Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 26 Ogos 2014

Isu MAS : PAS Sambut Baik Perubahan MAS

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik saranan agar Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) membuat perubahan secara menyeluruh dalam perkhidmatannya dan bukan hanya tertumpu kepada menghentikan penjualan arak dan pakaian menutup aurat. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS melalui ahli parlimen mereka telah beberapa kali membangkitkan soal itu sebelum ini dan terbaru ketika insiden kehilangan pesawat MH370 sejak Mac lalu. "Perkara ini sudah lama kita ketengahkan, namum kerajaan hanya mengatakan ia akan dimaklumkan kepada pihak MAS.


 "Perkara ini harus diputuskan oleh kerajaan untuk MAS akur kepada segala gesaan selama ini," kata beliau kepada Harakahdaily. Namun beliau turut mengingatkan perubahan yang dilakukan MAS bukan hanya tertumpu kepada dua perkara sahaja tetapi secara keseluruhan termasuk pengurusan. "Sudah sampai masa MAS membuat perubahan secara keseluruhan, jika ingin melihat berlandaskan Islam dan syarak perubahan pengurusan perlu dilakukan terutamanya perbelanjaan.

 "Siasatan serta kajian menyeluruh perlu dilakukan untuk kita mengetahui setiap kelemahan di dalam MAS dan ini sebagai usaha mengembalikan imej MAS yang baharu," kata beliau. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, jika ingin menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, lebih besar yang harus diselesaikan adalah soal rasuah serta penyalahgunaan kuasa di dalam pentadbiran kerajaan yang ada sekarang.

Tiada ulasan: