AHLAN WASAHLAN SELAMAT DATANG WELCOME TO OUR WEBSITE

DI MANA MEREKA ??



ANDAI KU TAHU, PANGKAH BN JADI BEGINI


kalau ade yg masih pilih BN sbb nmpk bangunan yg tinggi2 or angkasawan malaysia pertama, die buta. kalau ade yg masih pilih BN sbb percaya kata pemimpin2 BN yg korup & bermoral tu, die langsung tak cerdik. kalau ade yg masih pilih BN sbb dpt duit byk, die mmg pentingkn diri sendiri. dh byk hak rakyat BN cabul. yg miskin makin tertindas. yg kaya makin tak sedar diri. maaf kalo terkasar bahasa tapi bahasa utk dirasa

IMAM AL-HADHARI


Benar kata – kata orang dahulu kala, orang yang lemah apabila terdesak akan bertukar menjadi manusia yang paling kejam. Pada hari ini orang yang rakus, tamak haloba, zalim, lembab dan yang sewaktu dengannya akan tetapi keadaannya lemah, apabila kejahatannya mula didedahkan dan dirinya tidak dapat membersihkan dirinya, maka diri itu akan menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk menutup para pejuang keadilan

Madah Perjuangan


ECER - KELANTAN

YAB TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT (MENTERI BESAR KELANTAN) BERUCAP KETIKA MAJLIS PELANCARAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA

TRADEMARK KAMI


Get cool stuff @ NackVision.com

HADITH RENUNGAN

BLOGGERS UNITED


Kami berusaha memaparkan berita2 terkini dalam usaha membuktikan bahawasanya Malaysia sememangnya tidak mengamalkan demokrasi sepenuhnya...kami berusaha memberikan gambaran yang terbaik kepada pangunjung sekalian...maaf jika banyak kekurangan..PULIHKAN DEMOKRASI, DAULATKAN ISLAM

AJK PAS PUSAT 2007-2009


BERITA BOX OFFICE

ALI RUSTAM DICABAR KUATKUASA PENGHARAMAN ARAK DI MELAKA Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam digesa menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek. "Jika dia juga seorang pemimpin yang menghormati budaya Melayu dan agama Islam, kenapa dia sendiri tidak melaksanakan undang-undang pengharaman penjualan arak di negeri ini terlebih dahulu. "Jika langkah itu tidak dilaksanakan di semua peringkat negeri, memadai ia dibuat di peringkat daerah demi membuktikan beliau benar-benar seorang pemimpin yang prihatin dengan umat dan agama Islam," kata beliau. Beliau mencabar Ali Rustam melaksanakan pengharaman arak di negeri Melaka berikutan cabaran yang dibuat oleh Ketua Menteri itu supaya PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat kerana isu yang membabitkan penjualan arak di Selangor baru-baru ini. "Beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di negeri ini dan dia berhak serta mempunyai kuasa untuk melaksanakannya."Jika tidak berani melaksanakannya, lebih elok dia tidak membuat sebarang komen atau mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat, jangan campur hal rumahtangga orang lain," katanya. Sebelum ini, Ali Rustam mengeluarkan kenyataan mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kemelut yang melanda dengan isu penjualan arak di Selangor tetapi pada masa yang sama beliau hanya memejamkan mata sahaja terhadap lambakan penjualan arak di Melaka terutamanya di Melaka Raya.

TAK NAK BN !!



DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

ANDA PENGUNJUNG KE

JASINDAILY Bermula Pada 28 DISEMBER 2005

BACA BOLEH, PERCAYA JANGAN 20 MEI 2009,RABU
DUNIA TERKINI 20 MEI 2009,RABU
ARKIB
SUDUT KOPI 'O'


Free chat widget @ ShoutMix

KENALI PAS
BOIKOT BARANGAN ISRAEL!!!

"SESUNGGUHNYA DARAH SUCI SYEIKH YASIN TELAH MENYATUPADUKAN SAF PEJUANG-PEJUANG PALESTIN DAN BERBAGAI-BAGAI FAHAMAN POLITIK UNTUK MEMILIH HANYA SATU JALAN PENYELESAIAN BAGI SEMUA PUAK IAITU DENGAN BANGUNNYA MENENTANG PENJAJAHAN YAHUDI-ASSYAHID DR.ABD AZIZ RANTISI

TERHANGAT DIPASARAN !!!!


UNDI BLOG JASINDAILY

Ukhwah.com :: Top Blog

ULASAN KETUA PEMUDA MELAKA BERKENAAN ISU CAWAT BESI
Selasa, Februari 27, 2007
Assalamualaikum W.B.T

Kepada pengunjung sekalian, silalah klik pada bahagian video alternatif dan yang terkini kami telah membuat rakaman dan uploadkan di dalam google video untuk tatapan umum ulasan dari Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek berkenaan dengan isu cawat besi. Selamat menonton.

ICT DPPK Jasin
sahabat_304
posted by jasindaily online @ 1:04 AM   0 comments
RANCANGAN SENSASI DI HENTIKAN KERANA ROSANH ????
Ahad, Februari 25, 2007
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Pelakon Rosnah Mat Aris (gambar) hari ini meminta semua pihak tidak menyalahkan beliau berikutan arahan agar program Sensasi TV3 itu dihentikan siarannya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, kontroversi yang berlaku adalah berpunca daripada kesilapan kedua-dua belah pihak.

"Kalau tidak ada soalan, tidaklah ada jawapan. Cuma mungkin, baik saya mahupun pihak pengacara telah membuat kenyataan dan mengeluarkan soalan tanpa menyedari sensitiviti.

"Saya berharap janganlah hendaknya kita menyalahkan mana-mana pihak tetapi adalah lebih baik kita jadikan ia sebagai satu pengajaran," kata Rosnah ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai arahan kerajaan agar siaran Sensasi yang disiarkan secara langsung setiap Selasa pada pukul 11 malam di TV3 dihentikan.

Rancangan Sensasi pada 30 Januari lalu, mencetuskan kontroversi apabila aktres itu mengeluarkan kenyataan yang menyentuh secara sensitif usia isteri Rasulullah apabila diajukan pertanyaan oleh pengacaranya mengenai kecenderungannya bercinta dengan lelaki muda yang tidak sepadan usianya.

Bagaimanapun, Rosnah berharap, rancangan Sensasi yang diterbitkan oleh Jamil Hassan dan diacarakan oleh Awaluddin Shaari dan Intan Suraya itu tidak dihentikan kerana ia mempunyai ramai peminat dan mencatat rating yang tinggi.

Malah, beliau menyambut baik saranan pihak suruhanjaya supaya rancangan itu disiarkan secara rakaman untuk mengelakkan kontroversi dan isu-isu sensitif berbangkit.

"Melalui siaran rakaman, pihak penerbitan boleh membuat suntingan dan artis boleh berfikir untuk memberi jawapannya.

"Dengan cara itu ia tidak akan menjatuhkan maruah mana-mana pihak,"jelasnya.


Ditanya kemungkinan jika dirinya digam oleh pihak stesen TV berikutan kontroversi yang ditimbulkan, Rosnah berharap semua pihak memaafkan dia.

"Berlakon adalah punca rezeki saya dan saya pula adalah ibu tunggal yang masih mempunyai tanggungan.

"Saya minta janganlah hendaknya cepat menghukum. Saya akui kesilapan saya dan insaf, malah terus membuat kenyataan meminta maaf secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, TV3 dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu esok.

P/S : Bagi saya, memang wajar rancangan dihentikan terus daripada terus disiarkan. Sepatutnya isu Rosnah menjadikan pengajaran untuk mereka dan patut dihukum dengan wajar bagi memberi kesedaran kepada beliau atau digam terus mana-mana drama atau filem lakonannya. Sebagai satu balasan orang yang menghina Isteri Rasulullah. Peluang yang diberikan secara LIVE sepatutnya digunakan dengan meluahkan perkataan2 yang berhemah. Kesal rasanya hati ini kerana insan seperti Rosnah ini berketurunan Melayu dan beragama Islam. Renung-renungkan lah...inilah artis yang kononnya menjadi role model kepada masyarakat.....
posted by jasindaily online @ 11:21 PM   0 comments
A'FAMOSA LAMBANG KERUNTUHAN ISLAM .......
OLEH : BUDI

Usaha kerajaan Melaka untuk menjadikan negeri ini sebagai detinasi pelancongan memang dialu alukan. Maka berbagai tarikan telah dan sedang dirancang bagi mencapai harapan tersebut. Semua yang difikirkan boleh menambah bilangan pelancongan dimajukan atau yang sedia ada di baik pulihkan.

Terbaru, projek membina semula kota peninggalan penjajah Portugis - A'Famosa yang menelan belanja lebih RM12 juta.Tidak dinafikan sebagai bahan sejarah dan nilai dari segi pelancongan, ianya pasti memberi sedikit pulangan yang positif.

Namun sebagai rakyat Melaka adalah wajar kita mempersoalkan rancangan kerajaan negeri dengan bajet yang besar ini. Bagi saya A'Famosa adalah lambang keruntuhan kerajaan islam dan kesultanan melayu. Sejarah telah mencatatkan bahawa perundangan islam telah diguna pakai oleh kesultanan melayu Melaka yang agong. Maka ianya dicemburui dan dimusuhi barat dan kristian. Itulah alasan utama kenapa Melaka diserang dan dijajah. Kesan penjajahan itu hebat dan berakar umbi hingga kehari ini dan dalam segenap perkara.

Bukan sahaja memulakan penjajahan malahan Portugis memusnahkan sama sekali kesan keagongan empayer islam Melaka. Buktinya, tiada satu pun masjid lama di Melaka yang dicatat berusia lebih tua dari A'Famosa. Mungkinkah binaan masjid itu telah digunakan untuk membangunkan A'Famosa?

Beberapa tahun dulu pemuda UMNO Alor Gajah pernah menzahirkan kemarahannya dengan menghantar memorandum kepada sebuah Taman Tema di Melaka yang cuma membangunkan sebuah gerbang bercirikan A'Famosa. Alasannya sama seperti yang disebutkan diatas. Begitulah tingginya semangat patriotik di dada pemuda UMNO. Itu dulu, adakah semangat itu masih membara? Sama samalah kita menyaksikannya.

Dalam apa jua pembangunan yang dirancang, Haji Ali Rustam perlu mengambil kira sensitiviti dan manfaat kepada rakyat. Beberapa projek pelancongan yang dibangunkan beliau kini menjadi gajah putih dan menyakitkan mata. Mana ada pelancong yang melawat Masjid Selat Melaka?. Mana ada pelancong yang menyelusuri "kejernihan" air sungai Melaka?Berapa ramaikah pelancong yang telah melawat "keunikan" kg Morten, air terjun buatan di Bukit Sebungkor atau perigi Hang Tuah?

Begitulah banyaknya destinasi pelancongan yang telah disediakan kerajaan negeri, mudah-mudahan menjadi detinasi baru khususnya pada rakyat Melaka sendiri. Dan menjelang pilihanraya nanti Kelantan, Langkawi, Putra Jaya dan Medan mungkin tidak lagi menjadi sebutan penyokong setia idea dan parti ketua menteri. Melaka pun.....jadilah.
posted by jasindaily online @ 11:09 PM   0 comments
MAJLIS PERASMIAN KOMPAJ MERIAH BIARPUN HUJAN....
Khamis, Februari 22, 2007
OLEH : BUDI

Markaz PAS kawasan Jasin yang terletak di Simpang Kemendor kini telah berubah nama menjadi Kompleks PAS Kawasan Jasin (KOMPAJ) . Majlis perasmiannya telah disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat pada malam 18 hb Febuari 2007.

Turut hadir menyerikan majlis pada malam itu ialah Pesuruhjaya PAS negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Bin Abdul Rahman, pimpinan Badan Perhubungan PAS negeri Melaka, pimpinan kawasan dan cawangan - cawangan. Biarpun berlangsung dalam suasana hujan yang lebat namun hadirin tidak berganjak dan setia mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan itu hingga akhirnya.



Bersempena majlis perasmian itu, Tuan Guru telah melancarkan skim lot wakaf tapak KOMPAJ dengan harga RM 10 kaki persegi. Menurut setiausaha PAS kawasan Abdul Karim Kasim, beliau mengalu alukan pada semua agar dapat membantu PAS kawasan Jasin dengan cara membeli lot wakaf tersebut.

Tambah beliau lagi, "PAS kawasan bercadang membangunkan beberapa lagi prasarana seperti bangunan pentadbiran yang baru dan sebuah surau diatas tapak KOMPAJ tersebut bagi meningkatkan imej PAS dimata masyarakat dan melicinkan segala aktiviti atau program yang dianjurkan parti". Untuk keterangan lanjut berkenaan skim lot wakaf tersebut, bolehlah menghubungi beliau ditalian 0136212152.

Pada majlis yang bersejarah itu juga, Badan Perhubungan PAS Kelantan telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Melaka sebanyak RM30 000.00 dan sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Tuan Guru kepada Ustaz Abd Ghani Abdul Rahman selaku pesuruhjaya PAS negeri Melaka.

posted by jasindaily online @ 8:57 AM   0 comments
KEDATANGAN TUAN GURU NIK AZIZ DI MELAKA DAN MAJLIS PERASMIAN KOMPAJ






TARIKH : 17 FEBRUARI 2007
HARI : AHAD
MASA : 9:00 MALAM
posted by jasindaily online @ 8:46 AM   0 comments
MENUNGGU 'ILHAM' DARI PAK LAH.......
Sabtu, Februari 17, 2007
OLEH : BUDI
"Belum dapat ilham". Itulah jawaban pendek dari Pak Lah, apabila ditanya tentang tarikh pilihanraya umum. Istimewanya jawapan itu adalah kerana hanya dimiliki oleh Perdana Menteri Malaysia sahaja. Hampir semua negara yang mengamalkan demokrasi samada negara maju, sedang membangun atau mundur telah menetapkan tarikh pilihanraya mereka masing - masing.

Togo dan Zimbabwe dua Negara dari Afrika akan mengadakan pilihanraya pertengahan tahun ini. Begitu juga beberapa Negara di Asia Tengah yang telah lebih awal mendapat ilham untuk mengadakan pilihanraya.

Sama ada Pak Lah mendapat ilham atau masih menunggu jentera BN (termasuk SPR) cukup bersedia, pilihanraya tetap juga akan diadakan bila sampai tempohnya. Menjadi kelaziman BN akan mengadakan pilihanraya sebelum cukup tempoh atau penggal yang ditetapkan.

Namun bahangnya semakin terasa. Kenyataan dari MB Negeri Sembilan minggu lepas dan ingatan dari Rafidah Aziz cukup untuk menggambarkan ilham yang akan singgah dikepala Pak lah. Manakala UMNO diperingkat cawangan terutamanya "cawangan Kemas" telah mula sibuk menggerakan jentera mereka.

Persoalannya bila ilham itu akan datang? Ramai yang membuat ramalan penghujung tahun ini. Saya bersetuju dengan ramalan itu. Yang pastinya UMNO akan mengambil kesempatan dari semangat kemerdekaan ke 50 untuk menarik simpati pada perjuangan mereka. Lihat sahajalah bagaimana saban hari TV memainkan apa sahaja cerita berkaitan kemerdekaan. Kalau dulu kita diperkenalkan dengan "bulan kemerdekaan" tetapi sekarang kita ada "tahun kemerdekaan". Bukankah ini satu propaganda atau kempen halus yang direncanakan.

Pada hemat saya, pembangkang memiliki peluang yang agak baik pada pilihanraya umum akan datang. Banyak isu yang jika digarab dengan baik akan memberi masaalah besar pada pihak BN dan UMNO khususnya.Usaha PAS, Keadailan dan beberapa NGO memeboikot pilihanraya sangat kena pada masanya.Pun begitu tindakan susulan perlu digiatkan lagi. Tak cukup sekadar mengadakan "road shaw" malahan desakan yang lebih keras perlu dilakukan bagi memastikan pilihanraya berjalan dengan adil dan bersih dari sebarang penipuan.

Masanya semakin suntuk. Apakah tindakan seterusnya yang mampu kita lakukan bagi melihat segala tuntutan dipenuhi SPR. Atau kita telah bersedia dan merelakan dipatuk ular pada lubang yang sama buat seterus kalinya?
posted by jasindaily online @ 1:06 PM   0 comments
KEMENANGAN BESAR BN MENEWASKAN BUDAK KECIL DI BATU TALAM
Ahad, Februari 04, 2007
OLEH : BUDI

Sekali lagi BN mendabik dada apabila calon mereka Abdul Aziz Mat Kiram berjaya menewaskan anak kecil yang tidak berparti, Ng Chee Pang di Batu Talam. Kemenangan ini memang telah diramalkan banyak pihak samada penganalisa politik (yang bukan banduan) atau juga kaki judi yang menjadikan Batu Talam sebagai bahan pertaruhan.

Bagi yang berfikiran waras sebenarnya tiada apa yang boleh dibanggakan dengan kemenangan ini. Satu perlawanan yang nyata tidak seimbang dan melucukan. Itu pun BN terpaksa menggunakan segala kekuatan, tektik dan teknik serta tipu daya. UMNO sepatutnya malu dengan kemenangan ini. Masakan tidak, segala kekuatan telah dikumpulkan bukan sahaja untuk menang malah untuk meyakinkan dunia bahawa demokrasi wujud di Negara ini. Jika sungguh UMNO itu kuat, memadailah ia mewakilkan UMNO bahagian Raub sahaja untuk berdepan dengan anak bendahari DAP itu.


Kita pun maklum, PAS yang punya pengalaman dan jentera pilihanraya pun boleh "diperbudakkan" oleh UMNO dan rakan karibnya SPR, inikan pula calon bebas yang baru disahkan layak sebagai pemilih. Jangankan pengalaman bertanding, pengalaman mengundi pun tak ada. Saya sekadar membayangkan bagaimana mudahnya UMNO dan SPR menjalankan "urusannya" apabila tiada "poling" dan "counting" agen bagi pihak calon bebas.

Biarlah siapa pun yang menang bukan lagi persoalan utama, yang jelas penduduk Batu Talam telah mendapat pelbagai "kemewahan" dari pilihanraya kecil ini. Kata seorang sahabat "bukan senang hendak mendapat peruntukan segera melainkan ada pilihanraya". Itulah realiti demokrasi di Malaysia. Dan kita terus menanti apakah selepas ini ada kawasan lain yang akan dilimpahi rezeki?. Tahniah buat buat BN yang berhempas pulas untuk mengalahkan budak kecil.
posted by jasindaily online @ 12:34 AM   0 comments




Gratisan Musik

Image Hosted by bkrm.blogspot.com
>
KEMPEN JOM SERTAI PAS

MARI KITA SAMA-SAMA MENGHANGATKAN KEMPEN JOM SERTAI PAS YANG DIRASMIKAN OLEH PRESIDEN PAS PADA 27 DISEMBER 2008, UNTUK SEBARANG MAKLUMAT BOLEH HUBUNGI SEKETARIAT JASIN DI EMAIL dppkjasin@yahoo.com. SILA KLIK GAMBAR UNTUK DOWNLOAD BORANG KEAHLIAN AHLI
Diari Perjuangan

AKTIVITI TAHUN 2009

Air Mata Ulama'


PENAJA KAMI
BOX OFFICE PUNYER !!

Image Hosted by ImageShack.us

MASIH BUTAKAH KAMU MENOLAK KEPIMPINAN ULAMA' ?


Adakah dengan paparan video ini masih lagi membuatkan BN dan UMNO masih buta. Kamu yang rata-rata bangsa Melayu beragama Islam masih menolak Islam bahkan non muslim yang masih tidak mengerti apa itu Islam telah menyokong. Sayang sungguh kamu walaupun dilahirkan dengan secara terang dalam Islam tetapi kamu gagal menghiasi corak Islam yang sebenar..Malang sungguh Umat Islam di Malaysia di kala ini...

KEMPEN 1

Image Hosted by ImageShack.us .

KEMPEN 2

Image Hosted by ImageShack.us

TAK NAK BN !!








KENANGAN ALMARHUM USTAZ FADZIL MOHD NOOR


Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor adalah lambang pemimpin gerakan Islam dan ketua parti politik Islam yang bijak mengatur langkah dan memanfaatkan senario sekeliling SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH BELIAU !. Al-Fatihah

JAHANAM ISRAEL !!!!

DPPKJASIN

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JASIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS LINK, ARTIKEL DAN APA JUA BAHAN YANG BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM. SEGALA YANG DIPAPARKAN ADALAH MENJADI TEGURAN DAN RENUNGAN BERSAMA DALAM MENUJU KEARAH HIDUP SEORANG MUSLIM YANG MUKMIN

Name: Pemuda PAS Jasin
Home: Merlimau, Melaka, Malaysia
About Me:
See my complete profile
VIDEO JASINDAILY

USTAZ KAMARUDDIN SIDEK - MARKAS PAS BUKIT TEMBAKAU 13 JANUARI 2007

  • Ali Rustam Membazir Duit Rakyat
  • Isu Babi di Melaka
  • Pengalaman Bekas Paderi
  • Koleksi Ust Nasarudin Md Isa 1
  • Isu Murtad & IFC
  • Dasyatnya Malaysia Hari Ini
  • Merdeka Ala Sekular
  • NASYID MINGGU INI

    AL FATEH

    CORETAN YANG LALU
    WEB MELAKA
    WEB ALTERNATIF
    AUDIO DAN VIDEO
    WEB RADIO

    Pastikan anda mempunyai program Winamp, MediaPlayer atau RealPlayer untuk menjalankan Radio ini.
    IKIM.fm Malaysia
    [Winamp/RealPlayer]

    Tarbiyah.fmIndonesia
    [Winamp/RealPlayer]

    Nur IslamBrunei
    [Media Player]

    NoorRadio.fmU K
    [Winamp/RealPlayer]

    RadioIslam.fmChicago
    [RealPlayer]

    MISG.fmMISG Online
    [Winamp/RealPlayer]

    SEMAKAN DAFTAR ONLINE

    DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BAGI TEMPOH 1 APRIL HINGGA 3O JUN 2006 YANG TELAH DIPERAKUI PADA 24 JULAI 2006.BERKUATKUASA PADA TARIKH NOTIS DISIARKAN DALAM WARTA IAITU PADA 31 JULAI 2006.TUAN/PUAN BOLEH MENYEMAK DAFTAR TERSEBUT PADA BILA-BILA MASA SAMA ADA DI IBU PEJABAT SPR ATAU PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI ATAU MELAYARI LAMAN WEB SPR (KLIK DISINI @ LOGO DIBAWAH).

    POSTER ALTERNATIF


    TRAGEDI KAMPUNG BEREMBANG..Selepas tragedi keruntuhan Masjid Bujal di Terengganu, Kali ini penduduk Kampung Berembang menjadi mangsa kerakusan dibawah kerajaan yang dikatakan "ADIL DAN SAKSAMA" dalam membela rakyat, terbukti bahawa Kaum Melayu akhirnya merempat ditempat sendiri !!Klik pada gambar melihat situasi yang berlaku pada rakan kita di Kampung Berembang...

    BLOODY SUNDAY : 28 MAY 2006

    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    1427 Hakcipta Tak Terpelihara
    Di Kendalikan Oleh Lajnah ICT Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin (DPPKJASIN)
    Sekiranya anda ingin menyumbang artikel, berkongsi maklumat, cadangan atau teguran
    sila hantarkan ke alamat dibawah.
    E-mel : dppkjasin@yahoo.com