Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 30 Jun 2008

ANWAR DIFITNAH ROUND KEDUA ??

Petikan daripada Blog Merah Tinta

PAGI ini Kuala Lumpur diliputi mendung. Wajah dan iklim alam hitam dan dingin. Hujan juga turun rintik-rintik seakan air mata anak dara menangis kerana merintih mengenai nasib malangnya dicabuli kekasih.

Saya sendiri juga rasa malas untuk bangun dan menulis apa-apa dalam blog. Namun kerana kewajiban dan hidup perlu berjuang saya paksakan juga diri untuk membuka blog dan menghantar mesej ini kepada penjenguk sekalian.


Sejak jam 2:00 pagi tadi saya tidak habis-habis menerima sms dan panggilan telefon. Semua mengenai berita yang menggemparkan hari ini, seperti mana yang terpampang di akhbar. Bukan soal Ong Ka Ting dan Chan Kong Choy tidak mahu bertanding mengekalkan jawatan masing-masing selaku presiden dan timbalan presiden, tetapi kerana laporan polis ke atas Anwar Ibrahim kononnya bekas TPM itu melakukan lewat sekali lagi.

Kali ini giliran salah seorang pegawainya bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan pula mengakui diliwati Anwar di sebuah kondominium. Menurut laporan polis kali terakhir beliau dilewat Anwar ialah pada 26 Jun lalu.

Kenyataan akhbar Anwar Ibrahim
29 hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA
Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

Tentu berita berkenaan menggemparkan! Anwar pagi tadi juga telah membuat penafian dan menyebut laporan itu adalah untuk memburukkan kerier politiknya.

Malam tadi saya tidak melayani berpuluh panggilan dan sms yang masuk ke telefon saya. Tidak tahu kenapa. Hati kecil saya merasakan apa yang berlaku itu sama seperti yang berlaku tahun 1998 dulu. Nampaknya skrip lama dibuka kembali untuk dipentaskan dengan menggunakan watak-watak baru kecuali heronya sahaj sama Anwar Ibrahim.

Sejejar itu juga sms memberi tahu Anwar akan ditangkap malam tadi. Pihak PKR sendiri yang menyebarkannya. Ahli PKR dikehendaki berhimpun di sebuah hotel di Shah Alam kerana Anwar berada di situ. Tujuannya mungkin untuk melindungi Anwar!

Tidak logik! Kalau berdasarkan laporan Saiful itu polis ingin menahan Anwar, ia tidak menusabah. Polis tentu ada strategi dan tektik lain untuk berbuat demikian kalau ia pun laporan itu benar. Masakan dalam jam sama juga sebelum siasatan sepenuhnya atas laproan Saiful polis sudah mahu bertindak.

Jadi kerana suasana itu saya tidak layan dan merasakan hebahan menerusi sms itu hanya untuk menambah gemparkan lagi keadaan.

Jadi saya tidur dalam keadaan lena tidak lena.

Pagi ini tidak ada apa maklum terbaru mengenainya kecuali laporan akhbar. Sms dari kekawan juga masuk dan bertanya, namun saya tidak membalasnya kerana berita dan kedudukan sebenarnya belum pasti.

Setakat jam 9:30 ini kita hanya perlu menerima apa yang dilaporkan oleh akhbar. Jangan percaya apa-apa berita liar dan tidak bertanggungjawab.

Semua pihak juga diharap bertenang dan tidak membuat berbagai spekulasi yang memburukkan lagi keadaan semua pihak. Kita tengok permainan seterusnya. Sekiranya skrip yang dipentas tahun 1998 dimainkan sekali lagi ini bermakna ada orang yang merasa gerun dan takut dengan kehebatan politik dan networking Anwar Ibrahim.

Apa yang dapat dibuat rumusan awal mengenai laporan itu mungkin kerana pegawai Anwar itu ada masalah dengan Anwar. Mungkin juga beliau adalah talibarut kepada musuh-musuh Anwar Ibrahim. Namun saya mengira ia lebih kepada masalah peribadi yang dihadapi oleh Saiful Bukhari.

Kemungkinan beliau menjadi mangsa seperti mana Sukama, Azizan Abu Bakar atau Munawar juga tidak boleh dinafikan. Dan kalau plot itu digunakan ini bermakna satu lagi konspirasi untuk memburutkan reputasi Anwar disaat beliau hendak dinobatkan sebagai PM.

Sebenarnya banyak spekulasi dan andaian yang boleh dipandankan dengan apa yang berlaku itu. Namun kerana kita menunggu maklumat selanjutnya usahlah kita bermain dengan segala spekulasi itu. Kita tunggu sehingga lewat petang di mana Anwar dijangka akan membuat kenyataan akhbar meganya menjelaskan perkembangan terbaru itu. [wm.kl 9:30 am 30/06/08]

http://msomelayu.blogspot.com

PROVOKASI REGIM ABDULLAH – NAJIB INSTRUMENT ISYTIHAR DARURAT

Oleh: Naspazi

Betapa tindakan regim Abdullah - Najib menggunakan polis untuk menangkap Saiful Bahari pembantu khas Anwar Ibrahim dan memaksanya membuat laporan liwat sah tindakan provokasi ke arah instrument mengisytiharkan darurat andai situasi kebangkitan tidak percaya rakyat tidak terkawal!

Saya sering memberi responds kepada laman pro PR bahawa dengan kuasa yang ada pada Abdullah - Najib, 1001 cara mereka mungkin lakukan untuk menghancurkan PR dan DS Anwar termasuklah darurat.

Kini bungga-bunga taktik biadab Mahathir, Abdullah - Najib dendangkan lagi. Justeru, orang yang gila babi dan babi gila sahaja yang percaya dengan taktik jijik Abdullah - Najib ini. Abdullah - Najib melakar sejarah waktu muka umat Melayu dengan tinta Najis. Betapa taktik syaitan Abdullah - Najib ini sungguh-sungguh membangkitkan kemarahan!!

Para peguam Ds Anwar serta seluruh pimpinan PR wajar membuat laporan polis, sebagai laporan balas terhadap laporan liwat yang dipaksakan ke atas Saiful Bahari, yang bukan sahaja memberi implikasi mencemarkan nama DS Anwar, bahkan mencetuskan huru-hara, kacau-bilau dan menggugat kestabilan negara! Lantaran itu, standard paradigma kelas kambing pimpinan Abdullah – Najib ini wajib dihancurkan!!!

"Bangkitlah seluruh negara menghancurkan kenajisan taktik Abdullah - Najib!!!"

"TUDUHAN LIWAT TERBARU" SIAPA SAIFUL BUKHARI??

Oleh Truckster


"Terkejut cukup terkejut apabila menerima satu SMS dari Azuar yang di forward dari Ibu Pejabat PKR yang mengatakan Pembantu Datuk Sri Anwar Ibrahim(DSAI) "ditahan dan dipaksa untuk mengaku telah diliwat"?..lalu satu report polis dibuat untuk mewujudkan satu konspirasi terbaru untuk menjatuhkan DSAI.Aku cukup tertarik membaca satu entri terbaru di blog Mat Keri (Presiden AIC, merupakan seorang yg rapat di Office DSAI), yang mendedahkan berkenaan wujudnya "Musang Berbulu Ayam", salah satu golongan Opportunist yang rakus mengejar peluang di Pejabat DSAI.


Siapa Saiful Bukhari ini? mengikut fakta, Saiful Bukhari ini merupakan bekas pembantu di Pejabat TPM Najib, bekas MPP UNITEN yang tidak berjaya menamatkan pelajaran. Apakah kelayakannya sehingga dilantik untuk membantu pemegang "Diari Merah" Anwar Ibrahim yang cukup digilai oleh Golongan Opportunist muda yang rakus, khasnya era pasca PRU12....??Celakalah Musang Berbulu Ayam.


Bila aku mendapat berita dari sahabat pukul sembilan malam tadi berkaitan cubaan menjatuhkan Anwar dengan mengenakan tuduhan liwat sekali lagi, terus aku teringat kepada sorang lagi sahabat aku yang pernah menjuarai pertandingan Blog anjuran Friedrich Naumann Foundation tentang "usang berbulu ayam"di pejabat DSAI. Untuk yang belum pernah membaca tulisan sdr Najwan, boleh layari tulisan beliau di :


Musang Berbulu Ayam (Part 1)
Musang Berbulu Ayam (Part 2)
Musang Berbulu Ayam (Part 3) - diturunkan atas arahan “staff” dari pejabat DSAI.
Dah baca? Kesimpulannya? Mudah…


Macamana nak tutup bunyi letupan C4? Dengan meletupkan lagi satu C4.


Aku kenal siapa musang berbulu ayam secara individu. Baru hari Jumaat lepas bersalaman dan bertuangan teh di rumah DSAI dalam satu perbincangan ringkas.


DSAI baru dimaklumkan tentang kelibat individu ini melalui penulis musang berbulu ayam selepas beliau pulang dari umrah tempohari. Individu ini telah merasa dirinya tidak selamat lagi di office DSAI - dan tauke C4 rasa sebelum beliau dipecat dan menuduh lebih baik bekerja dan dituduh.


Dan pada hari ini, meletuplah C4 yang ditunggu2 oleh tauke C4 tanah melayu bagi menutup pertuduhan terhadap dirinya dalam akuan bersumpah Pet yang sampai sekarang dingdongnya entah ke mana.


Anwar mungkin ditangkap dan ditahan atas isu ini. Silakan. Adili dia di mahkamah terbuka dengan membenarkan pemerhati dunia mengikuti prosiding. Pak Lah, buktikan mahkamah kamu sekarang lebih adil dari mahkamah mahadet.


Dalam masa yang sama jangan kalian lupa tentang akuan bersumpah Pet. Heret Pet bersama ke mahkamah dan panggil semua saksi2 tanpa ugutan! Buktikan Rosmah dan Najib tidak terlibat "beyond reasonable doubt"! Jangan kalian lidah bercabang dan hanya bermuka2 untuk menutup kesalahan sendiri!


Rakyat sudah dihimpit dengan inflasi yang melampau, beban hutang yang tinggi, kos hidup yang tak tertanggung, dan jenayah yang semakin parah. Rakyat sudah tidak ada apa lagi untuk dipertahankan.


Yang ada cuma maruah dan semangat untuk kembali bangun menentang kezaliman!


*Keterangan gambar Saiful Bukhari yg memakai Baju Biru semasa bertugas di pejabat TPM.
Rakyat pantang dicabarr!!!

ANWAR DIPERCAYAI 'BERLINDUNG' DI KEDUTAAN TURKI

Oleh Bernama

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menghadapi tuduhan terbaru meliwat seorang pembantunya dikatakan sedang "berlindung" dipercayai di Kedutaan Besar Turki, di ibu kota.

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata suaminya kini terpaksa "bersembunyi" setelah menerima ugutan bunuh seminggu lepas.

Sambil enggan mendedahkan lokasi sebenar Anwar, Wan Azizah berkata beliau juga sedang berunding dengan barisan peguamnya mengenai keperluan mendapatkan suaka politik untuk Anwar.

Dr Wan Azizah berkata demikian pada sidang akhbar khas bagi memberi penjelasan berhubung tuduhan kes itu di sini, Ahad.

Sehingga ini, Dr Wan Azizah atau mana-mana pemimpin PKR belum membuat laporan polis berhubung ancaman atau ugutan bunuh terhadap Anwar.

Terdahulu, Dr Wan Azizah mempertahankan Anwar dan mengatakan tuduhan liwat itu satu lagi konspirasi politik untuk memburukkan imej suaminya.

Dr Wan Azizah berkata polis sehingga ini belum mengambil keterangan daripada suaminya berhubung tuduhan itu.

Semalam, seorang lelaki berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara.

Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama Timbalan Presiden PKR Datuk Syed Husin Ali berkata sebelum tuduhan liwat itu dibuat, pemimpin PKR tidak berhasrat untuk memaklumkan kepada umum berhubung ancaman bunuh terhadap Anwar kerana bimbang akan mencetuskan rasa bimbang di kalangan pengikut PKR dan mereka yang berminat menyertai parti itu.

Menurutnya tuduhan terbaru itu juga adalah satu cubaan untuk melengahkan hasrat PKR dan pakatan parti politiknya membentuk kerajaan pusat yang baru bagi menggantikan Barisan Nasional.

Pada sidang akhbar itu, Dr Wan Azizah juga menunjukkan kepada media foto pembantu khas Anwar yang membuat laporan polis terhadap suaminya itu yang diterima melalui telefon bimbit.

Ditanya bilakah gambar itu diambil, Dr Wan Azizah berkata beliau tidak tahu dan sekadar menyebut ia diambil dari laman web Malaysia Today.

Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pula berkata PKR mempunyai bukti bahawa tuduhan liwat itu bermotifkan politik.

Selain itu, Ketua Perhubungan PKR Tian Chua berkata tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap Anwar itu tidak menjejaskan keyakinan parti terhadapnya dan parti juga tidak perlu meminta Anwar memberikan penjelasan berhubung tuduhan itu.

"Kami telah mesyuarat semalam dan keseluruhan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR memberi kepercayaan penuh terhadap Datuk Seri Anwar, serta kita anggap isu terbaru ini adalah serangan yang berniat jahat ke atas parti.

"Kami dari akar umbi ke pucuk pimpinan telah berikrar memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Di KUALA LUMPUR, sekumpulan kira-kira 30 orang pemimpin dan penyokong PKR berkumpul di hadapan kedutaan besar Turki sejak pukul 4 petang ini, dengan diawasi oleh polis.

Antara mereka ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohamad Fairuz Khairuddin dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Seorang daripada pemimpin PKR yang enggan namanya disiarkan berkata Anwar berada di kedutaan itu sejak tengah hari ini bagi mendapat perlindungan.

Bercakap kepada kumpulan pemberita, beliau berkata Dr Wan Azizah akan membuat laporan polis berhubung ancaman bunuh terhadap Anwar esok.

Sehingga pukul 6.15 petang, Dr Wan Azizah tidak kelihatan memasuki atau keluar dari kedutaan itu.

Ahad, 29 Jun 2008

SEMPENA 100 HARI PEMERINTAHAN BN MELAKA .. DOSA PADA RAKYAT MELAKA

a) Bayaran atau kelewatan pembayatan kepada kerja-kerja kontrak di bawah kroni-kroni Ketua Menteri menyebabkan ramai-ramai subkontraktor yang susah dan merana tidak dapat 'payment'.

b) Banjir yang melanda kawasan bandaraya dan Masjid Tanah dan kegagalan membuat persediaan menghadapi banjir hanya kerana ingin mengindahkan Sungai Melaka

c) Banyak Menara Telco di bina di kawasan perumahan

d) Penguatkuasaan melampau oleh MBMB ke atas peniaga-peniaga kecil dan pengusaha di Taman Melaka Raya tanpa notis

e) Gagal memulihara dan mengekalkan tempat-tempat bersejarah atau 'buzzer zone'.

f) Gagal mewakili orang Melaka untuk mendapatkan kelulusan UNESCO untuk Bukit Cina

g) Menjadikan Melaka sebuah mini DISNEYLAND yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan dan pembaziran wang rakyat

h) 6 kali berlakunya 'blackout' dalam Dun Duyong ever sejak PRU 12

i) Membangun 3 projek bandar mega yang melibatkan 3 daerah ...(Membelanjakan duit rakyat dengan banyak

j) Meneruskan projek-projek yang tidak perlu dan tidak sepatutnya yang akhirnya menjadi Gajah Putih

SUMBER :
http://damianslyeo.blogspot.com/
http://mutaligat.blogspot.com/

KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK

Paksa anak minum racun

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Hadzlihady Hassan (Metro)

SUBANG JAYA: Bebanan hutang dan tekanan perasaan dikatakan menjadi punca seorang ibu sanggup bertindak di luar batasan dengan cuba membunuh dua anak kandungnya di Seri Kembangan dekat sini, kelmarin.Dia yang bekerja sebagai jururawat dipercayai memaksa kedua-dua anak perempuannya yang berusia enam dan empat tahun minum racun rumpai selepas mendakwa cecair itu hanya air kosong.

Difahamkan, hasil siasatan awal, wanita yang mempunyai tiga anak itu memberitahu dia melakukan perbuatan berkenaan kerana mengalami tekanan perasaan dan menanggung hutang yang banyak.

Komen Tg Kudin

Inilah antara kesan yang terjadi akibat kenaikan harga minyak secara melampau oleh kerajaan zalim BN, rakyat terhimpit dan tertekan dengan pelbagai bebanan.

Sedangkan pada ketika rakyat sedang mencungap-cungap menstruktur semula perbelanjaan berikutan kenaikan yang lama Pak Lah mengumumkan minyak naik lagi.

Ini adalah secebis kisah dan di luar sana berpuluh juta rakyat Malaysia yang menghadapi permasalahan yang sama, saya pun selalu melihat kenderaan tersadai di tepi jalan selepas kenaikan ini kerana kehabisan minyak disebabkan pengguna masih lagi belum dapat menerima realiti bahawa harga minyak dah naik begitu tinggi.

Dan yang sedihnya kebanyakkan mereka ialah orang Umno/Bn yang kuat mempertahankan Umnoi pada PRU dulu, padan le muka korang.

SUMBER :
www.generasiparameswara.blogspot.com

PEMBUKAAN STARBUCKS DI IPTA, SUATU BENTUK PENJAJAHAN

OLEH: Sdr. Ahmad Nadhir bin Yob

Ketika sedang sibuk melayari internet,tiba-tiba saya terpandang satu artikel di ruangan mutakhir di laman web berita harian.Artikel itu bertajuk kerajaan meluluskan pembukaan Starbucks café di IPTA.Menurut kata menteri pengajian tinggi,datuk khalid nordin pembukaan café tersebut adalah bertujuan untuk meluaskan penggunaan wifi di IPTA.

Tidakah kita melihat perkara ini sebagai satu pembaziran,Seperti yang sudah sedia maklum,rakyat pada ketika ini sedang bergelut dengan masalah kenaikan harga minyak dan harga barang.Antara golongan yang merasai kesan ini adalah golongan mahasiswa.

Golongan mahasiswa sudah lama terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi,ditambah pula dengan kadar pinjaman dan biasiswa yang tidak mencukupi.Tidakah pembukaan café ini akan mengalakkan pembaziran di kalangan pelajar ipt.Ini juga akan menggalakan pelajar berbelanja mewah.Pembukaan café ini juga akan menyuburkan budaya lepak di kalangan pelajar.

Seperti yang kita sedia maklum,café Starbucks dimilik oleh golongan yahudi latnatullah.Adakah kita mahu bakal pemimpin kita menjadi para penyokong kepada golongan yang telah membunuh dan menyeksa saudara kita di palestin?adakah kita mahu minda golongan terpelajar seperti ini dipengaruhi oleh barat?

Bagi pendapat saya pengunaan wifi boleh diperluaskan di IPTA dengan cara yang lebih baik.Tidak semestinya dengan membuka kios-kios seperti ini.Pihak kerajaan dan universiti seharusnya meningkatkan lagi kemudahan wayerless di desasiswa,kompleks dewan-dewan kuliah dan tempat strategic di universiti.Pihak universiti juga harus memikirkan tentang kos sara hidup pelajar yang semakin meninkat rentetan krisis harga minyak.

Jika kita mengimbas semula sejarah,PMIUM pernah mengadakan demonstrasi membantah pembukaaan restoran Mcdonald’s di UM pada tahun 1999.Alasannya adalah tidak mahu UM dijajah.Perkara yang sama sedang berlaku.Harapan saya agar pihak kementerian pengajian tinggi menyemak semula perkara ini.

JASINDAILY : Apa relevannya bila STARBUCK dibuka di IPTA. Jika kemudahan WIFI yang menjadi topik utama Menteri dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi adalah tidak wajar dengan membuka STARBUCK yang mana harga minumannya yang mahal dan tidak sesuai dengan keadaan pelajar yang memerlukan wang ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Tambahan pula STARBUCK merupakan hak milik Yahudi seperti yang dinyatakan dalam artikel diatas. Jadi wajarlah KPT menyemak kembali kenyataan yang dibuat baru-baru ini. Lainlah kalau Jemaah Menteri sanggup memotong 5% gaji mereka setiap bulan untuk disalurkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan

p/s : Malu dengan kenyataan Idris Haron dalam Akhar Berita Hairan..lagi memalukan yang dia juga MP Melaka....

ALI RUSTAM GESA BATALKAN DEBAT SHABERRY & ANWAR

MELAKA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersetuju jika Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan kenaikan harga minyak.

Beliau berkata adalah tidak wajar bagi RTM yang dimiliki kerajaan, jika mahu menyiarkan debat itu yang melibatkan Anwar yang sering menghentam kerajaan Barisan Nasional.


"Usaha ini langsung tidak relevan dan perlu dibatalkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Melaka di sini, hari ini.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka mengulas penganjuran debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily yang dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu mungkin disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.

Anwar sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan termasuk semasa kempen pilihan raya umum lepas bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak jika memerintah.

Mohd Ali berkata ramai lagi pemimpin yang mempunyai kreadibiliti dan bekerja keras membantu kerajaan boleh diundang untuk berdialog dan disiarkan melalui televisyen.

"Pertubuhan bukan kerajaan banyak membantu kerajaan menerangkan kepada rakyat supaya faham, kenapa tidak panggil mereka ini berdialog di televisyen daripada memberi tempat kepada orang yang hari-hari mengata kerajaan," katanya

JASINDAILY : Alahaii Pak Ali..awatla hang takut sangat dengan debat ni ataupun ko sendiri yang hendak berdebat dengan Anwar.....apala 'bacul' sangat Ketua Menteri aku ni....yang dia tahu cuma menganggu ceramah orang jer....

PEMUDA PAS SELANGOR SANGKAT MAT TAIB

Oleh Ariffuddin Ishak, Mstar

PJ: "Itu pandangan naif dari seorang veteran dalam politik," kata Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Sallehen Mukhyi mengenai kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berhubung kedudukan Pas Selangor dalam Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya Sallehen menasihatkan pemimpin Umno itu memperkukuhkan dahulu kepimpinan dalaman Umno sebelum membuat percaturan mengenai kedudukan Pas.

Beliau berkata demikian kepada mStar Online bagi mengulas mengenai laporan media berhubung kenyataan Muhammad yang tidak menolak kemungkinan Pas Selangor akan keluar dari PR di negeri itu berdasarkan masalah dalaman serta salah faham antara parti-parti yang berkaitan.

"Saya melihat kelantangan kami (Pas) menyuarakan pendapat kepada kerajaan negeri adalah sesuatu yang dinamik.

"Inilah demokrasi yang diamalkan PR kerana semua pihak berhak untuk menyuarakan pandangan yang berbeza," katanya.

Beliau menyifatkan kebebasan bersuara secara terbuka yang diamalkan PR berupaya memperkukuhkan lagi kepimpinan PR di Selangor.

BERITA BERKAITAN
"Tak mustahil PAS Selangor akan keluar Pakatan" Mat Taib

DEMO DI DATARAN PAHLAWAN DAPAT SAMBUTAN HEBAT


Demonstrasi di depan pintu masuk Mega Mall Dataran Pahlawan petang tadi mendapat sambutan hangat apabila disertai kira-kira 500 orang.

Polis yang tiba dari awal berkumpul dikawasan demo sejak jam 2.00 petang lagi. Seperti demo-demo sebelum ini pihak Polis tidak membenarkan penganjur menggunakan 'hailer' ketika memberikan ucapan.


Peserta demo meneriakkan reformasi, turun minyak, turun Pak Lah dan bertakbir meriuhkan suasana di hadapan Mega Mall tersebut. Ianya telah menarik ramai diantara pengunjung Mega Mall dan Mahkota Parade untuk bersama-sama menyertai demo tersebut.

Ramai pemerhati menyifatkan demo hari ini berjaya kerana ianya mendapat sambutan yang baik dari para pengunjung kawasan
tersebut serta juga pemandu-pemandu kenderaan yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang menyampaikan ucapan pada demo tersebut ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Melaka, Tan Seng Toh, Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Melaka, Yusof Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Pusat, Ginnie Lim dan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka.

Demo turut disertai oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Harun Mohamed, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri Melaka, Hajah Sofiah Ahmad, pimpinan PKR dan PAS Bahagian dan Kawasan.

Demo anjuran Pakatan Rakyat dan PROTES tersebut merupakan siri kelima demo yang dianjurkan oleh rakyat Melaka selepas di adakan di Pekan Masjid Tanah, Pekan Jasin, Melaka Sentral, Air Terjun Bukit Sebukor Bukit Baru.

SUMBER : www.mutaligat.blogspot.com

Sabtu, 28 Jun 2008

ADO ORE MARAH, GINCU TOK LEH!!- GILER APE MASHITAH NIHH....

Ustazah Had Hari komen pasal isu gincu & tumit tinggi...kontroversi la juga..almaklumlah setiap kali hujah beliau la ni menjadi semakin kontroversi selepas menjadi balaci UMNO....selepas di'HALAL'kan berzina la ni kuar satu lagi kenyataan belaiu dengan membidas Majlis Pembandaran Kota Bharu...

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) melarang peniaga dan wanita Islam di negeri itu bergincu dan berkasut tinggi.

Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan Islam, ia bukan caranya untuk memaksa rakyat negara ini untuk berbuat demikian sebaliknya menyediakan sistem yang memudahkan orang ramai melaksanakan tuntutan dalam agama Islam.

"Kita tidak memaksa seperti mana MPKB yang mendakwa mereka sebagai Bandaraya Islam, tetapi penerapan yang mereka lakukan lebih kepada kekerasan dan denda...kalau pakai tudung tak labuh kena denda.

"Saya tak setuju dengan pandangan mereka supaya memakai tudung kerana dalam Islam bukan pakai tudung tetapi menutup aurat, bagaimana hendak pakai tudung, terpulang kepada wanita itu asalkan mereka mengikut syarat yang dikehendaki.

"Kenapa nak cegah wanita bersolek...cantik itu dibolehkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Anan Che Mohd.

Seminar anjuran Jakim dengan kerjasama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) dan Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya (UM) disertai lebih 100 pensyarah membabitkan 20 institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

Mashitah berkata, beliau kesal kerana MPKB lebih memperbesarkan isu remeh temeh berbanding memikirkan masalah gejala sosial yang perlu diberi keutamaan.

"Sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan isu yang lebih besar daripada isu memakai tudung seperti isu pengkid dan menangani masalah sosial. Cara mereka memaksa dan mendenda tak kena sebaliknya dalam Islam apa yang perlu, kita patuhi mengikut hukum dan syarat.

"Tumpuan seperti itu perlu diberi keutamaan daripada tumpuan yang lebih kecil. Inilah masalah orang Islam lebih mementingkan perkara kecil manakala tumpuan yang lebih besar ditinggalkan.

"Wanita perlu diterapkan dengan aspek meningkatkan taraf ekonomi keluarga bukannya memandang dari sudut pemakaian tudungnya sama ada labuh atau pendek atau kasutnya tinggi dan berbunyi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tindakan MPKB yang menyebarkan risalah etika pakaian yang dikuatkuasakan terhadap peniaga dan pekerja wanita Islam di Kelantan, yang turut membabitkan larangan pemakaian gincu, kasut tumit tinggi serta gelang kaki ketika menjalankan perniagaan dan berdepan orang ramai.

Kod etika itu disebarkan menerusi pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian yang ditandatangani Yang Dipertua MPKB, Shafie Ismail bertarikh 28 Mei 2008

Jasindaily : Jelik sungguh dengan ulasan Ustazah Hadhari ini, dulu bertudung labuh, litup dan berseri..la ni akibat mahu mengampu kerajaan terutama Imam beliau segala hukum hakam disisihkan..

Apa yang menyebabkan saya terkilan dengan kenyataan beliau dimana kenyataan beliau "Mashitah berkata, beliau kesal kerana MPKB lebih memperbesarkan isu remeh temeh berbanding memikirkan masalah gejala sosial yang perlu diberi keutamaan". Ya Allah, sampai macam tu sekali hujah beliau.

Persoalannya, adakah isu penglibatan pemakaian wanita atau remaja masa kini termasuk isu yang remeh ?? Adakah dengan memakai seluar yang menanmpakkan seluar dalam, berpakaian seperti berbogel sehingga menampak dada adalah remeh ?? Tidakkah beliau berfikir bahawa pakaian2 sebegini boleh merangsang kepada terjurusnya kepada masalah gejala sosial dan trus ke lembah penzinaan. Adakah beliau memang tidak pernah memikirkan kesannya dikemudian hari ?? Adalah malang jika level pemikiran Timb. Menteri Malaysia hanya ditahap ini. Akibat mahu menjadi pencacai dan balaci kepada pemimpin yang korup beliau sanggup membelakang Agama serta Akidah....Moga terbuka hati beliau suatu hari nanti..

GERAM DAN TERTEKAN AKIBAT KENAIKAN HARGA MINYAK

Fauzi, Melaka

Saya nak berkongsi maklumat dengan rakan semua tentang perkembangan selepas kenaikan harga minyak. Mudah-mudahan dapat mengurangkan sikit tekanan yang saya rasakan.

Kenaikan harga minyak merupakan fasa pertama yang dirasakan secara 'direct' oleh semua pengguna kenderaan. Semua mengeluh dan merungut. Sekarang saya merasakan fasa kedua telah bermula bila harga barangan mula naik. Kos sara hidup meningkat. Ramai yang merungut yang perbelanjaan mereka meningkat.


Kalau dulu mereka dapat membeli barang keperluan dapur dengan sekian RM tapi kini dengan nilai yang sama mereka tidak lagi dapat membeli barangan yang sama banyaknya.

Baru-baru ini TNB mengumumkan kenaikan tariff baru bermula 1 Julai kesan kenaikan harga minyak. Kenaikan ini memberi kesan yang besar kepada pelabur-pelabur di Malaysia.

Kos pengeluaran meningkat. Di dalam dunia global yang kompetetif sukar bagi syarikat untuk menaikkan harga produk mereka kerana mereka bersaing dengan pengeluar di peringkat antarabangsa.

Langkah awal syarikat di Malaysia mestilah mengurangkan kos pengeluaran termasuklah mengurangkan kos buruh melalui pengurangan 'overtime' atau membuat polisi 'zero overtime'.

Dahlah perbelanjaan pengguna meningkat, perndapatan mereka pula berkurangan. 'Sudah jatuh ditimpa tangga. Tindakan lebih drastik ialah mengurangkan pekerja. Bertambah malang nasib pekerja syarikat yang diberhentikan kerana peluang untuk mencari perkerjaan semakin sukar. Semua syarikat mengambil langkah mengurangkan pekerja, bukan menambah pekerja. Kemudian syarikat mendapati mereka tidak dapat menampung kos yang meningkat menyebabkan syarikat kerugian. Akhirnya keputusan terpaksa diambil untuk memindahkan operasi syarikat ke negara lain untuk mengekalkan 'survival' syarikat.

Beribu-ribu akan kehilangan pekerjaan. Mungkin ketika ini fasa ke-3 akan bermula kerana perkerja yang diberhentikan akan melalui kesempitan hidup hingga melibatkan diri dengan kegiatan yang melanggar undang-undang. Jenayah meningkat dan tahap keselamatan rakyat tidak lagi terjamin. Bila memikirkan kesan bertali arus dari kenaikan harga minyak, hati saya amat marah.

Saya mungkin terpaksa mengurangkan perkerja di bawah saya, Yang mana satu saya harus pilih untuk dikekalkan. Bagaimana saya nak menghadapi pekerja saya sekiranya saya perlu memberitahu mereka, pihak syarikat dalam proses mengurangkan pekerja dan perkhidmatan anda tak diperlukan lagi.

Bagaimana mereka hendak meneruskan hidup mereka dengan kenaikan kos sara hidup. Ada yang dah berkeluarga. Semuanya bermain dalam fikiran. Apakah jalan penyelesaiannya? Mungkin ada rakan di luar sana yang boleh membantu.

Wassalam

Fauzi, Melaka

KERAJAAN NEGERI MELAKA GOPOH

MELAKA (Sinar Harian) - Kerajaan Negeri Melaka diselar kerana terburu-buru ingin melaksanakan projek perlombongan bijih timah di pesisiran pantai Kuala Sungai Baru tanpa mengkaji terlebih dulu kesannya kepada para nelayan dan eko-sistem kawasan tersebut.

Menurut Ahli Jawatankuasa Penerangan PAS Melaka, Zaili Muhamad Imbiah, bahawa tindakan kerajaan negeri itu tidak bertanggungjawab dan hanya menjaga kepentingan pihak tertentu tanpa memikirkan masalah para nelayan yang bakal kehilangan punca pendapatan.

"Bagaimana kerajaan negeri boleh meluluskan projek ini dan saya difahamkan bahawa kerja pengorekan sudahpun dijalankan sedangkan kajian mengenai kesannya kepada eko-sistem dan 'survival' hidup nelayan belum lagi dibuat," katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Dato' Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mengatakan laporan impak projek tersebut belum siap sebelum mempertimbangkan syarat pampasan yang dikemukakan oleh nelayan terbabit sebelum ini.

"Nelayan mengadu pendapatan mereka terjejas teruk kerana projek itu memusnahkan lubuk ikan dan udang, merosakkan jaring atau pukat mereka dan tiada jaminan nelayan akan mendapat hasil seperti sebelumnya selepas 7 tahun projek itu dijalankan.

"Sebenarnya pampasan yang diminta itu tidaklah sebesar manapun kalau dibandingkan dengan kerugian bagi jangka masa panjang yang akan ditanggung oleh mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup sebagai nelayan," kata Zaili.

Beliau mencadangkan kepada kerajaan negeri sekiranya ingin meneruskan juga projek itu supaya merangka satu pelan tindakan yang lebih menjamin masa depan nelayan seperti Skim Perberhentian Pekerja yang biasa dilaksanakan di negara ini.

"Saya melihat kerajaan negeri berdolak-dalih dalam isu ini bagi melepaskan diri daripada bersungguh-sungguh ingin membantu para nelayan dan kita tidak mahu nasib malang yang menimpa nelayan di Klebang menerima pampasan RM 45 berulang lagi.

"Projek ini bukan sahaja menjejaskan 435 orang nelayan itu sahaja bahkan ianya akan menjejaskan keseluruhan penduduk di sepanjang pantai tersebut yang bakal terdedah dengan pelbagai ancaman seperti hakisan pantai dan sebagainya," katanya.

Kerajaan negeri yang bertindak sebagai orang tengah kepada tiga syarikat bijih timah itu cuma bersetuju dengan pampasan sebanyak RM 1,600 untuk nelayan laut dalam dan RM 500 untuk nelayan kecil setahun.

Ali Rustam dalam kenyataannya sebelum ini meminta nelayan menerima sahaja pampasan yang telah dicadangkan itu dan kerajaan negeri tidak dapat berjanji untuk memenuhi permintaan nelayan kerana ianya bergantung kepada hasil pendapatan perlombongan bijih timah tersebut.

Selasa, 24 Jun 2008

STADIUM HANG JEBAT DAH LAYAK JADI MUZIUM..

Blog mutaligat (http://mutaligat.blogspot.com/) melaporkan bahawa Stadium Hang Jebat yang satu ketika dahulu (ketika baru siap dibina) sangat dibanggakan oleh Ali Rustam, kini menjadi stadium yang terbiar tanpa diselenggarakan dengan baik.

Blog tersebut melaporkan bahawa tumbuhan tumbuh meliar tidak dipotong, tandas kotor, lumut 'bercambah' dibahagian bawah lantai tempat duduk penonton.Mengapa terjadi sedemikian. Apakah pihak berwajib sudah tidak ada wang untuk menyelenggarakannya. Bina ada duit, selenggara tiada duit? Pelik tapi benar.

Lebih malang lagi menurut sumber yang boleh dipercayai, stadium itu jarang digunakan.

Jika ia jarang digunakan mengapa ia dibina. Bukankah Melaka sudah mempunyai Stadium Kubu (Hang Tuah) yang bersejarah itu.Kita harap pihak berwajib segera memperbaiki kelemahan ini......jangan nanti Stadium ini jadi kandang kambing dan tempat melepak mat-mat gian....Sila layari
http://mutaligat.blogspot.com/ untuk melihat gambar-gambar secara dekat.

Jasindaily : macam mana agaknya bila Melaka menjadi tuan rumah untuk SUKMA 2010...Apa khabar la agaknya dengan stadium atau kompleks sukan selepas tamat SUKMA tersebut...sama-sama kita nantikan 2 tahun lagi...MELAKA, CEMERLANG, GEMILANG, TEMBERANG !!

PAS, JANGAN BELOT !!

Berita para pemimpin PAS ke London bertemu komplot balaci pembelot Umno untuk 'memeluk' Umno diharap sekadar khabar angin atau perang saraf pengkhianat Melayu Umno dengan niat memecah-belahkan perpaduan di kalangan ahli PAS juga Pakatan Rakyat! Amat diharap tidak benar tapi jika benar bermakna pemimpin PAS yang ke sana hanya mengiakan segala kebejatan yang dilakukan selama ini terhadap perjuangan PAS yang dilihat sangat mengancam kehidupan parti karat lagi pembelot pada agama dan bangsa itu!

Jangan lupa segala penghinaan dan cacian terhadap PAS, ideologinya menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini diperlekeh malah pernah di'main belakang' suatu masa dahulu oleh parti karat yang haprak itu! Lupakah juga bagaimana Melayu pembelot daripada Umno juga yang bersekongkol dengan anasir luar menuntut kemerdekaan konon dengan melenyapkan perjuangan para-para pejuang terdahulu seperti Allahyarham Dr Burhanuddin Helmi, Boestaman dan ramai lagi ,sehingga merelakan kemerdekaan palsu oleh Lord Reid dengan perlembagaan yang cacamarba ,sehingga termaktub hak dan kebebasan beragama bangsa masing-masing sehingga terkini berani menuntut hak dalam perlembagaan untuk menggunakan perkataan ALLAH dalam agama Kristian menggantikan God mereka juga Holy Father dan sebagainya dalam mahkamah!

Kini mereka tambah berani kerana telah tercatat dalam perlembagaan palsu itu hak kebebasan beragama dan hak samarata yang lain, tidak terfikirkah Melayu Umno yang konon menuntut kemerdekaan kerana kegelojohan mereka yang akan meranapkan hak orang Melayu di bumi sendiri di kala itu! Merelakan kemusnahan hak bangsa sendiri dan agama dalam perlembagaan menuntut kemerdekaan yang palsu juga merugikan? Di mana otak pemimpin Umno pada waktu itu? Kini hanya mampu bagi mereka katakan ialah ini perkara kecil saja tapi dengan tidak malu berteriak mempertahankan hak ketuanan Melayu konon!

Lupakah mereka akan kepayahan dan kesengsaraan yang diharungi para pejuang dahulu sebelum Umno mengkhianati segala keazaban perjuangan mereka? Kini keadaan sangat tenat bagi rakyat setelah tergadainya maruah dan hak warisan Semenanjung Tanah Melayu sejak mendapat kemerdekaan palsu itu oleh para pejuang 'palsu' Umno itu, dengan menafikan pejuang-pejuang Kemerdekaan tulen!

Berbalik pada kes ke London yang diharap juga palsu Jikalau benar maka bersiaplah PAS menuju kehancuran, di mana bukan sahaja ahli PAS malah yang penyokong bukan Melayu dan Islam juga akan membenci PAS sampai mati! Kepercayaan dan sokongan pada PAS tidak sepatutnya dileburkan hanya demi hujah akhafu al-darurain (memilih yang lebih ringan bahayanya) yang nampak sangat menguntungkan parti karat yang sedang nazak itu!

Moga berita itu hanya khabar angin pekung seperti yang selalu dilepas daripada belakang oleh pemimpin-pemimpin Umno pembelot, tapi jika benar maka kelajuan pada kemusnahan terbayang bagi PAS yang akan menyaksikan berduyun-duyun ahlinya keluar daripada parti yang selama ini diharap dapat memberi satu wadah sebenar tapi kian malap, kita sama-sama berdoa agar ini tidak benar seperti juga kata-kata Saudara Abu Nasrullah janganlah PAS sertai BN kerana ini hanya akan memusnahkan PAS, wassalam

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Oleh: jingoza

EZAM: TROJAN HORSE ATAU HULUBALANG BARU UMNO?

Oleh Warisan Tamar

EZAM sudah sinonim dengan arus reformasi di akhir 90an. Bekas Ketua Angkatan Muda PKR ini kemudiannya memilih untuk berada di luar PKR atas sebab hilang kepercayaan dengan prinsip perjuangan PKR yang didakwa sudah menyimpang dari matlamat asal. Beliau memilih untuk 'mengabdikan diri' dengan platform GERAK yang beliau terajui walaupun ada ura-ura beliau akan menjadi calon pada PRU12 yang lalu. Akhirnya 28 haribulan Mei 2008 yang 'panas' dipilih untuk meledakkan lagi suhu politik negara dengan mengesahkan cakap-cakap beliau akan kembali ke dalam UMNO. Beliau sah memohon menjadi ahli UMNO dengan 'mas kahwinnya' sebanyak RM100 seumur hidup.

Apabila saya memilih untuk menulis berkaitan Ezam, sahabat saya mempersoalkan apa pentingnya beliau kepada politik kebangsaan kita? Benar dia bukanlah negarawan yang tersohor. Malah jika diukur tahap sumbangan kepada negara dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir, dia jauh ketinggalan. Namun pada saat ini mereka telah memilih untuk berada di laluan yang berbeza sama sekali. Seorang 'menentang' Pak Lah, seorang lagi 'menyokong' Pak Lah.

Ezam pada saya bukanlah penting sangat. Yang menjadikannya penting adalah persepsi dan spekulasi yang dicetuskan oleh 'movement' Ezam mutakhir ini. Tanpa persepsi dan spekulasi, nasib politik Ezam di dalam UMNO (jika diterima masuk) mungkin senasib dengan beberapa bekas pemimpin PKR yang menyertai semula UMNO sebelum ini.

Bagi yang pernah mendengar kelantangan Ezam di pentas ceramah terutamanya dalam memperjuangkan keadilan dan bekas mentornya Datuk Seri Anwar Ibrahim, tentu mengingati bagaimana tajam dan bisanya perkataan dan ayat yang digunakan terutamanya bila menyentuh isu yang berkait rapat dengan UMNO – parti yang beliau junjung ketika ini. Ini juga yang sangat mendalam kesannya kepada beberapa pemimpin UMNO. Kecurigaan dan was-was dengan nawaitu Ezam tidak disembunyikan lagi.

"Saya tak nampak apa istimewanya kemasukan Ezam. Pada saya kemasukan biasalah. Tetapi dia (Ezam) yang tidak biasa, ada rekod. Kita kena teliti secara halus dan semasak-masaknya," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO.

Datuk Seri Dr Rais Yatim pula berpendapat kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menimbulkan rasa curiga kerana ia berlaku secara tiba-tiba tanpa dirundingkan terlebih dahulu dengan Jawatankuasa Pengurusan parti. ''Saya dapat tahu Jawatankuasa Pengurusan parti yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak serta dibantu oleh Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibawa berunding terlebih dahulu, malah tidak dirujuk pun kepada Majlis Tertinggi (MT). Secara tiba-tiba sahaja satu pihak lagi begitu kuat mahu bawa masuk Ezam."

Siapa pula pihak yang dimaksudkan oleh DS Rais Yatim? Orang politik biasanya amat mudah 'menangkap' insan yang beliau maksudkan. Samada ia adalah orang yang dimaksudkan oleh DS Rais Yatim, hanya beliau (DS Rais) yang tahu.


Lagi kata beliau ia sungguh berbeza dengan ahli-ahli Semangat 46 (S46) dulu kerana proses kemasukan ahli (ke UMNO) sahaja memakan masa sembilan bulan dan macam-macam aspek diteliti tetapi sekarang orang yang tempelak UMNO boleh diterima 'pada minggu depan'.

Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda UMNO (KJ) melalui website beliau menjelaskan bahawa beliau tiada kaitan dengan hal permohonan kemasukan Ezam ke dalam UMNO. Kesian KJ!!! Mentang-mentanglah Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang mengaturkan pertemuan Ezam dengan Pak Lah di bangunan Parlimen. Kata Khairy lagi, kalau benar Ezam itu hadiah kuda Trojan, beliaulah orang pertama yang akan membakar kuda tersebut. Kalau setakat hadiah sabun serbuk pencuci Trojan, biarkanlah KJ!.

Tan Sri Muhamad Muhd Taib, Ketua Penerangan UMNO pula menjelaskan bahawa kemasukan Ezam ke dalam UMNO akan melalui proses yang sepatutnya. Permohonan Ezam hanya akan diketahui dalam beberapa minggu lagi iaitu selepas MT UMNO bersidang.

Dalam pada komen-komen pemimpin UMNO itu, tiba-tiba muncul pula Senator Datuk Musa Sheikh Fadzil, Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam dengan cadangan yang 'hangat'. Hadapkan TS Muhyiddin dan DS Rais ke meja lembaga disiplin UMNO kerana kelancangan membicarakan isu Ezam yang dikira beliau 'isu dalam kelambu UMNO' dan tidak sepatutnya dibincang secara terbuka.

Sebelum ini, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung UMNO sudah bersuara supaya Datuk Zaid Ibrahim (Menteri dilantik menjaga undang-undang), Datuk Mukhriz Mahathir (AP Jerlun) dan Datuk Tajuddin Abd Rahman (AP Pasir Salak) dihadapkan ke muka pengadilan UMNO.

Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata 'UMNO mengamalkan demokrasi'. Bererti apalah sangat nak mendakwa mereka sedangkan banyak lagi perkara yang lebih penting untuk diuruskan.

Panas memang panas. Itulah UMNO selepas PRU12. Hinggakan ahli akademik juga turut melontarkan pendapat. Mereka ini boleh juga dihadapkan ke muka pengadilan UMNO, itu pun kalau mereka ahli UMNO. Kalau tidak, mereka kira berlesenlah dalam memperkatakan tentang isu-isu semasa dalam UMNO. Sudahnya orang mula berpersepsi, ahli UMNO tidak boleh bersuara tentang isu UMNO tapi kalau bukan ahli UMNO tidak ada masalah. Entahlah kalau institusi dimana mereka bernaung juga bertindak mengeluarkan 'show cause' dan menjalankan `domestic inquiry'.

Pensyarah Pembangunan Sosial Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, penyertaan semula Ezam secara tidak langsung bakal mencetuskan konflik dalaman dalam Umno. Lebih menimbulkan keraguan ialah saluran yang digunakan Ezam untuk masuk semula menjadi ahli Umno. Tambahnya lagi, Ezam boleh dianggap sebagai aset kepada pihak tertentu untuk membantu mereka meraih undian kerana ramai lagi kawan-kawan dia dalam Umno. Masalahnya dia (Ezam) pernah menjadi orang kuat PKR yang cukup lantang mengkritik Umno... jika ahli biasa PKR yang nak masuk Umno, saya tak fikir akan wujudnya masalah," jelasnya.

Sementara itu pula, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Agus Yusoff berpendapat kesan kemasukan semula Ezam ke dalam Umno akan dapat dilihat jika beliau boleh membantu untuk memulihkan Umno dari dalam. Cabaran untuk Ezam ialah jika dia tidak berjaya membantu bawa perubahan dalam Umno, dia akan jadi bahan ketawa semua orang sama ada PKR mahupun ahli Umno sendiri," jelasnya.

Reaksi berbeza pula diberikan oleh Pengarah Institut Kajian Etnik UKM, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin yang berpendapat isu Ezam kembali menyertai Umno adalah perkara biasa. Beliau menyifatkan kepulangan Ezam seolah-olah menggambarkan keadaan politik Malaysia yang boleh diibaratkan seperti "monyet yang suka lompat-lompat." Hari ini dia suka... dia masuk, esok dia dah tak suka dia ambil keputusan keluar parti sesuka hati. Tiada siapa boleh halang.

Retreat MT UMNO di Shah Alam selama 2 hari pada minggu ini (minggu pertama Jun 2008) mungkin juga akan membincangkan isu yang dikaitkan dengan 'hadiah kuda trojan'. Adakah MT UMNO bersetuju menerima Ezam dan rakan-rakan dengan mudah atau melalui satu proses yang lebih panjang sepertimana kemasukan ahli Semangat 46 seperti dakwa DS Rais Yatim?

Seperti kata Ezam, saya tidak rugi apa-apa (jika tidak diterima masuk ke dalam UMNO), terpulanglah kepada MT UMNO. Mesej yang beliau berikan membawa erti yang cukup mendalam jika kita memanjangkan lagi persepsi dan melahirkan spekulasi yang baru.

Saya berpendapat bahawa tindakan mengheboh-hebohkan kemasukan Ezam & Friends ke dalam UMNO kemudian 'diiring' oleh Timbalan Menteri dari Stesen Sentral KL hingga disambut bagai VIP a.k.a hulubalang yang baru kembali dari medan perang dan diberi ruang pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri di bangunan Parlimen (nasib baik tiada paluan kompang dan bungga manggar) merupakan satu tindakan yang terlalu advanced. Hinggakan beberapa pemimpin atasan UMNO berasa 'kecil hati dan terpinggir' kerana ia tidak pun dibincangkan dengan mereka. Ia diibaratkan satu pertemuan a.k.a permohonan kemasukan UMNO yang sudah ada 'aturcara' dan hanya 'mereka' yang tertentu sahaja mempunyai akses terhadap 'movement' pada hari tersebut. Datuk Seri Hishamuddin, Ketua Pemuda UMNO khabarnya hanya kebetulan berada dilokasi dan tidak melibatkan diri dalam `mengiring' Ezam bertemu PM.

Apakah ada pihak yang merasakan dengan berjayanya mengajak masuk bekas nama besar dari parti lawan UMNO menunjukkan mereka lebih gah dari pemimpin atasan yang ada? Adakah tindakan menghebohkan permohonan kemasukan Ezam ke dalam UMNO sebagai jawapan balas kepada spekulasi akan berlakunya 'lompatan' ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat seperti dakwa DS Anwar?

Yang pasti secara tidak langsung, Ezam telah membuatkan UMNO 'heboh dan kecoh' dengan permohonan beliau. Kesannya bukan UMNO yang dilihat hebat (kerana berjaya memancing Ezam ke dalam UMNO) tapi Ezam yang lebih hebat (kerana membuatkan UMNO 'serba salah' samada mahu menerima 'tawaran' Ezam menjadi ahli UMNO atau sebaliknya.)


Insan bernama Mohamad Ezam Mohd Nor telah berjaya memanjangkan lagi persepsi dan melahirkan spekulasi baru politik di dalam UMNO.

Adakah beliau (Ezam) benar-benar 'hadiah kuda trojan' atau akan menjadi hulubalang UMNO? Seperti kata Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin `rasanya tak perlu kita meneka kesan atau perubahan yang mungkin terjadi bila Ezam masuk Umno. Lebih baik tunggu dan lihat sahaja kerana apa saja kemungkinan boleh berlaku dalam politik'.

Untuk memberikan respons / komen, sila ke:
http://warisantamar.blogspot.com/

ISA SAMAD BEBAS DARI 'TALI GANTUNG' BERKUATKUASA HARI INI

Oleh Wartawan KLpos.com

BEKAS Naib Presiden Umno Tan Sri Isa Samad yang digantung keahlian berikutan tuduhan rasuah politik tiga tahun lalu, hari ini mengesahkan beliau sudah 'bebas'.

AgendaNews dalam smsnya melaporkan bahawa Isa sudah menerima surat pembebasan dari pengantungannya Jumaat lalu.

"Surat itu berkuatkuasa hari ini," kata Isa dipetik AgendaNews.

Jawatan terakhir Isa Samad dalam Kabinet adalah Menteri Wilayah Persekutuan.

KEDAH TEBANG BALAK JIKA TIADA PAMPASAN

Kerajaan negeri Kedah akan mengotakan cadangannya untuk menebang balak di kawasan tadahan air di negeri ini sekiranya kerajaan pusat masih enggan membayar pampasan hasil balak sebanyak RM100 juta setahun kepadanya.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri memerlukan wang tersebut untuk menampung belanja pengurusan dan melaksanakan projek pembangunan, berikutan kenaikan harga minyak 5 Jun lalu.


"Kita dah banyak kali menulis surat kepada kerajaan pusat dan kementerian mengenai pampasan itu tetapi tidak dilayan. Jika balak tidak dipotong kita tidak ada wang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditanya tentang kenyataannya semalam bahawa kerajaan negeri akan menebang balak di kawasan tadahan air, demikian menurut laporan Bernama.

Azizan mengumumkan cadangan tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri, dan berkata langkah tersebut sebagai tindak balas terhadap kelewatan kerajaan pusat membayar pampasan hasil balak yang dituntut kerajaan negeri.

Beliau hari ini berkata tidak salah bagi kerajaan negeri untuk menebang balak di kawasan tadahan kerana hasilnya akan digunakan bagi menjana ekonomi negeri.

"Kita dah banyak berkorban dengan tidak mengambil balak di kawasan simpanan dan tadahan supaya dapat membekalkan air kepada Pulau Pinang dan Perlis untuk kegunaan industri, pertanian dan minuman tanpa mendapat bayaran.

Hasil balak RM16b

"Sebab nak jaga kawasan itu kita kehilangan hasil bumi. Kami orang Kedah nak makan apa. Kerajaan pusat hantar duit mai tak apa la.

"Salahkah kerajaan negeri lakukan ini untuk rakyat dia. Kalau balak itu diambil untuk menteri besar atau exconya, itu barulah salah," kata Azizan.

Beliau berkata atas alasan itu kerajaan negeri mempunyai sebab kukuh untuk menebang balak di tanah miliknya.

Ditanya mengenai kesan penebangan balak terhadap alam sekitar di kawasan terbabit, Azizan berkata: "Kita tahu polisi itu tetapi sampai orang yang tinggal di tepi laut nak makan pun tidak cukup, nak buat apa. Itu tidak boleh, ini tidak boleh."

Katanya sebagai balasan kerana mempertahankan alam sekitar kerajaan pusat wajar membuat "pembayaran perkhidmatan alam sekitar" kepada kerajaan negeri setiap tahun.

Beliau berkata dari kajian yang dibuat, hasil balak Kedah bernilai RM16 bilion dan jumlah yang akan ditebang memberikan hasil kira-kira RM100 juta setahun kepada kerajaan negeri.

Katanya beliau tidak akan menunggu isyarat atau kelulusan kerajaan pusat untuk memanggil tender terbuka walaupun Kabinet pada Mei 2003 telah memutuskan melarang semua aktiviti pembalakan di kawasan Empangan Pedu, Empangan Ahning dan beberapa kawasan hutan di daerah Padang Terap dan Sik.
Berjuang,berjuang, berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog :
http://perisikrakyat.blogspot.com/

ANTARA SOKONGAN BAWA REBAH VS SOKONGAN RAKYAT

Oleh izad

"Sejak kebelakangan ini kesian Pak Menteri & Pengampu BN terpaksa bersusah payah menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Rakyat pada Kerajaan Paling Bijak di dunia. Setiap kali soalan dijawab tersirat sejuta jawapan kebodohan yang jelas dapat dilihat oleh rakyat. Kali ini Letih jugak agaknya apabila berdepan bermacam ancaman dari luar parti hinggalah ke dalam parti, serangan TDM & Kuli sudah cukup membuat pengampu tidak duduk diam, bercampur pulak serangan DSAI & Pakatan Rakyat makin haru biru gelombang tsunami biru. Kes terbaru cabang BN di Sabah pulak buat hal, lagi memeranjatkan.

Tetapi apakan daya Pakatan BN masih setia mendengar pembohongan Pak Lah yang bercelaru dari mendengar rintihan rakyat semacam kami yang sudah mula menghitung perjalanan ulang alik kami berkerja, makan minum kami, hutang bank kami, perjalanan balik kampung kami semuanya harus dihitung dan ditanggung oleh kami.

Apakah kami harus terus diperbodohkan dengan menanggung setiap kenaikan harga minyak & tol sedangkan laporan kewangan perbelanjaan tidak pernah dibentangkan kepada kami mahupun wakil kami diparlimen? Apakah kami tidak layak bertanya diatas segala yang kami tanggung? Kerajaan & Petronas hanya berbangga dengan untung kami hanya layak berbangga dengan tanggungan kami.

Berjimat memang boleh berjimat tapi sampai bila? sehingga kami ditipu lagi esok @ lusa. Pemimpin seperti PAK LAH, NAJIB, HISHAMUDDIN dan separti denganya tidak pernah merasa membeli barang-barang keperluan, beratur dikaunter mahupun mengisi minyak sendiri maka dengan itu mereka senang memperbodohkan rakyat bahawa kerajaan akan mengawal harga apabila berlaku kenaikan.

Bak kata Mahathir Rakyat mudah lupa, mungkin sebab itulah kebanyakan kerajaan didunia termasuk di Malaysia menaikkan harga sebelum EURO 2008 bermula, ini kerana pada teorinya rakyat akan lupa kesengsaraannya disebabkan bolasepak, tapi ternyata teori seperti itu tidak boleh dipakai lagi. Rakyat yang bangkit sekarang bukan lagi rakyat yang menyokong MEMBABI BUTA seperti penyokong UMNO berkarat yang terus BODOH dulu, kini dan selamanya.

Terima Kasih kepada penyokong UMNO berkarat yang terus BODOH dulu, kini dan selamanya kerana memenangkan UMNO dinegeri kamu, terimalah hadiah kenaikan minyak ini dengan penuh kasih sayang Khairi dan Pak Lah. Terima kasih Sarawak, Johor, Sabah, Perlis, Melaka, Pahang & N9 kerana masih kekalkan BN, tapi kami doakan kesengsaraan yang kami tanggung hari ini mendapat balasan di akhirat kelak @ di muka bumi ini lagi. YA ALLAH PORAK PERANDALAH PAKATAN YANG MENYUSAHKAN RAKYAT INI YA ALLAH......MEREKA AMAT ZALIM KEPADA KAMI YA ALLAH.

Doa mereka yang tertindas InsyaAllah akan termakbul oleh Allah dengan cepat....Aku Jugak doakan dimakbulkan doa mereka dan keluarga mereka yang dikurung dibawah AKTA JAKUN ISA. YA ALLAH sesungguhnya ALLAH akan melaknati mereka yang zalim ini YA ALLAH..Sekiranya mereka yang ditahan ISA ini jahat @ berbahaya kepada negara Pemerintah BICARA DAN DAKWALAH mereka....Janganlah dibiarkan mereka terus dikurung dan dikurung tanpa bukti dan tuduhan dari tahun ke tahun demi menunjukkan rasa ego pemimpin pemerintah. InsyaALLAH aku yakin mereka yang zalim akan dilaknat oleh ALLAH sepertimana berlaku pada umat terdahulu.

YA ALLAH PORAK PERANDALAH PAKATAN YANG MENYUSAHKAN RAKYAT INI YA ALLAH......MEREKA AMAT ZALIM KEPADA KAMI YA ALLAH.

Bila berlaku kenaikan minyak bandingkan Malaysia dengan Singapura, Thailand & Indonesia tapi bila kami bertanyakan GAJI MINIMA @ KENAIKAN GAJI @ HARGA/CUKAI KERETA tidak pula menjadikan negara Singapura, Thailand & Indonesia sebagai perbandingan. Kalau di Malaysia TOYOTA ALTIS mungkin tersenarai antara kereta mewah tapi di 3 negara ini TOYOTA ALTIS sesuai dijadikan teksi setaraf WAJA. Sedih kerana minda rakyat Malaysia sentiasa disempitkan oleh media dan PEMIMPIN BN PENGAMPU. Kalau di Melaka pemimpin BN yang negaranya kaya dengan hasil minyak ini berbangga dengan LEBUH RAYA BARU AMJ 4 lorong tanpa TOL sejauh Alor Gajah - Muar tetapi tidak pula kita pernah merasa kebanggaan rakyat Thailand yang memiliki jalan 6 lorong tanpa Tol sejauh Nara-Bangkok (kalau di Malaysia lebih kurang sejauh 1 pusingan semua negeri di semenanjung) atau kebanggaan penduduk singapura yang mendapat pengecualian tol pada waktu puncak. KESIAN...RAKYAT MALAYSIA TERUS DITIPU & DIZALIMI. YANG SENANG & KAYA KAUM KRONI ATASANNYA SAJA.. KESIAN..

SETELAH ENAM TAHUN, KEHILANGAN USTAZ FADZIL MASIH TERASA

Muna Izzah Fadzil

Tanggal 23 Jun datang lagi. Sudah 6 tahun tarikh sedih ini bermula dengan pemergian dan kehilangan seorang baba dan suami kepada anak-anak serta isteri yang tercinta ke rahmatullah.

Dan kepada penyokong-penyokong serta pendokong-pendokong parti islam dalam negara jua luar negara juga merasai kehilangan tokoh ilmuan dan dan pemimpin sebuah jamaah yang mendokong perjuangan Islam ini.

Al-Marhum Fadzil bin Mohd Noor, sekiranya masih hidup, telah berusia 71 tahun pada 13 Mac yang lepas.

Namun dalam usianya 65 tahun, beliau meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman yang menyerangnya, susulan daripada pembedahan koronari di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 10.30 pagi.

Sejak kecil mengenali kematangan hidup, dan kematangan itulah yang dibawa hingga kini walaupun jasadnya sudah tiada.

Oh ya, ada sesuatu fakta yang perlu saya perbetulkan di sini iaitu selalu mereka yang menulis mengenai baba,bahawa beliau sejak kecil adalah anak yatim. Sebenarnya tidak.

Ayahnya meninggal dalam than 1972 dan ibunya meninggal dalam tahun 1997. Dan juga ketika hayatnya beliau tinggal di Alor Setar dan bukannya di Muassasah. Hanya tempat persemadian beliau sahaja di Muassasah seperti yang beliau wasiatkan.

Bermimpikan 'Baba'

Terima kasih. Semua yang mengenalinya sudah maklum bahawa ketika hayatnya beliau sangat komited dengan apa yang diperjuangkan dan dilakukan dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Perwatakannya yang kadang-kadang diam tetapi sangat prihatin dan kadang-kadang banyak bercakap, menjadi ingatan setiap yang mengenalinya. Bagi seorang anak, mewakili adik-adik, serta menantu juga cucu, dan terutamanya mama saya, tidak pernah lekang ingatan kami terhadap beliau.

Mimpi mama sering dikunjugi baba dan kami akan bermimpi baba sekiranya kami punya masalah atau terlalu rindukan beliau. Itu sahaja pengubat rindu kami.

Pemimpin datang dan pergi, namun seorang baba pasti dan tidak akan ada penggantinya. Berbalik kepada pandangan pendokong Islam, pemikiran dan kepimpinannya sangat dirasai.

Banyak perkara yang dilakukan, dengan kuasa Allah telah membuahkan hasil berkat usaha beliau dan sahabat-sahabat pimpinan yang lain dan semua pihak.

Seringkali saya ditegur kenalan-kenalan baba yang menyatakan mereka terasa kehilangan beliau. Saya hanya mampu tersenyum dan menghargai semua itu. Tetapi kadang-kadang terasa kehilangan sahaja tidak mencukupi.

Mengkagumi pemikiran beliau sahaja juga tidak mencukupi. Saya bukan yang layak menyatakan perkara ini, tetapi saya melihat, pemikiran beliau harus dilebar dan diperkembangkan lagi oleh kepimpinan yang ada.

Kepimpinan yang ada kini bagi saya sudah cukup dibanggakan, dan hebat dalam memimpin organisasi. Wajah-wajah muda beriringan dengan mereka yang sudah berpengalaman akan menjadikan Parti Islam Semalaysia makin dapat diterima kawan dan lawan.

"Pengorbanan perasaan yang paling sukar dilakukan,"itulah ungkapan Al-Marhum yang sering diluahkan.

Sebelum ini saya tidak begitu menghayati luahan hati tersebut, namun apabila saya berada dalam Nisa, Puan Mastura sering menyatakan ungkapan ini dalam perjumpaan kami.

Setelah mengharungi susah payah di dalam Nisa, saya makin mengerti ungkapan baba ini. Beliau sebenarnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya dengan melontarkan ungkapan tersebut.

Memang benar pengorbanan harta benda, wang ringgit, tenaga serta masa bukan sesuatu yang sukar untuk diberi, namun perasaan amatlah sukar untuk dikorbankan.

Kini saya makin mengerti, kenapa baba diam apabila orang mempertikaikan keputusannya dan kenapa beliau juga tersenyum apabila orang tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan.

Jarang sekali beliau membebel di rumah bercerita mengenai masalah dalaman parti, kerana baba perlukan hiburan di rumah iaitu kasih sayang dan bebelan mama dan anak-anak. Itu yang membahagiakannya.

Beliau tidak perlukan perbahasan politik di rumah, kerana sakit yang dirasai dalam hati, dipendam dan dikorbankan ego serorang pemimpin. Kami mungkin tidak mengetahui bagaimana beliau berhadapan dengan suasana politik yang sebenar ketika itu dan mungkin anda semua yang lain lebih mengetahuinya.

Lempar dengan batu,dibalas bunga

Namun kami memerhati siapa sahaja yang ber'deal dengannya.Kami memerhati sikap orang terhadapnya, dan bagaimana reaksi beliau terhadap segala sikap itu. Dan di situ kami belajar banyak perkara.

Saya tidak pasti apa yang orang lain belajar daripada pemikiran beliau tetapi saya belajar ungkapan yang saya sebutkan tadi. Pengorbanan perasaan dalam jamaah sangat sukar dilakukan.

Ada kalanya kita memberi bunga, kita dilemparkan dengan batu. Dan ketika itulah , adakah kita akan bertindak dengan membaling batu juga? Kerana itulah terdengar pulak ungkapan oleh YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekiranya orang lempar batu pada kita, kita balas dengan bunga. Dan ketika itulah pengorbanan perasaan dilakukan. Adakah anda mengerti ranataian ungkapan-ungkapan ini?

Kematangan dalam kepimpinan politik,keterbukaan, kasih sayang, pandai menghargai adalah antara watak-watak beliau yang saya secara peribadi mengakagumi beliau.

Kepetahan berpidato adalah pelengkap dirinya yang dimanfaatkan sepenuhnya dalam menjalani tugasannya sebagai Ketua Pembangkang dan ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen.Kini saya merindui kepetahan itu di kalangan sahabat-sahabat beliau di dalam Parlimen.

Sudah pasti al-marhum berasa gembira dengan kemenangan PAS dan rakan kongsi PAS yang lain, dan sekiranya itu, beliau juga dan sudah pastinya pemimpin terdahulu tidak mahu kita semua mempersiakan peluang yang sudah diberi Allah.

Pemikiran beliau dan mereka yang telah pergi, mestilah digarap bersama dengan pemikiran yang ada kini supaya tampak parti yang didokong ini maju dari segi kematangan politik serta akhlaq yang baik. Ketika senang, ujiannya pasti lain dan lebih menguji diri.

Saya sebagai anak pasti merasa bangga dengan beliau tapi saya lebih merasa bangga sekiranya pemikiran beliau bukan sahaja diwacanakan TETAPI diaplikasikan bersama untuk maju ke depan. Terima kasih kepada anda semua yang menjadi penyambung warisan kepimpinan dan teruskanlah usaha-usaha yang baik.

Kami semua mungkin tidak mampu menjadi seperti anda yang berada secara langung dalam arena politik kerana jawatan dan kepimpinan bukannya warisan turun temurun tapi percayalah darah yang mengalir di dalam tubuh al-marhum ada dalam diri kami, dan secebis kata baba, kebaikan dan dakwah boleh dilakukan dalam setiap perkara.

Tidak terhad kepada politik sahaja, tapi akedemik, kekeluargaan dan apa jua yang bidang yang diceburi.Buat yang terbaik dan yang termampu. Sudah pastinya kami bersama anda semua, insya-Allah, dan pesanan itu yang dipegang sehingga kini.

Terima kasih kepada En Rashidi yang meminta dituliskan sesuatu pada hari ini untuk disiarkan di Harakah.Dan kepada Dato' Kamarudin Jaafar dan Pimpinan PAS yang lain, serta sabahat baik baba, Pak Cik Ismail Mina, sekalung penghargaan dan terima kasih kerana sudi untuk menganjurkan Majlis Tahlil beliau walau tarikh terpaksa dienjak sedikit.

Dan ucapan terima kasih khusus mewakili mama saya yang kini berada di Mesir dan kami sekeluarga untuk Pak Cik Latif, bekas peneman Al-Marhum yang ditugaskan membawa kereta baba ketika hayatnya, yang hingga kini tidak pernah lupakan kami semua dan tidak pernah berhenti bertanya khabar kepada kami. Itu sudah cukup membahagiakan kami.

Dan kami mengucapkan terima kasih di atas doa dan ingatan semua anda di luar sana , para pencinta Islam, para penyokong, para sabahat dan sesiapa sahaja terhadap beliau. Tidak terbalas jasa anda semua terhadap semua ingatan itu. Permohonan maaf jua dihulurkan sekiranya ada kesalahan yang dilakukan ketika hayatnya.

Dan kepada baba, biar bertahun lagi hidup kami di dunia ini, dirimu tak pernah kami lupakan dan setiap detik, baba ada di dalam jiwa kami dan pasti kami berdoa kita dapat berkumpul bersama seperti dahulu untuk berjumpa Allah di akhirat sana.Al-FATIHAH.

* Muna Izzah Fadzil adalah anak perempuan almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor

Isnin, 23 Jun 2008

RAJA PETRA: ISTERI NAJIB DI 'LOKASI JENAYAH'

Siapa lagi kalau bukan Raja Petra Kamaruddin - walaupun Datuk Seri Najib Razak beberapa kali menafikannya sebelum ini.

Kali ini pengendali blog Malaysia Today meningkatkan kredibiliti dakwaannya melalui satu akuan bersumpah di mahkamah tinggi Kuala Lumpur kelmarin - masih lagi mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Seperti artikelnya awal bulan lalu yang menyeretnya ke mahkamah, yang pernah dijawab dan dijelaskan oleh setiausaha akhbar timbalan perdana menteri, akuan bersumpah ini diberikan perhatian serius oleh pihak Najib.

"Kami sedang meneliti perkara ini. Akuan bersumpah itu memang membingungkan dan mengelirukan," kata setiausahanya Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus bentuk-bentuk tindakan seterusnya yang bakal diambil.

Najib dan Rosmah telah berulangkali menafikan mereka ada kaitan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi itu dan menyifatkan dakwaan tersebut tidak lebih daripada perbuatan untuk "memfitnah dan mereka-reka cerita".

Dalam akuan sumpahnya, Raja Petra menuduh Rosmah antara individu yang berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat tiga orang lagi di tempat kejadian.

Beliau menamakan dua individu lagi itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya seorang pakar bom 'C4' dan isterinya yang yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.

Laporan perisikan

Mayat Altantuya didakwa telah hancur dibom dengan 'C4' di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam. Kes perbicaraan pembunuhannya masih berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam akuan itu, Raja Petra mendakwa kolonel itu yang memasang bom C4 di beberapa tempat di badan Altantuya, dengan disaksikan oleh Rosmah dan pengawal peribadinya.

Raja Petra mendakwa lagi, beliau membuat akuan itu kerana beliau mempunyai maklumat yang boleh dipercayai mengenai pembabitan orang-orang berkenaan yang sehingga ini belum dikaitkan atau dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaraya dalam kes perbicaraan kes tersebut.

Penulis blog sensasi itu berkata, beliau juga membuat akuan bersumpah tersebut kerana beliau sedar bahawa menjadi kesalahan jika tidak mendedahkan bukti-bukti yang boleh membantu polis dalam siasatan kes jenayah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raja Petra mengesahkan kandungan akuan bersumpah tersebut - yang kini dimuatkan di sebuah blog (bukan Malaysia Today).

Beliau juga mendakwa dalam akuannya itu bahawa beliau mendapat maklumat bahawa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyedari mengenai dakwaan pembabitan isteri Najib.

Raja Petra mendakwa lagi, Abdullah menerima satu laporan bertulis daripada pihak perisikan tentera, yang mengesahkan pendedahan beliau itu.

Laporan tersebut, dakwa Raja Petra, kemudiannya diserahkan kepada menantu perdana menteri, Khairy Jamaluddin untuk disimpan dengan selamat.

Selain Abdullah dan Khairy, dakwa Raja Petra, "seorang Sultan juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menyedari tentang tuduhan berkenaan."

Dakwaan terbaru

Penulis itu bagaimanapun tidak mendedahkan beberapa nama yang didakwanya mempunyai maklumat tentang perkara itu.

Raja Petra berkata, beliau membuat akuan bersumpah itu untuk menggesa semua pihak berkenaan tampil bagi mendedahkan maklumat sebenar agar polis dapat menjalankan siasatan terperinci.

Dalam temubual melalui telefon, Raja Petra menjelaskan alasannya tidak melaporkan dakwaan terbarunya itu kepada polis.

Penulis blog berkata, memandangkan tiada tindakan diambil terhadap laporan polisnya pada 2001 - ketika beliau mendakwa dipukul oleh seorang pegawai polis berpangkat tinggi - beliau tidak yakin lagi untuk membuat laporan polis.

Polis telah menyiasat Raja Petra awal bulan lalu berhubung artikelnya bertajuk 'Let's send the Altantuya murderers to hell' - juga mengaitkan Najib dan Rosnah dalam kes pembunuhan kontroversi itu.

Penganalisa politik Abdul Razak Baginda - yang dikaitkan dengan menteri pertahanan itu - dan dua anggota polis pasukan khas UTK sedang dibicarakan berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu.

Jika sabit kesalahan, ketiga-tiganya boleh dikenakan hukuman mati.

http://www.malaysiakini.com

UNDI PERCAYA KEPADA PAKLAH

Kalau 137 ahli Parlimen BN akan menolak usul undi tidak percaya kepada PakLah. Bagaimana SAPP mencadangkan pula undi percaya kepada PakLah seperti berikut.

1.Undi Percaya bahawa PakLah mampu menolak kemahuan rakyat untuk menurunkan harga minyak.
2.Undi Percaya kepada PakLah bahawa beliau kuat menipu rakyat mengenai kenaikan harga minyak.
3.Undi Percaya bahawa PakLah menumpukan perhatian kepada UMNO lebih kepada kepentingan Negara sedangkan gajinya dibayar oleh Kerajaan Malaysia bukannya UMNO.
4.Undi percaya bahawa PakLah lebihkan perhatian kepada Semenanjung saja dan membiarkan Sabah dan Sarawak begitu saja walaupun dua negeri ini penyumbang terbesar kemenangna BN dalam PRU12 lalu.
5.Undi percaya bahawa PakLah sudah menjadi pemimpin yang lemah dan boleh menjadikan Negara kucar kacir dengan sifat UMNOnya yang suka mempertahankan kedurjanaan demi kepentingan politik UMNOnya semata-mata.


Banyak lagi undi percaya yang boleh diusulkan dalam Parlimen nanti. Apakah kesan dari undi percaya berbanding undi tidak percaya?

Muramatsu
United Kingdom

MP PKR NAIK BASIKAL KE PARLIMEN HARI INI

EMPAT Ahli Parlimen pembangkang hari Isnin memulakan 'gimik' awal ekoran kenaikan harga minyak dengan menaiki basikal datang ke Dewan Rakyat.

Mereka ialah Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua, Zulkefli Nordin (Kulim Bandar Bharu) dan Gobalakrishnan (Padang Serai).

Mereka berkata, tujuan mereka menaiki basikal untuk menunjukkan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat ekoran kenaikan harga minyak.

Namun pada masa yang sama perkarangan Parlimen tempat letak kereta penuh dengan kereta Ahli Parlimen termasuk pembangkang, pegawai kerajaan dan para pemerhati.

Malah ada yang terpaksa meletakkan kereta di luar kawasan Parlimen. Mereka yang turut mencabar Perdana Menteri datang ke Parlimen menaiki basikal bagi merasai kepayahan yang dihadapi rakyat serta menunjukkan contoh mengubah gaya hidup

DEMO PROTES DITUKAR KEPADA 28 JUN


Demo yang dijadualkan pada 29 Jun dibatalkan dan ianya akan dilangsungkan sehari sahaja iaitu pada 28 Jun. Jadi seluruh rakyat Melaka dijemput untuk sama-sama turun menyatakan bantahan beramai-ramai pada hari tersebut.

Demo anjuran PROTES dan Pakatan Rakyat ini akan bermula pada jam 3.00 petang di mana seluruh rakyat akan berkumpul di Pintu Masuk Dataran Pahlawan. Diharapkan seluruh pejuang rakyat dapat mengajak saudara-saudara, jiran-jiran dan kawan-kawan masing-masing untuk sama-sama menyertainya.

Ayuh mari kita teruskan bantahan sehinggalah kerajaan BN menurunkan harga minyak atau kerajaan BN sendiri akan DITURUNKAN.

INGAT DEMO PADA 28 JUN, 3.OO PETANG DI PINTU MASUK DATARAN PAHLAWAN

ALI RUSTAM HINA MERLIMAU


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menghina orang Merlimau apabila mengkategorikan Merlimau sebagai pekan kecil. Dakwaannya itu samalah menganalogikan Merlimau sebagai pekan 'cowboy' dalam drama koboi 'High Chaparral' (betul ke ejaan ni).

Memang tidak dinafikan Ali Rustam sejak menjadi Ketua Menteri tak habis-habis menbawa projek pembangunan ke kampungnya Bukit Katil. Semuanya di Bukit Katil...bomba, kompleks pentadbiran negeri, Jabatan Kimia, Mahkamah dan lain-lain semua dalam parlimen Bukit Katil.

Ini menyebabkan rakyat didaerah lain meluat kepada Ali Rustam ini yang jelas menganaktirikan kawasan lain.

Mudah sahaja kalau kita hendak mengajar Ali Rustam ni, jatuhkan beliau pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti, sudah tentu kita akan dapat Ketua Menteri yang baru.

Di bawah ini saya muatkan tulisan Blogger Sebolku yang berasa terhina akibat kata-kata Ali Rustam terhadap Pekan Merlimau. (Gambar hiasan Arked Mara Merlimau).

Ali Rustam begitu menghina penduduk Merlimau dengan menggambarkan ianya sebagai pekan kecil walhal ianya sudah bertaraf bandar sejak tahun 80an lagi. Taraf Bandar bagi Merlimau adalah berdasarkan kepadatan penduduk.

Ya, Rupa Merlimau memang seperti pekan kecil, ianya adalah disebabkan oleh dasar kerajaan negeri Melaka yang terlalu mementingkan pembangunan di daerah lain.Pembangunan di daerah Jasin lebih tertumpu kepada "pekan" Jasin. Maka "Pekan" Jasin kelihatan lebih besar dan lebih maju akibat daripada segalanya yang melibatkan kedaerahan diletakkan di Jasin.

Walhal hakikatnya lebih separuh penduduk daerah Jasin itu berada di Merlimau, (DUN Serkam, DUN Merlimau dan DUN Sungai Rambai).Merlimau sepatutnya mengepalai Daerah Jasin, dan patut diberi nama Daerah Merlimau.

Walaupun tanpa penumpuan kerajaan negeri terhadap Merlimau, orang-orang Merlimau tetap lebih menonjol dalam sesuatu yang berkaitan dengan daerah Jasin.

Ahli Parlimen Jasin, orang Merlimau atau Jasin?

Ketua Pemuda PAS Jasin, orang Merlimau atau Jasin?

Blog Jasin Daily, orang Merlimau atau Jasin?

Perlukah saya lakukan kempen menukar nama daerah Jasin kepada Daerah Merlimau? Supaya rakyat yang lebih ramai penduduk di kawasan pantai lebih menikmati pembangunan?

sumber :


Ahad, 22 Jun 2008

PKR ARAH SEMUA WAKIL RAKYATNYA PATUHI KOD ETIKA PAKAIAN

GEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang memberi amaran kepada semua wakil rakyatnya dan wakil rakyat DAP serta Pas supaya mematuhi kod etika pakaian pada majlis perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), 21 Julai ini.

Pengerusi PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata setiap wakil rakyat Pakatan Rakyat perlu berdisiplin dengan mengenakan pakaian rasmi dan memakai songkok pada majlis itu.


Katanya, dengan memakai pakaian rasmi itu, ia menunjukkan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau Pinang menghormati peraturan kod etika pakaian ditetapkan selama ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, wakil rakyat Pakatan Rakyat dari DAP tidak harus ‘mensensasikan’ amalan pemakaian songkok atas nama memperjuangkan prinsip kerana ia bukan satu isu yang perlu diperbesarkan.

“Saya lihat kejadian berlaku di Johor minggu lalu tidak elok dan kurang baik. Seorang wakil rakyat DAP tidak memakai pakaian rasmi sehingga tidak dibenarkan masuk ke dalam DUN ketika majlis perasmian.

“Sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili Pakatan Rakyat, kita perlu berdisiplin. Saya minta wakil rakyat PKR dan juga dari DAP serta Pas mematuhi peraturan yang mudah ini,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam PKR bersama media di Rumah Tetamu, kelmarin.

MINDA PEMBACA: KELUAR PAS JIKA PAS SERTAI BN

Oleh Abu Nasrullah

KHABAR tentang perundingan sulit di antara pimpinan Umno dengan pimpinan Pas tertentu (bukan pimpinan mainstream) yang sedang dijalankan membuatkan saya merasa terpanggil untuk memberi komentar.

Terlebih dahulu ingin saya jelaskan di sini bahawa saya menulis atas kapasiti saya sebagai seorang ahli Pas seumur hidup yang menyertai parti ini sejak tahun 1993. Ketika ini, saya memegang jawatan dalam Pas di peringkat kawasan.

Saya mendapat tahu daripada seorang pimpinan Pas Pusat yang mahu identitinya dirahsiakan bahawa sekarang beberapa pimpinan Pas antaranya termasuk bekas Naib Presiden Pas, Haji Mustapha Ali, Ustaz Haron Taib (kalah dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden) dan Ustaz Haron Din (tidak berani untuk bertanding sebarang jawatan dalam Pas) sedang berunding dengan pimpinan Umno dari kumpulan Najib Razak supaya Pas menyertai gabungan Barisan Nasional.

Hujah yang dikemukakan untuk mengabsahkan penggabungan ini ialah demi ketuanan Melayu.

Saya tidak nampak tentang apa yang dikatakan ketuanan Melayu tercabar selepas pilihanraya Mac. Bagi saya ianya hanyalah perang saraf yang dimainkan secara halus olih Umno untuk meraih keuntungan politik.

Dari segi jumlah ahli parlimen Melayu pun, jumlahnya bertambah berbanding dengan penggal 2004. Justeru, dimanakah relevannya isu ketuanan Melayu di sini?

Saya berasa khuatir kalau-kalau pimpinan Pas akan terpengaruh dengan hujah terbabit dan saya terfikir kenapa selepas pilihanraya barulah hujah berkenaan timbul sedangkan sebelum pilihanraya ketuanan Melayu tidak pernah ditimbulkan terutamanya dalam siri kempen pilihanraya.

Yang kedengaran hanyalah 'ketuanan menantu'!

Pas berkempen 'Pas untuk semua' yang mendatangkan hasil sehinggakan buat pertama kalinya calon Pas berjaya meraih undi yang banyak dari pengundi bukan Melayu.

Dr Siti Mariah, Dr Lo' Lo' dan Dr Zulkifli Ahmad serta beberapa orang calon Pas lagi tentunya terkejut bagaimana mereka bolih mencapai kemenangan dengan majoriti yang besar di kawasan campuran.

Adakah pimpinan Pas mahu belot kepada pengundi bukan Melayu dengan menyertai BN atas nama Melayu? Bagaimanakah pula dengan nasib Kelab Penyokong Pas yang tumbuh mencambah selepas pilihanraya apabila Pas menyertai BN?

Pas juga akan mengkhianati majoriti pengundinya yang mengundi Pas bukan kerana sukakan Pas tetapi sebaliknya bencikan BN yang semakin menyusahkan rakyat. Mereka mengundi sebarang parti selain BN tempohari kerana bencikan BN.

Saya tidak setuju sama sekali hujah akhafu al-darurain (memilih yang lebih ringan bahayanya) yang akan digunakan oleh pimpinan Pas untuk menghalalkan perkahwinan Pas dengan Umno.

Jika kita lihat, selama ini Umno lah yang bermati-matian menolak perlaksanaan Islam dalam negara, adakah dengan hanya janji manis Najib untuk memberi laluan kepada Pas untuk melaksanakan Islam membuatkan kepimpinan Pas terpesona untuk berpeluk dengan orang yang rasuah dan dikatakan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya ini?

Adakah pimpinan Pas lupa bagaimana dahulunya kalau tidak silap saya pada tahun 1977 Pas bolih ditendang keluar dari BN seperti anjing kurap?

Menoleh sedikit lagi ke belakang, Pas dipujuk menyertai kerajaan campuran dan seterusnya BN setelah Umno berada dalam keadaan lemah akibat kemenangan tipis pada tahun 1969 dan ianya sama seperti sekarang di mana Umno (baca Najib) berada dalam keadaan mengalami kekalahan teruk dan perpecahan dalaman yang teruk.

Ertinya Pas akan cuba diperkudakan olih Umno sekali lagi pada tahun ini ketika ianya berada dalam keadaan yang lemah sama seperti tahun 1970.

Apabila Umno kembali kuat, Pas akan sekali lagi ditendang keluar dari BN. Adakah pimpinan Pas tidak mahu merenung kepada hadis Nabi yang menyatakan tentang golongan beriman tidak akan dipatuk ular sebanyak dua kali dalam lubang yang sama?

Jika mahu dibuat perbandingan menggunakan hujah akhafu al-darurain, saya secara peribadi lebih percayakan Anwar akan mampu memartabatkan Islam apabila menjadi PM berbanding dengan Abdullah Badawi.

Najib dalam hal ini jauh sekali!

Saya lebih cenderung kepada strategi untuk menguasai kerajaan Pusat terlebih dahulu barulah kita mempunyai ruang yang besar untuk melaksanakan Islam.

Dengan penguasaan media arus perdana, rakyat akan lebih mudah diperjelaskan tentang kebaikan perlaksaan sistem Islam yang syumul sebelum ianya dapat dilaksanakan.

Bagi saya, Najib, seorang balaci yang setia kepada Mahathir Mohamad amat bimbang dengan penghijrahan ahli parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat kerana ianya akan membawa kepada pendakwaan dijalankan ke atas mereka di atas perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa mereka selama ini.

Pas cuma akan berperanan sebagai punching bag kepada Najib dan Mahathir untuk menggagalkan rancangan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan Pusat. Tindakan Pas itu juga hanya akan mengakibatkan rakyat terus tertekan di bawah BN.

Saya menyokong sepenuhnya sebarang usaha untuk menguasai Putrajaya melalui Pakatan Rakyat demi memperbetulkan segala kepincangan dalam dasar pemerintahan BN sekarang yang semakin menindas rakyat dan merugikan negara akibat gejala rasuah yang berleluasa.

Dianggarkan bahawa Malaysia telah mengalami kerugian beratus-ratus bilion ringgit akibat dari bahana rasuah.

Akhirnya saya sekadar ingin memberi amaran dan peringatan keras kepada pimpinan Pas bahawa sekiranya mereka merealisasikan penggabungan Pas dengan Umno di dalam BN, mereka akan menyaksikan ahli Pas akan keluar Pas secara en block!

Bahkan terdapat ahli parlimen Pas sendiri dan pimpinan Pusat yang akan turut serta keluar dari Pas.

Sebuah parti baru seumpama Partai Keadilan Sejahtera Indonesia (PKS) atau Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) akan menjadi wadah baru mereka.

Yang hanya akan tinggal di dalam Pas, hanyalah golongan 'garis keras' yang selama ini terlalu mementingkan retorik Islam untuk membentuk persepsi kepada umum bahawa mereka memperjuangkan Islam daripada mengolah substance Islam secara strategik.

Sabtu, 21 Jun 2008

NASIB 3 PELAKON UTAMA TERENGGANU BISTARI

KIRIMAN OLEH : CTKAY'S

Semasa hampir pilihanraya umum ke 12 yang lalu, umno Terengganu telah melakonkan satu drama pembohongan yang amat jijik.

Umno Terengganu bersama umno Marang dan penyelaras DUN Rhu Rendang telah menggunakan Abang Dato' Musataffa Ali yang disahkan sakit oleh pegawai perubatan untuk diisytiharkan telah meninggalkan PAS dan masuk umno.

Kes ini sedikit pun tidak menjadi gempar di Terengganu pada awalnya.Namum setelah umno menaikkan banyak papantanda mega menyiarkan gambar abang Dato' Mustafa Ali ,Zakaria Ali menyerahkan borang umno kepada Idris bin Jusoh yang ketika itu dialah MB dan dialah ketua perhubungan umno Terengganu.

Majlis penyerahan borang itu telah berlaku di pentas budaya pantai kelulut.Bersama sama didalam gambar itu termasuklah ketua umno Marang Rahman Bakar dan penyelaras umno Rhu Rendang Razali Alias.
Lakonan jahat mereka bertiga ini akhirnya makan diri, Cikgu Zakaria Ali kekal dengan PAS namum 3 watak utama dalam lakonan ini mengalami nasib yang sangat malang selepas pilihanraya umum ke-12.

Watak Pertama

Idris bin Jusoh- hilang jawatan MB dan ketua Perhubungan umno, hanya kini adun biasa yang pergi kemana-kemana langsung tidak dihormati, kecuali umno Besut masih beranggapan beliau sebagai MB.

Kes kehilangan wang dana khas 3 billion menghantui jiwa idris Jusoh

Watak kedua

Rahman Bakar- Digugrkan sebagai timbalan menteri selepas tidak lagi bertanding di Parlimen Marang pada PRU ke-12.Kalau beliau yang menjadi calon pada pilihanraya tersebut sudah pasti beliau akan tewas kepada Presiden PAS. Walaupun beliau mendakawa bahawa beliau sendiri yang mengarahkan agar penyokong tegar beliau mengundi PAS dalam PRU ke-12,namum itu semua adalah satu lagi sendiwara beliau untuk menyakitkan Idris Jusoh ketika itu.

watak ketiga

Razali Alias- Bekas pengamal Ganja ini mengharapkan lakonan tersebut mampu menarik pengundi di DUN Rhu Rendang, namum hakikatnya beliau tewas dengan majoriti yang lebih 100% peningkatannya berbanding pilihanraya umum ke-11.Malahan di peti undi beliau sendiri pun belaiu tewas.

Ini pembalasan untuk ketiga-tiga watak dalam drama Cikgu Zakaria.

Ingat-ingatlah.....

SUMBER :
http://penawarrinduku.blogspot.com/