kalau ade yg masih pilih BN sbb nmpk bangunan yg tinggi2 or angkasawan malaysia pertama, die buta. kalau ade yg masih pilih BN sbb percaya kata pemimpin2 BN yg korup & bermoral tu, die langsung tak cerdik. kalau ade yg masih pilih BN sbb dpt duit byk, die mmg pentingkn diri sendiri. dh byk hak rakyat BN cabul. yg miskin makin tertindas. yg kaya makin tak sedar diri. maaf kalo terkasar bahasa tapi bahasa utk dirasa
IMAM AL-HADHARI
Benar kata – kata orang dahulu kala, orang yang lemah apabila terdesak akan bertukar menjadi manusia yang paling kejam. Pada hari ini orang yang rakus, tamak haloba, zalim, lembab dan yang sewaktu dengannya akan tetapi keadaannya lemah, apabila kejahatannya mula didedahkan dan dirinya tidak dapat membersihkan dirinya, maka diri itu akan menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk menutup para pejuang keadilan
Madah Perjuangan
ECER - KELANTAN
YAB TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT (MENTERI BESAR KELANTAN) BERUCAP KETIKA MAJLIS PELANCARAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA
Kami berusaha memaparkan berita2 terkini dalam usaha membuktikan bahawasanya Malaysia sememangnya tidak mengamalkan demokrasi sepenuhnya...kami berusaha memberikan gambaran yang terbaik kepada pangunjung sekalian...maaf jika banyak kekurangan..PULIHKAN DEMOKRASI, DAULATKAN ISLAM
AJK PAS PUSAT 2007-2009
BERITA BOX OFFICE
ALI RUSTAM DICABAR KUATKUASA PENGHARAMAN ARAK DI MELAKA
Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam digesa menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.
"Jika dia juga seorang pemimpin yang menghormati budaya Melayu dan agama Islam, kenapa dia sendiri tidak melaksanakan undang-undang pengharaman penjualan arak di negeri ini terlebih dahulu.
"Jika langkah itu tidak dilaksanakan di semua peringkat negeri, memadai ia dibuat di peringkat daerah demi membuktikan beliau benar-benar seorang pemimpin yang prihatin dengan umat dan agama Islam," kata beliau.
Beliau mencabar Ali Rustam melaksanakan pengharaman arak di negeri Melaka berikutan cabaran yang dibuat oleh Ketua Menteri itu supaya PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat kerana isu yang membabitkan penjualan arak di Selangor baru-baru ini.
"Beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di negeri ini dan dia berhak serta mempunyai kuasa untuk melaksanakannya."Jika tidak berani melaksanakannya, lebih elok dia tidak membuat sebarang komen atau mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat, jangan campur hal rumahtangga orang lain," katanya.
Sebelum ini, Ali Rustam mengeluarkan kenyataan mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kemelut yang melanda dengan isu penjualan arak di Selangor tetapi pada masa yang sama beliau hanya memejamkan mata sahaja terhadap lambakan penjualan arak di Melaka terutamanya di Melaka Raya.
ISTERI BEKERJA - DATO' SHARIZAT VS DR LO LO VS USTAZ ZAHARUDDIN
Khamis, Ogos 30, 2007
WAJARKAH SUAMI JADI SURI RUMAH? - FENOMENA SIHAT - SHAHRIZAT
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Lelaki ke dapur adalah satu fenomena yang sihat kerana ia mewujudkan perkongsian dan tanggungjawab dalam membesarkan anak serta mengurus rumah tangga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata, jika dahulu lelaki ke dapur dianggap tidak 'macho', tetapi sekarang ukuran tersebut telah berubah apabila semakin ramai golongan lelaki termasuk yang berpendidikan tinggi berbuat demikian.
"Bagi saya, sama ada wanita atau lelaki ke dapur bukan isunya. Yang mustahak ialah hormat yang diberi kepada pasangan kita.
"Kalau wanita duduk di rumah dan ke dapur pun, kalau kaum bapa yang bekerja tetapi tidak beri hormat, tidak patut. Samalah juga kaum bapa dia sendiri nak duduk di rumah, boleh, tetapi kita mesti hormat dia," kata kepada pemberita di sini, hari ini.
Shahrizat berkata, demikian ketika diminta mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia mengenai kemungkinan ramai lelaki terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan.
Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Profesor Ibrahim Abu Shah berkata, secara umumnya setiap universiti di negara ini memiliki jumlah pelajara perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelaki.
Disebabkan masalah itu, katanya, UiTM sudah lama memikirkan cara untuk menambah jumlah pelajar lelaki bagi memperbaiki komposisi pelajar mengikut jantina.
Menurut Shahrizat, ramai lelaki di kalangan pasangan muda sekarang ke dapur dengan sukarela dan bersama-sama mendidik anak serta menguruskan rumah tangga.
Fenomena itu sebaliknya kata beliau, tidak boleh dilihat pada zaman beliau dengan tiada lelaki hendak ke dapur.
"Saya tengok sekarang, banyak pasangan muda yang ke dapur, dia tolong jaga anak, bantu membuat susu anak dan mencuci lampin.
"Bukan ada polisi (menyuruh mereka berbuat demikian) tetapi mereka sendiri mahu mengecapi nikmat menjadi seorang ayah. Ini termasuklah menjadi sebahagian daripada proses pembesaran anak- anak.
"Mereka tidak melihat itu sebagai satu perkara yang merendahkan martabat mereka tetapi mereka hendak menjadi sebahagian daripada proses tersebut," katanya.
Shahrizat menjelaskan, secara tradisi wanita merupakan orang yang bertanggungjawab untuk ke dapur, mengurus rumah tangga dan membesarkan anak.
"Tetapi kaum bapa sekarang sedang merasai nikmat menjadi seorang ayah. Jadi, mereka tidak mahu melepaskannya," katanya.
Mengenai kekurangan pelajar lelaki di IPT, beliau yang turut bimbang dengan perkembangan itu bagaimanapun menegaskan, peluang pelajar perempuan tidak patut dikorbankan hanya kerana peratusan pelajar lelaki telah merudum.
Sebaliknya, Shahrizat yang menggesa semua pihak mengambil serius perkara itu, mahu satu jalan penyelesaian terbaik dicari tetapi tanpa menyekat peluang pelajar wanita.
"Zaman ini, kita tidak boleh lagi berbicara hendak meningkatkan standard wanita supaya mereka susah nak masuk (IPT) dan mengurangkan peratusannya.
"ita tidak boleh ada diskriminasi di negara ini. Sebaliknya, kita kena ada satu perancangan supaya pelajar lelaki boleh bersaing bersama pelajar perempuan.
"aya tidak rela melihat anak generasi muda daripada kaum lelaki terbiar, tetapi jangan sekali-kali mengorbankan kaum wanita hanya kerana hendak memastikan bilangan seimbang," egasnya.
WAJARKAH SUAMI JADI SURI RUMAH? - KELUARGA JADI PINCANG - DR. LO'LO'
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Keluarga akan menjadi pincang jika lelaki dibiarkan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ia amat bertentangan dengan agama dan fitrah kehidupan manusia kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Lo'Lo'Mohd. Ghazali.
Menurutnya, Islam sendiri telah menetapkan bahawa tugas utama suami ialah mencari nafkah serta menyediakan keperluan asas mengikut kemampuan masing-masing.
Kata beliau, golongan isteri hanya bersifat sebagai pembantu kepada suami dan mereka tidak seharusnya dibebankan dengan tugas menyara keluarga walaupun pendapatan yang diperoleh lebih tinggi.
"Perkara ini ada disebut dalam al-Quran dan oleh itu ia wajib dipatuhi. Fitrah ini tidak boleh diubah dan jika ia benar-benar berlaku pada masa depan kehidupan keluarga terlibat boleh menjadi pincang.
"Bagi saya bilangan wanita atau isteri profesional lebih ramai bukan satu masalah kerana dalam apa jua keadaan suami wajib menjalankan tanggungjawab mencari nafkah kerana ia merupakan tuntutan agama.
"Jenis pekerjaan tidak harus menjadi isu asalkan pekerjaan itu halal dan tidak bertentangan dengan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah bahawa ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan.
Ibrahim berkata, secara umumnya setiap universiti di negara ini memiliki jumlah pelajar perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelaki.
Dr. Lo' Lo' berkata, semua pihak harus sedar bahawa setiap peraturan dalam Islam ada hikmahnya dan jika ia diingkari boleh mendatangkan musibah.
Beliau sendiri, jelasnya, mempunyai kenalan wanita yang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dan berkahwin dengan lelaki berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Saya lihat keluarga mereka cukup bahagia walaupun pendapatan isteri lebih tinggi daripada suami. Dalam keadaan seperti ini apa yang lebih penting ialah persefahaman.
"Walaupun pendapatan suami tidak setinggi mana, suami tetap menjadi ketua keluarga dan kedudukan ini tidak akan berubah sampai bila-bila," katanya.
Beliau berkata, apa yang berlaku dalam keluarga kenalannya itu ialah suami tetap bekerja walaupun pendapatan isterinya besar.
"Saya tidak boleh terima suami duduk di rumah menjadi suri rumah. Mereka perlu bekerja walaupun pendapatannya tidak seberapa. Suami tetap kena bekerja.
"Kedudukan isteri yang lebih tinggi dari segi kewangan tidak boleh dijadikan alasan tanggungjawab serta tugas menyara keluarga diserahkan kepada isteri.
"Bagi isteri pula kita wajib patuh kepada suami walaupun kita ini golongan profesional. Saya sendiri masuk ke dapur walaupun saya seorang doktor kerana ia adalah tugas saya ketika berada di rumah," katanya.
Lelaki ke dapur jika perempuan kuasai universiti
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan.
ARTIKEL SAYA
Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz ( artikel ini pernah disiar di Metro Ahad & juga disiarkan di web Feb 2007 yang lalu )
"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.
"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.
"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.
"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.
"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.
"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang. "Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.
"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.
"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.
Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.
Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya ‘favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."
Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.
"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.
Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.
Lelaki Duduk Rumah Wanita Kerja?
Yakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; ia bersesuaian dengan hukum Islam yang asal iaitu kerja mencari nafqah buat keluarga adalah merupakan tanggungjawab asas kaum lelaki yang disebut oleh Allah sebagai salah satu faktor "qiwamah"nya. Malah terdapat pandangan yang menyatakan lelaki yang gagal menyempurnakan tanggungjawab ini bukan kerana uzur adalah suami yang NUSYUZ.
Ini bermakna jika menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki yang sudah berumah tangga (tanpa sebab yang diktiraf Islam) tidak bekerja mencari nafqah, wanita tidak pula diharamkan untuk bekejra jika menjaga hukum yang ditentukan Islam. Jika wanita bekerja, pendapatan itu adalah milik mereka dan tiada sebarang tanggung jawab untuk memberi makan kepada suami kecuali atas dasar ihsan sahaja.
Adakah lelaki yang sudi memakan belas ihsan isteri? sedangkan lelaki dipenuhi dengan ego yang cukup tinggi secara puratanya. Saya sebut ihsan kerana ia BUKAN TANGGUNGJAWAB ISTERI untuk memberikan suaminya yang sihat tubuh badan untuk makan dan pakaian.!
Iklan merdeka kat TV3 tu memang menonjolkan kejahilan penerbit dan memualkan penonton dari desas desus yg aku dengar,lepas adengan perang, jadi pula patung/tugu, lepas tu mai pulak dua ekor bagi kalungan bunga dan tabik spring. Mungkin pihak TV3 rasa bangga dgn slot tersebut ...
Aku terus jer tukar channel. Tapi aku heran, kenapa bila tiba waktu merdeka jer, mesti nak ada konsert melalak sana melompat sini. Buang duit bakar bunga api (duit tu kasi kat aku pun takper). Lepas konsert dan pertunjukan bunga api, ramai yang enjoy minum-minum todi kat pub2 & berfoya-foya dengan menggunakan Hari Merdeka sebagai sebabnyer.
Pada pendapat aku, orang2 yang camni belum merdeka lagi. tapi, masih di bawah penjajahan. malah lebih dijajah daripada ayah aku yang pernah hidup dalam zaman penjajahan dulu....
50 tahun merdeka.. aku tak tahu apa lagi yg melayu leh pertahankan. . kuasa? dah jelas kita makin bagi kuasa kat org lain.. kita pegang jadi ketua saja.. tapi bila bangsa pendatang yg buat kerja.. yg untung kaum pendatang laa..
lihat saja rezab melayu skrg.. dah tukar lagi undang2.. skrg nih rezab melayu dah boleh tukar taraf jadi freehold.. aku pun tak tahu berapa lama lagi kg baru boleh dipertahankan. .
Kuota melayu di universiti dah makin dipertikaikan. . makin mengecik.. pas tu agensi melayu (mara) buat institusi pendidikan guna duit melayu tapi dah buka pada bangsa pendatang..
bangsa pendatang kutuk pelajar melayu yg masuk ipta/ipts tuh kerna kouta melayu takder kualiti.. graduan melayu pulak ramai menganggur seolah2 membenarkan tempelak mereka..
skrg nih lesen kontraktor kelas F nak dibatalkan.. sedangkan kelas F paling banyak melayu.. bukan sengaja nak duk kelas F tapi masalah melayu yg paling besar modal..
peradaban melayu dah berusia lebih 1,400 tahun.. dari jumlah tuh lebih 500 tahun tanah melayu dijajah.. bermakna org melayu hanya merasa kebebasan kurang dari 900 tahun.. itu termasuklah tanah melayu nih merdeka semula dah 50 tahun..
kalau kita kira dari kesultanan melaka bermula lebih 600 tahun dulu atau mungkin dari kerajaan langkasuka yg dikatakan bermula 1100 tahun dulu atau mungkin jika berpandukan tinggalan di lembah bujang, peradaban melayu dah wujud sejak abad ke-2 lagi.. bermakna hampir 2,000 tahun dulu..
org melayu adalah org yg dah lama bertamadun.. hinggalah pada sekitar abad ke 14, kita mula dijajah.. dan bermulalah satu era baru bangsa melayu yg terjajah.. hampir 450 tahun.. hampir setengah abad kita dijajah.. terlalu jauh org melayu diubah, dicanai dan di'brainstorm' oleh para kolonial hinggalah menjadi seperti bangsa yg kita lihat pasca penjajahan sekarang.. 450 tahun mengubah melayu hingga kita begitu mirip dengan penjajah..
adakah kita boleh bangkit dalam masa 50 tahun? adakah kita mampu kembali gemilang menjadi bangsa melayu yg sebenat dalam masa 50 tahun? penjajah perlu masa 450 tahun.. berapa generasi melayu tuh?
kita bertanggungjawab atas pengisian kemerdekaan. . dan kita telah melakukannya dengan agak baik berbanding iran yang mempunyai peradaban gemilang selama 6,000 tahun.. berbanding ethiophia (dulu habsyah) yang mempunyai peradaban 3,000 tahun.. malah turkey yang dikatakan antara peradaban pertama di dunia..
kita dah melakukan pengisian dengan agak baik tapi belum cukup baik.. kalau dulu kita boleh berbangga dengan budaya kita, tapi kini budaya melayu hanyalah kosmetik.. digunapakai hanya untuk kegunaan rasmi.. malah ada diantara melayu yg malu nak berpakaian melayu di majlis rasmi dan berbangga dengan pakaian penjajah..
ini adalah peninggalan penjajah.. malah telah berkali2 dlm sirah Nabi saw mengkisahkan betapa pentingnya Islam mempunyai imej yg berbeza dengan para kafirun.. pengkisahan tentang janggut hinggalah kepada cara azan mengingatkan umat Islam akan waktu solat.. semua itu diperhalusi agar tidak menyamai perbuatan org kafir..
'reality-check' .. kita berjalan2 sejenak ke masjid putrajaya.. berapa ramaikah orang melayu yang boleh dibezakan dari segi berpakaian dengan para kafirun.. amat sedih melihat anak gadis melayu berseluar pendek dan berbaju t-shirt ketat memakai jubah yg disediakan oleh pihak masjid utk org2 kafir sebelum masuk ke perkarangan masjid..
itu dari segi luaran.. dalaman org melayu sendiri bagaimana? adakah hanya malas, dengki, dendam, dsb saja yang sinonim dengan org melayu? adakah ramah tamah kita tidak ikhlas? adakah sikap kurang ajar terhadap org yg lebih tua itu dianggap wajar? melayu hilang ruh..
'reality-check' .. kita habiskan pula waktu kita di dataran merdeka di malam kemerdekaan. . rata2 anak2 melayu menunggu bunyi jam di bangunan sultan abdul samad berdentang jam 12mlm dan terkinja2 keseronokan bercampur lelaki perempuan.. apa yg melayu? yg mana sifat melayu?
dari konsert jalanan yg bertebar sekitar kuala lumpur bermula dari sebelum maghrib.. hingga pesta bunga api di tgh malam.. lumba haram selepas tamat konsert.. seterusnya berdedai2 anak2 melayu pulang selepas subuh.. sampah sarap yg tinggal dipagi hari sebagai habuan kepada dewan bandaraya.. inikah bentuk generasi yg dipertanggungjawabk an kepada kita.. masih besar dan banyak lagi tugas yg perlu kita lakukan..
bukan aku memperkecilkan pahaman bahawa kita harus kembali kepada Islam dan mengaku Islam.. mengaku Islam lebih penting dari mengaku bangsa melayu.. tetapi ini akan tambah mengelirukan generasi muda.. jika mereka mengaku Islam.. Islam yg bagaimana? Islam arab saudi kah? iran kah? turkey kah? syiria kah? jordan kah? kerana bangsa itu adalah fitrah manusia..
malah ketika daulah Islam di zaman Nabi saw sendiri mengakui akan keberadaan bangsa.. arab, parsi, turk, habsyah, dsb.. malah di kalangan kaum arab juga diperakui akan perbezaan kabilah.. tetap mereka berpegang pada Islam.. tapi tidak mereka menidakkan bangsa mereka.. malah ketika Saad bin Waqas memegang tanggungjawab dakwah hingga ke negeri China, tidak dia mengubah identiti bangsa..
kerna itu penting kita menguatkan semula bangsa melayu dengan Islam.. bukan menolak bangsa dan hanya mengambil agama.. Islam adalah jiwa dan melayu aadalah raganya.. kemanakah kita isikan jiwa jika kita kehilangan raga..
ini cabaran pengisian kemerdekaan. . pengisian jiwa Islam dalam raga melayu.. maka penting kita kenal apa itu melayu.. raga melayu harus dibersihkan dari penjajahan.. kita harus kembali menjadi melayu untuk mempertahankan Islam.. kembalikan ruh Islam ke dalam jiwa melayu.. insya-Allah. .Inilah yg perlu difikirkan oleh orang Melayu Islam bukannya memilih pemimpin yg pandai bermain kosmetik untuk mencantikkan peribadi diri tetapi disebaliknya penuh dengan kerja2 mungkar.Penyeleweng an,salahguna kuasa,rasuah, membolot kekayaan negara utk diri dan keluarga serta para kroni sedangkan rakyat ditinggalkan dgn seribu masaalah yg perlu dihadapi.
Tahun ini Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 50. Menjelang tarikh 31 Ogos pelbagai persiapan telah diadakan.Malahan ianya telah dimulakan sejak awal tahun lagi. Apa istimewanya sambutan kali ke 50 ini sehingga kerajaan sanggup mengeluarkan jutaan ringgit untuk perayaan? Mungkinkah kerajaan ingin mengambil kesempatan daripada "mood patriotik" rakyat untuk mengadakan pilihanraya umum. Apa saja boleh dan tak salah untuk kita andaikan. Rakyat Malaysia yang "cerdik" tentu tahu ini satu temberang.
Buat beberapa tahun kebelakangan ini tema sambutan kemerdekaan adalah "kerana mu Malaysia". Saya tidak pasti berapa tahun tema ini dikekalkan. Begitu pun tahun ini temanya bertukar menjadi "Malaysia ku gemilang". Adakah kerana kepakaran rakyat Malaysia dalam meletupkan bom atau tingginya "mutu" permainan bolasepak negara menjadi faktor kegemilangan tersebut? Hanya Pak Lah yang tahu.
Dari lipatan sejarah kita dikhabarkan bagaimana kesungguhan dan pengorbanan generasi terdahulu yang berusaha memperjuangkan kemerdekaan memang kita sanjung dan akui. Pada hari ini adakah benar semangat patriotik itu menyelinap dihati sanubari kebanyakan rakyat Malaysia ?? Saya sekadar mengambil contoh sambutan nostalgia kepulangan Tunku Abdul Rahman dari London yang diadakan di Melaka baru - baru ini.
Bagi memeriahkan sambutan pada malam itu para pelajar sekolah dan juga penduduk kampung telah dikerah untuk hadir. Saya dimaklumkan oleh kawan - kawan yang hadir bahawa mereka telah disediakan dengan bas percuma dan wang saku sebanyak RM 10. Manakala pelajar sekolah asrama yang dipaksa kesitu, mendapat sehelai baju T-shirt putih untuk dipakai bagi menggambarkan suasana tahun 50an itu.
Dikampung saya sendiri ahli - ahli UMNO telah mula diangkut ke Padang Pahlawan seawal pukul 6 petang lagi. Yang malang dan sedih menurut seorang teman yang pergi, pada hari itu mereka tidak bersembahyang maghrib. Katanya tak sempat almaklumlah nak sambut imam hadhari yang baru pulang dari bulan madu.
Saya tidak nampak apa keperluannya sambutan tersebut, selain mendengar ucapan dan melihat Pak Lah menaiki kereta klasik kemudian melaungkan perkataan MERDEKA dan seperti biasa (seolah-olah wajib) pengunjung dihiburkan dengan persembahan artis.
Begitulah UMNO melalaikan penyokongnya konon membangkitkan semangat patriotik. Bangunan perniagaan diarahkan memasang bendera, anak- anak mendapat bendera percuma untuk dipasang pada basikal masing-masing, pemuda UMNO dikampung ada habuan memasang bendera sepanjang kampung, betulkah semangat mereka itu? Cuba kita bayangkan bagaimana jika tiada kempen memasang bendera, rakyat tetap menaikan jalur gemilang dengan bangganya, itu baru petriotik.. Selamat menyambut hari kemerdekaan.
Bukit Katil, Dewan Pemuda Pas Kawasan Jasin sekali lagi mempamerkan keunggulannya apabila kedua-dua peserta yang mewakili Kawasan Jasin berjaya menduduki tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan Pidato Kemerdekaan Peringkat Negeri Melaka. Pertandingan yang julung kali diadakan itu dianjurkan oleh lajnah Penerangan dan dakwah Dewan Pemuda Pas Melaka dimana ia bertujuaan mencungkil bakat baru untuk diketengahkan sebagai tenaga penceramah PAS .
Peserta dari kawasan Tangga Batu, Sdr Shafiq Bin Ismail telah diistiharkan sebagai johan dengan membawa pulang piala, wang tunai dan sijil penyertaan, sementara naib johan dan pemenang ketiga dimenangi oleh Sdr Abdul Salam Bin Yaakob dan Sdr Zaili Bin Mohd Imbiah. Kedua-dua peserta tersebut dari Kawasan Jasin. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin Bin Sidek.
Pengarah program, Ustaz Adnan Bin Ibrahim melahirkan rasa kesyukuran kerana program berjalan dengan lancar biarpun terdapat gangguan bekalan letrik semasa pertandingan berlangsung. Namun kecekapan petugas PAS berjaya memulihkan segera keadaan dengan mendapatkan bekalan dari 'generator'.
Menurut beliau lagi, "johan bagi pertandingan ini akan mewakili negeri Melaka kepertandingan peringkat pusat yang akan diadakan pada 25 ogos 2007 di Kuala Lumpur. Dengan adanya pertandingan ini, membuktikan PAS di negeri Melaka ini tidak ketandusan penceramah untuk diketengahkan. Insya-Allah, pemenang pada pertandingan ini akan diberi peluang berceramah dimana mana majlis yang dianjurkan parti."
Ketua Dewan Pemuda Kawasan Jasin, Sdr Aminudin Abd Jalil yang turut hadir memberikan sokongan pada malam itu menyarankan agar pertandingan ini dijadikan acara tahunan dan dikembangkan diperingkat kawasan. "Disinilah sebenarnya tempat untuk mengasah bakat, berlatih dan seterusnya mempersiapkan diri untuk turun kepentas yang sebenarnya dalam perjuangan islam ini", tegasnya.
KUALA LUMPUR : Satu undang-undang akan digubal khusus untuk menangani perkhidmatan bank sperma yang ditawarkan hospital swasta negara ini bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat, khususnya umat Islam. Setakat ini tiada peruntukan undang-undang yang menghalang perkhidmatan hospital swasta menawarkan sperma kepada pasangan tidak subur mendapatkan zuriat, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan sudah mengharamkan perkhidmatan bank sperma. Malah, mana-mana pasangan di negara ini boleh memilih sperma mengikut cita rasa masing-masing berpandukan latar belakang penderma sperma yang direkodkan pihak hospital untuk rujukan mereka yang berminat mendapatkannya.
Sebelum saya mengulas panjang tentang masalah ini, marilah kita perhatikan Hadith Nabi SAW yang menjelaskan tentang perkahwinan ketika zaman Jahiliyyah. Di zaman Jahiliyyah terdapat 4 jenis perkahwinan yang terdapat percanggahan dengan Syariat Islam kecuali satu yang dipraktikkan oleh masyarakat tersebut, iaitu:
Satu : Seorang lelaki menemui seorang lelaki lain untuk melamar atau mengahwini wanita dibawah jagaannya. Perkahwinan ini sah sekiranya berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam.
Dua : Seorang suami menyuruh isterinya yang baru suci daripada haid pergi kepada seorang lelaki yang pandai dan tubuhnya gagah. Isteri tersebut hendaklah melayan kehendak lelaki tersebut sehinggalah tanda-tanda hamil nampak pada isteri tersebut. Apabila tanda-tanda kehamilan sudah jelas, isteri tersebut akan kembali ke pangkuan suami. Pernikahan haram (penzinaan) ini adalah bertujuan untuk mendapatkan keturunan yang cerdik dan gagah. Perkahwinan ini adalah haram kerana menyerupai zina.
Tiga : Sekumpulan lelaki tidak melebihi 10 orang berzina dengan seorang perempuan secara bergilir-gillir. Apabila bayi tersebut dilahirkan, lelaki-lelaki tadi dipanggil semula oleh perempuan tersebut, lalu dia berhak memilih salah seorang daripada mereka yang dia paling sukai sebagai bapa kepada bayi tersebut. Seterusnya, bayi tersebut dinasabkan dengan lelaki yang dipilih tadi. Perkahwinan cara ini juga diharamkan di dalam Islam.
Empat : Seorang pelacur wanita meletakkan bendera di pintu rumahnya sebagai tanda persediaan untuk menerima lelaki yang ingin melacurinya. Apabila pelacur tersebut melahirkan anak, semua lelaki yang pernah melacurinya dipanggil lalu seorang pakar pemerhati (saintis DNA di zaman sekarang) menentukan bapa terhadap bayi tersebut berdasarkan lelaki yang paling mirip dengan bayi tersebut. (1)
Kesimpulannya, keempat-empat perkahwinan di zaman Jahiliyyah yang telah dinyatakan oleh Nabi SAW adalah bercanggah dengan tatatertib perkahwinan dalam Islam, kecuali cara perkahwinan yang pertama, yang biasa diamalkan di merata tempat dan tiada sebarang percanggahan dengan perkahwinan dalam Islam sekiranya mencukupi syarat dan rukun sepertimana yang sudah sedia maklum.
Apa yang ingin dijelaskan di sini, ialah persamaan yang berlaku di seluruh dunia, di mana pengamalan-pengalam an ini telah dilakukan oleh Masyarakat Jahiliyyah yang tiga daripadanya telah diharamkan oleh Allah SWT. Tetapi hari ini Bank Sperma yang telah dilaksanakan oleh hospital-hospital swasta ini seolah-olah mempermainkan pengharaman yang telah dilarang oleh Nabi SAW.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail berkata kepada Berita Harian "Apa yang penting, saya tidak mahu perkara ini mengundang spekulasi yang boleh mencalar imej perubatan di negara ini"
Berita tersebut menyatakan lagi,
Kebanyakan pasangan yang mendapatkan khidmat bank sperma ini biasanya sudah berputus asa untuk mendapat zuriat selepas menjalani pelbagai rawatan termasuk program persenyawaan benih luar rahim (IVF) dan suntikan sperma intracytoplasmic sperm injection (ICSI).
Inilah kehidupan manusia hari ini yang boleh disaksikan di Negara Malaysia "yang menjadi contoh". Manusia berputus asa dengan ketentuan Allah SWT, Adakah mereka tidak tahu bahawa di sana terkandung hikmah disebaliknya? Adakah kerana tidak mempunyai anak, Allah dipersalahkan?
Berita tersebut menyatakan lagi,
Beberapa hospital swasta yang dihubungi menjelaskan, bank sperma mereka tidak akan melaksanakan kaedah berkenaan kepada pasangan Islam walaupun ramai yang membuat permohonan.Sumber memberitahu, sperma yang dibekalkan kepada pasangan yang berminat adalah daripada jenis 'terpilih' dan kualitinya terjamin.
"Kami memilih sperma daripada individu yang memiliki kriteria ditetapkan. Antaranya berpendidikan tinggi sekurang-kurangnya ijazah, berwajah tampan, selain mengutamakan jenis warna rambut dan anak mata.
"Kami juga akan mengesyorkan sperma penderma yang mempunyai iras wajah suami atau isteri misalnya, bentuk muka, mata, bibir dan hidung bertujuan memastikan anak yang bakal lahir mempunyai sedikit persamaan dengan pasangan itu," katanya.
Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah,
Adakah masyarakat bukan Islam bersetuju dengan Bank Sperma ini?
Sekiranya perkhidmatan haram ini tidak dibuka kepada masyarakat Islam, adakah ini bermakna masyarakat bukan Islam boleh mengamalkannya? Saya yakin, sekiranya perkara ini berleluasa, walaupun tidak dibuka kepada masyarakat Islam, ia pasti akan menjadi masalah ketika seseorang ingin memeluk agama Islam. Inilah racun yang cuba disuntik bagi memastikan masyarakat Malaysia yang "berbilang bangsa" akan celaru dan rosak.
Sekiranya masyarakat bukan Islam bersetuju dengan Bank Sperma ini, ini bermakna mereka turut bersetuju dengan ZINA. Adakah mereka sanggup melihat anak yang lahir daripada rahim isteri mereka, bukanlah anak mereka yang sebenar? Perhatikanlah wahai "MANUSIA YANG MEMPUNYAI AKAL"
Sekiranya tidak berlaku sebarang kecelaruan nasab, adakah Islam boleh melonggarkan pengharaman Bank Sperma?
Tidak! Pengharaman Bank Sperma bukanlah disebabkan kecelaruan nasab semata-mata, akan tetapi pengharamannya adalah suruhan daripada Allah SWT. Malah, kecelaruan nasab adalah hasil daripada kelakuan tersebut, bukanlah sebab ia diharamkan. Anda jangan terkeliru.
Adakah daging babi diharamkan kerana virusnya? Tidak! Daging babi tetap DIHARAMKAN walaupun virusnya berjaya dihapuskan. Inilah contoh yang boleh dikaitkan dengan penjelasan Bank Sperma tadi.
Kesimpulan
Malaysia sudah penuh dengan kecelaruan dan kebobrokan yang sangat jelas, siapakah yang harus menghalangnya? Adakah hanya tunggu Imam Mahdi di akhir zaman? Perkara yang HARAM semakin diHALALkan, zina hakiki semakin menye lina p di masuk sebagai zina tersembunyi.
Mengapakah mereka yang berkuasa untuk mencegahnya, kecut telur untuk menanganinya? Bank Sperma bukan hanya merosakkan keturunan masyarakat Malaysia, akan tetapi keburukan yang lebih besar akan timbul, samada melalui harta warisan, perkahwinan dan sebagainya yang turut diamalkan oleh masyarakat bukan Islam di negara ini.
Kata Mat Taib yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia:
Penulis blog politik yang mengkritik pemimpin kerajaan sebenarnya adalah pengecut kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka serta mengunakan laman web yang beralamat di luar negara.
Tambah beliau:
Sebab apa saya katakan mereka pengecut kerana mereka tidak berani mengunakan alamat di dalam negara ini sebaliknya mengunakan alamat luar negara untuk menghentam pemimpin negara kita.
Saya merasakan serangan Mat Taib ini dijurus ke arah seorang penulis sahaja iaitu Raja Petra pemilik laman web Malaysia Today. Sebelum ini kita dengan penulis blog dikatakan goblok, monyet dan terbaru dari Mat Taib ini pengecut pula.
Terdapat kenyataan dari Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengatakan Umno telah tewas dalam peperangan di alam siber atau alam maya walaupun kononnya menang di alam nyata.
Bagi saya alam maya sebenarnya menjadi puaka bagi Umno kerana alam ini bebas, tiada kawalan, tiada sekatan. Bayangkan jika media massa yang ada, benar-benar sebebas sebagaimana alam maya? Kalau akhbar dan TV kita sebebas-bebasnya saya yakin Umno bukan hanya akan tewas dan kecundang di alam maya, di alam nyata pun mereka akan tersungkur!
Kalau Malaysia Today sahaja pengecut (mengikut Mat Taib) bermakna laman web dan penulis blog lain tidak pengecut. Maka sepatutnya semua yang lain lebih bersemangat dan terus menulis sebagaimana yang bekas PM Tun Dr Mahathir pernah pinta. Mat Taib hanya SINGLE OUT Raja Petra, oleh itu tidak secara langsung Mat Taib iktiraf yang lain tidak pengecut, ayuh terus menulis sahabat-sahabat yang lain.
2. Amin Iskanda3 @ Black
Mat Taib kata penulis blog Pondan!! post info By aminiskandar Categories: Pilihanraya, Semasa and Politik
Mat Taib buat hal lagi. Kali ini dia kata penulis-penulis blog pondan. Sila klik disini. Siapa yang pondan? Setahu saya Mat Taib yang pondan. Nak pegi buat laporan polis pun kena bawak ramai orang. Dah tu, tak tahu nak guna internet pula.
Hanya semata-mata kerana mahu membodek Pak Lah dan Khairy, Mat Taib telah menyebabkan ramai orang hilang hormat kepadanya.
"Inikah sifat anak jantan? Ini bukan anak jantan, ini pondan. Mereka (penulis blog) guna alamat luar negara. Berani pula kata tiada siapa boleh sentuh mereka, tiada siapa boleh heret mereka ke mahkamah kerana tiada undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas sesi perjumpaan pemimpin Penerangan Umno Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. (KLPOS)
Apa yang beliau nak buktikan? Kalau Mat Taib benar-benar anak jantan, jangan gunakan jentera kerajaan dan polis untuk berhadapan dengan penulis blog. Upahlah sesiapa untuk buat satu blog atau website, kita berdebat di alam cyber ini.
Kalau guna jentera kerajaan dan polis, Mat Taiblah PONDAN nombor satu dalam negara!!!
Bila sebut JAIM (Jabatan Agama Islam Melaka) ramai yang mengetahui isu membabitkan JAIM yang berperang dengan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Melaka. Pembicaraan seterusnya akan diadakan pada 28 Ogos ini. Tapi kali ini bukan isu antara JAIM dan PASTI yang hendak dibangkitkan tetapi apa yang saya mahu paparkan ialah kegagalan pihak pengurusan JAIM mendirikan Tadika nya yang bertempat di Jalan Batu Gajah Merlimau.
Melalui sumber yang diperolehi setelah hampir 3 tahun, tapak pembinaan Tadika JAIM sudah dipenuhi lalang dan Papan tanda yang sudah hampir 3 tahun usianya hampir ditutupi lalang. Dimanakah hilangnya pengurusan JAIM ?? adakah disebabkan terlalu asyik ber'perang' dengan budak-budak PASTI pihak JAIM terus gagal menjalankan tanggungjawab mereka?? Apa mahu jadi dengan si JAIM ni, cakap aje bergegar tapi ekor bergelumang tahi...
Merlimau, Majlis tahunan Ihtifal Pasti kawasan Jasin 2007 berjalan dengan meriah dan lancar biarpun hujan turun dengan lebatnya dipertengahan majlis berlangsung.Pada tahun ini Pasti As Solihin – Merlimau telah dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis tersebut.
Jawatankuasa Pasti As Solihin juga telah menyumbangkan seekor lembu untuk dijadikan hidangan kepada semua tetamu pada hari tersebut. Dengan prasarana yang baik juga bangunan surau yang baru diperbesarkan memudahkan pertandingan dipindahkan kedalam surau apabila hujan mula turun.
Lima acara telah dipertandingkan iaitu hafazan,bercerita dari kisah al Quran,sajak, azan dan nasyid. Bagi ihtifal tahun ini Pasti Nurul Iman – Simpang Kemendor telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Manakala Pasti Al Hasanah –Sebatu telah menunjukan prestasi yang memberansangkan dengan menjadi johan bagi pertandingan nasyid biarpun cuma memiliki hanya 10 orang pelajar sahaja.
Pengerusi Jabatan Pasti, Dewan Pemuda Pas kawasan Jasin, Sdr Lokman Bin Md Daud melahirkan rasa kesyukuran kerana majlis tersebut berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut terutama jawatankuasa Pasti As-Solihin dan juga pihak pengurusan Tahfiz as solihin yang memberikan kerjasama.
Tambah beliau lagi, "Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya dan semoga terus berjaya juga pada pertandingan diperingkat negeri nanti. Saya juga yakin Pasti kawasan Jasin akan memberikan saingan terbaik diperingkat negeri nanti dan seterusnya membawa pulang piala 'johan keseluruhan' yang baru diperkenalkan tahun ini."
TERKINI : ULASAN KETUA DPPNM BERKENAAN ISU ALI RUSTAM
Isnin, Ogos 13, 2007
Apa nak jadi dengan si Ali Rustam ni...dah dok berjangkit dengan penyakit Pak Lah yang suka merewang ke sana ke mari...abis duit rakyat diperabih oleh dia dan konco-konconya tapi si rakyat Melaka masih setia menyokong BN & UMNO walaupun kepala mereka dipijak2 sampai leper..malang sungguh pemikiran orang melayu yang begitu mudah dijajah oleh UMNO dengan hanya memperolehi parit, jalan, kain pelekat, t-shirt dacing, wang RM200.00 maka maruah orang melayu dapat dibeli..malang sungguh kaum melayu..bila depa nak berubah ???
Tontonilah rakaman ulasan dari Ketua DPPN Melaka, Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek berkenaan isu lawatan Ali Rustam bersama sekutunya ke luar negara. Sila rujuk pada ruangan "Video Jasindaily" untuk melihat & mendengar segala informasi terkini.
Datanglah beramai-ramai ke Ceramah Umum yang akan disampaikan oleh Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi (Timb. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) bertempat di Parit Perawas, Sg Rambai Melaka bertarikh 10 Ogos 2007 (Jumaat).
Mari kita sama-sama hadir bagi mendengar kupasan dari beliau berkenaan isu sekarang yang penuh kehangatan sempena bahang pilihanraya umum yang tidak lama lagi. Salam perjuangan
Pasar Umbai yang dibina hampir setahun lebih semakin suram dengan kehadiran pembeli. Tinjauan seorang sahabat mendapati cuma terdapat seorang peniaga ayam sahaja yang berniaga di situ setelah hampir setahun lebih, ramai peniaga lain tidak berani memulakan perniagaan kerana bakal berdepan dengan kerugian.
Justeru, jika keadaan sebegini berlarutan maka tidak mustahil Pasar baru Umbai ini bakal kehilangan peniaga tunggal akibat masalah yang membelengu sekarang ini. Apakah usaha yang dijalankan oleh Majlis Pembandaran Jasin (MPJ) bagi menarik minat peniaga untuk berniaga disitu ??? Adakah kajian dijalankan sebelum pembinaan Pasar baru Umbai dijalankan dan adakah bancian berkenaan dengan hasil pendapatan yang diperolehi oleh peniaga disitu mampu menampung sewa Pasar dilakukan ?
Merujuk kepada seorang peniaga yang tidak mahu dikenali menerangkan bahawa MPJ kononnya telah menaik taraf tapi tiada apa-apa perubahan berlaku, seolah-olah tiada idea untuk memajukan para peniaga khususnya orang Melayu, banyak pekan terbiar tidak dimajukan, contohnya Pekan Serkam dan Tedong yang kini sudah menjadi sejarah.MPJ memilih tempat untuk dimajukan seperti Ikan Bakar Terapung, sedangkan di tempat lain tiada apa-apa perancangan
Ketika diajukan mengenai lokasi Pekan Umbai yang baru, beliau berpendapat sepatutnya MPJ memperbanyakkan promosi dan mengambil tindakan segera terhadap aduan mengenai kerosakan atau masalah longkang tersumbat di Pasar Baru Umbai kerana perkara itu telah berlarutan sekian lama.
Sebelum ini ada peniaga sayur dan ikan cuba menjalankan perniagaan tetapi tidak dapat bertahan lama kerana tiada pelanggan masuk ke pasar yang tersorok dan busuk itu.Kepada MPJ cukuplah dengan pelbagai isu yang dibangkitkan dan cuba jangan biarkan diri terpalit dengan propaganda yang boleh mendatang aib kepada anda kelak..!!
TERKINI : ULASAN KETUA DPPNM BERKENAAN ISU BABI DI MELAKA
Rabu, Ogos 08, 2007
Saksikan rakaman video terkini Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek ( Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka ) melalui kupasan isu kandang babi di Melaka yang sedikit sebanyak telah mengugat UMNO dan BN di Melaka.Dalam meraih sokongan dari kaum Cina, Ali Rustam sanggup menggadai segala-galanya. Apa yang sanggup digadaikan ?? sama-sama tontonilah rakaman ini. Sila rujuk pada ruangan "Video Jasindaily" untuk melihat & mendengar segala informasi terkini.
Terlebih dahulu saya memohon jutaan kemaafan kerana kegagalan untuk mengemaskini laman ini selama dua hari berikutan diri ini yang terpaksa menghadiri kursus. Insya-Allah laman ini akan beroperasi seperti biasa pada hari ini. Terima kasih diatas segala sokongan yang diberikan oleh sahabat/sahabiah sekalian diatas kunjungan kalian ke laman ini. Alhamdulillah sepanjang minggu lepas rating laman ini meningkat hampir ke angka 200. Moga ia berkekalan dan doakan agar kami dapat terus beristiqomah dalam menyalurkan maklumat yang berkaitan isu tempatan mahupun luar negara.
Akhir sekali kami sentiasa mengalukan sokongan dari pengunjung sekalian. Kalian semua yang memberikan kami rentak kepada kami agar sentiasa bergerak bagi memastikan "SALURAN INFORMASI TERKINI" terus berkemundang di alam cyber dalam usaha mengupas isu2 yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan UMNO & BN serta kegagalan mereka mempertahankan hak2 rakyat di Malaysia khususnya di Melaka. Salam Perjuangan.
Gambar ini dirakam bertempat di Jalan Kilang Berapi di kawasan Industri Merlimau, Melaka. Apa yang sahabat sekalian dapat melihat ialah situasi tersebut tidak melambangkan sikap prihatin Majlis Pembandaran Jasin (MPJ). Kenapa sampah dibiarkan bersepah sehingga sedemikian rupa. Tiadakah tindakan diambil? atau adakah lori pengangkut samaah sudah rosak seperti mana malangnya nasib si helikopter Nuri yang sudah luput usianya??..lebih membahayakan ialah sampah yang dibuang telah dibakar...bukankah perkara ini merbahaya.?.tidak mereka terfikir akan kesan jika perkara ini dilakukan....
Perkara sedemikian sedikit sebanyak telah menjejaskan pemandangan kawasan terbabit bahkan kawasan tersebut merupakan kawasan lalu lalang pekerja industri serta penduduk yang tinggal diperumahan terbabit. Nampak gayanya MPJ masih gagal mengikut kehendak kerajaan negeri yang kononnya berusaha mencantik & menceriakan negeri Melaka bagi menambah jumlah pelancong ke negeri Hang Tuah ini. Cakap je lebih tapi habuk pun tarak....Sendiri mau ingatla.!!!..
Gambar ini dirakamkan oleh seorang sahabat dan dikirimkan kepada saya. Untuk pengetahuan, gambar ini dirakam di sebuah gereja yang berhampiran dengan pekan Merlimau, Jasin Melaka, bersebelahan dengan stesen minyak BHP. Di dalam kawasan gereja tersebut terdapat sebuah tadika dimana bangunannya bercantum dengan gereja tersebut.
Satu lagi sumber yang diperolehi dari seorang 'informer', hasil tinjauan beliau, beliau mendapati hampir sepuluh orang kanak2 berbangsa Melayu dan semestinya beragama Islam belajar di tadika tersebut.
Di sini saya lampirkan dua keping gambar sebagai bukti bahawa terdapat segelintir ibubapa yang tidak faham Agama Islam menghantar anaknya ke tadika tersebut. Apa yang mengusarkan hati saya ialah sikap ibu bapa yang tidak prihatin boleh mengakibatkan si kanak2 tersebut boleh berpaling akidahnya dari ajaran Islam. Kenapa JAIM tidak memantau perkara ini dan tidakkah maklumat ini diperolehi oleh JAIM ??. Jangan terlalu asyik handak ber'perang' dengan PASTI di Melaka. Laksanakan tanggungjawab dalam membela akidah umat Islam yang kian terhakis dalam jiwa mereka.!!!
Jasin : "Kami perlukan perhatian daripada pihak yang bertanggunjawab ", begitulah keluhan seorang peniaga di Medan selera Water Front , ketika menjawab pertanyaan wakil kami ketika mengadakan tinjauan di kawasan seliaan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) baru-baru ini.
Berdasarkan tinjauan dibuat baru-baru ini, prasarana yang terdapat di Medan Selera tersebut begitu menyedihkan dengan ketiadaan kemudahan kipas angin untuk pelanggan , kebersihan yang dibawah tahap minimum yang mengundang masalah bau busuk dan kotor seterusnya mengundang kehadiran lalat yang mencacatkan lagi keselesaan pengguna.
Bukan itu sahaja , masalah bertambah rumit lagi apabila pihak MPJ , telah menutup tandas awam sekaligus menyebabkan bekalan air untuk kemudahan pelanggan terjejas dan ini jelas menyusahkan peniaga untuk air untuk kegunaan awam.
Masalah ini jelas membuktikan kegagalan MPJ menyediakan prasarana yang baik untuk peniaga-peniaga melayu di situ. Malah kedudukannya yang tidak strategik , dengan tanda susur masuk yang tidak membantu bagi menarik minat atau perhatian pelanggan untuk ke Medan Selera Water Front tersebut.
Menurut seorang pelanggan luar, Encik Firdaus Hadi, 25, ketika sampai di sini beliau tercari-cari jalan masuk. Apabila sampai pula ianya agak tidak munasabah kerana tiada langsung pintu masuk yang khusus yang boleh mempermudahkan pelanggan ke situ.
Sementara itu seorang peniaga enggan dikenali menyatakan kekesalannya kerana kegagalan MPJ menyediakan kemudahan asas di sini.
"Sewa dikenakan hampir Ringgit Malaysia 300 sebulan , kipas tak ada , air tak ada , kawasan pelanggan kotor dan tidak terurus ,dah lah tandas pun tak boleh guna , sewa kena bayar kata nak tolong orang melayu macam ni ke," kata peniaga tersebut dengan serius.
Sementara itu Setiausaha Lajnah Penerangan Negeri, Ustaz Khirul Che Salleh berkata, sepatutnya Majlis Pembandaran Jasin mesti peka akan kelemahan dan kecacatan yang berlaku dalam linkungan perimeter penguatkuasaan mereka , jangan tahu mengenakan cukai , sewa dan pelbagai lagi peraturan yang membebankan rakyat tetapi tidak menjaga kebajikan mereka.
Berikutan dengan itu , beliau memberi jaminan bahawa maklumat yang diperolehi ini akan dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan dan seterusnya kepada MPJ.
"Insya Allah isu ini akan ditangani oleh Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kawasan Jasin ," ujar beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.
Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) baru sahaja dinaikkan taraf dari Majlis Daerah Jasin tahun lalu namun mutu perkhidmatan MPJ seringkali dipertikaikan oleh rakyat.
Sabtu lepas ana ke Masjid Batu. Ustaz mengupas tajuk sakaratulmaut daripada kitab sakaratulmaut. Sedikit perkongsian bersama sahabat-sahabat semua...
Kita semua akan mati, kita semua akan alami SAKARAT (haru biru nak mati). Nak tak nak kita pasti akan merasainya. Mati tetap mati. Semua yang hidup akan binasa, yang kekal hanyalah Allah SWT.
Ustaz ada bawakan kisah Salahuddin Al-Ayyubi. Pernah satu ketika, Salahuddin Al-Ayyubi menyuruh wazirnya balutkan tubuh dia dengan kain kafan tapi Salahuddin Al-Ayyubi pesan supaya tangannya dibiarkan terbuka. Wazirnya menjawab "Aku tidak sanggup melakukannya" . Kata Salahuddin Al-Ayyubi, "Kalau begitu, engkau lakukannya di saat aku mati nanti. Sampai waktunya yang telah ditetapkan, Salahuddin menghembuskan nafas yang terakhir. Wazirnya melaksanakan pesan Salahuddin Al-Ayyubi. Seluruh tubuhnya dibalut dengan kain kafan kecuali tangannya dibiarkan terbuka. Semasa jenazah diusung, ramai la yang melihat tangan Salahuddin Al-Ayyubi tak berbalut. Mereka bertanya kepada wazir Salahuddin Al-Ayyubi "Kenapa engkau biarkan tangannya dibiarkan terbuka?" Jawab wazir tersebut, "Baru kini aku mengerti. Salahuddin Al-Ayyubi ingin menunjukkan bahawa tiada ada apa yang akan dibawa ketika mati nanti."
Diceritakan juga kisah Amru Al-As dan anaknya, Abdullah bin Amru. Abdullah bin Amru terlebih dahulu menganut agama Islam sebelum bapanya. Amru Al-As, seorang genius Arab masuk Islam selepas pembukaan Mekah. Pernah satu ketika, Abdullah bertanya kepada bapanya, "Terangkan padaku tentang kematian." Bapanya menjawab, "Demi Allah, kematian itu seolah-olah gunung menghempap dada dan di saat itu, bernafas hanya seolah-olah daripada sebesar lubang jarum."
Kata Ustaz, masa nyawa sampai ke halkum, segala perbuatan kita semasa di dunia akan ditunjukkan satu- persatu. Ustaz ada sebutkan 5 perkara. 4 daripadanya bukan milik kita bila dah mati nanti, hanya 1 sahaja milik kita...
Roh - milik malaikat maut Harta - milik waris Kulit, isi daging - milik ulat untuk dimakan Tulang - milik tanah untuk diurai Amalan - milik kita
Takde apa yang akan kita bawa bila mati nanti. Hanya amal soleh yang menjadi bekalan kita. Sedarlah, hidup kita kat dunia ni tak berapa hari je lagi. Entahkan esok, entahkan lusa, sampai saatnya, bila-bila masa sahaja nyawa kita akan diambil. Sehari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia. Betapa singkatnya sebenarnya hidup kita di dunia ni...
MARI KITA SAMA-SAMA MENGHANGATKAN KEMPEN JOM SERTAI PAS YANG DIRASMIKAN OLEH PRESIDEN PAS PADA 27 DISEMBER 2008, UNTUK SEBARANG MAKLUMAT BOLEH HUBUNGI SEKETARIAT JASIN DI EMAIL dppkjasin@yahoo.com. SILA KLIK GAMBAR UNTUK DOWNLOAD BORANG KEAHLIAN AHLI
Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor adalah lambang pemimpin gerakan Islam dan ketua parti politik Islam yang bijak mengatur langkah dan memanfaatkan senario sekeliling SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH BELIAU !. Al-Fatihah
JAHANAM ISRAEL !!!!
DPPKJASIN
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JASIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS LINK, ARTIKEL DAN APA JUA BAHAN YANG BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM. SEGALA YANG DIPAPARKAN ADALAH MENJADI TEGURAN DAN RENUNGAN BERSAMA DALAM MENUJU KEARAH HIDUP SEORANG MUSLIM YANG MUKMIN
TRAGEDI KAMPUNG BEREMBANG..Selepas tragedi keruntuhan Masjid Bujal di Terengganu, Kali ini penduduk Kampung Berembang menjadi mangsa kerakusan dibawah kerajaan yang dikatakan "ADIL DAN SAKSAMA" dalam membela rakyat, terbukti bahawa Kaum Melayu akhirnya merempat ditempat sendiri !!Klik pada gambar melihat situasi yang berlaku pada rakan kita di Kampung Berembang...
1427 Hakcipta Tak Terpelihara Di Kendalikan Oleh Lajnah ICT Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin (DPPKJASIN)
Sekiranya anda ingin menyumbang artikel, berkongsi maklumat, cadangan atau teguran sila hantarkan ke alamat dibawah.
E-mel : dppkjasin@yahoo.com