratur di kaunter bayaran sambil diperhatikan oleh 2 orang security tersebut. 

Saya menganggarkan dalam 10-12 org yang sedang beratur untuk membuat pembayaran. 

Kemudian security 2 pergi ke salah satu kaunter dan memanggil saya untuk membuat bayaran. 

Jadi saya telah memotong giliran mereka yang tengah beratur! kesian mereka..namun apakan daya...bukan kemahuan saya...saya dipaksa untuk SEGERA KELUAR DARI BANGUNAN PWTC!

Setelah selesai membuat bayaran, security tadi tanya saya hendak keluar ikut pintu mana? saya beritahu saya nak keluar ikut pintu yang saya masuk tadi, iaitu pintu utama. 

Mereka mengiringi saya berjalan menuju ke pintu tersebut. Sepanjang berjalan, saya tergelak kecil sambil mengeleng kepala dan berkata kepada mereka “saya rasa kelakar bila orang atasan encik berdua ni takutkan baju & snowcap”...

Lalu jawab mereka...”kami tak boleh nak kata apa-apa bang...kami pun kerja dengan diorang....harapkan undi je la yang jadi rahsia kami...kami mintak maaf banyak-banyak kat abang...kami ikut orang atas aje bang.”

“Takpe...saya faham...saya tak marah atau berdendam pun dengan encik...saya tahu encik menjalankan tugas...”

Sampai je luar bangunan PWTC, mereka bersalam-salaman dengan saya dan meminta maaf sekali lagi..saya terus keluar sambil tersenyum panjang..tidak pernah terlintas dalam benak saya akan kejadian seumpama itu boleh berlaku...hanya kerana baju dan snowcap....

Pertama kali diiringi keluar oleh pihak security ketika mengunjungi pesta buku gara-gara baju kebangkitan rakyat & snowcap PAS...sungguh memalukan buat BE END kerana takutkan 2 benda tersebut yang hanya diperbuat daripada benang kapas...yang DIPAKAI OLEH SEORANG RAKYAT MERDEKA yang HIDUP DI DALAM NEGARA DEMOKRASI & MAHUKAN PERUBAHAN DALAM PEMERINTAHAN SEKARANG YANG KORUP!!...

Ironinya...jika seseorang itu berpakaian tidak sopan, mendedahkan aurat, ataupun berpakaian menyebelahi pemerintah yang korup...itu dibenarkan......

Beginikah contoh parti POLITIK yang kononnya mempertahankan ISLAM dan Melayu yang sering dilaung-laungkan menerusi media massa mereka selama ini??

iNi KALiLAH!

saya, yang benar...

Ahmad Firdaus bin Ab Malek


Ahad, 21 April 2013

Siri Manifesto PR : Turunkan Harga Kereta


Sebenarnya harga kereta mampu diturunkan dengan beberapa langkah 

Siri Manifesto PR : Pendidikan Percuma Hapuskan PTPTN


Dulu Pendidikan Percuma sekarang nie Pendidikan Berbayar.. Nilaikan sendiri dan buat pilihan yang tepat untuk mengundi Pakatan Rakyat 

Siri Manifesto PR : Hapuskan Tol


Anda Dengar dan Nilaikan sendiri .. Buat lah pilihan yang tepat 

Hari Penamaan Calon Parlimen Jasin Di Politeknik Merlimau


Bacaan Doa oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Musa bin Mohd 

Calon-calon Pakatan Rakyat Parlimen Jasin dari kiri Hajah Kintan Man ( N28 Sungai Rambai) Haji Yuhaizad Abdullah ( N27 Merlimau) Raja Rahmat Yusuf ( P139 Jasin) Ustaz Kamarudin Sedik
 ( N26 Serkam) Sdra Azmi Khamis ( N25 Rim) dan Sdra Ghandi Rajan ( N24 Bemban) 





Calon N27 Merlimau Haji Yuhaizad Abdullah bersama 
Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Ustaz Musa bin Mohd dan Sdra Yuzi Azhar, Naib Ketua Pemuda PAS Melaka 

Gelanggang sudah dibuka, pahlawan mengatur gerak langkah 

Bersama calon N26 Serkam 




Solat dhuha dan solat hajat di Padang Politeknik Merlimau 



Jom aminkan doa yang dibacakan

Lokasi : Merlimau Point, Merlimau 
Bacaan Doa : Ustaz Musa bin Mohd ( Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka) 

Seusai Penamaan Calon Di Politeknik Merlimau

Sabtu, 20 April 2013

Hari Keluarga PASTI dan Sukan Rakyat 2013


Mari Dengar !

FORUM PENERANGAN bertajuk 'Bangsa Dari Kacamata Islam' yang akan diadakan pada 20 April 2013, Hari Sabtu jam 9.15 malam di Jalan Tok Kecut, Kampung Serkam Pantai, Merlimau, Melaka. Semua dijemput hadir. Ahli Penal : Ustaz Kamarudin Sedik, Ustaz Musa bin Mohd dan Imam Muda Fakhrul. Forum akan dipengerusikan oleh Ustaz Azizan Lim.


Siri Ceramah PRU 13 DUN Serkam

2 Ceramah Dalam tempoh 2 hari di DUN Serkam. Semua hadirin dijemput hadir..Insya-Allah Ustaz Uda pada 21/4/2013 di Kampung Pulai dan Imam Muda Fakhrul pada 22/4/2013 bertempat di Kampung Tedong berdekatan dengan Masjid Kg Tedong. Masa bermulanya bagi kedua2 program ialah jam 9.00 malam. Semua dijemput hadir


Rakyat Bangkit Humban BN

Kebangkitan rakyat berlaku dimana-mana. Ayuh Bangkit Rakyat Melaka. BN tak mungkin menguasai diri anda selamanya. Bersama kita bangunkan sebuah negara yang lebih baik untuk generasi akan datang. Jumpa anda di lokasi penamaan calon di seluruh Melaka. Sesungguhnya Melaka Milik Rakyat, bukan Milik Kroni BN


Calon PRU 13 PAS Melaka

Berikut merupakan calon-calon yang telah mengesahkan tempat untuk Pilihanraya Umum ke 13 Negeri Melaka. PAS Melaka membariskan 14 orang calon untuk bertanding di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri dan seorang calon Parlimen iaitu Parlimen Masjid Tanah. Pada pagi tadi telah berlangsungnya proses penamaan calon yang menyaksikan kesemua calon bertanding satu lawan satu di setiap kawasan yang ditandingi. 


(Klik untuk imej lebih jelas)  


Rabu, 17 April 2013

Konvoi Rakyat Bangkit Jelajah Pakatan Rakyat Parlimen Jasin 2013


Konvoi Rakyat Bangkit merentasi Dun Serkam, Merlimau, Sungai Rambai, Rim dan berakhir di Dataran Hamas Kampung Kelubi Jasin. 

Malam Perisytiharan Calon PAS Melaka

Pengisytiharan Calon-Calon DUN dan Parlimen PAS Negeri Melaka. Gabungan barisan Profesional, Tokoh Masyarakat dan Aktivis Parti. Juga pertama kalinya PAS Melaka mengetengahkan calon wanita dan calon berbangsa Tionghua. Suatu gabungan mantap menggempur BN Melaka dan bersedia memberikan khidmat terbaik kepada Rakyat Melaka.


Rabu, 10 April 2013

Konvoi Pakatan Rakyat Jelajah Parlimen Jasin 2013

Pada hari Ahad ini 14 April 2013, Pakatan Rakyat Parlimen Jasin akan mengadakan Konvoi Pakatan Rakyat Jelajah Parlimen Jasin 2013. Konvoi dijangka bermula jam 8.00 pagi bermula dihadapan Poliklinik Umbai dan berakhir di Dataran Hamas, Kampung Kelubi Jasin. Konvoi ini akan meliputi Dun-DUn yang ditandingi oleh Pakatan Rakyat iaitu Dun Serkam, Merlimau, Sungai Rambai, Rim dan Bemban. Konvoi akan melibatkan motosikal dan juga kenderaan yang lain. Antara objektif perlaksanaan konvoi ialah untuk merapatkan hubungan sesama ahli pakatan rakyat disamping memberi peluang kepada rakyat untuk mengenali bakal calon di kawasan mereka daripada Pakatan Rakyat. 

Di samping itu juga konvoi ini turut menerapkan konsep berdisiplin ketika berada dijalan raya dan para peserta akan bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Setiap peserta konvoi yang bakal mengikuti konvoi juga diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan yang akan diberikan oleh marshal-marshal yang telah dilantik.

Menurut kordinator konvoi, Sdra Aminudin Jalil, konvoi ini adalah kesinambungan konvoi semarak hijau yang pernah dilaksanakan sebelum ini dan beliau menjangkakan penyertaan akan bertambah berbanding konvoi yang pernah dianjurkan sebelum ini. Selain itu beliau juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Jasin menyarankan kepada para peserta konvoi supaya mendengar segala arahan yang diberikan serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang konvoi berlangsung. 

Pihak penganjur juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang cuba untuk mencetuskan provokasi serta mengancam keselamatan peserta konvoi yang lain. Untuk maklumat lanjut berkaitan konvoi bolehlah merujuk kepada kordinator program di talian 0196577504.

Selasa, 2 April 2013

Program Ziarah Medik DUN Serkam

Program Ziarah Medik hari berjaya dilaksanakan di Kg Sempang Pantai, Kg Serkam Darat, Kg Pulai, Kg Umbai & Kg Berangan Enam. Terima kasih kepada semua doktor, AJK MTD Serkam & penduduk kampung yg menyantuni ziarah kami 



Adik Datuk Nakhaie Calon PAS Parlimen Baling,

Adik bekas naib presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad diumumkan menyertai PAS dan dinamakan sebagai calon PAS bertanding di parlimen Baling. Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad menggantikan penyandang kerusi tersebut Datuk Taib Azamuddin Taib yang tidak dicalonkan semula ekoran masalah kesihatannya. Perkara tersebut diumumkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat media PAS di ibu pejabat parti itu pagi ini. 

 "Beliau merupakan tokoh Baling, anak Baling, Kedah. Dan kita pula baling beliau ke sana," katanya berseloroh sambil diiringi gelak ketawa hadirin yang hadir. Selain Abdul Hadi turut mengumumkan dua lagi calon Pemuda PAS untuk bertanding di kerusi parlimen. Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan diumumkan bertanding di kerusi parlimen Temerloh manakala Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS (Juham) Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi bertanding di kerusi parlimen Titiwangsa. Penyandang kerusi parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada Julai 2011

PM Dah Dapat Ilham Untuk Bubar Parlimen Esok

Kuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar. jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

 Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu. Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen. Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini. Tempoh 60 hari adakan PRU-13 “Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH semalam. Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. 

 Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu. Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru. Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. 

 Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi./bh