Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 24 Mac 2014

Parlimen: Khalid tanya soalan dengan pantun PKR menang

Abdul KhalidKUALA LUMPUR, 24 MAC: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menggamatkan suasana persidangan Dewan Rakyat apabila menyampaikan serangkap pantun sebelum mengemukakan soalan. Pantun itu menggambarkan isyarat jelas kejayaan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, semalam yang dilihat menjadi landasan untuk mereka menguasai Putrajaya.

“Pakatan Rakyat semalam gembira, kemenangan di Kajang membawa ke Putrajaya, saudara menteri diminta bersedia, menjawab soalan saya yang kedua,” katanya.Abdul Khalid kemudian menggesa Kerajaan{Pusat memberi penekanan terhadap kutipan semula hutang Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang dianggarkan berjumlah lima peratus.
Katanya, walaupun hanya lima peratus, namun jumlah berkenaan dianggarkan berjumlah RM150 juta berdasarkan kajian yang dilakukan beliau.“Kutipan lima peratus meragukan, tetapi saya belum dapat maklumat terperinci berkenaannya. Berdasarkan kajian yang saya buat, ia lebih besar daripada itu.“Bagaimanapun, saya mengingatkan kerajaan bahawa lima peratus jumlahnya adalah RM150 juta dan itu sangat banyak. Sebab itu usaha perlu dilakukan supaya duit itu tidak hilang dan terbuang,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
download
Pada sesi soalan lisan Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman memaklumkan hutang bermasalah pinjaman TEKUN dianggarkan berjumlah RM100 juta atau lima peratus.Sementara itu, hampir RM3 bilion diperuntukkan untuk pinjaman TEKUN dengan setengah daripada jumlah itu diberikan kepada peminjam dari Selangor.

Seramai 280,775 orang diberikan pinjaman dan 61.6 peratus (172,957 orang) daripadanya adalah golongan belia membabitkanh RM2.29 bilion.Tajuddin turut memaklumkan 52,287 daripada 80,647 orang meneruskan pinjaman berulang dengan jumlah RM1.1 bilion./Keadilandaily.com

Tiada ulasan: