Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 16 November 2013

Tembakan di Sabah, Najib Razak perlu beri kenyataan di Parlimen

SHAH ALAM 16 NOV : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu memberi kenyataan di Parlimen pada Isnin ini tentang kelonggaran kawalan keselamatan Esscom sehingga menyebabkan seorang pelancong Cina ditembak mati dan isterinya diculik kumpulan disyaki pengganas di pulau Pom Pom berhampiran Semporna. kit siang parlimen 01Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata Najib perlu memaklumkan kepada Parlimen tindakan yang akan diambil oleh Esscom untuk mengetatkan kawalan keselamatan supaya kejadian pembunuhan dan penculikan tidak akan berulang. 


 Kata Kit Siang, laporan awal menyatakan bahawa sekumpulan lelaki lengkap bersenjata tiba di pusat peranginan Mandur Pom Pom dan menyerbu restoran di pusat peranginan tersebut yang ketika itu hanya dilanggani oleh pasangan dari Taiwan terbabit dan lalu melepaskan beberapa tembakan. Mangsa tembakan Lim Min Hsu, 57, ditembak dua kali pada bahagian dada dan rusuk. Beliau meninggal di tempat kejadian. Isterinya, Lim Min Hsu, 57, dilarikan oleh kumpulan bersenjata tersebut dengan sebuah bot kecil ke arah Filipina selatan. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1 pagi. “Pembunuhan dan penculikan di pulau Pom Pom itu memberikan tamparan hebat kepada usaha untuk memulihkan keyakinan pelancong dan orang ramai terhadap kawalan keselamatan di Sabah selepas pencorobohan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu pada bulan Februari lalu,” kata Kit Siang dalam kenyataan medianya.

 Kit Siang berkata, sewaktu pelancaran Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bulan April tahun ini, Najib menggariskan empat strategi dan pendekatan teknikal yang akan diambil oleh Esscom untuk memelihara keamanan dan keselamatan di sepanjang 1,400 km kawasan pinggir laut bahagian timur Sabah. Peristiwa tragik di pulau Pom Pom yang membawa kepada pembunuhan seorang pelancong dan penculikan pasangannya menunjukkan bahawa keempat-empat strategi tersebut telah terjejas. Pembentukan dan peruntukan besar kepada Esscom belum menghasilkan keamanan dan keselamatan di Pantai Timur Sabah, manakala tiga matlamat Esscom yang ditetapkan oleh Perdana Menteri belum tercapai. “Ia berkaitan untuk “menjamin sepenuhnya keselamatan,” “memulihkan keyakinan orang rami untuk kembali hidup seperti biasa” dan “memulihkan keyakinan pelancong” selepas pencerobohan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu, masih terlalu jauh untuk dicapai,” kata beliau./Selangorkini.net

Tiada ulasan: