Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 31 Disember 2011

Dewan Pemuda PAS Pusat Sanjung Kepercayaan Rakan

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan penghargaan kepada DAP yang sudi menyokong Adun PAS sekiranya Pakatan Rakyat menang di Melaka pada Pilihanraya Umum ke-13."Bagi DPPM, ini merupakan suatu penghargaan dan semangat setiakawan yang tinggi ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.DPPM, ujarnya menganggap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Kawasan Bachang, Lim Jak Wong merupakan tanda keikhlasan dan kejujuran DAP dan Pakatan Rakyat dan memimpin perubahan di negara ini.

Ini, katanya bukan pula bermaksud DAP mengenepikan Parti Keadilan Rakyat sebagai rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia adalah manifestasi kebersamaan ketiga-tiga parti ini dalam mendepani kebangkitan rakyat.Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat berjaya membuktikan mereka tidak tamakkan kuasa dan jawatan malah sanggup berkompromi bagi memastikan pemerintahan Pakatan Rakyat di Melaka menjadi realiti."Kenyataan DAP juga menunjukkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat berjiwa besar dan sanggup berlapang dada antara satu sama lain," ujarnya kepada Harakahdaily.

Bagi PAS pula, jelasnya sudah tentulah kenyataan itu tidak menjadikan PAS sebagai angkuh dan sombong sehingga tidak mahu menerima kehadiran rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat.Tegasnya, PAS sentiasa menganggap PKR dan DAP sebagai rakan komponen yang bakal menggantikan kerajaan Umno BN dalam PRU ke 13.Beliau menambah, DPPM melihat siapa menjadi Ketua Menteri Melaka akan datang bukan menjadi persoalan utama, yang lebih diutamakan adalah berjuang bagi memenangkan Pakatan Rakyat khususnya di negeri Melaka.

Menurutnya, isu siapa menjadi Ketua Menteri Melaka akan dibincangkan jika Pakatan Rakyat memperolehi mandat dalam PRU ke 13.Katanya, DPPM percaya, PAS Melaka akan berusaha merealisasikan harapan rakyat dan Pakatan Rakyat Melaka dengan berjuang bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Melaka mampu dijelmakan dalam Pru ke 13 nanti."Seterusnya pemimpin PAS Melaka mampu melahirkan kepemimpinan yang hebat dan mampu menggalas amanah kemenangan ini kelak."Apa yang penting, Pakatan Rakyat menjunjung tinggi demokrasi serta berusaha menegakkan sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun di negara ini dengan penuh keadilan, telus, berwibawa dan bersih," ujarnya.

Jumaat, 30 Disember 2011

Dr. Aziz Bari Tawar Diri Calon Pakatan Rakyat

Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau tidak ghairah tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.

Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka, katanya kepada The Malaysian Insider melalui kiriman emel.

Beliau mengesahkan menerima tawaran tidak rasmi dari semua parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP namun berkata masih terlalu awal untuk membuat keputusan parti mana yang akan ditandinginya.

Abdul Aziz menambah beliau tidak memilih tentang bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan semua parti komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan ia pentung bagi mewujudkan sistem dua parti.

Namun bekas pensyarat Universiti Islam Antarabangsa ini berkata keputusannya adalah untuk terlibat dalam politik dan berminat menyertai pilihan raya dan bukan sebagai anggota parti yang disifatkan tidak mempunyai stamina melakukannya.

Ini adalah perkara yang dihalang untuk dilaksanakannya. Menyertai politik bukan bermakna terlibat dalam politik parti.Apa pun dalam politik, seperti kerjaya dalam akademik atau NGO, ia hanya platfom untuk perubahan. Tidak kisah apa pun saya terlalui tua untuk menjadikan politik sebagai kerjaya. Jika saya berumur 40 tahun ia berbeza tapi saya akan mencecah 53 tahun, tambahnya.

Abdul Aziz terlebih dahulu digantung tugas dari UIA kerana mengkritik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau dilaporkan memperhatikan kerusi Parlimen Sabak Bernam yang dipegang Abdul Rahman Bakri, yang dijangka akan dibicarakan pada Jun kerana didakwa membuat sembulan tuntutan palsu.

Pensyarah kontroversi ini berdepan dengan siasatan dalaman oleh UIA kerana mengkritik Sultan Selangor.Selain itu Abdul Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Kemelut Dalam UMNO : Orang Muhyidin dituduh Rasuah

Kemelut semakin membuak dalam UMNO. Mereka yang kecewa sudah mula meniup whistle terhadap satu sama lain.

Setiausaha sulit kanan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah yang terbaru dituduh terlibat dalam kancah rasuah UMNO- menerima lebih RM100 000 sebulan untuk sumbangan beliau.

Dalam senario rasuah di Malaysia, pemimpin tertinggi seperti Muhyiddin dan Najib Razak tidak akan menerima rasuah secara terus. Ia biasanya akan disalurkan dahulu kepada orang-orang kanan mereka.


Saya tidak tahu menahu kecuali apa yang say abaca dlam blog. Saya akan lihat perkara ini. Apa jua yang dikaitkan kepada sesiapa yang berada dalam jabatan saya, saya akan lihat kepada perkara itu.” Muhyiddin memberitahu wartawan Selasa lalu.

Pendedahan atau permulaan perang?

Seorang blogger bernama whistleblower711 telah mendakwa bahawa orang kanan TPM, Mohd Shukor Abdul Manan telah menerima lebih RM 100 000 sebulan untuk sumbangan.

Pendedahan ini juga adalah menyusuri laporan bahawa Awang Adek Hussin, setiausaha kanan Najib dan juga Timbalan Menteri Kewangan juga mendapat sumbangan wang.

Awang telah mengaku bahawa wang itu dimasukkan dalam akaun beliau dan menjelaskan bahawa ia adalah untuk program kebajikan di Bachok di mana beliau adalah ketua bahagian UMNO di sana.

Walaubagaimanapun, ada spekulasi bahawa akan ada lagi pendedahan dalam keghairahan pemimpin UMNO membongkar aktiviti-aktiviti tdak sihat mereka.

Itu untuk ini

Najib telah dipersalahkan mengenai perang yang sekarang tercetus dalam UMNO selepas kumpulan beliau mengenakan Ketua Wanita Shahrizat Jalil tentang skandal RM250 juta NFC.

Mereka juga mahu menjatuhkan Muhyiddin yang mereka takuti akan mencabar Najib untuk jawatan presiden tahun depan.

Antara lain yang menjadi sasaran mereka adalah Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan bekas presiden Abdullah Badawi yang telah mengesyorkan Shahrizat kepada Muhyiddin untuk projek NFC itu.

Tapi, nampak gayanya, perbuatan itu hanya akan berpatah balik kepada Najib sendiri yang diketahui tidak mempunyai rekod yang baik. Terdapat kebimbangan dikalangan pemimpin lama UMNO bahawa perkembangan sebegini hanya akan menjatuhkan UMNO dengan lebih cepat.

sumber : Malaysiakita

Kemelut Selesai UMNO Terkeciwa

Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali telahpun membuat pertemuan dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam.Dalam pertemuan tersebut, Harakahdaily melaporkan Hasan telah menarik balik kenyataannya mengkritik PAS berhubung isu negara berkebajikan dan meminta maaf kepada pimpinan PAS.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi menteri besar Kelantan di JKR 10. Hadir sama ialah presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Media rasmi PAS itu memetik Nik Aziz sebagai berkata: "Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Dr Hasan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hasan."

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pertemuan ini dianjurkan oleh PAS pusat.

"Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia," tambahnya.

Menurut Nik Aziz, beliau juga telah membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di kediaman rasminya semalam sebagai tanda kesyukuran penyelesaian kes tersebut.

"Saya berharap PAS pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.

Hasan bagaimanapun dalam satu kenyataan lewat malam ini menafikan bahawa beliau telah pergi ke Kota Bharu semata-mata untuk bertemu dan meminta maaf kepada pemimpin tertinggi PAS.

Katanya, beliau telahpun menarik balik komen terhadap dasar Negara Berkebajikan PAS dan meminta maaf kepada pemimpin tertinggi parti dalam sidang medianya pada 24 Disember.

Pertemuan pada hari Selasa itu sebaliknya menyentuh soal hala tuju parti, persediaan untuk pilihan raya umum dan turut berkait dengan lidah parti itu, Harakah.

DR AZIZ Di Pelawa Sertai PAS

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) mempelawa Prof Dr Abdul Aziz Bari untuk menyertai parti PAS apabila menamatkan kerjayanya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Dengan itu, katanya, Aziz akan dapat menerus dan mempraktik ilmunya sebagai pakar undang-Undang dan perlembagaan negara bagi membetulkan sistem negara dengan landasan yang betul dan tepat.

"Kami mengalu-alukan penyertaannya sebagai ahli politik bagi sama-sama membentuk sistem negara kita yang amat memerlukan ilmunya selama ini," kata naib ketua DPPM, Raja Ahmad Al-Hiss.

"Kami yakin penyertaan beliau kelak akan dapat memberikan manafaat yang baik kerana ilmu yang telah ajar selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas Undang-Undang yang sebenar.

"Malah kami yakin ruang di dalam PAS bagi mengembangkan ilmu beliau amat diperlukan bagi sama-sama memilihara Perlembagaan Negara yang acapkali menjadi satu pertikaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raja Ahmad berkata, pihaknya yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkan oleh Aziz akan terus terpelihara "kerana beliau bukan sahaja mengajar tetapi bertindak menggubal perundangan itu sendiri".

"Kami di dalam PAS menunggu apa sahaja pendirian beliau untuk sama-sama berkhidmat kepada seluruh rakyat kelak.

"Dan kami menghormati beliau sebagai seorang amat amat berpegang teguh dengan pendiriannya di dalam isu-isu negara selama berkhidmat dengan UIAM sebelum ini.

"Dan kami yakin penyertaan beliau kelak akan memantapkan lagi cita-cita PAS untuk melaksanakan Islam di tanahair kelak," tambahnya.

Ujian Memandu Guna Kereta Gear Auto Mulai Mei 2012

Cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu akan dilaksanakan menjelang pertengahan tahun depan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Katanya, cadangan itu dijangka dilaksanakan di seluruh negara pada bulan Mei setelah pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap.

"Kurikulum ini perlu diubah kerana sebelum ini ia mengandungi sistem ujian memandu menggunakan kereta manual tapi sekarang dah guna kereta automatik, jadi memang beza," katanya kepada Bernama.

Abdul Rahim berkata kementerian tidak terburu-buru dalam melaksanakan ujian memandu menggunakan kenderaan automatik untuk berlaku adil kepada pengusaha institut atau sekolah memandu.

"Kita perlu beri masa kerana mereka perlu ganti kereta yang manual kepada automatik. Ini semua kos, jadi kita bagi mereka masa," katanya.

Menurutnya walaupun dengan pengenalan penggunaan kenderaan transmisi automatik ini, terpulang kepada pelajar untuk memilih sama ada kenderaan manual atau automatik untuk belajar.

Abdul Rahim berkata apabila cadangan itu dilaksanakan, lebih ramai rakyat negara ini dijangka memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

"Kita tahu tidak semua orang boleh bawa kereta manual sebab susah, jadi bila kita bagi dia buat ujian guna kereta automatik, mereka mesti suka," katanya.

Mengenai kurikulum baru yang bakal diguna pakai, Abdul Rahim berkata pengubahsuaian itu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin.

"Sebelum ini kurikulum kita lebih kepada kemahiran dan pengetahun tentang undang-undang di jalan raya sebab itu kita ada ujian undang-undang dan ujian berkaitan kemahiran, tapi sekarang kita tambah satu elemen iaitu bagaimana untuk jadi pemandu lebih bertimbang rasa," katanya.

Abdul Rahim berkata usaha melahirkan pemandu yang berdisiplin, berhemah dan bertimbang rasa dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut kerana 60 hingga 70 peratus kemalangan itu disebabkan faktor manusia.

Beliau juga berkata belum ada cadangan untuk menggantikan Sistem Kejara dengan sistem lain kerana ia masih relevan, malah digunapakai oleh banyak negara.

Katanya sistem itu akan terus dilaksanakan kerana ia dapat menjadikan seseorang pemandu lebih berhati-hati ketika di jalan raya sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

"Kalau sistem ini tiada pemandu tidak takut jadi mereka boleh buat ikut suka di jalan, jadi kalau ada sistem ini mereka lebih hati-hati kerana bila mata Kejara mereka lebih daripada 15, lesen akan digantung," katanya.

SALAM 1 MALAYSIA ? Cammana Nak Jawab ?

Pada majlis-majlis rasmi sejak kebelakangan ini, ucapan "salam 1Malaysia" sudah menjadi satu kebiasaan. Ungkapan yang tercetus hasil laungan slogan 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hasil ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu, turut dilafazkan pembaca berita di awal dan akhir siaran setiap kali ke udara sama ada di radio mahupun televisyen.

Namun, ungkapan yang asalnya bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat itu cuba pula dipolemikkan apabila sesetengah pihak mendakwa ucapan salam itu merupakan perbuatan bidaah, tidak menjadi amalan Rasulullah dan lari daripada ajaran Islam.

Mereka mempersoalkan matlamat Salam 1Malaysia, kenapa dan bila perlu diucap serta apakah sahutannya kerana jika 'assalamualaikum' dan 'salam sejahtera', ada jawapan balasnya iaitu lafaz 'waalaikumussalam' dan 'salam sejahtera'.

Beberapa ahli akademik dan cendekiawan agama ketika diajukan persoalan itu menjelaskan "salam 1Malaysia" merupakan ucapan umum bertujuan mengukuhkan lagi perasaan 1Malaysia dijiwa rakyat bagi menunjukkan rakyat negara itu adalah satu walau apa jenis bangsa dan anutan agama sekalipun.

Dr Amini Amir Abdullah, pensyarah daripada Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata daripada konteks agama, Salam 1Malaysia bukan perbuatan bidaah selagi ungkapan itu tidak disekalikan dengan ucapan salam yang diajar Islam seperti 'assalamualikum warahmatullahhiwabarakatu 1Malaysia'.

Beliau berkata jika dilafazkan sedemikian, barulah ucapan "salam 1Malaysia" boleh dipertikaikan seolah-olah sengaja mempersendakan agama kerana ucapan "assalamualaikum" hanya merujuk kepada penggunaan sesama Islam sahaja.

"Kalau sesama Islam kita lafaz assalamualaikum diikuti Salam 1Malaysia tidak menjadi masalah kerana pada saya itu hanyalah ungkapan atau sapaan daripada orang Islam kepada yang bukan Islam," katanya kepada Bernama.

Mengenai cara menyahut "salam 1Malaysia" itu, Amini Amir, berkata adalah lebih sesuai sekiranya salam itu disambut dengan sahutan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Katanya walaupun agak panjang, sahutan itu adalah paling sesuai bagi membawa maksud konsep 1Malaysia yang diperkenalkan perdana menteri kerana gagasan itu datang bersekali dengan motto "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Beliau berkata Jabatan Penerangan yang menjadi teras dalam menyebar luaskan sesuatu dasar kerajaan perlu lebih efektif menyelidik bagi menyediakan garis panduan seperti di mana dan bagaimana "salam 1Malaysia" diungkapkan serta apakah jawapan sesuai bagi menjawab ucapan salam yang diungkapkan.

"Setiap pemimpin yang mendokong gagasan itu juga perlu memainkan peranan seperti sentiasa mengungkapkan Salam 1Malaysia dengan cuba memberikan gambaran bagaimana salam itu perlu disahut," katanya.

Ketua Pusat Pengajian Bahasa Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Norizah Ardi, pula berkata ucapan itu tidak perlu dipolemikkan kerana seperti mana ungkapan "salam sejahtera", "salam 1Malaysia" perlu dilihat dalam konteks sejagat yang boleh dilafazkan oleh sesiapa sahaja tanpa terbatas kepada sesuatu kaum dan agama.

Beliau berkata perkataan "salam" yang digunakan tidak boleh disamakan dengan lafaz assalamualaikum kerana istilah itu digunakan bagi disesuaikan dengan persekitaran masyarakat yang pelbagai, sama ada dari segi agama, kaum dan bangsa yang ada di Malaysia.

Norizah berkata, walaupun kerajaan tidak memberi pilihan atau cadangan bagaimana ucapan "salam 1Malaysia" perlu disahut, sahutan paling sesuai ialah dengan mengulangi ucapan "salam 1Malaysia" itu kepada orang yang melafazkannya.

"Dari segi logik, ia macam ucapan 'salam sejahtera' atau 'selamat pagi' yang mana kita akan menyambutnya dengan mengembalikan ucapan itu kepada mereka yang melafazkan," katanya.

Budayawan Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim berkata "salam 1Malaysia" telah menjadi satu trend baru seperti "salam perpaduan" yang pernah diperkenalkan sebelum ini.

Beliau berkata ucapan itu tidak mempunyai sahutan yang spesifik kerana "salam 1Malaysia" lebih kepada sapaan yang tidak memerlukan jawapan berbanding ucapan "apa khabar" dan "assalamualaikum" yang memerlukan kepada jawapan balas.

Bagaimanapun, tokoh Bahasa Melayu itu sependapat dengan Norizah yang menyarankan "salam 1Malaysia" dibalas sahutan "salam 1Malaysia" kembali.

"Tidak salah sekiranya ungkapan itu dibudayakan kerana ucapan itu tidak merujuk kepada mana-mana kaum atau agama secara spesifik, malah secara tidak langsung boleh merapatkan lagi hubungan antara kaum," katanya.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berpendapat ungkapan "salam 1Malaysia" dilafaz bagi mewujud dan mengeratkan lagi perpaduan masyarakat.

Beliau berkata soal bagaimana hendak membalas atau menyahut salam yang diungkapkan tidak timbul kerana yang lebih utama ialah tujuan di sebalik "salam 1Malaysia" itu sendiri, iaitu mendoakan perpaduan dan kesejahteraan sesama rakyat.

Perunding motivasi Rujhan Mohamed Razali pula berkata selain "assalamualaikum", semua ucapan salam yang lain adalah termasuk dalam kategori harus iaitu, "ucap pun boleh tidak ucap tidak mengapa".

Rujhan, dari Kiffah Motivation and Training Sdn Bhd, berkata selagi tidak membatasi lingkungan agama, "salam 1Malaysia" yang objektifnya adalah untuk perpaduan dan keharmonian, boleh dijawab dengan sahutan salam kembali.

"Bagaimanapun kita tetap ada pilihan sama ada nak jawab atau sebaliknya," kata rujhan, seorang daripada anggota panel rancangan "Tanyalah Ustaz" di TV9.

KEPALA BABI DEPAN MASJID DI JOHOR - ANGKARA SIAPA ?

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

NONEKepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

NONEKetua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.
Sementara itu, Bernama melaporkan, pengerusi masjid berkenaan Kassim Darim, 62, berkata dalam kejadian pertama pada jam 5 petang semalam, penduduk menemui bungkusan plastik dipercayai mengandungi anggota babi berhampiran pagar belakang masjid.

NONEBeliau berkata kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.
   
Kassim berkata satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk daripada badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

PR MENANG DI MELAKA : KM ADUN PAS

Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Kawasan Bachang, YB Lim Jak Wong berkata sekiranya PR menang di Melaka DAP akan menyokong Adun PAS untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.Lim berkata demikian pada program ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Taman Tun Rahah, Bukit Katil malam tadi."Saya berani menyatakan bahawa kalau PR menang di Melaka, DAP akan sokong Adun PAS jadi Ketua Menteri Melaka" ujar Lim dengan bersemangat.Kenyataan berani Lim ini memberikan tamparan hebat kepada Umno/BN yang sering memainkan isu bahawa jika PR menang di Melaka, Wakil Rakyat dari DAP akan menjadi Ketua Menteri.Turut berceramah malam tadi ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Zainuddin, Ketua Cabang Bukit Katil, Yusof Abdullah.

Selasa, 27 Disember 2011

Buang Bendera PAS : MPHTJ Kurang Ajar

Dah hampir dua bulan bendera UMNO masih tergantung di pokok-pokok sepanjang jalan Kampung Bukit Katil dalam seliaan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
Mungkin pihak majlis perbandaran tidak perasan tentang kewujudan bendera-bendera tersebut, ataupun mereka tidak terliaur untuk mencabutnya.
Cuba kalau bendera PAS dipasang sebegitu di Nergeri Melaka, Negeri Bandar Teknologi Hijau ini, pasti hilang dalam masa satu hari. Sungguh efisyen dan cekap Majlis Perbandaran.


 


 


 
 

 
 


 
 

Sebelum ini bendera PAS walaupun dipasang atas papan tanda milik cawangan Bukit Beruang disini, ianya dicabut dan dibuang begitu sahaja. Sungguh demokrasi negeriku ini.Kita bukannya pasang kat pokok-pokok tepi jalan macam yang UMNO buat pun. Kita hanya pasang atas permis sendiri.Mungkin bendera PAS tersebut menyakitkan mata pihak-pihak tertentu di Negeri Melaka, Negeriku Sayang ini?


LEMBU NFC BELI KONDO DI SINGAPURA ?

PKR hari ini mendedahkan satu lagi isu berkaitan dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) — kali ini mendakwa sebuah unit kondominium mewah bernilai RM10 juta pula dibeli di Singapura tahun lalu.

Ia pendedahan ketiga membeli hartanah menggunakan dana NFC, projek yang dikatakan bermasalah menurut Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.


Bulan lalu, PKR mendedahkan unit-unit kondominium dibeli di Bangsar dan sebidang tanah di Putrajaya.

“Memandangkan Umno dan Datuk Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, PKR akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan,” kata kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi Rafizi Ismail dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin, PKR berkata pihaknya boleh mengesahkan ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah di 7 Anthony Road, Orchard Scotts, Singapore oleh keluarga Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.

Kata mereka, kondominium itu dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.


“Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka berbanding dengan pembelian dua kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd,” katanya lagi.

SUMBER

TAUTAN LEMBU KAYA :

1. MEATWORKS (S’PORE) PTE LTD MEATWORKS TERIMA RM588,585
2. MELANCUNG JE SETENGAH JUTA RINGGIT MALAYSIA.
3. BELI TANAH PT1886 & PT1887, PRESINT 10, PUTRAJAYA. RM3,363,507
4. BELI MERCEDES MEWAH RM534,622
5. LEMBU BELI CONDO ONE MENERUNG RM9.8 JUTA

Kepimpinan UMNO Johor Bakal Tumbang

BAGI orang Umno dan penyokong BN, Johor adalah negeri di mana Umno boleh menjanjikan "simpanan tetap" kepada mereka, namun keadaan politik kini, dengan perubahan kepada kekuatan pembangkang yang semakin ketara, sudah ada yang demam tak kebah.Dalam pilihan raya umum sebelum 2008, PAS dapat satu kerusi percuma di Dun Senggarang apabila calon BN melakukan kesilapan mengisi borang pencalonan. Dr. Ramli Mohd Kari merupakan pencetus kepada "mengambangnya bulan purnama" di Johor dan apabila sampai tarikh Pilihan Raya Umum ke 12, Mac 2008, PAS memenangi dua kerusi Dun, iaitu Maharani dan (Dr. Mohamad Taslim) dan Sungai Abong (Dr. Sheikh Ibrahim Ismail).


 

Hari ini, KeADILan Johor dipimpin oleh seorang bekas menteri kabinet, Dato' Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan dan bekas Ahli Parlimen Bakri. Beliau pernah menjadi Naib Presiden MCA dan merupakan antara calon MCA suatu ketika dahulu yang cukup kuat sokongannya dari pelbagai lapisan masyarakat di Bakri.Isu paling besar di Johor sekarang ialah soal pengantian Menteri Besar (MB), Dato' Abdul Ghani Othman yang sudah empat penggal menjadi MB.Selepas dua penggal menjadi MB, namanya dikatakan mahu digugurkan. Antara nama yang disebut menggantikannya ketika itu ialah Dato' Seri Mohamad Khaled Nordin.


 

Namun, Abdul Ghani dikekalkan atas kehendak pihak atasan dan akhirnya sekali lagi Abdul Ghani disebut-sebut mahu ditukar namun ia tidak berjaya.Ketika Perhimpunan Agung Umno berlangsung di PWTC baru-baru ini (29 Nov- 3 Dis 2011), pelbagai risalah mengecam dan memalukan Mohamad Khaled tersebar di PWTC.Ada pihak mendakwa ini adalah kerja-kerja mereka yang mahu mengenepikan Mohamad Khaled dari disebut sebagai bakal MB Johor selepas ini dan dalam masa yang sama, beberapa bahagian dikatakan bermasalah besar kerana perebutan menjadi calon.Walaupun sejarah tertulis mengatakan Umno dilahirkan di Johor, namun orang Melayu Johor sudah mula berubah angin. Jika tidak, mustahil undi mereka boleh berpihak kepada pembangkang, iaitu kepada DAP, PAS dan kini KeADILan.


 

Dari segi sejarahnya, DAP memang pernah menang di Johor, iaitu di Kluang dan kini Bakri. DAP juga pernah menang kerusi Dun Maharani beberapa kali selain dari Bekok dan Jementah. Parti Melayu Semangat 46 (S 46) juga pernah menang kerusi Dun Parit Bakar dan dakwaan mengatakan Johor merupakan kubu Umno dan benteng BN adalah silap.Dari apa yang berlaku sekarang, membuktikan bahawa Johor kali ini akan berdepan dengan pelbagai masalah selain isu rasuah beberapa orang wakil rakyat BN.


 

Hubungan tidak mesra antara Abdul Ghani dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh juga akan menjadikan krisis yang melanda Umno akan menjadi semakin ketara.Dalam PRU-12 yang lalu, Abdul Ghani khabarnya tidak mahu menamakan calon yang Muhyiddin setuju bertanding di Dun Jorak menggantikan Dato' Samad Ariffin. Ketika nama Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pagoh disenaraikan tetapi akhirnya Muhyiddin menukarkan kepada Dato' Dr Shahruddin Md Salleh.Kali ini, menjadi satu masalah besar jika BN di Johor mahu menggugurkan bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar di Kota Tinggi dan bekas Menteri Perlancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said di Penggerang, kerana pengaruh mereka yang semakin mencengkam di kawasan-kawasan tersebut.


 

Apakah BN Johor mampu mengenepikan Dato' Sharir Abd samad di Parlimen Johor Bahru kerana sudah terlalu lama di situ ?Jika bukan Abdul Ghani menjadi Menter Besar, jika BN memenangi semula pilihan raya Dun Johor kali ini, siapakah yang layak menggantikannya? Adakah bakal pengganti Abdul Ghani masih merupakan proksi Abdul Ghani atau, pengganti MB ini mestilah atas pilihan Muhyiddin? Ada tiga Timbalan Menteri dari Johor yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno. Ketiga-tiga disebut-sebut bakal menjadi MB Johor selepas Abdul Ghani. Siapakah yang bernasib baik antara Dr Puad Zarkashi, Dato' Razali Ibrahim dan Dato' Dr Abd Latif Ahmad?


 

Biasanya orang Muar yang akan menjadi Menteri Besar jika dilihat sejarah sebelum ini seperti Tan Sri Othman Saat, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Abdul Ghani sendiri, kecuali Dato' Abdul Ajib Ahmad.Jika faktor Ajib diambil kira, Dr Abd Latif akan mendapat tempat Abdul Ghani kerana Ajib merupakan wakil rakyat Mersing ketika menjadi MB Johor. Dr Abd Latif adalah Ketua Umno Bahagian Mersing. Jika orang Muar, nampaknya Razalilah bakal menggantikan Abdul Ghani.Itu cerita lama. Cerita sekarang sudah banyak berubah. Dulu, Umno dan BN merupakan parti dominan. Letak songkok pun boleh menang jika mewakili BN. Tetapi keadaan itu sudah berubah sekarang.Umno Johor terkial-kial mencari sokongan sekarang kerana pengundi sudah tahu membuat pilihan. Jika dulu, Umnolah yang orang Melayu kenal di Johor tetapi kini mereka sudah berani mengundi PAS dalam pilihan raya.


 

Jika dulu hanya Kluang sahaja merupakan kawasan DAP tetapi sejak kebelakangan ini, sudah banyak tempat yang DAP boleh menang dan beberapa kerusi, walaupun DAP kalah tetapi undi yang dikutip cukup memberansangkan.Dengan apa yang berlaku dalam MCA dan Gerakan sekarang, peluang DAP menambah kerusi di Dun Johor dan peluang PAS menambah kemenangan amatlah cerah. Usah terkejut jika Pakatan Rakyat memerintah Johor selepas PRU-13 akan datang dengan apa yang berlaku sekarang.Pengundi Cina dan India sebenarnya belum mahu kembali menyokong BN kerana mereka sudah lama memberi BN peluang berkuasa.Apa lagi janji baru yang BN di Johor mahu taburkan untuk menyembunyikan masalah yang sedang mereka hadapi sekarang?Khabarnya di Muar, khidmat Ahli Parlimennya, Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan sudah mula dipertikaikan.Begitu juga ceritanya di Parit Sulong, Dato' Noraini Ahmad yang pernah menjadi Timbalan Menteri dikatakan tidak akan dikekalkan sebagai Ahli Parlimen.


 

Pertelingkahan antara Adun Kempas, Osman Safian dengan Dato' Nur Jazlan Mohamed di Bahagian Pulai masih tidak berkesudahan.Betulkah Dato' Dr Wee Ka Siong tidak berani mempertahankan kerusi Parlimen Ayer Hitam yang diwakilinya kerana sokongan orang-orang Melayu terhadap keceluparannya menjadi topik perbualan sekarang.Hishammuddin Hussein juga dikatakan bermasalah di Parlimen Sembrong dan mahu dipindahkan semula ke Tenggara.Siapakah calon MCA yang bakal diketengahkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Bakri kali ini selepas ketiadaan Chua Jui Meng? Ada banyak persoalan yang berlegar dan menghambat kekuatan BN yang selama ini dianggap kukuh dan bentang di Johor

ZINA DI IRAN : GANTUNG GANTI REJAM ?

Pihak berkuasa Iran, kelmarin, dilaporkan akan meneruskan rancangan menjalankan hukuman mati ke atas seorang wanita atas kesalahan berzina dalam kes yang dicemari campur tangan masyarakat antarabangsa.

Namun, Iran mungkin akan menjalankan hukuman itu melalui tali gantung berbanding hukuman awal iaitu rejam sampai mati.

Tertuduh, Sakineh Mohammadi Ashtiani kini sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan berasingan iaitu bersubahat untuk membunuh suaminya.

Iran menangguhkan hukuman rejam ke atas Sakineh, Julai tahun lalu selepas kes wanita itu mendapat perhatian media antarabangsa dan mencetuskan kritikan oleh negara Barat.

Jabatan kehakiman dan undang-undang Islam negara itu sedang mengkaji sama ada hukuman rejam sampai mati yang sepatutnya dikenakan ke atas Sakineh boleh diubah kepada hukuman gantung bagi mengelakkan salah anggap mengenai undang-undang Islam.

Sakineh disabit bersalah atas dakwaan berzina pada 2006 selepas pembunuhan suaminya dan wanita itu kemudian didapati turut bersubahat dalam pembunuhan itu.

KHIR TOYO MUNGKIN BEBAS LEPAS PRU 13 ?

Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo telah didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan menggunakan pengaruh beliau untuk membeli sebuah rumah mewah dan tanah dengan diskaun berjumlah RM 3 juta. Beliau telah dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan penangguhan hukuman telah diberi untuk beliau membuat rayuan dalam masa 14 hari.

Walaubagaimanapun, pemimpim pembangkan tidak berpuas hati kerana bagi mereka, politik dalaman yang kompleks dalam UMNO akan memberikan kemudahan kepada Khir untuk memenangi rayuannya selepas piliharaya umum yang dijangka berlangsung beberapa bulan sahaja lagi.

"Ini cuma syarat sahaja. Saya tidak rasa beliau akan melaksanakan hukuman penjara itu.Beliau akan terlepas daripada hukuman kerana rayuan. Selapas pilihanraya umum, Khir Toyo pasti akan bebas. Ini drama sahaja," jelas timbalan presiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohtarudin Bakihere telah memutuskan RM3.5 juta yang dibayar oleh Khir untuk tanah tersebut adalah "tidak mencukupi".Pihak pembela juga telah gagal mengemukakan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwa," kata hakim itu pada hari Khamis. Beliau juga mengarahkan agar harta tersebut disita.

Khir telah dituduh mendapatkan dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 dan 10 Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Shamsuddin Hayroni secara haram.Harta tersebut telah dibeli dengan harga RM 3.5 juta walaupun Ditamas telah membelinya dengan harga RM 6.5 juta pada 23 Disember 2004.Khir yang merupakan bekas doktor gigi merupakan ahli DUN untuk Sungai Panjang. Beliau telah dituduh melakukan kesalahan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalam Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dalam ketetapan beliau, hakim Mohtarudin telah bersetuju dengan timbalam pendakwaraya Masri Daud yang membahaskan bahawa dibawah Seksyen 165 kanun keseksaan juga menjurus kepada Seksyen 36, Akta Pencegeahan Rasuah yang memberi mandat kepada mahkamah untuk menyita segala harta yang disabitkan dengan kesalahan rasuah itu.

Isnin, 26 Disember 2011

SIAPA DATO' NFC YANG DITAHAN ?

Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC)pada malam Jumaat telah mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) ke pejabat mereka bukanlah merupakan satu serbuan sebagaimana yang dilaporkan oleh hampir kesemua media massa. Sebaliknya kata kenyataan itu lagi, kehadiran pegawai-pegawai SPRM adalah sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung. “Sebenarnya, pihak pengurusan dan staf NFC mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai SPRM ke pejabat kami dan segala kerjasama penuh telah diberikan kepada SPRM.

“Oleh yang demikian, pada pandangan NFC, lawatan dan kedatangan kakitangan SPRM ke pejabat NFC bukanlah merupakan satu serbuan sebagaimana yang dilaporkan.“Bagaimanapun, pihak syarikat berasa adalah tidak wajar sebarang kenyataan dikeluarkan pada masa ini kerana siasatan masih lagi diteruskan oleh pihak berkuasa,” jelas kenyataan tersebut. Sebelum itu media massa dan pelbagai portal berita melaporkan, pegawai-pegawai SPRM telah menyerbu pejabat NFC yang terletak di Jalan Solaris, Mont Kiara, di sini pada tengah hari Jumaat.

Enam pegawai penguat kuasa yang berkunjung ke pejabat NFC itu adalah dari SPRM Putrajaya. Isu-isu dan kontroversi dalam NFC timbul berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada bulan Oktober, yang menyatakan bahawa NFC telah gagal untuk memenuhi sasaran penubuhannya, manakala pembangkang mendakwa terdapat penyelewengan dalam pengurusan dana NFC.

Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. SPRM juga sedang menyiasat sama ada Shahrizat turut terlibat dalam mana-mana bahagian yang melibatkan pinjaman RM250 juta oleh kerajaan kepada NFC.

Siapakah Datuk yang ditahan?

Seorang usahawan berusia 45 tahun yang ditahan polis, dilaporkan berhubung siasatan ke atas skandal National Feedlot Corporation, dipercayai memiliki beberapa syarikat.Antaranya, satu syarikat pengangkutan yang pada satu ketika pernah mempromosi perusahaan itu melalui iklan di saluran televisyen nasional.

Syarikat yang dikatakan mempunyai modal berbayar RM200,000 itu juga didakwa menyediakan perkhidmatan untuk bayaran bil dan juga cukai jalan melalui rangkaiannya di seluruh negeri. Usahawan yang didakwa bergelar ‘Datuk’ itu turut memiliki syarikat limosin yang menyediakan perkhidmatan di sekitar Kuala Lumpur.

Selain perkhidmatan pengangkutan biasa, profil syarikat berkenaan turut mendakwa menyediakan perkhidmatan limosin dilengkapi pengawal peribadi untuk pelanggan VVIP. Profil itu juga mendakwa lelaki (gambar) tersebut berpengalaman dalam menguruskan projek pemasaran berskala besar, antaranya bernilai lebih RM1.5 bilion. Menurut polis, suspek juga menjalankan perniagaan agensi pekerja asing.

Addin :

Yang pasti Dato' NFC hanya kambing hitam.. sepatutnya di tangkap kaum keluarga Shahrizat.

Isnin, 19 Disember 2011

DHPP CADANG LETAK CALON BUKAN ISLAM ?

Dewan Himpunan Penyokong Pas berharap parti itu meletakkan calon bukan Islam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai rancangan jangka panjang, menarik sokongan rakyat pelbagai agama.Ketuanya, Hu Pang Chaw berkata, dalam keadaan semua parti berubah untuk menarik sokongan pelbagai bangsa, sekali gus menjadikan parti relevan untuk sepanjang masa, Pas juga perlu mengambil kesempatan itu."Semua parti sudah mula menunjukkan perubahan, malah Umno yang selama ini perjuangkan Melayu juga mencari jalan untuk mendekati golongan bukan Melayu."Pas perlu mengambil kesempatan pada PRU kali ini dengan meletakkan calon bukan Islam yang akan membawa keyakinan bahawa parti ini untuk semua," katanya kepada Sinar Harian, semalam.Pada PRU12, Pas pernah meletakkan calon bukan Islam di Johor sebagai percubaan parti itu menarik sokongan masyarakat.

Rabu, 14 Disember 2011

ISU CALON PRU 13: MAJLIS SYURA PENENTU SEGALANYA

PAS menggesa semua pihak tidak terburu-buru bercakap soal calon parti itu untuk PRU13 kerana ianya masih belum diputuskan.Menurut Ketua Penerangannya Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, keputusan sama ada mana-mana individu dipilih menjadi calon hanya akan diputuskan di peringkat Majlis Syura PAS.Mengenai kedudukan Dato' Hassan Ali beliau menjelaskan:"Sekali pun nama beliau tidak dicalonkan di peringkat cawangan, ia tidak bermakna beliau tidak layak. PAS melihat kreadibiliti dan kepentingan ahli untuk menjadi calon," katanya dipetik Sinar Harian.Menurutnya, sehingga kini Majlis Syura PAS hanya menerima  60% sahaja senarai pencalonan daripada setiap cawangan parti itu. Selain negeri Selangor, beberapa negeri lain juga masih belum menghantar senarai calon tersebut. 

"Ia bermula peringkat cawangan di mana setiap cawangan memberi tiga nama calon dirasakan sesuai bertanding. Nama itu pula diserahkan kepada kawasan dan seterusnya kepada negeri. "Pas negeri menghantar nama kepada Pusat iaitu Majlis Syura yang akan meneliti setiap nama diberikan. Seperti dikatakan, sekiranya tidak menepati kriteria dikehendaki, Majlis Syura berhak memilih ahli lain berdasarkan kepentingan parti," lapor akhbar berbahasa Melayu itu lagi.Katanya, pandangan dan penilaian dibuat adalah berasas. Ia diputuskan presiden parti dan keputusan ini tidak boleh disanggah. "Tidak wujud perebutan jawatan dalam PAS. Apa dipersetujui Majlis Syura disokong semua ahli," katanya

Selasa, 13 Disember 2011

MAIM SALAH GUNA WANG ZAKAT : RAKYAT MELAKA BERANG

Orang Melayu dan Islam di Melaka wajib bangkit membantah tindakan pihak berwajib yang menyalahgunakan duit zakat negeri Melaka bukan pada jalan yang diharuskan syarak.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata tindakan pihak berwajib menggunakan duit zakat untuk membina kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang berharga RM13.85 juta amat dikesalkan.

"Fakta ini bukan kita ambil dari kaki lima, tetapi ia dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 bagi negeri Melaka"

"Lebih malang apabila isu ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka menyatakan tiada unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa. SPRM memberikan jawapan bahawa wang RM13.85 juta yang digunakan untuk membina Bangunan MAIM tersebut adalah wang lebihan Zakat."

"Ini jawapan yang diberikan oleh SPRM kepada Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, mana dalil dan nas yang mengharuskan wang zakat digunakan untuk membina bangunan MAIM?" ujar Yusof.

Yusof berkata umat Islam Melaka mesti bangkit mengajar kerajaan negeri, MAIM dan Puzat Zakat Melaka pada Pilihanraya Umum akan datang.

"Kalau wang zakat pun mereka berani seleweng dan salah gunakan sudah tentu wang lain juga bakal menjadi mangsa kerakusan puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini" tambah beliau.

10 TAWARAN NEGARA BERKEBAJIKAN


10 agenda permulaan pula memperincikan tawaran PAS dalam dokumen negara berkabajikan :-

1- Kerajaan beramanah, adil dan bersih
2- Masyarakat penyayang , aman dan bersatu
3- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
4- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
5- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai
6- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
7- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela
9- Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia
10- Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari


Satu perkara yang ingin ditekankan di sini ialah dakwaan Umno bahawa kerajaan BN telah lama menjadikan Malaysia Negara Berkebajikan. Mereka tidak faham bahawa negara berkebajikan adalah sebuah negara yang bukan hanya membantu rakyat tetapi yang paling penting ialah pemimpin negara mestilah beramanah, bersih, adil dan tiada penyalahgunaan kuasa serta rasuah. Inilah perkara asas yang tidak ada dalam 'Negara Berkebajikan' BN di Malaysia ini.


Ketirisan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, pendakwaan terpilih dan sebagainya menjadi teras kepimpinan kerajaan BN sehingga indeks persepsi rasuah (CPI) Malaysia yang dikeluarkan oleh Trasnparency International (TI) terus menjunam sehingga ke tangga 60. Ia merupakan sejarah paling buruk dalam pemerintahan negara, di mana di zaman Perdana Menteri sebelum ini Malaysia tidak pernah terperosok ke tangga 60.


-Mutaligat

Sabtu, 10 Disember 2011

KLIP HINA HUKUM HUDUD : AMBIL TINDAKAN SEGERA !!

Pihak berkuasa agama di negara ini digesa segera bertindak terhadap pihak yang bertanggungjawab menerbit dan menyiarkan sebuah drama pendek di Youtube yang secara terang-terangan menghina hukum Allah.Drama pendek bertajuk 'Lagi Hudud PAS' itu didakwa telah menghina hukum hudud dengan cuba memberi gambaran hudud bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah malah menjadikan masalah lebih teruk."DPPM (Dewan Pemuda PAS Malaysia) mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan wajar kepada mereka termasuk ke atas pemilik akaun kawasaki9722 yang menyiarkan filem tersebut.

"Filem ini tidak menguntungkan sesiapa malah mengundang kebencian ramai," kata ketua dewan itu Nasruddin Hassan kepada Harakahdaily.Mengikut maklumat yang direkodkan, drama dengan tajuk 'Lagi Hudud PAS' itu yang berdurasi 5 minit 34 saat dimuat naik sejak 21 November lalu oleh pemilik akaun bernama kawasaki9722.Sehingga berita ini ditulis, drama itu telah ditonton oleh 10,123 pengguna dengan catatan 94 dari mereka menekan like dan 4,395 dislike.

Menggunakan lima pelakon Islam dan tiga bukan Islam, dialog drama ini antara lain menyentuh isu HIV tertinggi di Kelantan sambil memperlekeh hudud yang mahu dilaksanakan kerajaan negeri yang dipimpin PAS.Malah mereka juga mendakwa ibu tunggal di Kelantan paling ramai dan rakyat negeri itu juga paling ramai bekerja di tempat-tempat maksiat.Dalam dialog itu juga turut menyebut "Buat hudud pun tak jadi apa" lalu disambung seorang lagi dengan berkata "makin teruk ada la".Sebelum ini negara kecoh dengan kenyataan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Kamal Saidin dan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mempersenda hukum Allah SWT dalam Majlis Wacana Hudud di Wisma MCA baru-baru ini sedang beliau tiada autoriti untuk bercakap mengenai hukum Islam.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ust Fathul Bari selaku Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Umno sebagai salah seorang panel.Belum pun reda dengan isu itu, umat Islam sekali lagi dicabar dengan penghinaan hukum Allah melalui drama pendek tersebut.

Apa yang dikesalkan kata Nasruddin, kebebasan berkarya digunakan untuk menghina hukum Allah SWT sedang mereka tanpa segan silu menikmati segala macam kemudahan, keselesaan dan nikmat anugerah Allah SWT di atas muka bumi ini."Pelaku yang mendalangi penghinaan terancang terhadap hukum Allah SWT sedang berdepan dengan  satu tanggungjawab yang sangat berat."Saya terlebih dahulu mewakili DPPM mengharapkan dalang dan para pelakon muslimnya bertaubat kepada Allah SWT dan kembali ke pangkalan jalan," katanya.

HOSPITAL KERAJAAN TIDAK CUKUP UBAT: KERAJAAN TIDAK WAJAR LEPAS TANGAN

1. Di dalam era 'Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan' ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia kesal dengan Kerajaan Umno/Bn yang lepas tangan dalam menjamin kesihatan rakyat. Sila lihat laporan akhbar The Star 7 Disember 2011 yang menyebut terdapat beberapa hospital di Malaysia yang tidak cukup ubat seperti yang berlaku di Hospital Melaka. Hal yang sedemikian tidak sepatutnya berlaku jika sekiranya Kerajaan Umno /Bn berusaha bersungguh-sungguh menjamin kesihatan rakyat jelata. Usaha Malaysia mengejar taraf negara maju pun akan terbantut kerana kesihatan rakyat telah diambil ringan oleh kerajaan Umno/ Bn. Kerajaan sepatutnya menjadikan kebajikan rakyat dari sudut kesihatan sebagai agenda penting dan bukannya diambil mudah cara pengurusannya.


2. Punca utama perkara ini berlaku perlu disiasat dan kerajaan perlu menjawab dengan segera. Apa yang difahamkan bahawa dalam bajet negara peruntukan untuk kesihatan hanyalah 4.6% dari jumlah GDP (Gross Domestic Product). Sedangkan saranan WHO dan purata negara-negara di dunia adalah sebanyak 8.0%. Perkara ini mungkin tidak membawa kepada masalah sekiranya dana awam dikendalikan secara efisien dan bertanggungjawab. Malangnya berita-berita penyalahgunaan dana awam dan kecuaian dalam mentadbirnya sentiasa dibangkitkan dari semasa ke semasa, termasuk isu lembu NFC yang mendapat pinjaman mudah kerajaan, projek jejantas pejalan kaki di Kuala Lumpur dan sebagainya.


3. Siapakah yang terjejas di dalam hal ini? Adakah menteri-menteri dan pegawai tinggi kerajaan? Pastinya tidak! Yang terjejas adalah rakyat yang miskin dan sederhana yang bergantung kepada perkhidmatan kesihatan awam. Mereka tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital-hospital swasta. Akhirnya rakyat yang menderita.

4. Perkhidmatan kesihatan adalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat. Ia bukan suatu perkara yang boleh dilayan seperti gula-gula politik dan hanya dijadikan sebagai perhiasan dan digembar-gemburkan menjelang pilihanraya. Sebagai contoh, projek pembinaan Hospital Rembau, Negeri Sembilan. Majlis perletakan batu asas pada 7 Mac 2008 telah diwar-warkan di dalam akhbar tempatan. Tapi sehingga kini, projek hospital yang sepatutnya menjadi satu lagi hospital tempat rakyat mendapatkan khidmat kesihatan hanya tinggal batu asas. Begitu juga dengan perancangan pembinaan beberapa klinik kesihatan, masih tidak diluluskan oleh Kerajaan Umno/Bn. Sedangkan pengambilan tanah, pampasan tanah dan pelan pembinaan telah siap dikemukakan kepada menteri. Adakah berlaku ketirisan peruntukan keewangan kesihatan kepada pihak-pihak tertentu?

5. Ubat adalah paling sinonim dengan hospital. Perawatan dihospital biasanya akan berakhir dengan pemberian ubat. Penyakit kronik sebagai contohnya memerlukan ubat-ubatan yang berterusan tanpa ingkar. Pembekalan ubat yang terbantut akibat kekurangan ini akan meningkatkan lagi morbiditi dan mortaliti rakyat Negara kita yang tercinta ini. Kerajaan Umno/bn jangan sesekali mempertaruhkan nyawa rakyat demi mempertahankan hayat kerajaan yang sudah sampai ke penghujung waktu ini. Wahai rakyat sekalian, lakukan perubahan dalam PRU13 nanti kepada Pakatan Rakyat, yang mementingkan kebajikan kepada kita semua.

DR GHAZALI BIN HASBULLAH

PENGERUSI LAJNAH PEKERJA DAN PROFESSIONAL MUDA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

Isnin, 5 Disember 2011

HELAH UMNO : DAP PIMPIN PAKATAN ??

Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang.
lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.

“Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.
 
“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?

“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.
NONE“Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali.

“Laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh sepuluh tahun,” katanya.

Menurut Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, Najib dan konco-konconya semakin tertekan apabila DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan harapan baru kepada rakyat.

“Walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan kita di Pulau Pinang, serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa, kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah di peringkat kerajaan pusat,” kata Lim.
azlanBeliau seterusnya membandingkan pentadbiran Pakatan dengan BN yang dikritik oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana terlebih belanja RM3.7 bilion dan juga mengenai skandal RM250 juta “lembu dan kondo” yang membabitkan keluarga seorang menteri kabinet.

“Demi menutupkan kelemahan penyelewenban kewangan dalam BN, Umno menggunakan senjata terakhir iaitu memainkan isu perkauman dan agama terhadap DAP, penganut Kristian, masyarakat Cina dan pengundi DAP.
 
“Itulah sebabnya kita mesti Bersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana rakyat akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah boleh bermaharajalela”

Lim juga menghuraikan kejayaan-kejayaan Pulau Pinang yang diterajuinya. Antaranya:
  • penang ferry and mapnegeri yang meraih perlaburan yang terbesar pada 2010, - RM12.2 billion, iaitu paling tinggi dalam sejarah negeri.
  • dipuji sebagai negeri yang terbaik dalam pengurusan kewangan oleh Laporan Ketua Audit Negara dengan lebihan bajet RM1.13 bilion.
  • pengurangan hutang yang paling besar - 95 peratus atau RM600 juta daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011.
  • berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 27 peratus - penurunan yang paling tinggi di Malaysia.
  • negeri pertama dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan kempen hijau, termasuk menjadi negeri pertama melarang penggunaan beg plastik yang mencemar alam.
  • lim guan eng and penangnegeri tunggal dipuji olehTransparency Internationalatas usaha lawan rasuah dengan memperkenalkan tender terbuka.
  • negeri pertama di Malaysia yang membasmi miskin tegar dan membolehkan setiap keluarga memperolehi sekurang-kurangnya RM600 sebulan.
  • negeri pertama melaksanakan dasar pro kebajikan rakyat dengan memberi sumbangan RM100 setiap tahun kepada warga emas, ibu tunggal, OKU, pelajar Darjah 1 dan 4 serta Tingkatan 1 dan 4, serta bayaran one-off sebanyak RM200 kepada bayi kelahiran baru, RM1,000 kepada pelajar IPTA dan RM1000 kepada waris-waris.
  • mencatat peningkatan bilangan penumpang udara yang tertinggi pada tahun 2010.
  • menyumbang lebih 60 peratus daripada penerimaan pelancongan perubatan di Malaysia.