Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 7 Mac 2014

LAUNGAN REFORMASI DAN FREE ANWAR BERGEMA KEMBALI

PUTRAJAYA - Lebih 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan kekecohan selepas Ketua Pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, kira-kira enam tahun lalu. Mereka melaungkan "reformasi" dan "bebaskan Anwar" dan cuba mencetuskan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat ditujukan kepada Hakim dan Pendakwa Raya. 

 Jumlah penyokong semakin bertambah sehingga pukul 7 malam dan Anwar masih berada dalam mahkamah. Pasukan polis yang ditugaskan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk rempuhan yang mungkin dilakukan oleh penyokong. Pada masa yang sama seorang daripada anak dan menantu Anwar muncul dengan menaiki sebuah kenderaaan dan terus masuk ke dalam mahkamah untuk bertemu Anwar.
Panel Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi hari ini sebulat suara mendapati Anwar bersalah atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa. 

 Pihak pendakwa merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - Bernama

Tiada ulasan: