Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 31 Ogos 2006

DARI MEJA MERDEKA ICT JASIN

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 49

1.Pagi-pagi dalam perjalanan membeli sarapan untuk anak-anak kelihatan seorang yang tua sedikit sedang menyelongkar sesuatu didalam timbunan sampah yang dibuang oleh penduduk kampong. Saya sedar bahawa orang itu ingin mencari tin-tin kosong dan apa-apa saja yang berguna untuk dijadikan duit . Tentu sekali tindakannya itu bukanlah atas dasar hobi dengan menguis dan menyelongkar timbunan sampah yang berbau busuk dan dipenuhi dengan ulat. Yang pasti ia adalah untuk menampung keperluan hariannya.
Saya perasan orang itu bukanlah orang yang biasa dilihat tetapi adalah seorang diantara beberapa orang yang menjalankan rutin harian.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Jika dahulu pemandangan seperti ini hanya boleh kita lihat dalam tayangan gambar Indonesia tetapi sekarang ini berlaku dinegara kita yang dicintai.

2. Beberapa hari sebelum hari kemerdekaan kita telah dikejutkan dengan peristiwa yang menyedihkan dimana seorang dari pelajar istimewa pendidikan khas SMK Umbai telah di rogol berulang kali oleh saudaranya.

Apa yang berlaku sebenarnya?

3. Sehari sebelum harijadi Malaysia yang ke 49 ni para guru-guru di salah sebuah sekolah dikehendaki menjalankan senam robik. Senaman ini agak lebih berdansa bentuknya dari yang selalu kita lihat. Semua murid-murid termasuk cikgu-cikgu dan ustaz ustazah diseru menyertainya. 10 orang pelajar perempuan dilantik seolah-olah menjadi intruktor kebarisan hadapan dan disuruh mempamerkan aksi-aksi senam robik dihadapan semua termasuk dihadapan pelajar-pelajar lelaki. Maka meloponglah pelajar-pelajar lelaki itu.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Ronda-ronda lagi, saya terlihat anggota kadet bomba perempuan sedang turun dari bas. Kesemuanya memakai t-shirt putih ketat dan sendat dengan seluar celoreng warna merah. Kode pakaian sebegini kah yang sesuai dengan semangat Islam Hadhari yang dicanang oleh BN?

Apa yang berlaku sebenarnya?

Nukilan nukilan diatas berlaku disekitar keluasan 2 - 3 batu persegi dari kampong saya. Tidak perlulah saya memberi contoh lebih jauh dari kawasan saya. Apa yang berlaku sudah cukup menggambarkan keadaan Negara kita yang kian parah. Ia menuju ke belakang bukan kehadapan.

Bagaimana pula keadaannya pada 10 tahun akan datang?

Fikir-fikirkan lah....

HARAP ANAK MUDA KITA TIDAK MERDEKA

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera,

Harapan supaya anak2 muda kita tidak MERDEKA dari segi :-

M - Maksiat, Murtad, Malas, Miang (kasanova), Murung,...
E
- Ego, Enjoy (Bersuka ria tidak tentu pasal),Elak (bayar hutang),...
R - Rempit, Rasuah, Ragut, Rompak, ....
D - Dedah (aurat), Dadah, Daring (GRO), ...
E - Emosi (tak berfikiran rasional, kritis), ...
K - Khayal, Kaki Pukul, ....
A
- Angkara, Alpa (Lupa), ....

Sekadar ingat mengingat sesama insan....

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang ke 49 dari DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JASIN ( DPPKJASIN )

Rabu, 30 Ogos 2006

PEMUDA MELAKA ANJURKAN EKSPEDISI DAKWAH DEKATI REMAJA DI MALAM MERDEKA

MELAKA 30 OGOS : Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Melaka akan mengadakan program ekspedisi dakwah mendekati remaja pada malam merdeka iaitu malam ini. Program ini akan bermula di Masjid MITC, Ayer Keroh bermula pada jam 9.15 malam.

Ketua Penerangan DPPN Melaka, Yuhaizad Abdullah berkata, program ini yang menjadi rutin tahunan DPPN Melaka adalah bertujuan untuk mendekati remaja di samping memberikan kefahaman kepada mereka tentang erti sebenar kemerdekaan melalui risalah-risalah yang akan diedarkan kepada mereka.

"Selain itu kita juga ingin menerangkan kepada tentang gejala sosial yang hebat melanda remaja sekarang disebabkan kurangnya didikan dan pegangan agaman di kalangan remaja" jelas Yuhaizad yang juga merupakan NYDP PAS Kawasan Jasin.

Lokasi lain selain dari MITC yang akan dikunjungi oleh DPPN Melaka dalam ekspedisi ini ialah sekitar kawasan pantai di negeri ini

SUDAH TIBA MASANYA

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" surah Al Asr ayat 1-3.

Saat mendukacitakan bagi umat Islam di Malaysia sudah tiba. Satu demi satu gerakan licik puak kafirun menampakkan hasil bagi menindas dan menjatuhkan martabat agama Islam. Namun umat Islam di Malaysia masih ramai yang lena di ulit mimpi indah duniawi sehingga tidak menghiraukan langsung tentang agama Allah yang semakin terhimpit.

Saya baru sahaja menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia di Putrajaya.

Soalan yang saya tanyakan kepada pegawai disana ialah, " Benarkah di sijil kelahiran bayi tidak lagi dinyatakan status agama bagi bayi tersebut?"

Jawapannya, "Benar. Bermula dari bulan Jun 2006. Ini adalah kerana bayi tersebut berhak menentukan agamanya sendiri apabila berusia 18 tahun."

Terkejut, geram, sedih, marah... semuanya bersarang di dada saya sekarang ini. Apa nak jadi dengan Malaysia hari ini? Bukankah ini salah satu tuntutan dari memorandum yang dihantar oleh menteri-menteri kafirun kepada Perdana Menteri Hadhari dan juga salah satu tuntutan pihak Artikel 11?

Ke mana hala tuju negara Islam Hadhari ini sebenarnya? Kita di larang membincangkan isu Artikel 11, murtad dan isu-isu sensitif atas dasar perpaduan dan keselamatan negara. Di sebaliknya pihak kerajaan menurut apa saja yang di minta oleh pihak kafirun. Berapa lama lagi kita harus membiarkan diri kita dan umat Islam terus di tipu? Masih belum sedarkah kita? Sampai bila? Cuba kita pejamkan mata dan kita fokuskan ingatan kita pada wajah-wajah anak-anak kita. Sanggupkah kita membayangkan anak kita datang bertemu kita suatu hari nanti dalam keadaan murtad? Nauzubillah.

Sedarlah wahai umat Islam. Bangunlah. Paling tidak, bila tiba masa kita diberikan hak untuk mengundi memilih kerajaan... fikirkanlah semasak-masaknya. Janganlah hanya memandang kepada keindahan duniawi yang sementara ini. Janji dan omong kosong yang terbit dari mulut pemimpin yang langsung tidak mengambil berat dan melindungi agama Allah.

Sedarlah semua..........

Wallahua'lam

Selasa, 29 Ogos 2006

INIKAH REALITI TV ???

Siapa menang, siapa untung dan siapa rugi? Demikian antara yang dipersoalkan apabila perang rating menjadi satu realiti baru industri penyiaran. Inilah sebenarnya realiti yang menuntut kita melihat jauh isu perang rating, apakah kita sudah bersedia atau sebaliknya.

Persoalan lain apakah perang rating ini satu pendekatan yang betul untuk mempertingkatkan kualiti sekali gus kredibiliti industri penyiaran?

Dalam industri penyiaran tempatan, malam esok adalah satu penanda aras di mana rating menjadi keutamaan stesen televisyen mengatasi kualiti pengisian.

Apakah ini suatu realiti yang selama ini kita sebagai pengguna televisyen bimbangkan? Apakah yang mampu dilakukan apabila rating menjadi kayu ukur "kejayaan'' atau "tidak berjaya'' sesebuah program atau sesebuah stesen televisyen?

Malam esok adalah satu titik tolak baru di mana stesen milik kerajaan, RTM bekerjasama dengan stesen swasta yang berbayar, Astro "berperang'' dengan TV3. RTM dan Astro mempertemukan Mawi dengan tunangnya, Ina secara sidang video di udara, sementara TV3 mempertaruhkan liputan secara langsung persandingan Siti Nurhaliza dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Inikah yang dikatakan hidangan kepada pembentukan masyarakat bermaklumat? Kita terpaksa bertanya secara jujur kepada diri sendiri apakah dengan tidak mengikuti dua program sensasi ini kita tertinggal maklumat?

Dalam industri penyiaran yang begitu pesat sekarang ini, rating bermakna wang. Semakin tinggi rating akan semakin besarlah potensi untuk menarik pengiklan. Industri penyiaran yang dihidupkan dengan sokongan sektor pengiklanan tidak dapat menafikan bahawa apa saja yang dilakukan, perhitungan utama adalah pendapatan daripada iklan.

Stesen swasta TV3 milik Media Prima yang mempunyai tiga saluran lagi iaitu TV 9, 8 TV dan ntv7 sejak awal -awal lagi mencanang mendapat hak penyiaran liputan majlis perkahwinan Siti Nurhaliza.

Banyak yang menjangka rating penonton TV3 malam esok menjulang mendadak. Ini berdasarkan program khas bersama Siti Nurhaliza dua minggu lalu mencatatkan lebih 2 juta penonton.

Sementara siaran majlis akad nikah Siti Nurhaliza di Masjid Wilayah Persekutuan pada 21 Ogos lalu mencatatkan rating 2.86 juta atau

88 peratus penonton televisyen pada waktu itu.

Melihat kepada keghairahan penonton Melayu terhadap isu-isu perkahwinan artis, TV3 membuat perhitungan dagang yang bijak. Memberikan liputan secara langsung seolah-olah majlis perkahwinan itu acara nasional sudah pasti membawa masuk lebih banyak pengiklan.

RTM dan Astro pula baru saja mengumumkan program bersama yang mempertemukan Mawi dengan Ina. Program ini bukan secara kebetulan yang jatuh pada masa dan hari yang sama. Ini adalah perancangan untuk memecah tumpuan penonton kepada TV3 malam esok. Apakah rating di TV3 esok semasa siaran langsung majlis perkahwinan itu akan berubah menjadi lebih kecil?

Kalau ini berlaku, RTM dan Astro berjaya mengambil sebahagian penonton yang barangkali mahu menonton program yang lain pula.

Tetapi RTM mahupun Astro tidak mengaku bahawa ini adalah strategi untuk bersaing. Kenapa perlu berselindung sedangkan persaingan boleh diwajarkan dalam aspek-aspek tertentu. Apa salahnya kalau RTM dan Astro mengakui bahawa program ini untuk memberi alternatif kepada penonton yang mahukan yang lain daripada Siti Nurhaliza?

Perang rating secara terbuka ini adalah titik mula untuk kita mendepani satu realiti dalam industri penyiaran. Kita terpaksa menerima ini sebagai satu kewajaran sekalipun fungsi televisyen sebagai ejen pemantapan budaya boleh dipersoalkan.

Rating adalah populariti. Rating hampir tidak ada kaitan dengan kualiti pengisian sesebuah program. Banyak program berkonsep berselera rendah mampu mencatatkan rating penontonan yang tinggi, sedangkan program yang lebih membina berada di tangga tercorot. Yang mana satu yang stesen televisyen akan pilih?

Sebelum ini RTM lebih percaya kepada profil penonton daripada rating penonton. Maknanya kalau rating program seperti Debat Perdana kecil tetapi ia mempunyai penonton yang berprofil tinggi.

Kalau dilihat stesen televisyen sebagai ejen perubahan dalam masyarakat, RTM melakukan sesuatu yang tepat. Ini kerana yang menonton program-program berselera tinggi adalah kalangan pembuat dasar. Kalau mereka berubah, yang berada di bawah juga ikut berubah.

Tetapi kedua-dua program malam esok secara jujurnya tidak memberikan apa-apa kepada penonton. Apakah pemikiran masyarakat akan berubah apabila majlis perkahwinan artis diberi keutamaan bertaraf nasional? Begitu juga dengan isu putus tunang antara Mawi dengan Ina.

Apakah program ini memberi sumbangan mengecilkan permasalahan sosial kalangan remaja?

Apakah perkahwinan artis satu maklumat penting yang mesti disampaikan kepada penonton? Begitu juga apakah sebab-sebab Mawi putus tunang satu maklumat penting yang kalau kita tidak tahu, kita dianggap ketinggalan zaman?

Tetapi dengan tahap pemikiran masyarakat yang lebih mementingkan hal-hal sensasi seperti ini, stesen televisyen mempunyai sebab untuk mencipta arus perdana pemikiran penonton. Ada kalangan penonton yang menganggap ketinggalan zaman apabila tidak tahu dunia selebriti, berbanding ehwal semasa yang ada hubungan langsung dengan kehidupannya.

Maka ada kewajarannya kalau kita bimbang dengan fenomena perang rating secara terbuka antara stesen televisyen ini. Perang adalah persaingan dan persaingan suatu yang sihat untuk mencari yang terbaik.

Tetapi dalam konteks perang rating stesen televisyen tempatan, penonton sebagai pengguna akan menjadi mangsa. Apabila majoriti penonton memilih program yang pengisiannya murahan, itulah arus perdana dan kecenderungan stesen televisyen.

Pengguna yang memilih program yang lebih berkualiti terpaksa mengikut kuasa majoriti. Sewajarnya perang rating memberikan lebih banyak alternatif kepada penonton dan bukan memberikan satu bentuk program dalam beberapa stesen yang berbeza.

Akhirnya kita terpaksa realistik bahawa kalau hanya memperagakan rating tertinggi, yang dipersoalkan adalah kredibiliti stesen.

Kredibiliti stesen akan dilihat sumbangan sosial sekalipun stesen yang beroperasi secara komersial.

TV3 misalnya akan terus diingat dengan program Bersamamu yang menyelongkar kisah-kisah rakyat yang terlepas pandang oleh pemimpin masyarakat.

Maka kerana itu kita semua mengharapkan apa yang berlaku malam esok hanya proses sementara. Ia diharapkan bukan satu fenomena yang menjadi rujukan kepada industri penyiaran tempatan selepas ini.

Walau apa alasan sekalipun, stesen televisyen wajar memberikan menu yang berkhasiat kepada penonton-penontonnya. Kualiti dan kredibiliti stesen televisyen tidak pernah memusuhi populariti.

Kalau ada program yang popular, ia bagus kerana banyak yang menontonnya. Lalu kualiti juga sangat penting supaya penonton yang banyak itu mendapat sesuatu daripada program berkenaan.

Mudah-mudahan selepas ini perkahwinan tidak lagi dijadikan acara nasional, pertemuan dengan bekas tunang pula tidak perlulah melibatkan dua stesen televisyen yang perkasa di negara ini

sumber dari UiTM-melaka@yahoogroups.com
Oleh: LU SEMAN KU HUSSAIN

Isnin, 28 Ogos 2006

KENAPA.?? SUSAH SANGATKAH KITA NI.???!!!!!!

Melayu 1 :
Ehh... kau masih beli lagi ker barangan buatan AS dan YAHUDI latnatullah tuu..???? Kita ni Islam, kan dia org kempen BOIKOT barangan tuu...

Melayu 2 :
Kau boikot laa..... habis tuu kita nak makan apa..?!!!!! Anak nak pakai apa...?!!! Hoiii jangan cakap pandai laaa.... apa Melayu (Islam) boleh buat..??? Itu adalah dialog sebahagian daripa org Melayu yang boleh di ketogerikansebagai buta hati. Saya rasa mesti ada di antara kita pernah mengalaminya atau terdengar dialog niii...

Salah tak faham kenapa masih ada Islam yang tak faham erti sebenar atau mereka angkuh dengan kemasyuran kemewahan dunia itu sendiri..Kenapa kita nak mempertikaikan apa yang sedang di usahakan oleh Pejuang Islam itu sendiri.???

Bukan kita nak minta mereka bagi duit 1 juta atau apa...Cuma minta jangan beli barangan buatan Amerika dan Yahudi latnatullah... itu saja...BERAT sangatkah permintaan tuu...

Contohnya nak makan AYAM GORENG laaa....Kenapa.... tak ada orng Islam kah dalam Malaysia ni yang berniaga ayam goreng..Kat pasar malam pun belambak... murah pun murah...

INTEL.... ishh.. kenapa tak ada dah org lain yang buat processor. Intel saja...Ada... masih ada... kenapa tak beli SPANSION (AMD)... mungkin tak setaraf INTEL laa...tapi mahu nak buat... apa pun boleh jadi....


Tolong laaaa...
Jangan bagi alasan yang tak munasabah...Banyak lagi pengusaha Islam yang perlukan sokongan org Islam sekarang ni...

Saya MERAYU kepada semua umat ISLAM...Berilah kerjasama/sokongan kepada Islam dalam bentuk apa sekali pun...Samada beli barangan buatan umat Islam (yg sudah tahu halalnya).

Utamakan ISLAM sebelum kita mencari apa pun selepasnya....


SOKONGAN DARI KITA... SEMUA SELAKU UMAT ISLAM AMAT DIPERLUKAN
OLEH UMAT ISLAM ITU SENDIRI.

Sekian

Yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk dari diri kita sendiri..

Assalamualaikum....

Yang benar
HAMBA ALLAH
- azzam -

sumber dari forkad@yahoogroups.com

Jumaat, 25 Ogos 2006

ANTARA PEKA DAN PEKAK

Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara 8 Ogos 2006, di Mutiara FM (95.7 MHz) jam 7.30 pagi.

Baru-baru ini seorang lelaki bertanya kepada saya tentang siapa yang menjuarai Akademi Fantasia. Saya hanya diam, diam dan seterusnya diam.

Beliau bertanya soalan yang sama sekali lagi kepada saya maka saya menjawab dalam bahasa Inggeris kepadanya, "I am just not interested to answer your question!"

Tibalah giliran saya untuk bertanya kepadanya, "Apa yang sedang berlaku di Lubnan, Palestin dan Afghanistan. Apa pula yang sedang berlaku kepada umat Islam di Perancis?" Beliau pula diam, diam dan seterusnya diam. Insiden ini menggambarkan tentang senario umat Islam pada hari ini atau satu antara senario umat Islam pada hari ini, iaitu, kita asyik memberi tumpuan kepada perkara yang tidak penting dan mengabaikan perkara yang lebih penting. Kita PEKA dengan perkara yang tidak penting dan PEKAK pada perkara yang penting. Telinga kita amat peka pada perkara yang tidak penting. Pada ketika yang sama, telinga kita yang Allah anugerahkan sebagai pinjaman sementara ini, kita pekakkan untuk mendengar perkara yang penting. Hal ini mungkin menjadi salah satu sebab sebahagian umat Islam pada hari ini kehilangan identiti. Mereka terkinja-kinja, terlompat-lompat di sana sini dengan identiti yang sebenarnya bukan milik mereka.

Akhirnya umat Islam menjadi golongan yang terpinggir di dunia yang serba mencabar pada hari ini. Inilah antara cabaran umat pada hari ini. Umat ini diberikan permata berlian yang amat bernilai oleh Allah tetapi umat memandangnya sebagai sesuatu yang tidak bernilai. Umat Islam telah kehilangan identitinya yang sebenar. Senario ini telah diceritakan oleh ramai orang, antaranya, seorang diplomat Austria yang bernama Leopold Weiss. Beliau telah mengkaji Islam dan al-Quran dan akhirnya memeluk agama Islam. Beliau sempat menjelajahi beberapa negara orang Islam dan kemudian menulis beberapa buah buku tentang pengalaman beliau itu. Salah sebuah buku beliau yang terkenal ialah buku yang bertajuk 'Road To Meccah'. Dalam buku itu beliau menegaskan, kekagumannya terhadap Islam bermula selepas beliau mengkaji al-Quran.

Beliau mengatakan, "Jika aku melihat kepada perangai dan sikap orang-orang Islam, aku tidak akan meminati Islam. Mujurlah al-Quran telah menyelamatkan aku." Ya, melihat kepada perangai sebahagian umat Islam yang PEKAK tentang agama sendiri menyebabkan sebahagian mereka yang bukan Islam membenci Islam.....

Dua tiga hari yang lepas saya berkesempatan menemui dan berbincang dengan sister Yvonne Ridley yang datang berceramah di Pulau Pinang dari 3-5 Ogos. Beliau juga memeluk Islam selepas mengkaji al-Quran.

Suatu yang menarik tentang beliau ialah kepekaan beliau tentang apa yg berlaku ke atas umat Islam pada hari ini. Kepekaan ini menyedarkan beliau tentang kecantikan Islam dan ajarannya. Peribadi seperti ini perlu dicontohi oleh kita umat Islam..

Inilah cabaran kepada kita tuan-tuan dan puan-puan. Kita yang beragama Islam pada hari ini, adakah Islam kita ini sekadar Islam kulit?

Tidakkah kita berasa malu bahawa di sudut agama kita Muslim dan Muslimah tetapi di sudut perangai kita jauh daripada perangai yang sepatutnya ada pada seorang Muslim dan Muslimah? Inilah antara persoalan yang perlu kita fikirkan pada hari yang permai ini. Sudah pasti harapan kita bersama ialah dari masa kesemasa kita pertingkatkan diri kita, pertingkatkan iltizam kita untuk memperbaiki dan perangai serta kefahaman kita.

Semoga insya Allah pada masa akan datang jika orang melihat kita orang Islam dengan perangai dan pekertinya yang mengagumkan, mereka akan terus berasa kagum dengan Islam. Janganlah jadi seperti apa yang sedang berlaku pada hari ini, apabila orang melihat perangai kita, mereka terus mencaci agama Islam. Marilah kita sama-sama peka (dan bukan pekak) dengan Islam dan ajarannya.

Khamis, 24 Ogos 2006

MURTAD TANPA TENTANGAN ????? ( BAHAGIAN AKHIR )

Kedudukan Istimewa Islam

Islam telah lama bertapak kukuh di Malaysia. Artifak-artifak menunjukkan kedatangan Islam seawal kurun ketiga Hijrah dengan penemiuan bongkah batu di Lembah Bujang, Kedah, batu-batu nisan di Pahang dan dinar mas Kelantan seawal tahun ke 6 Hijrah. Jelas Tanah Melayu dari zaman dahulu lagi merupakan watan Islami.

