Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 31 Julai 2009

JANGAN TERPENGARUH ...TERUSKAN PERJUANGAN

Orang ramai diingatkan agar tidak terpengaruh dengan sebarang ugutan dan khabar angin yang mahu menggagalkan perhimpunan MANSUH 1 Ogos nanti.

Komander perhimpunan tersebut yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob menegaskan, perhimpunan aman dan perarakan ke Istana Negara untuk menyerahkan deklarasi rakyat menentang penggunaan akta zalim ISA akan tetap diadakan pada 1 Ogos nanti bermula jam 2.00 petang.

Beliau seterusnya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman dan menyokong akta rimba itu dimansuhkan agar meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur untuk berhimpunan pada Sabtu nanti.

"Jangan terpedaya atau terpengaruh dengan mana-mana ugutan atau khabar angin yang mengatakan perhimpunan tersebut dibatalkan kerana pihak GMI dan Sekretariat Perhimpunan MANSUH akan tetap meneruskan perhimpunan dan perarakan pada Sabtu nanti.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang menyokong akta ISA dihapuskan dan mahu bersama berhimpun agar meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur biarpun terdapat banyak sekatan jalan raya," ujar beliau.

Salahuddin juga menjelaskan, hanya arahan daripada komander-komander yang bertugas dan Unit Amal sahaja harus diterima oleh seluruh peserta pehimpunan MANSUH bukan dari pihak lain.

Perhimpunan MANSUH 1 Ogos nanti diadakan dengan tujuan untuk membantah pengunaan akta zalim ISA dan satu deklarasi rakyat akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong untuk menyatakan sokongan agar akta tersebut dimansuhkan

PERSIAPAN KE HIMPUNAN GMI

Kepada anda yang ingin menyertai Himpunan Aman Mansuhkan ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) diharapkan dapat menyediakan kelengkapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Sebagaimana pengalaman kita dalam siri himpunan aman sebelum ini, beberapa kejadian yang tidak diingini mungkin berlaku akibat provokasi pihak-pihak tertentu yang mengganggu himpunan aman seperti ini.
Dari itu bersedialah anda dengan kelengkapan di bawah :-
1) Jangan lupa bawa handset yang telah di'charge' dengan penuh
2) Bawa kain serban, kain hujan dan sebagainya untuk menutup muka dari terkena asap-asap atau air yang diundang
3) Bawa cermin mata (kalau boleh safety glass) untuk melindungi mata dari asap-asap dan air-air yang tidak diundang.
4) Bawa baju hujan atau payung. Sekarang ini musim hujan dan musim orang suka sedekah asap dan air berubat yang mahal.
5) Bawa garam untuk dimakan ketika 'lapar' akibat tertelan gas 'oksigen' yang tidak diundang.
6) Bawa air mineral 5 atau 6 botol untuk mencuci muka dan minum ketika termakan dan terkena gas dan air yang tidak diundang.
7) Seelok-eloknya pakai kasut dan seluar track suit untuk berjoging ketika disembur dengan air dan gas yang tidak diundang.
8) Pakai baju berlengan panjang/jaket untuk mengelakkan gatal dan rasa 'enak' terkena air dan gas yang tidak diundang.
9) Seelok-elok datang dengan seorang atau 2 kawan mana tahu nanti kalau jatuh akibat kenyang makan gas boleh juga kawan tolong papahkan.
dan lain-lain.................Selamat Menghidu Gas dan Mandi dengan Air berubat yang TIDAK DIUNDANG.

SUMBER : Mutaligat

JKR LEMBAB BUAT KERJA

Orang ramai kesal dengan keadaan jalan di pintu masuk ke Pengkalan Umbai-Pernu yang dikatakan berlopak-lopak dan becak. Difahamkan keadaan jalan berkenaan berlarutan sejak hampir sebulan lalu, kesan daripada kerja-kerja penggalian bagi membaiki sistem saluran paip air yang pecah di kawasan terbabit.

Justeru, orang ramai menuntut pihak yang terbabit supaya membaiki segera keadaan jalan menjadi laluan utama untuk masuk ke kawasan Medan Ikan Bakar Pengkalan Umbai-Pernu.Seorang penduduk, Amin Ismail, 24, berkata, pihak terbabit yang melakukan kerja-kerja penggalian seharusnya segera menimbus kembali lubang yang sudah digali dan bukannya membiarkannya begitu sahaja sehingga mencacatkan laluan terbabit.

Menurutnya, laluan yang rosak terbabit juga tidak diletakkan sebarang papan tanda keselamatan dan keadaan ini dibimbangi boleh mengakibatkan sesuatu kemalangan terjadi terutama bagi penunggang motosikal.“Paling membimbangkan apabila pada malam hari begitu banyak kenderaan masuk ke Medan Ikan Bakar ini untuk menikmati juadah dan jalan yang rosak iini boleh mendatangkan bahaya kepada mereka yang melalui kawasan ini. “Sekarang musim hujan yang membuatkan keadaan jalan bertambah teruk dan boleh merosakkan tayar kenderaan jika terlanggar lubang sedia ada,” katanya di sini, semalam.

Adik kepada Setiausaha PAS Perak Meninggal

Adik kepada Setiausaha PAS Perak dan juga Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Rakyat Perak, Ust.Hj. Misbahul Munir Hj. Masduki telah meninggal dunia pada jam 4.00 pagi tadi di Ipoh Specialist Center.Jenazah akan dikebumikan pada pagi ini di Sungai Tiang Darat Bagan Datok.
Semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al Fatihah...

AYU, AWAN dan TUAH teruskan tugas ‘Mek Wok’

Selepas kematian Mek Wok, seekor beruk yang didatangkan khas dari Terengganu beberapa minggu lalu, bagi mempromosikan Taman Buah-Buahan Tropikal Sungai Udang, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan tiga ekor beruk lain yang diambil dari Sungai Rambai, Jasin untuk meneruskan promosi taman berkenaan.

‘Ayu’ berusia dua bulan setengah, ‘Awan’ 11 bulan dan ‘Tuah’ empat tahun buat pertama kali ditampilkan di Taman Buah-Buahan Tropikal Sungai Udang (MTFF), kelmarin. Kemunculan tiga beruk jinak ini menarik perhatian sekumpulan 40 pelancong Jepun yang bertuah menyaksikan aksi sulung beruk berkenaan.

Penjaga beruk-beruk ini, Jafar Ahmad, 37, berkata, untuk langkah awal, hanya Awan yang membuat aksi memanjat dan memetik buah kelapa di situ memandangkan Ayu masih kecil dan hanya melakukan persembahan biasa dengan pelancong.

“Sementara itu buat masa ini, Tuah perlu diasingkan kerana ia masih tidak biasa dengan manusia.

“Sebelum ini Tuah hanya mengikut saya memetik kelapa dan tidak biasa dikelilingi manusia.

“Ayu dan Awan tidak memberi sebarang masalah kepada saya untuk beraksi di hadapan pelancong memandangkan kedua-duanya sudah biasa dengan kehadiran manusia,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Sementara itu, pelancong Jepun yang berpeluang menyaksikan aksi beruk terbabit nyata teruja dengan pengalaman pertama mereka melihat beruk beraksi memetik buah kelapa.

SUMBER : Sinar Harian

TAKZIAH BUAT KELUARGA ADUN PR PERMATANG PASIR

TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Semoga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah

Sabtu, 25 Julai 2009

PERHIMPUNAN PEKERJA 2009 ESOK

Lajnah Buruh PAS Pusat akan mengadakan acara tahunnya Perhimpunan Pekerja 2009 dan Wacana Kebangsaan kali ke-4 di Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) Bertam, kepala Batas, Pulau Pinang pada 26 Julai ini, bermula jam 8.00 pagi.

Menurut Timbalan Pengerusi Lajnah, Ezam Ahmad, program yang bertemakan "Selamatkan Pekerja Di Era Kemelesetan Ekonomi" itu akan mengundang tiga ahli panel yang akan membicarakan topik utama iaitu Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud; mantan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengerusi Lajnah Pekerja PAS Pusat, Anuar Tahir.

Beliau berkata, acara ini disambut setiap tahun sejak empat tahun lalu bagi merealisasikan suatu pengembelingan tenaga dan keupayaan untuk menangani setiap isu yang menyelubungi masyarakat pekerja.

