Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 31 Ogos 2013

Keluarga Altantuya jangan putus asa, kebenaran akan terserlah

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa terkejut di atas keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan dua anggota polis Unit Tindakan Khas, Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri daripada tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. DPPM menganggap keputusan Mahkamah Rayuan ini di luar jangkaan kerana sabitan kes terhadap kedua-dua anggota polis tersebut amat kukuh dan mereka telah pun dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2009.altantuya Sebelum ini bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang didakwa bersubahat dengan mereka juga telah dibebaskan pada Oktober 2008 oleh mahkamah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya. 

Sambutan Hambar : Merdeka DiUmnokan

Menjelang beberapa jam sahaja lagi negara akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ke-56, rata-rata dilihat rakyat bagaikan tidak cakna dan tidak mempedulikan 31 Ogos tarikh yang dianggap 'keramat' oleh kerajaan itu. Ini dapat diukur dengan kurangnya pengibaran bendera Jalur Gemilang pada kenderaan, premis-premis perniagaan dan di rumah kediaman sehingga sambutan merdeka tahun ini dilihat suram dan hambar jika dilihat daripada sambutan rakyat. Dalam tinjauan sepanjang perjalanan dari plaza tol Bentong ke Kuantan, jumlah kenderaan yang lalu-lalang, didapati yang melekatkan atau mengibarkan Jalur Gemilang hanya boleh dibilang dengan jari. 

 Begitu juga dengan kebanyakan premis perniagaan seperti restoran, pusat membeli-belah dan stesen minyak, bangunan swasta, pejabat dan bangunan di kawasan komersial di beberapa jalan utama di Kuantan dan Temerloh juga dilihat tidak berbuat demikian. Memang terdapat gesaan daripada pihak kerajaan terutama melalui media televisyen menyeru rakyat mengibarkan bendera kebangsaan. Namun jelas sekali gesaan tersebut hanya dipandang sepi oleh umum. Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tampil melahirkan rasa kecewa kerana kurangnya sambutan masyarakat terhadap Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-56 negara. 

Bebaskan Diri Dari Penjajahan Minda

Setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924, umat Islam berhadapan dengan cabaran baru yang amat hebat. Umat Islam diserang dan dikepung dari kiri dan kanan, utara dan selatan. Sempadan geografi negara umat Islam dipecah-pecahkan, negara dibahagi-bahagikan, khazanah negara pula dijadikan hasil mahsul para penjajah, manakala rakyat pula berdepan dengan masalah baru yang mengepung mereka di setiap masa. Di saat inilah pihak yang bermusuh dengan Islam merencana pendekatan baru bagi mengawal pemikiran umat Islam supaya selari dengan perencanaan mereka walaupun secara fizikalnya para penjajah ini telah meninggalkan bumi mereka berpijak. 

Senjata ini dikenali sebagai senjata pemikiran yang lebih halus dan memberi kesan jangka masa yang amat panjang. Ketika inilah diwujudkan barangan dengan jenama baru - Islam suku agama suku, politik adalah berpisah dari agama, Islam tanpa negara, negara tanpa politik, negara tanpa syariat, dan sebagainya. Ditanam proksi-proksi mereka di serata negara umat Islam dan diberi mandat memerintah dengan mudah. 

Jumaat, 30 Ogos 2013

Proton Aeroback Dilancar Tahun 1969 ??

Tanda Putera kini cuba bernafas kembali tapi nampak cam semput pun ada juga dek beberapa adegan dan shoot yang tak berapa nak kena dan kalau kita nilai contohnya dari pandangan mata kasar pada gambar yang dipaparkan sebagaimana yang kita tahun kereta nasional Proton mula dikeluarkan pada tahun 1985 dengan model 1.5 dan 1.3 Areoback. Tapi yang jadi kemushkilan kat sini ialah dalam shoot yang ada nie Kereta Proton tersebut dah ada pulak pada tahun 1969. Adakah ini kebetulan atau rekaan pengarah filem ini untuk menghidupkan cerita sahaja. Bukan itu sahaja malah banyak lagi scene-scene yang kurang memberikan tarikan pada filem tersebut. Jangan lah kerana nak sambut merdeka saja baru nak keluarkan filem tanpa memikirkan gambaran yang sebenar. 

Pemimpin Ikhwanul Muslimin bantah tuduhan terorisme

Seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir, Muhammad el-Beltagy membantah tuduhan kononnya kumpulannya telah melakukan tindakan terorisme menyusul kudeta yang menggulingkan presiden negara itu. Kenyataan Beltagy itu dikeluarkan setelah Ikhwanul Muslimin merancang demonstrasi baru untuk menentang tindakan keras pihak keselamatan. Para pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin telah ditahan, salah seorangnya warga AS, Muhammad Soltan putera dari tokoh Ikhwanul Salah Soltan.

 El-Beltagy, seorang mantan ahli parlimen dari Parti Kebebasan dan Keadilan dituduh menghasut rakyat Mesir melakukan dan diburu oleh pihak berkuasa selama hampir tiga minggu. Dalam satu pesanan video yang ditayangkan Al Jazeera, el-Beltagy menyatakan pihak berkuasa cuba membalikkan krisis politik menjadi masalah keselamatan dengan menuduh kumpulannya di balik kempen terorisme. Media Mesir, yang sebahagian besar anti-Ikhwanul menyatakan kekerasan itu sebagai perang melawan terorisme.

 "Jangan mahu dibodohi dengan semua pembohongan dan penipuan yang bertujuan untuk melabelkan kami dengan terorisme, kekerasan, dan membunuh...pada ketika tangan rejim kudeta tenggalam dalam darah," kata Beltagy seperti dikutip Al Jazeera, Rabu (28/8). El-Beltagy bersembunyi awal bulan ini setelah pihak berkuasa Mesir membubarkan perkemahan protes aman untuk menuntut pembebasan mantan presiden Muhammad Mursi. Ratusan orang terbunuh dalam kekerasan, termasuk puteri el-Beltagy sendiri, Asmaa El-Beltag

sumber : GreenBoc

ISU TPPA : MALAYSIA PERLU TOLAK , HANYA UNTUNGKAN AS SAHAJA

KUALA LUMPUR: Penasihat Ekonomi PAS, Dr. Rosli Yaakob mendakwa Perkongsian Trans-Pacific (TPPA) meupakan projek Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan untuk menentukan AS menguasai perdagangan dunia. Perjanjian itu juga katanya adalah cubaan untuk mengelirukan masyarakat rantau Pasific dengan menyatakan TPPA sebagai perjanjian perdagangan bebas untuk mewujudkan persaingan.

 Sedangkan, dakwa Dr. Rosli, TPPA itu hanya akan memberi kuasa monopoli kepada AS untuk terus menguasai perdagangan dunia dengan meletakkan negara-negara peserta dalam keadaan bahaya. Tambah Dr. Rosli, jika AS benar-benar ikhlas, rundingan itu tidak perlu dilakukan secara rahsia, selain tidak melibatkan masyarakat sivil yang telibat secara langsung dengan kesan TPPA ini. Difahamkan, AS turut membawa 600 wakil syarikat korporat AS bersama-sama dalam rundingan TPPA itu, sedangkan negara peserta tidak mempunyai wakil sedemikian. 

Selasa, 27 Ogos 2013

LEBIH RM9,000 DIKUTIP PADA CERAMAH BANTAH KERAJAAN HARAM MESIR


Bukit Katil : Lebih dari RM9,000 berjaya dikutip pada program ceramah membantah kekejaman kerajaan haram Mesir di Dataran Kebangkitan Rakyat di sini malam tadi. Ceramah tersebut dihadiri lebih dari 1,000 rakyat negeri Melaka yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam ceramahnya menegaskan bahawa rampasan kuasa di Mesir adalah kerajaan haram dan mesti dikutuk oleh semua negara demokrasi kerana ianya jelas membelakangkan semangat demokrasi.

Lagi Doktor Ikhwan Di Tahan


Pihak polis menyerbu rumah Dr Abdul Rahman Shawwaf dan menangkap anaknya Ahmad dan Sumayyah. Dr Abdul Rahman adalah doktor di Hospital Medan Rabaah dan beliau ditangkap ketika peristiwa pemerintah tentera meleraikan perhimpunan Medan Rabaah.

