Berikut peraturan yang dibuat oleh kementerian agama Mesir yang diringkaskan melalui noktah-noktah berikut:
1) Mengarah masjid-masjid kecil (biasanya berada di bawah bangunan-bangunan kediaman yang dikenali sebagai "Zawiyah") yang luasnya kurang daripada 80 meter ditutup dan jumlahnya sebanyak 20,000 buah di seluruh negara. Wilayah Iskandariah mencatatkan jumlah masjid kecil (zawiyah) paling banyak ditutup iaitu 909 buah diikuti Kaherah 400 buah.
2) Melarang sebahagian masjid-masjid besar menunaikan solat Jumaat atas alasan "mengelakkan digunakan untuk tujuan berpolitik". Akibatnya ia menyulitkan umat Islam terutama yang keuzuran dan kurang upaya untuk menunaikan solat Jumaat yang jauh dari kediaman mereka.
3) Mewajibkan khatib dan imam masjid merupakan graduan Universiti Al-Azhar. Syarat ini menyukarkan bagi masjid-masjid kecil untuk memenuhi syarat tersebut kerana kebiasaan bagi Arab, walaupun mereka dari bidang pengajian akademik seperti jurutera dan pakar perubatan tetapi mereka mendalami ilmu agama sejak kecil bahkan terkenal dengan keilmuannya. Sebagai contoh, sebuah kawasan El-'Ajami dalam wilayah Iskandariah, sebanyak 12 buah masjid ditutup kerana tidak memenuhi syarat ini.
4) Melarang sesiapa jua menyampaikan kuliah atau khutbah tanpa keizinan kementerian. Pihak penguatkuasa agama diberikan kuasa menangkap sesiapa jua yang bertentangan dengan peraturan ini dan akan dikenakan denda LE 50,000 serta setahun penjara.
5) Untuk amalan iktikaf dalam bulan Ramadhan di mana-mana masjid, mestilah orang yang beriktikaf itu dikenali oleh pihak pentadbiran masjid.
6) Orang yang beriktikaf hanya boleh beriktikaf di masjid mukim dan kampungnya sahaja.
7) Hanya masjid-masjid yang diluluskan oleh kementerian sahaja dibenarkan untuk beriktikaf yang akan disiarkan melalui web kementerian.
8) Melarang sebarang stiker atau slogan berbentuk keagamaan termasuk galakkan untuk berselawat ke atas Nabi.
9) Melarang para imam mendoakan laknat ke atas orang-orang zalim, membacakan ayat-ayat Al-Quran berkaitannya dan menyampaikan kuliah yang menyentuh perihal orang-orang yang zalim di masjid-masjid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan