kalau ade yg masih pilih BN sbb nmpk bangunan yg tinggi2 or angkasawan malaysia pertama, die buta. kalau ade yg masih pilih BN sbb percaya kata pemimpin2 BN yg korup & bermoral tu, die langsung tak cerdik. kalau ade yg masih pilih BN sbb dpt duit byk, die mmg pentingkn diri sendiri. dh byk hak rakyat BN cabul. yg miskin makin tertindas. yg kaya makin tak sedar diri. maaf kalo terkasar bahasa tapi bahasa utk dirasa
IMAM AL-HADHARI
Benar kata – kata orang dahulu kala, orang yang lemah apabila terdesak akan bertukar menjadi manusia yang paling kejam. Pada hari ini orang yang rakus, tamak haloba, zalim, lembab dan yang sewaktu dengannya akan tetapi keadaannya lemah, apabila kejahatannya mula didedahkan dan dirinya tidak dapat membersihkan dirinya, maka diri itu akan menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk menutup para pejuang keadilan
Madah Perjuangan
ECER - KELANTAN
YAB TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT (MENTERI BESAR KELANTAN) BERUCAP KETIKA MAJLIS PELANCARAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA
Kami berusaha memaparkan berita2 terkini dalam usaha membuktikan bahawasanya Malaysia sememangnya tidak mengamalkan demokrasi sepenuhnya...kami berusaha memberikan gambaran yang terbaik kepada pangunjung sekalian...maaf jika banyak kekurangan..PULIHKAN DEMOKRASI, DAULATKAN ISLAM
AJK PAS PUSAT 2007-2009
BERITA BOX OFFICE
ALI RUSTAM DICABAR KUATKUASA PENGHARAMAN ARAK DI MELAKA
Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam digesa menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.
"Jika dia juga seorang pemimpin yang menghormati budaya Melayu dan agama Islam, kenapa dia sendiri tidak melaksanakan undang-undang pengharaman penjualan arak di negeri ini terlebih dahulu.
"Jika langkah itu tidak dilaksanakan di semua peringkat negeri, memadai ia dibuat di peringkat daerah demi membuktikan beliau benar-benar seorang pemimpin yang prihatin dengan umat dan agama Islam," kata beliau.
Beliau mencabar Ali Rustam melaksanakan pengharaman arak di negeri Melaka berikutan cabaran yang dibuat oleh Ketua Menteri itu supaya PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat kerana isu yang membabitkan penjualan arak di Selangor baru-baru ini.
"Beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di negeri ini dan dia berhak serta mempunyai kuasa untuk melaksanakannya."Jika tidak berani melaksanakannya, lebih elok dia tidak membuat sebarang komen atau mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat, jangan campur hal rumahtangga orang lain," katanya.
Sebelum ini, Ali Rustam mengeluarkan kenyataan mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kemelut yang melanda dengan isu penjualan arak di Selangor tetapi pada masa yang sama beliau hanya memejamkan mata sahaja terhadap lambakan penjualan arak di Melaka terutamanya di Melaka Raya.
"TIADA BUKTI KHIR TOYO, EXCO PERNAH ISYTIHAR HARTA
Rabu, Mei 28, 2008
Oleh Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat mendakwa tidak menemui sebarang dokumen membuktikan bekas Menteri Besar dan anggota Exconya pernah mengisytiharkan aset masing-masing.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihaknya tidak menemui apa-apa perisytiharan harta dibuat oleh bekas Menter Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan barisan Exconya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.
"Tiada bukti terdapat rekod-rekod di pejabat Menteri Besar dan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) ataupun di pejabat undang-undang negeri, yang dapat mengesahkan perisytiharan harta oleh Menteri Besar dan anggota-anggota Exco pernah dibuat.
"Kami hanya dimaklumkan sepucuk surat telah dihantar oleh ketua setiausaha Menteri Besar bertarikh Disember 1999 dan September 2000, memaklumkan anggota Exco dan ahli-ahli Dewan Undangan supaya mengisytiharkan aset masing-masing.
"Bagaimanapun tiada borang dikemukakan kepada Pejabat Menteri Besar," kata beliau di sini semalam selepas sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.
Jelas beliau, kesemua dokumen perlu dikemukakan dan difailkan dengan teratur sebelum dimusnahkan.
Malah, tindakan memusnahkan fail juga memerlukan kelulusan Jabatan Arkib Negara.
Kata beliau, kerajaan negeri menggunakan Borang APK 104 iaitu borang yang digunakan bagi tujuan perisytiharan aset oleh ahli-ahli Parlimen.
"Kami terpaksa menggunakan borang ini kerana tiada sampel berhubung perisytiharan (aset) daripada kerajaan terdahulu, yang boleh kami gunakan.
"Kami telah cuba mendapatkan bantuan daripada Parlimen dan Badan Pencegah Rasuah tetapi belum memperoleh bantuan diperlukan.
"Bagaimanapun kini kami telah mengisi borang dan dikemukakan kepada firma perakaunan Ernst & Young bagi tujuan audit sebelum diumumkan kepada orang ramai," katanya.
Kata Khalid, Borang APK 104 tidak memerlukan mereka mengisytiharkan aset kanak-kanak bahawa 21 tahun.
Mohamad Khir pula berkata, kesemua borang perisytiharan aset ketika tempoh kepimpinannya telah dikemukakan terus kepada Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara dan ia dilakukan setiap tahun.
"Kami telah menghantar borang-borang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana mereka adalah ketua kami dan itu sebabnya borang berkenaan tiada di sini (pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri).
"Kami menggunakan borang biasa, yang disediakan kepada kakitangan kerajaan memandangkan kami semua termasuk Menteri Besar dan Exco merupakan kakitangan awam.
"Saya tidak tahu mengenai kerajaan negeri semasa," kata beliau dan menambah, sebagai kakitangan awam mereka juga perlu mengisytiharkan aset anggota keluarga mereka termasuk anak
EKSKLUSIF: "SAYA KECEWA DENHAN PEMIMPIN, TAPI SETIA PADA PARTI," BADRUL
Oleh Wartawan KLpos.com
KL: "Jangan kaitkan saya dengan berita Ezam mahu menyertai Umno", itulah reaksi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi KLpos.com.
Sebelum ini, laman web Malaysiakini.com menyiarkan berita berbentuk spekulasi mengenai kemungkinan Badrul akan menyertai Umno bersama-sama dengan Ezam.
Menurutnya, memang beliau dalam keadaan 'panas' dengan sikap sesetengah pemimpin PKR mengenai cara menguruskan parti dan negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan rakyat.
"Betul saya tegur kepimpinan parti, pengurusan sebagainya, tetapi tidak semestinya hendak masuk Umno," kata beliau.
Badrul yang lebih dikenali sebagai pemimpin akar umbi, dilaporkan kecewa dengan sikap pemimpin parti yang mengabaikan penyokong sendiri dalam beberapa perkara termasuk pengisian jawatan.
"Mengapa perlu di bawa orang luar, ditatang bagai minyak penuh, sedangkan penyokong sendiri, dilupakan, ingat balik, tanpa penyokong siapalah kita hari ini," katanya.
Mengenai pertemuan beliau dengan Ezam, kata Badrul, "kenapa pulak orang lain boleh jumpa menteri Umno, sedangkan saya tidak boleh jumpa kawan sendiri,"
Menurutnya, beliau masih setia dengan PKR, dan akan bersama dengan parti tersebut melakukan perubahan.
"Walaupun saya hebat dicerca, dimaki hamun oleh pemimpin sendiri yang bertindak berdasarkan khabar angin, namun saya cukup gembira kerana ahli parti di peringkat bawahan masih setia menyokong saya," katanya.
BERITA BERKAITAN
Badrul sertai Umno bersama Ezam?
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin enggan mengulas ura-ura bahawa beliau akan menyertai Umno bersama bekas ketua Angkatan Muda (AMK) parti itu Mohd Ezam Mohd Nor.
"Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Tetapi saya akan membuat pengumuman selepas saya berbincang dengan Ezam.
"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai perkara ini tetapi ketika ini saya enggan membuat komen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau diminta mengulas satu coretan di sebuah blog yang mendakwa "satu pertemuan sulit" antaranya dengan Ezam beberapa minggu sebelum bekas setiausaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilaporkan akan menyertai Umno.
Dalam pertemuan tersebut, menurut blog itu lagi, Mohd Ezam meyakinkan bekas calon parlimen Rembau itu agar turut menyertai Umno "bagi mengukuhkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menyekat kemaraan penentang-penentang perdana menteri".
"Dengan ini 'reformasi' dan perang melawan rasuah lebih mudah untuk dilakukan," catatan di blog itu dipetik, yang mendakwa ia menerima maklumat tersebut daripada mesej emel yang dikirimkan kepadanya.
"Ezam juga menjanjikan jawatan besar kepada Badrul jika beliau setuju untuk masuk Umno."
Kedua-duanya aktif dalam AMK sebelum Ezam meninggalkan sayap pemuda itu dan kemudian bersama Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), yang ditubuhkan Ezam, selepas pemimpin itu meninggalkan PKR.
Badrul terpilih sebagai anggota MPT dalam mesyuarat agung PKR tahun lepas.
KL: Selepas menimbulkan berbagai andaian mengenai arah tuju politiknya, Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka mengumumkan keputusan beliau untuk kembali menyertai Umno esok.
Menurut sumber yang rapat dengan beliau, pengumuman mengenai kemasukan Ezam semula ke dalam Umno akan dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Ya Ezam sudah membuat keputusan, dan kini hanya menunggu pengumuman rasmi daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sahaja," kata sumber terbabit.
Ezam sebelum ini diberitakan akan kembali menyertai Umno -parti yang pernah disertainya sebelum dipecat oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998 kerana menyokong gerakan reformasi.
Sebelum dipecat, Ezam merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan.
Ura-ura Ezam memasuki Umno timbul selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar dari Umno baru-baru ini.( berita selanjutnya esok )
BERGEMBIRALAH sekalian orang yang selama ini mengharap dan mendoakan agar si baju petak-petak merah dinobatkan menjadi MB Kelantan sebagai mengganti Nik Aziz Nik Mat. Kesempatan si baju petak-petak merah menjadi pemangku MB Kelantan atas takdir kerana Ahmad Yaakub tidak boleh menjadi pemangku setelah diserang sakit jantung secara tiba-tiba sesuatu anugerah buatnya. Takdir Allah taala itu merupakan kesempatan baik kepada si baju petak-petak merah.
Tetapi satu hakikat yang kena terima, orang baju petak-petak merah ini hanya menjadi pemangku selama 14 hari sahaja. Bermula hari ini dan berakhir pada 9 Jun nanti.
Justeru usah terlalu mengharap beliau membawa banyak perubahan dalam masa amat terhad itu. Atau menyelesaikan beberapa masalah yang tertangguh di Kelantan kini. Beliau hanya menjadi MB selama 14 hari atau kira-kirsa 336 jam sahaja. Sekiranya ditolak tiga jam sehari untuk beliau sembahyang, makan dan tidur, bermakna beliau menjadi pemangku selama 294 jam sahaja, di mana 42 jam terbuang atau kira-kira dua hari ini menjadikan beliau memangku jawatan itu hanya 12 hari saja.
Namun ia cukup baik untuk beliau merasai bagaimana aura menjadi MB. (Kita berdoa biarlah selepas ini beliau terus menjawat jawatan MB Kelantan!).
Sedangkan di Kelantan kini banyak masalah yang belum selesai. Kalau umpama orang baru lepas kenduri (selepas baru selesai menghadapi pilihan raya), banyak mangkuk pinggan yang masih belum dibasuh. Kawah juga masih belum dicuci. Perkakasan kenduri masih berselerakan. Hutang piutang juga masih belum dilunasi semuanya.
Semalam di Parlimen saya sempat berbual dengan ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail (foto atas). Saifuddin seakan merunggut terhadap apa yang berlaku di Kelantan pada masa ini. Menurutnya selepas pilihan raya keadaan di Kelantan sedikit kucar kacir dan kesannya tidak baiknya kepada rakyat. Ini mungkin kerana peralihan kuasa yang diharapkan tidak berlaku!
Bagaimana pun beliau tidak mempersoalkan tentang peralihan kuasa yang tidak berlaku selepas pilhan raya lalu, tetapi mengenai sikap Kerajaan negeri seakan mengabaikan beberapa tanggungjawab mereka kepada rakyat. Apa yang dimaksudkan keperihatinan Kerajaan kepada rakyat sedikit berubah.
Dalam pada itu katanya para pemimpinnya seakan belum habis bercuti bagi menghilangkan penat lelah, - menghadapi pilihan raya dengan berihat atau makan angin di luar negara. Ada yang ke Jakarta, ke Asia Barat dan sebagainya. (Ketika ini isu orang baju petak-petak merah menjadi pemangku MB belum timbul lagi).
Beliau sedikit kesal dengan keadaan itu di mana hal-hal kebajikan rakyat tidak diatasi dengan baiknya. Sebagai contoh katanya mengenai skim Kifalaah, iaini pemberian wang insuran kepada keluarga wargatua selepas mereka kematian. Saifuddin adalah bekas Pengarahnya. Katanya Kifalaah ini sedikit bermasalah, di mana wang segera sebanyak RM500 yang sepatutnya diberikan kepada keluarga bila berlaku sesuatu kematian tidak dapat dilunaskan.
Pembayarannya kini ada yang tertangguh sehingga berminggu-minggu. Ini katanya berbeza dengan apa yang berlaku sebelum pilihan raya dulu di mana wang bayaran RM500 akan diberikan on the spot kepada keluarga si mati.
Keadaan ini katanya sepatutnya tidak berlaku. Soal kebajikan kepada rakyat tidak boleh dilengahkan. Kerajaan sepatutnya mengambil berat soal ini. Menurut Saifuddin masalah ini timbul bukan sangat kerana kekurangan kewangan sebaliknya kelemahan sistem penyampaian (pelaksanaan).
Keadaan ini ketara berlaku apabila beliau tidak lagi menjadi Pengarah skim berkenaan apabila selesai pilihan raya. Khabarnya tempat Saifuddin hendak diganti dengan orang baru yang mana kewibawaanya boleh dipertikaikan!
Bagi Saifuddin masalah Kifalaah ini tidak boleh diabaikan. Skim berkenaan telah membawa jasa besar kepada Pas semasa pilihan raya lalu. Kifalaah jugalah menyebabkan Umno Kelantan pening kepala. Pengundi di saluran satu kebanyakan wargaemas meningkat kepada Pas ialah kerana keramat skim berkenaan!
Sekiranya apa yang disuarakan Saifuddin secara ikhlas itu benar, maka Kerajaan harus menumpukan kepada isu Kifalaah berkenaan. Pemangku MB Kelantan hendaklah menyelesaikan masalah ini segera. Peruntukan sebanyak RM3 juta setahun untuk skim berkenaan tidak banyak jika dibandingkan dengan peruntukan atau kegunaan wang Kerajaan untuk tujuan lain. Kita percaya atas prihatin dan kebijaksanaan pemangku MB itu beliau boleh menyelesaikannya. Adalah tidak elok kalau skim itu proaktif semasa menjelang pilihan raya saja kemudian malap selepas pilihan raya selesai. Tidak sepatutnya rakyat diperdayakan dengan perkara-perkara sebegitu. Kebajikan rakyat harus diberikan berterusan tanpa mengira masa, keadaan, fahaman politik dan sebagainya.
Ada munsabahnya juga kalau Saifuddin menyuarakan kebimbangan itu jika mas alah ini dibiarkan. Kematian sesuatu yang tidak dapat diatasi dan diduga. Kadar kematian wargaemas di Kelantan puratanya ialah 360 orang sebulan.
Bayangkan kalau keadaan berlaku kini berterusan menyebabkan masalah pembayaran itu akan menjadi berlonggok dan ini membebankan. Seperkara lagi kekurangan kewangan menyebabkan caruman tidak boleh dilakukan. Akibat caruman tidak boleh dilakukan maka premium sebanyak RM2,000 yang layak diterima oleh wargaemas selepas caruman mereka matang tidak dapat dikeluarkan. Ini menjadi masalah.
Sudah pasti kalau ini berlaku ia akan menjadi isu politik. Paling ditakuti kita tidak mahu selepas ini timbul persepsi kepada rakyat mereka hanya dipergunakan atau pun dilayan sewaktu menjelang pilihan raya saja, selepas semua kerja selesai mereka dibiarkan ataupun menguruskan soal kematian bersendirian!
Hendaknya skim Kifalah hari ini yang membawa rahmat tetapi empat tahun lagi ia tidak akan bertukar menjadi petaka. Kita pecaya pemangku MB berkebolehan dan mampu selesaikan masalah skim Kifalaah ini dalam tempoh 294 jam itu di samping isu-isu lain yang ada dalam pengetahuannya
Saya menyokong seruan DSWA dan pemimpin PR lain agar memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia terhadap kesinambungan kerja khianat dan adudomba malah menyebarkan fitnah dengan memutarbelitkan berita daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, kerja jahat mereka didorong dan salah satu dari perang saraf pemimpin-pemimpin korup Umno/BN yang tidak puas hati terhadap kemaluan besar yang mereka terima akibat sokongan padu rakyat marhaen berbagai kaum dan peringkat menjatuhkan mereka demi membersihkan kerajaan yang cukup tenat dengan pelbagai rasuah,salahguna kuasa dan zalim ! Dengan melancarkan perang saraf melalui salah satu saluran iaitu media cetak mereka yang memang terkenal mudah dicucuk hidung seperti kerbau maka niat jahat mereka untuk memburuk-burukkan para pemimpin Pakatan Rakyat berterusan walaupun selepas PRU-12 telah berlalu. Bukan saja melalui media cetak malah juga menerusi media elektronik yang memang kepunyaan kroni-kroni pemimpin-pemimpin Umno/BN .
Sudah tiba masa kerajaan Pakatan Rakyat bermain rentak yang sama dengan mereka bila musuh sudah terlalu biadap dan kurang ajar maka kurang ajarlah juga untuk mereka , kesabaran ada had tapi setelah lama berterusan maka ia tidak bermakna dengan menolak hujah jahat mereka melalui saluran alternatif lain tapi mesti bertindak tegas supaya mereka merasa pula pukulan dari PR ! Saya cadang semua 5 negeri yang dibawah PR bertindak bukan saja boikot tapi arahkan setiap pejabat atau kementerian dibawah tadbir kerajaan PR berhenti jika ada sebarang langganan akhbar tersebut serta merta !
Gunakan kuasa yang ada untuk menegakkan kebenaran dengan menyekat berita fitnah dan berat sebelah oleh akhbar-akhbar pembelot ini terhadap rakyat malah negara juga ,biar mereka rasa akibatnya bila tindakan ini berterusan oleh perbuatan khianat mereka sendiri. Saya sangat berharap dapat diberi perhatian akan permintaan ini kerana sudah lama sangat badut-badut ini menjadi barua pada pemimpin-pemimpin korup Umno/BN dengan menyebar segala berita fitnah dan jahat serta bias pada PR tanpa henti.
Mungkin kerana tidak seratus peratus rakyat negara melayari alam internet maka ini diambil kesempatan oleh mereka dengan mengunakan media cetak yang kian ketinggalan zaman ,yang hanya dibaca oleh mungkin orang-orang dikampong/warung mamak yang tidak minat terhadap internet atau mereka yang tidak tahu atau juga yang tidak mahu mengunakan internet, tetapi jangan lupa golongan muda serta anak-anak mereka ini telah membuka mata dan minda mereka terhadap segala kejadian masa kini yang mana semua maklumat ada dihujung jari ! Perubahan sikap sudah ketara sangat.
Semoga kerajaan PR bertindak tegas terhadap media cetak pengampu pemimpin korup membantutkan pelaksanaan agenda jahat yang berniat memporak perandakan Pakatan Rakyat, ketegasan sangat perlu dan tindakan drastik wajib diambil jika mahu membendung kerja-kerja jahat mereka yang tidak akan berhenti jika setakat berhujah saja ! Saya rasa ada banyak lagi cara termasuk menyebarkan pada semua ahli parti PR untuk mengajar media mereka yang biadap ini dan terpulang pada cerdikpandai dalam kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan tindakan susulan.
Juga tidak ketinggalan ucapan tahniah pada Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali kerana kerajaan Selangor mengharamkan apa itu 'Hadhari' yang bukan bawaan dari Nabi Besar Muhammad SAW kita !
KERAJAAN SELANGOR JANGAN TUMPU PADA RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA SAHAJA
OLEH : ROSLAN SMS
Semalam saya sempat menyaksikan persidangan DUN Selangor yang disiarkan secara langsung oleh portal Kerajaan Negeri Selangor. Saya tertarik dengan ucapan penggulungan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang kadangkala seakan seorang pensyarah ekonomi mengajar dan mendidik anak-anak muridnya, terutama dari bangku pembangkang, yang ternyata banyak perlu diajar.
Tan Sri Khalid telah menggariskan kesilapan dan kelemahan pendekatan kerajaan yang lalu dan betapa kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor berhasrat untuk tidak mengulanginya demi kesejahteraan rakyat dan negeri. Mudah-mudahan Selangor di bawah Tan Sri akan benar-benar berjaya kali ini.
Dalam pada itu dalam laporan akhbar The Sun hari ini saya perhatikan terdapat juga amalan yang dilakukan oleh kerajaan lalu terus mahu juga diamalkan oleh kerajaan PR. Kalau ianya baik dan memberi manfaat kepada rakyat, silakan, tetapi jika tidak, saya tidak nampak apa manfaatnya ia diteruskan atau tidak diperbaiki.
EXCO PBT dilaporkan memberikan angka-angka berkenaan serbuan yang dilakukan oleh PBT di Selangor terhadap rumah-rumah urut, pub dan disko di negeri ini setakat bulan lalu. Dari 413 premis yang dilaporkan diserbu, 230 disiasat, 34 disita, 43 dikompaun , 122 didakwa di mahkamah dan 2 diarah tutup. Memandangkan Selangor adalah sebuah negeri majmuk, tidak seperti Kelantan dan Terengganu, saya boleh faham bahawa amalan kaum-kaum lain perlu diraikan dan dibenarkan oleh kerajaan.
Tetapi saya ingin bertanya berkenaan kehadiran rumah-rumah urut di Selangor ini. Tanyalah siapa sahaja yang celik dalam isu ini, apakah modus operandi sebenar pusat-pusat ini, pasti semua tahu. Amalan kaum manakah yang membenarkan kaum lelaki (terutama suami-suami orang) duduk berbaring di atas katil sambil diurut oleh kaum wanita yang genit-genit, lazimnya dalam bilik yang tertutup?
Kerajaan Pakatan Rakyat perlu berterus-terang dan telus dalam hal ini. Bukan amalan rasuah dan salah-gunakuasa sahaja yang perlu kita tangani dan beri keutamaan, tetapi gejala-gejala sosial yang meruntuhkan akhlak dan institusi keluarga juga penting.
Saya ingin tanya EXCO PBT apakah kesalahan utama rumah-rumah urut di Selangor ini? Rakyat sudah biasa membaca serbuan-serbuan yang dilakukan semasa BN dahulu (gambar gadis-gadis seksi yang diangkut pihak berkluasa sering muncul di TV), serbu hari ini, buka kembali esok. Kalau syarikat atau nama pengusaha disenarai-hitam pengusaha nanti menggunakan nama lain pula. Ini menunjukkan industri maksiat ini mempunyai permintaan dan sangat lumayan bagi pengusahanya. Sampai bilakah kita mahu biarkan perkara ini berterusan?
Kalau sekadar urut oleh orang buta, urut untuk wanita yang baru bersalin, urut bagi mereka yang terfseliuh dan salah urat, semua pihak boleh terima, tetapi urut yang diamalkan di rumah-rumah urut khasnya di Selangor adalah urut yang menjurus kepada pelacuran dan seks, apakah amalan ini mahu kita izinkan?
Saya syorkan kita haramkan sahaja rumah-rumah urut seperti ini. PBT sepatutnya hanya memberi lesen kepada jenis-jenis urut yang saya kategorikan di atas, dibuat di kawasan yang dizonkan, dan terbuka kepada orang awam. Pengurut-pengurutnya perlulah dipastikan bertauliah dan diperiksa dan dipantau oleh pihak PBT yang memberikan lesen. Rasuah dan salah-gunakuasa adalah amalan jijik yang boleh meruntuhkan peradaban dan maruah manusia, tetapi begitu juga maksiat seumpama ini. Ini bukan isu agama tetapi isu sejagat yang disepakati saya percaya oleh semua.
Selain itu akhbar yang sama turut melaporkan yang pub dan disko di Selangor, dizon-zon yang dikhaskan oleh PBT akan dibenarkan beroperasi sampai jam 3 pagi. Adakah ini juga amalan mana-mana kaum di Malaysia khasnya di Selangor?
Untuk orang Islam sudah pastilah ianya haram, tetapi bagaimana dengan kaum lain? Pengunjung pub dan disko ini lazimnya bukan pasangan suami isteri, tetapi pasangan remaja yang tiada ikatan perkahwinan termasuklah suami-suami atau mungkin siteri-isteri yang curang terhadap apsangan mereka. Isteri kaum manakah yang sanggup mengizinkan suamininya ke pub dan disko sehingga selewat jam 3 pagi?!
Binatang yang hidup melata dibumi pun tidak aktif di jam itu (kecuali binatang yang keluar malam, itupun kerana siang ia tidur), bayangkanlah. Saya tidak menetang hak kaum bukan Islam untuk berhibir dan kinum arak di pusat-pusat ini, tetapi perlukah ia beroperasi sampai jam 3 pagi! Seingat saya semasa Khir Toyo menjadi MB Selangor dahulu beliau pernah cuba menghadkan operasi pub dan disko inis ehingga jam 12 malam, tetapi beliau menerima tentangan terutama dari pengusaha-pengusaha industri ini, sekarang bagaimana?
Memandang kerajaan baru ini menitik-beratkan profesionalisma belaka, maka saya merasakan hal ini juga perlu ditangani secara profesional. Pub lazimnya dikunjungi oleh meraka yang mahu minum-minum (biasanya arak) sambil menengakan fikiran (menurut mereka), manakala disko pula tempat tari-menari dan minum-minum juga. Apakah kerajaan Pakatan Rakyat mahu membenarkan rakyatnya minum-minum sehingga lewat jam 3 pagi? Saya yakin EXCO PBT tahu limit seseorang individu yang minum-minum, kalau ia terus minum-minum sampai jam 3 pagi, pastinya EXCO berkenaan tahu implikasinya.
Kalau minum-minum dan mabuk kemudian tidur terus di pub dan disko tidak mengapa, tetapi sudah pasti simabuk tadi mahu pulang ke rumahnya, bagaimana jika ia memandu? Bagaimana jika dalam ekadaan mabuk ia dirompak? Bagaimana jika ia wanita, dalam keadaan mabuk ia diapa-apakan oleh mereka yang tidak mabuk? Bagaimana keadaan si mabuk tadi bila sampai rumah, jika sudah berumah tangga sudah tentu akan berlaku perceraian dan sengketa.
Apakah kita tidak belajar dari jenayah dan musibah yang berlaku disekeliling kita terutama di sekitar Lembah Kelang selama ini? Saya yakin kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambils erisu isu ini, bukannya untuk men "Taliban" kan negeri Selangor (itulah tajuk akhbar Malay Mail dahulu ketika Khir Toyo cuba mengawal waktu operasi pub dan disko dulu) tetapi untuk melahirkan rakyat Negeri Selangor yang selamat, ceria, bahagia dan menyelamatkan institisu keluarga dari roboh dan runtuh.
Wahai pemuda dan pemudi ku, inilah sebab mengapa kita menyertai dan terus berada di dalam PAS. Nah!, sekarang PAS sudah berkuasa walaupun menang hanya16 kerusi di Kedah. Gunakanlah kesempatan ini untuk meneruskan tujuan PAS ditubuhkan dan lakukan semaksima mungkin usaha-usaha seperti di atas.
Janganlah kamu terkedu atau masih terpingga-pinga dengan kemenangan separa anugerah Allah ini, dan adalah lebih malang lagi jika ketika diberi kuasa ini kamu mempunyai berbagai dalih untuk tidak melaksanakan Tujuan dan Usaha yang ditegaskan dalam perlembangaan kita. FASAL 5. Tujuan PAS ialah:
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hokum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
(2) Mempertahankan sesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara.
FASAL 6. Usaha-usaha:
(1) Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah Rasulnya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan.
Apakah kamu akan berpatah balik kebelakang hanya semata sayang dengan kemenangan separa ini akan hilang dari genggamanmu?
Ingatlah Tuhan yang memegang hati manusia bukan kita pemuda dan pemudiku.
Gunakan kebijaksanaan kamu sebagai pemuda dan pemudi Parti Islam SeMalaysia disetiap DUN yang kita menangi untuk menzahirkan ke indahan Islam melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat.
Teruskan jihad kamu, teruskan pengorbanan kamu, curahkan keringat dan tenaga kamu demi kemenangan Islam yang total dari kemenangan Islam separa ini.
Kuat keimanan mu sehingga menjadi seorang mukmin dan mukminah yang sejati yang mencintai Allah dan rasulnya, percaya kepada hari kiamat, balasan diakhirat, mencintai kebaikan dan jijik kepada noda dan dosa.
Perkenalkanlah kebaikkan sistem pemerintahan Islam, cari galilah kisah pemerintahan dan kehidupan Rasul Junjungan Muhammad saw, para sahabatnya dan yang terdekat Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat sebagai suri teladan.
Jangan biarkan Lim Guan Eng, memintas kita untuk mengikut pemerintahan Umar Abd Aziz.
Jika ini berlaku kita semua akan malu kepada seluruh makhluk yang ada diatas muka bumi Allah ini, lebih-lebih lagi kita akan teramat malu kepada Allah swt yang telah memberikan kalimah suciNya terpahat dalam dada kita.
Gagahkanlah dirimu untuk berlatih sedikit tawadhuk dan sedikit zuhud dengan wang rakyat dan kuasa, walaupun keinginanmu membara mengecapi keselesaan, kemegahan dan keprotokalan yang sedia terhidang.
Ya Allah berikanlah kekuatan kepada kami untuk terus diberi petunjuk dan menjaga keserakahan nafsu kami tergoda dengan wang rakyat yang telah ada dalam genggaman kami.
Ya Allah berikan kekuatan kepada kami mengenali, menangkis cubaan dan godaan rasuah dengan bermacam-macam taktik dan teknik.
Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus istiqamah tidak mengejar pangkat dan kedudukan, semata-mata untuk merasa megah dan bangga diri.
Ya Allah jauhkanlah kami dari dikelilingi penyokong dan pembantu yang membawa rebah, sehingga akhirnya tidak mampu melaksana ketaqwaan kepada Mu dan kebaktian kepada sesama manusia.
Ya Allah berikan kami keutuhan ikatan ukhwah yang sejati dikalangan kepimpinan dan ahli dengan penuh rasa kasih sayang penuh mahabbah.
Wahai pemuda pemudiku bangunlah di hujung malam solatlah dan doalah di dalam sujudmu semoga dapat meneruskan perjuangan melaksanakan Fasal 5 dan 6 Perlembagaan PAS.
Seterusnya disiang hari zahirkan perjuanganmu untuk Islam dan dengan Islam dimana sahaja kamu berada dan bekerja dimuka bumi Allah ini dalam bentuk lisan, tulisan dan amalan.
Kira-kira 300 penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut kepulangan beliau dari Jepun di lapangan terbang Subang petang tadi.
Kumpulan penyokong itu termasuklah 125 orang ketua dan setiausaha cawangan Umno dari parlimen Jerlun yang kini diwakili oleh anaknya, Datuk Mukhriz. Turut serta, ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.
Mereka datang menaiki tiga buah bas sekolah dan bertolak kira-kira jam 9.30 pagi tadi dari pekan Jerlun.
Mereka turut membawa kain rentang yang berbunyi "Tun Mahathir kita tetap bersamamu", "Selamat pulang pejuang bangsaku" dan "Berani berjuang untuk negara, agama dan bangsa".
Beliau pulang dari Tokyo selepas menghadiri persidangan ekonomi Nikkei.
Dr Mahathir berucap selama lima minit kepada para penyokongnya dari dalam kereta yang dinaikinya.
Dalam ucapannya, selepas menimbulkan kegemparan apabila meninggalkan Umno pada 19 Mei lalu, mendakwa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "takut kepada Singapura".
Mantan perdana menteri dipercayai merujuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Pulau Batu Puteh milik kerajaan Singapura.
Katanya, Abdullah lebih takut kepada republik tersebut daripada ahli-ahli Umno sendiri.
"Apalah nak jadi dengan pemimpin macam ni," katanya, disambut dengan laungan "hidup Tun".
Dr Mahathir juga mendakwa Abdullah seorang yang tidak mengenang budi dan tidak mengikut pepatah Melayu "hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati".
"(Saya) ini tak mati lagi, sudah tidak dikenang.
"Sepatutnya saya tidak beri Abdullah masuk Umno (baru) tetapi saya bagi dia masuk balik," katanya, merujuk penyertaan kembali ahli parlimen Kepala Batas selepas Umno diharamkan pada 1988.
Dr Mahathir berkata, Umno sekarang berjuang bukan untuk ahli, sebaliknya untuk mengekalkan Abdullah.
"Kononnya ahli yang tidak setia kepada Abdullah, tidak setia kepada parti. Dia lupa semasa saya menjadi perdana menteri, dia tidak setia kepada saya.
"(Tetapi) saya membuat (Abdullah) supaya dia tidak kelihatan tidak setia. Dia bertanding naib presiden, timbalan presiden dan seterusnya presiden," kata mantan presiden Umno lagi.
Bagaimanapun, tambah Dr Mahathir, beliau tidak marah kepada bekas timbalannya dan tindakannya meninggalkan Umno bukanlah kerana tekanan.
Sebaliknya, Abdullah tidak lagi mempertahankan Umno, Melayu dan negara.
Mengulas sambutan terhadapnya hari ini, Dr Mahathir berkata, tiada perbezaannya semasa beliau dalam Umno dengan sekarang.
"Kalau saya tidak silap, dulu semasa saya dalam Umno sambutan macam ini juga.
"Sebab itu tidak ada beza saya jadi ahli Umno atau tidak ahli Umno," katanya lagi.
Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor yang melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.
"Negeri (Pulau Pinang) akan mengambil tindakan yang sama dalam masa terdekat," kata timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin kepada Malaysiakini hari ini.
Tarikh pelaksanaannya bagaimanapun tidak dinyatakan.
Beliau bersetuju dengan langkah yang diambil oleh exco hal-ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali seperti diumumkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Wakil rakyat Gombak Setia itu dilaporkan berkata, semua masjid dan surau di Selangor diarah tidak mengadakan sebarang program yang menyentuh konsep Islam itu yang diperkenal perdana menteri sejak empat tahun lalu.
"Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.
"Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," katanya.
Mohammad Fairus, yang juga exco hal-ehwal Islam Pulau Pinang, langkah negeri ini tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar."
Beliau, juga seorang lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam.
"Ajaran Islam sekarang sudah sempurna (seperti dinyatakan dalam al-Quran). Jadi, tidak perlu dibuat sebarang tokok tambah lagi," katanya.
Mohammad Fairus juga menganggap pendekatan Islam hadhari seolah-olah mewujudkan mazhab baru dalam Islam.
"Sedangkan kita tahu, (kemunculan) mazhab dalam Islam diketuai oleh ulama-ulama besar," katanya.
Beliau juga berkata "Islam hadhari" itu salah dari sudut penggunaan bahasa Arab.
"Mana ada Islam hadhari, yang ada hadharah Islamiah (ketamadunan Islam). Kalau orang Arab datang ke Malaysia, dia pun tak faham maksudnya (Islam hadhari)," katanya.
Bagaimanapun Perak, sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat, belum membuat sebarang keputusan berhubung larangan tersebut.
"Isu menyokong atau tidak Islam hadhari belum timbul lagi (di Perak), tidak dibincangkan," kata pengerusi jawatankuasa tetap agama, pendidikan Islam, wanita dan kebajikan negeri, Mohd Zainuddin Mohd Yusof.
"Kita ada hal lain yang perlu dibuat dan diberikan keutamaan."
Beliau berkata isu tersebut elok diulas oleh mufti Perak.
Sementara itu, Dr Hassan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, keputusan Selangor tidak melibatkan negeri-negeri lain dalam Pakatan.
"(Larangan) ini adalah pandangan kita sendiri. Negeri lain (dalam Pakatan), terpulanglah kepada mereka.
"Negeri Selangor bukanlah hendak menjuarai tindakan ini. Biarlah mereka (negeri lain) sendiri yang tentukan," kata, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.
Mengulas lanjut pengharaman itu, katanya: "Kita mengambil keputusan tidak mempromosikan Islam hadhari di sekolah, dalam khutbah Jumaat dan program-program keagamaan."
Menurut Harakahdaily.net hari ini, Hassan mengingatkan imam-imam yang membaca khutbah berunsurkan Islam Hadhari akan ditarik balik tauliahnya.
Beliau juga dilaporkan berusaha mengembalikan jawatan penguatkuasa pencegahan maksiat yang dinamakan Badan Amar Makruf Nahi Munkar (Badar) yang dimansuhkan ketika BN mentadbir negeri tersebut.
Muslimat PAS bersetuju dengan saranan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang menggesa pakaian seragam pelajar perempuan diganti kerana jarang dan boleh mengundang gangguan serta jenayah seks.
Bagaimanapun setiausaha dewan itu Aiman Athirah Al Jundi berkata isunya bukan warna baju pelajar itu tetapi jenis kainnya yang jarang dan menarik perhatian.
"Kita tidak dapat menafikan bahawa material (bahan) kain putih yang digunakan selama ini adalah agak nipis dan menyebabkan pelajar-pelajar perempuan kelihatan agak seksi khususnya apabila tidak mengenakan tudung yang dapat membantu menutup dada mereka (sekiranya dilabuhkan sedikit)," katanya.
"Apatah lagi sekiranya mereka hanya memakai coli tanpa mengenakan singlet dalam. Lebih ketara apabila warna pakaian dalam mereka lebih terang atau kontra dengan seragam putih yang mereka pakai.
"Lebih malang bagi pelajar perempuan ialah apabila hari hujan."
Dalam kenyataannya hari ini, Aiman Athirah berkatacadangan PKPIM Khamis lepas kepada Kementerian Pelajaran itu "sangat bertanggungjawab dan munasabah" dengan mengambil kira prinsip-prinsip perundangan Islam dan kaedah-kaedah usul fekah.
Saranan naib presiden hal ehwal wanita PKPIM Munirah Bahari mengundang perdebatan kerana tidak ramai yang bersetuju dengan baju sekolah sekarang "seksi" dan boleh mendatang gangguan serta jenayah seks.
Sabtu lepas, menteri pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menganggap pakaian kini tidak seksi.
Beliau juga berkata kementerian tidak berhasrat membuat pertukaran seragam itu dalam tempoh terdekat seperti gesaan persatuan pelajar tersebut.
Dewan Muslimat menyatakan pakaian tetap menjadi satu daripada beberapa faktor "pemangkin" berlaku dan meningkatnya jenayah seks.
"Justeru, bagi menghadapi apa jua krisis sosial dalam masyarakat termasuklah jenayah seks misalnya, maka setiap faktor perlu dikenal pasti.
"Manakala tindakan bagi menangani krisis tersebut mesti dibuat dengan cara menanganinya satu persatu dan PKPIM sedang berusaha membantu kita bagi menangani punca masalah ini dengan mengambil tanggungjawab ke atas faktor pakaian," kata Aiman Athirah.
Beliau juga tidak senang dengan sikap sesetengah pihak yang beranggapan pakaian sebagai isu peribadi dan bukan faktor yang mendorong gangguan seks.
"Dewan Muslimat percaya bahawa pendirian beberapa pihak yang menolak mentah-mentah akan wujudnya hubungan antara pakaian dan jenayah seks adalah dibuat berdasarkan pandangan peribadi, pandangan sekumpulan kecil mereka dan bukannya pandangan masyarakat teramai di seluruh negara," tambahnya.
Muslimat PAS menyarankan agar PKPIM segera membuat pungutan suara dalam kalangan pelajar di seluruh negara sama ada pakaian menjadi satu faktor pemangkin mendorong jenayah seks. sumber : Malaysiakini
Apa lagi alasan yang kamu hendak berikan, wahai Ezam Mat Nor?. Parti yang kamu kutuk dan nista sekarang kamu hendak masuk kembali. Di mana maruah kamu sebagai seorang pejuang, sebagai seorang yang berprinsip, sebagai seorang yang memperjuangkan kebersihan daripada korupsi?
Puas saya memikirkan alasan-alasan kukuh yang boleh dijadikan dasar bagi kemasukan kamu kepada UMNO, tapi jelas saya gagal. Sekiranya kamu kata kamu hendak memartabatkan agama Islam, adakah UMNO sebuah parti yang dapat melakukan demikian?
Selama ini bukankah Pak Lah menyerahkan polisi agama beliau kepada Sisters in Islam dan Nori Abdullah? Bukankah di bawah Pak Lah Mahkamah Syariah hampir-hampir menjadi tempat “buangan sampah”? Bukankah Pak Lah yang cuba untuk menghalalkan murtad?
Apakah Ezam merasakan beliau lebih berpengaruh daripada kumpulan Sisters In Islam dan Nori Abdullah dalam hal yang berkaitan dengan agama Islam? Ini satu soalan praktikal yang perlu Ezam jawab.
Sudah menjadi pengetahuan umum, bahawa si munafik Zainah Anwar sentiasa menggunakan Nori untuk memaksa Pak Lah menghancurkan Islam di Malaysia. Maklumat yang saya dapat bahawa Zainah amat takut akan kejatuhan Pak Lah sebagai Perdana Menteri kerana ini bererti Sisters In Islam akan menjadi tidak berpengaruh lagi. Walaupun SIS telah banyak menyusahkan Pak Lah dalam hal berkaitan dengan Islam, namun Nori masih mampu mempengaruhi Pak Lah untuk menghapuskan Islam di Malaysia sedikit demi sedikit.
Cuba lihat sehingga hari ini, Undang-Undang Syariah Wilayah Persekutuan terbantut pelaksanaannya hasil daripada usaha si munafik Zainah Anwar. Sedangkan sokongan rakyat kepada Undang-undang ini amat jelas dan terang tetapi hanya kerana pengaruh Zainah dan Nori, undang2 Islam berjaya di hapuskan.
Sudah banyak kali, si munafik Zainah membuat kenyataan umum bahawa beliau tidak selesa dengan pegawai-pegawai kerajaan yang secara jelas dan terang mahu melaksanakan Islam di dalam pentadbiran kerajaan. Zainah mahu memastikan pelaksanaan Islam dihapuskan daripada pentadbiran negara. Senjata Zainah adalah Nori Abdullah.
Sekali lagi saya menyatakan, adakah Ezam mampu menyaingi pengaruh Nori ke atas Pak Lah?
Alasan Ezam yang lain adalah beliau ingin memperjuangkan agar rasuah dan salah guna kuasa dihapuskan di Malaysia. Ezam ada berkata yang beliau hendak membawa 6 kotak beliau ke dalam UMNO? Soalnya, untuk apa?
Sdr Anwar Ibrahim sendiri telah mencuba dan gagal. Malahan, beliau nyaris hilang nyawa beliau apabila beliau dengan agresif ingin memerangi rasuah. Adakah Ezam Mat Nor ingat beliau sama hebat dengan Anwar Ibrahim? Bahawa beliau mampu naik sekurang-kurangnya ke tahap Timbalan Presiden UMNO?
Adakah saudara Ezam lupa bahawa beliau dahulunya hanya bertaraf Timbalan Ketua Bahagian UMNO PJ Selatan sahaja? Apa harapan beliau untuk naik tinggi dalam sebuah parti yang dipenuhi mereka-mereka yang korup dan makan duit haram seperti UMNO?
Dengan kata lain, Saudara Ezam ingin membersihkan rasuah di dalam sebuah parti yang dipenuhi perasuah?
Daripada segi logik, tindakan Ezam ini adalah amat dangkal.
Mungkin saudara Ezam beralasan bahawa kemasukan beliau adalah untuk menguatkan dominasi ketuanan Melayu. Soalnya sekarang, bukankah UMNO juara menjual kepentingan Melayu? Tanah sendiri pun tidak dapat dipertahankan, inikan pula bangsa sendiri.
Kalau Melayu yang hendak dikejar Ezam, maka PAS lah seharusnya menjadi platformnya. Ini kerana PAS terbukti membela orang Melayu lebih baik daripada UMNO. Di dalam UMNO, yang dibela hanyalah Melayu UMNOPutra sahaja.
CERITA SEBENAR KEMASUKAN EZAM KE UMNO Motif utama kemasukan Ezam ke dalam UMNO tidak lain hanyalah untuk mengejar cita-cita politik dan kekayaan peribadi beliau sahaja. Tidak ada motif lain. Tidak usahlah Ezam bersandiwara kononnya beliau hendak memperjuangkan agama, bangsa, Melayu dan sebagainya. Kita telah kenal siapa Ezam Mat Nor ini.
Sebenarnya, niat Ezam untuk memasuki UMNO ini sudah lama. Maklumat yang saya dapat ianya sejurus selepas PRU 2004 lagi. Saudara Ezam telah pun pergi menemui Aziz Samsuddin dan juga beberapa orang kuat Pak Lah. Malangnya, tawaran kepada beliau pada waktu itu tidak menarik.
Namun di waktu itu, lubang beliau telah hampir pecah. Untuk menyelamatkan diri, Ezam telah memfitnah Lokman Nor Adam dengan mengatakan kononnya Lokman hendak menyertai UMNO dan berkempen kepada ahli KeADILan untuk menyertai UMNO.
Kasihan saya tengok Lokman Nor Adam. Tidak semena-mena menjadi mangsa fitnah Ezam Mat Nor. Memang Ezam ini sebenarnya berakhlak buruk. Sanggup menjual rakan sendiri untuk melindungi kepentingan diri beliau.
Selepas itu kita lihat Ezam terus-menerus mensabotaj PKR dengan berbagai-bagai tindakan beliau yang saya tak mahu ceritakan. Penubuhan GERAK beliau itu pun kerana beliau hendak melarikan diri secara terhormat daripada KeADILan setelah semua rahsia beliau telah terbongkar.
Saya kasihan melihat pemimpin-pemimpin muda yang beliau telah bawa keluar daripada PKR, sekali gus menghancurkan karier politik mereka. Tokoh seperti SD Johari , Zukri Aksah dan sebagainya adalah tokoh yang berkelayakan tapi sekarang ini habis hancur karier politik mereka angkara Ezam Mat Nor.
Saya teringat satu waktu dahulu saya telah mempersoalkan bagaimana Ezam Mat Nor mampu membeli sebuah rumah yang besar di kawasan orang2 kaya di Shah Alam? Di mana beliau boleh mendapat wang yang sebegitu banyak untuk membeli rumah milik peribadi beliau? Sedangkan ahli-ahli lain hidup dalam kemiskinan dan penderitaan akibat penindasan UMNO dan BN?
Nah terbukti siapa dia yang benar sekarang ini? Orang kuat Ezam itu akhirnya tidak ikut jejak Ezam dan bertanding serta menang dan menjadi MP.
Saya juga masih teringat salah seorang pemimpin PAS di peringkat Kawasan yang memarahi saya apabila saya katakana saya tidak mahu Ezam masuk PAS selepas beliau meninggalkan KeADILan. Saya kata Ezam Mat Nor ibarat duri dalam daging dan beliau hanya akan menyusahkan PAS sahaja.
Saya mengikuti perkembangan Pemuda KeADILan dan sekarang AMK dan saya tahu Ezam bukan seorang yang demokratis. Beliau malahan lebih suka memerintah Pemuda Keadilan secara kuku besi dan diktator.
Saya bersyukur sebenarnya apabila Ezam meninggalkan Pemuda Keadilan kerana di bawah kepimpinan baru, Samsul Iskandar, nampak jelas Pemuda KeADILan lebih kehadapan dan lebih berketrampilan.
Akhir kata, saya tak dapat nak menahan Ezam daripada memasuki UMNO. Tapi saya minta janganlah nak memberi alasan-alasan yang tidak logik. Kami bukan bodoh dan kami tahu menilai.
Nota: Sememangnya musuh Islam suka menggunakan label Taleban terhadap pejuang-pejuang Islam.
Tapi tahukah anda bahawa segala polisi Taleban itu sebenarnya datang daripada Saudi Arabia. Dan Saudi Arabia adalah sebuah negara yang moden dan pesat membangun.
Untuk mendapat maklumat lanjut bagi menghadapi musuh2 Islam ini, saya telah menulis sebuah artikel bergambar bertajuk "Life in Taleban Country pt 1" dan "Life in Taleban Country pt 2" Klik di atas link di atas untuk terus ke site tersebut. Artikel ini dapat dijadikan hujah yang kuat kepada mereka yang memusuhi Islam Wallahualam.
pru 13 : TIDAK MUSTAHIL SELANGOR DIRAMPAS KEMBALI BN JIKA ....
Oleh Iskandar Abdul Samad
IJTIMA' PAS Selangor ke-18, 19 Mei lepas, merupakan ijtimak yang paling terbuka.
Buat pertama kali, para perwakilan telah berucap tanpa berselindung atau berlapik. Menyatakan pendapat atau mengkritik sesiapa sahaja.
Malah Dato' Husam Musa yang telah menyampaikan satu kertas kerja, turut menjadi mangsa.
Pada saya keterbukaan dan keberanian ini amat penting bagi PAS Selangor yang sedang memerintah bersama PKR dan DAP. Ia adalah peluang untuk mengukuhkan Parti.
Peluang bagi pimpinan dan ahli-ahli mengukur sejauh mana keikhlasan dan kemampuan masing-masing. Satu proses kematangan yang amat penting.
Pada saya inilah ijtimak yang paling tidak dapat dilupakan walaupun saya telah hadir ijtimak pertama PAS Selangor dalam tahun 1992 di Sijangkang, Kuala Langat. Ketika itu, saya adalah seorang Setiausaha PAS Cawangan.
Ataupun ijtimak kedua (1993) yang diadakan di Surau Al-Huda, Taman Maju Jaya Fasa 3, Ampang Jaya ketika saya pertama kali menjadi Setiausaha PAS Kawasan.
Tetapi kali ini, ijtimak kita begitu unik. Kita amat terbuka. Kita bukan seperti UMNO yang mengongkong ahli-ahlinya. Para perwakilan menyatakan apa yang mereka mahu. Apa yang mereka suka. Dan apa yang mereka tidak suka.
Wakil Serdang mempertikaikan kenapa ADUN mereka (Dr. Shafie Abu Bakar) yang berkelayakan dan berpengalaman tidak dilantik sebagai EXCO. Katanya beliau patut diarak ke SUK Shah Alam.
Kenyataan itu membuat saya dan kita di Pandan merasa bersalah. Walaupun Pandan mempunyai ramai professional namun kami tidak pernah merasakan kami sebuah kawasan yang hebat.
Mungkin kalau kami tahu jawatan EXCO itu dikejar orang, sudah tentu PAS Kawasan tidak akan merestukan saya menerima jawatan itu.
Itu sebabnya kita perlu keterbukaan. Menyatakan apa hasrat kita.
Wakil Serdang itu juga mahu PAS Selangor mengkaji rahsia kejayaan Bangi yang boleh mendapat majoriti lebih 6000 undi.
Ismath Habib yang mewakili Kelang berpendapat tidak salah ahli-ahli mahukan habuan-habuan selepas kemenangan.
Katanya di zaman Rasulullah SAW, tentera Islam turut mengambil "ghanimah". Tambahnya, "ghanimah" itu bukan najis.
Beliau juga berharap agar pimpinan sekarang tidak akan menafikan usaha-usaha "orang-orang lama" yang telah merintis jalan sehingga Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan hari ini.
Ismath, orang kuat KoHilal sebelum empayarnya tumbang, berkata beliau pernah bertanding di dalam kawasan Parlimen Kota Raja yang kita menang (Dr. Mariah Mahmud) dan kawasan DUN Selat Kelang (Dr. Halimah Ali Abdullah) yang juga kita menang.
Menurut beliau, beliau telah membuka jalan kepada kemenangan hari ini.
Sebagai "orang lama", saya boleh bersetuju dengan pandangan tersebut. Semasa ijtimak tempoh hari saya duduk hampir dengan YB Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya).
Mungkin hanya kami berdua sahaja di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor kali ini yang pernah tersentuh dengan kehebatan Tuan Guru Haji Ismail Hashim, Pesuruhjaya PAS Selangor yang telah meninggalkan kita dalam tahun 1993.
Selain dari itu terdapat perwakilan yang menegur Dato' Husam Musa dan Dr. Mujahid Yusuf Rawa kerana berkata kemenangan Pakatan Rakyat adalah akibat dari ayunan undi pengundi bukan Islam kepada pembangkang.
Perwakilan itu mahu kepimpinan ulamak dan kekuatan dalam PAS juga diberi kredit.
Yang paling teruk dihentam hari itu adalah para ADUN terutamanya EXCO-EXCO (termasuk diri saya) yang dikatakan merasakan diri mereka lebih besar dari Parti dan membelakangkan Parti di dalam membuat keputusan dan melakukan perlantikan politik.
Tuduhan-tuduhan itu boleh dijawab kerana kita tidak sampai 100 hari memerintah dan tidak banyak perlantikan politik yang telah dilakukan tetapi yang paling penting ahli-ahli diberi peluang untuk bersuara tanpa merasa takut. Itulah kelebihan PAS.
Sama ada tuduhan itu betul atau tidak, itu adalah cerita lain. Yang penting ahli-ahli diberikan ruang seluas-luasnya. Mungkin di atas dasar itu hanya Dato' PJ sahaja yang memberi penjelasan.
EXCO-EXCO lain dan ADUN-ADUN tidak tampil untuk bercakap walaupun berkali-kali diminta oleh "moderator".
Jika tuduhan-tuduhan itu dijawab maka ianya akan membunuh semangat ahli-ahli. Maka eloklah ia dibiarkan berlalu dan ahli-ahli pulang dengan rasa puas kerana telah menyuarakan pendapat mereka.
Kadang kala kita perlu meraikan akar umbi kita walaupun apa yang disuarakan itu tidak tepat.
Walau bagaimanapun mesej yang paling penting ijtimak itu adalah salah satu resolusi yang menggesa Kerajaan Negeri Selangor mengotakan janji-janji di dalam manifesto pilihanraya.
Ianya mungkin menelan belanja beratus-ratus juta tetapi jika ia tidak laksanakan maka tidak mustahil seluruh Negeri Selangor akan jatuh ke tangan BN.
Lebih baik hilang duit dari hilang negeri. Kita tidak ada pilihan lain.
MAMPUKAH KU LI PULIHKAN IMEJ UMNO YANG TERCALAR ??
Oleh: Nak Marah Marahlah
TENGKU Tan Sri Razaleigh Hamzah seolah-olah merayu bila beliau menyatakan bahawa ahli-ahli UMNO tidak perlu takut untuk mencalonkan beliau bertanding merebut jawatan Presiden parti itu.
Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li bercakap lagi dengan menegaskan tentang banyak perubahan harus dilakukan supaya UMNO lebih demokratik dan berjanji akan menunaikan setiap permintaan khususnya dikalangan rakyat negeri Sabah.
“Saya cuma mahu jadi calon untuk membuat perubahan tetapi kalau orang tak mahu, saya tempah tiket ke Mekah buat umrahlah, buat apa nak sakit kepala.
Demi Allah yang saya cakap, saya dah berumur 71 tahun. Kalau mati lepas itu maka masuk nerakalah sebab tidak tunai janji,” kata Ku Li yang juga bekas Bendahari UMNO.
Sebagai tokoh yang pernah menguruskan hal ehwal kewangan parti, apakah Ku Li sedar tindakan menyembahkan diri dihadapan ahli-ahli UMNO seluruh negara mampu menimbulkan rasa simpati mereka untuk menyokong beliau? Atau tahukah Ku Li bahawa Pak Lah akan berdiam diri sahaja selepas menerima maklumat sulit mengenai perkembangan penjelajahannya itu?
Dalam hal ini sudah semestinya barisan penasihat politik Pak Lah sudah merangka pelbagai strategi untuk menafikan hasrat Ku Li menerusi panggilan atau pertemuan sulit dengan semua bahagian menjelang bermulanya mesyuarat cawangan.
Tidak ragu-ragu lagi, serangan demi serangan hampir pasti dilancarkan ke benak Ku Li dengan menuduh beliau bukanlah tokoh sesuai untuk menggantikan Pak Lah. Dari soal pengharaman UMNO pada tahun 1987 hinggalah pengkhianatan pada pilihanraya umum lalu akan dijadikan bahan kempen mereka untuk menghentikan impian besar Ahli Parlimen Gua Musang itu.
Banyak orang bertanya, mengapa Ku Li tak serik-serik untuk bertanding pada hal beliau pernah gagal dalam percubaan pertama dulu.
Kebimbangan sentiasa ditimbulkan, apakah Ku Li sekadar mahu menguji popularitinya atau lebih seronok untuk melihat reaksi ahli-ahli UMNO terhadap kewibawaan Pak Lah sebagaimana tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar UMNO baru-baru ini?
Atau sekiranya melepasi kuota pemilihan yang ditetapkan, apakah suaranya akan kembali nyaring memecah keheningan Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menyerang balik Pak Lah dan kuncu-kuncunya?
Dengan pengalaman luas dalam soal kewangan dan kepemimpinan parti, sudah tentu Ku Li tahu bahawa namanya sentiasa sahaja menawan hati ahli-ahli UMNO, cuma tidak mempunyai ruang dan nasib lebih baik sebagaimana dinikmati orang lebih junior seperti Tun Mahathir atau Pak Lah sendiri.
Barangkali juga ahli ahli UMNO setuju dengan hasrat Ku Li kali ini memandangkan hanya beliau saja yang sanggup berterus terang dan menyatakan pendiriannya mahu bertanding sedangkan incumbent atau calon lain hingga saat ini semacam acuh tak acuh terhadap pencalonan masing-masing.
Apatah lagi barah semakin parah menimpa UMNO dan BN selepas tewas teruk dalam pilihanraya umum ke-12 lalu menjadikan anak raja Kesultanan Kelantan ini lebih bersedia untuk berdepan dengan Pak Lah atau calon proksinya andai terpaksa mengundur diri lebih awal sebelum pemilihan Disember ini.
Dalam pada itu, peluang Ku Li bertanding pada kali ini lebih cerah apabila beliau dikatakan akan menerima 60 pencalonan melebihi kuota yang ditetapkan dalam pencalonan jawatan Presiden. Perkara ini ditegaskan sendiri oleh veteran UMNO, Datuk Mazlan Harun.
Hakikatnya, sesiapa sahaja yang akan memegang jawatan Presiden UMNO mendatang perlu lebih bekerja keras untuk memulihkan kembali imej parti yang tercalar bukan sedikit.
Dalam lain perkataan, tiada istilah omong-omong kosong harus dilontar oleh calon-calon tetapi apa lebih penting lagi, tahu bagaimanapun mereka mencari formula merapatkan saf dikalangan ahli-ahli parti dan juga rakyat jelata.
Barangkali juga perebutan jawatan Presiden kali ini akan menjadi satu lagi detik sejarah paling hebat pernah disaksikan pada abad ini. Kali terakhir UMNO bergegar ialah semasa Pak Ghafar Baba dicabar Anwar Ibrahim bagi kerusi Timbalan Presiden.
Kesudahannya anak kelahiran Melaka itu menarik diri angkara lakonan terhebat Tok Mat yang bersengkongkol dengan Anwar dalam persembahan di depan Setiausaha-Setiausaha bahagian di Tingkat 40 ketika itu.
LIM Guan Eng apabila menaiki takhta Ketua Menteri Pulau Pinang, pelbagai insentif yang diberikan kepada rakyat Pulau Pinang.
Bahkan beliau menegaskan untuk melaksanakan pemerintahan seadil Umar Abdul Aziz. Beliau juga amat prihatin dengan pembangunan modal insan lantas mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA kepada RM 600.00.
Guru-guru KAFA tersenyum dan bersemangat di atas penghargaan dari seorang KAFIR tetapi berimankan Umar Abdul Aziz di hatinya.
Namun si JAWI ni (RUMI jer lah) d itengah semua orang nak muhasabah dan memperbaiki semula keadaan negara ini kepada yang lebih adil, mesra rakyat dan pelbagai aktiviti membangunkan modal insan, si JAWI ni pulak buat hal, angin tak ader apa tak ader...
Si JAWI ni memotong elaun 59 orang guru KAFA selamanya, dengan alasan 59 orang guru-guru ni dah tua.
Dah lebih 61 tahun… mereka yang dah tua ni ditamatkan pemberian.
Si JAWI bukan tak tahu yang semua guru ni kena buat medical check up setiap tahun, kalau memang dah tak layak sebab uzur okeylah.
Tapi kalau dah periksa dan disahkan masih boleh berkhidmat apasal lak Si JAWI ni nak buang dia orang.
Inilah balasan kepada Guru-guru KAFA yang dhaif ni. Bulan ni orang sambut hari guru, maka disanjungilah mereka yang berjasa ini, terutamanya mereka ni lah yang mengenalkan huruf alif, ba, ta pada bebudak di flat-flat yang terdedah kepada pelbagai gejala social.
Berapa ramai yang akan terabai? Katakan sorang guru ada 50 murid…?
Memang mereka dibenarkan terus mengajar dengan melakukan kutipan bulanan kepada ibubapa.
Tetapi nak bagi tau kat si JAWI ni tak semua mak bapak yang bayar walaupun RM10 sebulan. Ini realiti yang dihadapi guru-guru tersebut.
Apalah yang Si JAWI ni berkira sangat dengan RM 500 sebulan nak bagi pada guru-guru ni yang dah sudi mengajar anak bangsa tanpa mengenal penat lelah dengan bayaran adusss… RM 500 jer elaun sebulan.
Berkira sangat kau yer JAWI…
Nak bagitau sikit kat kau ni JAWI. Mai dekat-dekat sikit. Guru-guru ni bukannya duduk rumah bulan-bulan duit masuk macam bantuan yang dibagi Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tapi guru-guru ni, mereka curahkan 4 jam sehari dengan pelbagai laporan yang perlu dibuat dan seminar yang korang paksa rela guru-guru ni pergi. Barulah dapat RM 500.
Bila buat program hadhari, tak der siapa nak datang, maka guru-guru ni jugalah yang kena memenuhkan kerusi, korang pun tulis laporan seminar yang ada Had-hari tu berjaya.
Dah kau gunakan guru-guru ni sepuasnya. Bila agak tak perlu, kau kata mereka dah tua tak perlu mengajar lagi dan tamatkan elaun.
Tergamak Si JAWI ni , saat si KAFIR Lim Guan Eng menaikkan elaun guru KAFA, saat orang menyambut hari guru, si JAWI ni taruk taik pada periuk nasi guru-guru yang mulia ni.
Kalu nak ikut mereka ni lah yang paling banyak pahalanya sebab mengajar ilmu basic pada budak-budak dan bebudak ni akan amal sampai mati.
Persatuan guru-guru ni dah hantar memorandum pada Pak Menteri Zahid Hamidi, namun zaman had-hari nak tumbang ni pak menteri pun taring dah tercabut.
Zahid keluarkan arahan boleh dilanjutkan perkhidmatan guru-guru ni sehingga umur 70 tahun. Semua guru-guru ni lega... Tapi lega tak lama...
Memang Si JAWI ni bukan takat samseng kat guru-guru KAFA ni jer, tapi masa majlis meraikan penamatan guru-guru ni disebuah hotel pada 20hb Mei, Si JAWI ni bagitau yang arahan pak menteri bagi memang senang, tetapi mereka hanya akan mampu melaksanakannya dalam tempoh setahun...
Punya lambat dan lembab macam siput BABI... bodoh tahap cipan yang diberi ialah: nak kena mesyuarat pelbagai dan macam-macam perkara nak buat balik semula.
Tak yah sebutlah, memang dah ada pihak yang dibayar gaji buat keje tu... buat jer lah arahan menteri tu.
Si JAWI ni kalau nak settle masalah kecik macam ni pun ambik setahun…patutlah Belakang Mati / lorong Haji Taib tu dari aku kecik sampai sekarang tak selesai... masalah pondan, zina dll. Memang lembab macam siput BABI betul...
Sedarlah sikit si JAWI oii! Amanah yang kau pegang tu banyak… Bila ada orang nak tolong jangan tamatkan elaun mereka.
Kalau tak malu kat Lim Guan Eng yang kafir tu pun, malulah sikit kat Allah. Dah lah banyak benda amanah memajukan Islam ni engkau tak mampu nak selesaikan kat KL ni.
Ya Allah… Ya Fattah… Bukakanlah mata hati Si JAWI ni.
YANG pastinya kalau benar Ezam Mohd Noor akan menyertai Umno dalam tempoh sehari dua ini ia bukan barter trade dalam politik ekoran keluarnya Mahathir Mohamad dari Umno.
Kalau Ezam hendak menyertai Umno tidak perlu beliau menunggu Mahathir keluar kerana bunga-bunga itu sudah lama wujud dan berputik.
Manakala bagi Mahatir pula beliau keluar Umno tidak ada kena mengena dengan cerita Ezam hendak masuk ke dalam partinya itu.
Bukan kerana Mahathir tidak boleh melihat muka Ezam, meyebabkan beliau mencari alasan tidak suka kepada Abdullah lantas meninggalkan parti yang dihuninya lebih 60 tahun itu, tetapi kerana beliau tidak tahan dengan wajah selamba (lembu kenyang) Abdullah.
Kita percaya kalau Ezam menyertai Umno, bukan Umno Baru ciptaan Mahathir tetapi Umno yang mula-mula dulu yang ditubuh pada 13 Mei 1946.
Kerana desas desus mengenai Ezam ini berlaku setelah 72 jam Mahathir meninggalkan Umno maka orang mengira reaksi Ezam itu ada berhubung kait.
Boleh jadi reaksi itu timbul kerana berlaku kekosongan di dalam Umno maka Ezam perlu mengisinya! Atau pun Ezam mengira dengan kemasukan beliau dalam Umno boleh menguatkan kedudukan Abdullah. Maknanya penghijrahah Ezam itu bagi memperkuatkan sesuatu yang lembik!
Kalau bekas Ketua Angakatan Muda PKR itu menyertai Umno sehari dua ini, apakah yang beliau cari sebenarnya? Apakah kerana beliau sudah merasakan Melayu benar-benar terancam disebabkan bekas bosnya tidak pedulikan Melayu lagi atau kerana apa?
Apa pun sebab itu tidak relevan (kemas) bagi Ezam. Alasan itu sengaja diada-adakan kerana beliau sendiri lebih mengenali Anwar berbanding dengan orang lain
Ingin diingatkan kalau Ezam masuk hanya seperti rakan-rakaanya 10 budak hitam dulu ia tidak memberi makna. Ianya buat menyemak Umno sahaja.
Apa jadi dengan rakan-rakan Ezam 10 budak hitam yang menyertai Umno dulu. Mereka hanya mendapat seringgit dua, kemudian selepas itu merepak balik. Jadi macam sampah hanyut ke hilir tidak sampai ke hulu tak jejak. Itik tidak sudu ayam tidak patuk.
Begitukah Ezam?
Dan kalau Ezam terpaksa menyerti Umno kenapa mengambil masa terlalu lama? Setelah beliau membiarkan rakan-rakannya merana.
Semasa berlaku penyembahan 10 budak hitam kepada Mohd Najib Razak semasa hendak menyertai Umno dulu, khabarnya Ezam sudah mahu ikut sama. Tetapi entah kenapa sampai di pertengahan jalan beliau conner balik dan membatalkan hajatnya?
Apakah yang Ezam tertinggal sesuatu di rumah menyebabkan beliau tidak jadi ke pejabat Najib untuk sama-sama membuat kenyataah akhbar dan keluar muka dalam tv.
Saya percaya kalau Ezam menyertai Umno ketika itu, dalam pilihan raya yang lalu beliau sudah bertanding. Pun begitu belum tentu beliau dapat jadi Yang Berhormat atau tidak memandangkan banyak kerusi Umno melayang kepada Pakatan Rakayat.
Jadi apabila ada orang mengatakan Ezam akan masuk Umno saya tidak terkejut sangat. Begitu juga apabila Ezam mengatakan beliau akan membuat pengumuman sekembalinya dari Jakarta ia tidak merujakan jiwa. Tetapi bagi saya keputusan Ezam masih belum muktamad.
Cuma kalau esok atau lusa beliau membuat pengumuman di dampingi Mohd Najib Razak atau Muhammad Muhd Taib beliau harus berfikir panjang... panjang... dan... panjang. Hendaknya penyertaan beliau nanti bukan kerana hendak memperkukuhkan Abdullah atau kerana ingin memenuhi tempat Mahathir.
Untuk memperkukuhkan Abdullah Ezam kena memiliki super tonik kekuatan, manakala kalau hendak memenuhi tempat Mahathir beliau juga perlu memiliki super belit hipokrasi seperti Mahathir.
Bagi Ezam tidak ada gunanya kalau menyertai Umno setakat hendak jadi tongkat kepada Abdullah. Biarlah Ezam masuk dengan langkah seorang wira dan beliau akan menjadi matador yang akan menanduk dan menyingung sesiapa juga di mana akhirnya beliau akan menjadi seorang pemenang.
Ataupun apakah kemasukan itu sebagai merintis dan membuat persiapan, mengatur kerusi dan kedudukan menyambut kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno? Apakah ada kemungkinan-kemungkinan begini? (Jangan emosi... marahkan saya!).
Kepada Ezam selamat berjuang tetapi saya sehingga kini tidak fikir secepat dan senakal itu Ezam membuat keputusan walaupun saya sudah menghidu bahawa akhir-akhir ini perfume yang dipakainya berjenama UMNO.
1)Tun Dr. Mahadhir isytihar keluar Umno pada 19 / 5 / 08.
Komen: Tun mengulangi sejarah Dato Onn Jaafar pengasas Umno pada 1946 akhirnya meninggalkan Umno tubuh parti Negara dan Tungku Abd. Rahman mati dalam Parti Semangat 46.Cuma Tun Razak saja tak sempat keluar. pada dasarnya saya setuju Tun keluar Umno sebelum dipecat, kalau ahli biasa dah lama kena pecat tapi Tun ada keistimewaan sikit. Tun bersikap gentlelman nak lawan Pak Lah biar keluar dulu, kalau duk dalam Umno banyak terikat dengan displin parti, tak le macam setengahnya nak lawan tapi teragak – agak sebab duk dalam rumah Umno lagi. Tun dah 22 tahun mengetuai Umno dan kerajaan, dia nampak kapal Umno dah terlalu banyak bocor tak boleh nak tampal lalu selamatkan diri lebih afdhal, tapi yang pembodek Umno kat kampong ni begitu taat setia sanggup karam bersama Pak lah dan Ali Rustam. Baiknya Tun secara terbuka menyeru semua ahli Umno sama – sama tinggalkan parti Umno yang dah usang tu. Saya percaya suara Tun masih berpengaruh lagi. Sesaorang yang nak mati boleh Tuhan ambil nyawanya dengan mudah tapi kekadang Tuhan beri sakit dulu lebih baik untuk umatnya agar boleh beringat dan bertaubat kembali kepada Allah. Nampaknya begitulah nasib Umno tuhan tak pupuskan begitu cepat, tapi diberi sakit dulu yang berbentuk percakaran dan sebagainya. Semua pemimpin dan ahli Umno sedang saksikan bersama bagaimana ruh Umno akan keluar dari jasadnya. Saya pun tak tahu berapa lama nazaknya hanya tuhan yang tahu tapi kalau ikut teori politik saya tak lebih bulan September tahun ini. Nak tolong selamatkan pun Tun Gafar dah pergi. Kalau dia masih hidup pun, dia sendiri tak berkenan dengan Pak Lah. Nak harap Tan Sri Aziz Tapa pun, apa dia boleh buat, kalau nak berpantun boleh le panggil dia. Begitu tragis pilu dan sedih riwayat Umno, diawal penubuhannya cemerlang, pertengahannya terbilang, kesudahannya malang.
2) Setiap hari cerita Cek Det keluar Umno tersiar dalam media, Pak Lah pula sibuk menghadiri majlis sumpah setia ahli Umno kepada kepimpinannya. Najib pun pura – pura bersumpah setia. Datuk Sharil Samad pun komen sikap Cek Det, sampai dah terlupa dia pun dulu pernah keluar Umno masuk pilihanraya guna lambang kunci. Macam – macam le gelagat parti asobiyah melayu ni. Sebelum nak mati ni, habis semua disebutnya. Golongan agamawan dalam UMNO tak berperanan langsung, mana pergi Imam Firdaus Al Hafiz dan Dr. Mashitah Ibrahim, baca doa aja lah………
3) Bila saya baca Siasah gambar artis Amy Search cium tangan Tok Guru MB Kelantan dan katanya saya tak takut dilebel dengan PAS, ini satu perkembangan yang menarik. Apa yang peliknya golongan agama akhir zaman ni pulak takut dengan lebel cenderung kepada pada PAS, sekadar simpan dalam hati aja….. kononnya biar tuhan saja yang tahu.
4) Pulau Batu Putih milik Singapura. Begitulah nasib negara dizaman Pak Lah, bertahun – tahun lamanya kes perbicaraan kedaulatan pulau tersebut di ICJ tapi keputusan malangnya dizaman Pak Lah jadi PM dan Ghani Pataail peguam negaranya yang cerdik lagi bijaksana. Inilah namanya Cemerlang, gemilang, terbilang dan malang.
5) Semenjak BN hilang 5 negeri, nampaknya Melaka jadi mangsa kerana dianggap selamat disebabkan PAS dan PKR tak menang satu kerusi pun. Jadi program besar – besar negara terpaksa bertumpu di Melaka saja. Hari guru kebangsaan baru – baru ini khabarnya di pindahkan dari Kedah ke Melaka, Jom heboh musim 2008 pun bermula di melaka. Selepas ini dijangkakan banyak lagi program akan terasmi disini…… itu yang Ali Rustam nak, kononnya kerajaan Melaka banyak aktiviti dan terkehadapan. Dia dapat nama, yang nak mati rakyat Melaka dikerah buat itu dan ini… Kebetulan kerajaan negeri tak ada duit nak buat program mega apa lagi…. Pusat tolong bawa ke Melaka.
Umno melahirkan kebimbangan terhadap isu ketuanan Melayu yang kononnya mula terhakis selepas PRU 12 baru-baru ini dan menyaksikan 4 buah negeri yang selama ini dikuasai Umno/BN telah ditumbangkan oleh Pakatan Rakyat.
Melalui beberapa Ngo tajaanya Umno memukul canang ke serata pelusuk negara supaya diwujudkan perpaduan Melayu dengan segera sambil mengugut ketuanan Melayu akan hilang sekiranya penguasaan politik Umno di dalam negara ini tidak dipertahankan.
Padahal sebelum ini ketika Umno selesa dengan mendapat majoriti 2/3 undi mereka mendabik dada dengan bongkak dan sombong langsung tidak memperdulikan nasib orang Melayu, yang mereka fikir berapa komisen boleh dapat atau lubuk duit mana yang hendak dikebas.
Pemimpin Umno secara sengaja sedikit demi sedikit menghakis ketuanan Melayu bagi memenuhi nafsu serakah pemimpin mereka yang tamak haloba mengaut segala kekayaan hasil mahsul negara bagi kepentingan perut dan di bawah perut mereka.
Siapa yang mengurangkan kuasa Sultan dan raja-raja Melayu, siapa yang menghapuskan tulisan jawi, siapa yang menukar pembelajaran matematik dan sains dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, siapa yang menindas kerajaan pimpinan PAS Kelantan yang majoritinya Melayu, siapa yanG menghapuskan biasiswa, siapa !!!
Benarlah seperti yang dikatakan oleh Naib Presiden PAS, Husam Musa, bahawa seruan ke arah perpaduan Melayu untuk menjamin ketuanan Melayu hanya membuang masa sahaja.
Demikianlah secebis rentetan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Umno selama 50 tahun memerintah Malaysia Dan ianya tidak akan berhenti setakat ini sahaja bahkan akan bertambah teruk sekiranya kita sebagai orang Melayu Islam yang masih mempunyai harga diri dan maruah tidak menghalang serta mengagalkan cita-cita jahat mereka itu.
Kisah malang orang Melayu bermula apabila kejatuhan Kerajaan Melayu Islam Melaka 1511 kepada Portugis sehinggalah ke hari ini dan penubuhan Umno merupakan malapetaka terbesar bagi umat Melayu di Malaysia ini yang pada asasnya ditubuhkan bagi mengekalkan hegemoni kuasa penjajah Inggeris dengan mewariskan kuasa pemerintahan kepada anak didik mereka iaitu Umno.
Umno ibarat darai yang berhias cantik di malam hari ketika menunggu pelanggan di celah lorong gelap saban malam tanpa jemu, ramai yang memuji kecantikannya bahkan ada yang tertawan dengan kelembutan suaranya yang bercampur garau tetapi sebaliknya apabila kita melihat di siang hari rupa-rupanya hanyalah satu kepalsuan dan tak ubah macam tongkang pecah!
Perjuangan orang Melayu silih berganti zaman berzaman menentang penjajahan dipatahkan oleh Inggeris dengan mewujudkan Umno, kemarahan orang Melayu diredakan dengan Umno, orang Melayu diberi janji palsu oleh Umno dan Melayu dikhayalkan oleh Umno.
Ketika orang Melayu telah sedar dan bangkit secara beramai-ramai bagi menuntut hak mereka, ketika itulah pula Inggeris melaksanakan pelan B iaitu meredakan sedikit kebangkitan perjuangan tersebut dengan menjanjikan kemerdekaan pada orang Melayu tapi mesti menerusi satu syarat utama iaitu mesti bertuankan Umno.
Pelan B ini digunakan oleh setiap penjajah barat ketika mana kuasa rakyat semakin kuat bangkit berjuang untuk memerdekakan negara dan penjajah sudah tidak mampu membendungnya lagi maka jalan selamat yang dipilih ialah melaksanakan peralihan kuasa kepada pemimpin boneka bagi mengekalkan kelangsungan kuasa mereka.
Kini, Umno mencanangkan kembali perpaduan Melayu bagi menjamin ketuanan Melayu, persoalannya di sini apakah wujud ketuanan Melayu selama ini?
Melayu dan Islam
Melayu berkait rapat dengan Islam, ia ibarat isi dengan kulit atau ombak dengan pantai yang tak dapat dipisahkan, demikianlah akrabnya pertautan di antara ke dua-duanya. Seseorang itu dianggap Melayu apabila memeluk Islam dan begitu juga menjadi Islam jika ianya seorang Melayu.
Jadi jika kita katakan bahawa wujudnya ketuanan Melayu, di sana mesti ada ketuanan Islam, mesti ada pemerintahan Islam, dasar-dasar negara adalah Islam, sistem yang digunapakai ialah Islam dan yang paling utama meletakan Al-Quran dan sunnah sebagai perlembagaan yang tertinggi sekali di dalam sesebuah negara.
Sekiranya di dalam negara tersebut mempunyai ciri-ciri di atas maka baharulah kita katakan bahawa wujudnya ketuanan Melayu kerana Islam bukan sahaja menjamin ketuanan Melayu bahkan menjamin ketuanan semua kaum di muka bumi ini dengan menjamin hak kepada semua makhluk seadil-adilnya.
Sebenarnya selama ini kita bertuankan Melayu boneka bukannya Melayu sejati, Melayu yang sudah hilang jatidirinya, Melayu yang mengikut telunjuk kuasa besar penjajah dan lebih malang lagi pemikiran dan ketaatan mereka hanya kepada penjajah. Berwajahkan Melayu tapi sedikit pun tidak mempunyai hati dan perasaan terhadap kesusahan, kesengsaraan dan kemunduran orang Melayu.
Mereka rela Islam dihina dan diinjak-injak oleh musuh Islam tanpa berbuat apa-apa, mereka lemparkan perundangan Islam di belakang punggung mereka tanpa rasa takut kepada Allah.
Selama hampir 50 tahun pelbagai kertas-kerja telah dibentangkan, pelbagai resolusi telah dibuat, pelbagai diskusi diperbahaskan dengan penuh ilmiah oleh ramai pakar dan tokoh Melayu dalam pelbagai bidang namun sinar cahaya gemilang di hujung terowong yang diharapkan masih belum kelihatan lagi.
Lakukan perubahan
Mari kita bersama melakukan perubahan hariini agar menjadi satu dari kisah sejarah yang bakal terpahat sebagai generasi perubahan yang mengembalikan ketuanan Melayu Islam di bumi tercinta ini dan menjadi kebanggaan pada anak-cucu kita di kemudian hari kelak.
Perubahan ini menuntut pengorbanan, samada kecil atau besar pengorbanan yang diberikan tidak penting tetapi apa yang penting ialah kita telah bersedia ke arah itu tanpa berpaling ke belakang lagi.
Masanya telah tiba untuk kita bersama-sama mengorak langkah bagi menjayakan satu cita-cita murni kita iaitu menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia ini yang mana pernah didaulatkan suatu ketika dahulu.
DI SANA sini begitu heboh memperkatakan tentang pengisytiharan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad keluar dari UMNO. Ada yang bersetuju dan tak kurang juga yang meminta beliau menarik balik keputusan tersebut dengan segera.
Hakikatnya tindakan Tun Mahathir berbuat demikian bukan bermakna beliau membenci parti terbesar Melayu itu tetapi dilihat lebih terdorong rasa tidak yakin dengan kepemimpinan terhadap Datuk Seri Abdullah Badawi menerajui UMNO dan sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia sekarang.
Berikutan itu, tidak hairanlah beliau sendiri mencadangkan kepada ketua cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehingga Abdullah meletakkan jawatan dan tidak perlu menunggu saat pemilihan parti Disember ini yang sudah tentu membolehkan anak Haji Ahmad Badawi itu menang tanpa bertanding.
Jika matlamat sudah dicapai, barulah beliau akan kembali semula menyertai UMNO dan menerima sesiapa sahaja pengganti Abdullah.
Siapa yang kenal Tun Mahathir tentu faham kenapa beliau bertindak begitu. Mungkin sudah ada strategi pandang jauh dirancang beliau untuk menggelakkan luka UMNO bertambah parah atau mahu memastikan kebajikan orang Melayu terus diperlihara.
Usaha ini adalah detik permulaan dan selagi beliau tidak memulakan langkah awal, perjuangan UMNO dan orang Melayu tak akan kemana apatah lagi sebahagian besar pemimpin yang menyertai kabinet Abdullah hari ini lebih bersifat pak turut semata-mata dan tidak berani melontar pandangan barangkali menimbulkan kemarahan Abdullah yang bila-bila masa boleh melucutkan segala keistimewaan dimiliki mereka.
Selain Tun Mahathir, pemimpin-pemimpin yang telah tampil mengisytiharkan diri keluar UMNO ialah bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid,isteri beliau, Tun Hasmah Mohd Ali, anak beliau, Datuk Mokhzani Mahathir, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik, Abd Razak Bahari, dan Veteran UMNO, Tan Sri Khalid Abdullah.
Bagaimanapun, seorang lagi anak beliau, Datuk Mukhriz tidak mengikuti jejak langkahnya kerana masih setia dengan parti itu dan menggesa semua ahli UMNO menyuarakan padangan secara terbuka meminta Abdullah berundur dalam apa cara sekalipun.
Difahamkan, bebeberapa pemimpin lain termasuk 3 ketua UMNO bahagian di Kedah dijangka mengumumkan perkara yang sama dalam tempoh terdekat ini.
HARGA-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, meneruskan kerugin dua hari berturut-turut susulan kejatuhan semalaman di Wall Street serta kebimbangan terhadap keadaan politik yang menjejaskan pasaran, kata peniaga.
Aliran menurun juga adalah selari dengan kejatuhan pasaran-pasaran serantau apabila pelabur membuat keuntungan kerana bimbang berlaku inflasi berikutan harga minyak mentah yang mencecah rekod baru pada AS$129.67 setong, katanya.
Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) turun 6.83 mata atau 0.48 peratus kepada 1,281.20 selepas dibuka 6.12 mata lebih rendah pada 1,281.31.
Indeks kewangan susut 43.44 mata kepada 9,871.40, Indeks Perusahaan turun 10.66 mata kepada 2,709.57 manakala Indeks Perladangan jatuh 70.64 mata kepada 7,963.28.
Bagi siri Indeks FTSE-BM, FBMEmas susut 28.29 mata kepada 8,614.45 dan FBM30 turun 34.14 mata kepada 8,277.49.
FBM-MDQ turun 33.05 mata kepada 4,804.06 namun FBM2BRD menokok 29.58 mata kepada 5,798.99.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 390 berbanding 260 manakala 245 kaunter tidak berubah manakala 524 tidak diniagakan dan 32 lagi digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 530.804 juta saham bernilai RM1.311 bilion, turun berbanding 651.807 juta saham bernilai RM1.591 bilion.
Antara saham aktif di Bursa Malaysia, YTL Power-Warrants susut 17.5 sen kepada 69.5 sen manakala Ramunia untung 17 sen kepada RM1.47 dan Sime Darby susut lima sen kepada RM9.60.
Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank rugi lima sen kepada RM7.75 dan Telekom Malaysia susut lapan sen kepada RM3.30 manakala Tenaga Nasional kekal pada RM6.85.
IOI Corp turun 20 sen kepada RM7.30 dan Malaysia Airlines susut lapan sen kepada RM3.62.
Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 436.800 juta saham bernilai RM1.269 bilion daripada 536.408 juta saham bernilai RM1.56 bilion semalam.
Jumlah dagangan di Papan Utama juga rendah pada 35.575 juta saham bernilai RM34.254 juta berbanding 37.046 juta saham bernilai RM24.239 juta sebelum ini.
Di Pasaran Mesdaq, jumlah dagangan susut kepada 25.675 juta saham bernilai RM6.269 juta berbanding 30.145 juta saham bernilai RM8.506 juta sebelum ini.
Waran panggilan turun kepada 32.754 juta saham bernilai RM1.638 juta berbanding 48.206 juta saham bernilai RM2.401 juta saham.
Jumlah dagangan bagi urus niaga langsung hampir meningkat sekali ganda kepada 29.719 juta saham bernilai RM30.890 juta berbanding 15.377 juta saham bernilai RM31.130 juta sebelum ini.
Mengikut asas sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 9.686 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perindustrian 52.881 juta, pembinaan 39.062 juta, perkhidmatan/perdagangan, 129.613 juta, teknologi 5.255 juta, infrastruktur 15.476 juta, kewangan 35.397 juta, hotel 7.234 juta, hartanah 47.486 juta, perladangan 27.890 juta, perlombongan 8,000, REITS 1.474 juta, dana tertutup 52,900, ETF 370,500, dan pinjaman 64.915 juta.
PEMPIMPIN Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata satu undian tidak yakin terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, adalah 'pilihan terbaik' untuk menggulingkan parti yang memerintah negara itu.
'Anda gunakan cara berperlembagaan untuk membuktikan sokongan majoriti dewan rakyat untuk mengetengahkan usul bagi mengalahkan perdana menteri itu,' kata Datuk Seri Anwar kepada wartawan di Singapura semalam.
Datuk Seri Abdullah, 68 tahun, kini menghadapi lebih banyak tekanan untuk meletakkan jawatan selepas parti campuran kerajaan yang dipimpin beliau, Barisan Nasional (BN), kalah teruk dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Keputusan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, 82 tahun, untuk keluar daripada Umno Isnin lalu adalah satu daripadanya.
Datuk Seri Anwar, yang memimpin pakatan tiga parti pembangkang utama Malaysia dan memerlukan 30 kerusi lagi dalam parlimen untuk mendapatkan kuasa majoriti, pula sedang cuba memujuk lebih ramai anggota parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat, yang memenangi lima daripada 13 negeri dalam pilihan raya lalu.
Beliau, yang mengaku sudah memperolehi sokongan diperlukan bagi menjadi perdana menteri, bagaimanapun berkata beliau tidak akan berkhidmat dalam jawatan itu melebihi sedekad.
'Jika anda tidak dapat membawa perubahan bermakna dalam masa 10 tahun dalam jawatan, sudah tiba masanya untuk beredar,' kata Datuk Seri Anwar.
MELAKA: Lapan hotel murah di Jalan Bunga Raya, Jalan Jalan Kee Ann, Jalan Munshi Abdullah dan Kampung Jawa, di sini, dikesan menjadi perhentian lelaki miang untuk melempiaskan nafsu sejak 1970-an berikutan semua hotel itu menyediakan khidmat pelacur antarabangsa dan tempatan.
Malah, perniagaan utama hotel murah itu bukan lagi sewaan bilik untuk bermalam sebagai rumah tumpangan sebaliknya bilik itu dikhaskan untuk melanggan pelacur pada kadar RM30 dan RM60 untuk sekali perkhidmatan.
Walaupun ada di kalangan hotel terbabit pernah diserbu berulang kali jabatan imigresen, polis dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) tetapi masih beroperasi berikutan ada permintaan yang tinggi untuk khidmat seks terutama di kalangan warga asing dari Bangladesh dan Nepal.
Daripada lapan hotel murah itu, dua hotel sudah ditamatkan lesen perniagaannya oleh Majlis Bandaraya Melaya Bersejarah (MBMB) atas kesalahan menyalahgunakan premis untuk tujuan maksiat sejak setahun lalu tetapi masih beroperasi seperti biasa dengan membenarkan pelanggan memasukinya melalui pintu belakang.
Jasindaily : JAIM la ni sibuk dengan menganggu budak-budak PASTI di Melaka, tu yang tak dapat nak banteras kes maksiat..hampeh betui..kerajaan negeri la ni sibuk dengan sektor pelancongannya, sampaikan hotel dan rumah tumpangan yang menjadi sarang maksiat tidak dikisahkan..makin lama memerintah makin banyak maksiat....dah 50 tahun memerintah ntah hapa yang dia bikin....
BEBERAPA pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dikatakan akan mengambil tindakan drastik keluar dari parti terbesar itu dalam tempoh terdekat ini.
Tindakan tersebut diambil sebagai tanda hilang kepercayaan terhadap kepimpinan atasan parti terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi yang gagal melaksanakan tanggungjawab membela nasib orang Melayu sambil mengikut jejak langkah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin mengumumkan keluar dari UMNO berkuatkuasa serta merta.
Menurut sumber boleh dipercayai, kebanyakan pemimpin dan bekas pemimpin itu bukan sahaja kecewa dengan hala tuju parti semakin tersasar dari objektif sebenar perjuangan memastikan nasib orang Melayu terbela tetapi curiga dengan sikap pemimpin atasan lebih terdorong mengejar impian masing-masing sehingga lupa tanggungjawab terhadap ahli dan orang Melayu di peringkat akar umbi.
"Jika kepemimpinan atasan merasakan keputusan diambil Mahathir sebagai perkara biasa, itu terpulang kepada merekalah. Bagi kami, keputusan Mahathir berbuat demikian selepas mengambilkira semasak-masaknya terhadap masa depan parti. Atas sebab itu, tidak hairan ada dikalangan pemimpin dan bekas pemimpin bersedia mengambil langkah sama,"ujarnya.
Setakat berita ini ditulis, beberapa pemimpin dan bekas pemimpin khususnya di peringkat bahagian dan cawangan difahamkan telah menemui Mahathir untuk menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi terhadap tindakannya itu serta sanggup bersama-sama beliau keluar dari UMNO.
Tak kurang juga ada dikalangan mereka menemui Mahathir semata-mata mahu meminta bekas ADR Kubang Pasu itu menarik balik keputusan diambil dengan harapan satu peralihan kuasa kepimpinan atasan parti dibuat secepat mungkin tanpa perlu menunggu tempoh masa sepertimana perbincangan Abdullah dan Najib Tun Razak.
Perkembangan terbaru ini jelas menggambarkan bahawa keutuhan UMNO sebagai sebuah tunggak parti orang Melayu tercalar sudah. Bagaimana Mahathir begitu bersungguh-sungguh mahu keluar parti sedangkan dia sendiri tahu UMNO adalah darah dagingnya. Barangkali dia sedar kuasa tertinggi dan setiap keputusan melibatkan hal-hal parti hari ini terletak ditangan Presiden dan Majlis Tertinggi tanpa perlu mengikut kehendak ahli parti.
Mungkin juga Mahathir sendiri merasakan bahawa Abdullah tidak boleh mentadbir negara berlandaskan situasi sekarang. Sokongan terhadap BN semakin merosot, imej UMNO sebagai tunggak kekuatan bangsa sendiri turut tergugat . Amat jelas sekali kekuatan PAS dan PKR ketika pilihanraya lalu membuktikan orang Melayu beralih arah dan teruja untuk berpaksikan pihak pembangkang.
Alangkah malangnya UMNO ketika heboh memasang niat mahu memulihkan imej parti, dalam masa sama dirundung pula masalah gerakan pemimpin dan bekas pemimpin untuk meninggalkan parti laksana sebuah kapal besar yang memiliki pelbagai keistimewaan kini menunggu masa untuk karam ditengah lautan samudera.
Apabila Tun Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya selaku ahli seumur hidup UMNO,ramai yang terkejut.Ada yang benar-benar terkejut dan ada juga yang buat-buat terkejut.Tidak kurang juga yang buat-buat tak tahu.
Bagi saya selaku anak muda yang menyoroti episod hidup mantan-mantan presiden UMNO sejak Allahyarham Dato’ Onn Jaafar,perletakan jawatan Tun itu adalah suatu perkara yang biasa dan sudah dijangka.Manakan tidak,semua mantan presiden UMNO (kecuali Tun Abdul Razak yang meninggal semasa masih memimpin parti) telah keluar parti atas sebab musabab yang hampir serupa.
Apabila Tun bertindak keluar UMNO tetapi menegaskan bahawa beliau tidak akan lompat ke parti lain,kita tertanya-tanya bahawa adakah agenda beliau untuk menekan Pak Lah akan berjaya.Kita juga tertanya-tanya bahawa pihak manakah yang akan untung dan pihak mana pula yang akan rugi daripada senario ini.
Tun adalah politikus UMNO yang berfikiran tajam.Dia tidak akan melakukan sesuatu tindakan yang boleh memberikan untung kepada pihak lain melebihi ‘kadar’ keuntungan yang akan dia perolehi.Jangan kita lupa dengan 1001 krisis yang pernah melibatkan Tun.Jangankan Musa Hitam atau Anwar Ibrahim,Sultan Iskandar pun pernah ‘kecundang’ di tangan Tun sewaktu krisis perlembagaan 1993.Itu belum termasuk krisis UMNO 1987 dan 1998.Hampir semua krisis dan konfrontasi yang melibatkan Tun pasti akan memberikan kemenangan mutlak kepada beliau.
Kini,Tun bukan lagi di puncak kuasa.Hampir sebahagian besar ‘kesaktiannya’ selama ini sudah di tangan orang lain (dibaca:Pak Lah).Namun,sebahagian lagi ‘kesaktian’nya masih bersarang di otaknya.Tun masih sepintar dan secergas dulu baik ‘physically’ atau ‘mentally’.Maka, sudah tentu keputusannya dan tindakannya itu bakal memberikan kepuasan dan habuan politik yang besar kepada beliau dan proksi-proksinya yang sedang meluru ke puncak.
Pada hemat saya, Pakatan Rakyat pasti akan berputih mata jika tindakan susulan daripada ahli dan pimpinan UMNO yang Tun harapkan bakal menjadi kenyataan.Harapan Tun adalah Pak Lah segera meletakkan jawatan lantaran tekanan yang Pak Lah terima akan lebih berat dan pengantinya akan lebih mudah mengatur langkah untuk berada di kerusi Presiden UMNO dan memperbaiki UMNO agar lebih kuat.
Selepas itu,Jika bakal presiden UMNO yang baru mampu menyusun semula saf kepimpinan UMNO yang lebih perkasa dan berjaya memulihkan keyakinan rakyat dalam masa yang singkat, maka harapan DS Anwar Ibrahim untuk ‘menuju ke Putrajaya’ akan menjadi sekadar mimpi di siang hari.Jumlah 30 ahli parlimen BN akan lompat parti sudah tentu akan menyosot.Maka,DS Anwar perlu menunggu masa yang lebih lama untuk membongkarkan kelemahan presiden UMNO yang baru itu.Tapi,jika pengganti itu adalah timbalan presiden sekarang, barangkali tempoh itu akan lebih pendek.
Dari sudut yang lain,PAS sebenarnya belum tentu akan peroleh manfaat daripada tindakan Tun petang tadi.Walaupun Tuan Guru Nik Aziz dilihat cukup gembira dan optimis bahawa banyak manfaat yang bakal partinya peroleh,namun tanpa langkah yang kemas,ia akan hanya menjadi pencak wayang yang sekadar untuk dipandang.PAS perlu tangkas dan kemas dalam mengambil peluang.
PAS dan ahli Pakatan Rakyat yang lain juga perlu berdoa semoga Pak Lah akan terus memerintah pusat sehingga beliau dijatuhkan sendiri oleh ketumbukan mereka.Jika Pakatan Rakyat mahu menjadi parti pemerintah, mereka perlu pastikan UMNO,BN dan kerajaan sekarang diubah dari luar, bukannya dari dalam!
Masih terbayang difikiran ini ketika era awal pemerintahan beliau dahulu apabila beliau memperkenalkan pebagai slogan yang indah-indah... Antaranya 'Bersih-Cekap-Amanah', 'Dasar Pandang ke Timur', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' dan apabila ada perselisihan faham dengan British beliau memperkenalkan 'Buy British Last'. Memang beliau adalah wira dunia ke tiga.
Beliau juga bertanggungjawab mengseragamkan waktu antara Semenanjung dan Malaysia Timur. Singapura juga mengikuti jejak langkah beliau. Selain itu beliau juga memperkenalkan 'Punch Card' yang kemudiannya dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman. Begitu juga dengan tanda nama semasa bertugas. Semua rakyat gembira mempunyai Perdana Menteri seperti beliau. Satu fenomena yang tak pernah diduga...
Peringkat Pertengahan
Beliau ketika ini banyak mengadakan lawatan ke seluruh dunia. Beliau adalah 'Pakar Jualan Malaysia'. Banyak teknologi baru dibawa masuk ke Malaysia. Bermula era Malaysia memiliki kereta nasional sendiri. Syarikat-syarikat kerajaan diswastakan. Malaysia mula dikenali sebagai negara industri dan tidak lagi negara pertanian seperti sebelum ini. Malaysia mula menjadi tuan rumah bagi acara-acara antarabangsa seperti Persidangan Negara-negara Commonwealth (CHOGM), Menganjurkan Dailog Antarabangsa Langkawi, G17 dan pelbagai acara lagi. Beliau juga memulakan projek mega seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Petronas, Litar Sepang, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, Monorel, Jambatan Pulau pinang dan pelbagai projek mega. Rakyat menjadi semakin bangga.. dan merasakan betapa bertuahnya mempunyai seorang Perdana Menteri yang mampu memandang jauh ke hadapan....
Peringkat Akhir
Apabila terlampau lama ditampuk kuasa... beliau menjadi semakin lupa diri. Manakan tidak beliau sentiasa dikelilingi oleh kaki ampu. Akhirnya beliau percaya dengan mainan syaitan bahawa setiap tindakan yang beliau lakukan adalah 'betul semuanya'. Orang lain apa tahu. Setiap tindakannya yang salah tiada siapa berani betulkan termasuklah ulamak upahan di sekelilingnya. Akhirnya beliau makin sesat apabila menguruskan wang negara bagaikan wang sendiri. Maka apa yang halal di awal pemerintahan telah bertukar menjadi haram. Bila memakan makanan haram hati beransur ansur menjadi gelap dan akhirnya tindakan yang tidak betul akan nampak betul. Beliau ingin menguasai seluruh Malaysia. Kuasa raja diturunkan begitu juga bidang kehakiman. Raja-raja dihina dan para hakim dipecat, royalti petroleum Terengganu dinafikan, sekolah agama rakyat ditutup dan apa-apa sahaja yang dikira menggugat beliau akan menerima padahnya walaupun timbalannya sendiri. Akhirnya jadilah Mahathir seorang diktator tanpa disedari.
Ketika ini nabi pun sanggup dihina. Fitnah menjadi mainan. Pembunuhan ulamak di Memali menjadi halal. Rasuah bermaharaja lela. Tapi siapa berani melawan. Hinggakan apabila digelar Maha Firaun pun masih ada lagi ulama upahan berani mengatakan inilah Firaun baik. Walhal Firaun adalah antara makhluk yang dilaknat sampai hari kiamat.
Lihatlah betapa angkuhnya orang yang bernama Mahathir ini. Hinggakan di akhir tampuk kuasa beliau membuat keputusan menyerahkan kuasa kepada Abdullah Badawi yang dikira boleh dijadikannya sebagai pak turut. Yang senang diperkotak-katik walaupun beliau tidak lagi menjadi PM. Itulah sangkaan beliau. Tetapi dengan kehendak Allah semuanya jadi terbalik. Abdullah bukan sahaja melawan tokey tetapi meracau dan merapu entah ke mana hingga menjadikan kredibiliti Mahathir yang melantiknya turut terjejas dengan teruk.
Maka pada hari ini lihatlah wahai rakyat Malaysia sekelian apa yang terjadi kepada manusia yang paling digeruni pada suatu ketika dahulu. Beliau bukan saja hilang kehormatan diri malah semakin tersisih dari masyarakat. Itulah yang dinamakan hukum karma dari Allah swt kepada umatnya yang sombong semasa di dunia. Banyak kemusnahan jangka panjang yang telah dibuatnya semasa era pertengahan dan penghujung pemerintahannya. Tetapi berapa ramai yang mengambil iktibar dari apa yang berlaku? Sangat sedikit... kerana manusia lebih sayangkan harta dunia dan takutkan mati...
TINDAKAN Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan meninggalkan parti yang telah disertai selama lebih 60 tahun dan telah meletakkan beliau dikerusi PM selama 22 tahun mungkin mengejutkan setengah orang.
Mereka yang selamanya merasai aroma kewangian jasa-jasanya atau termakan budinya tentu sedih dan terkejut dengan tindakan itu.
Namun bagi saya keputusan itu tidak sedikitpun merujakan. Malahan ianya sesuai dan kena pada tempatnya. Bahkan beliau tidak perlu mengambil masa begitu lama dan kesempatan pada Hari Wesek untuk mengisytiharkan keluar Umno sebaliknya sejak setahun lalu lagi.
Sikapnya yang mengkritik dan tidak dapat melihat (buta) satu pun kebaikan dan kebenaran tindakan Abdullah menyebabkan beliau bukan patut keluar sendiri dari Umno tetapi dipecat daripada parti berkenaan.
Saya yakin kalau orang lain berada di tempat Mahathir sudah lamanya ianya dipecat atau dibuang dari Umno!
Tetapi kerana Umno ditangan Abdullah begitu baik dan amat berhati-hati untuk mengambil tindakan kepada ahlinya apa lagi orang ternama seperti Mahathir, telah memberi ruang luas kepada Mahathir untuk menganggu Umno!
Keputusan emosi Mahathir yang dibuat di Alor Star itu memberi kemenangan kepada Abdullah. Kita percaya ianya disambut dengan solat syukur oleh orang-orang dan pencinta Abdullah kerana ia meringankan beban Abdullah. Dengan keluarnya Mahathir kini tidak ada ada lagi duri dalam daging atau sampah dalam mata.
Pun begitu tindakan Mahathir itu ia bukan berakhir begitu saja. Mahathir sumpama tenggiling yang berpura-pura mati apabila terserempak dengan orang. Beliau ada motif lain berbuat begitu. Apa yang mungkin diingini Mahathir dengan tindakannya itu sebagai test satu merket menguji apakah pengaruh beliau masih ada.
Apa yang dilakukan itu satu lagi serangan mental ke atas Abdullah. Beliau mahu melihat apakah Abdullah tahan dengan berbagai suara dan juga ulasan yang bangkit ekoran dari tindakannya itu. Apa yang Mahathir ingin pamerkan ialah betapa busuk dan buruknya Umno di tangan Abdullah sehingga orang yang sesuci dan semulia beliau pun sanggup keluar!
Apa maksud beliau apabila menyeru ahli Umno mengambil tindakan sama dengannya tetapi jangan menyertai parti lain? Beliau juga mengatakan akan menyertai Umno apabila ianya tidak lagi dipimpin Abdullah. Ini menunjukkan kebencian yang melampau beliau kepada Abdullah.
Bagi Abdullah pula beliau tidak perlu merasa apa-apa dengan aksi Mahathir itu. beliau boleh menganggap perangai Mahathir itu seperti perangai budak kecil yang kecewa tidak dapat sesuatu barang yang dikehendakinya ia akan mogok makan. Atau pun tindakan itu sebagai buang tebiat! Anggapkah begitu sahaja.
Apa yang dapat dianalisakan juga jelas tuduhan pemerhati politik bahawa persaraan beliau tahun 2004 tidak ikhlas sebaliknya kerana terpaksa disebabkan reputasinya semakin memburuk adalah benar. Sekiranya kalau beliau benar-benar ikhlas untuk bersara beliau akan bersikap sebagai orang yang bersara dan tidak menyusahkan parti seperti mana-mana negawaran lain lakukan.
Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan lain-lain juga tidak senang dengan Umno di bawa kepimpinan Mahathir dulu. Mereka juga melontarkan teguran dan kritikan tetapi tidak beremosi dan berlandaskan dendam peribadi sampai menimbulkan pergolakan kepada parti seperti Mahathir. Mereka membuat kritikan konstruktif.
Kesimpulannya dengan keputusan Mahathir itu memberi kemenangan kepada Abdullah. Atau kalau tindakan Mahathir itu kerana tidak senang dengan menantu PM, ini bermakna Khairy Jamaluddin berjaya menganggu musim-musim persaraan Mahathir.
Menariknya permergian Mahathir akan mewujudkan satu ruang di dalam Umno. Sejarah telah mecatatkan bahawa Mahathirlah yang menendang keluarkan bekas TPM Anwar Ibrahim dari Umno. Apakah ruang kosong yang ditinggalkan beliau itu akan diisi semula oleh Anwar? Kita sama-sama tunggu dan lihat apa yang akan berlaku selepas ini.
KIRA-KIRA 300 orang ahli Umno Cawangan Jalan Badlishah di Merbok keluar beramai-ramai dari parti itu untuk bersama-sama dengan bekas presiden mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengisytiharkan keluar dari parti itu semalam.
Ketua cawangan tersebut, Mej (B) Anuar Abdul Hamid memberitahu The Star, ahli-ahli Pemuda, Wanita dan Puteri cawangan tersebut juga keluar dari Umno.
Kira-kira 100 ahli cawangan itu menghadiri majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" yang diadakan di sebuah hotel di Alor Star semalam di mana Dr Mahathir tiba-tiba mengumumkan keputusannya keluar dari Umno.
Mereka yakin ahli-ahli Umno dari cawangan lain juga akan mengambil tindakan yang sama.
Anuar memberitahu, mereka tidak akan menganggotai mana-mana parti dan akan menyertai Umno semula apabila Presiden parti itu kini, Datuk Seri Abdullah Badawi berundur.
Di Kubang Pasu, beberapa ketua cawangan memberitahu, mereka merancang untuk memulaukan mesyuarat agung parti itu.
Bekas Menteri Besar Kedah yang juga bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid pula mengumumkan beliau "sudah lama" keluar parti itu.
Seorang lagi bekas Ahli Majlis Tertinggi, Tan Sri Khalid Abdullah juga mengumumkan akan keluar Umno sambil memberitahu tiga Ketua Bahagian di Kedah juga akan mengambil tindakan yang sama.
Di Johor, melalui ikrar ketika pertemuan dengan Dr Mahathir Sabtu lalu, kira-kira 200 cawangan dijangka akan dibubarkan sebelum mesyuarat cawangan-cawangan Umno dimulakan.
Jasindaily : mmm pakat-pakat keluar UMNO pasni nampak gayanya terkubur lagi la UMNO...
Rakyat Malaysia perlu lihat pengisytiharan Mahathir dan Sanusi keluar UMNO secara kritikal, terutamanya Melayu yang masih menganggap UMNO lama sama dengan UMNO baru.
Nombor keahlian Mahathir dan Sanusi masing-masing 1 dan 7. Mahathir memilih nombor 1 kerana dia adalah pengasas parti itu, manakala Sanusi pula memilih 7 kerana dia setiausaha parti waktu itu. Bagi Sanusi, No 7 sama nombor James Bond (007).
Dari nombor ini, jelas kepada orang celik mata dan hati, bahawa Mahathir ialah pengasas UMNO yang ada kini, Dia adalah presiden pertama dan Sanusi ialah Setiausaha pertama.
Ahli sejarah mana dapat nafikan perkara ini, sila nafikan.
Sukalah diminta mana-mana pegawai Biro TataNegara yang selama ini menjadi enjin propaganda UMNO untuk Tanya diri sendiri akan sejarah ini. Sampai bila orang seperti Nordin Kardi dan jentera BTNnya boleh seronok dengan sejarah rekaan mereka untuk terus menipu melayu.?
Walaupun Musa Hitam kata pengasas UMNO itu sebagai duri dalam daging, tetapi adakah dengan keluarnya mereka dari UMNO, UMNO jadi “bersih dan baik” semula seperti UMNO asal?
Sedangkan Setiausaha Agung UMNO sekarang adalah bukan orang lain, melainkan rakan rapat Mahathir.
REAKSI TERHADAP TINDAKAN TUN DR MAHATHIR MENINGGALKAN UMNO
Tindakan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohammad mengumumkan keluar dari Umno hari ini merupakan satu tindakan yang radikal sekali gus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti. PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.
PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya. PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan samada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:
1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik 2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk 3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua 4. Proses prubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik
PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini. PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang. PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.
Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Presiden PAS
HARI ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.
Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.
UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.
Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.
Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.
Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.
Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.
Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.
Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.
Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.
Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.
Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.
Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.
Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.
Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.
Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.
Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.
Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1) Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)
Akhirnya detik-detik yang ditunggu telah tiba. Jika anda terperanjat dengan berita Mahathir keluar Umno jam 12.30 tengahari tadi, anda memang telah ketinggalan keretapi.Khabar-khabar angin sebenarnya telah tersebar sebelum PRU12 lagi. Ketika Anwar mula-mula mendedahkan pita Lingam, perkhabaran ini menjadi hangat. Ini kerana kebocoran maklumat bahawa Khairy Jamaluddin telah memberi cadangan kepada Peguam Negara untuk menggunakan kesempatan itu untuk menguburkan kerjaya politik Mahathir.
Apa yang pasti, di markas-markas PAS menjelang PRU12 kami sibuk berborak tentang kemungkinan ini. Bagaimanapun, tentangan dari kem Najib dan merudumnya tahap 'approval rating' Dollah Bedawi pada ketika itu menyaksikan Khairy Jamaluddin terpaksa berputih mata dan Pak Mertuanya KIV dulu rancangannya ini.
Menjelang 8 Mac 2008, sekali lagi keluar cerita Mahathir nak keluar Umno. Kali ini katanya tak berpuashati dengan tindakan Khairy Jamaluddin menyisihkan anaknya Mukhriz dari senarai calon BN.
Sekali lagi kem Najib masuk campur setelah melihat pengaruh Mahathir di kalangan ahli Umno akar umbi di Kedah masih jitu. Tidak mustahil jika Mukhriz disisihkan, Umno akan kalah semua kerusi yang ditandinginya di Kedah disebabkan sabotaj penyokong Mahathir.
Maka terpelantinglah nama Mukhriz di beberapa kerusi Parlimen bermula Kubang Pasu, Baling, Pendang dan Langkawi. Setelah bertumbukterajang dengan kem Mahadzir Khalid (budak suruhan Khairy Jamaluddin di Kedah), Mukhriz dicampakkan ke Jerlun. Senyaplah seketika cerita Mahathir nak keluar Umno bila orang orang tua ini dilihat berkampung di Jerlun dan sanggup berjaga malam berkempen memenangkan anaknya.
Lepas PRU12, timbul lagi cerita ni. Anak-beranak Mahathir makin susah nak berniaga. Khairy Jamaluddin yang sudah menjadi MP Rembau mengukuhkan cengkamannya ke atas kabinet dan media. Memang susah Mahathir nak bernafas.
Tetapi Mahathir tak layan sangat menantu PM ni. Dia biarkan Mukhriz perkukuhkan kedudukan dan pengaruhnya dulu. Dia bantu Mukhriz bina tapak sokongan untuk meluncur ke jawatan Ketua Pemuda Umno.
Dia pergi berceramah ke seluruh negara untuk mengukuhkan sokongan dan populariti Mukhriz. Sebelum dia keluar Umno, Mukhriz mesti dikuatkan terlebih dahulu.
Apabila Khairy Jamaluddin terdesak dan tidak dapat menangkis kemaraan Mukhriz, dia guna media. Mahathir tak boleh hidup tanpa media. Dia biasa beretorik dan berhipokrit di media. Dia tahu bagaimana orang media bekerja dan bijak memanipulasikannya. Penyudahnya dia mula tulis blog. Ini saja caranya untuk memastikan mesej dan pandangannya kepada umum tidak ditapis dan di'modify' oleh Khairy Jamaluddin.
Bila selesai masalah Mukhriz dan mula tulis blog, ramai yang ingat dah sampai masanya Mahathir keluar Umno. Silap lagi rupanya. Satu lagi percaturan Khairy Jamaluddin bocor ke pengetahuan Mahathir.
Mahathir tahu Khairy Jamaluddin nak gunakan laporan suruhanjaya pita Lingam untuk membunuhnya secara 'halus' dan 'perlahan-lahan'. Matlamat Khairy Jamaluddin adalah untuk membisukan Mahathir dan meletakkan namanya sebaris dengan pemimpin-pemimpin Umno yang dipinggirkan dan dilupakan. Caranya dedahkan segala keburukan dan penyelewangan Mahathir dalam 'industri' jualbeli hakim Malaysia.
Tapi Khairy Jamaluddin silap, Mahathir orang lama, dia boleh baca awal-awal lagi cara terbaik untuk menghadapi strategi Khairy Jamaluddin yang bodoh ini.
Mahathir tahu jika dia berada dalam Umno sewaktu Khairy Jamaluddin mendedahkan keburukannya, dia pasti hancur sebab rakyat akan melihatnya seperangai dengan perompak-perompak dan penyamun-penyamun Umno yang lain.
Paling Mahathir takut, kalau pembangkang tumpang sekaki. Pastinya pembangkang ada peluang untuk guna kaedah 'serampang dua mata', jahanamkan Mahathir dan Umno sekaligus. Satu batu bunuh 2 ekor burung, lagi untung.
Bila Khairy Jamaluddin mengarahkan nama Mahathir diletakkan sebaris dengan 5 lagi penyamun dalam laporan suruhanjaya pita Lingam, saya dan beberapa rakan yang tegar menyokong PAS mula buka semula fail cerita Mahathir keluar Umno.
Bila Mahathir melalut dan merapu sehari dua kebelakangan ini, nampak sangatlah dia memang sedar Khairy Jamaluddin akan gunakan laporan suruhanjaya pita Lingam untuk menghapuskan Mahathir dari arus politik perdana. Jadi, kami membuat jangkaan bahawa tidak dapat tidak Mahathir mesti membela dirinya dari luar Umno.
Hari ini, dalam keadaan sentimen rakyat dan 'approval rating' terhadap Umno begitu rendah dalm sejarah, pastinya perkara-perkara yang bakal didedahkan atau di'auta'kan oleh Mahathir untuk membela dirinya, pastinya akan menarik sebahagian besar rakyat untuk bersimpati dengannya.
Risiko sampingan akibat serangan pembangkang juga dapat diminimumkan kerana Mahathir tahu matlamat utama pembangkang adalah untuk menjahanamkan Umno.
Kami memang dah jangka Mahathir akan mengikut jejak langkah Presiden Umno sebelumnya, cuma tidak berani berspekulasi tentang tarikh yang sesuai. Maklumlah, Mahathir ahli politik yang licik. Dalam sejarah politiknya, tiada orang yang dapat meneka tarikh-tarikh yang dipilihnya untuk berbuat sesuatu dengan tepat.
Pengumuman Mahathir tengahari tadi melegakan kami. Sekurang-kurangnya selepas ini kalau berjumpa di kedai-kedai kopi, ceramah-ceramah atau markas PAS cawangan, tak payahlah lagi nak pening-pening kepala meramal dan berspekulasi.
Menariknya, ada 2 perkara yang tepat dalam jangkaan-jangkaan kami;
(1) Mahathir akan keluar Umno apabila hilang kuasa. Begitu juga Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn, semuanya mati di luar Umno.
(2) Kesetiaan seseorang pemimpin kepada parti Umno hanyalah ketika dia ada kuasa, bila hilang kuasa biasanya mereka akan berada di barisan hadapan untuk menjahanamkan Umno.
Kadar kesetiaan yang rendah ini mungkin disebabkan oleh faktor keturunan. Umno berjuang untuk melayu, tetapi semua pemimpinnya bukan melayu tulen. Tunku mewarisi darah Siam dari sebelah ibu, Tun Razak berdarah lanun Bugis dari sebelah bapa, Tun Hussein berdarah Turki disebelah bapa manakala Mahathir pula mewarisi darah kutty dari kedua-dua datuk dan neneknya yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu.
Harapan rakyat ketika ini agar kepimpinan PAS menggunakan segala kebijaksanaan yang ada untuk mengambil 'keuntungan politik' dari perkembangan ini. Harap-harap Presiden PAS dapat mencontohi 'kebijaksanaan' Almarhum Fadzil Noor yang menjadi antara orang terawal mendekati Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat dari kerajaan dan dibuang dari dari Umno.
Tok Guru Haji Hadi juga boleh mencontohi kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz yang mendekati YB Ibrahim Ali dan menggunakan lidahnya untuk menebas kemungkaran Umno.
Tak kisahlah apapun. Asalkan bijaksana dan berhemah, silakan! Sesungguhnya para pejuang Islam berdiri teguh di belakang Tuan Guru!
Pak Lah masih belum mahu sedar dan masih berada didalam keadaan lena walaupun secara jelas dapat kita lihat rata-rata pemimpin UMNO dari peringkat cawangan sehingga ke peringkat tertinggi menolak kepimpinan Pak Lah...Pak Lah sudah tidak relevan lagi kepada UMNO dan juga kepada Malaysia...bagi saya elok ditukar kepada pimpinan yang baru dan yang lebih relevan bertukar terus kepada Pakatan Rakyat..
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak akan tunduk kepada desakan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno serta yakin majoriti anggota Umno akan terus setia kepada kepimpinan parti sekarang.
Perdana Menteri, dalam reaksinya terhadap tindakan Dr Mahathir keluar daripada Umno hari ini, bagaimanapun mengakui tindakan bekas perdana menteri itu mampu meninggalkan sedikit kesan kepada Umno apabila ada segelintir anggota mengikut jejak Dr Mahathir.
"Saya harap ahli akan terus setia kepada parti Umno kerana parti banyak berjasa kepada bangsa, negara dan semua kaum," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif MSC Malaysia Sarawak di di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Isnin.
Abdullah, yang terkejut dengan pengumuman Dr Mahathir keluar daripada Umno serta-merta parti yang dianggotainya sejak 1946, berharap anggota Umno lain bertenang dengan perkembangan itu.
"Saya terkejut bila dengar keputusan Tun (Mahathir)..., bila saya fikir itu Tun dah fikir habis dan Tun ni bila dia kata dia nak buat sesuatu perkara, dia tak kisah dah," katanya.
Dr Mahathir, anggota seumur hidup Umno, pada satu majlis politik di Alor Star hari ini mengumumkan keluar daripada Umno berkuatkuasa serta merta kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.
Bekas presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Abdullah meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.
Abdullah berkata: "Kalau sudah itu keputusannnya anggota-anggota Umno perlulah tenang dan kita perlu sedar anggota Umno perlu menjadi anggota yang taat setia kepada parti dan mahu melihat parti kita menjadi sebuah parti yang kuat dan mampu teruskan perjuangan yang telah diasaskan sejak Umno ditubuhkan dulu.
"Apa nak jadi kepada kita kalau kita tidak ada parti lagi, Umno kini banyak berjasa kepada bangsa, negara dan rakyat Malaysia semua kaum, semuanya bergantung kepada kita," katanya pada sidang akhbar yang penuh sesak itu.
Ketika ditanya mungkinkah parti akan terjejas dan ada anggota yang akan mengikut tindakan Dr Mahathir, Abdullah dengan tenang berkata: "Saya tak berkata ia tidak akan jejaskan langsung, mungkin ada (anggota yang keluar parti).
"Sayangnya kita kepada Umnolah yang menjadi kekuatan kepada kita untuk meneruskan perjuangan," tegas Abdullah.
Abdullah juga yakin anggota Parlimen Barisan Nasional tidak akan keluar dan melompat ke parti pembangkang dan menegaskan bahawa semua anggota perlu bersatu-padu.
"Mungkin ada yang nak keluar parti tetapi saya tidak rasa itu akan berlaku. Anggota Parlimen daripada parti Umno tidak akan keluar parti, anggota akar umbi mungkin ramai (keluar parti) mungkin tidak, yang penting kita perlu berfikir adakah kita mahu meninggalkan Umno.
Kalau kita tidak mahu dengan Umno maka tiada lagi perjuangan Umno dalam diri kita," katanya.
Bagi Abdullah, beliau akan terus dengan Umno dan berharap anggota-anggota parti itu juga terus bersama-sama dengan parti.
"Jika mereka mahu menjadi kuat, tiada logik atau alasan bagi mereka meninggalkan Umno," katanya.
Presiden Umno itu berkata isu Dr Mahathir keluar parti akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang.
CADANGAN dan seruan majlis Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) agar rakyat memboikot atau tidak membaca Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia terasa semacam jenaka pula. Cadangan itu menyebabkan tengkuk saya merasa geli-geli dan loya macam gadis sunti mengandungkan anak di luar nikah.
Rasanya sudah berpuluh kali pembangkang mengambil pendekatan demikian dan bersikap tidak mesra alam dengan akhbar berkenaan. Tindakan memboikot itu bukan perkara baru. Ianya sudah lama dianjurkan sebelum ini dan berkala-kala pula lagaknya.
Kalau baru pun ialah kerana orang yang bercakap mengenainya itu adalah orang baru. Misalnya MB Selangor, Khalid Ibrahim yang dipetik sebagai mencadangkan demikian adalah orang baru dalam dunia kepembangkangan di negara ini.
Selepas beliau menjadi MB Selangor atau berada dalam pagar pembangkang baru beliau menyedari betapa perit dan sedihnya permainan berat sebelah media berkenaan. Khalid merasakan itu mungkin apabila kenyataanya atau isu yang timbul di Selangor dieksploitasi dan sengaja disalah laporkan oleh akbar berkenaan sehingga menimbulkan masalah kepadanya.
Meninggalkan impak besar
Bagi saya tindakan memboikot itu tidak memberi apa-apa makna kerana Utusan adalah sebuah akhbar arus persana yang sudah lama bertapak di bumi ini. Ia tidak meninggalkan impak besar kalaupun pemboikotan itu dilakukan. Kalau tidak silap saya Pas pernah melakukan lebih hebat daripada itu terhadap Utusan. Akhbar Utusan pernah dibakar pada satu muktamar Pas.
Manakala wartawan Utusan pula pernah dihalang daripada membuat liputan muktamar Pas atau kenyataan media pemimpin Pas.
Apa hasilnya segala tindakan itu? Ia tidak memberi apa-apa bekas. Sebaliknya Pas akhirnya tunduk dan terpaksa berbaik semula dengan akhbar berkenaan. Utusan tetap juga dengan perangai malaunnya yang terus–terusan mengeksplotasikan berita pembangkang.
Tidak boleh salahkan Utusan kerana ianya adalah media propaganda atau penjilat buntut kerajaan Umno dan BN. Saham akhbar berkenaan pun dimiliki sepenuhnya oleh ahli dan pemimpin Utusan. Jadi kalau Pas mengharapkan simpatis Utusan agar memberikan layanan baik kepada mereka samalah mengharapkan tanduk dari kepala kucing.
Jalan berkesan pada saya bukan tindakan memboikot, tetapi ialah kerajaan PR perlu bertindak tegas terhadap dalam melayani akhbar berkenaan. Maksudnya kerajaan PR kena bersikap tegas dan keras dengan akhbar berkenaan dan jangan sekali melayani dan menaruh kepercayaan kepadanya.
Misalnya cara paling baik ialah tidak memberikan maklumat berita kepada akhbar berkenaan baik langsung atau tidak langsung. Jangan panggil akhbar berkenaan memasuki ke dalam rumah pembangkang. Tindakan menutup pintu kepada akhbar berkenaan yang pernah dilakukan sebelum ini boleh dipertimbangkang semua. Tetapi kali ini kena tegas dan konsisten.
Dari sumber lain
Sekiranya akhbar berkenaan ingin mendapat maklumat mengenai kerajaan negeri PR mereka hendaklah memetik berita dari sumber-sumber rasmi kerajaan PR ataupun dari sumber lain.
Misalnya kalau berita dari Kerajaan PR yang didominasikan Pas, mereka mungkin boleh dapatkan sumber itu daripada Harakah. Manakala kalau kerajaan PR didominasikan oleh PKR mereka boleh dapatkan maklumat dari Suara Keadilan.
Kadang-kadang saya tidak faham dengan pendekatan diguna oleh pemimpin pembangkang dalam hal ini. Adakalanya mereka menjadi terlalu baik dan mempercayai kepada waratawan sehingga sanggup duduk sekali dan diajak makan dalam majlis-majlis besar di hotel bertaraf lima bintang. Pemimpin pembangkang tidak dapat membezakan antara wartawan akhbar berkenaan dengan wartawan berkenaan sebagai kawan baik atau kenalan mereka.
Disebabkan keasyikan dan kurang bijak dalam hal ini menyebabkan mereka sering kali terperangkap dalam manis oleh akhbar berkenaan.
Anihnya pembangkang tidak serit-serit juga walaupun akhbar berkenaan terus-terusan main belakang dan punggung mereka!
Misalnya Khalid Ibrahim sendiri bukan main lagi syok dan memberi perioriti kepada akhbar yang disuruh diboikotkan itu. Kalau tidak silap saya interviu eksklusif beliau sebagai MB diberikan kepada Utusan Malaysia. Apakah Khalid sudah tidak nampak kepada akhbar nyamuk lain yang sebelum ini membantunya? Pada saya akhbar nyamuk yang dianggap picisan atau buku hantu lebih banyak membantu perjuangan pembangkang!
Saya sendiri sudah lebih sebulan membuat temu janji menerusi Pegawai Khasnya, Yahya Shari, untuk menginterviu Khalid bagi dimuatkan dalam Siasah namun masih belum dilayan sampai ke hari ini. Begitu juga permintaan rasmi saya hendak mengadakan interviu dengan MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak terlayan sampai kini.
Pernah sekali saya menghubungi Setiausaha Politiknya untuk tujuan itu tetapi dibalas dengan sehelai kertas saja sebagai jawaban dari MB itu. (Mungkin ini orang tidak percaya kerana saya akrab dengan Nik Aziz, tetapi inilah hakikatnya).
Berhubung dengan layanan terhadap media ini suka saya cadangkan supaya pegawai MB atau MB kerajaan PR meniru atau meneladani perangai orang baju petak-petak merah. Kenapa beliau seakan menguasai media kerana hubungan mesra beliau dengan akhbar. (Aiiii.......!).
Berbalik kepada kes Khalid tadi jika hendak dikira apakah jasa akhbar yang hendak diboikotkan itu berbanding Siasah dan Harakah? Kesilapan ini mungkin bukan dari Khalid, tetapi inilah sikap orang yang menjaga dan mengawal MB itu.
Dan hari ini apabila sudah terkena main dengan Utusan baru beliau tersedar mana intan dan mana kaca. Mengapa orang kita selalu jadi seperti si buta yang angkuh membuangkan tongkat selepas menyeberangi jambatan!
Jadi sekali lagi saya katakan tindakan memboikot seperti disarankan itu tidak akan memberi apa-apa kesan dan perlu dilupakan saja. Cara paling baik ialah MB-MB PR tidak memberi ruang luas kepada wartawan akhbar yang menjadi propaganda kerajaan BN itu sebaliknya mula mengubah kepercayaan dan keyakinan dengan memberi ruang kepada akhbar alternatif sebagai akhbar rasmi mereka? Jika akhbar penjilat buntut ingin bahan berita bolehlah mereka memetik dari akhbar alternatif yang rasmi itu.
Seperkara lagi pada saya tindakan paling afdal dalam mengatasi masalah ini bukan berperang dengan akhbar arus perdana, sebaliknya MB kerajaan PR perlu memperbanyakan media massa mereka sendiri. Lawan dengan akal jangan lawan dengan emosional. Ingatlah walaupun pembangkang sudah agak besar sekarang ini, namun akarnya masih benar-benar belum menunjang ke persada rakyat!
TINDAKAN KE ATAS 6 JAHANAM AKAN KEMBALIKAN MARUAH KEHAKIMAN
Setelah menunggu lama kini tiba masanya untuk rakyat Malaysia mendengar dan melihat bagaimana Mahathir Mohammad memporak perandakan sistem negara .Beliau kini boleh dikenakan dan dihukum dibawah akta hasutan,akta rahsia rasmi,kanun keseksaan.
Jangan lupa juga meletakkan si Mahazalim ini dibawah akta undang-undang yang digubal manusia dengan menyalahgunakan kuasa,akta rasuah,akta menipu,akta membohong,akta mengsonglap duit rakyat,akta menyamun ,ordinan menipu,ordinan drakonian yang diperkenalkan mempertahankan ISA,akta hasutan dan akhir sekali akta undang-undang menipu rakyat Malaysia dalam kes Anwar Ibrahim.
Suruhanjaya diraja yang dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah profesor emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim mendapati 6 jahanam ini wajib di hukum setimpalnya kerana merosak,menipu,menyalahgunakan kuasa,menipu Raja-raja Melayu
6 jahanam tersebut yang diketuai oleh Mahazalim - dua bekas ketua hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, peguam kanan Datuk VK Lingam, bekas menteri pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan.Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.
Laporan setebal 191 halaman itu telahpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas.
TUANKU KEMBALIKAN KUASA RAJA-RAJA DALAM KES INI.BUKTIKAN BAHAWA KUASA TUANKU DALAM MENASIHATI PERDANA MENTERI SUPAYA UNDANG-UNDANG DIJALANKAN.
KL: Sejak beberapa minggu lepas, ada pihak tertentu beranggapan kononnya pembangkang akan berjaya menubuhkan kerajaan pusat, gara-gara kedudukan Barisan Nasional (BN) yang mereka anggap agak goyah di Parlimen, selepas pilihan raya umum baru-baru ini.
Kemungkinan dan ketidakmungkinan terjadinya perkara ini menjadi perbahasan dan perbualan dalam kalangan ahli politik, penganalisis politik, ahli perniagaan dan golongan peringkat akar umbi.
BN menguasai 140 kerusi atau 63.1 peratus daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen. Ia memperoleh 4.08 juta undi atau 50.6 peratus undi popular.
Berdasarkan perkiraan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, gabungan pembangkang hanya memerlukan penyertaan 30 Anggota Parlimen BN ke dalam pakatan itu bagi membolehkan mereka mencapai apa yang dihajati.
Jika perkara itu terjadi, maka pakatan pembangkang akan dapat menubuhkan kerajaan baru dengan bersandarkan majoriti mudah. Kini, pembangkang mempunyai 82 kerusi di Parlimen.
Anwar dilaporkan berkata bahawa parti yang diterajuinya telah berjaya memujuk beberapa Anggota Parlimen supaya meninggalkan BN.
Bagaimanapun, berdasarkan satu dokumen yang disebarkan oleh pihak tidak dikenali di Parlimen hari ini, peluang pembangkang untuk mencapai apa yang mereka impikan itu tidaklah semudah yang disangka.
Dokumen berkenaan, yang dipercayai ditulis oleh mereka yang amat arif tentang undang-undang dan Perlembagaan, berhujah bahawa bagi mencapai angan-angan mereka itu, barisan pembangkang perlu mengatasi pelbagai halangan dalam bentuk undang-undang, yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dokumen itu menyatakan bahawa halangan pertama termaktub dalam Perkara 43(5), yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa memecat Perdana Menteri.
Tetapi, sekiranya Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan Dewan Rakyat, maka beliau perlu menunaikan satu daripada beberapa pilihan yang ada.
Pertama ialah mengemukakan peletakan jawatan sepenuhnya oleh kerajaan yang beliau terajui seperti yang termaktub dalam Perkara 43(4) atau menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya baru, seperti yang terkandung dalam Perkara 40(2)(b).
Jika ini dilakukan, maka Yang di-Pertuan Agong perlu melantik seseorang, yang menurut pertimbangan baginda, akan mendapat kepercayaan Dewan Rakyat.
Dokumen itu juga menyatakan bahawa sekiranya Perdana Menteri kalah dalam undi percaya yang diadakan secara mengejut, tetapi berjaya menghimpunkan semula penyokong beliau dan kembali mendapat sokongan majoriti, maka beliau layak dilantik semula bagi menyandang jawatan itu kerana Yang di-Pertuan Agong boleh memberi perkenan baginda kepada seseorang yang baginda yakini paling mampu mendapat kepercayaan Dewan Rakyat.
Satu halangan lagi yang terpaksa dihadapi Pembangkang ialah tindakan memecat Perlimen tidak boleh dibuat, melainkan Dewan Rakyat memecat Perdana Menteri kerana Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa memecat Perdana Menteri (Perkara 43(5).
Bagi menyokong hujahnya, dokumen itu mengambil sebagai rujukan, kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan lawan bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Haji Openg di Sarawak pada 1966, yang mengesahkan bahawa melainkan wujud undi tidak percaya, maka sesuatu pelantikan yang sah, tidak boleh dibatalkan oleh Yang Dipertua Negeri.
Dokumen itu juga menyatakan bahawa sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan, maka Perdana Menteri sebelumnya akan terus kekal memegang jawatan itu dalam sebuah kerajaan sementara.
Walaupun perkara ini tidak disebut oleh Perlembagaan tetapi ia merupakan suatu konvensyen (amalan) yang diterima secara kukuh di United Kingdom selain di Malaysia dan di semua negara anggota Komanwel, kata dokumen itu.
Dokumen itu juga menyebut bahawa ketidakmampuan sesuatu parti memperoleh majoriti dua pertiga, tidak boleh menghalang Kerajaan Persekutuan daripada menggubal undang-undang atau meluluskan bajet.
"Di UK, kerajaan yang memerintah, mendapat kuasa dengan memperoleh kurang daripada 50 peratus undi popular dan mempunyai asas majoriti di Dewan Rakyat.
Ini bukan kali pertama Perikatan/BN tidak mendapat majoriti dua pertiga. Pada 1969, Perikatan tidak memperoleh lebih 50 peratus undi serta gagal mendapat majoriti dua pertiga. Tun Abdul Razak mentadbir negara ini dari 20 Feb 1971 hinggalah menjelang pilihan raya 1974, hanya dengan mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat.
Dokumen itu juga menyatakan bahawa dalam kes Nordin Salleh (1994), Mahkamah Agung membuat keputusuan bahawa undang-undang antilompat parti melanggar kebebasan yang dijamin oleh Perkara 10(1)(c). Nordin, yang ketika itu anggota PAS dan merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Sungai Pinang, menyertai Umno pada 1992.
Kerajaan Negeri Kelantan kemudiannya menggubal undang-undang antilompat parti bagi ahli politik, yang kemudiannya diputuskan oleh Mahkamah Agung sebagai bercanggah dengan Perlembagaan.
Bagaimanapun, menurut dokumen itu, ada beberapa cara untuk mengatasi keputusan kehakiman ini, satu daripadanya ialah meminda Perkara 10 (2)(c) Perlembagaan Negara bagi menghalang perbuatan melompat parti.
Tetapi, dalam konteks kedudukan politik sekarang, BN yang tidak menguasai majoriti dua prtiga, tidak mungkin mampu membuat pindaan itu.
Satu cara lagi ialah menggunakan Ordinan Darurat mengikut Perkara 150(2B), yang memperuntukkan bahawa seseorang yang dipecat atau keluar daripada parti yang beliau menang atas tiketnya untuk dipilih ke Dewan rakyat, mesti mengosongkan kerusi berkenaan dan kembali mendapatkan mandat daripada pengundi melalui pilihan raya kecil.
Satu cara lagi ialah menggubal undang-undang yang memastikan "pelompat" akan hilang kelayakan untuk bertanding selama lima tahun dan perkara ini serupa dengan apa yang terkandung dalam Perkara 48(6) mengenai Anggota Parlimen yang meletak jawatan daripada Dewan Rakyat, kata dokumen itu.
Dokumen itu seterusnya menyebut bahawa Ordinan Darurat merupakan cara penggubalan undang-undang oleh badan eksekutif di luar Parlimen, yang hanya memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Ia boleh digubal jika memenuhi dua syarat - wujud keadaan darurat di negara ini dan dua Dewan Parlimen tidak bersidang serentak.
Ordinan ini boleh diterima sebagai "keruntuhan sebuah kerajaan sivil" dan merupakan satu bentuk "darurat" seperti yang diputuskan oleh Majlis Privy dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Kerajaan Malaysia (1968), kata dokumen itu.
HARAMKAN MP LOMPAT PARTI BERTANDING SEMULA, KATA SPR
PETALING JAYA: Kerajaan disyor menggubal undang-undang melarang sama sekali wakil rakyat yang melompat parti daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya.
Sambil menyamakan budaya melompat parti, yang kini muncul sebagai isu panas, umpama tindakan pecah amanah kepercayaan para pengundi, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sudah tiba masanya undang-undang ketat diadakan bagi mengelakkan perbuatan seperti itu.
"SPR tidak pernah membincangkan isu ini kerana merasakan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi pandangan peribadi saya, kalau kita melihat dari sudut tujuan, matlamat dan objektif pilihan raya diadakan, memang wajar undang-undang yang menyekat tindakan melompat parti diperuntukkan," kata.
Isu melompat parti di peringkat persekutuan mendapat perhatian banyak pihak selepas Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh majoriti kerusi dua pertiga.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, BN memiliki 140 kerusi manakala barisan pembangkang menguasai 82 kerusi, sekali gus Pakatan Rakyat mendakwa ada sejumlah wakil rakyat berhasrat melompat kepada pembangkang untuk membuka laluan menubuhkan kerajaan baru.
Dengan merujuk kepada Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan yang melarang mana-mana wakil rakyat sama ada Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri yang meletakkan jawatan daripada bertanding selama lima tahun, beliau berkata, satu peruntukan khas boleh diteliti.
"Kalau kerajaan serius, kita boleh memasukkan peruntukan baru ini dalam Perlembagaan, memandangkan Perkara 113 hingga 120 Perlembagaan menyentuh banyak aspek tentang pilihan raya," katanya.
Ketika ditanya sama ada undang-undang mandatori melarang bertanding sepanjang hayat wajar diperkenalkan, beliau memberitahu, sudah cukup setakat satu bentuk penalti.
"Seperti hukuman larangan lima tahun yang dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan berkaitan pilihan raya yang lain, tempoh yang sama sudah memadai," jelas beliau.
Wan Ahmad memberitahu, Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan bagi menyekat tindakan wakil rakyat yang meletakkan jawatan dan bertanding semula bagi menguji populariti mereka.
"Oleh itu, peruntukan subseksyen berkaitan dengan sikap kelakuan Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh dimasukkan sebagaimana kerajaan pernah mengambil tindakan bagi mengelakkan perbuatan wakil rakyat meletakkan jawatan bagi menguji populariti mereka," katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui ada pandangan yang mengatakan tindakan sedemikian bertentangan dengan kebebasan memilih parti dan bertanding.
"Tetapi sebenarnya wakil rakyat yang melompat parti ini dipilih berdasarkan parti dan dia bertanding atas tiket sesebuah parti, manifesto dan pegangan parti dia wakili.
"Jadi apabila mereka dipilih oleh pengundi, dan mereka memilih untuk keluar atau melompat parti, ia juga satu tindakan pecah amanah," katanya
"Pelbagai pro dan kontra isu beras ni,namun ada baik dan ada buruknya,baik yang saya lihat ialah dapat memberi pengajaran kepada kita untuk menilai manusia2 yang susah baik berbentuk individu ataupun negara seperti Palestine dan baru2 ini negara yang dilanda malapetaka seperti Manymar dan China.
Mereka juga dilanda krisis makanan,walaupun mereka majoriti kafir namun krisis makanan mengajar kita erti kesusahan,kesusahan sebenarnya perlu setiap masa mengikut hemat saya contohnya jika Islam dicerca kesusahan amat perlu dalam melakukan boikot sesuatu produk contohnya jika dulu kita makan susu dapat tahu susu itu made in Belanda,maka kesusahan perlu dalam melakukan boikot ataupun kenaikkan minyak dalam melakukan boikot perlu kita mengalami kesusahan seperti naik bas ataupun naik basikal.
Kita sudah terlalu lama hidup dalam kesenangan,apa sahaja yang kita ingin nafsu,semua kita dapat,tetapi apabila kita ditimpa kesusahan kita tidak bersedia maka kita panik sebab tiada persediaan,apatah lagi jika menjadi seperti Palestin apakah kita sudah bersedia ataupun kita bersedia membantu orang susah seperti Palestin,dalam keadaan kita senang lenang kita mungkin alpa!
Satu lagi pengajaran isu beras ialah kita boleh mengubah cara hidup iaitu mengamalkan hidup sihat makan nasi sehari sekali bagi yang kerja ringan sahaja,yang kerja berat patut 2 kali sehari sebab peluh banyak keluar,itu terpulang pada mereka bagi yang kerja berat,kadang2 hidup kita tak sesuai dengan makan seperti contoh orang kerja pejabat yang asyik duduk dikerusi empuk dan air-corn makan berat makin bertambah lemak,disini perlu buat islah cara pemakanan agar selari dengan kerja.
Moga2 perjelasan diatas dapat mengurangkan harga beras sebab telah terjadi boikot disana akibat belajar hidup susah dan pengamalan hidup sihat,sikap kita dapat mengubah harga barang2,jika ia menjadi makanan asasi yang darah daging maka harga akan naik,maka kita ubah menjadi makanan biasa2,moga2 harga turun dan pemborong 'pening kepala'
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh hari ini memberi amaran kepada wakil rakyat yang lain supaya tidak mempersoal keikhlasan anggota dari Sabah terhadap Barisan Nasional (BN) dan berhenti bertindak bagi pihak kerajaan dalam menjawab sebarang isu mengenai Sabah
Sambil membidas Datuk Mohamed Abdul Aziz (BN-Sri Gading) mengenai kenyataan beliau tentang anggota Parlimen Sabah semasa membahaskan usul terima kasih terhadap titah Diraja semalam, Abdul Ghapur berkata, sepatutnya di dalam BN, anggota tidak patut mencabar satu sama lain.
"Sri Gading masih berpemikiran penjajah, tidak terbuka. Apa yang saya titik beratkan ialah kita mahu BN diperbaiki, saya bercakap mengenai Sabah, pembangunannya, mengenai masalah pendatang tanpa izin...kenapa orang lain mahu mencabar kami," katanya semasa ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Semalam, Mohamed menasihatkan wakil dari Sabah supaya tidak mempertikaikan pelantikan menteri-menteri oleh pucuk pimpinan dan jangan bongkak dan berbangga dengan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum lepas.
Abdul Ghapur berkata, setiap pandangan yang dibangkitkan MP Sabah di Parlimen ialah untuk menyuarakan kebimbangan rakyat terutama isu pembangunan dan pendatang tanpa izin.
"Jangan salahkan kami (membangkitkan itu) sebab kalau mereka salahkan kami, penduduk Sabah akan mendesak kami berhenti daripada parti," katanya.
Ghapur berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi patut diberi masa untuk menangani masalah di Sabah.
"Tak apa... Pak Lah mungkin sedang memikirkannya, tetapi jangan tanya Sri Gading (Mohamed) untuk menjawabnya pada kami," katanya.
Sementara itu, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafei Apdal menolak tanggapan bahawa anggota Parlimen dari Sabah yang membidas kerajaan Pusat pada persidangan Dewan Rakyat sebagai antiperpaduan dan anti-Semenanjung.
Kata beliau, anggota Parlimen Sabah hanya inginkan pendapat atau pandangan mereka diberi perhatian serta mendapat tindakan sewajarnya daripada kerajaan pusat.
"Anggota Parlimen dari Sabah bukan hendak bergaduh, cuma membangkitkan masalah yang timbul. Ini tidak boleh dijadikan tanggapan untuk mengatakan anggota Parlimen Sabah tidak suka akan perpaduan dan anti-Semenanjung.
"Ia bukan jalan untuk memecahbelahkan perpaduan. Apa yang mereka minta ialah lebih banyak pembangunan di Sabah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Mengenai keluhan berhubung pembahagian portfolio menteri yang kurang penting kepada Sabah, Shafie berkata: "Kita sudah biasa dalam keadaan ini. Apa yang diberi, kita terimalah."
IPOH: Ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya di sini dilempar bom petrol oleh dua lelaki awal pagi ini menyebabkan dua letupan kuat berlaku.
Kejadian pada pukul 2.20 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.
Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.
Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menganggap perbuatan melontar bom petrol di ibu pejabat parti itu di Bandar Ipoh Raya di sini, awal pagi ini, sebagai bermotif politik.
"Ia merupakan satu cubaan untuk membakar pejabat DAP yang dipercayai dilakukan oleh mereka yang ada unsur khianat kepada parti,” katanya.
Gabungan kekuatan Tengku Razaleigh Hamzah yang menerajui Semangat 46 dengan kekuatan keperibadian Tok Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, Mursyidul Am PAS menyebabkan BN Kelantan mendapat "kosong kerusi" di peringkat Dun dan Parlimen dalam pilihan raya 1990.
Tok Guru Nik Aziz, watak dan kekuatannya terserlah setelah memerintah. Semasa beliau menjadi anggota pembangkang, watak dan pengaruhnya tidaklah seberapa. Kuasa yang dikejar oleh ahli-ahli politik selalunya disalahgunakan semasa menikmati kuasa yang dimandatkan oleh rakyat.
Sebaliknya Tok Guru mempamerkan kesederhanaan.
Beliau tidak tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan, tidak mengambil elaun keraian semasa Aidilfitri dan Aidiladha. Tok Guru juga memotong gaji bulanannya dan dimasukkan kembali ke dalam tabung kebajikan. Itu hanya beberapa pembaharuan yang dibuatnya.
Kekuatan dan persembahan baru Menteri Besar Kelantan menyebabkan PAS dan rakan-rakannya dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan seterusnya Barisan Alternatif dapat bertahan memerintah selama lima penggal. Percubaan BN untuk menggugat pemerintahan Angkatan dan BA gagal, di antaranya berpunca atas kesederhanaan perwatakan Menteri Besar Kelantan itu.
Menurut kajian selidik beberapa badan NGO terhadap sokongan kepada PAS dan BA, 7 peratus datang dari keperibadian Tok Guru Nik Aziz.
Kini selepas pilihan raya 2008, muncul seorang anak muda yang semasa mudanya menghadapi pelbagai tekanan dan ujian sebagai pembangkang kepada BN. Lim Guan Eng pernah ditahan ISA di bawah Operasi Lalang 1987, kemudiannya dipenjarakan di bawah kesalahan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Beliau hilang segala keistimewaan sebagai ahli Parlimen sama ada dalam bentuk gratuiti, pencen dan tidak boleh bertanding dan memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pertubuhan dalam tempoh yang agak lama.
Setelah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau mengumumkan beberapa langkah untuk membersihkan pentadbirannya dari sebarang unsur rasuah dan nepotisme. Saya lebih tertarik untuk memaparkan amalan beliau secara peribadi untuk menjadi pemimpin melalui teladan.
Penyanyi Ning Baizura dan pengurusnya telah terserempak dengan Ketua Menteri Pulau Pinang ini yang menaiki kelas ekonomi pesawat MAS, sedangkan beliau selayaknya berada dalam kelas bisnes. Laman blog Ning Baizura telah memapar dan menceritakan hal Lim Guan Eng itu.
Pertemuan saya dengan Ketua Pulau Pinang bersama isterinya, Betty Chew di Lapangan Terbang Subang secara kebetulan telah menjelaskan lagi keazaman beliau untuk menjaga harta rakyat. Beliau menyatakan akan hanya menaiki pesawat kelas bisnes apabila kehabisan kelas ekonomi.
Semasa menginap di hotel, beliau akan menginap di standard room, sedangkan beliau layak berada di bilik 'suite' seperti dinikmati oleh menteri mesar dan ketua menteri yang lain. Jawapan yang diberikan oleh beliau adalah sama saja, beliau ingin menjadi contoh terutama kepada pegawai-pegawai kerajaan bahawa menjadi ketua menteri bukan untuk mendapat keistimewaan dan berbelanja dengan mewah, walaupun ia merupakan hak yang diluluskan kepadanya.
Sebenarnya rakyat amat suka apabila mereka mendapat pemimpin politik seperti Tok Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng yang tidak pernah terfikir untuk memperkayakan peribadi, apatah lagi untuk melakukan rasuah atau salah guna kuasa, yang amat dibenci oleh rakyat.
Rakyat tidak mahu pemimpin hanya lantang suara semasa menjadi pembangkang, dan menegur segala bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh musuh, tetapi apabila mendapat kuasa, mereka hanya mengulang apa yang dilakukan oleh pemerintah sebelumnya.
Contoh dan amalan sederhana yang dijelmakan oleh Tok Guru Nik Aziz dan Lim Guan Eng, insya-Allah akan menjadi budaya baru dalam kepimpinan politik dan masyarakat pada masa akan datang. Lim Guan Eng yang pernah makan malam bersama saya di warung-warung dengan kenderaan peribadi begitu menarik perhatian rakyat Pulau Pinang terhadap perwatakannya yang sederhana itu.
Sudah tentu harapan rakyat agar ia tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam, sebaliknya budaya baru pemimpin Malaysia dapat dijelmakan pada masa akan datang. Sesungguhnya amalan rasuah, nepotisme, pembaziran akan lebih dibenci orang awam pada masa akan datang.
Kita 'break' pasai politik sat naaa. Kita masuk topik ubi sat...
Terpampang di atas ni ialah logo yang dicadangkan untuk digunakan oleh mana-mana pihak yang nak tubuhkan Syarikat Ubi Nasional. Jangan la pulak kata logo tu ada elemen lucah. Dak aihh, yang tak pakai baju tu bersebab. Simbolik tu.
Kalau pun betui syarikat ni ada satu masa nanti, harap-harap jangan la dok monopoli pasaran ubi pulak naaa
LAWATAN DEWAN HARIAN PAS KAWASAN JASIN KE PARLIMEN
Khamis, Mei 15, 2008
Oleh : Mancha
Dari kiri Sdr Mamat Khamis,Sdr Aminudin Ali,Mej(B) Hj Jasme b Tompang, Sdr Aminudin Jalil,Sdr Kamalruzaman Ahmad,Sdr Yuhaizad Abdullah dan Tn Hj Hassan Aripin
12 Mei 2008 – AJK Dewan Harian PAS Kawasan Jasin telah mengadakan lawatan ke Dewan Parlimen dengan tujuan meninjau dengan lebih dekat perjalanan sidang Dewan Rakyat secara lebih dekat.
Rombongan yang diketuai oleh YDP PAS Kawasan Jasin dengan enam orang AJK Dewan Harian telah disambut sebagai tetamu oleh Ketua Pemuda PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian Kelantan.
Sepanjang lawatan dan pemerhatian di dalam dewan,ahli rombongan mendapat banyak pengalaman baru bagaimana sidang dewan dijalankan.Semasa lawatan,dewan masih lagi membahaskan titah Yang Di-pertuan Agong di mana YB Lim Guan Eng menyentuh isu gas Petronas dan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan melalui Petronas.
Adalah diharapkan pendedahan perjalanan Dewan Rakyat dapat memberi manfaat kepada ahli di samping menilai gelagat penyokong kerajaan dan pembangkang.
HARI Rabu berlalu macam biasa...walaupun ada yang mendakwa dan yakin akan berlakunya perubahan landskap politik negara dengan kemungkinan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti, hakikatnya suasana di Parlimen tenang-tenang saja.
Wartawan Agendadaily yang memerhati suasana di beberapa lokasi sekitar Parlimen dari waktu sidang Dewan Rakyat bermula jam 9 pagi hingga selesai lewat jam 9 malam Rabu tiada sesuatu 'pergerakan' yang boleh mencuri perhatian.
Cuma lewat pagi mereka yang masuk ke kantin Parlimen kelihatan tertarik pada kelibat dua Ahli Parlimen - Datuk Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) dan Khairy Jamaluddin ( BN-Rembau) sedang serius berbual di satu sudut di situ.
Dalam pada itu kalangan para wartawan yang bertugas di Parlimen bertumpu untuk mendapatkan komen dari siapa saja Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang mereka kenal.
Jika sebelum ini Agendadaily melaporkan beberapa Ahli Parlimen BN telah menegaskan mereka tidak akan melompat parti, hari Rabu empat lagi Ahli Parlimen yang ditemui bukan sahaja mereka tidak akan lompat parti malah memberi jaminan akan terus bersama BN.
Ahli Parlimen Kota Belud,Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan yang ditemui di lobi Parlimen turut mendakwa beliau ada menerima tawaran dari pihak tertentu baru-baru ini yang akan membolehkannya hidup senang beberapa generasi supaya melompat parti.
"Oh...jumlahnya cukup besar...saya akan beritahu bila tiba masanya nanti...dua tiga generasi senang,"katanya.
Beliau enggan memberitahu jumlahnya tetapi menyifatkan tindak tanduk berkenaan sebagai tidak bermoral.
Katanya pihak tertentu itu mengajaknya mengorak sejarah untuk menumbangkan kerajaan BN.
"Kata mereka kerajaan BN korup..rasuah...saya kata cara ini pun korup,"ujar Rahman yang juga Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia.
Presiden PBRS yang juga Ahli Parlimen Pensiangan,Sabah Tan Sri Joseph Kurup berkata partinya tidak pernah terfikir langsung nak menyertai pakatan pembangkang.
Ahli Parlimen Papar,Sabah Rosnah Abdul Rashid ketika ditemui mengesahkan beliau ada menerima mesej melalui SMS daripada pihak tertentu untuk menemuinya 'sembang-sembang' .
Beliau menduga ia mesti berkaitan dengan usaha untuk mempengaruhinya menyertai pakatan pembangkang membentuk kerajaan yang baru.
"Saya memang ada menerima SMS daripada mereka yang mahu berjumpa untuk berbincang........ saya tidak melayani SMS berkenaan dan tidak berhasrat pun untuk menemui mereka," katanya.
Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia itu adalah antara beberapa nama yang disebut dalam isu ‘lompat parti’ yang hangat diperbualkan kebelakangan ini.
Seorang lagi Ahli parlimen yang namanya turut hangat di pasaran ialah bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Tiki Lafee.
Beliau yang merupakan salah seorang pimpinan parti SPDP adalah Ahli Parlimen Mas Gading, Sarawak.
Ketika diaju soalan adakah beliau antara mereka yang akan mengucapkan selamat tinggal kepada BN, Dr. Tiki berkata, kesetiaanya kepada BN adalah 101 peratus.
"Memang ada orang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumpa dengan saya. Mereka tidak membuat tawaran secara langsung tetapi meminta kerjasama dan mengharapkan sokongan Ahli parlimen dari Sarawak dan Sabah untuk sama-sama dengan mereka bagi mencukupkan jumlah yang diperlukan bagi membentuk kerajaan baru," katanya.
Namun tegas beliau, beliau telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan memberikan jaminan bahawa beliau akan tetap setia bersama BN.
"Bagi diri saya dan para pengundi di kawasan saya, kami adalah orang BN dan akan terus kekal sebagai orang BN," tambah beliau.
Beliau tidak menolak andaian bahawa kemungkinan disebabkan beliau digugurkan daripada jawatan Timbalan Menteri menyebabkan timbul tanggapan bahawa beliau kecewa dan akan menyertai pembangkang.
"Mereka boleh kata atau buat andaian apa sahaja tapi saya adalah Ahli parlimen BN," tegasnya.
Sementara itu, Ghafur orang yang paling lantang bersuara di dalam Dewan Rakyat mengenai isu Sabah sehingga membangkitkan soal penubuhan parti baru ketika dihampiri Agendadaily semasa sedang berbual dengan Khairy di kantin Parlimen tidak menunjuk tanda-tanda akan bertindak seperti yang diramalkan oleh sesetengah pihak.
"Saya bukan jenis lompat parti, yang saya inginkan ialah isu-isu rakyat dan negeri Sabah perlu diselesaikan segera," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan ,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata di sidang media selepas mengadakan taklimat Kementerian Pelajaran di Bangunan Parlimen petang Rabu bahawa beliau yakin sekalipun adanya kes-kes yang membuatkan wakil rakyat BN di Sabah tidak puashati tetapi mereka tidaklah tergamak lompat parti.
IMenurutnya ini kerana mereka kena menerima hakikat bila mereka bertanding serta mendapat sokongan di atas tiket dan flatfom BN.
Diminta mengulas usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik anggota Parlimen BN menyertai pakatan pembangkang, Hishammuddin menganggap Penasihat PKR itu telah mengecewakan rakyat yang telah memberi mandat serta sokongan pada pembangkang untuk membuktikan kemampuan mereka memperjuangkan nasib pengundi.
"Apa yang mereka buat hanya bergerak untuk memujuk wakil rakyat BN untuk sertai partinya, mana janji-janji yang dilaungkan semasa kempen pilihan raya lalu," tambahnya.
Kata Hishammuddin Anwar sekarang sedang mengubah harapan dari minggu ke minggu yang kononnya bakal menumbangkan kerajaan BN.
"Saya difahamkan hari ini (Rabu) kita sepatutnya sudah ada kerajaan baru, tapi saya masih lagi bekerja dan menerajui Kementerian Pelajaran",katanya.
"Rakyat sudah penat dengan apa yang beliau lakukan. Tiada apa yang beliau lakukan untuk kesejahteraan rakyat tapi hanya menimbulkan jangkaan bila beliau akan jadi Perdana Menteri dan berapa ramai anggota Parlimen BN akan melompat parti.
"Saya ingin mengingatkan, Anwar hanya memikirkan 30 orang anggota Parlimen tapi kita hanya memerlukan dua orang saja di Perak, tapi kita tidak memberi tumpuan dan masa hanya untuk mendapatkan dua orang itu untuk memerintah Perak." ujarnya.
Kerajaan sekali lagi menjelaskan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 perlu dikekalkan bukan untuk tujuan kepentingan politik sebaliknya bagi tindakan pencegahan dalam membendung dan menangani kegiatan yang boleh mengancam dan memudaratkan keselamatan negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata sehubungan itu kerajaan memutuskan untuk mengekalkan ISA tanpa melakukan sebarang rombakan, pindaan atau pembaharuan terhadap akta itu walaupun mendapat desakan daripada sesetengah pihak termasuk pembangkang.
"Malaysia sebuah negara yang majmuk iaitu terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya dan undang-undang ini perlu dikekalkan bagi membendung sebarang ancaman sebelum ianya berlaku. Justeru, buat masa ini pihak kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan ISA," katanya.
Syed Hamid berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Dalam Negeri, pada persidangan Dewan Rakyat, hari Rabu.
Rekod menunjukkan ISA digunakan untuk membendung ancaman daripada kegiatan keganasan militan, pemalsuan dokumen perjalanan Malaysia, kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin, kegiatan perisikan ejen asing yang beroperasi di Malaysia dan pelampau perkauman. Syed Hamid berkata penahanan di bawah ISA bukan untuk menghukum sebaliknya bertujuan memulihkan tahanan daripada fahaman yang didukungnya hingga mampu memudaratkan rakyat dan negara.
"Sekiranya seseorang tahanan itu didapati pulih dan tidak lagi mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara, tahanan itu akan dibebaskan sama ada melalui pembebasan bersyarat (pengantungan perintah tahanan) atau perintah tahanan dibiarkan tamat," katanya.
Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata ISA bukan undang-undang yang zalim dan menindas mana-mana pihak kerana hak-hak asasi tahanan tidak dinafikan meskipun penahanan tidak melalui proses perbicaraan di Mahkamah.
Katanya, mereka ini masih diberikan hak-hak asasi seperti diberitahu alasan penangkapan mereka, mempunyai hak untuk berjumpa dan mendapat khidmat nasihat peguam, berhak berjumpa keluarga sama ada semasa dalam tempoh siasatan di bawah Seksyen 73 (1) atau di bawah Perintah Tahanan Seksyen 8(1) serta berhak mendapatkan kemudahan rawatan.
Selain itu, tahanan juga berhak memfailkan permohonan Writ of Habeas Corpus (bagi pembebasan,) berhak menerima satu salinan Perintah Tahanan serta diberikan pernyataan bertulis mengenai alasan-alasan perintah itu dibuat serta berhak membuat rayuan kepada Lembaga Penasihat, katanya. Menurutnya ISA tanpa disedari juga telah banyak membantu negara dalam mematahkan kegiatan yang mengancam keselamatan negara hingga membolehkan negara kekal aman dan rakyat menikmati pertumbuhan ekonomi dan pembangunan pesat.
Sementara itu, berhubung lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang ditahan di bawah ISA pada 13 Disember lepas, Menteri Dalam Negeri itu berkata buat masa ini kerajaan belum berhasrat untuk membebaskan kelima-lima pemimpin pertubuhan terbabit dari pusat tahanan perlindungan di Taiping, Perak.
Tegasnya, kerajaan tidak pernah menghalang atau menyekat mana-mana pihak untuk memperjuangkan hak kaum tertentu sekiranya ia dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang negara.
"Tidak benar tuduhan yang kerajaan mendiskriminasikan mana-mana kaum di negara ini. Perlu ditegaskan, tidak berlaku sebarang peminggiran terhadap mana-mana kaum termasuk kaum India.
"Istilah 'marginalization' sengaja digembar-gemburkan dengan motif politik dan pemimpin parti pembangkang meraih sokongan dengan cara memburuk-burukkan kerajaan. "Tuduhan terhadap kerajaan ini adalah palsu, beremosi dan berunsur perkauman," katanya.
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan penahanan lima pemimpin Hindraf mengikut ISA mematuhi undang-undang.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Alauddin Mohd Sheriff memutuskan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam kapasitinya ketika itu sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri berhak mengeluarkan perintah tahanan selama dua tahun dan mematuhi keperluan prosedur di bawah akta itu.
Pemimpin Hindraf berkenaan ialah peguam M. Manoharan, 46, yang juga anggota Parlimen Kota Alam Shah, P. Uthayakumar, 46, V. Ganabatirau, 40, R. Kenghadharan, 40, dan bekas pegawai bank K. Vasantha Kumar, 36.
Kelima-lima mereka ditahan kerana terbabit dalam penganjuran demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur pada 25 November, dan kerana mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap kerajaan.
Mereka mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan selepas gagal mendapatkan perintah daripada Mahkamah Tinggi bagi pembebasan mereka setelah mendakwa penahanan mereka tidak mematuhi undang-undang.
KL: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyangkal dakwaan Barisan Nasional yang menganggap pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu oleh kerajaan Selangor kepada rakyat sebagai satu pembaziran.
Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat itu Ahli Parlimen, Ahmad Maslan (BN - Pontian) dan Mohd Puad Zarkashi (BN - Batu Pahat) mempertikaikan tindakan Khalid dan menganggap pemberian air secara percuma sebagai satu pembaziran.
Khalid menyifatkan tindakan sebilangan Ahli Parlimen itu seolah-olah mencemburui kemudahan yang diberikan oleh kerajaan PRkepada penduduk Selangor
"Mungkin ramai kerajaan lain yang 'cemburu' dengan kebajikan yang diberikan kerajaan Selangor, tetapi kita telah menggunakan mekanisme harga untuk mengurangkan pembaziran.
"Mekanisme harga telah menekankan penggunaan 20 meter padu yang pertama yang dikenakan harga 50 sen dan meter padu yang kedua yang dibuat dalam bil air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang menunjukkan harga dinaikkan kepada RM1.03. Manakala jika penggunaan melebihi meter padu kedua, harganya akan tetap dinaikkan
"Jika mereka menggunakan air melebihi meter padu pertama, harga yang akan dikenakan dua kali ganda. Oleh itu menerusi mekanisma harga dan pemberian percuma ini ia melatih masyarakat supaya berjimat-cermat dan menggunakan air dengan sebaik-baiknya," kata Khalid.
Menurut beliau tindakan kerajaan negeri itu juga boleh menjadi satu pengajaran kepada negeri-negeri lain dan diharap mereka mencontohinya.
Sementara itu, sewaktu Khalid menyampaikan perbahasan, Ahmad dan Mohd Puad kelihatan bangun beberapa kali untuk memberi penjelasan tetapi tidak dibenarkan kerana tempoh perbahasan hanya 15 minit kepada setiap Ahli Parlimen.
Khalid menyangkal kenyataan Ahmad bahawa pemberian air percuma adalah rasuah PR kepada rakyat Selangor.
"YB Pontian boleh menulis surat kepada Badan Perhubungan Umno Selangor mengenai kenyataaanya itu. Sekiranya ada di kalangan Umno tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma, mereka boleh menghantar surat kepada saya memaklumkan tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma.
"Pihak saya telah menyediakan satu sistem bagi mengasingkan data mereka yang tidak berminat untuk mendapatkan bekalan air percuma. Sekiranya terdapat pihak yang tidak berminat termasuk Umno untuk mendapatkan bekalan air percuma, duit tersebut akan salurkan untuk pembangunan sekolah agama rakyat dan sekolah rendah jenis kebangsaan," katanya.
Saya kadang-kadang pun tak faham sikap dan perangai orang-orang UMNO. Dahlah cara berhujah mereka amat dangkal dan cetek, seringkali berlaku percanggahan antara satu sama lain. Ambil contoh isu pemberian air percuma kerajaan negeri Selangor sebanyak 20 meter padu setiap bulan kepada seluruh rakyat Selangor. Di Parlimen hari ini, pemimpin UMNO termasuk Fuad Zarkasi adalah antara yang membantah pemberian air percuma ini dengan alasan ia merupakan satu pembaziran. Apa macam punya mentaliti UMNO ini apabila menganggap kebajikan kepada rakyat sebagai pembaziran! Tetapi yang peliknya seminggu yang lepas mereka membuat laporan polis kerana kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal menunaikan janji untuk turunkan kadar cukai pintu. Apa tak peliknya sebab bila ada usaha untuk membantu rakyat dia orang kata membazir, dan apabila kita tak laksanakan lagi penurunan cukai pintu, dia kata tak tunai janji. Yang mana satu kita nak ikut ni!
Apa yang paling menakjubkan ialah kerajaan PR ini baru berusia dua setengah bulan dan UMNO dah mendesak supaya kita laksanakan seluruh manifesto dengan serentak. Sedangkan mereka dah memerintah negara selama lebih 50 tahun dan banyak janji mereka hanya tinggal janji. Malahan mereka menggunakan kuasa yang ada untuk melakukan kerosakan dan persengketaan.
Jika kita menuduh PR sedang belajar untuk menjadi kerajaan yang baik, jangan kita lupa bahawa UMNO juga sedang belajar menjadi pembangkang yang baik. Mereka sudah biasa dengan kuasa dan kemewahan, dan dah sebati dengan memperolehi apa saja yang dihajati. Justeru itu, apabila kuasa tiada di tangan maka semuanya kaku dan lesu, dan fikiran pun bercelaru. Itu sebabnya kita dapati keadaan fikiran yang tidak stabil dari kalangan pimpinan UMNO hasil daripada tsunami politik baru-baru ini. Dan itu juga sebabnya sebarang tindakan kita tidak akan mengundang sebarang natijah yang baik daripada UMNO. Kita buat pun tak kena dan jikalau kita tak buat pun tak kena.
Anak Bapa: Apa yang UMNO nak, saya pun dah naik "give-up". Boleh kata hampir semua cadangan kita tak bagus dan cadangannya saja yang boleh masuk akal. Saya ingat elok kita lupakan UMNO dan BN. Mereka semakin hari semakin kurang relevannya. Jelas kelihatan sokongan kepada UMNO semakin hari semakin luntur dan mereka masih tak jumpa sebab kenapa jadi begitu.
MELIHAT kepada raut wajah Pak Lah, ramai rakyat yang tidak tergamak untuk memberi malu kepadanya. Pak Lah memiliki ramai penyokong yang bermati-matian berjuang mempertaruhkan nyawa sejak dia bergelar Perdana Menteri. Mereka terutama orang UMNO tahu bagaimana pemimpin kesayangan mereka itu diperlukan sekurang-kurangnya menjernihkan semula imej parti yang tercalar.
Jika dahulu tak nampak pun kelibat Mohd Najib Tun Razak, Ali Rustam, Hishamuddin Tun Hussein menyelinap di belakang Pak Lah apatah lagi semasa era Team Wawasan. Kesemua mereka ini teruja dengan stail kepemimpinan Anwar Ibrahim yang memasang impian besar memerintah parti dan negara.
Boleh dikatakan ketika itu, hanya segelintir pemimpin yang dipanggil expired persons dan akhbar nyamuk sajalah yang menjadi perisai Pak Lah apabila menghadapi saingan merebut jawatan dalam parti.
Mujurlah ada orang bernama Kadir Sheikh Fadzir, Radzi Sheikh Ahmad, Zainal Abidin Zin, Shahrir Samad, Rahmah Othman yang sanggup berjuang memastikan Mr Clean terus bernafas di persada politik UMNO pada hal anak Kepala Batas ini sudah tidak memiliki apa-apa pun selepas disingkir Dr Mahathir dari kabinet persekutuan angkara kecondongannya yang lebih mirip memihak Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Musa Hitam dalam perebutan jawatan tertinggi parti yang berkesudahan UMNO diharamkan pada tahun 1987.
Tanyalah Shahrir yang dulu dan kini semakin rapat dengan Pak Lah sehingga diangkat menerajui kementerian penting. Jika Kadir nak marahkan Pak Lah kerana tidak terpilih sebagai calon pada pilihanraya umum lalu itu hak dialah. Bagi Zainal Abidin, semua tahu mengapa dia tak terpilih kembali ke kabinet. Cuma barangkali Radzi saja yang agak sepi selepas membawa hati selepas tidak dilantik sebagai menteri penuh dan serentak itu turut mengundur diri dari jawatan Setiausaha Agung UMNO.
Kita tak fikir Pak Lah sengaja menolak kepemimpinan Radzi tetapi mungkin mahu memastikan Ahli Parlimen Kangar itu menumpukan sepenuh perhatian terhadap urusan parti dengan mengatur strategi baru dalam mengembalikan semula kepercayaan ahli dan rakyat yang seolah-olah melontar isyarat UMNO dan BN harus lebih bekerja keras.
Dalam hal ini teringat pula pada Kamarulzaman Zainal yang banyak mencorak gerak kerja Pak Lah waktu susah senang sebelum bergelar PM. Entahlah mengapa orang kuat Media Prima ini beralih arah biarpun pernah ditawarkan jawatan terpenting sebaik sahaja Pak Lah mengambilalih tampuk pemerintahan daripada Dr. Mahathir. Barangkali Kamarulzaman sudah menerima petanda apa akan berlaku pada Pak Lah apabila dia kembali dirapati ramai orang.
Keberanian pendekar-pendekar Pak Lah pula dapat dilihat menerusi kelantangan Ahmad Shabery Cheek dari Kemaman, Nazri Aziz dari Perak, Zahid Hamidi dari Bagan Datoh, Noh Omar dari Kuala Selangor dan Mat Taib yang segera bingkas bila ada mana-mana pihak mengusik Pak Lah.
Mereka semua tidak merasa terhina bila dituduh 'golongan pengampu' Pak Lah malah berasa tuah pula kerana mahu terlerai dari genggaman bayangan Dr Mahathir dan kelibat bekas bos lama mereka.
Ini belum lagi dikira seorang demi seorang dalam sayap kanan UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri. Kita boleh lihat bagaimana hebatnya seorang pemuda memiliki kuasa melangkaui Perdana Menteri sehingga mengakibatkan Pak Lah terasa bahangnya. Celoteh dan lagaknya seolah-olah UMNO dan n berada dalam koceknya adalah antara elemen penyumbang kekalahan teruk BN pada pilihanraya umum lalu.
Rakyat melihat semua peristiwa itu dan sudah memberi peringatan betapa Pak Lah sendiri harus celik mata dengan melakukan kerja-kerja perbedahan dalam parti dan bukannya menolak setiap tanggungjawab kepada orang lain yang akhirnya memakan dirinya sendiri.
Orang UMNO sepatutnya bersama-sama berkongsi pendapat bagi memudahkan Pak Lah membuat kerja-kerja fardu ain dan kifayah terutama dalam memperjuangkan Islam Hadhari dan kehidupan 26 juta rakyat Malaysia.
Tiada gunanya ghairah pidato politik disana-sini dengan ditonjolkan pelbagai agenda tapi hasilnya zero. Sudah ramai orang parti itu terutama di peringkat akar umbi yang dahulunya berdiam diri kini tanpa malu-malu berdepan dengan Pak Lah agar dia meletak jawatan. Syukurlah mereka sanggup mengakui akan kekalahan BN khususnya penyerahan kuasa lima negeri kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
Samada Pak Lah atau pemimpin tertinggi UMNO terus berhujah atau mengenepikan suara-suara orang bawahan, tetapi secara kolektif rakyat hari ini sudah bijak menilai. Tak malukah jika ahli UMNO sendiri mengundi pembangkang semata-mata kecewa apabila pandangan mereka tidak dipedulikan umpama sungai yang mengalir lesu, tiada perubahan berlaku.
Harus diingat UMNO mungkin tidak menjadi pertubuhan unggul yang disokong orang Melayu kiranya pemimpinnya tidak dapat menyelamat maruah orang Melayu hingga terus dibuai dengan mimpi-mimpi indah tanpa merasa bimbang akan hak istimewa dan tunggak kekuatan sedia ada hilang suatu hari nanti.
TEKS PENUH UCAPAN AHLI PARLIMEN REMBAU 12 MEI 2008
Oleh klpos
TUAN Yang Dipertua,
Saya tampil untuk turut serta membahas usul menjujung kasih ke bawah duli Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di atas titah Tuanku di Dewan yang mulia ini.
Izinkan saya bermula dengan merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati rakyat Rembau kepada rakyat negara Myanmar atas malapetaka taufan yang mengorbankan puluhan ribu nyawa di negara jiran kita itu. Saya harap bantuan dari masyarakat antarabangsa akan sampai terus kepada rakyat Myanmar tanpa sekatan untuk mengelak krisis yang lebih besar berlaku.
Tuan Yang Dipertua,
Inisiatif Kerajaan untuk menilai semula serta mengambil langkah-langkah untuk memperkasakan beberapa institusi pemerintahan dan pentadbiran adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengukuhkan lagi lunas-lunas demokrasi, ketelusan, accountability dan integriti dalam sistem politik negara. Iltizam politik yang ditunjukkan oleh Kerajaan untuk membawa perubahan yang dituntut oleh rakyat adalah bukti komitmen Barisan Nasional kepada prinsip-prinsip tersebut secara hakiki dan bukan hanya sekadar retorik politik.
Mendahului senarai, cadangan penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah dan penubuhan Suruhanjaya Perlantikan Hakim disambut baik oleh rakyat di Rembau kerana mereka, seperti juga rakyat Malaysia yang lain, ingin melihat gejala rasuah dibasmi secara menyeluruh dan memastikan setiap rakyat mendapat hak dan diberikan keadilan yang mutlak di mahkamah.
Rakyat umum menyifatkan langkah penubuhan Suruhanjaya Perlantikan Hakim sebagai satu cadangan yang amat berani dalam mengembalikan maruah, martabat dan kebebasan institusi kehakiman yang dianggap tercemar dan tercalar kredibilitnya sejak berlaku krisis kehakiman pada tahun 1988. Suruhanjaya ini, yang dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri, harus memastikan bahawa proses penilaian dan penapisan perlantikan dan juga kenaikan pangkat hakim dijalankan dengan telus dan beramanah, tanpa adanya sebarang usaha untuk mempengaruhi mana-mana pihak yang terlibat. Dengan cara ini, rakyat akan lebih yakin bahawa hanya individu yang terbaik dari segi ilmu undang-undang dan integriti akan menganggotai badan kehakiman negara.
Namun begitu, saya percaya penubuhan Suruhanjaya ini tidak menghakis prerogative Perdana Menteri. Selaras dengan contoh daripada negara-negara lain, cabang eksekutif Kerajaan perlu mempunyai hak budi bicara untuk menimbang cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya tersebut. Pada masa yang sama, Suruhanjaya ini sama sekali tidak akan menghakis kedaulatan Institusi Raja, kerana nama-nama calon hakim baru dan mereka yang dinaikkan pangkat tetap memerlukan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Harapan yang menggunung juga diletakkan oleh rakyat agar komposisi keanggotaan Suruhanjaya ini merangkumi mereka yang arif dan dalam ilmunya, berpengalaman dan berintegriti tinggi seperti bekas hakim-hakim, cendekiawan undang-undang dan wakil dari profesion guaman, selain Ketua Hakim dan hakim-hakim kanan yang masih berkhidmat.
Tuan Yang DiPertua,
Penstrukturan semula Badan Pencegah Rasuah dengan menjadikannya sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia dan penggubalan akta perlindungan bagi whistleblowers juga merupakan langkah-langkah yang berani dalam menunaikan janji kepada rakyat. Saya ingin mencadangkan supaya Suruhanjaya ini diberi lebih kuasa, terutamanya kuasa pendakwaan. Perlaksanaan cadangan ini akan memberi pengkhususan kepada Suruhanjaya tersebut dalam pendakwaan kes-kes rasuah dan boleh meringankan beban Kamar Peguam Negara yang berdepan dengan banyak kes-kes tertangguh.
Pada masa yang sama, saya juga berharap agar Kerajaan akan meneruskan usahanya untuk mencegah rasuah dengan penggunaan teknologi moden. Teknologi sebegini akan dapat memastikan bahawa wang rakyat yang dibelanjakan memperoleh nilai yang terbaik. Contohnya, Kerajaan boleh menggunakan teknologi maklumat untuk mengurangkan kos perolehan dan menyalurkan penjimatan tersebut kepada projek-projek pembangunan. Sistem yang dikenali sebagai e-perolehan atau e-procurement mampu menjamin harga barang yang dijual kepada Kerajaan adalah pada harga yang berpatutan. Sistem ini telah berjaya mengurangkan kos di syarikat-syarikat gergasi dunia sehingga 25%.
Satu lagi contoh yang saya ingin utarakan ialah perlaksanaan sistem track and trace dalam Kerajaan. Sistem track and trace yang lazimnya digunakan oleh perkhidmatan pos, membolehkan pengguna menyemak status fail mereka, nombor telefon dan alamat e-mel pegawai yang sedang memproses fail tersebut. Melalui perlaksanaan sistem ini, rakyat akan menjimatkan banyak masa kerana status permohonan mereka boleh didapati secara real time. Saya juga mencadangkan agar tempoh masa atau deadline juga dapat diberikan untuk permohonan-permohonan tertentu agar rakyat yang berurusan dengan Kerajaan tahu bila kes mereka akan dapat diselesaikan. Ini akan meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah, apabila permohonan daripada rakyat tersenggut-senggut pergerakannya atau langsung tidak bergerak lantaran kerana tiada pelincir.
Tuan Yang Dipertua,
Media massa yang terbuka, bertanggunggjawab dan berkredibiliti merupakan tunggak penting sistem pemerintahan yang demokratik. Oleh itu, satu langkah bersepadu hendaklah diambil untuk memperkukuhkan media massa tempatan, tidak kira sama ada media cetak, elektronik atau Internet agar kredibiliti semua jenis media akan dapat ditingkatkan lagi.
Kerajaan telah membuktikan keprihatinannya dengan memberikan ruang untuk media massa menyuarakan pendapat mereka tentang pelbagai isu semasa. Sudah tiba masanya bagi ruang ini diperkukuhkan lagi secara formal dengan satu reformasi menyeluruh, yang boleh menjamin media yang terbuka dan bertanggungjawab. Menyedari akan hakikat bahawa isu-isu berhubung kaum dan agama adalah sensitif, perubahan ini perlulah dijana dengan halus dan teliti, dengan objektif yang nyata, iaitu menjadikan media satu institusi yang berkredibiliti tinggi dan berwibawa.
Saya menyambut baik cadangan YB Menteri Dalam Negeri untuk mengkaji semula keperluan untuk memperbaharui lesen tahunan bagi media cetak, yang secara tidak langsung akan menghapuskan sekatan birokratik yang mengekang kebebasan mereka. Pada masa yang sama, para wartawan baru, termasuklah wartawan blog dan laman berita Internet, perlu juga membina keupayaan mereka dengan menjalani latihan profesional sepertimana yang dilakukan oleh wartawan baru media arus perdana. Ini akan mendedahkan mereka kepada perkara-perkara asas kewartawanan, seperti kewartawanan yang beretika, dan undang-undang mengenai penyebaran fitnah dan berita palsu, bagi melahirkan wartawan yang bertanggungjawab.
Apabila industri media mempunyai keupayaan yang lebih tinggi dari aspek profesionalisme yang turut melambangkan sikap bertanggungjawab, maka peranan penyeliaan media itu boleh diserahkan oleh Kerajaan kepada badan yang bebas. Model Suruhanjaya Aduan Media yang wujud di beberapa negara, boleh memastikan laporan yang adil dan beretika dan mencegah sebarang berita yang menghasut, menghina atau menimbulkan kemarahan pelbagai pihak. Jika mekanisma ini boleh diwujudkan dan penyeliaan media boleh dibuat secara bebas tanpa menggugat keharmonian dan keselamatan awam, dan jika industri media serius untuk membina keupayaan dan kemahiran mereka demi kewartawanan yang beretika, adil dan bertanggungjawab, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan boleh dimansuhkan.
Tuan Yang Dipertua,
Saya percaya semua pihak bersetuju bahawa matlamat Kerajaan dalam memberikan subsidi adalah untuk mengurangkan beban rakyat yang kurang berkemampuan serta memangkin pertumbuhan sektor strategik negara. Kerajaan membayar pelbagai subsidi dengan jumlah yang amat besar, di mana untuk tahun 2007 sahaja ia telah menjangkau lebih RM33 bilion.
Sememangnya peruntukan subsidi adalah lebih wajar dimanfaatkan untuk sektor strategik dan golongan berpendapatan rendah. Sebagai contoh, sektor pertanian di mana-mana negara mendapat subsidi yang tinggi kerana dianggap sektor yang penting. Di Malaysia, subsidi untuk sektor pertanian, walaupun menelan belanja yang besar, wajar diteruskan memandangkan dasar keselamatan makanan atau food security menjadi antara keutamaan Kerajaan.
Tetapi pada masa yang sama, sistem subsidi negara perlu dikaji semula dan dirombak kerana matlamat mungkin tidak menepati sasaran. Sebagai contoh, subsidi untuk petrol diberi kepada semua tanpa mengira kemampuan. Siapa sahaja yang mengisi petrol di Malaysia dengan apa jua jenis kenderaan mendapat kadar subsidi yang sama. Sistem ini tidak selaras dengan keadilan ekonomi atau economic justice di mana bantuan sepatutnya diberi kepada rakyat yang tidak berkemampuan. Adalah sesuatu yang amat tidak adil jika rakyat yang membawa kereta yang mahal dan berkuasa tinggi mendapat kadar subsidi yang sama dengan mereka yang membawa kenderaan yang lebih sederhana. Malah sebenarnya, pemilik kereta besar mendapat subsidi yang lebih, kerana keperluan petrol mereka pastinya jauh lebih tinggi daripada mereka yang memiliki kenderaan berkuasa rendah dan sederhana; yakni sasaran sebenar sistem subsidi.
Ketidakadilan ini perlu diperbetulkan segera. Salah satu cara, yang pastinya memerlukan penelitian dari segi perlaksanaannya, adalah untuk memperkenalkan sistem kuota bagi setiap pemilik kenderaan menikmati petrol bersubsidi sepenuhnya tiap-tiap bulan. Pengguna yang melebihi kuota tersebut akan membayar harga yang lebih tinggi mengikut kadar progresif yang ditetapkan. Pemilik kereta dan motosikal berkuasa rendah juga boleh diberi kuota yang lebih atas falsafah bantuan secara progresif – yang tidak mampu dibantu lebih daripada yang mampu. Perubahan ini boleh membawa penjimatan besar kepada Kerajaan yang boleh diguna untuk pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar terutamanya di Sarawak dan Sabah.
Kerajaan juga perlu segerakan pembangunan enjin hybrid yang menjimatkan pengunaan petrol melalui program pembangunan enjin Campro dibawah Petronas. Sementara itu, kerajaan perlu kaji perlepasan penuh duti import dan eksais bagi kereta asing berkuasa hybrid tersebut kerana lebih jimat petrol dan mesra alam sekitar.
Tuan Yang Dipertua,
Isu harga minyak bukan hanya merupakan isu ekonomi tetapi turut dibahaskan dari sudut politik. Sentimen rakyat mudah sekali dibakar dengan janji manis dan sejarah yang diputarbelit. Semasa pilihanraya umum, pembangkang telah memancing undi dengan janji untuk menurunkan harga minyak. Penasihat PKR dengan bangganya mengingatkan rakyat semasa beliau menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun, tak pernah ada peningkatan harga petrol. Pandailah konon. Memang dasar lidah bercabang. Dia lupa nak bagi tahu, semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, harga minyak mentah di pasaran dunia hanya diantara AS$12 dan AS$26 setong. Hari ini harga pasaran dunia sudah melepasi AS$120 setong. Apa yang susah sangat pada zaman beliau? Harga minyak dunia amat rendah.
Janganlah nak mendabik dada walhal sebenarnya menipu rakyat. Bagi saya, pencapaian Kerajaan yang berjaya mengekalkan harga petrol pada tahap di antara yang paling rendah di ASEAN dalam keadaan harga pasaran dunia yang tidak pernah terjangka ini, merupakan pencapaian yang jauh lebih membanggakan daripada apa yang Penasihat PKR mampu buat semasa harga minyak dunia begitu rendah – itu belum cerita lagi tentang kegagalan beliau untuk menangani krisis kewangan 1997 – an absolute failure, dengan izin.
Sebagai seorang ahli Dewan yang datang daripada generasi muda, saya juga ingin menyentuh tentang kedudukan rizab minyak negara yang dikatakan akan habis dalam 10 tahun, dan dalam masa dua tahun lagi Malaysia akan menjadi net importer of oil. Bercakap tentang hal ini, saya masih tidak faham dengan cadangan Pembangkang untuk mengguna sebahagian daripada keuntungan Petronas untuk menurunkan harga minyak. Mengikut penyata kewangan Petronas pada tahun 2007, Kerajaan mendapat RM48.3 bilion dalam bentuk cukai, dividen dan royalti daripadanya. Jumlah ini merupakan 66.2% dari keuntungan kasar Petronas. Wang ini masuk terus sebagai bajet pembangunan Kerajaan yang membiayai pelbagai projek pembangunan. Baki daripada keuntungan tersebut antaranya diguna untuk operasi carigali di negara-negara asing untuk mendapatkan rizab baru.
Adakah salah bagi Petronas untuk menjaga masa depan negara dengan memastikan bahawa apabila rizab tempatan sudah habis, apabila telah kering telaga minyak Negara, kita sekurang-kurangnya masih boleh berkongsi sedikit manfaat dari rizab asing yang digali oleh Petronas? Takkan kita begitu dangkal dan cetek pemikiran, tidak langsung memikir dan menghiraukan legasi kita kepada generasi akan datang? Saya rasa demi ketelusan, untuk membuktikan bahawa Kerajaan dan Petronas tidak menyembunyikan apa-apa daripada rakyat, satu taklimat khas perlu diadakan di Parlimen dimana penyata kewangan lengkap dibentangkan agar kedudukan kewangan serta saluran keuntungan Petronas dapat difahami dengan jelas oleh semua wakil rakyat.
Tuan Yang Dipertua,
Kenaikan harga minyak dan harga makanan di seluruh dunia sememangnya membimbangkan. Rakyat Rembau juga resah mendengar berita yang tersebar luas berhubung krisis ini. Di Mesir, dua orang terbunuh kerana berebut sekeping roti. Rusuhan yang berpunca daripada makanan terjadi di banyak negara seperti Burkina Faso dan Cameroon. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Kuwait Finance House, harga makanan sedunia telah meningkat sebanyak 83 peratus dalam tempoh tiga tahun terakhir ini.
Malaysia amat bertuah kerana walaupun krisis makanan melanda seluruh dunia, rakyat kita masih mampu untuk membeli barangan makanan, walaupun mungkin tidak semewah dahulu. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan kerana begitu berpandangan jauh, dengan usaha untuk memodenkan sektor pertanian beberapa tahun yang lepas, sebelum krisis makanan ini terjadi. Keputusan Kerajaan untuk melaksanakan dasar beteraskan pertanian ini terbukti keberkesanannya. Merujuk kepada laporan Bank Dunia, World Development Report 2008: Agriculture for Development, pakar-pakar ekonomi sedunia mengakui pertanian sebagai satu kaedah penting dalam membasmi kemisikinan dan menyediakan pembangunan yang mapan.
Namun begitu, rakyat mahukan kepastian dari Kerajaan sama ada negara kita bersedia untuk menghadapi kemelut yang belum pernah dihadapi ini. Pada saat dan ketika ini, tahap sara diri komoditi makanan masih belum berada pada keadaan yang memuaskan. Sebagai contoh, mengikut data 2007, peratusan sara diri beras hanya pada kadar 72%, sayur-sayuran 89%, daging lembu 25% dan daging kambing 9%. Ini bermakna Kerajaan masih lagi perlu bergantung kepada import barangan makanan dari luar untuk menampung keperluan makanan negara. Hanya daging ayam dan daging khinzir yang melepasi kadar 100% tahap sara diri. Itu pun tak cukup bagi satu Kerajaan Negeri yang telah meletakkan keutamaan nombor satu pentadbirannya kelulusan Projek Khinzir Raksasa atau singkatannya PKR.
Dalam memerangi krisis makanan ini, langkah Kerajaan untuk memperuntukkan lebih banyak dana untuk membuka kawasan-kawasan penanaman padi baru amat dialu-alukan. Namun, pembukaan kawasan-kawasan baru ini perlu juga disusuli dengan peningkatan hasil. Kadar purata hasil padi negara berada pada tahap 3.5 tan sehektar. Namun, tanah Malaysia yang subur ini terbukti mampu menghasilkan purata pengeluaran yang jauh lebih tinggi seperti 6 hingga 7 tan sehektar di MADA, manakala di Sekinchan 10 hingga 11 tan sehektar. Jika kita dapat meningkatkan purata pengeluaran sebanyak 20 hingga 30% dengan menggunakan tanah yang sedia ada, kita tidak akan menghadapi masalah kekurangan beras.
Mungkin punca perbezaan ketara ini ialah aspek pengurusan pertanian yang kurang efisyen. Sebagai contoh, penggunaan teknologi seperti transplanting machine yang dapat membantu petani untuk mengadakan satu sistem yang lebih teratur perlu diperbanyakkan. Dengan adanya sistem seperti ini, petani tidak lagi berhadapan dengan masalah penaburan benih yang tidak serata, masalah lalang dan sebagainya.
Tuan Yang Dipertua,
Telah terlalu banyak kali disebut tentang kononnya berlaku tsunami politik pada 8 Mac lalu. Istilah tersebut seolah-olah sudah menjadi perkataan ruji ahli-ahli Pembangkang. Mereka tuduh kononnya pemimpin BN sombong dan elit. BN diminta untuk mecerminkan diri. Akan tetapi, baru dua bulan bergelar Yang Berhormat, siapa yang riak dan takbur nadanya dalam Dewan yang mulia ini? Siapa yang begitu angkuh, hingga akal tak cecah ke langit, kaki tak jejak ke bumi, dalam meramal dan mewar-warkan bahawa mereka akan berkuasa di Putrajaya dalam tempoh tak beberapa bulan lagi? Siapa sebenarnya kini ingin membelakangkan prinsip demokrasi dengan menawarkan ahli BN untuk melompat parti, dengan membentuk Kerajaan melalui pintu belakang? Siapa sebenarnya yang tidak berani melihat wajah sendiri?
Mereka tidak berani kerana apabila dicermin, refleksi yang jelas terlihat adalah satu pakatan kononnya, tetapi dengan persefahaman yang begitu rapuh dan tidak kukuh. Pakatan yang dibuat ternyata begitu lemah, umpama retak menanti belah. Saling meragui sama sendiri, khuatir ditikam sama sendiri. Sebab itu saya istilahkan Pakatan Rakyat ini sebagai Pakatan Public Relations atau PR. Penggabungan pembangkang ini hanya PR. PAS dengan DAP hanya PR. Supaya di mata rakyat nampak cantik, nampak menarik, nampak kukuh. Tapi yang sebenar-benarnya, yang tersirat di dalamnya, dalam perkara asas atau fundamental, jelas tiada persefahaman.
Saya sebenarnya rasa amat sedih dan hairan apabila soalan saya tentang kontrak sosial kepada ahli dari Bachok yang juga Timbalan Presiden PAS tidak dijawab. Oleh itu, saya rasa adalah tidak salah sekiranya satu kesimpulan di tawarkan diatas keengganan PAS ini – bahawa PAS yang sering menampilkan dirinya sebagai parti Islam yang gagah, nampaknya sudah kehilangan taring, umpama singa tidak bergigi, takut dengan dalang yang diajak bersekongkol. Soalan saya sama ada PAS setuju dengan kenyataan ahli dari Ipoh Timor yang meminta kontrak sosial dikaji semula dan menidakkan perbezaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, Islam dan bukan Islam, dibiar tidak bersahut, hanya berlalu ditiup angin. Umpama bercakap dengan dinding. Sepi ini jugalah suasananya apabila ahli dari Bukit Gelugor menghina institusi Raja Melayu di Dewan yang mulia ini.
Kalau setuju katakan setuju, kalau tidak, jawab sahaja tidak. Tetapi pemimpin jenis apakah ini, yang dalam perkara asas negara sebegini, beliau membisu seribu bahasa sebaliknya mencari helah untuk tidak bersuara? Kalau sampai soal kontrak sosial pun PAS sudah takut nak jawab, apa gunanya dengan PR kalau bukan sekadar untuk Public Relations? Kami di sebelah sini pun tidak sempurna, ada kelemahannya. Yalah, siapa yang tidak ada kelemahan. Namun, selagi Barisan Nasional memegang Kerajaan Persekutuan, kontrak sosial yang termaktub dalam Perlembagaan, yang menjadi asas kepada Tanahair kita, akan kita pertahankan tanpa segan silu, tanpa galang gantinya, walau perlu berkalang leher. Bila saya tanya tentang keseragaman dasar tender terbuka dan penghapusan DEB, Ipoh Timor tak jawab. Sebaliknya dia serang peribadi saya. Kenapa? Tak faham atau tak erti nak jawab soalan. Atau sekadar menggunakan taktik diversion untuk mengelak dari menghadapi isu sebenar yang cuba saya bangkitkan? Kenapa PR tak boleh bagi komitmen untuk menghapuskan DEB di semua Negeri pentadbirannya agar lebih seragam dan konsisten?
Itu baru kontrak sosial, belum masuk lagi satu perjuangan asas PAS, iaitu isu Negara Islam. PAS bila sudah menjadi rakan kongsi kecil atau junior partner dalam PR, perjuangan Negara Islam pun dah tak boleh sebut langsung. Takut dengan DAP, takut kena langkah mayat dulu. Takut nak tegur Bukit Gelugor yang mempertikaikan kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam dalam kes Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Ini semua adalah soalan pokok yang mesti dijelaskan sekiranya PR bukannya sekadar Public Relations.
Dah namanya pakatan. Semua perkara kenalah sepakat. Lagi pula sekarang ini kononnya dah jadi Kerajaan menunggu atau government-in-waiting tapi perkara asas seperti ini pun tak boleh jawab. Apa akan jadi kepada Malaysia dibawah sebuah Kerajaan yang bukan tahu memerintah, tetapi sebaliknya mencipta polisi untuk ber-PR sahaja?
Negara berlandaskan PR akan berpecah mengikut citarasa masing-masing. Kalau macam tu tak ubahlah macam di zaman penjajah, mengamalkan sistem pecah dan perintah. Ikut suka dan cara masing-masing. Negara Islam di Kelantan dan Kedah; Malaysian Malaysia di Penang; kerajaan boneka di Perak dan projek babi di Selangor. Walaupun tidur satu katil, satu tilam, satu bantal tapi mimpi lain-lain. Ada yang mimpi flying carpets dengan serban, ada yang mimpi flying rockets dan ada yang mimpi flying pigs.
Perkara ini saya sebut kerana kita diberitahu bahawa PR akan mewujudkan Kerajaan Persekutuan sebelum 16hb September, 2008. Rakyat di Rembau nak tahu bagaimana rupa bentuk dan apa pendirian Kerajaan PR nanti. Sekarang ini terlalu banyak percanggahan, terlalu banyak perkara yang tidak konsisten. Pembangkang menunding jari kepada Kerajaan, tuduh Kerajaan BN tidak menunaikan janji. Tapi kerajaan campuran negeri Selangor baru dua bulan memerintah pun dah mula menujukkan ketidakmampuan untuk memenuhi apa yang telah dijanjikan. Kalau benar mereka telus dan adil, kenapa rayuan rakyat menolak projek babi tidak didengar? Dalam manifesto bukan main manis janji, kononnya nak turunkan cukai pintu. Hari ini bila dah ada kuasa, bila tanggungjawab dah terbeban di bahu, tak boleh buat pula. Macam-macam alasan diberi. Kalau pandai sangat, kononnya Menteri Besarnya seorang tokoh yang berpengalaman luas, yang pernah mengetuai dawn raid atas syarikat Guthrie, kenapa susah sangat nak menunaikan janji? Adakah kerana janji-janji itu semua sekadar janji pilihanraya pembangkang, yang dibuat tak guna akal, tidak realistik, populis, pakai hentam sahaja?
Pembangkang juga suka mendabik dada mengatakan mereka lebih baik dari Kerajaan, lebih adil dari Barisan Nasional. Mereka menuduh Kerajaan Persekutuan kononnya tidak memberi peruntukan kepada kawasan dan negeri di bawah PR. Lalu saya tanya Batu Gajah, kalau betul PR lebih baik daripada BN, maka tunjukkanlah teladan yang baik, bagi peruntukan kepada semua wakil rakyat tak kira parti di negeri-negeri PR. Tapi jawapan yang diberi tidak ada asas, tersasar dari landasan. Pada sesi taklimat Ahli Parlimen sebulan yang lepas, ada wakil pembangkang minta Kerajaan Persekutuan bagi peruntukan kepada semua ahli atas dasar keadilan. Semua wakil pembangkang tepuk. Tapi tak sampai beberapa minggu selepas itu, kerajaan campuran negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM500,000 hanya untuk ADUN PR. Adil ke itu? Cakap tak serupa bikin. Ini baru dua bulan memerintah, dah pandai tipu dan memutar belit. Kalau Kuala Krai kata power corrupts and absolute power corrupts absolutely, tindakan PR ini membuktikan bahawa even a little power corrupts very quickly.
Setiap kali tiba 11hb Mei, mereka akan menyambut "ulangtahun penubuhan" mereka. Yang terbaru, mereka kata mereka sudahpun 62 tahun. Mungkin kebanyakan ahli UMNO sememangnya mudah lupa. Tetapi rakyat jelata masih ingat.
UMNO yang ditubuh pada 11 Mei 1946 sudah ditamatkan riwayatnya oleh mahkamah pada 4 Feb 1988. Sesuatu pertubuhan yang diistihar terbatal oleh mahkamah maka setakat itu sahajalah berakhirnya pertubuhan itu dan terpahatlah dalam sejarah tarikh mula dan tarikh akhirnya.
Apa yang berlaku selepas itu ialah manipulasi Mahathir. Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Orang yang kini menjawat Presiden adalah di antara orang yang sebelah pasukan yang menetang penubuhan UMNO Baru ketika itu. Malah ramai lagi yang kini di dalam UMNO Baru bersama menentang penubuhannya dulu.
Supaya ahli dan orang ramai lupa perubahan yang dirancangnya, Mahathir telah memiripkan UMNO Baru dengan yang lama dalam pelbagai aspek. Selain mengguna nama UMNO yang sama, beliau juga mengguna lambang dan bendera yang mirip asal dengan sedikit perubahan.
Kemudian, perkataan "Baru" digugurkan dari UMNO Baru supaya sama dengan UMNO yang telah dibatalkan.
Ketika Mesyuarat Agung pertama parti baru itu, Mahathir membuat keputusan agar sambutan ulangtahun parti baru dibuat pada 11 Mei dan bukannya pada bulan Februari, tarikh UMNO Baru didaftarkan.
Akhirnya ahli UMNO Baru (kebanyakannya masih kecil 20 tahun lalu - terutama bagi mereka dalam Pemuda dan Puteri) terlena dengan perancangan Mahathir - malah tidak tahupun beza kedua-dua entiti yang berlainan ini [Kalau tidak percaya, sila periksa nombor pendaftaran di Pendaftar Pertubuhan (ROS)].
Segala yang dirancangnya menjadi. Dengan pembatalan UMNO Asal dan penubuhan UMNO Baru, Mahathir telah dapat menguasai penuh UMNO yang baru ditubuhnya dengan menyekat mana-mana penderhakanya di peringkat awal ini. Dan ianya termasuk Pak Lah yang ketika itu mnyebelahi Ku Li. Sebab itulah Mahathir dapat berkuasa penuh dengan kuku-besinya selama 15 tahun selepas itu.
Antara sumber: Personalized Politics: The Malaysian State Under Mahathir (In-wn Hwang, Institute of Southeast Asian Studies)
PADA 11hb Mei 2008, UMNO mencecah usia 62 tahun. Ditubuhkan sebagai parti yang demokratik UMNO telah mencapai kejayaan demi kejayaan.
UMNO dibawah pimpinan Dato Onn Jaafar telah menewas rancangan Malayan Union, British.
UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra telah berjaya merebut kemerdekaan daripada British.
UMNO dibawah tiga Perdana Menteri yang berikut telah berjaya menstabilkan negara dan membangunkannya sehingga menjadi negara contoh kepada negara-negara membangun yang lain.
Kepimpinan parti campuran (Perikatan dan Barisan Nasional) oleh UMNO memperolehi kemenangan dua-pertiga tiap pilihanraya Parlimen melainkan pada 1969. Kerajaan Malaysia yang didirikan semuanya kuat dan dihormati di dalam dan di luar negeri.
Tetapi dalam pilihanraya 2008 Barisan Nasional di bawah pimpinan UMNO kalah di lima buah negeri, satu Wilayah Persekutuan dan tidak mendapat dua-pertiga kerusi di Dewan Rakyat.
Pada ulangtahun ke-62 UMNO dilahirkan ahli-ahli dan pemimpin bawahan UMNO perlu memikirkan tentang keadaan parti pada hari ini. Bolehkah mereka gembira dengan prestasi UMNO sekarang? Bolehkah mereka percaya mereka masih kuat dan relevan seperti dahulu?
Pengasas UMNO memilih sistem demokrasi untuk parti kerana mereka percaya jika pemimpin UMNO menyeleweng, ahli boleh dengan hanya mengundi menukar pemimpin dan memulihkan keadaan.
Malangnya undi perwakilan UMNO boleh dibeli, justeru itu ia tidak dapat menjamin kepimpinan yang dipilih adalah cekap dan baik.
Percubaan dibuat supaya sistem pemilihan tidak mudah disalahguna. Dengan adanya sistem kuota, calon perlu mendapat pencalonan yang besar sebelum dapat bertanding. Sogokan kepada jumlah yang besar dipercayai sukar dilakukan.
Hari ini sistem kuota ini disalahgunakan dengan cara lain. Kali ini yang menyalahgunakannya ialah pemimpin besar UMNO sendiri. Kerana kuasa yang ada padanya, pemimpin besar dapat menghalang ahli melalui pelbagai cara supaya tidak mungkin mencalon selain darinya dengan cukup bilang untuk bertanding.
Ini boleh dilakukan kerana perwakilan ke Mesyuarat Agong UMNO termasuk pemimpin bahagian lebih mengutamakan kepentingan diri mereka daripada perjuangan parti, perjuangan agama, bangsa dan negara.
Hari ini yang sanggup disogok akan mendapat sesuatu bagi diri mereka. Jika cara ini berterusan dua perkara boleh berlaku;
1) Wakil Rakyat dan Kerajaan akan dimiliki oleh orang yang sogok mereka. Mereka akan bekerja untuk orang ini dan bukan untuk UMNO dan perjuangannya.
2) Pengundi biasa dalam Pilihanraya akan menolak calon dari parti UMNO dan BN dan dengan itu parti lawan akan mengganti BN sebagai Kerajaan. Pada masa itu ahli biasa, pemimpin kecil dan besar, bahkan yang bakal menjadi Perdana Menteri pun tidak lagi akan mendapat apa-apa bagi diri mereka. UMNO akan menjadi tidak relevan dan akan hancur bersama parti-parti sekutunya. Contohnya dapat kita lihat sekarang. Gerakan, MIC ditolak oleh rakyat.
Sejarah akan kutuk orang yang menghancurkan UMNO. Mereka akan dianggap sebagai pengkhianat kepadanya, pengkhianat kepada bangsa, agama dan negara. Sudah tentu orang Melayu yang akan kembali menjadi bangsa yang dihina dan dijajah dengan duit akan kutuk orang yang menyebabkan kecelakaan menimpa kaum bangsa mereka.
Pemimpin UMNO, terutama yang tertinggi yang memimpin parti ke arah kecelakaan ini akan dianggap pengkhianat yang terkutuk. Mereka yang turut sama kerana ingin mendapat sesuatu bagi diri sendiri juga akan dikutuk.
Inilah hasilnya apabila pemimpin dan ahli UMNO sudah lupa akan tanggungjawab mereka terhadap parti, terhadap bangsa, agama dan tanahair, tetapi sebaliknya menjadi tamak untuk mengisi temolok diri sendiri sahaja. Na'uzubillah
Saya bukan bertujuan mahu mengajak pembaca saya agar mencetuskan huru-hara ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang ini.
Tidak! Keputusan ini perlu diterima dengan hati terbuka, kerana ia proses undang-undang, oleh kerana kita duduk dalam negara demokrasi yang menjunjung undang-undang dan Perlembagaan maka kita perlu patuh walaupun kecewa.
Apa yang saya bimbang adalah impaknya terhadap Islam, dan persepsi masyarakat bukan Islam nanti terhadap Islam. Kerana itu saya akan menggunakan blog ini untuk mendesak agar kita semua bangkit menyedarkan para pimpinan kita yang mempunyai kuasa, samada Raja-raja Melayu, Kabinet, Menteri-menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, ahli-ahli Parlimen dan ADUN kesemuanya agar bertindak memelihara Islam.
Tahukah anda apa reaksi Presiden MCA contohnya terhadap keputusan ini (boleh dikuti di akhbar-akhbar tertentu)? Kata Ong Ka Ting:
It was Siti Fatimah�s right to embrace Islam and likewise, it is also her right to return to her original faith. This is a matter for her to decide and no one else.
(Ianya merupakan HAK Siti Fatimah untuk memeluk Islam sebagaimana beliau juga BERHAK untuk kembali ke agama asalnya. Ianya adalah sesuatu bagi beliau untuk memutuskan dan bukan pihak lain.)
Inilah persepsi bahaya yang kita bimbangkan. Masyarakat bukan Islam merasakan keluar masuk agama itu adalah HAK masing-masing. Mungkin bagi agama-agama lain ianya HAK tetapi bagi Islam tidak, lalu siapakah yang mampu dan berkuasa untuk menyatakan perkara ini ekpada mereka!
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika memberikan komennya terhadap kes ini dalam akhbar THE STAR menyebut:
Renouncing Islam is forbidden unless one has been forced to embrace Islam under duress. If one embraced Islam out of one�s own free will, then one must be subject to Islamic law, and the law forbids the renouncing of Islam because it touches ones faith on the religion.
(Tindakan keluar dari Islam dilarang sama-sekali melainkan seseorang itu dipaksa memeluk Islam. Sekiranya seseorang memeluk Islam atas kerelaannya sendiri, ketika itu ianya mesti tertakluk kepada perundangan Islam, dan perundangan Islam melarang seseorang Muslim keluar dari agamanya, kerana ia melibatkan kepercayaan seseorang pada agama itu.)
Boleh tak semua pemimpin Islam dalam negara berpegang kepada tafsiran yang sama? Boleh tak kita semua meletakkan nasib dan masa depan Islam dihadapan lebih tinggi dan utama dari fahaman politik masing-masing? Melalui kuasa yang dimiliki oleh kita, yang walaupun berlainan fahaman, tetapi atas aqidah yang satu, demi Allah, perbetulkanlah kelonggaran ini.
Malah Menteri di JPM yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal Islam, Ahmad Zahid Hamidi sendiri dilaporkan sebagai mengakui bahawa tidak ada undang-undang diperingkat Persekutuan yang melarangs eseorang Muslim dari murtad. Dan dari negeri-negeri yang ada cuma Negeri Sembilan sahaja yang melarang, sementara yang lain tidak.
Inilah puncanya, inilah masalahnya. Sampai bila kita mahu biarkan ia terus begini?Lantaran itu selagi ianya tidak ditangani atas keprihatinan mereka yang berkuasa, maka selagi itulah Islam di negara ini walaupun agama rasmi Persekutuan, tetapi agama yang boleh dipermain-main dan disenda-sendakan.
Syabas Fairus, mana yang lain?
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin (PKR) berjanji akan membawa keperhatian SPR Yang Dipertuan Agong darihal kemelut murtad dan menyarankan langkah-langkah bagi mengelakkan kejadian seumpama Siti Fatimah berulang lagi di Pulau Pinang, apabila beliau diperkenankan mengadap Tuanku nanti.
Kata Fairus beliau sedih dan kecewa angkara kegagalan Majlis Agama Islam Pulau Pinang MAIPP untuk membimbing si murtad sehingga keluarnya keputusan di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang itu, yang membenarkan seorang Muslim keluar dari agamanya.Dan yang lebih penting lagi Fairus memberi amaran kepada semua pihak agar jangan mempolitikkan keputusan kes ini, perkara berkaitan agama jangan digunakan sebagai agenda politik.
Dalam akhbar THE STAR hari ini bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon menyeru agar mahkamah bersikap lebih 'humane' (berperikemanusiaan) dalam mendengar kes-kes penganut Islam yang mahu keluar dari agamanya. Katanya orang-ramai akan lebih menghormati 'all great religions' (yang beliau mahu maksudkan di sini saya percaya adalah: "akan lebih menghormati Islam") jika keputusan liberal seumpama ini diambil terhadap mereka yang memohon untuk tukar agama. Maknanya kalau kita liberal, pinda dan ubahsuai Islam untuk kesesuaian lain, barulah kita dihormati!
Dalam hal kenyataan Fairus ini, saya rasa selain Timbalan Presiden PAS, sehingga ketakat ini, beliualah pemimpin politik yang beragama Islam yang kedua terkanan yang memberikan reaksi dan komen terhadap kes ini dan menyarankan agar tindakan proaktif diambil bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang.
Yang lain bagaimana? Tiada siapakah lagi pemimpin Melayu/Islam yang sanggup tampil ke hadapan membuat saranan yang sama, atau apakah para pemimpin kita telah khayal didodoi lagu-lagu liberalisma dalam beragama (selesa dengan kedudukan masing-masing) sehingga tidak lagi terdetik dihati mereka untuk mengeluarkan kenyataan membela dan mempertahankan Islam?
Jika kerajaan pusat terus menganaktirikan Sabah dan mengabaikan tuntutan parti-parti komponen BN negeri itu, tsunami politik akan berlaku di kalangan ahli parlimen di negeri tersebut.
"Saya tidak kata tsunami politik itu adalah lompat parti tetapi lebih baik menubuhkan parti politik yang baru," kata ahli parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh kepada Malaysiakini hari ini.
Ketua bahagian Umno itu berkata langkah itu lebih baik daripada menyertai PKR atau Pakatan Rakyat jika mereka tidak berpuas hati dengan BN.
Bekas timbalan menteri itu bagaimanapun berkata beliau sendiri tidak akan berbuat demikian kerana tidak berminat pada parti pimpinan Dr Wan Azizah Wan Ismail, kini ketua pembangkang di Dewan Rakyat.
"Saya tidak tahu mengenai lompat parti kerana saya sendiri tidak minat kepada PKR.
"Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mendapat tawaran untuk lompat parti," katanya lagi.
Mengenai pembangunan ekonomi, Abdul Ghapur berkata, kemajuan di Sabah dan Semenanjung ibarat langit dan bumi.
Katanya, masih ada penduduk Sabah yang terpaksa masuk hutan jika mahu membuang air.
"Banyak lagi contoh yang boleh saya berikan tetapi saya merasa malu hendak sebut," tambahnya.
Abdul Ghapur semasa berucap di sidang Dewan Rakyat hari ini juga berkata, terlalu banyak ketidakadilan BN dan kerajaan persekutuan terhadap rakyat Sabah.
"Jika harapan rakyat Sabah tidak dipenuhi, tsunami akan melanda Sabah. Jika ia melanda Sabah, ia akan menyapu semua," katanya lagi.
Abdul Ghapur berkata, rakyat Sabah sudah lama tidak puas hati dengan layanan kerajaan pusat kepada penduduk negeri itu.
Selain ekonomi, kata ahli politik berpengalaman itu, rakyat Sabah kecewa dengan pengagihan jawatan dalam kabinet yang menurutnya tidak adil kepada pemimpin BN negeri itu.
"Mengapa negeri yang BN kalah dapat empat menteri termasuk menteri kemajuan luar bandar yang begitu penting kepada rakyat Sabah.
"Sebuah lagi negeri sampai dapat enam menteri. Sepatutnya Sabah dapat lebih lagi (daripada sekarang).
"Sepatutnya jawatan-jawatan penting dalam kabinet diberikan kepada ahli-ahli Parlimen dari Sabah," katanya ketika ditemui di parlimen hari ini.
Abdul Ghapur berkata, akibat rasa tidak puas hati itu, ramai ahli-ahli Parlimen Sabah bercakap mengenai lompat parti.
Dewan Rakyat hari ini riuh dengan perakataan "babi negara" apabila Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menolak akronim yang diberikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa PKR itu adalah singkatan kepada Projek Khinzir Raksaksa.
"Bukan projek khinzir raksaksa (PKR) tetapi projek babi negara (PBN)," Ahli Parlimen Pokok Sena itu menjelaskan.
Selepas itu dewan riuh dengan perkataan "BN, babi negara" sehingga menyebabkan timbul cabaran siapa yang menyebut perkataan itu, termasuk dari Khairy sendiri yang kedengaran marah dengan perkataan "babi negara" itu.
Selepas keriuhan agak berkurangan, Mahfuz bangun lagi dan menjelaskan bahawa "bukan projek khinzir raksaksa (PKR) tetapi projek babi negara (PBN)".
Mahfuz juga meminta Khairy berucap di hadapan kanak-kanak tadika dan bukan di dalam Dewan Rakyat.
Mahfuz berkata demikian apabila menantu Perdana Menteri itu enggan memberi laluan kepada Ahli-Ahli Parlimen lain meminta penjelasan.
Ucapan Khairy yang diselang-selikan dengan hentaman terhadap pembangkang diganggu hampir sepanjang masa apabila beliau enggan memberi laluan untuk penjelasan.
Antara yang bangun meminta penjelasan ialah Mahfuz sendiri; Bendahari PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Kerai, Dr Mohd Hatta Ramli; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Siti Mariah Mahmud; Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Abd Samad; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum; Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Ja'afar; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin; Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh; Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow; Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun (Jeff Ooi) dan ramai lagi.
Khalid kedengaran berkata, "Kalau tak nak bagi laluan (untuk meminta penjelasan), jangan tanya soalan".
Ketika bangun meminta penjelasan, Mahfuz, Khalid dan Jeff Ooi sentiasa dilihat tersenyum seolah-olah begitu geli hati dengan gelagat Khairy yang terjerit-jerit dan termengah-mengah untuk menghabiskan ucapannya di tengah-tengah gangguan yang tidak putus-putus itu. Begitupun, mereka tidak juga diberi laluan oleh Khairy.
Menurut laporan blogger Roslan SMS, dalam ucapan sulungnya di Dewan Rakyat itu, antara lain Khairy menuduh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai manusia yang lidah bercabang manakala PAS pula hilang taring, umpama singa hilang taring, kerana tidak berani menjawab soalan beliau minggu lalu mengenai "kontrak sosial".
Beliau juga menuduh perjuangan negara Islam sudah tidak disebut langsung oleh PAS kerana takutkan DAP.
Khairy sebelum ini dituduh oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kekalahan Barisan Nasional.
"TAK MINAT TANDING KETUA PEMUDA, TAPI NAIB PRESIDEN ISNYAALLAH.." ADNAN
BENTONG: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini berkata beliau tidak pernah berminat untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini.
Bagaimanapun Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata jika dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden, beliau akan "melihat pada keadaan".
"Saya tidak mahu bertanding jawatan (ketua Pemuda) tersebut (tapi) kalau nak calon jawatan naib presiden dan lain-lain, tengoklah keadaan," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Pahang Datuk Khairuddin Yaakob baru-baru ini bahawa 14 bahagian Pemuda Umno Pahang akan mencalonkan beliau untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.
Adnan berkata: "Idea (untuk calonkan saya) itu dilontarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pahang, kalau saya tak keluarkan kenyataan, orang ingat saya baling batu sembunyi tangan, sebenarnya saya tidak tahu menahu cadangan mereka ini.
"Saya nak nyatakan di sini hal Pemuda biar Pemuda selesaikan sendiri, saya sudah berusia 58 tahun. Jawapan saya ini cukup tegas (tidak berminat bertanding jawatan Ketua Pemuda), tanpa desakan dan tekanan daripada sesiapa, saya mencadangkan (hal) Pemuda Umno biar diselesaikan oleh Pemuda, untuk menentukan pemimpinnya," katanya.
Pada pemilihan Umno yang lepas, Adnan bertanding jawatan Naib Presiden tetapi tewas.
Terdahulu, Menteri Besar menyampaikan geran hak milik tanah kepada 210 peneroka Felda Mempaga 3, dekat sini.
Mengenai pemberian geran itu, Adnan berharap para peneroka supaya tidak sesekali menjual tanah mereka kepada pihak lain semata-mata untuk mendapatkan keuntungan segera.
"Para peneroka perlu mengusahakan tanah berkenaan untuk generasi kedua kerana mereka tidak lagi akan mendapat tanah seperti itu pada masa depan.
"Cabaran dan persaingan di zaman ini telah menjadikan tanah sebagai satu aset yang amat sukar untuk dicari ganti andai kata ia telah dijual," katanya.
JASINDAILY : Dah dasar UMNO yang memang menggilakan kuasa..bila dah dapat kuasa habis rakyat jelata ditolak tepi...bila kalah mula disebut ketuanan Melayu..kononnya Melayu akan hancur jika Pakatan Rakyat yang memerintah...kini sapa yang hancur sebenarnya...dapat kita lihat UMNO dah mula berantakan...
KL: Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain teka-teki berhubung jumlah ahli parlimen BN yang akan melompat parti dan tarikh sebenar peristiwa besar itu akan terjadi.
Beliau berkata pihaknya masih menunggu masa yang sesuai.
"Masa itu bergantung kepada keadaan (sokongan) Umno yang semakin sedikit. Sekarang mereka mulai panik dan memainkan sentimen perkauman, isu kelangsungan masa depan Melayu. Jadi kami rasa biar mereka sambung perdebatan itu. Kita akan mempertimbangkan pilihan kita.
"Perubahan besar begini tidak harus dilakukan secara tergesa-gesa. Kita harus beri ruang kepada pimpinan (Pakatan) untuk meneliti semua aspek.
"Dan baiknya ialah apabila kita berikan tempoh, ia dibahaskan di seluruh negara. Jadi dia tidak menimbulkan hal yang agak tegang," katanya di sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya petang tadi.
Mengulas jumlah ahli parlimen BN yang sudah berada di pihaknya, Anwar menjawab:
"Saya sudah jelaskan, biar Umno dan BN buat spekulasi masing- masing. Kita ambil langkah mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur dan kita akan umumkan pada waktu yang tepat.
"Bila sampai waktu, saya bagi notis," katanya, sambil ketawa kecil dan disambut ketawa beberapa wartawan.
Anwar juga berkata, terpulang kepada ahli-ahli parlimen itu sendiri jika hendak membuat pengumuman lebih awal meninggalkan BN.
"Ada pilihan pada mereka untuk mengumumkan pada masa yang sesuai. Mereka bebas untuk mengumumkan bila masa yang sesuai. Tugas saya sebagai memimpin tiga parti hanya mengumumkannya mengikut jadual," katanya.
Tentang langkahnya bertanding dalam pilihanraya kecil untuk dilantik sebagai seorang ahli parlimen, Anwar berkata beliau mempunyai pilihan sama ada untuk bertanding sebelum atau selepas pembentukan kerajaan baru.
"Kita mempertimbangkannya kedua-duanya (pilihan). Berlawan dalam pilihanraya dan membentuk kerajaan," katanya.
Mengulas kenyataan menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kegiatan lompat parti sebagai tidak bermoral, Anwar menjawab perkara itu bergantung kepada keadaan.
"Yang dimaksudkan dengan tidak bermoral (oleh Nik Aziz) itu apabila ada kaedah membeli orang," katanya.
"Kita tahu proses pilihanraya banyak penipuan. Pilihanraya yang dilaksanakan pada 8 Mac itu penuh dengan penipuan termasuk pembatalan dakwat. Kerusi yang wajib dimenangi, dikalahkan dengan cara tipu-helah," tambahnya.
Beliau mengulangi kenyataan awalnya bahawa dasar lompat parti yang sedang diusahakannya tidak melibatkan duit tetapi kesediaan wakil BN mengikut agenda parti-parti pembangkang.
"Banyak ahli dan kawan kita daripada BN, termasuk juga mereka di Sabah dan Sarawak sedar bahawa berlaku penipuan pada pilihanraya lalu. Tiada harapan untuk perubahan atau reformasi yang bermakna dalam pemerintahan sekarang atau bawah kerajaan pimpinan Umno," katanya.
Ditanya tentang kemungkinan BN membubarkan parlimen untuk mengelakkan peralihan kuasa melalui langkah lompat parti, Anwar tidak menolak kemungkinan itu.
Beliau berkata jika pilihanraya umum yang baru diadakan, beliau berharap ia tidak dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sedia ada.
"Saya yakin ia (BN) akan menyaksikan kekalahan cukup parah," katanya.
Mengulas isu pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa mempertikaikan kuasa Raja-raja Melayu, Anwar berkata media yang dimiliki Umno terus-terusan cuba menggambarkan pembangkang tidak menghormati institusi raja.
Dalam perbincangannya dengan Karpal, tambah bekas timbalan perdana menteri itu lagi, ahli parlimen Bukit Gelugor "tidak bermaksud menyinggung atau tidak menghormati kedudukan Raja-raja Melayu".
Beliau juga menganggap siasatan polis terhadap Karpal menunjukkan pihak berwajib menggunakan piawaian yang tidak konsisten apabila penghinaan terhadap institusi raja yang jelas seperti di Terengganu dilambat-lambatkan siasatannya.
"Ketua polis negara hanya menyegerakan siasatan terhadap ahli parlimen pembangkang," katanya.
"(Keadaan) ini mengesahkan kebimbangan rakyat selama ini bahawa dalam badan kehakiman, dalam siasatan polis, dalam pendakwaan Jabatan Peguam Negara, tidak banyak perubahan selepas pilihanraya yang lalu."
Kelab Veteran Umno Malaysia boleh mengambil tindakan kepada seorang ahli jawatankuasanya yang membantah sokongan pengerusi kelab itu Tan Sri Tajuddin Ali kepada perdana menteri.
Satu sumber memberitahu Malaysiakini hari ini, kenyataan M Shariff Yousuf akan dibincangkan dalam mesyuarat kelab tersebut dalam satu pertemuan akan datang.
"Keputusan dan bentuk tindakan bergantung pada keputusan ahli (jawatankuasa kelab) dalam mesyuarat itu," kata sumber itu yang dekat dengan kepemimpinan Kelab Veteran Umno.
Sumber itu, yang enggan dikenali, bagaimanapun tidak menyebut bentuk kesalahan tersebut atau tarikh mesyuarat jawatankuasa yang bakal diadakan.
Kenyataan Tajuddin yang menyebut kelab itu sebulat suara menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan tidak disenangi oleh majoriti ahli jawatankuasa kelab veteran Umno kerana ia tidak dibincang dengan mereka terlebih dahulu.
"Malah, dua pertiga daripada ahli-ahlinya tidak menyokong Abdullah terus memimpin Umno dan kerajaan, dan mahukan peralihan kuasa dilakukan segera," kata M Shariff hujung bulan lalu.
Ekoran kekalahan teruk BN dan Umno dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, sebilangan ahli-ahli parti termasuk ahli majlis tertingginya, mendesak peletakan jawatan Abdullah sebagai presiden Umno dan seterusnya perdana menteri.
Dalam pilihanraya umum tersebut, BN memperolehi 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
BN juga kalah empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - kepada Pakatan Rakyat, manakala PAS berjaya mengekalkan Kelantan.
Shariff berkata, kenyataan pengerusi kelab veteran Umno itu kurang tepat, tidak berasas dan boleh mengelirukan.
Beliau mendakwa, ramai ahli jawatankuasa kelab tersebut tidak dimaklumkan ataupun dijemput menghadiri pertemuan dengan Abdullah.
Difahamkan, hanya tujuh atau lapan orang ahli jawatankuasa kelab itu dari Perak yang hadir.
Manakala ahli jawatankuasa yang mewakili negeri-negeri lain, termasuk Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Terengganu, Melaka, Pahang dan Wilayah Persekutuan tidak menghadiri pertemuan tersebut.
Hari demi hari alat propaganda Umno/BN itu mencanangkan lagu lama Umno yang basi dan peribahasa 'menang sorak kampong tergadai', macamlah rakyat marhaen masa kini semua sungguh bengap atau bodoh mudah percaya apa yang digorengnya ! Dengan menyiarkannya setiap hari sambil membidas Pakatan Rakyat secara sinis juga bangsa Melayu konon yang menyokong pembangkang adalah bukan penyokong tulin atau 'ori' Umno ! Bermakna yang menyokong dan memenangkan Umno/BN di PRU-12 baru-baru ini adalah seratus peratus penyokong Umno tulin , yang menyebabkan 5(1) negeri berubah arah pada Pakatan Rakyat ! Jadi akibat ini apa rationalnya yang tulin ?
Si mangkuk ayun jurucakap RTM tv1 seorang perempuan dengan bersemangat menyindir rakyat Melayu yang konon menyokong PR hingga terhakis kekuasaan ,ketuanan juga DEB khasnya diPulau Pinang menyebabkan menang sorak tapi kampong tergadai ! Kampong mana tergadai wahai mangkuk ? Selama 50 tahun Umno/BN memerintah dengan kelebihan kerusi tapi berketua menterikan seorang Cina dari Gerakan ! Berapa banyak kampong-kampong Melayu bukan tergadai malah punah/lesap macam 'magic' seperti sedang jadi di Jelutong sekarang,Tanjong Tokong, Tanjong Bunga,Batu Maung,Sungai Nibong,Sungai Ara dan banyak lagi yang kini hanya tinggal nama jika nak dicatatkan tapi siapa punya angkara jika bukan dari pemimpin Umno ?
Amat bangang sekali juruhebah RTM juga penerbit-penerbit mereka mengeluarkan fakta palsu malah fitnah besar tapi terbalik menuduh pula rakyat Melayulah menjadi dalang saban hari ! Pelik sungguh pemikiran otak-otak konon intelek menerajui badan penyiaran di Angkasapuri yang sebenarnya menjadi lembu atau kaldai tunggangan pemimpin-pemimpin gelojoh Umno ! Butakah mereka atau memang kurang upaya otak mereka untuk memikir dan melihat lamanya penyelewengan dan pengkhianatan ini semua dari parti yang konon membela Melayu ? Mengapa tidak dihebohkan apa yang pemimpin Umno dah buat ?
Lihat sajalah pembangunan di Pulau Pinang selama mereka memerintah ,berapa banyak rakyat Melayu meninggalkan pulau itu sebab tidak termampu dengan 'pembangunan' dacing senget sebelah yang konon ingin membela Melayu tapi segala kondo,apartment dan rumah mewah semuanya tak termimpi boleh dimiliki rakyat Melayu,secara tidak langsung Umno/BN menghalau Melayu marhaen sebaliknya mengkayakan kroni dan sanak saudara sesama mereka dalam Umno ! Segala macam kontrak,tender juga infrastruktur dan kepentingan difaraidkan sesama kroni terpilih Umno tapi masih memekik terlolong melaungkan DEB konon,masih menunjukkan bahawa Umno sajalah yang boleh membela dan pertahankan Melayu !
Lihat sajalah satu contoh penyelewengan wang negara pemimpin besar mereka seperti Perdana Menteri Malaysia, terbaru kes kos menanggung tiga penasihat siluncai sahaja memakan jutaan ringgit ,dekat RM 1.2 juta dipunahkan setahun hanya untuk luncai-luncai ini konon penasihat tapi hanya goyang kaki masuk berpuluh ribu sebulan sedangkan rakyat menanggung beban setiap hari menghadapi karenah barang naik (BN) Tambah menyedihkan lagi sipengkhianat wang Petronas mamak bekas PM pula salah seorang luncai tersebut ! Mengapa ini boleh berlaku ? Dimana ketelusan Umno/BN ? Siapa pengkhianat pada rakyat sebenar ? Siapa sorak dan siapa gadai ?
Semana bijak tv RTM memutar ,memalsu serta memfitnah namun kebenaran kian terbongkar satu persatu tanpa diduga kerana Allah swt bersama orang-orang yang benar dan bertakwa,usahlah cari dosa sedangkan anda di Angkasapuri berotak dan tahu apa itu fitnah dan apa itu kebenaran,mahukah anda disoal diakhirat kelak apa kejadah kerja anda mengheboh berita palsu dan fitnah malah terhadap yang seagama anda ! Apakah jawapan anda ? Adakah anda akan berkata saya makan gaji dan cari makan jadi saya kena ikut perintah walau tahu ia bukan kebenaran ! Mereka beri rezeki pada saya bukan Allah swt yang beri kot !
Fikirlah kakitangan dan otak-otak yang boleh bebas berfikir di Angkasapuri supaya jangan jadi macam lembu atau kambing bila disuruh sang pengembala masuk kandang anda pun mengembik dan masuk ! Diera kini manusia sudah boleh berfikir bijak dan matang bukan macam dizaman tahun dulu bercawat lagi ! Jadi matangkan otak-otak intelek anda semua bukan di'natang'kan oleh pemimpin Umno ,wassalam
APABILA ISU TAN HOCK LIM BERGAJI RM168 RIBU SEBULAN BERGEMA DI PARLIMEN
Oleh Orang Lama UKM
Saya dimaklumkan bahawa nama Prof Dr Tan Hock Lim pada 7 Mei lalu timbul dalam sidang parlimen apabila Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menimbulkannya. Serta-merta, sebagai bekas pensyarah UKM, saya teringat laporan berita Harakah yang membongkar bagaimana prof berkenaan diberikan gaji lumayah RM168,000 sebulan, dengan pelbagai keistimewaan yang tidak pernah dinikmati oleh mana-mana pensyarah UKM.
Kisah misteri Tan Hock Lim ini memang sudah lama dibangkitkan oleh tenaga pensyarah UKM yang prihatin, malah bila saya buat carian dalam internet, Harakah mula mendedahkannya sejak awal Oktober tahun lalu.
Saya harap, selepas Salahuddin membangkitkannya di Dewan Parlimen, pihak Menteri Pengajian Tinggi harus menjawabnya secara terbuka, tanpa berselindung lagi. Kita tidak mahu wang rakyat dibazirkan begitu sahaja, manakala tujuan pengambilan Tan Hock Lim langsung tidak tercapai.
Naib Canselor UKM, Dr Sharifah Hapsah harus bertanggungjawab sepenuhnya kerana difahamkan beliaulah yang beria-ia mahukan khidmat Tan Hock Lim itu, walaupun terpaksa menelan wang pembayar cukai yang begitu banyak, iaitu RM8 juta sepanjang perkhidmatannya. Semoga kegelisahana warga UKM dapat diubati dengan tindakan yang cepat dan pantas.
Di sini saya sertakan lampiran berita Harakah berkenaan:
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Hrkh) - Meskipun dibantah banyak pihak, khususnya oleh para pensyarah kanan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, akhirnya Prof Dr Tan Hock Lim, diterima secara rasmi sebagai Distinguished Profesor bagi tempoh empat tahun, dengan gaji RM168,000 sebulan, berkuat kuasa 1 Oktober lalu.
Naib Canselor UKM, Prof Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, menawarkan jawatan berkenaan kepada Dr Tan, 58, anak kelahiran Malaysia tetapi kini seorang warganegara Australia, secara tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, dengan imbuhan lumayan, iaitu lebih RM8 juta sepanjang tempoh perkhidmatannya selama 48 bulan.
Berita perlantikan Dr Tan itu menimbulkan kekecohan sehingga timbul ura-ura bahawa sebilangan pakar bedah di UKM akan membuat protes secara terbuka. Harakah turut menerima banyak rungutan melalui emel daripada pelbagai kalangan dipercayai oleh warga fakulti perubatan sendiri.
Menurut Sharifah Hapsah, Tan yang mengukir nama sebagai antara pengasas pembedahan laparoskopi atau 'keyhole surgery' bagi kanak-kanak akan memberi khidmat kepakaran untuk menubuhkan Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju (Advanced Surgical Skills Center) di Hospital UKM. Tan berhijrah ke Australia sejak 1963.
Bagaimanapun, seorang pakar bedah dalam satu pertemuan dengan Harakah, di sini, baru-baru ini, mempersoalkan: "Naib Canselor jelas mengetepikan semua prosedur sebelum melantik Dr Tan. Siapa yang review kelayakannya? Panel mana yang menilai keupayaannya? Ia membabitkan wang pembayar cukai yang banyak, justeru, apakah bidang laparoskopi atau 'keyhole surgery' itu merupakan keutamaan di Hospital UKM sekarang?"
Beliau yang juga bekas pensyarah perubatan UKM hairan bagaimana kelulusan membabitkan wang jutaan ringgit dalam isu perlantikan Dr Tan mudah diberikan, sedangkan menurut pengalamannya, bagi kes yang lebih perlu disegerakan, ia mesti melalui pelbagai peringkat birokrasi dan memakan masa cukup lama.
"Saya bimbang ada campur tangan suami Naib Canselor sendiri, juga pakar padeatrik, yang merupakan kenalan lama Dr Tan," ujarnya. "Masakan Sharifah tidak tahu bidang mana yang perlu disegerakan. Mengapa hanya tertumpu kepada kes pedeatrik? Berapa banyak waiting list dalam bidang itu sehingga puluhan juta, selain gaji Dr Tan, perlu dicurahkan ke situ?"
Beliau berkata, jika UKM mahu menambahbaik kekuatan dalam bidang perubatan, sepatutnya keutamaan diberikan kepada bidang yang lebih kritikal seperti pemindahan hati ataupun neuro surgery. Malah, katanya, dalam bidang pedeatrik sendiri, kes-kes yang membabitkan hidup-mati kanak-kanak, seperti pembedahan jantung, lebih perlu disegerakan.
Apabila ditanya maksud mudah 'keyhole surgery' yang menjadi kepakaran Dr Tan, pakar bedah itu menjawab, ia tidak melibatkan pembedahan kes kritikal hidup-mati seseorang kanak-kanak tetapi lebih merupakan "pembedahan kosmetik" dengan kesan kesakitan dan parut paling minima.
"Kalaupun kita mahu menjemput pakar-pakar perubatan bertaraf dunia datang ke UKM bagi menaikkan nama baiknya, ramai lagi anak-anak Malaysia yang kini berada di luar negara, misalnya Dr Ahmad Sallehuddin dan Dr Hamdan Leman yang kini bekerja di Riyadh. Rasanya dengan kemudahan sebaik ditawarkan kepada Dr Tan, ramai rakyat Malaysia bersedia pulang menabur bakti di tanah air mereka. Ingat, Dr Tan bukan lagi rakyat Malaysia," tambahnya.
Beliau turut memberi contoh bagaimana liver centre di Hospital Selayang tidak dapat beroperasi seperti dirancang disebabkan tiada pakar dalam bidang berkenaan. "Saya sekadar mahu memberi contoh bahawa banyak lagi bidang perubatan yang kritikal, yang perlu diberi keutamaan segera di negara ini. Jika kita kelihatan begitu mewah, seperti dalam kes Dr Tan, lebih baik ia dijuruskan kepada bidang berkenaan," tegasnya.
Dalam perkembangan sama, Harakah menerima emel yang memaklumkan kerja-kerja ubahsuai dewan pembedahan dan bilik makmal untuk Dr Tan, yang dikatakan menelan belanja kira-kira RM90 juta, rancak dijalankan. Difahamkan Dekan Fakulti Perubatan UKM Prof Dato' Dr Lokman Saim dan Pengarah HUKM, Prof Dato' Dr Mohamad Abd Razak turut tidak berpuas hati dengan perlantikan Dr Tan yang dibuat tanpa melalui tapisan sewajarnya
1. Najib suruh rakyat ambil iktibar kerajaan Selangor yg gagal laksana janji pilihanraya. Komen : Berilah peluang.... baru 3 bulan Pakatan Rakyat memerintah, BN dah berapa lama perintah dan sedar ke tidak berapa banyak janji tak tunai?
2. Kes penangkapan blogger Raja Petra Kamarudin saya lihat usaha kerajaan memperkenalkan peraturan rimba 1948 yang tak pernah diguna sebelum ini. Saya setuju dengan pandangan Presiden Majlis Peguam supaya akta itu perlu dimansuhkan begitu juga akta ISA kerana bertentangan dengan deklarasi PBB berhubung kait dengan kebebasan hak asasi manusia. Lebih – lebih lagi digunakan untuk keuntungan politik sempit BN.
3. Isu Karpal Singh tak setuju dengan tindakan Sultan Perak hari-hari media mainkan, minta pandangan orang itu orang ini, seolah – olah pemimpin UMNO maksum tak pernah derhaka kepada sultan melayu ??? cuba ingat isu pemecatan bekas mufti Selangor Almarhum Us. Ishak Baharum dulu, adakah pemimpin UMNO rujuk pihak istana dulu? ketika itu di mana suara pemuda UMNO, tokoh – tokoh akedemik, pemimpin NGO's dan hantu jembalang tajaan UMNO ? MB Perak tak sampai pecat Pengarah JAIP lagi.
Kadangkala anda perlu fikir dulu dalam isu ini. Karpal telah diakui seorang tokoh pengamal undang – undang, dia mesti bercakap mengikut perspektif undang – undang, pemimpin melayu banyak bercakap mengikut adat dan adab tata susila kemelayuan. Justeru, saya cadang pihak berwajib perlu buka ruang perbincangan ilmiah secara terbuka bukan cara dicanang dalam media yang bersifat berat sebelah, rakyat bertambah binggung kalau ikut cara fikiran sempit pemimpin UMNO yang suka isu sensitif berpanjangan. Sebelum ni pun banyak cara bertindak kerajaan BN yang tak boleh menyelesaikan masaalah............
4. Apa bila Tun Mahadir kata ancaman pakatan rakyat akan bentuk kerajaan persekutuan tak lama lagi perlu dipandang serius ….. saya lihat ada dua tafsiran,
I. Tun nak tambahkan serabut lagi kepala Pak Lah yang dah memang nazak dan tak ada kekuatan lagi. II. Tun nak bagi tau,dia boleh tolong pertahankan BN dan perlu dengar cakap dia lagi. III.Pakatan Rakyat memang mampu lakukan dan isyarat kepada pemimpin UMNO agar selamatkan cepat harta yang patut bawa lari….. kapal layar nak karam bocor banyak sangat macam bumbung Parlimen .
PENDAKWAAN penulis blog dan pengendali laman Malaysia-today Raja Petra Kamarudin, 58 tahun di bawah Akta Hasutan minggu lalu dan keengganan beliau membayar jaminan sebanyak RM5,000 dan bersedia untuk berihat di penjara Sungai Buloh menjadi berita panas dan bahan bualan hangat.
Semua pihak memberi perhatian dan fokus kepada berita berkenaan – mengenai keberanian Raja Petra mempertahankan hak dan dakwaannya. Sikap Raja Petra itu disokong kerana beliau dilihat menjadi ikon kebebasan media maya di negara ini. Raja Petra dianggap sebagai pejuang kebebasan mutlak mahu meruntuh segala sempadan dan halangan adat dan agama.
Apa yang dicari Raja Petra adalah kebebasan bersuara, kebebasan bertindak, kebebasan berhimpun, kebebasan mendedah dan kebebasan mengkritik tidak kira siapa. Dalam kebebasan itu dipercayai ada keadilan yang diukur dari kaca mata manusia, maknanya pintu ijtihad untuk mentafsirkan apa-apa sahaja dibenarkan.
Mengirimkan semangat
Semua media memberi liputan meluas kepada berita Raja Petra. Baik media pro reformasi, pembangkang dan juga kroni kerajaan. Cuma media kroni hanya melapor sahaja. Laman-laman web, blog juga turut sama menyorot memberi ulasan dan mengirimkan semangat kepada Raja Petra dan keluarganya.
Hanya dua tiga laman web yang menjadi kroni senyap kepada kerajaan sahaja menyiarkan berita Raja Petra dalam sinis dan nada lelucon. Itu pun laman yang tidak sebulu dan ada kes personal dengan Raja Petra.
Saya sendiri ikut sama hadir ke kompleks Mahkamah di Jalan Duta, Isnin lalu untuk memberi sokongan kepada raja blog itu dan juga melihat suasana pada hari pendakwaan itu. Kehadiran saya adalah atas dasar satu profesyen dan sebangsa dengan beliau (bukan ningrat) tetapi sebagai penulis blog bebas yang juga hauskan kebebasan!
Sokongan dari semua pihak termasuk pembangkang menyebabkan Raja Petra terbela.
Lantaran itu hukuman atau pendakwaan itu tidak memberi apa-apa kesan sebaliknya memberi modal dan menaikkan harga dirinya sebagai penulis maya hebat yang tidak memperdulikan sesiapa.
Derma yang dikutip menerusi kempen seringgit seorang untuk Raja Petra yang berjaya dipunggut hampir RM50,000 menunjukkan sokongan kepada Raja Petra dan juga golongan blogger. Kutipan dan sokongan kepada Raja Petra memberi semangat kepada blogger lain untuk meneruskan perjuangan dan jangan gentar dengan ancaman.
Reaksi dan bingkasan bersepadu yang ditunjukkan oleh para blogger dan sokongan umum terhadap apa yang yang menimpa Raja Petra itu sedikit sebanyak pihak berkuasa ataupun orang yang berada di sebalik pendakwaan itu (seperti mana didakwa) merasa cemas. Kalau niat mereka mengambil tindakan itu bertujuan menakut dan untuk menggertak blogger ia adalah silap.
Berbeza dengan berita mengenai keputusan Mahkamah Syariah Pulau Pinang yang memberi kebenaran kepada seorang mualaf Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang yang memohon untuk kembali ke agama asalnya, Buddha. Berita berkenaan diterima seadanya dan tidak mendapat liputan meluas dan diberikan reaksi beremosi oleh umat Islam.
Seakan ada usaha agar berita berkenaan disenyapkan saja. Hakikat ini dapat dilihat kepada sikap media massa baik yang didokong kerajaan ataupun pembangkang. Berita itu dilaporkan secara profesional dan tidak beremosi seperti mana berita pendakwaan terhadap Raja Petra.
Mengapa? Jika dilihat kepada media massa yang dimiliki oleh bukan-Islam, berita keputusan mahkamah itu disambut penuh kegirangan. Akhbar-akhbar Cina hari ini telah memberi liputan meluas dan di muka hadapan dan seolah-olah mereka meraikan sebuah pesta!
Bukan akhbar sahaja yang bersikap dingin dan persis berwaspada untuk melaporkan berita berkenaan, orang politik juga nampak tidak ghairah mengulasnya. Di pihak kerajaan hanya Ahmad Zahid Hamidi sahaja yang bercakap mengenainya yang meminta umat Islam menerima keputusan itu. Lain-lain pemimpin masih membisu atau mungkin kehilangan idea!
Sebarang ulasan
Exco Agama, Mufti, ketua-ketua Gerakan-Gerakan Islam seperti Abim, Peguam Muslim dan sebagainya tidak kedengaran memberi sebarang ulasan dan pandangan berhubung keputusan berkenaan. Mungkin mereka tidak mahu terjebak perbuatan contempt of court (menghina mahkamah), menyebabkan mereka mendiamkan diri dan seolah berita itu tidak menerobosi lubang pendengaran mereka.
Memang sesiapa pun kena menghormati keputusan mahkamah. Namun dalam isu ini Mufti, pemimpin gerakan Islam insitusi dan individu yang arif mengenai Islam masih boleh bercakap dan mengulas dalam memberi tafsiran mereka berhubung apa yang berlaku. Mereka perlu mengeluarkan pendapat bagi membela kesucian Islam dengan apa yang berlaku itu. Sebab menurut Quran jelas tindakan murtad mencemarkan Islam dan apa yang berlaku itu merupakan satu kekalahan dan keaiban kepada Islam.
Tidak hairan kalau pemimpin Umno yang ‘bermazhab’ Islam Hadhari enggan membuat ulasan dan menerima keputusan itu seperti keputusan mengenai hak penjagaan anak saja atau kes penerimaan lafaz cerai saja. Sebab umum sudah tahu mengenai sikap dan penerimaan mereka terhadap Islam.
Namun apabila pemimpin Pas, para ustaz, ulama dan mualimnya juga turut mendiamkan diri dalam isu ini ia sudah menjadi sutu perkembangan yang aneh. Puas saya membelek surat khabar dan melayari blog dan laman-laman portal berita di internet yang pro pembangkang, atau galak menyokong pemimpin tertentu dalam Pas namun tidak ada pun ulasan dan komentar mereka berhubung apa yang berlaku di Pulau Pinang semalam.
Kalau ada pun ulasan daripada Timbalan Presdien Pas, Nasharudin Mat Isa yang membuat ulasan secara umum mengenai kedudukan dan peranan seseorang penganut Islam. Itu saja. Belum kedengaran pandangan dan ulasan daripada para hero atau wira Pas yang begitu mesra media selama ini, yang bercakap setiap hari di akhbar atau pun di hadapan laptop. Mengapa dalam isu murtad ini mereka membisu?
Sepatutnya ustaz dan ulama serta pemimpin Paslah tampil memberi pandangan dan nasihat berhubung perkara ini. Mereka harus mendahului orang lain. Sebab perjuangan mereka dilihat komited dengan Islam. Apakah Pas juga merasakan isu murtad dan isu-isu panas mengenai Islam tidak menguntungkan politik mereka maka ianya perlu direda atau pun tidak ditonjolkan?
Atau pun kalau boleh jangan sentuh langsung sebab ia menyentuh rakan politik lain di mana ia menjejaskan kerjasama politik? Begitukah?
Kesimpulannya isu Raja Petra dan Siti Fatimah diberi layanan berbeza oleh manusia dan kumpulan yang sama walaupun keduanya bertolak daripada mahu mencari kebebasan. Orang politik khasnya beragama Islam perlu meneliti dan mengkaji apakah kebebasan yang dicari menerusi kedua isu itu memberi kebaikan atau sebaliknya!
Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang hari ini merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kerana kembalinya ke rahmatullah ayahanda beliau yang tercinta Mohamed bin Abdul Rahman awal pagi tadi.
Dato Seri Tuan Guru mendoakan semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan nanti dikalangna orang-orang yang soleh. Juga diharapkan agar beliau sekeluarga akan diberikan kesabaran dan tabah dalam menghadapi saat kesedihan ini.
Al Fatihah.
Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden PAS
TEKA berapa gaji Datuk Seri Shahrizat Jalil sebulan sebagai Penasihat hal Ehwal Wanita kepada Perdana Menteri? Tidak banyak hanya RM33,727.20 sebulan atau RM404,726.40 setahun.
Selain Shahrizat, Tan Sri Abdul Hamid Othman yang tugas beliau adalah menjadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, gaji sahaja RM27,163 atau RM549,675 setahun termasuk bayaran kepada staf RM18,643.25 sebulan.
Dan untuk rekod beliau dilantik menjadi Penasihat Agama sejak zaman Tun Dr Mahathir lagi.
Manakala Tun Dr Mahathir menjadi Penasihat Petronas dengan gaji RM15,000 sebulan.
Semua itu menyebabkan kerajaan membelanjakan RM1.14 juta bagi membayar elaun tiga penasihat kerajaan yang juga bekas ahli politik Barisan Nasional (BN).
Zulkifli Nordin (PKR-Kulim Bandar Baru) memberitahu, beliau terkejut apabila memperoleh jawapan bertulis daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai gaji dan elaun setahun yang dibayar oleh kerajaan kepada ketiga-tiga penasihat tersebut.
"Gaji dan elaun itu dibayar kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mencelah semasa Ahmad Maslan (BN-Pontian) membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.
Zulkifli mendedahkan, dalam jawapannya itu Perdana Menteri menyatakan Dr. Mahathir menerima elaun RM15,000 sebulan atau RM180,000 setahun atas pelantikannya sebagai Penasihat Petronas.
"Shahrizat menerima bayaran tahunan RM404,726.40 dan Abdul Hamid menerima RM549,675 atas pelantikan mereka sebagai penasihat kepada Perdana Menteri," katanya.
Shahrizat penasihat hal ehwal wanita manakala Abdul Hamid penasihat agama.
Kata beliau, penasihat-penasihat itu sebenarnya menjalankan tugas bertindih dengan menteri-menteri kerajaan BN.
Tegasnya, wang sebanyak RM1.14 juta itu sepatutnya boleh digunakan untuk membina lebih 36 buah rumah untuk penduduk miskin.
"RM1.14 juta itu juga boleh membayar gaji anggota polis yang menerima RM900 sebulan selama 130 tahun," katanya.
Jelas beliau, kerajaan sepatutnya menggunakan peruntukan itu untuk membantu penduduk berpendapatan rendah sekiranya prihatin masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut.
Setelah Suruhanjaya Siasatan VCD Lingam melaporkan bahawa VCD tersebut adalah tulen, rakyat dan seluruh dunia menanti dengan seribu tanda tanya apa 'pelakon-pelakon' VCD dan nama-nama yang disebutkan di dalam 'adegan' itu akan dihadapkan dengan pelbagai tuduhan.
Tetapi jika kita merujuk kepada sejarah lama, sukar bagi untuk melihat ianya berlaku, kerana nama-nama yang disebut di dalam VCD adalah orang-orang penting dan ternama. Biasanya mereka ini 'imun' dan kebal.
Persoalannya adakah Imam Hadhari masih mahu meneruskan polisi melindungi orang-orang tertentu walaupun rakyat telah mula bangkit menghukum Imam Hadhari dan kuncu-kuncunya 8 Mac lalu.???
Bercampur tidak percaya bila UMNO, samada pemimpin mahupun ahli biasa mereka, sibuk beriya-iya dalam membantah apa yang dikatakan penghinaan terhadap Raja Perak oleh Karpal Singh.
IB sendiri pun tidak bersetuju jika Karpal celupar dan biadap menghina kedaulatkan institusi Raja di Tanah Air kita. IB tidak kira samada penghinaan itu dilakukan oleh orang Melayu ataupun bukan Melayu.
Tetapi, IB terlebih amat marah bila keceluparan datang dari orang Melayu kita sendiri yang sepatutnya mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.
Di zaman Mahathir, umat Melayu di Tanah Air tercinta ini berpecah dua. Sebahagian besar orang Melayu bersatu ingin mendaulatkan institusi raja. Namun, dengan kuasa yang ada untuk disalahgunakan mereka, UMNO dan kepimpinan (serta segala pak turut mereka) berapi-api menghasut serta menghina Raja-raja Melayu. Untuk beberapa minggu lamanya, satu demi satu raja Melayu diaibkankan oleh akhbar dan media elektronik. Ada juga pemimpin UMNO menabalkan "sultan" lain.
Ketika kemelut tersebut memuncak, IB secara kebetulan berkesempatan duduk semeja dengan seorang Raja Muda (walaupun kini dia sudah memegang tampuk tertinggi). Apabila topik ini IB timbulkan, ternyata di air muka beliau kekesalan terhadap kepimpinan serta jentera UMNO yang menghina Sultan dan diheret untuk diadili oleh rakyat marhaen.
Kadang-kadang kita sukar memahami cara orang UMNO berfikir. Prinsip mereka boleh berubah-ubah. Ketaatan mereka tidak kukuh. Tertib tidak mereka kira. Yang sepatutnya dibuat laporan terlebih dahulu ialah terhadap barisan pimpinan UMNO yang menghadkan kuasa raja dulu. Anwar tidak boleh lari dari ketanggungjawaban beliau berperanan juga semasa itu. Kalaulah mereka ini sememangnya mudah lupa, krisis perlantikan MB Terengganu masih lagi segar di ingatan, baru sebulan berlalu.
PAS Kelantan kena tipu hidup-hidup bila benarkan Ibrahim Ali bertanding menggunakan lambang bulan dalam PRU12. Bila dah menang Ibrahim Ali tak mahu duduk dalam blok pembangkang sebaliknya memilih untuk berada di blok Ahli Parlimen Bebas.
Sifat kurang ajarnya yang pertama ialah mempertikaikan kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Datuk Zaid Ibrahim setelah dilantik sebagai Menteri. Menuduh TG Nik Aziz berhutang kepada rakyat Kelantan dan perlu menjelaskan tujuan kunjungan tersebut. Seolah-olah satu dosa pulak apabila TG Nik Aziz menziarahi rumah Datuk Zaid Ibrahim.
Kurang ajarnya yang kedua ialah turut menghentam dan menghina Karpal Singh di Parlimen sebagai OKU. Isi perbahasannya banyak memihak kepada kerajaan BN. Seolah-olah dia pulak menjadi pendesak bagi pihak UMNO/BN dan menghentam pembangkang.
Kurang ajarnya yang ketiga mempertikaikan kononnya PKR membisu dalam isu Karpal Singh menderhaka kepada Raja. Isu sebenarnya ialah Karpal Singh hanya mengeluarkan pendapatnya berlandaskan undang-undang tentang isu yang berlaku di Perak. Media massa milik UMNO/BN saja yang membesar-besarkan serta memesongkan isu ini kononnya Karpal Singh menghina Raja dan mempertikaikan kewibawaan Raja-Raja Melayu.
Pada pendapat saya itulah sebabnya PKR tidak mahu terjebak sama dalam kemelut ini kerana jika PKR mengeluarkan komen dan komentar seolah-olah mereka juga turut terpesong dari isu yang sebenar dan menyokong fakta yang disebarkan oleh UMNO/BN melalui media massa milik mereka. UMNO/BN sengaja memperbesarkan isu ini supaya rakyat melupakan isu kelemahan Pak Lah dan pentadbirannya setelah kalah teruk dalam PRU12 dilanda tsunami politik.
Dalam masa yang sama nak menarik semula sokongan orang Melayu kepada UMNO kononnya UMNO pembela Raja-Raja Melayu. Padahal sebelum itu Pak Lah lebih derhaka kepada seluruh Raja-Raja Melayu (bukan seorang Raja saja) kerana mempertikaikan YDP Agong yang tak mahu Idris Jusoh sebagai MB Terengganu. Pembangkang sepatutnya memperbesarkan isu ini semula bagi menenggelamkan isu Karpal Singh supaya rakyat sedar bahaya Pak Lah lebih derhaka dan tersangat kurang ajar kepada Raja-Raja Melayu apabila mengeluarkan warkah perlantikan kepada Shahidan Kassim dan Idris Jusoh padahal ianya tidak diperkenankan oleh Raja dan Sultan.
Berbalik kepada tindak-tanduk Ibrahim Ali bahawa beliau semata-mata hendak menonjolkan diri kononnya masih berbisa dalam politik semoga mudah-mudahan Pak Lah terpesona dan diterima semula menganggotai UMNO. Ini kerana jiwa raga dan hidup matinya hanyalah untuk UMNO. Dia tak pernah pun berkata sebelum ini bahawa dia menyokong agenda Barisan Alternatif atau Pakatan Rakyat.
Inilah manusia yang hanya berjuang untuk survival politik diri sendiri dan sekarang sudah berada di Parlimen kerana PAS sudah memberi nyawa baru kepada Ibrahim Ali. Dalam komennya dalam The Star dia tak kata pun pembangkang menang banyak kerusi dalam PRU12 kerana kekuatan pembangkang sebaliknya kerana UMNO/BN banyak isu.
Walau apapun kepujian patut diberi kepada Wee Choo Keong dari parti MDP yang bertanding memakai lambang PKR dan setelah menang terus berada di blok pembangkang di Parlimen. Selepas ini janganlah percaya lagi dengan Ibrahim Ali kerana dia memang tak boleh dipercayai dan suka menikam kawan dari belakang. Dia tak pernah berterima kasih kepada PAS setelah menang PRU12. Sepatutnya biarkan dia bertanding atas tiket bebas bagi menguji populariti dirinya sendiri. PAS sanggup menidakkan peluang calon dari ahli PAS sendiri sebaliknya dengan mudah menyerahkan kerusi tersebut kepada si katak lompat.
PETIKAN AKHBAR SINAR HARIAN : KEMENTERIAN GUNA BLOG SEBAR MAKLUMAT.
KUALA LUMPUR - Kementerian penerangan sedang merancang menggunakan blog sebagai satu daripada medium penyebaran maklumat kepada rakyat,kata menterinya,Datuk Ahmad Shabery Cheek
"Pihak kementerian sedang merancang penggunaan blog sebagai jambatan penyebaran maklumat dan menerima pandangan orang ramai mengenai isu-isu yang dikemukakan,"katanya yang menjawab soalan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn(BN-Alor Gajah),semalam.
Ahmad Shabery berkata,beliau telah berjumpa dengan beberapa penulis blog.
"Saya percaya mereka patut mengadakan pertimbangan pada diri sendiri apa yang patut dan apa yang tidak patutu dikeluarkan. Mereka yang melakukan perkara yang melanggar undang-undang seperti menghasut dan memfitnah,saya percaya undang-undang akan terkena pada mereka."katanya.
Menjawab soalan Hamim Samuri(BN-Ledang) mengenai respons penonton terhadap rancangan 'Blog' di RTM1 yang disiarkan selama 20 minit setiap Ahad,Ahmad Shabery berkata,rancangan itu menarik 200,000 penonton sehingga kini.
"Saya difahamkan oleh RTM,penulis blog yang dijemput adalah mereka yang agak kritikal kepada kerajaan dan ini merupakan sebahagian dari sifat keterbukaan kerajaan hari ini.Blog di Malaysia terlalu banyak dan setiap hari bertambah,ada 14 juta pengguna internet,500, 000 penulis blog dan lebih 700 penulis blog yang dianggap sosio politik,tetapi banyak juga blog berkaitan seni,muzik dan terserah kebijaksanaan RTM siapakah yang layak dijemput,"katanya.-BERNAMA
p/s : kenyataan menteri penerangan ni macam ugutan la pulak ye...mereka patut mengadakan pertimbangan. ......saya percaya undang-undang akan terkena pada mereka...hehehe...memula panggil untuk temubual rancangan... pastu gi"melawat" kat rumah...pas tu jail...hehehe. ..terbuka sungguh kerajaan kita ni...kerajaan terbuka...pintu lokap lagi la terbuka...
PENDIDIKAN SEKS: KERAJAAN JANGAN HANYA "TANGKAP MUAT"
Aniz Nazri
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Hrkh) - Cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Dato' Ng Yen Yen untuk memasukkan slot Pendidikan Seks kepada para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilihat dibuat dengan sikap ambil mudah dan seolah-olah melepaskan batuk di tangga.
Muslimat PAS Pusat menegaskan, kementerian berkenaan (KPWKM) bersama Kementerian Pelajaran sewajarnya meletakkan dan menjelaskan kepada umum akan konsep, objektif dan mekanisma Pendidikan Seks itu sebelum mengambil tindakan bersifat "tangkap muat" kepada para pelatih PLKN dan seterusnya kepada generasi muda seluruhnya.
Setiausaha Muslimat PAS, Aiman Athirah al-Jundi, berkata konsep, objektif dan mekanisma Pendidikan Seks tersebut mestilah diterima serta mengambilkira pandangan semua kaum dan agama dalam negara ini, memandangkan rakyat Malaysia adalah rakyat yang beragama, beradab dan berbudaya luhur.
"Konsep, objektif dan mekanisma itu nanti seeloknya dimuatkan terus ke dalam Dasar Sosial Negara (DSN) yang telah dilancarkan pada 19 Ogos 2003 kerana yang jelas wujud kelompangan yang sangat ketara dalam DSN meskipun telah lima tahun berlalu selepas ianya dibawa kepada khalayak," kata beliau dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau juga berkata sehingga kini, Muslimat PAS telah mengenalpasti bahawa pendapat dan pandangan daripada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat belum diambilkira bagi menghasilkan pengisian yang terbaik untuk program tersebut.
Menurutnya, pandangan dan perspektif Islam contohnya merupakan aspek yang sangat penting untuk diberi perhatian agar agenda program tersebut dapat membuahkan hasil yang terbaik.
Muslimat PAS, kata Athirah menyedari bahawa pendidikan seks telah menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat melibatkan masyarakat awam, kerajaan, ahli akademik dan lain-lain.
Oleh sebab itu, tambah beliau topik berkaitan konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks merupakan aspek penting yang terlebih dahulu mesti dilumatkan dalam perbincangan kerana ia perlu difahami secara tuntas, jelas dan mendalam sebelum program tersebut dilaksanakan.
"Semua itu merupakan asas di dalam menentukan kerangka, halatuju dan halacara pelaksanaan program pendidikan tersebut. Dalam pada itu, kriteria guru yang akan dipertanggungjawabkan dalam pengajaran subjek itu perlu diberi penakanan. Tentunya individu tersebut seseorang yang mesti terlatih, berilmu, berakhlaq, bertanggungjawab dan santun dalam penyampaiannya," tegas beliau.
Sehubungan itu, Muslimat PAS ingin mengingatkan kementerian terbabit bahawa Malaysia tidak wajar terbawa-bawa dan dibiarkan mengikut rentak atau acuan negara-negara Barat, yang jelas generasi muda mereka dalam konteks pendidikan seks yang mereka amalkan, 'ibarat semakin dididik, semakin rosak.'
Athirah juga berkata , Muslimat PAS percaya adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab apabila pihak kementerian bertindak mengemukakan cadangan tersebut dalam satu program yang jelas mempunyai visi dan misi yang khusus dalam konteks patriotisme seseorang remaja.
Apatah lagi, tegas beliau umum mengetahui betapa modul-modul yang sedia ada dalam PLKN sepertimana Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan Karekter dan Modul Khidmat Komuniti sudah terlalu padat dan berat .
"Bukan setakat itu, kementerian wajar sedar dan mengambil iktibar daripada segala masalah yang telah timbul dalam PLKN sejak ia diperkenalkan pada tahun 2004. Kekerapan pelbagai masalah bersilihganti sepanjang tempoh pelaksanaannya seperti pergaduhan, gangguan seksual, peras ugut, ragut, mencabul, penyalahgunaan dadah, kes kehilangan pelatih dan yang paling malang ialah sehingga kini sejumlah 16 kematian pelatih telah direkodkan.
Lebih merisaukan kita semua, khususnya ibu bapa ialah apabila subjek pendidikan seks tersebut dihidangkan kepada para remaja yang merupakan pelatih PLKN dalam keadaan di mana mereka berjauhan daripada pemerhatian keluarga," tegas beliau lagi.
Justeru, Muslimat PAS menegaskan bahawa PLKN bukanlah satu medium hatta bukan juga satu tempat dan masa yang sesuai untuk kementerian terbabit menyelitkan subjek atau modul pendidikan seks kepada para pelatih.
Cadangan tersebut, katanya mesti ditarikbalik dengan segera dan KPWKM disaran terlebih dahulu menjelaskan kepada rakyat tentang konsep, objektif dan mekanisma Pendidikan Seks yang mahu diterap dan diserap masuk kepada generasi muda negara kita
sumber : Harakahdaily
JASINDAILY : mansuhkan sahaja program ini. banyak musibahnya daripada kebaikan. lebih baik peruntukan PLKN digantikan kepada biasiswa untuk pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS...
MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata Undang-Undang Anti-Lompat Parti tidak perlu digubal kerana ia menyekat hak kebebasan wakil rakyat.
"Saya sendiri tidak setuju undang-undang itu digubal," katanya di lobi Parlimen, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) kelmarin bahawa tiada salahnya jika Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah melompat parti jika mereka tidak mendapat tempat dan layanan sewajarnya daripada parti sedia ada.
Nazri berkata, beliau menganggap kenyataan Anifah sebagai peringatan kepada BN untuk memberi perhatian kepada permasalahan dan permintaan rakyat di Sabah dan Sarawak.
"Pada saya ucapan beliau adalah satu peringatan yang baik dan saya langsung tidak berasa ada apa-apa lebih daripada itu yang perlu dibimbangkan," katanya mengulas sama ada kenyataan sebagai tanda ugutan wakil rakyat BN dari Sabah mereka akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat seperti yang diuar-uarkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nazri berkata, beliau tidak berasakan ucapan itu akan menggugat kestabilan Barisan Nasional dan Umno kerana beliau memahami prinsip Ahli Parlimen Sabah.
JASINDAILY : mmm nampaknya Pak Lah dah kena tembak ngam si botak ni...ntah-ntah si botak ni antara nak keluar dari UMNO kot..
Sidang Dun Terengganu , mesyuarat pertama penggal ke-12 telah selesai.
Antara yang sok sek-sok sek dalam sidang DUN tersebut ialah yang paling ketara, apabila hanya seorang sahaja wakil kerajaan yang berucap membahaskan ucapan terima kasih / menjunjung kasih kepada Pengerusi MPPR yang telah merasmikan sidang DUN Terengganu.
Itu pun seorang wakil yang sangat pekat Hulunya(ct pun orang Hulu).Dalam ucapan yang singkat itu pun wakil Kuala Berang sering terbabas dalam menyebut beberapa perkataan, antara yang pailing ketara apabila beliau menyebut Lrt Minerel, sedang kan tujuan dan maksud beliau sebenar ialah hendak menyebut Lrt monorel.
Pujian patut dipuji kepada 2 adun baru PAS, terutama wakil bukit Payung yang sedikitpun tidak menunjukkan kejanggalan nya walaupun pertama kali masuk Dewan Undangan Negeri,perlu diingati, selain mewakili Bukit Payung, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah juga membawa suara Pemuda PAS Terengganu di dalam Dewan Undangan Negeri.Kepetahan Ustaz Mohd Nor difahamkan telah mendapat pujian kakitangan kerajaan dan pemerhati sidang Dun Tersebut.Mungkin juga pengalaman beliau yang mengajar di masjid dan surau menjadikan beliau tidak gugup ketika beliau membahaskan titah Pengerusi MPPR.Seorang lagi exco yang juga dari Hulu Terengganu,iaitu Adun Hulu Telemung YB Rozi Mamat selalu tersasur didalam menjawab soalan, seketika beliau telah di tegur oleh speaker kerana bertukar antara perkataan Intensi dan inisiatif.
Namum begitu ada juga beberapa orang Adun bekas exco yang cuba-cuba mengusik nakal ketika wakil PAS menyampaikan ucapan.
Antaranya ialah Adun Ajil, ketika Wakil Bukit Tunggal menyebut soal ketiadaan bekalan air bersih di Kg Pulau Sekati, Kuala Terengganu.Adun Ajil mencelah dengan bertanya mengapa projek tersebut tidak dibuat zaman pemerintahan pas dulu, namum usikan nakal wakil Ajil itu dijawab dengan selamba oleh wakil Bukit Tunggal dengan berkata"Macamana nak Buat duit royalti telah dirompak habis" kemudian bangun wakil Wakaf Mempelam mengusik wakil Ajil dengan berkata" masih ada wakil Ajil"( ingatkan dah letak jawatan).
Menteri Besar yang baru sendiri nampak agak terbuka bila dapat menerima beberapa pandangan dan cadangan dari wakil Rhu Rendang.
Namum begitu mengikut pemerhati politik, inilah sejarah dalam Dun Terengganu yang paling dingin, mungkin kesan daripada krisis perlantikkan MB selepas PRU ke-12 Masih terasa.
Harap dapat liputan dalam laman Sdr. Maaf kalau bahasanya agak pasar. Barangkali bahasa pasar sebegini sahaja mampu difahami oleh minda seperti KM Melaka. ________________________
DS Ali Rustam, KM UMNO dan ketua BN Melaka mungkin tak pernah belajar lagi apa erti keputusan PRU 12 baru-baru ini. Nak bermain silap mata dan sandiwara dengan rakyat lagi ke? Bila masa kau keluar tender untuk Empangan Jernih? Sekali kau kata tender dah keluar sekali lagi kau kata tender baru nak keluar minggu ini, mana satu kenyataan yang betul?
Surat khabar mana kau keluar tender Empangan Sungai Jernih itu? Atau kau mungkin nak buat'directnego' lagi? Kontraktor dah ada dan kau kenal dan faham-faham ajelah. Macam mana kau DSAR boleh panggil tender sedangkan Land Acquisition (LA) dengan orang kampung pun kau tak 'resolved' lagi? Kau nak halau orang kampung senang -senang je ke? Kau ingat orang kampung duduk kat tanahharam macam dekat Kampung Berembang atau tanah tu harta pusaka tinggalan leluhur mu?. Kalau kampungtu kampung setinggan sekalipun, bukankah dia orang itu semua manusia yang wajib mendapat pembelaansecara kemanusiaannya? Bukankah kau DSAR ketua kerajaan yang wajib menjaga kebajikan rakyatnya?. Kalau kau nak halau orang kampung, dia orang nak duduk mana? Sara hidup dia orang hasil norehgetah, bela haiwan peliharaan lembu, 'kobau', buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain, kau DSARnak ganti pakai duit apa?
Baru nak mintak peruntukan dari kerajaan tapi tender dah keluar!. Apa kau nak halau orang kampungtanpa membuat penyelesaian atau pampasan terlebih dahulu ke?. Habis orang kampung nak hidup macammana?. Ketuanan melayu jenis apakah ini kalau tanah orang kampung hendak digadaikan sedangkan kausendiri kata baru nak minta peruntukan dari kerajaan pusat.
Rumah penduduk kat Kampung Sungai Jernih tu pun dah agak selesa. Apa kau nak pindah dia orang masukhutan atau setakat duduk rumah murah je?. Kau tak payah lidah bercabanglah DSAR, Melaka mana adabanyak duit kecuali banyak hutang. Kau dan Kerajaan Melaka dah tak mampu punya nak bela nasiborang kampung. Yang kau tahu cuma nak menyusah dan menganiaya orang-orang kampung. Yang kau tahumintak duit dari kerajaan pusat buat projek ini dan projek tu entah jalan entah tidak pun, kaumungkin tak kisah. Boleh jadi tanah-tanah tu dari asalnya kononnya nak buat empangan, entah akanjadi apa lepas ni. Macam juga tanah A Farmosa dulu. Dulu siapa punya tanah A Famosa tu dan sekarangini siapa punya? Macam nasib tanah-tanah orang awam yang bakal menjadi milik rakyat asing di WPIatas nama pembangunan dan kemajuan. Macam cerita Pak Kadok menang sorak kampung tergadai.Ketuanan Melayu ke macam ni? Ingat DSAR, berapa banyak tanah orang kampung kau dah dan nak ambilkat negeri Melaka ni. Belum lagi dicampur cerita-cerita KM dulu yang ada kes dengan seorang gadisbawah umur dulu.
DSAR, kau tak payah lah nak 'tai-chi' dengan orang kampung lagi. Kalau Masjid Tanah tu banjir,airnya mengalir dari Sungai Limau terus ke laut kat Pengkalan Balak. Apa pulak kena mengenadengan Sungai Jernih?. Sungai jernih tu air dia tak mengalir masuk ke Masjid Tanah tapi mengalirmasuk ke Sungai Rembau dan akhirnya mengalir ke hilir sungai, Sungai Linggi. Kau tahu ke SungaiLinggi kat mana? Sungai Linggi tu dalam Negeri Sembilan, bukan Melaka. Lagi pun, Sungai Jernihbesar dia mungkin cuma besar longkang-longkang kat tepi rumah kau. Kau pernah tengok ke SungaiJernih yang kau nak jadikan sumber air Melaka tu?. Besar mana agaknya Sungai Jernih ni, 'kobau'nak mandi pun tak boleh, setakat cuci-cuci dan rendam kaki 'kobau' boleh lah.
Lagi satu DSAR, Alor Gajah tu terletak dekat hulu manakala Sungai Siput dan Sungai Jernih niterletak dekat hilir Sungai. Kalau Alor Gajah itu hulu sungai dan kawasan tu banjir, kenapa pulakempangan perlu dibuat di kawasan hilir sungai? Empangan kalau dibuat di hilir sungai, tidakakan menyelesaikan masalah banjir di kawasan hulu sungai. Kau faham tak ni? Macam mana orangmacam kau boleh jadi KM? Kalau nak jadi takungan air banjir, orang buat takungan itu dekat hulusungai bukan dekat hilir sungai. Ertinya, kalau Alor Gajah banjir, takungan air patut dibuatdekat hulu kawasan Alor Gajah, bukan di hilir alor Gajah.
Kalau nak mengelabui orang kampung pun, carilah alasan-alasan yang lebih munasabah dan munasarawak.Mudah-mudahan,masa-masa kau dan parti kau duduk di kerusi kerajaan cuma tinggal hanya masa-masakecederaan . Bukan apa, makin lama orang-orang semacam kau berada di tampuk, semakin banyak lagi kerosakanyang kau lakukan terhadap orang-orang kampung yang walhasilnya, orang-orang dari bangsa yangkononnya kau dan parti kau perjuangkan. Dulu, kini dan entah berapa hari lagi!....Ingat, doa orang-orang mustadh'afin atau tertindas ini amat dekat di sisi Tuhan.
Sesungguhnya orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan Yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang melakukan kesalahan.
Di dalam masyarakat kita sekarang pelbagai cara untuk menyelewengkan agama telah dibuat perlahan2 oleh golongan yang mengaku diri mereka Islam. Di Indonesia, Islam liberal telah memporak perandakan Islam sendiri, bapak ke masjid, emak ke gereja, anak ke kuil!!!! Inikah yang hendak kita lihat di Malaysia ??? Islam hadhari bukan darpada ajaran Islam!! "Al-Islaamu ya'lu wala yu'la 'alaih" Islam adalah yang tertingi sekali,jgn memandai2 menambah @ mengurangkan apa2 pun.
"Dan Demi sesungguhnya! Kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum Yang zalim itu; balasan baik Yang demikian, adalah bagi orang-orang Yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu".-ibrahim, 14
Diharapkan agar semua menghayati ajaran Islam yang sebetulnya,Islah hadhari=islam tamadun. Ini adalah sesat dan bukan ajaran Nabi Muhammad...pendekatan Hadharatul Islamiyah yang sepatutnya dibuat, ya'ni tamadun yang berasaskan Islam,bukan Islam yang mengikut tamadun!! Islam yang itu sahaja, tidak perlu menambah2 lagi, dah cukup dah apa yang nabi kita ajar selama baginda hidup...
Ayat terakhir yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Kesimpulannya,marilah semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan bersama2 perjuangn para alim ulama' yang mahu menegakkan Islam...Allahu Akbar!!!
MARI HUMBANKAN PEMBUNUH ALTANTUYA KE NERAKA JAHANAM
Jumaat, Mei 09, 2008
LET’S SEND THE ALTANTUYA MURDERERS TO HELL
Oleh Raja Petra Friday, 25 April 2008 Terjamahan : Marhain Tua
Hari ini kita tidak akan bercakap mengenai politik. Tidak juga mengenai kaum ataupun agama. Hari ini kita akan bercakap mengenai manusiawi. Hari ini marilah kita berbincang bagaimana melancarkan satu kempen "Keadilan untuk Altantuya: kembalikan dignity (martabat) Malaysia." Marilah kita humban mereka yang membunuh Altantuya ke neraka jahanam.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Malam kelmarin saya telah pergi makan malam bersama segelintir kawan-kawan. Dalam perjalanan ke restoren, seorang kawan baik, Din Merican, telah menelefon saya memberi maklumat mengenai sidang akhbar Dr. Setev Shaaribuu yang telah diadakan pada siang hari. Saya dengar sahaja dengan khusuk apa yang diceritakan oleh Din dan tidak dapat menahan perasaan untuk memotong cakapnya dengan berkata: " Aku adalah ayah kepada dua orang anak perempuan, Aku boleh bayangkan apa yang dirasakan oleh Shahribuu. Celaka betul bedebah itu!"
"Aku pun ada tiga orang anak perempuan," jawab Din. "Mereka itu adalah binatang, tidak berguna. Hancurkan mereka! Hancurkan mereka!" Inilah yang saya katakan, keadaan yang tidak terkata – dan apabila anda perlu berkata sesuatu memang tidak ada perkataan yang sesuai dapat menggambarkan perasaan diri. Apa rasanya kalau sumpah seranah hanya merupakan perkatan yang boleh digunakan untuk menentang dan membuatkan diri merasa sudah mampu menyatakan kemarahan dan kebencian dalam keadaan yang paling wajar.
"Hehhhhhhhhhh...... janganlah sumpah seranah binatang," jawab saya. "Haiwan pun cantik. Saya pun sukakan kucing, anjing dan kuda. Manusai itu semuanya lebih dahsyat daripada haiwan. Malahan binaang pun tidak akan lakukan seperti mereka."
"Alahai khinzir pun boleh kelihatan cantik," kata isteri saya yang memandu kereta cuba mencelah dan dia pun ulangi apa yang disebutnya.
"Memang, khinbzir pun boleh kelihatan cantik. Manusia itu semuanya bukan sekandang dengan khinzir. Mereka jauh lebih rendah dari khinzir. Melayu babi, semuanya mereka itu.".
Saya dapati sukar untuk menahan lilihan airmata; semasa Din menceritakan apa yang diperkatakan oleh Dr. Shaaribuu di sidang akhbar itu. Memang saya mudah emosi, seperti ramai orang yang sudah dapat mengagaknya setakat ini. Akan tetapi saya pun boleh jadi degil dan celupar bila berdepan dengan musuh seperti yang diketahui oleh pegawai Cawangan Khas di Bukit Aman. Saya ini adalah seperti yang disebut oleh orang Melayu sebagai orang yang 'marah nyamuk, bakar kelambu'. Saya tidak akan berlengah untuk menafikan diri daripada menjamah makanan dan minuman sebagai tanda bantahan seperti yang pernah saya buktikan kepada pegawai penjara bahawasanya mereka boleh mendera badan saya tetapi mereka tidak boleh memilikki minda saya ataupun mematahkan semangat saya. Namun, mendengar apa yang dikatakan oleh Dr. Shaaribu telah menyedihkan saya. Hinggakan kedegilan saya boleh dijinakkan.
"Mari kita jatuhkan si bangsat ini semua," saya beritahu Din. "Mari lancarkan satu kempen "Keadilan untuk Altantuya sebagai usaha mengembalikan maruah Malaysia." Ataupun apa sahaja semacam itu. Bangsat semua itu mesti dihumban ke neraka jahanam.".
Kerana itu, sebahagian besar perbualan di meja makan terpusat pada kes pembnunuhan Atantuya.. Yang palinng menggelikan – bukanlah saya menganggap kematian yang tragis ini sebagai sesuatu yang menggelikan – hakikatnya tidak seorang pun di meja makan itu berkelulusan sebagai peguam. Namun semuanya mampu berhujah laksana peguam yang berpengalaman -- malahan ada yang lebih hebat dari itu kerana bukan semua peguam adalah bijaksana (percayalah cakap saya).
Saya selalu berkata bahawa seseorang peguam perlu mempunyai otak yang baik untuk berjaya tetapi anda tidak perlu menjadi seorang peguam untuk mempunyai otak.
Sememangnya, peguam yang bertauliah tentu memperlekeh cakap-cakap kedai kopi semacam itu sebagai hujah kedai kopi sahaja. Bukankah kita selalu terdengar cakap-cakap seseorang pakar di meja makan sebelah yang menawarkan prognosis guamannya kepada sesiapa sahaja yang sedia mendengar beliau?? Memanglah pendapat (opinion) adalah perkara yang lumrah sahaja kepada semua.
Namun demikian bukan semua pendapat itu adalah serupa. Semasa kita menilai pendapat kepakaran golongan guaman ini (seperti yang mereka menggelar diri masing-masing di mahkamah) kita juga mungkin sudah membuat rumusan sendiri walaupun kes perbicaran Altantuya masih diteruskan dan lebih lama sebelum ada penyudahnya kes perbicaraan yang dikatakan diadakan oleh mahkamah ungka).
Memanglah kita tidak boleh bercakap celupar perkara ini kerana mungkin dikenakan celaan oleh mahkamah ataupun semacam itu. (mahkamah mempunyai pelbagai perkataan yang ganjil-ganjil serta frasa untuk melemahkan anda kalau mereka mahu menyumbat anda dalam penjara gara-gara anda bercanggah pendapat dengan mereka.) Kerana itu saya enggan menyebut bahawasanya perbicaraan Altantuya itu adalah satu perbicaraan olok-olok semata-mata ataupun kes di mahkamah ungka kerana takut disumbat dalam penjara.)
Berbalik kepada kisah makan malam itu dan "peguam lantikan sendiri" yang tidakpun pernah mengendalikan waima satu kes di mahakamah sepanjang hayat mereka, Seperti yang saya katakan mereka dan juga saya bukanlah orang undang-undang, tetapi saya pernah menghadiri pelbagai bentuk perbicaraan sepanjang satu dekad sejak kelahiran Reformasi pada 1998 dulu lagi dan pengalaman amali saya telah mendedahkan saya kepada banyak perkara yang terjadi di mahkamah. Apa yang boleh saya katakan, dan biarlah saya ulangi di sini seandainya anda mahukan otak untuk menjadi seorang peguam, anda sesunguhnya tidak perlu menjadi seorang peguam untuk mempunyai otak, seperti yang dibuktikan oleh rakan-rakan saya di meja makan malam itu.
Makan malam itu memang memakan masa yang lama dan banyak perkara yang Telah dibincangkan. Semua yang hadiri mempunyai pendapat geliga sendiri dan seperti yang saya katakan berjaya berhujah dengan pintar sekali. Namun, untuk mengelakkan kisah ini menjadi satu tesis yang memakan lima puluh muka surat, yang memungkinkan saya mendapat satu ijazah undang-undang kehormat) atau memungkinkah saya disumbat dalam penjara) benarkan saya merumuskan bagaimana ‘kes’ itu telah dibincangkan malam kelmarin.
Yang pertama melibatkan Affidavit yang diserahkan oleh Razak Baginda kepada mahkamah sepanjang kes permohonan beliau di ikat jamin telah dibentang di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Di tahap awalan, Hakim Segera telah memberi ingatan kepada peguam Razak bahawa tidak ada gunanya dikemukaan Affidavit itu kerana ia hanya merupakan permohonan diikat jamin sedangakan perkara itu tidak dibenarkan dalam kes pembunuhan. Namun, si peguam masih bertegas meneruskan tindakan beliau walaupun berlaku amaran yang berkesinambungan daripada si hakim. Kerana itu Hakim tidak mempunyai pilihan lain kecuali menerima Affidavit tersebut disebabkan yang tertuduh mempunyai hak untuk membela diri sendiri mengikut cara yang difikirkannya munasabah.
Kemudian, Hakim Segera telah membaca Affidabit itu dan bekata bahawa selepas membacanya, dia semakiin yakin bahawa Razak memang bersalah. Dengan demikian bagaimana mungkin membenarkan ikat jamin, walaupun pada hakikatnya ikat jamin mesti secara otomatis dinafikan dalam kes yang membabitkan pembunuhan?
Dengan tidak semena-mena Hakim Segera telah di pindahkan daripada mendengar kes tersebut serta merta dan tempat beliau telah digantikan oleh seorang hakim muda (junior) daripada Suruhanjaya kehakiman.
Harus diingat bahawa Hakim Segera ialah seorang hakim kanan dan paling sesuai untuk mendengar kes yang penuh kontroversi dan berprofail tinggi. Apakah beliau dipindahkan kerana dia telah membuat andaain terlalu awal akan kes itu ataupun kerana dia merupakan orang yang mempunyai maklumat rahsia tertentu yang mungkin mempengaruhi keputusan beliau ataupun kerana mereka mahu 'membunuh' Affidavit tersebut?
Ini merupakan asas perbalahan yang bercanggah. Karpal Singh yang hadir sebagai saksi bagi pihak keluarga Altantuya kemudiannya membangkitkan perkara itu Semasa perbicaraan berjalan dia telah menanyakan pegawai polis yang terlibat kenapa mereka tidak menyiasat Affidavit tersebut kerana banyak yang sudah terdedah dalam dokumen tersebut.
Pegawai polis tidak menjawab bahawa mereka tidak menyiasatnya disebabkan "tidak ada arahan dari atas."
Ini semakin merangsang kepercayaan bahawa ada bahan bukti yang memburukkan dalam Affidavit itu dan ia merupakan sesuatu yang mahu disorokkan oleh kerajaan. Hakikat bahawa Affidavit itu wujud dan Karpal membangkitkan perkara itu di mahkamah dan polis tidak pula menafikannya, - kecuali menjelaskan mereka tidak menyiasatnya disebabkan tidak ada arahan dari atas - meyakinkan ramai pihak memang wujud sesuatu yang tidak kena di situ.
Nampkanya Altantuya pernah menunggu lama di luar rumah kediaman Razak dan ini yang menyebabkan beliau menjadi gelabah. Razak telah berlari mencari Najib dan Rosmah telah memanggil ADC Najib - Musa Safri - dan memberi arahan agar beliau selesaikan masalah yang dihadapi oleh Razak. Musa telah memanggil dua orang pegawai polis yang sedang dibicarakan itu. Rupanya bukan sahaja Razak dan dua orang pegawai polis yang terlibat. Najib dan Rosmah telah turut terlibat dalam keseluruhan sinario kes tersebut. Kemudian, kenapa pula pegawai polis itu perlu mengistiharkan yang dia pernah membunuh enam orang sebelum kes itu dulu, kalaulah kisah pembunuhan bukan menjadi tumpuan utama setiap orang?
Kemudian, Peguam Negara telah melakukan perkara yang anih. Belumpun Perbicaraan bermula, dia membuat satu pengumuman terbuka, bahawa hanya tiga orang yang terlibat dalam permbunuhan itu. Tidak ada orang lain dari itu Pengumuman itu bukan sahaja perkara yang pelik tetapi memang amat tidak kena sifatnya. Bukannya tugas Peguam Negara untuk menentukan perkara itu. Itu adalah tugas mahkamah untuk menentukannya. Lagipun, perbicaraan belum lagi bermula, jadi bagaimana mungkin Peguam Negara tahu apa yang akan muncul dalam perbicaraan itu?
Tidak sesiapa pun yang telah memberikan keterangan di mahkamah dan selagi semua testimoni belum didengar siapa boleh tahu siapa lagi yang terlibat dan apakah tiga orang yang tertuduh dalam kes itu bersalah ataupun tidak? Tindakan Peguam Negara ini menunjukkan seolah-olah dia sudah tahu keputusan perbicaraan itu walaupun perbicaraan belum bermula.
Bagaimanapun kita tak dapat rasakan yang perbicaraan itu adalah satu kepura-puraan sahaja?
Pada pagi Ahad sebelum perbicaraan dimulakan, saya telah menerima satu SMS yang menyebut bahawa tuduhan keatas Razak akan ditarik balik. Pada jam 4.00 p.m. saya telah menerima satu lagi SMS yang mengatakan bahawa ksseuluruhan pasukan pendakwaraya akan diganti kerana mereka tidak bersetuju menggugurkan tuduhan keatas Razak.
Pada keeseokan harinya Pendakwaraya yang baru telah memohon penangguhan selama satu bulan dengan alasan bahawa dia hanya baru diberitahu pada pagi itu untuk mengambil-alih kes tersebut yang memerlukan masa untuk membuat kajiannya. Hakim telah memberikan penangguhan kepada mereka selama dua minggu. SMS yang saya terima itu mungkin tidak tepat bunyinya tetapi tindakan yang terjadi selepas itu memang menepati apa yang dinyatakan oleh SMS tersebut.
Kiriman itu datangnya daripada talibarut yang bertugas di Pejabat Peguam Negara, jadi saya tidak boleh memperlekeh berita itu sebagai pembohongan dan fitnah semata-mata.
Satu perkara lagi ialah mengenai tempat di mana serpihan badan Altantuya dijumpai, yakni di satu kawasan hutan rimba. Tiga orang yang tertuduh menafikan pernah membunuh Altantuya namun polis dapat tahu dengan tepatnya di mana mencari serpihan badan si mangsa. Bagaimana polis tahu tempat yang perlu dicari sedangkan tiga orang itu menafikan telah membunuh Altantuya?
Apakah mereka telah menggunakan khidmat seorang bomoh? Apakah wujud seorang pemberi maklumat? Atau, polis secara kebetulan dapat tahu bahawa di satu tempat di kawsan hutan mereka akan menjumpai serpihan badan Altantuya tanpa sesiapa perlu memberitahu mereka.
Tentulah kita hairan bagaimana polis tahu mana hendak dituju kerana tempat itu memang digazetkan sebagai ‘tempat buangan bergezet’ untuk menghumban semua mayat yang dimusnahkan. Apakah kemungkinannya bahawa dua orang pegawai polis yang dibicarakan bersama Razak adalah pegawai polis yang memang khusus menjadi pembunuh dan kemudiannya menghumban mayat yang mereka bunuh di tempat dimana serpihan mayat Altantuya telah dijumpai? Tentunya, perkara ini akan kekal satu spekulasi tetapi tentu ada sebab wujudnya spekulasi itu dan bahan bukti yang ada menunjukkan kepada andaian ini juga.
Desas desus daripada mereka yang berlenggang di serambi kuasa mengatakan bahawa semasa mereka pergi ke tempat longgokan mayat mereka telah terjumpa serpihan mayat orang lain pula. Ada pihak mengatakan bahawa serpihan itu adalah mayat tujuh orang yang sudah mati, dan ada pula yang mengatakan kesemua serpihan itu datang daripada mayat sembilan orang.
Ini bermkana Altantuya bukanlah orang yang pertama mati semacam itu. Rupanya sudah ada ramai yang lain sebelum beliau, kalau dinilai serpihan yang dikumpulkan terdapat sepuluh mayat semuanya.
Perkara ini belum lagi diketahui umum dan berkemungkinan tidak akan diumumkan secara terbuka. Selagi perkara ini sedemikian, kita mesti membuat andaian bahawa segala bisikan itu memang tidak ada asasnya. Tetapi bagaimana pula dengan Affidavit Razak yang pernah kita bincangkan sebelum ini, yang ada menyatakan betapa pegawai polis telah mengaku pernah membunuh enam orang sebelum ini. Ini bermakna Altantuya adalah orang yang ketujuh yang telah dibunuhnya.
Apabila diambil kira perkara ini, segala bisikan bahawa polis telah mengutip serpihan mayat tujuh ataupun Sembilan orang mula berdengung semakin lantang, bisikannya.
Banyak 'isu utama' yang dibangkitkan oleh kawan-kawan saya yang bukan berpengalaman sebagai peguam tetapi semuanya berhujah seolah-olah mereka mengendalikan kes pembunuhan Altantuya adalah penting seperti kisah bagaimana rekod kemasukan Alantuya ke negara ini boleh dipadamkan oleh pihak imigresen daripada catatan computer mereka. Begitu jua dengan surat-surat yang pernah ditulis oleh Najib kepada kedutaan Malaysia yang menyokong permohonan Altantuya untuk mendapatkan visa; kisah gambar Altantuya bersama Najib, Razak dan Kalimullah yang dirakamkan semasa majlis harijadi Alantuya di Mandarin Hotel Singapura dan bermacam kisah lain lagi.
Ada desas-desus yang masih kekal demikian mengatakan bahawasanya 'bahan bukti' telah pun diserahkan kepada Abdulah Ahmad Badawi. Mungkin juga Abdullah menggunakan maklumat itu untuk membuatkan Najib mengikut katanya - dan nampaknya helah itu berjaya kalau dilihat betapa beliau selalu sahaja membodek Abdullah. Akan tetapi ini bukannya mengenai politik dan seharusnya tidak ditangani begitu.
Ini adalah mengenai tindakan Perdana Menteri Malaysia menyimpan bahan bukti yang penting dalam kisah perbicaraan pembunuhan. Abdullah adalah bersubahat dalam pembunuhan dan menanam bahan bukti tersebut yang boleh menjejaskan hasil perbicaraan dan campurtangan dalam menentukan Keadilan membuatkan Abdullah turut bersalah seperti mereka yang kini Sedang dibicarakan dan mereka yang sepatutnya dihadapkan ke mahkamah tetapi masih belum lagi dikenakan tindakan demikian.
Saya amat berharap saya dapat menulis mengenai semua ini yang telah dibincangkan oleh mereka di meja makan malam itu. Malangnnya, oleh kerana perbicaraan masih dikendalikan, saya tidak boleh bercakap mengenai perkara tersebut. Yang paling baik boleh saya lakukan ialah menceritakan apa yang dibincang oleh mereka pada malam itu, dan biarkan perkara demikian tanpa memberikan sebarang pendapat mengenainya.
Apa yang ditulis di atas telah dibincangkan oleh mereka yang bukanpun bekerja sebagai peguam dan tidak pun pernah berhujah mengenai sebarang kes di mahkamah, waima sekali pun dalam hidup mereka.
Sememangnya, oleh kerana mereka itu bukan pun peguam kebanyakan hujah yang mereka tuturkan adalah berasaskan hanya kepada logik dan bukannya natijah undang-undang.
Memanglah ganjil juga kalau orang yang tidak berpendidikan undang-undang boleh cuba memikir dan menganalisa kes perbicaraan pembunuhan Altantuya dan menyerlahkan penghakiman peribadi seolah-olah mereka adalah peguam yang terlatih dan bertauliah.
Apapun seperti yang pernah saya katakan, pendapat adalah perkara lumrah yang memang dimilikki oleh setiap orang, kerana itu kita tidak perlu ambil kisah sangat akan apa yang dibincangkan oleh kawan-kawan saya di majlis makan malam itu. Sementara itu bacalah apa yang ditulis oleh sahabat saya Din Merican melalui emelnya kepada saya.
"Di zaman dahulu kala, negara pergi berperang disebabkan acahan yang amat kecil. Pada abad ke dua puh satu ini, kita bernasib baik, kerana sudah lebih bertamaddun berbanding orang-orang duhulu, walaupun ada juga pengecualiannya. Lagipun kita sudah menjadi anggota keahlian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan saya diberitahu bahawa kita akur dengan Piagam PBB terhadap Hak Asasi Manusia.
Namun, kita di Malaysia menanggani rakyat asing dengan cara sambil lewa tanpa perasaan hormat dan kasih sayang. Apakah kita sudah menjadi golongan ‘cynics’ ?
Cuba fikirkan kes betapa seorang jurulatih karate/judo daripada Indonesia yang telah digasak dan dibaham dengan begitu kejam, dan kisah-kisah bagaimana pekerja daripada Indonesia yang dilanyak oleh anggota-anggota Rela. Begitu juga dengan kisah pembunuhan seorang warga Mongolia, dan sebagainya.
Apakah ini caranya kita melayani jiran-jiran kita dan negara bangsa yang lain? Saya masih berfikir apakah kita ini mempunyai undang-undang ataupun hanya merupakan sebuah negara yang diuruskan berdasar hukum rimba??
Perdana Menteri kita Badawi dan Menteri Luar beliau (ketika itu Syed Hamid) tidak pun mempunyai isi perut untuk menjawab beberapa surat yang dikirimkan oleh rakan sejawatan mereka di Ulan Bator, Mongolia yang meminta agar perbicaraan keatas kes Altantuya Shaariobuu dijalankan dengan adil dan saksama. Apakah mereka terlalu sibuk? Tentunya tidak.
Adalah sesuatau yang malang bagi Malaysia seandainya ahli keluarga Altantuya tidak menerima keadilan dalam kes perbicaraan pembunuhan yang sungguh kejam dilakukan ke atas beliau yang amat dikasihi oleh ahli keluarganya. Bagaimana mungkin kita mudah sangat meledakkan seorang insan yang dikasihi oleh ahli keluarganya, dan dia pula adalah seorang ibu kepada dua orang anak yang masih kecil.
Apalagi pembunuhan itu dilakukan dengan meletupkan badananya menggunakan bom peledak yang biasanya untuk kegunaan perang bagi memusnahkan kubu pertahanan, jambatan dan bangunan?
Kisah semacam ini belum pernah didengar berlaku di tempat lain di dunia ini. Dengan demikian kes itu membawa implikasi global yang hebat, khususnya apabila kerja busuk itu dilakukan oleh orang yang sepatutnya 'berkhidmat' untuk negara ini.
Kini kita dianggap sebagai orang yang angkuh oleh rakyat Indonesia, Thai dan Singapura serta oleh ramai lagi jiran tetangga negara. Kini kita biarkan pula rakyat Mongolia menyertai senarai demikian. Adalah tidak wajar dan amat tidak bertanggungjawab di pihak PM dan Menteri Luar yang tidak mahu membalas penerimaan surat daripada rakan sejawat mereka di Mongolia. Siapakah yang mereka lindungi?
Tidak ada gunanya Badawi cuba meyakinkan kita bahawasanya Pentadbiran beliau sedang ghairah mahu mengembalikan imej bagi badan kehakiman negara. Dia tidak mampu memperbetulkan Pasukan Polis dan Pejabat Peguam Negara. Sebenarnya, rakyat Malaysia patut menghumban Badawi dan konconya dalam BN daripada jawatan mereka semasa pilihanraya umum yang berlalu.
Media arus perdana sudah begitu tidak bermaya dalam mengekalkan Keadilan untuk Altantuya dan maratabat Malaysia. Rakyat Malaysia dan pergerakan masyarakat sivil mesti bertindak mendesak kerajaan Badawi agar mendedahkan penyangak sebenar yang menyebabkan pembunuhan dan membiarkan kes itu dapat diadili dengan penuh ketelusan kerana kosnya yang tinggi. Biarkan Keadilan bertakhta dan tamatkan budaya melindungi golongan yang berkuasa dan kuat pengaruh politiknya mengatasi undang-undang.
Sebagai seorang ayah kepada enam orang anak (tiga darinya adalah anak Perempuan termasuk seorang yang beruusia 16 tahun) dan sudah pun menjadi seorang datuk, saya dapat rasakan apa yang sedang dirasai oleh Dr. Setev Shaaribuu dan keluarganya.
Pada 24 April, saya berada di satu sidang akhbar di Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim dan telah menyaksikan dengan mata sendiri keperitan yang terbayang di wajah Dr. Shaaribuu. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menangani isu ini dan tidak membiarkan para pembunuh terus berlenggang di serambi kuasa dan lepas bebas daripada perbuatan durjana mereka.
Sudah sampai masanya untuk kita bertindak berani. Inilah masanya kita menghumban segala alasan murahan dan menangkap segala penyangak durjana untuk dihumban ke neraka jahanam, keran itulah tempat yang sesuai untuk mereka.
WAKIL BN SABAH TIDAK TOLAK KEMUNGKINAN SERTAI PEMBANGKANG
BARISAN Nasional (BN) yang sudah mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaan dianggap sebagai rumah banglo kepada parti komponennya, tetapi sesudah beberapa lama masih ada penghuninya yang berasa seperti dianaktirikan kerana tidak mendapat tempat sewajarnya dalam banglo itu.
Persoalan rumah banglo dan rumah teres, yang merujuk parti pembangkang menjadi isu yang mendominasi dan boleh dianggap paling menarik perhatian yang mewarnai pada sesi perbahasan semalam.
Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) yang membuat analogi itu ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat, semalam menyifatkan tidak ada salahnya jika ada ahli BN dari Sabah melompat kepada parti pembangkang jika mereka tidak mendapat tempat yang sepatutnya dalam banglo itu.
"Jika tiada lagi tempat dalam banglo sekarang (BN), apa salahnya mereka berpindah ke rumah teres (pembangkang). Apa guna kalau duduk di banglo tapi sesetengah orang (saja) yang menikmatinya. Kita dalam banglo pun tinggal di tepi tandas saja," katanya disambut tepukan daripada wakil rakyat pembangkang dan wakil rakyat BN dari Sabah.
Anifah membangkitkan analogi itu selepas dicelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datoh) yang bertanya adakah wakil rakyat BN Sabah akan melompat kepada parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Jika ini bukan tindakan orang tersepit, kenapa 140 ahli yang menghuni sebuah banglo mahu berpindah ke rumah lebih kecil, rumah teres?," tanya Ahmad Zahid yang menyifatkan kedudukan dalam BN sebagai selesa dan mewah hingga tidak perlu lagi penghuninya berpindah.
Bagaimanapun, nyata sekali jawapan Anifah mengejutkan Ahmad Zahid serta hampir semua wakil rakyat BN lain.
Anifah merupakan adik Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Aman.
"Saya tidak kata saya akan melompat parti. Mungkin ada beberapa yang mungkin mahu berpindah. Isu mengenai lompat atau tidak lompat ini bukanlah perkara serius. Apa yang lebih serius adalah berjuta-juta lagi rakyat di lima negeri yang sudah melompat kepada pembangkang," katanya yang disahut gelak ketawa daripada wakil rakyat PR.
Dr Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) bangun mencelah dan bertanyakan Anifah adakah beliau akan menyokong undang-undang antilompat parti.
Anifah bagaimanapun menjawab beliau tidak setuju dengan undang-undang itu kerana ia boleh dianggap sebagai meletakkan wakil rakyat seperti berada dalam 'negara polis' apabila hak mereka untuk memperjuangkan nasib rakyat disekat.
"Apalah gunanya kita terus bersama pemimpin yang sudah menyeleweng daripada matlamat asal, adakah kita perlu akur dan bertahan serta memperjuangkan pemimpin dan parti dengan mempertaruhkan kebajikan rakyat.
"Apa yang penting bukan soal pemimpin lompat parti tetapi kena kaji kenapa rakyat lompat. Kenapakah mereka sudah lompat dan apa gunanya tinggal pemimpin saja tanpa rakyat. Saya suarakan hal ini supaya pemimpin faham dan sedar," tegasnya.
Kepada soalan Datuk Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan mengenai kurangnya kemudahan prasarana di Sabah, Anifah berkata, kemerdekaan selama 45 tahun bersama Malaysia tidak bermakna jika hasrat rakyat untuk mendapat pembangunan masih ditolak ke tepi dan wakil rakyat Sabah dipandang serong apabila membawa hasrat itu.
jasindaily : mmm langit tak selalunya cerah apatah lagi hati manusia yang sentiasa berubah-ubah jika tidak dikawal
KL: Pelatih PLKN, Too Hui Min dari Kem Geo Kosmo Kuala Kubu Baru meninggal dunia dipercayai akibat sakit perut, kira-kira jam 10.30 malam. Pelatih perempuan itu mengadu sakit perut selepas latihan menembak dan makan nasi ayam pada jam 1.45 tengah hari
jasindaily : eloklah dimansuhkan terus PLKN ini jika kejadian sebegini berterusan. Mahukah Najib bertanggungjawab dalam isu ini ?? Kita tunggu jawapan dari beliau..Cuma persoalan dari saya. apakah keberkesanan yang diperolehi oleh para peserta selepas tamat menjalani PLKN ??
"SELANGOR AKAN TUNAI JANJI SECARA PERINGKAT" KHALID
Jasindaily : Kenapalah Najib ni tidak menggunakan akal, BN sepanjang pemerintahan 50 tahun berapa banyak bantuan yang disalurkan dan berapa banyak janji dalam pilihanraya yang tidak dikotakan. PR Selangor baru 100 hari memerintah dah nak kondem. Baik kamu jaga dan fikirkan 30 ahli parlimen kamu yang akan ke Pakatan Rakyat. Ingat, masa kamu semua tidak lama lagi. Sekarang ni bolehlah kamu peralatkan media massa dengan omong-omong kosong kamu.
Kepada Khir Toyo, saya tahu yang anda bekas MB dan tahu segala maklumat Kerajaan Negeri Selangor, tetapi ketahuilah berapa banyak kebajikan rakyat yang kamu jaga. Ingat lagi tak semasa Selangor dilanda bah ?? kamu ,menggugut rakyat dengan menggunakan kuasa yang kamu ada tanpa memikirkan nasib dan masalah yang menimpa mereka. Langit tak selalunya cerah, bersuaralah kamu selagi termampu dan ingatlah gelombang rakyat yang melanda kamu semua dalam PRU 12 baru-baru ini akan sentiasa berterusan dan seterusnya menenggelamkan suara kamu dan seterusnya mengkafankan BN dari terus wujud dipersada politik tanah air.
Langkah menurunkan cukai taksiran atau sebaliknya bagi rakyat Selangor akan diputuskan oleh kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS selepas siap Wawasan Selangor dan Bajet negeri 2009 tahun ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya selepas Wawasan Selangor dan Bajet 2009 itu siap, maka kerajaan negeri akan menjelaskan kepada rakyat mengenai nilai wang yang mereka bayar untuk perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Kita mahu nilai wang pembayar cukai taksiran dengan perkhidmatan yang diterima oleh penduduk Selangor berbanding dengan perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini hari Rabu.
Katanya kerajaan negeri akan menunaikan janji secara berperingkat kepada rakyat negeri itu seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Bagaimanapun, ia bergantung kepada kemampuan kerajaan negeri buat masa ini.
"Saya berpendapat apa yang tidak dapat ditunaikan buat masa ini akan kita tunaikan kemudian secara berperingkat," katanya.
Abdul Khalid berkata demikian ketika mengulas komen Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa pakatan itu tidak mengotakan janji-janji pilihan raya termasuk menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus.
"Saya fikir terdapat banyak gembar-gembur politik berbanding nilai sebenar tetapi penduduk, pengundi dan ahli profesional akan menilai kami semasa 100 hari pemerinthan kami di Selangor," katanya.
Abdul Khalid berkata kerajaan negeri bersedia menggariskan semua langkah yang diambil termasuk kemajuan sesuatu usaha itu dan bagaimana mereka menjalankan tugas dengan baik berbanding kerajaan negeri terdahulu.
Buat permulaan tahun ini, semua pengguna air bagi rumah kediaman di Selangor akan mendapat bekalan air 20 meter padu secara percuma mulai 1 Jun ini, katanya.
Isnin lepas, kerajaan Selangor mengumumkan tidak akan menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum kerana keadaan ekonomi negeri belum mencapai tahap yang memuaskan.
PRESTASI KERAJAAN 5 NEGERI : UJIAN BESAR PAKATAN RAKYAT SEBELUM KE PUSAT
Oleh: Nak Marah Marahlah
SAMA ada barisan Pakatan Rakyat (PR) mampu mengambilalih kerajaan Persekutuan atau Barisan Nasional (BN) terus kekal dengan kedudukan sebagai pemerintah masih menjadi tanda tanya.
Biarpun Dato' Seri Anwar Ibrahim begitu komited dengan usaha-usaha menarik penyertaan Ahli Dewan Rakyat (ADR) BN menjelang sesi mesyuarat pertama, penggal pertama parlimen ke-12, namun sehingga ke hari ini masih belum ada tanda-tanda ia berhasil apabila tidak ada seorang pun yang dicanang Anwar tampil ke depan.
Tidak kurang juga ada khabar bertiup kencang mengatakan BN turut memberi tawaran yang sama kepada ADR daripada Pakatan Rakyat bagi memenuhi majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Difahamkan, sasaran utama mereka ialah ADR PKR memandangkan sebahagian kecilnya bukan ahli tulen parti berkenaan. Mereka cuma bertaut sebagai bagi memenuhi syarat untuk bertanding dan perolehan sokongan semata-mata.
Bagi memastikan keupayaan PR dipandang tinggi oleh para pengundi, ujian terbesar yang perlu diberi perhatian ialah memantapkan keberkesanan prestasi menerusi gagasan kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan sebagai platform ke arah persediaan mentadbir kerajaan Persekutuan jika usaha menarik penyertaan ADR-ADR BN menemui kejayaan atau terpaksa menunggu pilihanraya umum akan datang. Itu pun berpandukan kemampuan angkatan PR menambah keyakinan rakyat.
Setakat ini, hanya Kelantan sahaja memperlihatkan keupayaan melepasi ujian ini manakala empat lagi negeri lagi barangkali memerlukan sedikit masa untuk membuktikan bahawa mereka boleh berjaya seperti Kelantan. Semuanya bergantung kepada kemantapan pelaksanaan dasar dan hasil bumi negeri masing-masing.
Sebagai Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri yang mencari pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan Pusat, Ustaz Azizan Abd Razak, Lim Guan Eng, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak dapat tidak perlu merancang dasar komprenhensif dan menggembleng tenaga kerja setiap kakitangan negeri ke tahap maksima dengan menggunakan kesempatan terhadap kekayaan hasil bumi dan penarikan pelaburan ke negeri masing-masing.
Kita percaya usaha awal kelima-lima kerajaan negeri PR mahu mengadakan pertemuan bagi membincangkan hala tuju pembangunan dan ekonomi negeri di Kota Bharu tidak lama lagi disifatkan sebagai langkah terpuji.Mungkin Azizan, Guan Eng, Nizar dan Khalid boleh menggorek segala rahsia Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz Nik Mat bagaimana beliau mentadbirurus sebuah negeri dengan baik walaupun dengan kemampuan kewangan terhad.
Disini juga mereka boleh mengambil peluang menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pertemuan itu sekembalinya beliau ke arena politik negara. Tentu sekali banyak idea sudah terfikir oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan itu untuk memberi garis panduan kepada kelima-lima peneraju utama kerajaan negeri dalam mempertahankan pendapatan ekonomi masing-masing atau mungkin lebih baik dari itu.
Pada masa yang sama, baik Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak mahupun Selangor tidak harus lupa untuk membentuk satu jawatankuasa induk utama perancangan dan penyelarasan merangkumi pelbagai bidang seolah-olah bayangan kabinet kerajaan pusat.
Menerusi jawatankuasa ini, kelima-lima negeri ini boleh bekerjasama dan membantu antara satu sama lain ke arah peningkatan ekonomi yang lebih baik tanpa perlu lagi mendongak ehsan daripada kerajaan pusat.
Oleh: SYAHADATUL HAFIZAH BINTI ABDULLAH KETUA UNIT MEDIA DAN PENYELIDIKAN (UMP) HAL EHWAL WANITA & MAHASISWI (HEWI) PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA (PMIUM) SESI 08/09
Mungkin tajuk di atas agak klise, atau menggelikan, mungkin agak kejam, atau agak berat dan pelbagai 'mungkin' lagi. Namun, mungkin-mungkin ini tidaklah sepasti kepastian bahawa derita dan seksanya jiwa-jiwa yang dicabuli dan dirogol, apatah lagi dibunuh!!
Saya jadi sangat risau memikirkan kedaan dunia sekarang. Cukup risau jika berlaku di dunia barat, bimbang ia menular mampir ke sebelah rumah. Malah, nyatanya yang sangat mendukacitakan saya bahawa ia sememangnya sudah merebak masuk ke pagar Malaysia, dan nyatanya ia sudah lama. Malahan sekarang ini semakin bengkak, bernanah dan hampir meletup. Saya kembali pada persoalan saya di atas, BAHAGIAKAH MENJADI PEROGOL DAN PEMBUNUH??
Justeru, sebagai fakta kes, saya huraikan serba sedikit di sini tentang peristiwa-peristiwa dan kronologi yang sangat sadis dan menyayat hati :
Dari 1984 hingga 2006 Feb, terdapat 87 kes rogol –bunuh, Dari jumlah 87 kes yang kejam ini, hanya 23 kes, atau pun 26.4% di selesai dengan pesalah dijatuh hukuman.
Nyatanya sekarang ini ia makin parah! Seolah-olah kita melihat, ia merupakan isu bulanan, ibaratnya seorang korban bulanan. Apa makna pada semua ini?? Contoh terdekat, baru sekejap Malaysia masih meratapi pemergian Nurin Jazlin, kehilangan Sharlinie Nashar yang masih tidak tahu beritanya, dan terbaru kes sadis Nurul Amira.
SIAPA SEBELUM NURIN JAZLIN??
Apa yang telah berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin merupakan satu peristiwa yang telah mendapat perhatian seluruh negara. Kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak yang hanya berumur 8 tahun ini tidak dapat dibayangkan. Begitu juga dengan trauma yang terpaksa dihadapi oleh ibubapa, adik beradik dan keluarga arwah Nurin Jazlin, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Pada 18 Mei 1999 Audrey Melissa Bathinathan, 17 tahun telah dijumpai berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.
Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah ditemui di Taman Bukit Tinggi pada 7 Oktober 2000 Klang. Mangsa telah dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.
Pada 23 Oktober 2000 Nor Shuhada Borak, 6 tahun ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. Mangsa dipercayai telah dirogol sebelum dibunuh.
Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah pada 14 Februari 2001. Mangsa mati akibat dijerut dengan menggunakan tali.
Nurul Hanis Kamil telah dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3 Julai 2001. Sementara itu seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong pada 13 Ogos 2001.
Norshakila Ramli Choo, 6 tahun telah dirogol sebelum dibunuh di Taman Tasik Permai Ampang pada 1 April 2002.
Seorang pelajar sekolah menengah telah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4.00 petang pada 8 Oktober 2002. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan
Pada 6 November 2002 Siti Nurliyana Shamimi Rosdi seorang kanak-kanak berumur dua tahun telah diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
Noritta Samsudin berumur 22 tahun telah dijumpai mati di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2003. Mangsa dikatakan telah dirogol sebelum dibunuh.
Pada 13 Jun 2003 Canny Ong Lay Kian telah dilarikan dari tempat letak kereta Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Januari 2004.
Pada 17 Januari 2004 seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani telah dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal tersebut dalam keadaan mencangkung.
Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah dibunuh pada 23 November 2004.
Siti Syazwani Ahmad Dusuki, 9 tahun telah dibunuh selepas dirogol di Taman Rhu pada 22 Disember 2004.
Masih ingatkah lagi kita kepada apa yang telah berlaku kepada mereka ini? Tentulah. Kita menyatakan, "Ohh..budak ni..masa ni aku form 5.. Oh, budak ni, masa tu takut sangat, sedih sangat.." dan pelbagai lagi.. Bila membaca kisah Nurin Jazlin ramai yang merasa sedih dan hiba malah ada juga yang terkejut dan marah. Kita merasa perkara yang sama bila kejadian sebelum Nurin Jazlin berlaku tapi selepas itu kita lupa.
Sudah tiba masanya sesuatu dilakukan untuk mencegah daripada berulangnya kes-kes seumpama ini. Ini mungkin hanya sebilangan kecil, dirogol kemudian dibunuh. BERAPA RAMAI LAGI DI LUAR SANA YANG MENJADI MANGSA ROGOL DAN MENYIMPAN TRAUMA SEUMUR HAYATNYA?? Yang disembunyikan oleh umum dan media umpamanya. Ketika ramai yang bercakap dan memberi pelbagai cadangan selepas apa yang berlaku pada Nurin Jazlin, ironinya terus-terusan berlaku kes-kes yang seumpama dengannya. Persoalannya bilakah pandangan dan cadangan ini boleh dilaksanakan? Bila pula kita sendiri akan mengambil tindakan untuk mengubah keadaan ini? Adakah kita hendak menunggu Siapa Selepas Nurin Jazlin baru ada kesedaran?