Gambar menunjukkan Dr Abdul Rahman ditahan di Rabaah.


Lebih 1,000 pelajar dibawa pulang sebelum Jumaat

Seramai 1,056 lagi pelajar Malaysia di Mesir akan diterbangkan pulang sebelum Jumaat demi keselamatan mereka kerana difahamkan ada beberapa perancangan demonstrasi besar pada hari berkenaan, menurut Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab. Setakat hari ini seramai 1,328 pelajar selamat dihantar pulang menerusi Ops Piramid 2. Kebanyakan mereka ialah dari kawasan panas Mesir yang sedang bergolak iaitu dari luar Kaherah dan Iskandariah. 

 "Kawasan panas yang dimaksudkan ialah di Tanta (pelajar di situ) akan diterbangkan hari ini, di Mansoura esok dan Zagazig pada 28 Ogos," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini. Dilaporkan sebelum ini terdapat 3,300 pelajar Malaysia di Mesir dan kerajaan telah memutuskan untuk menerbangkan mereka pulang secara sukarela ke tanah air menggunakan pesawat komersial berikutan pergolakan di negara itu yang dilaporkan semakin tidak menentu. - Bernama

Fakta Menarik Berkaitan Dr. Mursi


Tahukah anda, Mursi pernah mendapat anugerah Ahli Parlimen terbaik dunia tahun 2000-2005.

Muhammad Mursi pernah menjadi Ahli Parlimen pada sesi 2000-2005 Dewan Rakyat Mesir. Beliau terkenal seorang yang lantang berbahas di Parlimen bersandarkan hujah dan fakta yang konkrit.

Regim Mubarak menjadi gerun dengan kehebatan ahli-ahli Parlimen dari Ikhwan Muslimin berbahas, terutama yang yang bernama Muhammad Mursi. Keberanian dan kelantangan beliau mendedahkan skandal dan penipuan pemerintah sangat dikagumi.Semasa Revolusi 2011 beliau ditahan pihak polis dan dilepaskan selepas kejatuhan Mubarak.Muhammad Mursi menjadi wira semasa muda dan tua, tidak pernah mengenal erti takut dan gentar.

Seminar Perlaksanaan Syariah Islam Di Malaysia : 56 Tahun Merdeka Halangan dan Penyelesaian ::.


Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Pusat akan menganjurkan satu program bertajuk 'Seminar Perlaksanaan Syariah Islam Di Malaysia : 56 Tahun Merdeka-Halangan dan Penyelesaian.

Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk memberi kefahaman mengenai Syariah Islam yang luas sebagai satu sistem dalam perundangan negara, dan memberi kefahaman dan penekanan hikmah perlaksanaan Syariah Islam bagi memelihara agama, keturunan, akal, maruah dan harta. Di samping itu seminar ini ingin memberi penjelasan terhadap persoalan-persoalan yang mengelirukan mengenai syariah Islam, mencari jalan persefahaman dan penyelesaian ke arah perlaksanaan Syariah Islam dalam konteks demokrasi di negara ini, dan mendedahkan kepincangan dan kegagalan undang-undang manusia dalam menyelesaikan permasalahan jenayah.

Sejarah Sebenar Hendry Gurney

Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier. Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri. 


 Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin. Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948. Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. 

Samseng Mengganas Lagi Di Mesir



Samseng mesir mengganas lagi. Terbaru seorang gadis bernama Halah berusia 16 tahun, telah syahid dibunuh samseng upahan semasa perarakan pro Mursi di Mansurah. Disebelahnya ayah beliau bernama Abu Syuaisya.

Halah telah syahid dibunuh, kedai ayahnya dibakar, dan hari ini ayahnya ditangkap polis. Sementara itu hari ini juga pihak mahkamah telah melepaskan pembunuh Halah.

Inilah Mesir, si anak dibunuh, si ayah ditangkap, kedai dibakar, dan paling menarik penjenayah dilepaskan.

Semoga keluarganya tabah hadapi ujian, dan balasan segera ke atas si pemerintah yang zalim.

"Semua Rakyat Mesir Bertanggungjawab Terhadap Mursi"



Dr Muhammad Imarah, seorang tokoh pemikir Islam di Mesir mengingatkan bahawa setiap rakyat Mesir mempunyai tanggungjawab terhadap janji setia yang diberikan kepada Presiden Mesir yang sah, iaitu Dr Mursi.Janji setia yang diberikan adalah bagi satu tempoh atau penggal iaitu 4 tahun.


Tanggungjawab tersebut adalah ke atas kejayaan Dr Mursi dalam piihanraya Presiden tahun lalu ke atas lawannya Ahmad Syafiq.Penegasan beliau adalah senada dengan Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam menyatakan sesiapa yang keluar menentang Dr Mursi merupakan khawarij.

XPDC DAKWAH MALAM AMBANG MERDEKA 2013


Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,


1. Seperti yang telah dimaklumkan kepada massa sebelum daripada ini, Ekspedisi Dakwah Dewan Pemuda PAS Malaysia (XPDC Dakwah DPPM) akan disegarkan kembali di seluruh negara dengan mengarahkan agar Pemuda PAS di peringkat negeri dan kawasan untuk melaksanakannya pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos ini.

2. Para Ketua dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS di peringkat negeri telah dimaklumkan agar membuat persiapan awal untuk memastikan bahawa XPDC Dakwah yang akan diadakan pada kali ini akan mencapai jumlah penyertaan yang ramai daripada semua Pemuda PAS di peringkat kawasan.

3. Para pimpinan DPPM juga dikerah supaya dapat bersama dalam XPDC ini dan sehingga ini Ketua Dewan Pemuda PAS YB Ustaz Nasrudin telah memberikan persetujuan untuk bersama dengan team XPDC Dakwah di Kuantan, Pahang. YB Ustaz Nik Abduh akan bersama dengan team XPDC Dakwah di Kelantan dan Dr Raja Iskandar akan turun mengedar risalah bersama sahabat-sahabat Pemuda di Perak.

Isnin, 26 Ogos 2013

Apa Perasaan Anda Bila Tengok Gambar Ini ??

Gambar paling menyayat hati, seorang syahid rentung dibakar regim As-sisi.

Semasa pasukan polis dan tentera merempuh medan Nahdhah, 14 Ogos lalu, mereka turut membakar khemah-khemah dan jenazah syuhada. 
Tidak cukup dengan menembak rakyat, nafsu kebinatangan mereka membuak-buak dengan membakar jasad syuhada'

Mufti Terkantoi Kali Ini


Sebuah video telah disiarkan oleh aljazeera tempoh hari yang telah memaparkan bahawa Mantan Mufti Mesir Dr. Ali Jumuah telah mengharuskan pembunuhan rakyat oleh tentera.


Sebelum dari itu, dilaporkan oleh sebuah berita tempatan bahawa beliau telah menafikan kenyataan itu datang darinya.

Sikapnya yang cenderung kepada pihak tentera dan rampasan kuasa telah mengundang reaksi enak dari rakyat dan ulama-ulama antarabangsa.

PERSATUAN ULAMA MUSLIMIN MENDEDAHKAN PUNCA TENTERA MEMBOCORKAN VIDEO ULAMA KUDETA.


Hangat diperkatakan sekarang tentang tersebarnya video fatwa ulama-ulama yang menghalalkan darah pendemo pro Mursi. Apa hakikatnya?


Dunia menyaksikan demo di Rabaah dan Nahdah disuraikan dengan ganas mengorbankan ribuan nyawa. Kenapa begitu sekali kejamnya polis dan tentera? Kisah bermula, bila tentera ingin menyuraikan demo tadi, Kor agama dalam tentera menjemput beberapa orang ulama untuk memberi kuliah berkenaan dengan hukum mereka yang menentang tentera dan polis.

Penentang Mursi Adalah Khawarij"


Dr Yusuf al-Qaradhawi menegaskan bahawa Dr Mursi merupakan Presiden Mesir yang sah yang dipilih oleh majoriti rakyat tersebut.




Beliau menjelaskan perkara tersebut dalam satu rancangan televisyen "al-Syariah wa al-Hayah" dengan berkata :"Sesiapa yang keluar menentang Mursi maka mereka adalah golongan Khawarij."Ini ditegaskan bahawa Khawarij ialah golongan yang menentang perkara yang sah.

sumber : qaradawi.net

Program Ceramah Isu Krisis Mesir


Tarikh : 26 Ogos 2013 ( Malam ini ) 
Masa : 9.00 Malam 
Tempat : Dataran Kebangkitan Rakyat
 ( Depan Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka

Penceramah : Tuan Haji Mohamad Sabu ( Timbalan Presiden PAS) 
Tuan Haji Adly Zahari ( Pesuruhjaya PAS Melaka) 
Ustaz Zulkifli Ismail ( Ketua Dewan Ulama PAS Melaka) 
Wakil Dari Pakatan Rakyat dan NGO

Jom Kita Ramaikan Majlis Ilmu !!!!!!

Asmaa el-Beltagi, syuhada Mesir

Gadis pintar berumur 17 tahun ini mempunyai masa depan yang cerah, namun akibat tindakan kejam tentera Mesir dia tidak sempat merealisasikan cita-citanya.

Asmaa el-Beltagi, anak perempuan tunggal kepada Setiausaha Agung Gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohammed Beltagi adalah salah seorang daripada 525 yang syahid selepas pihak berkuasa kerajaan sementara bertindak menyerbu dua kem penunjuk perasaan di ibu negara, 14 Ogos lalu.

Sebelum insiden dia ditembak, remaja berjiwa kental itu sempat melaungkan kata-kata semangat: Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini!

Ahad, 18 Ogos 2013

PAS MELAKA BATAL JAMUAN HARI RAYA PAS NEGERI

 Badan Perhubungan PAS Melaka membatalkan jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi menghormati nasib yang dihadapi umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi oleh rejim tentera. Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata PAS Melaka menghormati penderitaan umat Islam Mesir yang terus dizalimi oleh rejim kerajaan zalim. 'Pas Melaka mengambil sikap mengantikan jamuan Aidilfitri kepada dana rakyat mesir yang dizalimi. Bagi PAS kawasan dan cawangan yang sudah bersedia mengadakan sambutan aidilfitri, disarankan mengadakan secara sederhana disamping mewujudkan dana bantuan untuk rakyat mesir." ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah. Adly membuat kenyataan tersebut di dalam facebook beliau.
 
Keputusan yang dibuat oleh beliau telah mendapat sokongan penuh dari semua kepimpinan PAS Negeri dan Kawasan-Kawasan. Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Melaka yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar berkata keputusan ini sangat dipersetujui demi membuktikan solidariti kita bersama saudara-saudara kita di Mesir. 'Sangat setuju, rasa bersalah kita makan-makan, ikhwan kena makan' ujar beliau ringkas Antara pimpinan PAS Kawasan yang menyatakan persetujuan dengan keputusan ini ialah Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamad dan Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab.
 
Sementara itu Bendahari PAS Melaka, Husni Ali berkata semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank PAS Melaka yang boleh diperolehi di dalam blog Pas Melaka iaitu http://pasmelaka.blogspot.com. Majlis sambutan Aidilfitri PAS Negeri Melaka sepatutnya diadakan pada 24 Ogos ini di Bukit Katil, segala persiapan awal telah diadakan sejak minggu lepas.

Khamis, 1 Ogos 2013

PAS Kekal di Parit Yaani

SHAH ALAM: Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen pilihan raya yang difailkan BN terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Yaani daripada PAS, Aminolhuda Hassan (gambar).Justeru, Aminolhuda kekal sebagai Adun di kerusi itu selepas menewaskan calon BN Teo Yew Chuan dengan majoriti 1,188 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Hakim Datuk Suraya Othman menolak petisyen yang difailkan calon MCA ke atas Aminolhuda.Apa yang menarik, Aminolhuda yang diwakili peguam Hanipa Maidin tidak menuntut sebarang kos dari pihak pempetisyen.