Sehinggakan Suruhanjaya Reid yang dibentuk oleh kerajaan British untuk merangka Perlembagaan negara ini telah mengiktiraf kedudukan istimewa Islam dan telah merangka Perlembagaan yang mengambilkira kedudukan istimewa Islam di Tanah Melayu.

Malaysia bukan sebuah negara sekular. Negara Sekular sebagaimana Peranchis tidak memberikan kelebihan kepada mana-mana agama. Di Malaysia Islam adalah agama Persekutuan. Ia mempunyai kedudukan istimewa melebihi agama lain dalam undang-undang:

- Negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang-orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam. Per 11(4)

- Kerajaan Persekutuan diberikan kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan oleh kerajaan (Persekutuan & Negeri) kepada institusi-institusi Islam seperti Masjid, Sekolah Agama Rakyat, dan pembangunan Islam. Per 12 (2)

- Kerajaan negeri berkuasa membuat undangundang bagi mentadbir urusan agama orang Islam. Per. 74(2)


Perlembagaan Malaysia telah mewujudkan Mahkamah Syariah khas untuk mentadbir persoalan Islam yang sama tarafnya dengan Mahkamah Sivil. Apa keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh dipersoalkan oleh Mahkamah Sivil.

Di Antara Kesan Sekiranya Permohonan Azlina Jailani Dibenarkan

Kes Azlina Jailani bukan sekadar kes permohonan menukar butiran dalam kad pengenalan. Sebaliknya ia melibatkan persoalan dasar dan mempertikaikan amalan Islam dalam perundangan negara. Antara contoh yang boleh terjadi sekiranya permohonan beliau diluluskan ialah:

1) Orang Islam boleh keluar Islam sesuka hati.
Kelak sesiapa sahaja yang dibawa ke Mahkamah Syariah untuk dibicarakan boleh terlepas hanya dengan mengatakan "Saya bukan Islam". Mahkamah Syariah tidak akan boleh mengadilinya. Mahkamah Syariah dengan sendirinya hilang fungsinya.

2) Membuka ruang untuk pengamalan Islam ditentukan oleh orang yang bukan pakar dalam agama.
Persoalan Islam akan ditentukan oleh para hakim Mahkamah Sivil yang bukan pakar dalam perundangan Islam (termasuk Hakim bukan Islam). Pandangan ulama atau fatwa tidak lagi diperlukan dalam menentukan persoalan berkaitan Islam.

3) Membuka ruang untuk Islam diamalkan mengikut kepercayaan dan pemahaman individu dan tidak boleh dikawalselia oleh Majlis Agama.
Tiada siapa boleh mempersoalkan amalan orang Islam yang berbeza seperti sembahyang 3 waktu, menolak hadith, berkhalwat dan lain-lain lagi. Jenayah dalam Islam seperti minum arak, berzina dan berjudi tidak boleh dihukum


4) Pemahaman dan pengamalan agama untuk anakanak dewasa tidak lagi boleh ditentukan oleh ibu bapa.
Ibu bapa tidak boleh lagi 'memaksa' anak-anak terutama yang melebihi umur 18 tahun mengamalkan cara hidup Islam atau 'memaksa' mereka beragama Islam. Ini kerana Perkara 11 Perlembagaan boleh ditafsirkan sebagai membenarkan seseorang memeluk agama pilihannya dan mengamalkannya mengikut pilihannya

5) Murtad tidak lagi dilihat sebagai suatu kesalahan.
Ini bertentangan dengan prinsip asas Islam yang mengklasifikasikan murtad sebagai jenayah berat. Perkara ini akan lebih serius kerana terdapat beberapa negeri yang masih belum mewartakan undang-undang menghalang dakyah orang bukan Islam kepada orang Islam.

Jelas perkara sebagaimana di atas tidak boleh diterima oleh masyarakat Islam di negara kita dan hanya akan menimbulkan huru-hara. Persoalan Islam adalah amat sensitif dan tidak boleh dipermainkan. Nasib agama Islam di negara ini tidak boleh diperjudikan.

Apakah Kes Azlina Jailani kes terpencil?

Kes ini dibicarakan di Mahkamah tertinggi di Negara kita. Keputusannya akan mengikat semua mahkamah di negara kita termasuk Mahkamah Syariah dan akan menyebabkan semua permohonan untuk mengeluarkan perkataan Islam dari kad pengenalan dibenarkan. Seterusnya ia membuka ruang untuk orang Islam murtad.

Pihak yang mencabar kedudukan istimewa Islam dalam perundangan juga perlu faham bahawa Islam dan Syariatnya amat rapat dalam jiwa dan identiti masyarakat majoriti negara ini. Masyarakat Melayu kebanyakannya meletakkan Islam sebagai identity terpenting sebelum identiti lainnya.

Kedudukan Islam dalam Perlembagaan tidak boleh dicabar dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam masyarakat Islam di Malaysia.Ini boleh menimbulkan ketidak stabilan dan hubungan antara kaum yang beitu baik dijaga selama ini boleh tercemar

Apa kata mereka

It's time now that the Malays must be made to understand that Islam is subservient under our Constitution and that this message should be made clear to them by this Honourable Court"

("Sudah tiba masanya orang Melayu difahamkan bahawa Islam adalah di bawah telapak Perlembagaan kita dan mesej ini hendaklah dijelaskan kepada mereka oleh Mahkamah Yang Mulia ini")
Dato' Dr Cyrus Das (peguam Azlina Jailani)

Diterbitkan oleh
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
d/a Sekretariat ABIM Pusat,
Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-6188 0300
Faks: 03-6189 6700
Email: pembela@myislamnetwork.net
Maklumat lanjut layari Laman web:
www.myislamnetwork.net
www.defendersofislam.net dan www.abim.org.my
(PEMBELA adalah gabungan NGO-NGO yang
memperjuangkan kedaulatan Islam dalam
Perlembagaan di negara ini dengan cara aman dan tidak
konfrontasi)

Rabu, 23 Ogos 2006

MURTAD TANPA TENTANGAN ?????

APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN

Sekiranya anda seorang yang professional

Berikan sumbangan masa, buah fikiran, tenaga dan kewangan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam yang mendokong gerakan anti murtad ini.

Anda boleh memperkasakan gerakan Islam berdekatan anda dengan menganggotai pertubuhan tersebut seterusnya membantu pergerakan tersebut

Sekiranya anda seorang peguam

Anda perlulah menganggotai pertubuhan Pegeam Pembela Islam dan memberikan sumbangan

Anda boleh menawarkan diri untuk turut sama memberikan penerangan dan menjalankan kempen kepada masyarakat mengenai isu usaha memperlekehkan Islam di dalam Perlembagaan ini dengan menghubungi ABIM dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Anda boleh menawarkan diri untuk menjadi panel peguam untuk kes-kes seperti ini

APA YANG ANDA BOLEH SUMBANGKAN SEBAGAI INDIVIDU

Menggandakan risalah ini dan mengedarkannya kepada masyarakat. Ia boleh dimuaturun di laman web berkenaan.

Menandatangani memorandum kepada pemimpin kerajaan yang akan disediakan oleh Pertubuhan- Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang boleh didapati di laman-laman web berkenaan.

Menghantar surat kepada media cetak terutama akhbar utama menyatakan bantahan terhadap sebarang usaha menggugat kedaulatan Islam di Malaysia

Menghubungi pertubuhan dakwah dan gerakan Islam yang memperjuangkan isu ini dan memberikan sumbangan buah fikiran, tenaga atau sekurang-kurangnya sumbangan kewangan.

Menjaga keutuhan keluarga dan memberikan asas kefahaman Islam seutuhnya kepada ahli keluarga anda.

Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan pemartabatan Islam di negara ini.

Apa yang boleh disumbangkan oleh kelompok

Menganjurkan majlis solat hajat dan majlis penerangan mengenai isu ini di tempat anda

Menghubungi gerakan Islam untuk khidmat
penerangan isu ini di taman-taman perumahan, surau, masjid, pejabat dan lain-lain.

Menganjurkan kempen Keindahan Islam dan memberikan penerangan dengan bantuan pakar kepada bukan Islam mengenai Islam.( BERSAMBUNG )

Selasa, 22 Ogos 2006

SLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR !!!! ( BAHAGIAN AKHIR )

Assalamualaikum w.b.t..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan keizinanNYA berjaya juga saya menyambung artikel "ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR !!!! ( BAHAGIAN AKHIR ") ini untuk bahagian yang terakhir.

Diharap para sahabat @ sahabiah yang mencintakan Islam dapat memberikan sokongan kepada perjuangan sahabat-sahabat kita di Mahkamah..Semoga kemenangan Menjadi milik kita yang beragama Islam...sedih hati ini kerana Islam di Malaysia semakin diperkotak katikkan oleh orang bukan Islam malah mereka juga mendapat sokongan dari segelintir umat Islam di Malaysia yang hanya bertopengkan dengan Nama Islam pada dirinya dalam usaha untuk memenangi kes Lina Joy...mari kita bersatu dalam memerangi masalah ini....

Jika kita lihat sahabat-sahabat kita di Palestin, Iraq, Afghanistan, Lebanon @ Negara-negara Islam yang, mereka semua ditindas dengan api peperangan oleh puak kafir yang sememangnya dahagakan darah orang Islam dan mereka membunuh umat Islam disana diatas tiket untuk membanteras pengganas..tetapi di Malaysia kita diperangi dengan masalah aqidah yang semakin meruncing melanda dalam jiwa anak muda mudi kita..Moga Allah membuka pintu kemenangan kepada kita agar umat Islam tidak akan terus ditindas...-salam perjuangan
Bersambung isu "ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR !!!! ( BAHAGIAN AKHIR ")
7.Solat hajat diminta untuk dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah umat Islam di Malaysia khususnya.

8.Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin Negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap tidak endah / tidak ambil tahu kes ini, serta meminta kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.

9.Seluruh badan serta organisasi dan individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi dan mnyedarkan masyarakat tentang isu ini serta meminta masyarakat untuk untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang telah terlibat untuk memastikan keputusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.

10.mengumpul sejuta umat Islam pada hari Ahad, 23 Julai 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk taklimat besar-besaran dan mengumpul satu juta tanda tangan Umat Islam Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja sebagaimana yang telah dilakukan oleh gabungan NGO membela Lina Joy dengan mengumpul 20 000 tanda tangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini.

-Amat Malang sekali tiada sebarang tindakan atau statement yang dikeluarkan oleh pemimpin kita, malah seorang menteri Menteri dari Jabatan Perdana Menteri iaitu Dato' Nazri Aziz yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan "BODOH" kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.

11.Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group e-mail dan bolehlah mendaftar sebagai ahli secara percuma dan boleh di download artikel yang berkaitan isu murtad melalui:-

-Front Bertindak Anti Murtad ( FORKAD )

http://groups.yahoo.com/group/forkad/

untuk mendapat maklumat terkini sila hantar e-mail kosong kepada :

forkad-subscribe@yahoogroups.com


PENUTUP

Wahai umat Islam sekalian, Allah tidak akan Tanya hasil dari apa yang kita lakukan.

Tetapi Allah akan tanya apa yang telah kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ain untuk menegakkan ISLAM dimuka bumi Allah ini dilaksanakan.............

"FIKIR DAN BERTINDAK", SESUNGGUHNYA SOLAHKU, AMAL IBADATKU, HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH SAHAJA, TUHAN SEKALIAN ALAM...."

Isnin, 21 Ogos 2006

ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR !!!! ( BAHAGIAN 8 )

Sambungan "Tajuk ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR !!!!" untuk bab TINDAKAN SEGERA

2.satu website diwujudkan segewra untuk menjadi rujukan fakta kes ini. Websitenya ialah
www.defendersofislam.net . Web inilah yang digunakan untuk menjadi rujukan fakta kes dan menyampaikan setipa keputusan perundangan yang bakal diambil.

3.Suatu Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis peguam di dalm membela kes Lina Joy. Sedihnya dimana liputan yang dibuat terlalu kecil oleh satu akhbar Melayu sahaja.

4.Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam dan Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini. Antaranya:-

- kes ini telah berjaya menarik perhatian dunia sedang di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alas an factor keselamatan dan sebagainya kecuali kenyataan yang terkandung di dalam bernama.com.my dan beberapa media yang bukan bahasa Melayu yang menyatakan sokongan keatas kes Lina Joy.

- Umat Islam di Malaysia dari apa jua fahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tentang apa yang berlaku dan implikasinya terhadap umat Islam dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.


5.Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syar'e, Dato' Zaiton Osman pada hari Jumaat ( 7 Julai 2006 ) tetapi lansung tidak dikeluarkan mana-mana media di Malaysia.

6.Edaran Artikel dan risalah akan diadakan keseluruh Negara untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis ataupaun dalam apajua bentuk yang mudah difahami kepada seluruh masyarakat di Malaysia. ( bersambung )

Ahad, 20 Ogos 2006

ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR !!!! ( BAHAGIAN 7 )

TINDAKAN SEGERA

Kes ini hanya mempunyai tempoh 3 minggu sebelum diputuskan di mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28 Julai 2006 ( tarikh paling awal ). Maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambilo oleh segenap lapisan masyarakat :-

1. Penubuhan segera kumpulan Peguam Bela Islam ( PPI ) yang diketuai oleh peguam Zainur Zakaria iaitu Bekas Presiden Majlis Peguam untuk melakukan protes terbuka kepada Majlis Peguam diatas keputusan beberapa Eksekutive Committee untuk menyokong Kes Lina Joy. Antaranya :-

- Isu ini menunjukkan secara langsung menunjukkan Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini. Mereka juga telah menyatakan sokongan penuh kepada Artikel 11 dan kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini sedangkan selama ini mereka tidak pernah mendapat mandat tersebut daripada dan ahli Majlis peguam yang dilantik.

- Majlis peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani dan kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalan dan luar Negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan ajaran Islam di Malaysia.

- Suatu EGM yang akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapatkan tanda tangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12 Julai 2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.

- Zainur zakaria dengan dianggotai 15 peguam lain yang bertindak sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Burok dan Dato' Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia dimana mereka semua merangkumi pelbagai bidang dan kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah Dato’ Abu Zahar, DAto Ainuddin, Zulkifli NOrdin, PaaWan Chik Marican ( Peguam Bela Utama Kes , Baharudin, Subki Yusof, Radhi Zainddin Ismail, Zainur Riduan, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa....
.( bersambung )

Sabtu, 19 Ogos 2006

ADAKAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA SEMAKIN PUPUS..???

Kes murtad di Malaysia sudah berada di dalam paras kritikal dan kes ini lebih terjurus di kalangan kaum melayu yang majoritinya menganuti agama Islam. Cuma lagi tiada pembunuhan beramai-ramai secara jelas, namun agama dan akidah kita disembelih sedikit demi sedikit oleh kafir laknat hari ini.

1.Umat islam sudah boleh murtad dan berani berdiri di khalayak ramai sambil menjerit mengatakan haknya untuk murtad, orang islam sendiri (pemimpin dan hakim2) merestuinya.
2.Jilbab dan serban adalah diharamkan pemakaiannya oleh hakim islam sendiri, kita hanya memerhatikan tanpa dapat berbuat apa2.
3.Sunnah nabi ditolak kerana tidak relevan dengan kehidupan moden hari ini.
4.Zina dan maksiat berlaku terang-terangan antara orang islam. termasuk bohsia dan bohjan/jalang/ gigolo/gay dll
5.Berpakaian menjolok mata tanpa rasa malu atau bersalah, umat islam sendiri turut menyatakan ia adalah kehendak moden dan orang lain tidak boleh melarang mereka.
6.Kaki mabuk menjadi ikutan muda-mudi.
7.Undang-undang dan perlembagaan menjadi rujukan, al quran dan hadis hanya dijadikan sebagai pembuka doa majlis dan doa makan. ramai anak muda sudah tidak tahu mengucap dan sembahyang.
8.Orang jahil menjadi ketua/pemimpin
9.Gerakan menyongsangkan akidah oelh pertubuhan dan ngo yang diiktiraf oleh kerajaan yang dikatakan negara islam.
10.Rasuah dan penyalahgunaan kuasa menjadi-jadi, rakyat terus diabaikan dan perut sendiri menjadi keutamaan.


Semakin lama dan dalam diam ahli kafir mula mengumpul kekuatan untuk menjatuhkan orang islam, bermula dengan kes natrah di awal tahun 50-an yang menyebabkan berpuluh-puluh orang melayu ditembak dan berbelas yang lain dihukum gantung sampai mati kerana menentang kemurtadan natrah. kini, selepas 49 tahun kemerdekaan kita, umat islam sekali lagi menjadi tatapan peristiwa yang hampir sama namun kali ini agak berbeza, kebanyakkan umat islam dan pemimpin islam terus menyepi dan hanya memandang perkembangan ini tanpa ada tindakan yang sewajarnya diambil oleh kita. tidak malukah kita sebagai orang islam hanya memandang tanpa bertindak apa2 tentang hal ini, sedangkan kaum kafir laknat telah mengumpul lebih dari RM 4 juta untuk menentang kita dimahkamah bagi mendapatkan hak untuk menjadikan azlina jailani (lina joy)sebagai orang murtad. apa tindakan yang kita ambil? kalau masih tiada apa-apa, tolong lah sekurang-kurangnya sebarkan artikel ini semoga sekurang-kurang kita dapat membantu membangkitkan kesedaran umat islam yang lain.

Kenapa kafir laknat beria-ria untuk menangkan kes azlina jailani ni? mudah untuk kita berfikir, mereka akan dapat memurtadkan lebih banyak lagi orang islam di masa hadapan, secara tidak langsung orang bukan islam akan menguasai negara ini pada masa itu. apabila mereka berkuasa, maka status melayu itu yang dalam perlembagaan adalah mereka yang beragama islam akan mudah ditukar, tiada lagi kuota untuk orang melayu, tiada lagi keistimewaan yang dinikmati oleh kita hari ini. secara mudah, tiada lagi loan kerajaan, tiada lagi diskaun bagi kita, tiada lagi kuota pelajaran untuk anak-anak kita, tiada lagi mahkamah syariah dan segala-gala yang kita nikmati hari ini kerana status islam dan melayu. agama islam akan dibincangkan dan ditentukan oleh mereka yang kafir berdasarkan undang-undang dan perlembagaan dan bukan oleh majlis agama islam itu sendiri. kita tidak ada kuasa lagi untuk mentafsir undang-undang islam kerana sesiapa sahaja berhak melakukannya. itu lah yang dikehendaki oleh orang kafir hari ini dalam kes azlina jailani (lina joy).

Kesan lain, kita akan lihat orang islam yang melakukan kesalahan seperti tidak berpuasa di bulan ramadhan, apabila ditangkap akan menyatakan bahawa mereka bukan islam, keluar dari mahkamah sahaja mereka adalah islam semula, kes lain... anak-anak kita ditangkap kerana khalwat atau berzina dan dihadapkan ke mahkamah syariah dan mengatakan mereka bukan islam kerana nak mengelakkan kena hukum, apabila keluar semula dari mahkamah mereka boleh menjadi islam semula. agama kita ini boleh sewenang-wenangnya dipermainkan oleh sesiapa sahaja kerana tiada hak dan undang-undang islam boleh dipraktikkan lagi.

Maka dengan itu juga, raja-raja melayu akan hilang kuasa kerana tugas utama mereka adalah dalam hal berkaitan agama islam dan adat istiadat melayu, siapa yang hendak mereka perintah lagi. orang islam yang merujuk kepada melayu sudah tiada. semuanya sudah murtad.

Apa yang hendak kita tunggu dan lihat lagi...adakah kita hendak tunggu hingga Allah hantar bala bencana seperti yang dilakukan dalam artikel dibawah baru kita akan sedar? fikirlah, kalau tidak kisah akan diri sendiri pun, fikirkanlah mengenai masa depan anak cucu kita dimasa hadapan. sudah tiba orang islam bertindak memerangi puak kafir yang semakin berani mencampuri hal-hal kehidupan orang islam secara terang-terangan.

( INSYA-ALLAH, "ARTIKEL ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR !!!!" AKAN DISIARKAN PADA ESOK HARI..MAAF DIATAS TERTANGGUHNYA ARTIKEL TERSEBUT ) - MODERATOR JASINDAILY

Jumaat, 18 Ogos 2006

ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR !!!! ( BAHAGIAN 6 )

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dengan keizinan dari Allah S.W.T dapatlah kami meneruskan topik
ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR !!!! ( BAHAGIAN 6 ). Insya-Allah semoga dengan artikel ini, kita semua dapat membangkitkan semangat kasih dan cinta kita kepada Islam. DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU ISLAM DIJUNJUNG !!!..moga kemenangan menjadi milik ISLAM, Allahuakhbar !!! - moderator jasindaily


Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan murtad & sebagainya yang telah lama menunggu untuk dibicarakan dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250 000 untuk keluar daripada agama Islam

Kes ini menjadi perhatian penuh organisasi dan individu bukan Islam seluruh dunia. Seluruh kuasa besar di dunia menghantar wakil untuk memberikan tekanan yang besar keatas hakim. Sistem perundangan Negara ternyata amat lemah untuk membela aqidah rakyat Islam di Malaysia.

Website
www.becketfund.com , www.malaysiabar.ora.my dan banyak lagi website menyenaraikan dengan jelas fakta kes ini. Bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok dalang dan penaja yang begitu kuat untuk membela Lina Joy dan sesiapa sahaja yang ingin murtad. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.

Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi yang diketuai oleh Majlis Peguam Malaysia iaitu Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianiy, Hinduism and Sikhism ( MCCBCHS ) serta pelbagai pertubuhan hak asasi perkauman dan kesaksamaan jantina telah menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuan untuk memberikan penghujahan serta tekanan kepada hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy.

Wakil dari pertubuhan antarabangsa iaitu "Dana Becket untuk Kebebasan Agama" yang berpengkalan di Amerika bercakap menyatakan pendirian dan tekanan mereka mengkehendaki kebebasan 100% pada individu tanpa paksaan dan telah membentangkan paper dan kes study yang panjang lebar sebelum persidangan tersebut kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.

Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam ( Malik Imtiyaz Sarwar ) dimana beliau telah mengambil partisan stand untuk memberi hujah yang menyokong tindakan Lina Joy tanpa mendapat restu dari Bar Council Members. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua agama pilihan mereka........

Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam walhal pertubuhan Islam di Malaysia begitu banyak. Cuma beberapa wakil NGO dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bersuara untuk memepertahankan hujah. Tiada kesedaran yang timbul oleh organisasi agama Islam di Malaysia untuk datang dan bersuara pada hari tersebut bagi mewakili umat Islam di Malaysia...

Suatu fakta yang berani dan menghina yang dinyatakan oleh peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut:-

"it is time that we must knock into the heads of Malays that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just subservient to constitution..." ( bersambung )

Khamis, 17 Ogos 2006

FILEM MELAYU DAN REALITI MASYARAKAT MELAYU

Berkenaan dengan artikel "ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR..!!" tidak dapat disiarkan pada hari ini. Harap maaf. Terima kasih kepada pengunjung yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami-SALAM PERJUANGAN. ( Jasindaily )

Assalamualaikum warahmatullah

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.


Bismillahir Rahmanir Raheem

Agaknya bahang Festival Filem Malaysia ke 19 yang berlangsung baru² masih lagi terasa di kalangan penggemar seni. Maklumlah, saya lihat di beberapa egrup yang saya sertai, terdapat perbincangan hangat mengenainya terutama isu pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Syarifah Amani (maaf kalau tersilap eja namanya) berkenaan bahasa Melayu juga berkenaan filem dan budayanya.

Sebenarnya, saya bukanlah penggemar filem Melayu. Jangan salah faham, saya juga bukanlah penggemar 100% filem Inggeris. Saya cuma gemarkan filem yang mampu membuat saya berfikir seperti Six Sense, The Other dan Secret Window.
Filem2 perang dan bergaduh tidak tentu fasal seperti filem2 lakonan Van Damme dan Steven Siegal memang saya cukup anti dan meluat.

Ada juga filem Melayu yang berkualiti seperti filem2 arahan Allahyarham P.
Ramlee yang saya hafal kebanyakan dialognya dan filem2 lakonan Haji Azmil Mutafa seperti Mekanik dan Ali Setan. Dan yang terbaru, saya amat terhibur menonton Baik Punya Cilok. Bagi saya, inilah sebenarnya filem terbaik Malaysia kerana ianya lain dari yang lain dan tidak pula perlu menggadai maruah bangsa seperti filem2 lain

Saya tidak pernah menonton filem Gubra arahan Yasmin yang telah memenangi anugerah Filem Terbaik. Sebabnya mudah. Kerana saya meluat dengan filem Sepet yang jelas meletakkan maruah wanita Melayu sebegitu rendah hingga mudah mendedahkan paha dan mudah diusung oleh bangsa asing. Tambahan, saya telah membaca artikel tulisan Faisal Tehrani berjudul 'Gubra Yang Sesat Lagi Menyesatkan'.

Berdasarkan pembacaan, saya dapat menggambarkan Gubra sebagai satu lagi filem seperti Sepet yang kononnya cuba menyingkap kebenaran atau realiti masyarakat Melayu. Kononnya, apa yang berlaku di dalam Gubra adalah apa yang berlaku dalam masyarakat hari2 kaum Melayu di Malaysia termasuklah adegan berkemban sepanjang hari dan gurauan berunsur lucah oleh pasangan suami isteri di hadapan anak2.

Saya tidak tahu. Mungkin benar ibu Yasmin berkemban sepanjang hari di dalam rumah tetapi tidak ibu saya. Dan hasil pertanyaan kepada teman2, saya belum jumpa lagi siapa2 yang mengaku ibu bapa mereka berkelakuan sebegitu.

Mengapa? Kerana masyarakat Melayu yang MESTI beragama Islam ini bergitu sensitif dengan perihal seks dan menganggapnya taboo atau sesuatu yang memalukan untuk dibicarakan secara terbuka.

Jadi saya tidak tahu di mana letaknya kebenaran ayat Gubra menyingkap realiti masyarakat Melayu. Ops.... Maaf. Saya tidak menonton filem ini. Maka saya tidak layak berbicara panjang lebar tentangnya. Hanya yang saya tertarik, jika benar masyarakat Melayu Malaysia ini 'berpenyakit', apakah logik atau munasabah untuk kita paparkannya di layar perak? Apakah kesan yang boleh kita perolehi?

Benar, jika sakit kita perlu berubat. Dan amat benar, jika memang sudah sakit, lebih baik kita mengaku saja. Tetapi, kena lihat juga kepada siapa kita mengaku. Dan apakah sama tindakan mengaku dengan memukul canang?

Seperti seorang yang berpenyakit kurap, apakah kita lihat ianya sebuah perkara yang masuk akal untuk dia pergi ke mikrofon masjid dan umumkan kepada orang kampung bahawa dia berpenyakit itu?

Lawak, bukan? Jadi, untuk apakah perlunya dibikin sebuah filem yang mencemarkan, walaupun menyatakan kebenaran tentang masyarakat Melayu?

Benar, kita perlu mengaku kenyataan bahawa kita berpenyakit. Tetapi, mengakulah kepada doktor. Supaya kita dapat diberi rawatan yang sepatutnya.

Bukannya dengan membuat pengumuman di surau dan masjid hingga akhirnya kita sendiri yang ditertawakan.


Itu dari soal maruah pada mata masyarakat asing. Bagaimana pula dengan maruah orang yang melakonkan adengan itu? Apakah, atas nama seni, kita akan dibebaskan dari hukuman mendedahkan aurah dan bersentuhan dengan jantina bertentangan tanpa hubungan mahram di akhirat kelak? Bagaimana pula dengan kita yang bukan sahaja berdiam diri bahkan menyokong dengan mengangkat filem ini sebagai yang terbaik?

Seperti baru2 ini kecoh orang memperkatakan tentang adegan filem Remp-It yang memaparkan adegan seks yang terlalu panas sehingga seolah2 ianya sebuah filem barat. Sesetengah orang yang saya temui berkata tidak ada salahnya kerana adegan sebegitu memang sedia disiarkan di televisyen kita dalam filem dan drama import. Betul, tetapi persoalannya, bagaimana pula maruah 'orang kita' yang melakonkan babak tersebut?

Sebenarnya, kita telah terlalu biasa dengan adegan maksiat seperti berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Malah kita juga sudah menganggap biasa melihat adegan mereka berpeluk. Sedangkan itu tetap haram. Tetapi, jika adegan jijik seperti dalam filem ini dibiarkan, apakah kita tidak bimbang anak cucu kita nanti akan sedia menganggap ianya perkara yang biasa juga?

Saya menyanjungi filem Castello (yang saya tidak tonton sepenuhnya) yang cuba mendedahkan realiti masyarakat hari ini. Paling menarik adegan anak Castello yang cuba mendapatkan dadah dari Que Haidar (maaf jika tersalah eja) yang akhirnya menyaksikan dia diperkosa oleh beberapa lelaki. Pengarah mengambarkan keadaan ini hanya dengan coli dan seluar dalam yang berteraburan di lantai.

Tetapi kita boleh faham apa yang terjadi. Inilah yang dinamakan seni.

Penyampaian secara indirect dan dapat pula difahami. Tidak perlu ada adegan perempuan bertenggek atas badan lelaki. Tidak ada juga adegan yang menampakkan punggung. Mungkin babak kejar mengejar antara Rosyam dan Que dalam Sungai Kelang agak tidak realistik tetapi pada kenyataannya, inilah baru boleh dipanggil menyatakan realiti masyarakat.

Saya bukan hendak promosi filem ini tetapi saya berpendapat jika betul hendak menyedarkan masyarakat, berbuatlah seperti pengarah filem ini. Tidak perlu keterlaluan mengutuk bangsa sendiri dan tidak perlu keterlaluan menunjukkan sifat jelek kepunyaan bangsa kita. Hakikatnya, dari filem itu, sedikit sebanyak kita masih dapat mengenal kepincangan masyarakat sendiri.

Filem mencerminkan identiti dan budaya sesebuah masyarakat. Mungkin ramai bersetuju jika dikatakan perempuan di Amerika murah² belaka kerana filem2 mereka sememangnya menggambarkan sedemikian. Dan alangkah sedihnya kita jika orang luar akan menyangka gadis Melayu juga murah seperti murahnya watak2 dalam filem2 yang dipaparkan oleh mereka yang kononnya mengangkat martabat seni masyarakat Melayu.

Jika benar hendak bercerita tentang realiti, ceritalah tentang anggota polis yang rasuah, menteri kabinet yang korup atau sistem kerajaan yang lemah. Tidak berani, bukan? Nyata. Mereka ini hanyalah bertopengkan seni untuk kesenangan peribadi...

Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullah…

Rabu, 16 Ogos 2006

ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR !!!! ( BAHAGIAN 5 )

MENGAPA KES LINA JOY..???

Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapi ianya telah dimarketkan di peringkat antarabangsa dan tempatan secara bersungguh-sungguh oleh kumpulan ANTI ISLAM dan ia merupakan satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.

Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak memperdulikan agama mereka sendiri dan membiarkan golongan kuffar bercakap sewenang-wenangnya termasuklah menghantar memorandum oleh menteri-menteri bukan Islam kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi.

Kes Aishah Bukhari, Hartini Kamarudin, Syazani Yusof, Suzie Teoh @ Nur Aini, Mohamad Ya, Ayah Pin, Kopral Moorthy, S.Sharmala, Nyonya Tahir dan sebagainya adalah contoh kes kes kecil yang cuba menafikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam mengawal selia umat Islam di Malaysia.

Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan "Artikel 11" yang pernah berkumpul di Petaling Jaya dan Melaka dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada Mei 2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan murtad di bawah Artikel 11, setelah kekalahan dalam kes Muhammad Abdullah @ Moorthy, S.Sharmala dan Nyonya Tahir.

Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter Faith Conmission ( IFC ) disertai oleh begitu ramai individu melayu dan Islam termasuklah Sister In Islam ( SIS ) yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin tertentu serta anak kepada Perdana Menteri dan Bekas Perdana Menteri iaiti Nori dan Marina bersama sekutu-sekutunya yang beragama Islam.

Kes Lina Joy adalah attempt yang akan memberikan impak yang paling besar dan diistilahkan sebagai "beyond our imagination" yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang syariah dio bawah Artikel 121 (A ) yang akan mengakibatkan ianya dipinda @ dihapuskan sepenuhnya dan seterusnya mencabar Hukum Allah yang Allah S.W.T tetapkan didalam Al Quran dan As Sunnah. ( bersambung )

Selasa, 15 Ogos 2006

ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR !!!! ( BAHAGIAN 4 )

Insya-Allah, hari ini saya akan meneruskan cerita semalam berkenaan dengan "FAKTA KES" dan ada membuat pertambahan tajuk IMPLIKASI DARI DEFINASI "INDIVIDU" . Moga kita dapat sedikit perkembangan diatas maklumat yang diberikan.Insya-Allah ( jasindaily )

Hujah yang dibawa oleh Barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu sebenar kes berkenaan daripada penghujahan hak dan kuasa Mahkamah Syariah TETAPI membawa hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya agama barunya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Isu mahkamah syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak relevan lagi pada hujah Majlis peguam, dan isu yang kebebasan mutlak individu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 dan IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

Isu yang diperjuangkan oleh kesebelasan NGO non-muslim atas nama kumpulan Artikel 11 dan Inter Faith Conmission (IFC) adalah untuk mendefinasikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu persendirian (secara peribadi), bukan lagu kumpulan atau agama secara umumnya.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani dan bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definasi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya untuk mempraktikkan amalan dan syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.


IMPLIKASI DARI DEFINASI "INDIVIDU"

Nampak dan dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampaui batas pemikiran kita (beyond imagination)....!!!!

Pertama
Orang Islam dibenarkan meninggalkan agama Islam pada bila-bila masa sahaja walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan Agama Islam seperti yang telah diperakui dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan.



Kedua
Apabila definasi "person" didefinasikan sebagai hak individu maka Agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya :

- Orang Islam boleh keluar masuk Islam pada bila-bila masa, kebebasan mutlak (freedom of choice)

- islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya (individual interpretation) tanpa terikat pada sebarang mazhab atau fahaman

- Kesalahan syariah oleh seseorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevan. Sebagai contoh :-


a. Solat boleh dilakukan mengikut rasa hati atau mengikut rakaat solat yang difahami sendiri, puasa dalam bulan Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi "bukan Islam" pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.

b. Kesalahan zina', minum arak,khalwat,menghina Islam dan sebagainya semuanya tidak akan menggunapakai sebarang hukum yang Allah tetapkan.

c. Semua badan-badan Islam tidak relevan lagi dalam perundangan semasa sebab semua individu bebas sepenuhnya di dalam perlembagaan.


Ketiga
Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng dan simbol agama untuk orang Islam berpayung

Keempat
Kanak-kanak apabila umur meningkat ke 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka dan tindakan boleh diambil keatas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.

Kelima
Perukunan Islam pada dasarnya sudah tidak 'valid' disebabkan tiada satu pun akta bertulis berkaitan Islam contohnya Akta Solat, Akta puasa, Akta Haji, Akta zakat, Akta zina' dan sebagainya yang mengikat seseorang Muslim di di dalam perlembagaan.(akan bersambung dengan tajuk "MENGAPA KES LINA JOY???")-insya-Allah

Isnin, 14 Ogos 2006

ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR !!!! ( BAHAGIAN 3 )

FAKTA KES

Selepas berkahwin dengan seorang India Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam kad pengenalannya masih tertulis yang beliau beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama kepada Lina Joy.

Beliau terus berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ) pada tahun 2000

Permohonan tersebut ditolak oleh JPN disebabkan tidak mendapat perakuan dari Mahkamah Syariah yang menyatakan beliau telah keluar daripada Agama Islam

Mahkamah syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan ( MENGHARAMKAN ) seseorang Muslim keluar dari agama Islam ( Murtad ), dan "Sijil Tukar Agama" ( Murtad ) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dikeluarkan.

Permohonan bermula di mahkamah tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada September 2005, dan kedua mahkamah tersebut mengiktiraf bahawa kes ini adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan JPN menukar perkataan Islam di dalam kad pengenalan.

Setelah semuanya tidak berjaya peguambela, Dato' Dr Cyrus Das yang juga bekas bekas Presiden Majlis Peguam berjaya mendapat kebenaran untuk membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan

Kes didengar oleh 3 hakim( 2 muslim dan 1 non muslim ) iaitu

- Ketua Hakim Tun Fairuz
- Dato' Alauddin
- Dato' Richard


Pada dasarnya ketiga2 hakim terbabit berpendirian yang sama dengan menyokong tindakan kedua mahkamah terdahulu.....HINGGALAH MAJLIS PEGUAM yang diketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati berserta banyak lagi NGO yang menyokong LINA JOY meminta untuk memberi hujah dan bersuara dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.

Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan Negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.( bersambung lagi untuk FAKTA KES )

Ahad, 13 Ogos 2006

ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR..!! ( BAHAGIAN KEDUA )

MUQADDIMAH

Para ulamak bersepakat mengatakan bahawa orang yang murtad wajib dibunuh.

Firman Allah :"Barangsiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itu yang sia-sia amalannya di dunia dan akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya." ( Al-baqarah, ayat 217 )

Daripada Ibn mas'ud dan 'Aisyah Nabi S.a.w. bersabda : Tidak Halal darah seseorang muslim selain daripada 3 sebab: Berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama ( murtad ) - ( Riwayat al-bukhari, Muslim, Abu Dawud dll )

"sesiapa yang menukar agama agamanya ( murtad ), maka hendaklah ianya dibunuh" - ( Riwayat Al-Bukhari dan Abu Dawud )

Dalam sejarah lampau , kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam ( murtad ) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.

Keprihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk tanah Melayu untuk berjalan kaki dan berbasikal untuk berkumpul dan berdemontrasi di Singapura untuk membantah dan mempertahankan aqidah hanya seorang muslimah dari dimurtadkan tanpa sedikitpun memikirkan perasaan takut dengan bedilan peluru, cota serta tindakan ganas tentera British dan sekutunya yang menghalang mereka. Begitu juga keberanian ratusan anggota keselamata untuk membuang pakaian seragam mereka untuk bersama ummat Islam berkumpul menyatakan sikap mahu menyelamatkan Islam dan aqidah umat Islam dari dinafikan dan dipermainkan.

Tetapi tidak pada zaman sekarang! Hakikat yang berlaku selepas itu hinggalah ke hari ini, umat Islam terlalu lemah dan dayus untuk hanya mampu memerhatikan sahaja tanpa mempedulikan langsung sejumlah 100,000 orang yang telah pun murtad "tanpa paksaan" dan lebih 250,000 menanti untuk didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara.

Apa pendirian kita ..??
Apa tindakan kita..??


LATAR BELAKANG

1. Bangsa Melayu khususnya di Malaysia adalah satu-satu bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan Negara untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang merangkumi.

2. istilah melayu ditakrifkan dengan jelas dalam Artikel 160 perlembagaan Persekutuan sebagai seorang yang penganut agama Islam, berketurunan Melayu dan mengamalkan budaya dan bercakap Bahasa Melayu mengikut definasi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.

3. Oleh itu, Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam di Malaysia adalah tertakluk sepenuhnya di bawah syariat Islam dan perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.


SAUDARI AZLINA JAILANI @ LINA JOY ??

Nama asal Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian

Permohonan kedua untuk ditukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan Baru tertera perkataan agama Islam.

Ayah bernama Jailani bin Shariff dan Ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.

Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu berketurunan Jawa, berumur 42 tahun.

Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir,beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis dari Gereja yang dikeluarkan pada tahun 1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.

Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihat untuk bertaubat dan masuk Islam semula oleh MAIS, tetapi beliau mempertahankan dengan alasan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapanya. ( akan datang bersambung mengenai FAKTA KES )

Sabtu, 12 Ogos 2006

ISLAM DIHINA !! UMMAT ISLAM DICABAR..!! ( BAHAGIAN PERTAMA )

Golongan kuffar sudah berani mengajak anak-anak kita meninggalkan aqidah Islam yang mereka pegang..... Syariat Islam sudah dinafikan& golongan kuffar sudah berani mengajar ummat Islam cara untuk mengajar Islam mengikut kehendak & cara mereka.....! Apakah mahu & sanggup kita membiarkan semua ini berlaku...!!!!

APAKAH TINDAKAN KITA ?

Kes murtad Azlina Jailani ( Lina Joy ), kelesuan Ummat Islam & kelemahan sistem perundangan :
Implikasi terhadap masa depan Islam dan Melayu di Malaysia
(Lina Joy vs MAIS, Kerajaan Malaysia & Jabatan Pendaftaran Negara)


Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan pelabagai kajian kes murtad di Malaysia serta kupasan kes saudari Azlina Jailani (Lina Joy) lawan MAIS, Kerajaan Malaysia & JPN, yang dibincangkan dihadapan peguam-peguam Islam Malaysia & organisasi kerajaan & bukan kerajaan ( NGO ) yang hadir pada taklimat isu murtad pada 12 Julai 2006 dsi bilik mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, serta berdasarkan beberapa siri taklimat kepada masyarakat & NGO Islam tentang isu murtad di Malaysia.

Program selanjutnya untuk ulasan & pelan tindakan akan diadakan pada:-

-Ahad 23-Julai 2006, 87:00 pagi di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Himpunan Sejuta Umat Islam Mempertahankan aqidah & Kesucian Islam

-Aktiviti seterusnya akan dimaklumkan dari masa kesemasa melallui email anda. Sila berlanggan dengan group "FRONT BERTINDAK ANTI MURTAD" dengan menghantar e-mail kosong kepada forkad-subscribe@yahoogroups.com


Kehadiran dan hebahan untuk isu ini adalah menjadi kewajiban kepada setiap ummat Islam. Sila lakukan usaha untuk terus menyebarkan maklumat yang anda dapat kepada seluruh keluarga anda., jiran-jiran anda, rakan kerja serta semua umat Islam di Malaysia demi memastikan agama Allah ini tetap terpelihara dan dihormati oleh ummatnya. Kegagalan kita bertindak adalah kegagalan untuk menyelamatkan Aqidah dan Iman generasi kita yang mendatang. ( bersambung )

Jumaat, 11 Ogos 2006

JAHANAM YAHUDI !!!!

SUNNATULLAH DI SEBALIK DERITA BUMI ISRA'

Serba salah.

Duduk rasa bersalah, berdiri tak tentu arah. Saya berasa gusar dan tidak selesa untuk berbuat apa sahaja semenjak berita perang baru di bumi Syam memenuhi media. Ia mengingatkan saya kepada peristiwa yang berlaku pada tahun 1997 di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut.

Pagi itu saya bertolak dari Amman ke Istanbul dengan menaiki pesawat Middle East Airlines (MEA), penerbangan kebangsaan Lubnan. Kapal terbang yang saya naiki akan berhenti di Beirut selama 2 jam sebelum menukar pesawat untuk meneruskan perjalanan ke Istanbul. Akan tetapi saya berasa sedikit hairan kerana saya dan penumpang-penumpang yang lain terpaksa menempuh beberapa lapisan pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Amman sebelum dibenarkan menaiki pesawat berkenaan.

Ketibaan kami ke Beirut juga berada dalam suasana yang agak pelik. Kelihatan begitu ramai askar yang mengawal lapangan terbang dan ia bukan pemandangan biasa di situ. Ini bukan kali pertama saya transit di Beirut. Kami diperiksa oleh pihak askar sebelum dibenarkan masuk ke dewan transit. Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Tak apalah, yang penting saya hanya perlu berada di situ sekitar dua jam kerana pesawat ke Istanbul akan berlepas pada jam 3:30 petang.

Satu jam...

Dua jam...

Tiga jam...

Saya mula gelisah. Penumpang-penumpang lain yang transit juga nampaknya semakin resah. Ada yang mula tidak senang duduk dan menyerang kaunter pertanyaan dengan pelbagai soalan.

"Apa sudah terjadi? Mengapa kami tersangkut di sini? Apa yang berlaku?", seorang pelancong Eropah bertanya kepada pegawai bertugas. Merah mukanya menahan marah.

"Ya, kami mahukan penjelasan. Apa yang berlaku?", penumpang-penumpang yang lain juga mendesak pegawai tersebut.

"Kami belum mendapat pelepasan daripada pihak tentera untuk membenarkan pesawat terbang. Ia mungkin berlarutan hingga 24 jam", pegawai tersebut memberitahu.


Apa? 24 Jam... Aduh, saya kebingungan. Orang ramai mula kecoh. Dalam kesibukan pegawai-pegawai bertugas menenangkan keadaan, tiba-tiba satu letupan besar berlaku.

"BOOM!!!", bunyinya seperti letupan bom dan saya yakin jaraknya tidak jauh dari lapangan terbang.

Ya Allah, bangunan lapangan terbang bergegar dan saya seperti lemah lutut berdiri sendirian di tengah-tengah kekalutan itu. Orang ramai hening seketika. Terdiam dan terpinga-pinga mencari punca letupan tersebut.

Kami tidak mendapat sebarang penjelasan dari pihak berkuasa. Saya berasa sedikit menyesal. Kerana mahu menjimatkan 30 Dinar, saya memilih untuk transit di Beirut, berbanding dengan penerbangan terus Amman - Istanbul dengan menaiki pesawat Royal Jordanian atau Turkish Airlines.

"Hmm. Ya Allah. Kalau ditakdirkan aku mati, biarlah matiku dalam perjuangan dengan penuh kemuliaan. Janganlah pula mati ketika transit sendirian di Beirut ini", saya cuba mententeramkan diri.

Suasana lapangan terbang menjadi agak tenang berbanding sebelum letupan. Masing-masing masih terpinga-pinga memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku petang itu.

Dalam keadaan yang agak gusar, fikiran saya terbang mencari kembali memori-memori saya tentang Lubnan. Beirut yang saya baca sebagai Paris Timur Tengah, sememangnya bandar yang menakutkan. Saya terfikir, alangkah deritanya jiwa Sheikh Fathi Yakan berjuang di Lubnan kerana pada pemerhatian saya, Beirut menjuarai keruntuhan moral paling teruk di kalangan negara Arab. Saya masih ingat ketika kali pertama saya transit di Beirut setahun sebelumnya. Saya bertanya kepada seorang pegawai MEA di kaunter pertanyaan, "boleh saya tahu di sini ada tempat Solat atau tidak?"

"Tempat solat? Oh, kamu boleh Solat di tepi tangga itu.", pegawai tersebut menunding jari ke arah tangga gelap menuju ke restoran di tingkat atas balai transit.

Saya terkejut. Subhanallah. Saya sedang di Beirut atau di Paris? Alangkan Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle pun ada tempat Solat.

"Boleh saya tahu di mana arah kiblat?", saya bertanya lagi.

"Kiblat? Kiblat?", pegawai tersebut bertanya kepada rakan-rakannya dan kesemua mereka ketawa.

"Maaf encik. Kami tidak tahu kiblat di mana.", pegawai tersebut menjawab dengan bersahaja. Malah saya rasa begitu terhina.

Saya masuk ke bilik air dan mengambil wudhu' di sinki. Tandasnya hanya bertisu, tiada paip air. Saya hanya mampu menggelengkan kepala. Hari itu saya bersolat di atas sekeping kotak yang saya bentang ke arah kiblat yang saya ijtihadkan berpandukan kedudukan matahari dan laut yang sayup-sayup kelihatan di seberang landasan kapal terbang.

Lubnan baru sahaja bangun dari kebinasaan selepas beberapa siri peperangan terutamanya Peperangan Saudara Lubnan (1975-1990). Bangunan-bangunan yang runtuh dan berlubang kesan bom masih banyak yang terbiar di sekitar kota Beirut. Tetapi tidak perlu kita pergi jauh menyelongkar lorong-lorong Beirut di Nejmeh Square. Cukup sekadar di lapangan terbangnya, sudah membuatkan kita tertanya-tanya, masih Islamkah Lubnan ini?

Pemandangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri Beirut tambah menjelekkan apabila saya melihat gelagat wanita-wanita Arab dari negara Teluk yang berjubah hitam. Mereka menuju ke bilik air, dan kemudian keluar bersalin kulit seperti ular. Dari jubah hitam, yang tinggal hanyalah pakaian jahat dengan solekan melampau, tanpa segan memegang jubah hitam yang sudah dilipat di tangan mereka. Aduh, saya rasa keIslaman saya amat dihina ketika di Beirut. Pelbagai gelagat yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan dan luar, sehingga saya terfikir, apakah mereka tiada langsung mempelajari sesuatu dari peperangan lalu?

Selepas hampir 8 jam saya terkandas di Lapangan Terbang Beirut itu, akhirnya pesawat yang saya naiki dibenarkan berlepas ke Istanbul. Saya menarik nafas lega, tetapi masih kebingungan dengan letupan bom yang menggegarkan lapangan terbang sebentar tadi.

SEJARAH SILAM BERULANG KEMBALI

Hari ini Beirut sekali lagi menjadi medan berdarah. Luka-luka lama yang baru sahaja sembuh kini berdarah semula, dan kali ini ia lebih parah. Bukan hanya Beirut dan pekan-pekan di selatan Lubnan seperti Qana yang binasa, malah ia sebenarnya adalah rentetan kehancuran bumi Palestin di tangan Regim Yahudi yang digerakkan oleh puak Neo Conservatives di Amerika Syarikat yang memegang remote controller.

Sebagaimana bumi Syam panas dan hangus dibakar kerakusan Yahudi, umat Islam di seluruh dunia juga memberikan pelbagai reaksi. Terlalu banyak yang boleh diperkatakan. Namun saya ingin berkongsi rasa terhadap Sunnatullah yang berlangsung di sebalik tragedi demi tragedi ini.

Ya, kita terluka sama dengan kematian dan kehilangan erti hidup warga Palestin dan Lubnan. Tangan dan mulut kita tidak henti-henti melafazkan Qunut Nazilah demi merintih bantuan Allah agar dilepaskan umat Islam dari derita ini.

Walau bagaimana pun, kita tidak harus lupa bahawa bencana di Lebanon ini bukan tragedi pertama umat Islam. Kita pernah kelam kabut, gelisah dan kebingungan semasa menyambut berita penyembelihan umat Islam beramai-ramai di Bosnia Herzagovina lebih 10 tahun yang lalu. Kita tidak tahu apa yang patut dilakukan dan kita cepat melancarkan demonstrasi besar-besaran demi meredakan ledakan emosi yang dibakar oleh kekejaman Serbia. Kita segera membuka Malaysia kepada pelarian Bosnia dan menghulurkan atap dan pinggan untuk mereka berteduh.

Selain Bosnia, kita sudah banyak kali terkejut, gelisah dan kebingungan terhadap satu demi satu bencana yang menimpa umat Islam. Iraq, Afghanistan, Kashmir, Ambon, Tak Bai dan aduh, terlalu sukar untuk menyenaraikan kesemuanya.

Saya amat percaya bahawa semua yang berlaku ini adalah mengikut apa yang dikehendaki oleh pemilik papan catur yang kita hari ini sedang menjadi butir-butir pawns yang dilaga-lagakan dalam permainan tangan-tangan ghaib itu. Pemain-pemain catur ini merancang pergerakan buah caturnya bukan selapis malah berlapis-lapis. Pemikiran simplistik tidak memungkinkan kita untuk keluar dari papan catur itu. Jika kita menang sekali pun, permainan akan diulang oleh tangan-tangan ghaib itu dan pada siri yang seterusnya, kita mungkin kalah pula dan menang semula selepasnya. Menang atau kalah, kita masih buah catur di papan permainan yang dimiliki oleh orang lain.

Tangan-tangan ghaib itu mesti dikenali oleh umat Islam. Taaruf mesti bermula dengan mengimbas kembali sejarah Revolusi Perancis dengan gelagat Jacobins yang menganggap diri mereka di pihak yang benar. Mereka tidak perlu mengambil kira pendapat orang lain atau cuba menyediakan common ground untuk berbincang dengan tamadun dan nilai yang bertembung. Lihat apa yang saya petik dari Wikipedia ini, di bawah kata kunci NEOCONSERVATISM:

The "traditional" conservative Claes Ryn has argued that neoconservatives are "a variety of neo-Jacobins." Ryn asserts that true conservatives deny the existence of a universal political and economic philosophy and model that is suitable for all societies and cultures, and believe that a society's institutions should be adjusted to suit its culture, while Neo-Jacobins are attached in the end to ahistorical, supranational principles that they believe should supplant the traditions of particular societies. The new Jacobins see themselves as on the side of right and fighting evil and are not prone to respecting or looking for common ground with countries that do not share their democratic preferences. (Ryn 2003: 387)

Further examining the relationship between Neoconservatism and moral rhetoric, Ryn argues that Neo-Jacobinism regards America as founded on universal principles and assigns to the United States the role of supervising the remaking of the world. Its adherents have the intense dogmatic commitment of true believers and are highly prone to moralistic rhetoric. They demand, among other things, "moral clarity" in dealing with regimes that stand in the way of America's universal purpose. They see themselves as champions of "virtue." (p. 384).

Thus, according to Ryn, neoconservatism is analogous to Bolshevism : in the same way that the Bolsheviks wanted to destroy established ways of life throughout the world to replace them with communism, the neoconservatives want to do the same, only imposing free-market capitalism and American-style "liberal democracy" instead of socialism.

Colonel Lawrence Wilkerson , former chief of staff to U.S. Secretary of State Colin Powell , had the following to say in a December, 2005 interview with the German weekly Der Spiegel: "They are not new conservatives. They're Jacobins. Their predecessor is French Revolution leader Maximilien Robespierre ." [9]

Jacobins inilah sebenarnya yang sedang memegang remote controller yang membinasakan Palestin dan Lubnan. Peranan golongan ini di Amerika Syarikat bersama sekutunya di Britain, amat bertepatan dengan keterangan Surah al-Israa' yang menjelaskan tentang dua kerosakan yang dilakukan oleh Yahudi.

"Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuatan untuk mengalahkan mereka (umat Islam), dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya." [Al-Israa' 17.6]

Nas di atas memahamkan kepada kita bahawa terusir dan terhinanya bangsa Yahudi dari Tanah Arab tidak berterusan. Setelah merempat dari Semenanjung Tanah Arab, setelah terusir dari bumi Andalus, bangsa Yahudi ini kembali bangun berkuasa dan mengalahkan " mereka" iaitulah umat Islam yang suatu ketika dulu telah menunduk dan menamatkan fasad pertama mereka. Ia adalah pertembungan gelombang kedua. Namun kali ini mereka berkuasa bukanlah dengan kekuatan dari sumber mereka sendiri. Sebaliknya melalui sokongan pihak 'luar' berupa harta kekayaan, senjata dan anak pinak serta pasukan penyokong yang ramai. Kerana itulah Allah SWT menggunakan lafaz ( ????????? ) iaitu "Kami perpanjangkan sokongan" sebagai mengisyaratkan kekuatan sumber ekonomi dan tenaga manusia kepada Yahudi di era kerosakan kedua mereka itu adalah dari sumber luar.

Sesungguhnya kita hari ini sedang berhadapan dengan fasad kedua Yahudi. Mereka sedang menghancur binasakan bumi Syam, umat Islam dan dunia secara keseluruhannya. Sifat takbur dan bongkak mereka berulang kembali. Dan kini, Amerika Syarikat serta kuasa Barat menghulurkan segala macam bantuan kepada Yahudi untuk mengekalkan kewujudkan mereka di bumi Palestin. Yahudi hari ini menjadi kuasa besar dunia dan Amerika Syarikat serta beberapa negara Eropah menjadi sumber kekuatannya.

Bacalah dengan lebih lanjut apa yang telah saya coretkan berkenaan dengan hal ini di bawah artikel MASA DEPAN PALESTIN DARI KACA MATA AL-ISRAA' WA AL-MI'RAAJ .

TELADAN SIRAH BERSAMA DR. ZIAD ABU HAMAD

Dalam siri tribulasi ini, saya terkenang kepada kelas Sirah Nabawiyyah saya bersama Dr. Ziad pada tahun 1998. Ketika membahaskan tentang peristiwa serangan Abrahah terhadap penduduk Mekah di tahun kelahiran Rasulullah SAW, Dr. Ziad telah melontarkan satu soalan yang amat menyentak fikiran saya. Setiap butir katanya masih saya ingat dengan baik.

Beliau bertanya, "Allah telah 'sudi' menyelamatkan penduduk Mekah dari dibinasakan oleh tentera Abrahah. Sedangkan penduduk Mekah ketika itu rata-ratanya adalah penyembah berhala, ahli Jahiliah yang mengotorkan Masjid al-Haram dengan berhala dan segala kemungkaran. Jika penyembah berhala pun Allah selamatkan dari binasa, maka apakah puncanya Allah 'belum sudi' menyelamatkan kita dari segala bencana ini? Tidakkah kita lebih berhak ditolong oleh-Nya?"

Ya. Soalan itu membingungkan saya. Di manakah silap kami ya Allah? Apakah yang telah menghijab kami dari memperolehi kemenangan dan bantuan-Mu ya Allah?

Akhirnya kelas menjadi sepi.

Dr. Ziad membacakan firman Allah SWT

"Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)" (Al-Anfaal : 33)
Beliau menjelaskan bahawa, Allah telah menyelamatkan penduduk Mekah, walaupun ketika itu mereka menyembah berhala kerana Nabi Muhammad SAW 'ada' bersama mereka. Baginda akan lahir dari kalangan mereka dan kerana adanya Rasulullah SAW, mereka terselamat dari dibinasakan Allah.

Hari ini, tidak mungkin Rasulullah SAW akan ada bersama dengan kita secara fizikal. Namun, apakah kita yakin untuk memohon bantuan kepada Allah dengan kepercayaan bahawa kita di pihak Rasulullah SAW. Sunnah baginda ada dalam kehidupan kita, dan hati kita penuh rasa cinta dan kasih kepada Baginda. Benarkah kita begitu? Jika benar, wangian pasti dapat dibau dari luar botolnya. Keindahan cinta kita kepada Baginda SAW di dalam hati dan komitmen kita kepada Sunnahnya, pasti dapat dilihat dari Aqidah kita yang selamat, Ibadah kita yang sejahtera dan Akhlak kita yang mulia.

Muliakah kita wahai umat Islam? Rakyat kita makin rosak dan menuju Riddah. Pejuang Sunnah pula lebih bijak bertelagah dari berdakwah. Kita mengambil Sunnah Fekah tetapi kita tinggalkan Sunnah Akhlak. Adakah Rasulullah SAW bersama kita?

Jika Rasulullah SAW tiada bersama kita, maka marilah kita beristighfar kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan membinasakan kaum yang Rasulullah SAW bersama mereka, dan bagi yang telah melakukan kesilapan, mereka segera beristighfar memohon keampunan dari Allah.
HUKUMAN ALLAH YANG TIDAK MEMILIH SOLEH DAN 'TOLEH'

Kita tidak boleh berlengah membantu umat Islam di Lubnan. Pelbagai langkah jangka pendek dan jangka panjang yang perlu serta boleh diusahakan. Jika mereka memerlukan bantuan perubatan, kita segara berikan sedaya mungkin. Jika mereka perlukan wang, kita segera hulurkan bantuan. Yang pasti, mereka juga perlukan doa. Tapi bukan doa sebarang doa. Mereka memerlukan doa yang 'didengar oleh Allah'. Oleh yang demikian, marilah kita berusaha untuk melayakkan diri agar doa kita didengar dan dimakbulkan oleh Allah.

Golongan Gay di Beirut - BBC

Langkah pertama kita adalah dengan meninggalkan maksiat. Tidakkah kita masih ingat, kepada liputan media terhadap krisis moral di Lubnan, terutamanya di Beirut, baru beberapa bulan yang lalu. Beirut adalah sarang pelacuran homoseksual yang menggerunkan dunia Arab. Penyanyi-penyanyi wanita Lubnan pula berjaya menyebarkan virus mereka hingga lagu perempuan cela itu berkumandang dari gerai-gerai kitab di perkarangan masjid kita setiap Jumaat. Jangan sekali-kali kita lupa bahawa Bosnia juga cela sebelum disembelih Serbia. Afghanistan, Iraq, malah Baghdad di tahun 1258 juga sama. Begitu juga dengan Palestin di ambang kedatangan Zionis. Semua bencana ini telah bermula oleh kemungkaran besar-besaran umat Islam kepada Allah. Dengarlah amaran Allah kepada kita:

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya." (Al-Anfaal : 25)

Kita perlu bertindak membantu setiap insan yang dizalimi. Soal Syiah atau tidaknya Hizbullah serta kewajaran menyokong mereka, harus diketepikan dengan melihat bantuan yang dimaksudkan ini adalah atas dasar manusia yang dizalimi. Mereka berhak dibantu. Kecuali pada soal meletakkan harapan agar kemenangan Hizbullah dapat memerdekakan bumi Palestin, maka itu menjadi suatu topik berasingan yang perlu dipertimbangkan dengan empirical evidence dari sejarah pertembungan Sunni Syiah yang panjang. Isu hari ini adalah penduduk Palestin dan Lubnan mesti dibantu.

Dan bantuan kemanusiaan berbentuk makanan, perubatan dan sebagainya, tidak memberikan sebarang makna jika kita tidak menghentikan segera MAKSIAT yang menjadi punca dan pengundang kepada musibah ini.
Sudah berulang kali kita sebutkan bahawa kejahatan ini datang dari Regim Yahudi dengan Amerika Syarikat sebagai sumber kekuatannya. Maka maksiat paling besar yang kita lakukan hari ini adalah pada ketidak upayaan kita untuk membenci Yahudi dan Amerika Syarikat kerana kita sudah terlalu membudayakan diri dengan segala yang Yahudi dan Amerika. Mampukah rakyat Malaysia dan dunia umumnya mengutuk Yahudi ketika mereka sendiri sedang enak menjamah cara hidup Yahudi dan Amerika, a.k.a Hollywood?

Malaysia harus melihat bahawa hedonisma yang menyuntik nilai-nilai Yahudi dan Amerika ke jiwa masyarakat kita, sebagai jenayah yang serius. Kerana deretan acara hiburan di TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV dan TV9, masyarakat kita menjadi lumpuh dan terperosok ke lubang biawak Yahudi. Mereka mahu marah kepada Yahudi dan Amerika, tetapi mereka tidak sampai hati kerana mereka sudah ketagih Yahudi dan Amerika melalui hiburan, filem Hollywood, dan 1001 cabang hedonisma itu.

Mampukah kita menolak Yahudi dan Amerika di Lubnan ketika Yahudi dan Amerika itu begitu lazat dan enak untuk dinikmati di Malaysia?

Lantas, marilah kita semua bertaubat kepada Allah. Mohon istighfar dan kembali taat kepada-Nya. Jika bantuan ringgit dan suara lembik OIC kita tidak sampai ke Palestin dan Lubnan, marilah kita segera memaksa diri untuk berubah, agar layak berdoa memohon bantuan dari Allah. Kewajaran Malaysia memimpin OIC juga harus difikirkan kembali kerana rumah tangga sendiri juga nampaknya terlalu payah untuk diurus.

Hanya dengan jati diri Muslim yang sebenar sahajalah, kita mampu keluar dari papan catur tangan-tangan ghaib itu.

TELADAN ISRAA' DAN MIKRAAJ

Firman Allah SWT:

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. " [Al-Israa' 17: 7]

Sesungguhnya fasad kedua Yahudi ini akan dihapuskan semula oleh umat Islam. Berkumpulnya Yahudi di bumi Palestin adalah untuk dibinasakan oleh umat Islam. Namun, kemenangan kali ini hanya akan diperolehi apabila umat Islam masuk semula ke bumi Palestin sebagaimana mereka memasukinya buat kali pertama iaitulah di zaman Umar al-Khattab Radhiyallahu 'anhu. Umar dan tentera Muslimin masuk ke bumi Palestin dengan kemegahan Islam yang digantung di pedang Jihad fi Sabilillah. Mereka masuk dengan iman serta akhlak yang tinggi lagi terhormat. Kepelbagaian masalah umat Islam boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Namun permasalah Palestin hanya dapat diselesaikan dengan Jihad. Jihad yang mencontohi Umar al-Khattab RA dan tenteranya. Pada masa itulah bumi Palestin akan merdeka. Dan kemerdekaan bumi Palestin adalah kemenangan bagi seluruh umat Islam!

"Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah ia! Kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah dari pokok Yahudi"

[Hadeeth riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidhi]

Nitraria Retusa atau lebih dikenali di kalangan umat Islam sebagai pokok Gharqad

(sumber: http://sisu.typepad.com/sisu/2004/week7/ )

Hayatilah peristiwa al-Israa' wa al-Mi'raaj ini dengan semangat membebaskan umat Islam dari penjajahan Yahudi. Penjajahan fizikal di Palestin serta penjajahan budaya, undang-undang dan cara hidup di seluruh pelusuk tanah air umat Islam yang tercinta.

Ya Allah, yang Maha pedih pembalasan-Nya. Yang Maha Pemaksa penentang-Nya. Wahai yang Maha Bijaksana, kami berlindung kepada-Mu dari tipu daya nafsu kami menyangkut apa yang Engkau tetapkan dan kehendaki. Kami berlindung kepada-Mu dari kejahatan mereka yang iri terhadap anugerah nikmat-Mu. Ya Allah, wahai yang Menyempurnakan segala yang kurang, yang Memperkaya segala yang miskin, yang Memberi rasa aman segala yang takut, yang Mempermudah segala yang sulit, amat Mudah, Amin. Wa Shalallahu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'Ala Aalihi wa Sahbihi wa Sallam

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Wa lillahil Hamd

sumber dari bahasa-quran@yahoogroups.com