Pada sebelah malamnya, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Mohamad Sabu dan Anuar Tahir akan menyampaikan ceramah di Stadium Mini MPSP, Bertam. Orang ramai dijemput hadir ke dua-dua program ini

BEE END "DI TAMPAR " LAGI

Barisan Nasional (BN) menerima satu lagi tamparan hebat hari ini apabila bekas Naib Presiden MIC, Dato' SS Subramaniam mengumumkan menyertai KeADILan dalam satu majlis yang diadakan di MBPJ tengahari tadi.

Sebelum ini, bekas pemimpin MCA, Dato' Chua Jui Ming telah menyertai KeADILan dan menyatakan sokongan secara terbuka terhadap dasar-dasar perjuangan yang dibawa oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tengahari tadi, dalam majlis di Petaling Jaya itu, Subramaniam juga mengumumkan bahawa 10 buah cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai KeADILan secara besar-besaran.

Dianggarkan seramai 1,700 ahli MIC daripada cawangan-cawangan tersebut akan menyertai KeADILan.

"Saya telah menyokong KeADILan dan Anwar Ibrahim sejak dahulu lagi, cuma sekarang saya dapat memberanikan diri untuk menyatakan bahawa saya akan sertai parti ini,"katanya sambil mendapat sorakan daripada lebih 350 hadirin dalam majlis tersebut.

Menurut laporan daripada Malaysiakini, Subramaniam telah berkhidmat sebagai Naib Presiden MIC lebih 20 tahun dan juga merupakan bekas Naib Pengerusi MIC Selangor untuk tiga dekad.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi Adun Bukit Raja dan Ahli Parlimen Segamat.

Sementara itu, di awal majlis tersebut, pemimpin MIC cawangan Pekan Meru, AR Palaya juga mengumumkan menyertai KeADILan dan akan membubarkan cawangannya

Isnin, 20 Julai 2009

Gambar Pra Pengkebumian Teoh Beng Hock




Saudara Abu Khir bersama Khairul Che Lah






Saudara Aminuddin Jalil bersama ayahanda kepada Teoh Beng Hock

Ahad, 19 Julai 2009

SPRM Mahu Rampas Kerajaan Negeri Selangor?

MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.

Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Jawapan tegas

Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini. (17 Julai)

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh:

Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan

Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP

YB GAN PULA JADI SASARAN POLIS

SHAH ALAM, 17 Julai-Adun Rawang, Gan Pei Nei yang menjadi salah seorang mangsa pukulan pihak polis pagi tadi di Bangunan Masalam berkata, keputusan untuk tindakan seterusnya akan diambil selepas perbincangan dengan pihak peguam di Bangunan SUK, petang ini.

Beliau yang bercakap dengan Siasah berkata, beliau dan rakan-rakan yang lain baharu sahaja pulang dari hospital di Kelang untuk menjalani pemeriksaan ekoran pukulan terbabit menyebabkan benjolan di kepalanya.

Untuk pengetahuan, Gan merupakan wakil rakyat wanita yang sepatutnya menerima wartawan Siasah dalam satu tembubicara berbentuk focus untuk bulan Ogos namun terpaksa membatalkannya ekoran kejadian berkenaan.

“Kami pun hairan kenapa pula kami yang dipukul polis sedangkan kita hanya berkumpul secara aman di Bangunan Masalam dan hanya cakap-cakap sedikit sahaja,” terangnya kepada Siasah baru sebentar sebelum ini.

Menurutnya, antara yang turut menjadi mangsa adalah Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan ramai lagi ditangkap termasuk Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam.

Mereka berkumpul di hadapan Bangunan Masalam dekat sini bagi menyatakan sokongan dan simpati serta memohon satu siasatan terperinci dilakukan oleh pihak polis terhadap bagaimana bentuk penyiasatan pihak SPRM sehingga berakhir dengan kematian mangsa.

Gan berkata, keadaan di Masalam kini aman dan orang ramai kelihatan berhimpun di hadapan Balai Polis Shah Alam bagi menyuarakan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang masih belum dibebaskan ketika berita ini ditulis.

Pada jam 1.30 petang semalam, pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock, 30, ditemui meninggal selepas dikatakan jatuh di Bangunan Masalam selepas selesai siasatan oleh SPRM pada jam 3.45 pagi sebelum itu.

Ekoran itu, Kerajaan Selangor menyifatkan kematian Teoh sebagai satu tragedi yang amat menyedihkan dan Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh ekoran kehilangan orang yang tersayang yang sepatutnya mendapatkan perkahwinannya pada hari ini.

Pakatan Rakyat menggesa pihak kerajaan mewujudkan satu Jawatankuasa Diraja untuk menyiasat secara khas dan terperinci bagaimana kejadian itu berlaku dan boleh berakhir dengan satu kematian yang amat menyedihkan.

SUMBER : SIASAH

Rayuan Sumbangan Pemuda kepada SAIF

SAIF Terbakar

1. Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak telah terbakar kira jam 10.00 pagi 17 Julai kelmarin dan menyebabkan kerugian yang sangat teruk . Anggaran pihak bomba sebanyak RM550,000.

2. Pengerusi Lembaga Tadbir SAIF, Ustaz Mussodak Haji Ahmad menjelaskan bahawa kebakaran itu telah mengakibatkan pejabat pentadbiran sekolah, bilik lembaga tadbir, bilik mudir , bilik guru , perpustakaan dan dua buah bilik darjah musnah.

3. Turut terlibat adalah 11 unit komputer termasuk dua unit komputer pentadbiran sekolah dan guru, 1 unit mesin fotostat yang baru dibeli, peralatan perabot antaranya meja mudir, meja kerani dan kaunter serta beberapa buah almari, 65 unit meja dan kerusi murid.

4. SAIF adalah di bawah pentadbiran Muassah Darul Ulum dan diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang memulakan sesi persekolahannya pada 1 Januari 2006. Sekolah ini ditubuhkan hasil daripada penggembelingan tenaga pemuda, masyarakat setempat, intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pendidikan agama, sains, tahfiz dan teknik pembelajaran dan pengajaran terarah.

5. Kini mempunyai 217 pelajar terdiri dari 145 putera dan 72 puteri dari tahun satu hingga empat sementara bilangan guru pula seramai 17 orang dan 8 staf. Musoddak berkata, bagi mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no. akaun 02084010028830. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi beliau di talian 012-4827563 atau Setiausaha Lembaga Tadbir sekolah, Ustaz Mohamad Ismail (019- 4227323).

6. Dewan Pemuda PAS Pusat juga sememangnya sangat prihatin di atas musibah yang menimpa justeru SAIF sendiri sangat dekat dengan Dewan Pemuda PAS Pusat malah Dewan Pemuda PAS Pusat pernah mengadakan muktamar tahunannya di sekolah tersebut . Sementara Pengerusi Lembaga Tadbirnya pula adalah mantan EXCO DPP Pusat .

7. Dewan Pemuda PAS Pusat turut melancarkan derma kebajikan dan bencana bagi membantu SAIF kembali pulih seperti biasa . Kepada siapa jua yang ingin menyumbang melalui Dewan Pemuda PAS Pusat boleh terus ke akaun Bank Islam No : 14069010014143 atas nama Dewan Pemuda PAS Pusat .

8. Saya harap seluruh exco DPPP dan ustaz - ustaz kita dapat berbuat sesuatu bagi mengisi tabung ini . Semoga Allah memudahkan segala urusan kita dan memberikan kesabaran jua ketabahan menghadapi kesukaran kepada seluruh warga SAIF .
 

Sabtu, 18 Julai 2009

KONFLIK DALAMAN BAWA KESAN BURUK

Abdul Rahim Sabri (Penulis artikel Malaysiakini)

Beberapa laman web dan penulis blog yang pro-PAS tidak puas hati dengan kemenangan tipis parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai kelmarin.Menurut mereka, kemenangan "nyawa-nyawa ikan" dengan 65 undi antaranya berpunca daripada perbalahan yang berterusan dalam PAS berhubung isu kerajaan perpaduan. Mereka juga mendakwa, ahli-ahli PAS juga tidak puas hati kerana "mereka dibiarkan gelisah dan resah dengan pelbagai soalan yang sukar dijawab".

Dalam pilihanraya kecil kelmarin, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menewaskan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat tetapi majoritinya merosot jauh berbanding 1,352 undi yang diperolehi Ismail Yaakob (allahyarham) dalam pilihanraya umum tahun lalu. Mohd Fauzi mendapat 5,348 undi, manakala Tuan Aziz mendapat 5,283 undi.Satu artikel di laman web Tranungkite mendakwa berlakunya perpecahan dalaman PAS terutama petugas dari Kelantan dan Terengganu, yang menurutnya, saling sindir-menyindir antara satu sama lain.

Tulisan itu menyebut: "PAS memang menang di Manek Urai tetapi dengan kemenangan yang sangat tipis. Kemenangan yang menjawab seribu satu persoalan selama ini." "Secara ringkasnya PAS memang berpecah. Tanyalah petugas-petugas dari Terengganu apa 'kata-kata sambutan' dari PAS Kelantan. "Tanyalah pula PAS Kelantan apa 'agenda dan doa' sesetengah dari PAS Terengganu."Kepada ahli PAS yang tidak tenggelam bersama suasana di Manek Urai, jangan sibuk menafikan ia tidak berlaku. Ada petugas Kelantan yang terang-terang menyindir '(penyokong) kerajaan perpaduan duduk jauh-jauh'."Ada pula yang dari Terengganu mengidamkan untuk melihat PAS kalah di Manek Urai."

Idea kerajaan perpaduan dengan Umno dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disokong oleh timbalannya Nasharuddin Mat Isa.Bagaimanapun ia ditentang keras oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sehingga ke peringkat menggesa Nasharuddin melepaskan jawatan timbalan presiden dan ahli parlimen Bachok jika ingin teris menyokong saranan kontroversi itu.

Cadangan itu kemudian ditolak majlis presiden Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR.Penulis di laman web Tranungkite juga mendakwa isu kerajaan perpaduan turut menjadi antara salah satu punca kegagalan PAS menang dengan majoriti yang besar."Nyatalah puak TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dan puak kerajaan perpaduan masih ada dan masih teguh dengan pegangan masing masing."Kedua-dua puak ini dengan sendirinya menggambarkan bahawa mereka sendiri tidak wala' (taat setia) dengan keputusan pimpinan parti," tulisnya lagi."Mereka hanya taat di luar sedangkan hati mereka busuk dan penuh dendam."


Timbul persoalan

Sementara ketua penerangan PAS Kawasan Padang Besar, Zolkharnain Abidin pula menulis di blognya bahawa walaupun PAS menang tipis dalam pilihanraya kecil itu tetapi parti itu "tewas dari beberapa sudut tertentu".

"Apabila saya kata PAS tewas dari sudut-sudut tertentu, bukan bermakna Umno menang dari sudut yang PAS kalah itu, tidak. "Di Manek Urai, Umno tewas di atas kertas dan tewas juga dari semua sudut. Malah, di mana-mana pun, walaupun Umno menang, mereka tetap kalah dari sudut-sudut lainnya.Untuk menggambarkan sudut-sudut kekalahan itu, beliau mengemukakan beberapa persoalan untuk renungan ahli dan pemimpin PAS.

Adakah benar kita menyertai pilihanraya kecil Manek Urai dalam suasana kasih sayang dan ikatan persaudaraan berasaskan jamaah (PAS) teruji dan longgar?Mengapa ada yang boleh turun dan ada yang tidak, ada poster yang boleh terpamer dan ada yang tidak?


Benarkah ada pihak yang mengambil kesempatan (menggunakan) gelanggang terbuka ini untuk menuding jari dan menjeling tajam kepada orang-orang tertentu?

Mengapa dibiarkan ahli-ahli gelisah dan resah dengan pelbagai soalan yang sukar dijawab?

Betulkah mereka yang berada di luar PAS, yang bersedia membantu kita, turut merasa rimas dan lemas dengan kerenah sesama kita?

Benarkah ada orang yang merasa dirinya bijak dan hebat sehingga menafikan kebolehan dan keupayaan orang lain? "Kalau begitu, PAS kalah kepada siapa? Bagi saya, dalam sudut-sudut tadi PAS kalah kepada kepentingan-kepentingan, desakan-desakan, asakan-asakan dari dalam diri pendukungnya sendiri."Apa desakan, asakan dan kepentingan itu? Saya ada jawapannya tetapi saya tidak sampai hati untuk menyebutnya di sini.

PAS Kelantan tidak menaikkan poster Abdul Hadi lebih awal, sementara Nasharuddin dibawa berceramah selepas ketidakhadirannya dijadikan isu oleh pemimpin BN. Sementara itu, satu tulisan dalam laman web Detikdaily pula menyenaraikan empat sebab kegagalan PAS di Manek Urai.Satu daripadanya, ia tidak berpuas hati dengan kenyataan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yang "mencerminkan kekurangan pengalaman kerana memberikan isyarat kepada media berkenaan kemenangan 'lebih 2000 undi' walaupun tidak dapat dibuktikan."

"Ini mencerminkan perjalanan pengurusan kempen yang dibuat dengan perasaan 'PAS sudah pasti menang'," katanya.Tulisan itu juga mendakwa berlakunya perbalahan yang berterusan sama ada dalaman mahupun antara komponen Pakatan Rakyat."Isu timbalan presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan (Datuk) Husam Musa, tidak dilupakan 'sengketa' antara ahli Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang, menjejaskan semangat petugas dan peraih undi.

"Ia tidak menjejaskan pengundi, tetapi rakyat kurang menerima perayu undi yang dapat dilihat semangat mereka lemah dan tidak bermaya. "Isu Kg Buah Pala di Pulau Pinang dan boikot Hindraf sedikit sebanyak mempengaruhi," katanya.

sumber : Malaysiakini

DATUK DR. CHUA SERTAI PKR

Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.

Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.

Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.Dalam sidang akhbar selepas itu, Chua ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau menafikan akan menyertai PKR.

Dalam jawapannya, Chua menafikan berkata demikian tetapi sebaliknya berkata beliau telah disalahlapor.

Jumaat, 17 Julai 2009

JQAFKESEKOLAH MENENGAH

Kerajaan akan menaik taraf guru-guru agama lepasan diploma ke peringkat ijazah dalam usaha memperluaskan pengajaran Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ke peringkat sekolah menengah tidak lama lagi.Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Puad Zarkashi berkata, usaha itu diambil selepas mendapati program J-QAF memberi perkembangan positif kepada pelajar dalam penguasaan tulisan jawi dan bacaan al-Quran.Menurut beliau, sejak program itu diperkenalkan pada tahun 2005 hingga Jun 2008, kira-kira 95.9 peratus murid tahun tiga di seluruh negara berjaya menguasai asas jawi dengan baik.

JANJI MESTI TUNAIKAN WALAUPUN KALAH

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata pembinaan jambatan di Manek Urai adalah tanggungjawab kerajaan pusat kerana kawasan itu terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar).

"Manek Urai terletak dalam pentadbiran Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar) dan pembinaan jambatan di situ seperti dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi tanggungjawab kerajaan pusat sama ada BN (Barisan Nasional) menang atau kalah," katanya.

Sambil menyokong kenyataan Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya Umno menunaikan janjinya yang dibuat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai Selasa lalu, walaupun calon BN kalah, Nik Abdul Aziz, berkata pandangan bekas Perdana Menteri itu wajar diberikan perhatian pemimpin BN.

"Saya sokong kenyataan Pak Lah dan mengucapkan terima kasih, (Kalau Umno) sudah tahu (Manek Urai) termasuk dalam kawasan Kesedar, kenapa tunggu menang atau kalah baru nak buat jambatan? Itu tak kena..." katanya.

Ditanya kenyataan Abdullah itu memperlihatkan seolah-olah menyokong pandangan Pas selepas berada di luar kerajaan, Menteri Besar Kelantan itu berkata, itu adalah pandangan peribadi Abdullah.

SUMBER: Bernama

GAGAL DAN TERUS GAGAL

Kayu ukur bagi menilai prestasi sebenar Umno hanya boleh dilihat pada pilihan raya umum Ke-13 dan bukannya pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Pengarah Pilihan Raya KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pilhan raya kecil tidak boleh dijadikan ukuran yang tepat memandangkan Umno hadir bersama jentera kerajaan Malaysia.

Biar apa pun katanya, kejayaan Pakatan Rakyat bermula di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu merupakan isyarat awal kepada penolakan Umno.

"Kegagalan Umno di Bukit Gantang dan Bukit Selambau berlaku selepas tiga hari selepas Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah.

"Hari ini Najib sudah pun 100 hari menjadi Perdana Menteri. Namun satu kajian lapangan yang dibuat menunjukkan popularitinya hanya melepasi markah lulus 60 peratus," katanya ketika ditemui di sini.

Saifuddin berkata, 100 hari kepemimpinan Najib tidak lebih meniru apa yang telah dilakukan Pakatan Rakyat misalnya penghapusan 30 peratus kouta dan mewujudkan biasiswa nasional.

"Kita mengangkat agenda ekonomi negara mesti melalui proses reform. Polisi dibuat bukan berasaskan warna kulit. Kemudian Najib mengumumkan 30 peratus kouta.

"Najib meleberalisasikan 27 sub-sektor untuk menunjukkan perubahan dasar ekonomi yang lebih terbuka setelah negara hilang daya saing," ujarnya.

Jadi kata beliau kejayaan besar 100 hari Najib ialah kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor bagi membina kelangsungan politiknya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Machang ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin strategi BN berjaya di Manek Urai, katanya anggota parlimen Rembau itu terlupa asas kerjasama Pakatan Rakyat sebenarnya semakin terbukti.

"Pendekatan politik 'pecah dan perintah' yang digunakan Umno sebenarnya tidak mampu mengubah pendirian pengundi Manek Urai," katanya.

TUN LAH SOKONG HAPUS ISA

Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Menurut agensi berita, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.

Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.

Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini.

Rabu, 15 Julai 2009

TOK GURU AKUI ISU PEMBANGUNAN FAKTOR UNDI MEROSOT

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Kelantan itu berkata faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manik Urai untuk memilih parti berkenaan kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu.

"Sebagai contoh janji-janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manik Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, pada hari Rabu.

Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kemenangan tipis Pas pada pilihan raya kecil itu.

Pada pilihan raya kecil DUN itu, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan memperoleh majoriti 65 undi, berbanding majoriti yang diperoleh penyandang ADUN kawasan itu, Allahyarham Ismail Yaakob,60, yang memperoleh majoriti 1,352 undi pada pilihan raya umum 2008.

Di PULAU PINANG, DAP juga mengakui bahawa pelbagai insentif untuk rakyat yang diumumkan sejak Najib menjadi Perdana Menteri adalah antara faktor BN mendapat sokongan pada pilihan raya kecil itu sehingga menyebabkan Pas menang dengan majoriti tipis.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata sejak menjadi Perdana Menteri, Najib telah membuat pelbagai pengumuman yang menggembirakan hati rakyat.

"Ini memberi kelebihan kepada BN dan Umno tetapi kita juga perlu tanya kenapa BN masih tidak menang di Manik Urai," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata perpecahan dalam Pas sendiri adalah punca yang menyebabkan calon parti itu menang tipis pada pilihan raya tersebut.

"Masih ada pihak (dalam Pas) yang mahu adakan kerajaan perpaduan dengan Umno. Ini menyebabkan timbul kekeliruan di kalangan pengundi sehingga memberi kelebihan kepada Umno," katanya.

Lim juga berkata masalah di Selangor yang melibatkan ADUN Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali mendesak kerajaan Selangor merombak barisan Exconya juga antara penyumbang kepada kemenangan tipis Pas di Manik Urai.

"Insiden di Selangor yang melibatkan Azmin memberi gambaran tidak sihat kepada pakatan pembangkang bahawa ada perpecahan dalam pakatan pembangkang iaitu bukan sahaja di kalangan parti sebaliknya di dalam parti sendiri," katanya.

SUMBER : BERNAMA

PILIHAN RAYA KECIL VS PILIHANRAYA UMUM

1. Pilihanraya yang berlaku di Negeri Kelantan sememangnya menarik untuk dikaji dan dipelajari . Kelantan yang terkenal dengan jolokan Universiti Politik adalah bahan dan data yang hidup serta praktis untuk dikaji . Tidak kiralah , pilihanraya umum atau pilihanraya kecil , Kelantan adalah sebuah negeri yang unik .

2. Sebagai contoh , data atau statistik yang ada pada kita :


. Dun Pengkalan Pasir : PAS kalah dengan majoriti 134 undi dalam pilihanraya kecil Disember 2005. Namun dalam pilihanraya umum 2008, PAS menang dengan majoriti 2,348 undi.


. Dun Semerak : PAS kalah dengan majoriti 778 undi dalam pilihanraya kecil Ogos 1997 namun dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang dengam majoriti 1475.


. Dun Pulai Chondong : PAS menang dengam majoriti 118 undi dalam pilihanraya kecil 1996, tetapi dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang 2318.


3. Pun begitu , iktibar mesti diambil dan muhasabah mesti dilakukan oleh PAS setelah memenangi Pilihanraya kecil Manek Urai kelmarin dengan majoriti tipis . Itu realitinya sebagai sebuah parti politik yang dewasa dan matang . Tiadalah istilah kecewa dan putus asa .

5. Peringkat awal semua pimpinan PAS menjangkakan kemenangan PAS di Manek Urai dan sebahagiannya menganggarkan kemenangan yang lebih besar . Biarpun anggaran sebahagian pimpinan PAS itu meleset tetapi alhamdulillah jangkaan semua pimpinan PAS itu tercapai .

6. Kemenangan biarpun kecil atau tipis majoritinya tetap akan menjadi tanggungjawab bukan sahaja kepada calon yang menang tetapi juga kepada parti [ PAS ] yang bertanding . Bertolak dari natijah kepada muhasabah [ post mortem ] yang bakal dilakukan kelak , rata - rata mengharapkan PAS dapat melakukan sesuatu yang lebih berkesan . Saya yakin PAS akan melakukan sesuatu dan komitmen ini turut melibatkan Dewan Pemuda PAS .

7. Kini jentera parti mesti bersiap untuk mendepani pilihanraya umum . Sebagaimana saya sebut sebelum ini , mudah - mudahan keputusan pilihanraya kecil Manek Urai ini akan merubah banyak perkara untuk PAS kembali mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya umum kelak .

8. Tidak kita nafi betapa UMNO dan BN mengumpul seluruh kekuatan dalam usaha memulihkan reputasi mereka yang tercalar teruk sepanjang sessi ini , pula jutaan ringgit ditawar dan dijanjikan kepada penduduk Manek Urai menjadi satu dari faktor menurunnya majoriti kemenangan PAS .

9. Tetapi PAS tidak boleh berpada dengan alasan tersebut kerana PAS perlu melihat ke "dalam" bagi memastikan kemenangan akan datang dengan majoriti yang lebih besar . Banyak perkara yang perlu dilihat . Pendekatan , cara kempen , ukhuwwah , pengorbanan , sikap dan 1001 perkara yang perlu diperbaiki .

10. Berbanding keputusan pilihanraya umum di Manek Urai yang lalu , undi yang diperolehi oleh al marhum Pak Su Weil [ PAS ] ialah 5746 . Ertinya PAS kehilangan 398 undi berbanding undi yang PAS perolehi dalam pilihanraya kecil kelmarin ialah 5348 . Tanpa memandang rendah kepada peningkatan undi BN tetapi saya tidak terkilan dengan kehilangan hanya 398 undi dalam pilihanraya kecil berbanding undi dalam pilihanraya umum lalu , setelah melihat cara BN turun berkempen . Pilihanraya umum akan datang , saya yakin PAS kembali mampu menang besar, dengan PAS mengambil langkah memperbaiki segala kelemahan . Lihat sahaja senario lalu .

USTAZ NASARUDDIN HASSAN AT-TANTAWI

ANALISA PRK MANEK URAI

Banyak faktor yang mempengaruhi keputusan prk Manek Urai. Kemenangan tipis PAS juga harus dipandang serius. Undi rosak 117 melebihi majoriti 65 juga wajib dipandang serius.

Ada 2 elemen penting yang perlu dihalusi. Unsur luaran dan dalaman PAS merupakan faktor yang penting mempengaruhi pengundi Manek Urai. Faktor calon juga adalah amat penting mempengaruhi keputusan Manek Urai. Faktor luaran faktor Najib PM baru juga mempengaruhi. 100 hari najib umum 11 hadiah buat rakyat juga mempengaruhi. Jentera UMNO di Manek Urai lebih tersusun berbanding di Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan taktik yang mereka gunakan juga berbeza.

Berbagai isu politik yang berlaku dalam Pakatan Rakyat seperti di Kedah, P.Pinang dan Selangor juga mempengaruhi. Di Kedah isu babi hingga DAP keluar Pakatan kemudian masuk balik, di P.Pinang dengan isu Kg Buah Pala, di Selangor dengan isu Menteri Besar dan Azmin Ali. Di Perak 3 Adun PR lompat bebas. Ini semuanya adalah faktor luaran yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi di Manek Urai.

Faktor dalaman pula adalah isu Kerajaan Perpaduan yang amat serius hingga Tuan Guru Nik Aziz menyuruh Ustaz Nasarudin letak jawatan. Ini perpecahan yang amat serius yang berlaku dalam PAS selepas muktamar. Hingga tidak benarkan Ustaz Nasarudin berkempen di Manek Urai walaupun selepas itu isu ini dianggap selesai tetapi hakikatnya tidak. Jentera PAS paling lemah adalah di Manek Urai. Ini adalah disebabkan perpecahan yang berlaku dalam PAS.

Kita boleh nafikan di media tetapi inilah hakikat yang sebenar. Dari segi jentera kita terpaksa akui bahawa jentera UMNO di Manek Urai pada kali ini jauh lebih baik dan tersusun dari jentera PAS. Ingatlah pesan Saidina Ali " Kebatilan yang disusun dengan rapi dan terancang akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak disusun dengan rapi dan teratur.." Kita harus berlapang dada menerima teguran jika kita mahu terus mencapai kemenangan. Kita wajib bermuhasabah.


Manek Urai bukanlah kubu kuat PAS mahupun B-End. Maknanya mahu tidak mahu mulai hari ini kita tidak boleh langsung abaikan rakyat. Rakyat semakin cerdik untuk menilai. Jangan ada lagi sikap pembangkang dalam Pakatan Rakyat setelah membentuk kerajaan. Jangan lagi bila sudah memerintah asyik mahu salahkan kerajaan B-End. Kita wajib tangani dan selesaikan semua masalah yang ada. Barulah rakyat akan melihat Pakatan Rakyat sebuah kerajaan yang cukup berwibawa.

Akhir sekali saya amat berharap, kepada pimpinan Pakatan Rakyat , kukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Semua pihak harus bermuhasabah dan berlapang dada menerima teguran. Kalau pemimpin sudah tidak boleh lagi ditegur, ingatlah KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT.


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com

KHIR TOYO DAN 4 ADUN BEE END DIGANTUNG

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul menggantung bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo selama setahun dan empat Ahhi Dewan Undangan negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) lain selama enam bulan dengan keistimewaan kepada mereka dilucutkan.

Berikutan itu, 20 Adun BN yang juga pembangkang di negeri itu diketuai Khir bertindak keluar Dewan sebagai sebagai memprotes usul meluluskan cadangan hukuman itu telah dibuat dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan (JKHK).

JKHK sebelum ini mencadangkan Khir digantung daripada menghadiri sidang dewan dan elaunnya dipotong selama setahun kerana kegagalannya menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis).

Jawatankuasa itu juga telah mencadangkan supaya empat Adun BN iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakr (Hulu Bernam) digantung daripada menghadiri sidang DUN dan elaun dipotong selama enam bulan kerana didapati bersalah menghina Selcat di akhbar.

sumber : Bernama

BN TERUS TERBURAI ,PAS PERLU BUAT POSTMORTERM

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah berpandangan PAS perlu melakukan post mortem serta membuat kajian secara mendalam mengenai aliran pengundi yang tidak memihak kepada PAS dalam Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada 14 Julai lalu.

Mengulas mengenai kemenangan tipis PAS dengan majoriti 65 undi, Wan Abdul Rahim menolak faktor golongan muda yang tidak keluar mengundi yang menyebabkan kemerosotan majoriti berbanding Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.Jelasnya, berdasarkan keputusan yang di perolehi di beberapa peti undi seperti Manek Urai Baru PAS menang dalam semua empat saluran kecuali saluran dua.

Justeru katanya PAS perlu membuat semakan faktor yang menyebabkan golongan berusia menolak PAS.Dalam pada itu beliau juga tidak menolak kemungkinan kemenanganan tipis tersebut disebabkan kelemahan PAS di Kuala Krai yang baru sahaja selesai membuat perubahan kepimpinan di peringkat kawasan.

Sementara itu beliau juga berpandangan faktor calon sebelum ini, Ismail Yaakub meninggalkan suatu 'kekosongan' kepada rakyat Manek Urai."Pak Su Wil merupakan satu 'lagenda' yang cukup sinonim dengan rakyat Manek Urai. Walaupun pengganti beliau, Abe Uji merupakan pilihan yang terbaik beliau masih perlukan pendedahan.

"Dan saya yakin Abe Uji akan dapat meneruskan usaha serta kesinambungan yang diteruskan oleh Pak Su Wil dengan jalinan kemesraan dengan rakyat akar umbi,"katanya.

Dalam pada itu, Wan Abdul Rahim sewaktu dihubungi Harakah turut merakamkan terima kasih kepada seluruh pimpinan Pakatan Rakyat yang turut berganding bahu dalam memastikan kemenangan PAS.Beliau menegaskan, kemenangan tersebut membantu PAS dan meneruskan kesinambungan kekuatan parti di kubu kuat PAS itu.Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Barisan Nasional(BN) kerana dapat mengekalkan suasana yang 'lunak' dan 'persaudaraan' dalam tempoh berkempen tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Jelasnya dengan kemenangan tersebut, BN telah mengalami nasib ditolak oleh rakyat di semua pelusuk negara dalam siri-siri pilihan raya kecil oleh masyarakat pelbagai kaum.

"Walaupun di Manek Urai 99.9 peratus terdiri daripada kaum Melayu, nampaknya BN terus ditolak oleh rakyat. Ini memberikan peluang serta potensi yang cukup baik kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mencuba mencapai kemenangan yang lebih baik dalam Pilihan Raya Umum ke 13,"katanya

DPP PAS CABAR TUNAI JANJI MANEK URAI

Dewan Pemuda PAS mencabar BN agar menunaikan janjinya untuk membangunkan Manek Urai dengan peruntukan sebanyak RM24 juta termasuklah membina jambatan yang bernilai RM7 juta seperti mana yang diuar-uar kepada pengundi pada pilihan raya kecil lalu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan berkata, selaku kerajaan yang memerintah negara ini BN sepatutnya boleh melaksanakan pembangunan di Dun itu.Katanya, BN tidak perlu menunggu hanya dengan kemenangannya di lubuk PAS itu barulah boleh membangunkan Manek Urai."Tidak semestinya mereka harus menang, baru hendak melaksanakan pembangunan. Mengapa harus tunggu menang? Sebab jika menang pun BN tidak dapat menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan," tegasnya.

Jelasnya, Umno dan BN sengaja memperbodohkan rakyat dengan janji yang agak luar biasa."Inilah sikap BN! Kita harap dalam PRU-13 nanti rakyat tidak lagi terpedaya serta terperangkap dengan janji mereka," katanya.Sehubungan itu, beliau turut mengakui tekanan meterial yang luar biasa itulah menyebabkan kemenangan tipis PAS.

Dengan janji jutaan ringgit itu, Nasruddin percaya pengundi Manek Urai mungkin terpersona dan terpedaya dengan janji BN sehingga sukar untuk membuatkan membuat keputusan bijak.Justeru, katanya, PAS harus mengambil iktibar di atas kemenangan tipis parti itu dan menganggap ada hikmah yang perlu dijadikan pengajaran bagi setiap ahli PAS.

"Apa yang berlaku ini, semua pemimpin dan ahli parti PAS mengambil iktibar supaya kita kembali bertaut. Kemenangan itu datang daripada Allah kerana kehebatan kita," katanya

Rabu, 8 Julai 2009

NO TO PPSMI YES TO PI WAJIB LULUS

KUALA LUMPUR: Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mendapat bantahan beberapa pihak, terutama pejuang bahasa dijangka berakhir berikutan keputusan kerajaan memansuhkan dasar itu.

Sebagai ganti, kerajaan akan mengumumkan strategi yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan pengajaran bahasa Melayu dan pada masa sama tidak mengetepikan kepentingan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah.

Menurut sumber, dasar baru itu dijangka bermula pada 2012 dan akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini untuk kelulusan.

Antara langkah yang dijangka diumumkan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris adalah menambah bilangan guru dan waktu pelajaran bahasa itu di sekolah, memperkenalkan subjek baru serta merapatkan jurang perbezaan pencapaian murid luar bandar dan dalam bandar.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika diminta mengulas perkara itu, berkata beliau akan mengumumkan keputusan muktamad kerajaan selepas membentangkannya kepada Kabinet tetapi enggan menyatakan butirannya.

Beliau yang juga juga Menteri Pelajaran, berkata keputusan itu dibuat selepas kajian teliti termasuk perbincangan dengan pelbagai badan atau pertubuhan berkaitan pendidikan.

"Tunggulah esok (hari ini). Saya sudah mengemukakan memorandum kepada Kabinet mengenai kedudukan PPSMI dan apa yang telah dilaksanakan dan bagaimana kedudukan penguasaan bahasa Inggeris serta subjek Sains dan Matematik sejak kita melaksanakan dasar itu," katanya selepas melancarkan Projek Gerak Bakti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di Kompleks Seri Pekembar Pagoh, dekat Muar, semalam.

Beliau berkata, kementerian sudah membuat banyak kajian dan menemui pelbagai hasil termasuk prospek masa depan PPSMI sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

"Antara yang diteliti dan menjadi perkara pokok ialah bagaimana kita meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan, di samping memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris," katanya.

Beliau juga berkata, keputusan mengenai kedudukan PPSMI tidak dibuat secara terburu-buru dan bukan kerana desakan serta tekanan mana-mana pihak, sebaliknya ia berdasarkan kepentingan pelajar dan keutamaan untuk mempertingkatkan sistem pendidikan negara.

Ditanya sama ada keputusan itu adalah yang terakhir dan tiada lagi kajian selepas ini, Muhyiddin berkata pihaknya sudah menerima pandangan mengenai PPSMI sejak bertahun-tahun lalu dan sepatutnya sudah ada keputusan muktamad dicapai.

Beliau turut mengakui mengadakan perbincangan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan kedudukan PBSMI dan membentangkannya kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mendapatkan input daripada pimpinan parti.

Katanya, wakil parti komponen Barisan Nasional (BN) juga akan menyuarakan pendapat pada mesyuarat Kabinet.

TOP 5 KEZALIMAN UMNO:

1. gadai nasib anak Felda , anak kampung dan anak Melayu dengan tunduk kepada MCA. UMNO gadai Melayu bila memperkenalkan biasiswa nasional yang tidak langsung mempertimbangkan kesusahan dan kemiskinan anak Melayu Felda dan kampung-kampung.

Selepas ini, melalui biasiswas nasional, anak-anak melayu kampung dan bumiputra Sabah Sarawak yang tidak mendapat tuition dan pendidikan sebanyak anak Cina ditengah bandar, pasti akan lebih tersisih. Demi menarik kembali kaum Cina, UMNO gadai anak Melayu.

2. UMNO gadai Melayu Kedah demi babi. UMNO sepatutnya menyokong penuh ustaz Azizan kerana kandang babi haram di Kedah memudaratkan dan membimbangkan Melayu khususnya sempena zaman selsema babi ini. TApi, UMNO dengan baruanya mempolitikkan isu babi ini sekalipun merugikan Melayu.

3. UMNO gadai Islam lagi Anak mualaf yang bawah umur tak boleh masuk Islam sekalipun ingin masuk Islam dan ibu/bapa yang Islam mendapat hak penjagaan kerana status agama anak menurut usul UMNO, MESTI MENGIKUT AGAMA IBUBAPA SEWAKTU KAWIN. Bodo sungguh UMNO nih

4. UMNO gadai nasib Melayu Kelantan Royalti minyak Terengganu dan Kelantan dinafikan sedangkan negeri-negeri tersebut negeri Melayu. UMNO Kelantan dan UMNO terengganu patut malu dengan sikap hipokrit mereka. Petronas telah beri sekitar rm250 billion sejak tahun 2000 kepada kerajaan BN tetapi nasib melayu digadai.. "

PRK MANEK URAI: YB MUSLIMAT TUNJUK BAKAT

Ketika Umno bertungkus lumus bagi meraih simpati pengundi di Manek Urai, sebaliknya anggota parlimen muslimat PAS mempamerkan bakat memasak.Ini setidak-tidaknya dapat meredakan ketegangan kempen yang kini semakin rancak.Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali mempamerkan bakat memasak nasi jagung yang diadakan di perkarangan Pasti Manek Urai Baru.

Wakil rakyat tersebut juga menyampaikan ceramah kesihatan mengenai penyakit H1N1."Statistik mangsa di Malaysia kini mencecah angka 400 orang kerana jangkitan yang cepat berlaku daripada manusia kepada manusia."Oleh kerana simptom demam H1N1 hampir sama dengan demam dan selesema biasa, sesiapa yang pergi ke tempat yang ramai orang digalakkan menutup muka dengan topeng," ujarnya.Menurutnya disebabkan kesukaran untuk membezakan demam, batuk dan selesema biasa dengan wabak H1N1 disarankan orang ramai yang mempunyai tanda-tanda demam tersebut segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

"Jika ada anak yang demam pun, jangan benarkan mereka ke sekolah sebaiknya, bawalah mereka ke klinik dengan segera, " katanya.Selain itu ibu bapa juga harus mengajar anak-anak cara membasuh tangan dan perlu sentiasa mengingatkan mereka agar mencuci tangan dengan bersih.Beliau turut menjelaskan mengenai penyakit kencing manis yang banyak dihadapi masyarakat di Kelantan. Oleh itu beliau menasihatkan rakyat di negeri ini mengubah gaya hidup supaya mengurangkan gula dalam masakan.

Program tersebut dimeriahkan dengan celoteh ahli-ahli Parlimen yang menunjukkan bakat memasak.Orang ramai yang hadir merasakan program 'Demonstrasi Nasi Jagung Sihat' akhirnya bertukar menjadi 'Nasi Jagung YB' memandangkan kesemua ahli Parlimen bergilir-gilir membantu menyiapkan hidangan tersebut.Program perkampungan ahli parlimen PAS bermula 6 Julai (semalam) dan akan berakhir esok.Manakala selepas ini Adun PAS Kelantan pula menganjurkan program bersama masyarakat setempat. Antara anggota parlimen yang hadir termasuk anggota Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Mohamad Husin, anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli, anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ustaz Firdaus Jaafar (Jerai), Dr Mohd Hayati (Pendang), Salahudin Ayub (Kubang Kerian), Dato' Mahfuz Omar (Pokok sena), Dr Che Rosli Che Mat, (Hulu Langat).Selain itu Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan isteri calon,Aminah Mahmood.

TDM CARI PASAL

PAS mendesak satu kertas putih dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak di Parlimen pada sesi depan berhubung dakwaan Tun Mahathir Mohamad yang persoalkan ke mana dibelanjakan wang sebanyak RM254 bilion yang dibayar oleh Petronas sejak enam tahun lalu kepada kerajaan persekutuan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata ia perlu dibuat supaya duit Petronas tersebut dapat dibentang dan dikenal pasti kegunaannya oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, jika Najib gagal membentangnya bermakna apa yang didakwa oleh Tun Mahathir itu merupakan satu penyelewengan besar yang dilakukan kerajaan BN.

"Saya minta satu kertas putih dibentang untuk diberitahu kepada rakyat duit sebanyak itu digunakan untuk apa," katanya semasa dihubung baru-baru ini.

Sebelum ini, dalam blog Tun Mahathir pada 3 Julai lalu beliau menegaskan kerajaan menerima bayaran daripada Petronas bermula tahun 1976 sebanyak RM300 juta. Meningkat pula pada tahun 1981 sebanyak RM2 bilion.

Katanya, sepanjang 22 tahun pemerintahan jumlah yang terkumpul sebanyak RM1688 bilion.

Apabila beliau bersara pula dakwanya jumlah meningkat daripada RM19 bilion pada tahun 2004 kepada RM67.8 bilion pada tahun pada 2009.

Ini katanya, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM253.6 bilion. - mks. Menurut Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian disebab sepanjang tempoh enam tahun lalu Najib menjadi orang nombor dua di negara ini. Jadi dakwanya, pasti Najib tahu apa yang berlaku ke atas duit dari Petronas itu. Oleh kerana itu katanya, beliau mencabar Najib untuk bentangkan kertas putih di perlimen.

Ini katanya, sebagai perdana menteri, Najib perlu bertanggungjawab di atas apa yang didedahkan oleh Tun Mahathir. Dalam pada itu katanya, beliau juga akan membuat satu memorundum dan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Aduan tersebut ujarnya, berkemungkinan akan dibuat selepas pilihan raya kecil Manek Urai nanti. Ini tegasnya, jika beliau bimbang duit sebanyak itu hanya dinikmati segelintir di kalangan pimpinan Umno yang mengamalkan nepotisme dan kronime yang semakin menebal dalam Umno.

"Ini juga dapat dilihat dalam pemilihan Umno baru-baru ini dan juga projek-projek yang hanya diagihkan kepada mereka yang berkepentingan dalam parti," katanya. Mengulas mengenai pendedahan Tun Mahathir yang dilihat seolah-olah mahu membalas dendam terhadap bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Salahuddin berkata sama ada dendam atau tidak, itu masalah rumah tangga Umno. Bagaimanapun katanya, begitulah amalan Umno, apabila berdendam dan bergaduh sesama sendiri baru mereka mendedahkan apa sebenarnya penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan urus tadbir negara

UMNO PERGUNAKAN JURURAWAT .. PAS KENA PANGGIL DOKTOR

Umno akan menggunakan pelajar-pelajar kolej kejururawatan di Pengkalan Chepa untuk membantu kempen mereka di Manek Urai, dedah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob.Selain pelajar-pelajar kolej kejururawatan itu, pelajar-pelajar, pensyarah dan kakitangan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga dikerahkan untuk berkempen bagi pihak Umno di Manek Urai.

"Saya mendapat maklumat bahawa Umno akan menggunakan pelajar-pelajar sebuah kolej kejururawatan di Pengkalan Chepa selain pelajar, pensyarah dan kakitangan IPTA negeri ini untuk berkempen di Manek Urai."Kesemua mereka ini akan diletakkan di bawah pengawasan Pergerakan Pemuda Umno bagi tujuan menjalankan kempen tersebut," tegas beliau.

Justeru, salahuddin menyelar tindakan Umno yang menggunakan pelajar-pelajar IPTA untuk berkempen sedangkan mereka tidak membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik.

BEKAS KOMANDO MENANG BICARA

Perjuangan seorang bekas komando, Lans Koperal, Arman Amin selama hampir 5 tahun akhirnya mendatangkan kejayaan apabila Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Dato' Wira Mokhtaruddin Baki membenarkan tuntutannya ke atas pihak defendan dan mengarahkan supaya dikembalikan segala hak dan keistimewaan yang dimilikinya sebelum ini.

Arman sebagai plaintif telah diwakili peguam, Lt Kol (B) Syed Ismail Syed Omar telah menamakan Kolonel Abd Samad Yaakob sebagai defendan pertama, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai defendan kedua dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.

Menurut Arman, bahawa beliau bersama tiga rakannya telah ditahan dan 'Bere Hijau Komando' mereka telah dilucutkan beserta pemotongan elaun komando kerana didakwa membantu kempen PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 11 pada 2004, namun tiga rakannya itu kemudiannya mengaku bersalah.

"Pelucutan itu dibuat tanpa melalui prosedur yang sebenarnya dan dilakukan walaupun Mahkamah Tentera belum membuat keputusan, ini membuatkan saya memfailkan saman pada Februari 2004 tetapi apabila Mahkamah Tentera memutuskan tak bersalah segala hak saya itu masih tak dikembalikan juga.

"Alhamdulillah kini saya bersyukur kerana hak dan maruah saya telah dikembalikan, saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu terutamanya sahabat saya Zabidin Sulaiman yang banyak membantu sokongan moral dan sebagainya," kata beliau.

Beliau menuntut ganti rugi atas fitnah terhadapnya berikutan penarikan balik Beret Hijau itu, kehilangan elaun serta penyalahgunaan kuasa di pihak defendan.

Plaintif telah menuntut satu deklarasi bahawa tindakan defendan pertama melucutkan Beret Hijau komandonya adalah salah, tidak sah, berlawanan dengan undang-undang dan peraturan tentera, salah guna kuasa serta tidak adil.

Selain itu, plaintif turut memohon satu deklarasi bahawa tindakan defendan kedua dan ketiga menyekat, memotong, menamatkan dan atau memberhentikan bayaran Insentif Pasukan Khas Komando kepada plaintif mulai 30 April 2004 adalah salah dan tidak sah.

Plaintif turut memohon satu perintah bahawa plaintif adalah layak dan masih menyandang Beret Hijau serta menikmati semua faedah, elaun dan bayaran Insentif Pasukan Khas Komando yang diberikan oleh defendan ketiga.

Plaintif turut mengemukakan tuntutan supaya defendan kedua dan ketiga membayar balik semua potongan bayaran Insentif Pasukan Khas Komando yang dibuat secara salah mulai 30 April 2004 dan seterusnya defendan ketiga dilarang daripada memotong, menamatkan dan atau memberhentikan pembayaran semula faedah, elaun dan bayaran insentif.

Pada masa sama, plaintif turut menuntut ganti rugi am yang ditaksirkan oleh mahkamah, faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi am mulai tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian sepenuhnya, kos serta apa-apa relif yang didapati adil dan suaimanfaat oleh mahkamah.

Mahkamah menetapkan pada 23 Oktober 2009 depan sebagai tarikh untuk menentukan jumlah ganti rugi yang harus dibayar kepada Arman di mana peguamnya menyatakan bahawa tuntutan anak guamnya sebanyak RM250,000.

KUBU UMNO PONDOK KEMPAS PECAH

Hampa dengan pemimpin atasan Umno Negeri Melaka yang tidak mengendahkan langsung bantahan penduduk kampung berkenaan pembinaan jirat Cina di kawasan majoriti orang Melayu menyebabkan 80 ahli Umno Cawangan Pondok Kempas mengistiharkan keluar parti sebagai tanda protes, di sini, baru-baru ini.

Menurut Bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Pondok Kempas, Kalsom Rejab, bahawa mereka semua berasa kecewa disebabkan tiada seorang pun pemimpin negeri turun padang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sejak Mei lalu.

"Sebelum ini dua kali sudah kami mengadakan bantahan namun tiada seorang pun wakil rakyat atau pegawai yang terlibat berjumpa dengan bagi membincangkan permasalahan yang timbul agar dapat dicari jalan penyelesaiannya.

"Sebaliknya kami ditohmah dengan pelbagai tuduhan seperti melabelkan kami telah menyertai Pakatan Rakyat dan sebagainya serta pelbagai ugutan untuk menarik balik bantuan kerajaan atau akan ditangkap polis," katanya.

Beliau berkata, ini menunjukkan bahawa Umno di peringkat cawangan, bahagian dan juga negeri tiada berkemampuan mempertahankan dan membela nasib rakyat bawahan khususnya di kampung.

Tambah Kalsom, apa yang berlaku ini amat bercanggah sekali dengan konsep 1 Malaysia yang dicanangkan selama ini.

"Sepatutnya kami tidak diugut atau penghinaan sedemikian rupa tetapi duduk bersama berbincang bagi menyhelesaikan permasalahan tersebut.

"Kami adalah merupakan pengundi setia Umno di mana pada setiap pilihan raya Umno pasti berjaya memenangi kawasan ini yang merupakan kubu kuat Umno sejak dulu," ujarnya.

Tambahnya,pelbagai tindakan telah dilakukan oleh penduduk kampung yang terlibat kerana membantah pembinaan jirat Cina di kawasan majoriti penduduk Melayu itu seperti mengadakan demonstrasi bantahan, menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Jasin dan Ketua Menteri Melaka, namun ianya tetap diteruskan dan ini mengundang rasa tidak puas-hati di kalangan masyarakat setempat

Selasa, 7 Julai 2009

DENDAM UBN DENDAM TAK SUDAH

Othman Jailani

Ada dua bentuk kegeraman dan dendam di hati para pemimpin Umno dan Barisan Nasional ekoran kekalahan mereka dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu.


Geram dan dendam yang pertama, ditujukan terus kepada Pakatan Rakyat yang berjaya mengambilalih lima buah negeri daripada Kerajaan Persekutuan BN.

Manakala geram dan dendam yang kedua, langsung ditujukan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan kerana telah bertindak memilih, mengundi kerajaan Pakatan Rakyat, sekali gus menolak kerajaan BN sebelum ini.

Slogan terbaru Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan adalah slogan sifar walaupun Najib telah menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau telah membuat sesuatu bagi mengatasi masalah rakyat di Pudu Raya.

Tapi masalah sebenar rakyat bukannya terletak pada perhentian bas Pudu Raya. Perkhidmatan bas boleh diadakan dan boleh juga ditiadakan bergantung kepada keperluan semasa.

Maka, dakwaan bahawa penyelesaian ke atas masalah kesesakan di Pudu Raya adalah gambaran kepada keprihatinan Najib ke atas keperitan hidup rakyat masih belum cukup kuat. Lokasi perhentian bas boleh berubah-ubah demi keselesaan rakyat.

Berapa banyak perhentian bas yang diubah demi keselesaan rakyat sebelum ini. Dan, keputusan ini boleh dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran, Majlis Daerah atau apa yang kita namakan sebagai Kerajaan Tempatan.

Tidak perlulah sampai Perdana Menteri turun padang menguruskan soal perhentian bas, maka oleh kerana itu, terus dibuat perisytiharan bahawa Najib telah merakyat melalui reformasi di Pudu Raya.

Kita membangkitkan hal ini setelah media melaporkan rasa lapang dada rakyat berhubung keselesaan di Pudu Raya itu.

Jadi bagaimanakah kita mahu mengukur darjah kualiti kepemimpinan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak ini? Adakah ia terletak kepada prasarana seperti Pudu Raya, Hentian Duta, Pusat Hentian Kajang dan lain-lain tempat perhentian bas?

Sekadar itu sajakah darjah kualiti pemikiran seorang Perdana Menteri Malaysia?

Sebenarnya, kualiti Najib sebagai PM terletak kepada bagaimana beliau berdepan dengan masalah penempatan rakyat, serta hubungannya dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang menguasai negeri-negeri di bawah tadbiran kerajaan yang baru ini.

Najib dipengaruhi sentimen kepartian di Kg Buah Pala

Ketika berdepan dengan masalah Kampung Buah Pala di Pulau Pinang misalnya Najib mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan negeri perlu selesaikan sendiri masalah pengambilalihan tanah di kampung tersebut tanpa campur tangan orang lain.

Alasan Najib - hal ehwal tanah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat tak boleh mencampuri urusan tersebut.

"Mereka perlu menyelesaikan masalah itu sendiri tanpa campur tangan orang lain dan sekarang isu tersebut dilihat sukar untuk diselesaikan," katanya baru-baru ini ketika mengulas permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mahu menulis surat kepadanya untuk meminta bantuan Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih tanah di kampung itu.

Menurut laporan, kerajaan negeri Pulau Pinang mengakui tidak mampu mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 buah keluarga terus menetap di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

Isu itu timbul selepas pemaju projek, NusMetro Venture (P) Sdn. Bhd. (NusMetro) dilaporkan telah menghadapi kerugian hampir RM6 juta sejak setahun lalu apabila terpaksa membayar balik jumlah penuh kepada pembeli yang telah membatalkan pembelian mereka ekoran masalah tersebut.

Najib sebagai Perdana Menteri sepatutnya berlapang dada dan berjiwa besar seperti ayahnya dengan bersikap turun padang untuk membantu kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan politik kepartiannya.

Najib perlu berfikiran jelas dan terbuka bahawa urusan kepartian adalah suatu hal lain. Apabila pemimpin negeri Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat yang mendapat rakyat meminta bantuan, maka hendaklah Najib membuang dendamnya kepada PR dan rakyat Pulau Pinang itu sendiri.

Janganlah gara-gara dendam kepada PR Pulau Pinang, termasuk dendam ke atas rakyat Pulau Pinang maka Najib enggan pula masuk campur dalam hal itu. Apatah lagi, Najib diminta datang untuk menyelesaikan masalah itu secara terhormat pula.

Kalau tidak, slogan Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah lafaz sifar sekali gus mengundang kemarahan rakyat yang lebih berpanjangan.

23 buah keluarga di Kampung Buah Pala itu, mungkin pernah mengundi Umno dan Barisan Nasional sebelum ini, kalau Najib mahu membuka fikirannya terhadap kemungkinan itu (walaupun seelok-eloknya Najib membantu juga tanpa mengira jalur dan faham politik kepartian 23 buah keluarga tersebut).

Tiada alasan jika mahu berbuat kebaikan

Alasan Najib bahawa kerajaan pusat tak boleh mencampuri urusan tersebut oleh kerana hal ehwal tanah tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri adalah lemah.

Ini kerana, pimpinan kerajaan negeri menyatakan hasrat bahawa pihak mereka akan mengutus surat, dengan tujuan meminta pertimbangan kerajaan pusat untuk mencampuri urusan tersebut. Dalam dunia ini tiada alasan untuk tidak berbuat baik.

Hanya yang ada sekarang ialah terbitnya kemungkinan-kemungkinan bahawa wujudnya niat mahu melepaskan dendam ke atas PR yang telah mengambilalih pemerintahan Pulau Pinang termasuk berdendam ke atas rakyat di negeri itu sendiri yang telah mengundi PR dan bukan BN.

Sebagai Perdana Menteri, Najib tidak boleh ada sifat berdendam dan bersikap pilih kasih ke atas mana-mana negeri yang berada di bawah perlindungan kerajaan Pakatan Rakyat. Soal 'kerajaan' dan 'parti' janganlah Najib campur adukkan.

Contoh sangka buruk Khir Toyo

Itu kisah hubungan keruh Najib dengan kerajaan PR Negeri Pulau Pinang yang ada sifat ingin membalas dendam ke atas PR dan rakyat Pulau Pinang yang telah memberikan mandat pemerintahan ke atas PR.

Di Selangor, pula kita tersua dengan busuk hati seorang bekas pimpinan Umno - BN di Selangor, iaitu Khir Toyo.

Khir di dalam kenyataannya yang terbaru mengakui bahawa, beliau memang membeli 2 lot tanah bersama banglo di Seksyen 7 pada harga RM3.5 Juta. Laporan akhbar milik pembangkang melaporkan bahawa angka itu bukan RM24 Juta seperti didakwa.

Katanya beliau membeli aset itu melalui pinjaman dari HSBC Bank tiga tahun lepas dengan tempoh bayaran balik selama 30 tahun.

"Saya beli rumah selepas lima tahun jadi Menteri Besar bukan sebaik saja menjadi MB," katanya kepada pemberita ketika mengulas dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Ng, sebelum ini mendakwa bahawa kos pembinaan banglo termasuk pemgambilan dua bidang tanah masing-masing berkeluasan 0.2 hektar dan 0.1 hektar mencecah kos RM24 juta dan jumlah itu tak mungkin mampu dibiayai Khir melalui pendapatannya selama lapan tahun menjadi Menteri Besar.

Ng mendakwa pendapatan Dr Khir ketika memegang jawatan Menteri Besar dianggar sebanyak RM576,000 setahun iaitu RM4.6 juta dalam tempoh lapan tahun.

Perangkaan ini mungkin sedikit tersasar, tapi hal pembelian tanah lot dan banglo itu memang telah sedia maklum wujud dan tidak boleh disangkal oleh Khir sendiri.

Prasangka Khir Toyo

Sambil menjelaskan kedudukan sebenarnya, Khir berkata, Adun Sekinchan itu membuat tuduhan tersebut lantaran tidak puas hati berhubung tindakan beliau (Khir) yang memberikan tumpuan di kawasan Sekinchan sejak belakangan ini.

"Saya pergi dari rumah ke rumah sejak sebulan lalu dan akan pergi ke setiap rumah di Sekinchan dalam dua tiga tahun ini. Ini yang dia marah sebab dah tak diterima di kawasannya.

"Jadi, dia nak alihkan isu ini supaya orang marahkan saya," kata Khir yang juga pernah ditewaskan oleh Ng pada pilihan raya umum lepas. Khir berkata demikian dengan penuh sangkaan buruk terhadap lawan politiknya.

Atau adakah Khir masih berdendam kepada Pakatan Rakyat yang telah menyebabkan beliau kehilangan jawatannya sebelum ini khasnya kepada Ng yang telah menyebabkan kekalahannya dalam pilihan raya umum yang baru berlalu?

Apa-apa pun, dendam Najib, Khir Toyo dan lain-lain pimpinan BN ke atas PR termasuk rakyat yang telah memberikan mandat terhadap PR itu masih belum berakhir. Lihatlah kemuncak senario yang berlaku di Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini.