Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 17 November 2013

Masjid aktif beri kesan positif kepada PAS

Pesuruhjaya sedang menyampaikan ucapan 
MELAKA: Masjid yang aktif memberi kesan yang positif kepada perjuangan Islam, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari. Ini, katanya kerana masyarakat Melayu di kawasan berkenaan mahu kepada Islam yang secara tidak langsung memberi sokongan kepada PAS. Beliau berkata, ini terbukti pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu di mana PAS negeri berjaya mendapat sokongan 50 peratus di sesetengah unit peti undi (UPU) yang melibatkan ramai pengundi Melayu.

Sebahagian peserta yang hadir 
 “Kalau masjid aktif menunjukkan manusia mahu kepada Islam, ia memberi rangsangan dan sokongan kepada kita. “Ini pendekatan yang harus kita buat,” ujarnya ketika berucap pada Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Kompleks PAS Bukit Katil, dekat sini pagi ini.

 Justeru, beliau menggesa ahli-ahli dan pendukung PAS supaya menghidupkan masjid, paling tidak pun menunaikan solat berjemaah di rumah Allah itu. Berdasarkan pengalaman, katanya di UPU yang ramai orang Melayu tetapi masjid tidak aktif menyebabkan sukar PAS mendapat sokongan pengundi. Katanya, beliau pernah membuat tinjauan di beberapa kawasan seumpama itu didapati pegawai masjid pun tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Tambahnya, kehadiran para pendukung PAS memakmurkan masjid menjadikan PAS dekat dengan masyarakat.Konvensyen yang diadakan selama sehari ini telah selamat dirasmikan oleh Tuan Guru Presiden PAS Dato' Haji Abdul Hadi bin Awang 

Tiada ulasan: