Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 26 Ogos 2014

Sambutan Kemerdekaan Tiada Sambutan

BANDARAYA MELAKA - Kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan masih belum begitu dirasai oleh kebanyakan penduduk meskipun detik 31 Ogos hanya berbaki kira-kira seminggu sahaja lagi. Tinjauan Sinar Harian ke beberapa lokasi mendapati sambutan dalam kalangan premis peniaga awam agak dingin dengan hanya beberapa premis mengambil inisiatif memasang Jalur Gemilang tetapi kebanyakannya tidak mengendahkannya. Rata-rata di sekitar bandar raya Melaka dan lokasi lain terutama di kampung-kampung, jika diperhatikan sambutannya masih agak suram. Cuma kelihatan pejabat kerajaan, sekolah-sekolah, balai polis dan bangunan rasmi sahaja yang begitu giat menghiasi persekitaran mereka dengan Jalur Gemilang. Turut meluahkan kekesalan, penduduk, Mohd Taufik Khalil, 29, yang merasakan penerimaan masyarakat terhadap sambutan bulan kemerdekaan saban tahun semakin pudar.


 “Kalau dulu begitu meriah dengan Jalur Gemilang di sana sini bahkan pihak swasta turut menaja Jalur Gemilang atau mengagihkannya di tempat strategik, tetapi sekarang ini perkara itu tidak kelihatan atau ada pun nampak macam segan-segan atau suam-suam kuku sahaja. “Adakah kerana kekurangan bajet yang menyebabkan perkara ini berlaku atau semakin lunturkah semangat patriotik?,” katanya. Bagi Mohamad Sani Bidin, 45, berkata, sambutan bulan kemerdekaan dilihat semakin hambar dalam kalangan masyarakat malah ramai yang sudah tidak mahu ambil tahu.

 “Semua golongan patut peka kepada perkara ini yang merupakan elemen mustahak dalam kestabilan sesuatu negara dan bangsa. “Bas, teksi atau kenderaan awam lain masih segan hendak mengibarkan Jalur Gemilang, apatah lagi kenderaan persendirian. “Cuma, saya memuji pihak Jabatan Pendidikan Negeri yang saban tahun menganjurkan sambutan bulan kemerdekaan untuk menanam semangat cintakan negara. Inilah yang dikehendaki kerana anak-anak perlu dididik perkara penting ini,” katanya./Sinar 

Tiada ulasan: