Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 29 November 2007

KUASA RAKYAT MENAMPAKKAN HASIL - TOL TIDAK DINAIKKAN DI LEBUH RAYA UTAMA, HELAH PILIHANRAYA

KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak berani menaikkan kadar tol di beberapa lebuh raya kerana bimbang ianya menaikkan kebencian rakyat kepada kerajaan. Perkara ini terpaksa dilakukan lebih-lebih lagi kerajaan terpaksa mengadakan Pilihanraya Umum dalam jangkamasa terdekat.

Media melaporkan bahawa kabinet semalam bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol bagi empat buah lebuh raya termasuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Jambatan Pulau Pinang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, pengumuman tersebut dibuat setelah Kabinet bermesyuarat hari ini dan ia hanyalah untuk tempoh setahun iaitu pada tahun 2008 sahaja.

"Lebuh raya lain yang terlibat adalah Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Ulu Klang (PROLINTAS), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) Kerinchi dan Damansara Link," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.

Ekoran langkah tidak menaikkan tol itu, kata Samy Vellu, kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada PLUS sebanyak RM145 juta, Jambatan Pulau Pinang sebanyak RM39 juta, SPRINT RM32 juta dan PROLINTAS sebanyak RM26 juta.

Kerajaan juga katanya, perlu membayar pampasan sebanyak RM75 juta bagi tahun 2008 kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Damansara-Puchong kerana mengurangkan kadar tol daripada RM2.10 kepada RM1.60.

Selain itu, jelas beliau, kerajaan juga perlu membayar sebanyak RM27 juta kepada Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) bagi tempoh 2005 hingga 2007.

"Keseluruhan pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya adalah sebanyak RM344 juta," katanya.

Jelas beliau, jumlah pampasan tersebut merupakan anggaran sahaja dan tertakluk kepada jumlah trafik sebenar.

Samy Vellu berkata, keputusan untuk tidak menaikkan kadar tol tersebut ialah kerana kerajaan tidak mahu membebankan pengguna yang banyak menggunakan lebuh raya tersebut.

Bagaimanapun beliau menafikan pengekalan kadar tol tersebut adalah sebagai helah pilihan raya umum. (TAKKAN NAK MENGAKU)

Sementara itu, Samy Vellu berkata, kadar tol di enam lebuh raya lain akan dinaikkan mengikut perjanjian konsesi.

Lebuh raya itu adalah Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah; Lebuh Raya Kulim Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Bukit Kayu Hitam.

"Kadar minimum bagi kenaikan tersebut adalah tujuh peratus dan maksimum sehingga 50 peratus," ujar beliau.

Katanya, kenaikan itu dibuat kerana tidak ramai pengguna jalan raya yang menggunakan lebuh raya tersebut.(HABIS TU YANG GUNA LEBUH RAYA ITU JADI MANGSA LAH)
Jelas beliau, sebagai contoh, hanya terdapat 16,000 pengguna yang menggunakan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura setiap hari.
.......................................................................
Laporan Malaysiakini

Kadar tol di enam lebuhraya naik antara 30 sen dan RM10.70 sen mulai 1 Januari ini.

Enam lebuh raya itu ialah Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite); Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE); Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua); Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB); serta Tambak Johor dan Plaza Bukit Kayu Hitam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.Samy Vellu ketika mengumumkan perkara itu berkata keputusan Jemaah Menteri itu yang diluluskan hari ini berkata enam lebuhraya itu tidak mempunyai kadar trafik yang tinggi dan tidak melibatkan pengguna yang ramai.

"Secara keseluruhan tidak banyak trafik seperti di Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Elite paling kurang trafik, LinkKedua pula hanya dilalui 16,000 kenderaan sahaja manakala di Tambak Johor kebanyakkannya yang melalui laluan tersebut adalah dari Singapura," katanya.

Kadar baru bagi SPDH melibatkan Plaza Tol Mambau ialah RM3.20 (naik 30 sen) manakala bagi Plaza Tol Lukut ialah 80 sen (naik 10 sen); Lebuhraya Elite RM14.96 sen (naik RM1.36 sen); Lebuhraya BKE RM1.60 (naik 30 sen), Lebuhraya LinkKedua bagi Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor RM1.60 sen (naik 30 sen) manakala Plaza Tol Lima Kedai pula RM3.90 (naik 80 sen) dan Plaza Tol Perling RM2.30 (naik 50 sen).


Lebuhraya NNKSB melibatkan Plaza Tol Bukit Raja ialah 60 sen (naik 20 sen) manakala Plaza Tol Kapar-Bukit Raja RM1.40 (naik 40 sen); Plaza Tol Bukit Kayu Hitam RM3.60 (naik 30 sen) dan Plaza Tol Tambak Johor RM2.90 (naik 30 sen).

Kadar ini adalah untuk kereta yang diklasifikasikan sebagai Kelas 1, demikian menurut laporan Bernama.

Kali terakhir kerajaan menaikkan tol ialah pada 1 Januari lalu melibatkan lima lebuhraya sekitar Lembah Klang, melibatkan kenaikan antara 30 sen dan RM1.

Lima lebuhraya ialah Lebuhraya Damansara-Puchong(LDP), Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya KL-Karak dan lebuhraya Koridor Guthrie.

Berikut adalah kadar kenaikan tol bagi semua kelas kenderaan di enam lebuhraya itu.

1. Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Negeri Sembilan
Plaza Tol Mambau:
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM2.90 RM3.20 RM0.30 10.34 peratus
2 RM5.70 RM6.30 RM0.60 10.53
3 RM8.60 RM9.50 RM0.90 10.47
4 RM2.90 RM3.20 RM0.30 10.34
5 RM5.70 RM6.30 RM0.60 10.53

Plaza Tol Lukut:
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah Kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM0.70 RM0.80 RM0.10 14.29
2 RM1.30 RM1.40 RM0.10 7.69
3 RM2.00 RM2.20 RM0.20 10.00
4 RM0.70 RM0.80 RM0.10 14.29
5 RM1.30 RM1.40 RM0.10 7.69

2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite)
Lebuhraya Elite:
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah Kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM13.60 RM14.96 RM1.36 10
2 RM20.39 RM22.43 RM2.04 10
3 RM27.19 RM29.91 RM2.72 10
4 RM 6.80 RM7.48 RM0.68 10
5 RM10.20 RM11.22 RM1.02 10

3. Lebuhraya Kulim-Butterworth
Plaza Tol Kubang Semang, Pulau Pinang dan Lunas, Kedah:
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah Kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM1.30 RM1.60 RM0.30 23.10
2 RM2.60 RM3.20 RM0.60 23.10
3 RM3.90 RM4.80 RM0.90 23.10
4 RM0.65 RM0.80 RM0.15 23.10
5 RM1.30 RM1.60 RM0.30 23.10

4. Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)
Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor:
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah Kenaikan Peratus Kenaikan
0 RM1.30 RM1.60 RM0.30 23.10
1 RM8.40 RM10.80 RM2.40 28.57
2 RM19.10 RM24.40 RM5.30 27.75
3 RM38.20 RM48.90 RM10.70 28.01
4 RM6.30 RM8.10 RM1.80 28.57
5 RM10.20 RM13.00 RM2.80 27.45

Plaza Tol Lima Kedai, Johor:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah Kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM3.10 RM3.90 RM0.80 25.81
2 RM6.10 RM7.80 RM1.70 27.87
3 RM7.70 RM9.80 RM2.10 27.27
4 RM1.50 RM2.00 RM0.50 33.33
5 RM3.10 RM3.90 RM0.80 25.81

Plaza Tol Perling, Johor:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM1.80 RM2.30 RM0.50 27.78
2 RM3.60 RM4.60 RM1.00 27.78
3 RM4.50 RM5.70 RM1.20 26.67
4 RM0.90 RM1.10 RM0.20 22.22
5 RM1.80 RM2.30 RM0.50 27.78

5. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Selangor

Plaza Tol Bukit Raja:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM0.40 RM0.60 RM0.20 50
2 RM0.80 RM1.10 RM0.30 37
3 RM1.20 RM1.60 RM0.40 33
4 RM0.20 RM0.30 RM0.10 50
5 RM0.40 RM0.60 RM0.20 50

Plaza Tol Kapar:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM2.10 RM2.70 RM0.60 28
2 RM3.70 RM4.80 RM1.10 29
3 RM5.20 RM6.80 RM1.60 30
4 RM1.10 RM1.40 RM0.30 27
5 RM1.90 RM2.40 RM0.30 26

Plaza Tol Kapar - Bukit Raja:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM1.00 RM1.40 RM0.40 40
2 RM1.80 RM2.50 RM0.70 38
3 RM2.50 RM3.50 RM1.00 40
4 RM0.50 RMO.70 RM0.20 40
5 RM0.90 RM1.30 RM0.40 44

6. Sebahagian Lebuhraya Utara - Selatan (Plus)

Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Kedah:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM3.30 RM3.60 RM0.30 10
2 RM4.80 RM5.30 RM0.50 10
3 RM6.50 RM7.20 RM0.70 10
4 RM1.50 RM1.70 RM0.20 10
5 RM2.40 RM2.60 RM0.20 10

Plaza Tol Tambak Johor, Johor:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM2.60 RM2.90 RM0.30 10
2 RM4.10 RM4.50 RM0.40 10
3 RM5.50 RM6.10 RM0.60 10
4 RM1.30 RM1.40 RM0.10 10
5 RM2.10 RM2.30 RM0.20 10

Kelas 1 adalah untuk kereta, kelas 2 bagi lori kurang daripada satu tan, kelas 3 lori besar dan trailer; kelas 4 teksi dan kelas 5 bas.


sumber dari : pemuda bukit katil

PEJABAT UMNO BERLAMBANGKAN PAS

Hampir Gila Puak-puak UMNO nie tengok lambang PAS kat depan pintu pejabat mereka... Itu baru lambang, lepas nie pasti ada lagi yang bakal mengejutkan anda disana....

Pejabat Umno berlambang PAS
Posted on November 26, 2007 by HermanSamsudeen Edit

KOTA TINGGI: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Rasman Ithnin naik berang apabila pintu unit pejabat UMNO di Wisma JKKK Felda Air Tawar Dua di sini telah dicat dengan lambang parti pembangkang.

Kejadian itu bermula apabila Pusat Latihan Bio Teknologi EM yang turut menggunakan unit pejabat itu telah menawarkan pintu pejabat dengan warna hijau sebagai warna alam sekitar dan memajukan bidang pertanian.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Felda Air Tawar Dua, Suradi Kassim berkata, apa yang berlaku ialah ada pihak tidak bertanggungjawab telah melukis bulatan putih di pintu hijau itu menyebabkan ia seolah-olah pejabat sebuah parti pembangkang.

Katanya, perbuatan yang baru disedari semalam itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan ahli UMNO dan petugas pusat latihan itu tetapi keadaan diredakan dengan baik.

"Tetapi kita telah melaporkan kejadian ini di balai polis untuk mencari pihak yang tidak bertanggungjawab melukis gambar bulan putih di pintu tersebut,"katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Mohd. Sebut ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kes tersebut dan ia sedang disiasat. Utusan.

HARGA MINYAK : ADAKAH IA MEMBEBANKAN KEPADA PENGGUNA ??

oleh : lang buana

Kenaikan harga minyak di Malaysia memang tidak asing lagi, tambahan jika melihat trade rekod seperti yang saya lampirkan dibawah ini menunjukkan bahawa di zaman pemerintahan Pak Lah yang meletakkan kenaikan harga sebanyak RM 0.30.

1.sebelum tahun 1990 - RM 0.89
2.tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
3.01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
4.20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
5.01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
6.31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
7.01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
8.01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
9.01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
10.05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
11.31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
12.28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
13.Tahun 2008 - RM ? (akan naik lagi dalam masa terdekat!tunggu sahajalah selepas pilihanraya).

Merujuk kepada kenyataan dari Pengarah Eksekutif MIER, Prof. Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berpendapat, "kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen adalah munasabah berbanding spekulasi sebanyak 80 sen."

Bagi pandangan saya pula, bagaimana pula kesan kenaikan harga minyak terhadap barang-barang keperluan yang lain.? Lihat sahajalah apa yang berlaku pada awal tahun 2006 disaat Pak Lah mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak RM 0.30. Banyak harga barang naik mendadak.

Memang kecil nilai RM 0.30 bagi orang sekaya kamu wahai Mohamed Arif, tetapi kami sebagai rakyat Malaysia tidak semua yang sekaya kamu dan kamu kena ingat bagaimana kesannya. Ayat yang kamu tuturkan tidak ubah seperti kamu sedang mengampu kerajaan BN. Usahlah bersikap sedemikian dan gentleman sebagai seorang jantan dalam membuat kenyataan bukannya dengan membodek untuk menjadi kuda tunggangan BN !!

HARGA MINYAK: MIER RAMAL KENAIKAN KECIL 30 SEN (UTUSAN MALAYSIA)
Oleh Ainul Asniera Ahsan

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan kerajaan akan mengenakan kenaikan kecil harga minyak domestik berikutan peningkatan bahan bakar itu yang kini hampir mencecah AS$100 (RM336) setong.

Pengarah Eksekutifnya, Prof. Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berpendapat, kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen adalah munasabah berbanding spekulasi sebanyak 80 sen.

“Macam-macam spekulasi dibuat berhubung kadar kenaikan harga minyak, ada yang menyatakan kerajaan akan menaikkan harga minyak sebanyak 80 sen seliter.

"Tetapi selepas mengambil kira kenaikan minyak yang berterusan ini, bagi saya kenaikan sebanyak 30 sen adalah munasabah," katanya ketika ditemui pada Forum Tinjauan Ekonomi Kebangsaan 2008-2009 di sini hari ini.

Menurut Mohamed Ariff, kadar kenaikan itu sebenarnya masih rendah berbanding kenaikan yang berlaku di negara-negara lain.

Malah, katanya, Malaysia merupakan negara kedua yang menikmati harga minyak paling rendah di dunia.

Mohamed Ariff berkata, kenaikan harga minyak pasti berlaku kerana kerajaan tidak mungkin berupaya menampung jumlah subsidi minyak yang lebih besar.

"Sekarang kerajaan membelanjakan sebanyak RM16 bilion untuk subsidi minyak dan tidak mungkin kerajaan berupaya untuk terus menanggung subsidi minyak yang semakin meningkat.

"Harga minyak akan naik, cuma masanya sahaja yang tidak dapat ditentukan," jelasnya yang yakin kerajaan akan mengenakan kenaikan harga minyak yang sedikit untuk mengurangkan beban rakyat.

Katanya, kenaikan harga minyak domestik bakal memberi implikasi terhadap keseluruhan perbelanjaan rakyat berikutan kenaikan kos pengangkutan akan menyebabkan harga barangan turut naik.

Berikutan itu, tambah beliau, kadar inflasi negara juga dijangka meningkat kepada tiga peratus tahun depan.

Menurut Mohamed Ariff, walaupun kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak namun pendapatan kerajaan tidak terjejas kerana Malaysia merupakan negara pengeksport minyak bersih.

Malah, katanya, Malaysia dijangka memperoleh peningkatan pendapatan hasil daripada kenaikan harga minyak mentah.

Selain itu, tambah beliau, pengukuhan ringgit juga membolehkan negara mengimport barangan pada harga yang lebih murah

DSAI BERSIHKAN KARAT UMNO

oleh : abuya

Buat julung kalinya selepas himpunan kuning 100,000 rakyat, pemimpin umum Parti Keadilan Rakyat DS Anwar Ibrahim telah turun bertemu rakyat di melaka pada minggu lepas.Program ceramah perdana yang dianjurkan bersama PKR-Jasin dan Majlis Tindakan DUN Serkam itu telah diadakan di kampung Tedong Pantai , satu kawasan yang diketegorikan sebagai kubu kuat umno.

Kehadiran ribuan penonton pada malam itu memang diluar jangka .Mungkin mereka mahu mendengar pelbagai isu yang panas dan sekali gus membuktikan penasihat PKR itu masih melekat dihati rakyat.Dari tinjauan yang dilakukan memang ramai pimpinan dan penyokong umno diperingkat cawangan yang hadir.Seperti yang kita sedia maklum memang pimpinan umno ' takut' untuk hadir mendengar ceramah penerangan parti pembangkang.Lain pula kali ini.

Suasana luar biasa ini mengingatkan kita akan era reformasi yang pernah dipimpin anwar satu masa dulu. Namun yang jelas ialah rakyat semakin berani dan memberi satu isyarat amaran kepada rejim yang memerintah. Kenaikan kos sara hidup, kadar jenayah yang semakin meningkat dan pemimpin yang kotor dengan rasuah adalah beberapa contoh yang membuatkan rakyat semakin meluat dan jijik dengan kerajaan yang memerintah.

Inilah gelombang baru rakyat akan menggempur kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang. Kain batik, longkang atau jalan tar sudah tidak relevan untuk memancing rakyat.Usia merdeka 50 tahun cukup mematangkan rakyat untuk menilai mana isi dan hampas. Apa lagi modal BN ? Kerajaan sepatutnya sedar, rakyat semakin cerdik dan celik maklumat.Selain sumber internet, rata- rata rakyat dikampung telah pun ada saluran TV berbayar seperti astro yang boleh mereka dapatkan sumber berita yang berbeza. Inilah senjata yang akan memendekkan usia BN .

Saya memang tidak menyangka dan berasa sedikit pelik apabila orang umno memberi ucap tahniah kerana menganjurkan ceramah DSAI. Ada yang suruh perbanyakan lagi ceramah. Ada yang mula menyatakan sesalan kerana memilih BN sebelum ini.Sebenarnya inilah isihati rakyat yang selama ini tertipu dan yang manisnya mereka memberikan jaminan untuk mengundi BA dalam pilihanraya akan datang.

Inilah kehebatan seorang pemimpin. Kehadiran beliau ibarat membersihkan segala karat yang sekian lama melekat pada tubuh penyokong umno itu sendiri. Tahniah kerana mahu berubah dan berilah peluang kepada BA dalam pilihanraya akan datang. Terima kasih kepada semua yang terlibat menganjurkan program tersebut

Rabu, 28 November 2007

ABDULLAH, BERHENTILAH SERTA MERTA

OLEH : kudakepang


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang wajar mengundurkan diri dari persada kuasa Malaysia. Kosongkan jawatan Perdana Menteri dengan segera. Kosongkan lain-lain jawatan dalam kerajaan dengan serta-merta. Lepas itu panggil perhimpunan agung luar biasa UMNO untuk letak jawatan presiden parti.

Lintah darat serupa Khairy Jamaluddin dan Patrick Lim yang selama ini bagaikan sokong membawa rebah, jangan sekali-kali masuk campur. Ini urusan Abdullah dengan rakyat. Ini masalah Abdullah dengan negara.

Rakyat makin derita berketuakan Abdullah. Negara tambah kucar-kacir dipimpin Abdullah. Demi rakyat dan demi negara, Abdullah kenalah korbankan jawatannya yang sedang jadi sumber rezeki seluruh lintah darat di sekelilingnya.

Abdullah tak payah lengah-lengah, tak payah tangguh-tangguh. Balik dari sidang CHOGM kali ini, kemaslah pejabat dan tinggalkanlah Seri Perdana. Lepas itu, ucapkanlah selamat tinggal kepada persada kuasa buat selama-lamanya.

Setelah tak ada apa-apa jawatan, baca semula puisi Ku Cari Damai Abadi. Abdullah kena tanya diri sendiri, benarkah selama jadi Perdana Menteri, yang dicarinya bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya; bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya; dan bukan kawan-kawan untuk hidup berfoya-foya?

Sesudah itu, Abdullah jawablah pertanyaan suara hati sendiri, benarkah yang dicari selama jadi Perdana Menteri, adalah Al-Ghazali dan Al-Shafie? Benarkah yang mahu dibongkar oleh Abdullah selama ini adalah kitab suci untuk cari pedoman dan sunnah nabi untuk jadi panduan semoga dapat menikmati hidup yang damai abadi?

Untuk pengetahuan Abdullah, apa yang saya suarakan di sini hanya tuntutan saya sendiri kepada pemimpin yang sudah tidak lagi saya yakini. Tapi, janganlah Abdullah terkejut kalau tuntutan saya ini sama dengan tuntutan gelombang rakyat di seluruh negara.
......................................................................

Malaysia Today

24/11: Abdullah telah salah gunakan kuasa?
ANTARA KITA


Mohd Sayuti Omar

MUNGKIN nelayan di Kuala Kedah atau pengayuh beca di Kuala Terengganu dan tukang rumah di Kuala Balah, Jeli Kelantan dapat menerima sekiranya mereka diberitahu, polis terpaksa menghalang cadangan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) hendak berhimpun di hadapan kedutaan British pada Ahad ini kerana ianya menganggu ketenteraman awam.

Bagi mereka alasan yang diberikan polis bagi menghalalkan tindakan tidak demokratik dan bertentangan dengan semangat perlembagaaan itu adalah sangat baik.

Begitu juga mereka (ketiga jenis manusia itu) akan menerima kalau apa yang disebut tv dan radio bahawa perhimpunan raksasa 100,000 rakyat 10 November lalu tidak berjaya walaupun ia disertai kira-kira 80,000 orang.

Mereka lebih percaya kepada dakwaan polis mengatakan perhimpunan itu hanya disertai 4,000 orang saja dan ia telah menimbulkan kekecauan di ibu kota Kuala Lumpur.

Mereka juga mungkin percaya kalau diberitahu gara-gara perhimpunan itu menyebabkan beberapa stesen LRT dan sebahagian Dataran Merdeka atau Masjid Negara sendiri pecah dan hancur!

Mereka percaya dan yakin dengan luahan pasukan propangandis itu kerana mereka berada kira-kira 400 hingga 600 kilometer daripada ibu kota tempat berlangsungnya himpunan berkenaan. Mereka juga percaya dan yakin kerana mereka membaca laporan itu dalam akhbar-akhbar penjilat buntut kerajaan.

Kerterbatasan maklumat, suasana kehidupan serta naifnya pengetahuan mereka menyebabkan mereka menelan segala alasan itu secara hidup-hidup. Tetapi bagaimana dengan kita dan masyarakat yang celik maklumat dan tahu mentafsirkan perlembagaan serta memahami falsafah dan prinsip demokrasi sebenarnya?

Bagi mereka yang tidak menjadikan Utusan Melayu, Berita Harian serta RTM1, RMT2 dan TV3 sebagai sumber maklumat dan 'hadith sahih', sukar untuk menerima segala alasan dan hujah yang diberikan itu. Sebab separuh daripada apa yang disiarkan oleh media massa propaganda itu memihak kepada kerajaan dan tidak berdiri di garisan 'khatulistiwa' kebenaran dan keadilan.

Kita akan mudah menolak segala alasan-alasan itu. Bukan kerana kedegilan dan luapan emosi kemarahan tetapi hakikat semua alasan yang diberikan itu tidak masuk akal. Lebih malang lagi tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa itu; menghalang dan enggan mengeluarkan permit untuk himpunan itu jelas mencabuli perlembagaan dan hak serta kebebasan sebagai seorang rakyat dalam sebuah negara merdeka untuk berhimpunan yang dijamin oleh perlembagaan.

Kesimpulannya dakwaan dan alasan mengatakan setiap perhimpunan yang akan berlaku di Kuala Lumpur atau di mana-mana telah mendatangkan masalah dan menyebabkan negara kerugian dan pelabur asing enggan masuk adalah tidak benar sama sekali dan suatu alasan dangkal. Gambaran buruk itu sengaja diberikan kerana pihak kerajaan takut kepada bayang-bayang noda dan dosanya sendiri.

Mengenai hasrat Hindraf untuk mempertahankan hak mereka itu, tanpa mengambilkira apakah tindakan mereka itu baik dan relevan pada masa ini sesudah negara merdeka 50 tahun, ia seharusnya diteliti sebaik mungkin. Perlu ada perasaan keadilan dan keterbukaan dalam melayani kehendak golongan itu. Ia tidak boleh dihalang dan dicemuhi dengan alasan-alasan yang realatif sifat politiknya.

Sebenarnya tujuan dan niat Hindraf itu jangan mudah dipersempitkan atau terlalu prejudis sehingga merasakan usaha mereka itu menganggu negara.

Misalnya boleh saja dianggapkan tindakan Hindraf itu setelah mereka menyedari bahawa masyarakat India di negara ini diabaikan. Parti-parti India yang wujud sejak sebelum merdeka dan selepas merdeka mungkin tidak dapat memperjuangkan nasib kaum itu. Pemimpin parti India hanya tahu membuncitkan perut sendiri saja dan membiarkan perut masyarakat India kempis. Maka mereka perlu mencari ruang bagaimana untuk mendapatkan pembelaan dan wang mudah.

Khabarnya Hindraf telah menyaman kerajaan British yang bertanggungjawab membawa kaum itu ke negara ini dan menuntut ganti rugi sebanyak AS$4 trillion atau RM14 juta trillion atau sebanyak AS$2 juta setiap orang India di negara ini.

Bayangkan kalau tuntutan itu berjaya orang India negara ini akan menjadi jutawan segera dan selepas ini tentulah ramai orang India akan melancung ke luar negeri. Wang tersepak (panas) itu juga akan membolehkan mereka menziarahi India melihat tempat kelahiran datuk nenek mereka di sana.

Itu adalah usaha dan ikhtiar masyarakat India dalam membantu kaum berkenaan. Dalam hal ini apa yang menjadi persoalan dan hendak diperkatakan ialah mengenai halangan terhadap himpunan 10,000 yang dicadangkan itu. Mengapa mereka dihalang daripada berhimpun?

Tujuan mereka berhimpun hanya untuk menyerahkan memorandum kepada kedutaan British bagi menyokong tindakan saman ke atas kerajaan bekas kolonial itu. Jika diamati maksud himpunan itu sebagai menyatakan sokongan masyarakat India ke atas tindakan itu dan tidak lebih dari itu. Apakah berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada hak dan kepentingan sendiri tidak boleh?

Setiap apa yang berlaku dalam negara ini memberi implikasi politik kepada kerajaan. Orang yang mendapat kesan langsung ialah Abdullah Ahmad Badawi selaku perdana menteri.

Dunia akan menuduh Abdullah sebagai tidak terbuka dan takut dengan himpunan-himpunan seperti itu. Kebetulan pula negara baru sahaja mengalami peristiwa perarakan dan himpunan rakyat 100,000 yang juga dihalang dan menjadi kontroversi.

Tanggapan halangan ke atas tujuan Hindraf itu pasti menjadi lebih buruk lagi apabila sehingga kini sudah tiga orang pemimpin dan penasihat Hindraf ditangkap. Tindakan polis mendapat waran tangkap secara tergesa-gesa untuk menangkap Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy, penasihat undang-undang Hidraf P. Uthayakumar dan V. S. Ganapathy Reo benar-benar mencalarkan maruah kebebasan dan demokrasi negara. Media asing sudah pasti akan mengulas kejadian itu dan menyimpulkan bahawa di Malaysia sudah tidak ada demokrasi.

Sesungguhnya tindakan polis atau kerajaan yang menafikan hak rakyat seperti kumpulan Hindraf itu sesuatu yang amat dikesali. Kita bersetuju dengan niat tindakan itu demi keselamatan negara. Tetapi soalnya apakah alasan itu tepat dan jujur?

Sukar untuk dipastikan apakah Abdullah yang juga Menteri Keselmatan Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas polis senang dengan cara yang dilakukan sekarang ini; membentangi dirinya dan memperkukuhkan kedudukan politiknya dengan menggunakan kuasa polis yang bersenjata? Kalaulah hakikatnya memang begini ini menunjukkan bahawa Abdullah tidak yakin kepada gaya dan pendekatan pemerintahan yang digunapakainya kini.

Cara beliau itu bukan saja ia menodai asas-asas atau prinsip yang dislongankan dalam konsep Islama Hadhari, tetapi cara itu juga jelas membuktikan beliau telah menyalah gunakan kuasa (polis) untuk kepentinagn politiknya. Seandaianya beliau tidak cepat menyedari perkara ini dan 'asyik' melaksanakannya, tidak mustahil suatu hari nanti tuduhan yang pernah dicampakkan ke atas pundak bekas PM Dr Mahathir Mohamad sebelum ini akan turut sama dilemparkan ke atas batang tubuhnya.

Dan seruan yang amat kita tidak suka mendengarnya ialah 'Undur Abdullah Undur...' Namun, seruan itu tidak dijamin akan hanya tetap tersekang di halkum rakyat saja, mereka akan melaungkan juga apabila kesabaran sudah hilang dan keadaan menjadi semakin melampau kelak!

MAHU APA ADNAN YAAKOB DAN ANNUAR MUSA

Hebat, prihatin dan baik sungguh MB dan Exco Pahang !

Dua exco Pahang tarik diri bida plat CCC 8, CCC 3
23-11-2007


KUANTAN: Dua anggota Exco negeri Pahang yang dilapor membida nombor pendaftaran CCC 8 dan CCC 3 untuk kereta masing-masing bernilai RM62,400 telah menarik diri dari bidaan itu.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata ketika membuat bidaan untuk kedua-dua nombor itu, mereka tidak mengetahui harga sebenar nombor terbabit.

Adnan berkata ...Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang membida nombor pendaftaran CCC 1 dan CCC 2 masing-masing bernilai RM76,600 dan 37,000.

Beliau berkata laporan itu memberi gambaran negatif kepada Exco kerajaan negeri Pahang seolah-olah mereka mempunyai duit yang banyak. BERNAMA

Inilah dikatakan politik. Semasa Zakaria Md Deros memohon tanah kerajaan dan berjaya memperolehinya, MB Selangor tidak pernah pun menghebohkannya kepada orang ramai.

Baru-baru ini isteri Zakaria pula memohon tanah kerajaan bersebelahan 'istana' mereka. Jika bukan ketua pembangkang di Selangor Teng Chang Khim yang mendedahkannya, tidak ada pemimpin kerajaan yang akan memberitahu kepada rakyat tentang kehebatan ini.

Itu juga terjadi apabila Annuar Musa, Ahli Parlimen Kok Lanas, yang 'bangang politik' di Kelantan berteriak mengatakan bahawa Kelantan tercicir dari segi pembangunan sejak 17 tahun yang lalu.

Siapakah yang memerintah Kelantan sebelum ini ?

Adakah PAS yang mengambilalih pemerintahan selepas BN telah memusnahkan pembangunan dan tamadun di Kelantan ? Itukah yang cuba dimaksudkan oleh Annuar.

Sepatutnya Kelantan sudah maju di bawah pemerintahan sebelum PAS. Pada hemat saya, Annuar sebenarnya irihati dengan kemajuan yang semakin pesat di bawah kepimpinan PAS berbanding di bawah BN.

Teriakkan dan tuduhan Annuar adalah ibarat meludah kelangit yang akhirnya memalukan diri mereka sendiri.

Itupun jika orang macam Annuar ada perasaan malu.

Sudahlah skandal peruntukan bantuan PPRT di Kelantan tiada penghujung, kini Annuar cuba mempamerkan dirinya sebagai sutera putih.

Adnan Yaakob mahu apa dengan pendedahan pembidaan CCC 8 dan CCC 3 itu ?

Sudahlah Adnan !

AlHUSSEYN

Pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan
Satu pendedahan yang menarik dari Tranungkite Online Saya merakamkannya kedalam blog saya ini untuk rujukan peribadi selain untuk dikongsi bersama para pengunjung laman web saya ini

Oleh Wartawan TKO

Pihak kami telah menerima satu e-mel yang mendedahkan maklumat bagaimana banyaknya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia. Walau begitu banyak wang gaji mereka, mereka ini masih rakus dengan mengaut pelbagai projek.

Rakyat yang miskin, makin miskin dan ditindas dengan pelbagai kenaikan harga barang. Para menteri tidak menghiraukan nasib rakyat, mereka sekadar berlakon menunjukkan simpati tetapi mereka sebenarnya dalang kenaikan barang di Malaysia

asalamualaikum dan Salam Sejahtera,
tuan dan puan,

Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendahara an Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya. Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya. Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber


Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !

Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putera Jaya
Wilayah Persekutuan
SUMBER DARI : ALKEROHI

NEGERI DEFISIT RM433.11 JUTA, RAKYAT TIDUR DALAM REBAN AYAM, MB PAHANG MEMBAZIR LAGI

Kuala Lumpur, 27 Nov: Rakyat harus menyelar sikap pemimpin UMNO-BN yang suka membazir dikala rakyat dan negara ini dihimpit oleh masalah dan tekanan ekonomi yang memuncak.

Laporan Utusan Malaysia bertarikh 26 November yang bertajuk "Pejabat MB menang bidaan CCC 9" benar-benar menguris perasaan rakyat. MB Pahang dilaporkan dengan wewenangnya membelanjakan RM 48,000 hanya semata-mata untuk mendapatkan nombor kenderaan baru CCC 9.

Rakyat hidup dalam 'reban ayam'

Masih Ingatkah lagi berita sedih tentang kedhaifan sebuah keluarga Melayu di Pahang yang bertajuk “Keluarga hidup dalam ‘reban ayam’” yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian 8 Jun 2007 lalu.

Zakaria Deraman, 42, bersama isterinya Nurhamizah Mat Jusoh, 34 dan lapan orang anak mereka terpaksa tinggal di sebuah rumah yang tidak ubah seperti reban ayam di kawasan bekas lombong, Jalan Kuantan-Muadzam Shah, dekat Gambang, di Pahang.

Kisah sedih itu langsung tidak dimanfaatkan oleh Adnan Yaacob selaku Menteri Besar Pahang untuk menginsafi dan memperbaiki diri. Sebagai pemimpin beliau seharusnya turun ke bawah membantu rakyat, bukannya duduk di Pejabat Besarnya sambil memikirkan Nombor CCC 9 yang bernilai RM 48,000.

RM48,000 itu sudah cukup untuk Zakaria Deraman memiliki sebuah rumah dengan 3 bilik tidur untuk keluarga beliau. Ia juga mampu digunakan untuk membeli sebuah Motosikal berharga kurang dari RM 6,000 untuk memudahkan beliau keluar mencari nafkah di Bandar bagi menyara keluarganya yang dhaif itu.

Ini baru kisah tentang sebuah Nombor Kenderaan, kita belum lagi bicara soal milikan harta yang berjuta-juta dalam khazanah Menteri Besar ini.

Pihak BPR perlu menyiasat perbelanjaan ini. Adakah ianya dibayar oleh Kerajaan atau dari dana Adnan sendiri? Adakah Adnan membayar cukai untuk rakyat selama ini?

Pahang Defisit RM433.11 juta

Jika beliau boleh berbelanja mewah sebegini, Kerajaan Pahang yang mempunyai defisit hutang sebanyak RM433.11 juta boleh memotong gaji dan elaun beliau bersama exco lain bagi tujuan pembayaran hutang negeri. Beliau sebagai Menteri Besar harus dipertanggungjawabkan atas bebanan hutang negeri yang terlalu banyak itu.

Pemimpin BN harus belajar berjimat cermat dan tidak terus menerus dibiarkan membazir sebegini.

Jika kita lihat kepada Exco Kerajaan PAS di Kelantan. Mereka sanggup memotong gaji mereka setiap bulan termasuk elaun untuk dimasukkan dalam tabung-tabung kebajikan rakyat.

Jika dilihat Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abd Aziz, Kereta yang digunakan hanyalah sebuah kereta lama milik Kerajaan dan ketika diluar waktu tugas rasmi Kerajaan beliau hanya menggunakan kereta peribadi untuk ke mana-mana.

Rumah beliau juga sama seperti rakyat biasa, tidak terlalu mewah dan tidak berpagar. sesiapa pun boleh melawati beliau pada bila-bila masa tanpa adanya birokrasi. Dan sebenarnya, ramai lagi pemimpin PAS yang berjiwa sederhana seperti beliau.

Itulah bentuk budi pekerti yang harus ada pada setiap pemimpin. Dia juga akan berlapar bila rakyatnya berlapar dan tersenyum sama bila rakyatnya riang gembira.

Semoga dalam Pilihanraya akan datang rakyat Pahang dan seluruh rakyat Malaysia umumnya dapat merubah undi mereka bagi memilih pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dan tidak angkuh dan kedekut seperti Menteri Besar dari Barisan Nasional-UMNO ini.

SUMBER DARI : TRANUNGKITE.NET

Selasa, 27 November 2007

KES PITA LINGAM: LINGAM SEBUT KES ANWAR PERLU DIKALAHKAN?

Zaili Muhammad

JASIN, 26 Nov (Hrkh) - Perjalanan sistem kehakiman negara yang semakin kelam-kabut dan bercelaru kini membangkitkan persoalan di manakah maruah kita sebagai sebuah bangsa yang bebas merdeka sejak 50 tahun yang lalu.

Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan, di manakah maruah rakyat yang merdeka apabila Ketua Hakim Negara boleh ditentukan oleh peguam yang penipu, tauke judi dan pemimpin Umno.

"VK Lingam seorang peguam yang kaya bukan kerana dia pandai, Bahasa Inggeris dia pun lebih kurang Bahasa Inggeris Menteri Penerangan tapi semua kesnya menang.

"Beliau merupakan rakan kongsi tauke judi Vincent Tan dan berpakat dengan pemimpin Umno Tengku Adnan boleh atur siapa naik Ketua Hakim Negara siapa turun, kes mana menang kes mana kalah dan kemudian dalam video yang saya tak keluarkan lagi dia sebut kes Anwar pun mesti dikalahkan," kata beliau ketika menyampaikan ceramahnya di hadapan ribuan orang yang hadir di kampung Tedong, di sini, baru-baru ini.

Dalam ceramahnya itu juga Anwar bertanya,"mana maruah kita sebagai sebuah bangsa apabila yang melantik Ketua Hakim Negara tauke judi, peguam penipu dengan tokoh Umno yang rasuah?

"Mana pemimpin Umno yang hebat, bawa keluar keris kamu datang ke kampung janji nak bela nasib orang Melayu, saya nak tanya apa jenis bangsa yang tak ada maruah yang benarkan tauke judi atur siapa Ketua Hakim Negara dan kamu biarkan saja dan tak pedulikan nasib bangsa," katanya.

Beliau menambah,"sebab itu saya katakan masalah ini bukan masalah politik tapi ini masalah maruah bangsa dan negara, negeri ini orang Melayu, Cina dan India, kita kena bertanggungjawab menjaganya."

Anwar turut menjelaskan, isu beliau diugut akan ditangkap sekiranya tidak keluarkan cerita sebenar adalah untuk mengalihkan daripada isu sebenar dalam negara kita bahawa Ketua Hakim Negara boleh ditentukan oleh kelompok macam ini.

"Pernah kita dengar 50 tahun merdeka hakim seteruk ini? Pernah kita dengar 50 tahun merdeka kes polis dengan gangster, jenayah begitu banyak seperti kes bunuh baik kes kecil tak selesai sampai kes bunuh yang besar Altantuya pun tak selesai.Sebab apa tak selesai, sebab melibatkan orang besar.

"Orang Umno ni takkan tak ada prinsip agama, takkan tak tahu hukum, saya tak tuduh Najib bunuh wanita Mongolia itu tapi semua rakyat tau yang bunuh itu orang yang terlibat dengan dia, rapat dengan dia, pegawai dia, mengapa dia tak ditanya.

"Letup pula guna bom dari Kementerian Pertahanan, dia kata dia tak kenal tapi ada keterangan di mahkamah bahawa sepupu Antantuya mengatakan dia ada tengok gambar Najib makan di restoran di Paris, hakim kata tak relevan ini macam dalam filem Hindustan," katanya.

Isnin, 26 November 2007

RUMAHTANGGA TAK TERJAGA BAGAIMANA NAK JAGA RAKYAT??

Oleh: AMIRUDDIN HARUN

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Ahli Parlimen Ampang, Dr. Rozaidah Talib, 44, disahkan bercerai talak tiga dengan pasangannya, Radzmi Othman, 47, mulai 8 Julai lalu, demikian keputusan Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin yang mensabitkan talak tersebut berkata, dengan keputusan tersebut, Rozaidah, yang tidak hadir di mahkamah hari ini diperintahkan beredah tiga kali suci dari tarikh perceraian.

Beliau yang membuat keputusan itu mengikut Seksyen 55(a) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, juga memerintahkan supaya kos bagi prosiding itu ditanggung oleh Rozaidah dan Radzmi masing-masing selaku defendan dan plaintif.

Mohd. Yunus memutuskan demikian setelah meneliti pengakuan dan penjelasan daripada kedua-dua pihak serta mengambil kira hujah secara lisan dan bertulis, mengkaji mazhab fiqh dalam soal talak demi keadilan bagi kedua-dua pihak.

Beliau sebelum itu turut mengingatkan pihak-pihak terlibat yang tidak berpuas hati dengan keputusannya supaya mengemukakan rayuan di mahkamah dan bukannya memberikan komen kepada pihak media.

Radzmi, seorang pengurus bank sebelum ini mengemukakan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap Rozaidah, juga seorang doktor gigi yang dilafazkan beliau di rumah mereka di A M-26, Jalan Bakubang Dua, Taman Setapak di sini, pada 8 Julai lalu.

Beliau mendakwa telah melafazkan cerai talak satu dengan berkata: "Saya dengan ini menceraikan isteri saya, Rozaidah Talib."

Rozaidah bagaimanapun dalam tuntutan balasnya pula menyatakan Radzmi telah menceraikannya dengan berkata: "Aku ceraikan kamu dengan seberapa talak yang mungkin."

Walaupun Radzmi mendakwa lafaz cerai itu membawa maksud talak satu, Rozaidah menyifatkannya sebagai talak tiga.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 30 Januari 1988 telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Elana, 19; Yasmin, 16; Haris, 14; Myra, 10, dan Aliza, 7.

Kelima-lima mereka hadir di mahkamah hari ini bersama bapa mereka.

Radzmi diwakili oleh dua peguam syarie, Zaini Zainol dan Zainuddin Abdul Razak manakala peguam syarie Ahmad Nazib Johari mewakili Rozaidah.

KENYATAAN KHAIRY DI TANAH MERAH TUNJUKKAN HIMPUNAN 10NOV BERKESAN

OLEH : DIN PETUALANG

Amboi mak, islamiknya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin bila dia pergi ke Kelantan, macam juga mak mentua barunya, Jeanne Abdullah yang bertudung bila sampai ke Kota Bharu! Apa tidaknya, lihat saja laporan akhbar yang memetik kata Naib Ketua Pemuda Umno itu yang mendakwa PAS sekarang terdesak sehingga sanggup bersama NGO Kumpulan 11 demi menunjukkan kekuatan kepada Umno, dalam perhimpunan 10 Nov.

Dari awal lagi saya dengar propaganda BN mahu gagalkan himpunan 100,000 itu dengan menghantar SMS bahawa penganjur sebenar demonstrasi besar-besaran itu ialah kumpulan anti-Islam seperti IFC dan Artikel 11. Pendakyah yang didalangi Khairy ini mahu gagalkan perarakan raksasa itu dengan menyangka ahli dan penyokong PAS akan memboikot himpunan 10 November itu bila menyedari "mereka diperalatkan" oleh "musuh-musuh Islam".

Bagaimanapun usaha Khairy dan budak-budaknya itu, dibantu oleh polis Cawangan Khas (SB) itu gagal dan langsung tidak mendapat sambutan. Pelik juga, bila orang macam Khairy prihatin dengan bab-bab agama ini? Sedih melihat Khairy "silap masuk jalan", tapi apabila Khairy temberang lagi di Kelantan
semalam, makin ramailah orang senyum kambing tengok menantu Imam Hadhari ini cuba peralatkan agama untuk kepentingan politiknya. Khairy nak tunjuk hero dengan orang-orang Umno Kelantan yang sudah berputih mata untuk mengalahkan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Orang-orang macam Khairy cukup takut apabila melihat pembangkang boleh bersatu dan berpadu atas isu-isu kepentingan bersama ini. Mereka suka PAS sebagai tonggak barisan pembangkang diasingkan terus daripada kumpulan NGO lain, yang turut prihatin dan bersikap proaktif dengan isu-isu pilihan raya bersih dan adil ini. Mereka menjadi semakin kecut perut jika PAS dapat mengetuai kebangkitan rakyat untuk berdepan dengan penyelewengan dan salahguna kuasa Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy mahu menangguk di air keruh, dia berhasrat untuk memecahkan kesatuan pembangkang, termasuk kombinasi padu antara PAS dan Anwar Ibrahim. Jadi, benda-benda kecil dan remeh-temeh pun mahu dibesarkan, bertujuan supaya orang PAS menolak sebarang kerjasama dengan pihak lain. Khairy dan puak-puaknya memang suka sangat kalau PAS berjuang bersendirian dan menolak kerjasama dengan orang lain, termasuk NGO yang kini makin jelas menolak BN.

Menyedari dia bercakap di Kelantan, maka Khairy pun berlakon sebagai anak muda yang concern dengan sensitiviti agama, termasuk mengungkit latarbelakang kumpulan Artikel 11. Nak tergelak baca kenyataan Khairy itu, seolah-olah selama ini dia begitu prihatin dengan soal akidah umat Islam yang semakin goncang, seolah-olah dia begitu susah hati dengan gejala murtad yang berlaku.

PAS mempunyai sikap jelas terhadap sebarang usaha menggugat akidah umat tetapi dalam masa sama sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menyuarakan protes dan bantahan terhadap 1001 penyelewengan kerajaan BN, khususnya dalam soal-soal asas, seperti "membersihkan" proses pilihan raya supaya menjadi bebas dan adil untuk semua pihak yang bertanding.

Khairy tentu terkejut melihat bagaimana sambutan luar biasa ditunjukkan rakyat, biarpun dia dan pak mentuanya berteriak memberi amaran dan ugutan agar menjauhkan diri daripada himpunan itu. Apabila rakyat sudah hilang takut dengan ugutan tak bertamadun itu, dan bersedia bergabung tenaga dalam satu barisan, maka kekuatan palsu BN boleh tergugat bila-bila masa sahaja. Mereka tentu panik melihat tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang boleh bersama-sama memimpin gerakan protes yang hebat itu.

Lihat saja laporan Berita Harian ini, yang memetik kenyataan Khairy di Tanah Merah Kelantan:

Pas akan terus terdesak menjelang pilihan raya dan sebab itu parti itu sanggup menghimpunkan penyokongnya dari pelbagai negeri dalam perhimpunan jalanan baru-baru ini.

"Sedangkan perhimpunan itu bukan digerakkan Pas pun tetapi Pas hanya mengikut telunjuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan NGO- NGO yang menganjurkan perhimpunan itu hingga akhirnya penyokong Pas yang lebih ramai.

"Sebab hendak tunjuk kekuatan juga, Pas boleh bersama dalam perhimpunan yang turut dihadiri NGO bergelar Kumpulan Artikel 11 yang jelas memperjuangkan kebebasan beragama mutlak,"ujarnya.

sumber : detikdaily

Jumaat, 23 November 2007

TERBUKTI TOL AKAN NAIK TAHUN DEPAN !!

Samy Vellu, nama yang tidak cukup asing dikalangan rakyat Malaysia. Sebut sahaja menteri tol, terus terpapar wajah abang sam dengan 'grammar' Bahasa Melayunya yang lintang pukang. Syukur masih boleh faham lagi.

Akhbar Utusan hari ini kita dipertontonkan dengan isu tol yang sebelum ini menjadi satu kupasan yang cukup panas. Almaklumlah, pengguna-pengguna tetap lebuhraya bakal menerima hadiah kenaikan baru tahun depan. Mengambil kata menteri yang sudah berada lama di dalam Menteri Kerja Raya, "Kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM380 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya jika kadar tol tidak dinaikkan pada tahun hadapan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu."


Kenapa sekarang bahu nak rungkai segala kemelut yang melanda atau adakah si Samy ni ada share dengan syarikat konsesi lebuhraya. Mana tahukan jika ada share lagi cepat Uncle Sam ni dapat income. Tapi dalam hal ini, Samy kena beringat jika Samy menaikkan harga tol ia merupakan satu 'perjudian' kepada rakyat dan rakyat sekarang sudah cerdik untuk berfikir melainkan rakyat yang masih buta hatinya dan masih terus menyokong kerajaan tanpa sebab yang munasabah.

Sudah sampai masanya kita mencari formula baru dengan mengubah kerajaan baru. jika sebelum ini si Samy dibabitkan dengan kesalahan rasuah dimana isu yang membabitkan keretakan MRR2 dan kali ini ia menggunakan isu kerugian RM 380 juta jika tol tidak dinaikkan. Malang sungguh nasib rakyat Malaysia yang dibebani dengan isu kenaikan harga dan tunggu sahajalah kenaikan harga minyak yang bakal merekodkan kenaikan tertinggi dalam sejarah di Malaysia. Undilah BN = Barang Naik !!!

Oleh YULPISMAN ASLI ( Utusan Meloyar )

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM380 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya jika kadar tol tidak dinaikkan pada tahun hadapan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Beliau berkata, sebanyak lapan syarikat konsesi lebuh raya dijadualkan menaikkan kadar tol masing-masing pada 1 Januari 2008, sementara sebuah lagi pada 1 Oktober 2008.

‘‘Kementerian Kerja Raya menganggarkan pampasan sebanyak RM380 juta perlu disediakan bagi tahun 2008 sekiranya kenaikan kadar tol tidak dilaksanakan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2008 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Samy Vellu berkata, pampasan RM75 juta lagi diperuntukkan kepada pengendali lebuh raya LITRAK di Kuala Lumpur ekoran pengurangan kadar tol daripada RM2.20 kepada RM1.60 yang telah diluluskan tahun ini.

Katanya, cadangan pembangkang supaya kerajaan mengambil alih pengurusan lebuh-lebuh raya di seluruh negara tidak boleh dilakukan kerana ia bakal membebankan dari segi kewangan kerana kerajaan terpaksa membayar sejumlah pampasan.

Malah, katanya, cadangan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) supaya Petronas mengambil alih semua lebuh raya di negara ini juga tidak dapat dilaksanakan kerana syarikat minyak negara itu perlu membelanjakan kira-kira RM300 bilion jika hendak berbuat demikian.

Sehubungan itu, katanya, pihak kementerian sedang mencari langkah-langkah alternatif bagi memastikan kadar tol yang dikenakan tidak membebankan rakyat.

‘‘Saya sudah ada rancangan bagaimana mengurangkan beban pengguna. Kita sudah menghantar tiga cadangan kepada Jemaah Menteri untuk dipertimbangkan,” katanya.

Menurut Samy Vellu, dalam menaikkan kadar tol, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada masalah yang bakal dihadapi oleh rakyat.

Mengenai tanggungjawab sosial yang telah dimainkan oleh syarikat konsesi seperti yang dibangkitkan parti pembangkang, beliau berkata, ia dapat dilihat berdasarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat seperti Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berjumlah RM1 bilion untuk melebarkan jalan daripada empat kepada enam lorong demi keselesaan pengguna.

Sumbangan sosial syarikat itu juga, katanya, boleh dilihat berdasarkan peruntukan sebanyak RM100 juta setahun untuk membaiki dan melebarkan jalan selain membayar gaji pekerja mereka.

Khamis, 22 November 2007

ADUN BN (PALOH) DIPERINTAH KELUAR DEWAN.

Sidang DUN Kelantan hari ini dicemari dengan sikap samseng serta inginkan publisiti, Norzula Mat Diah (BN Paloh) yang telah mengingkari perintah speaker untuk duduk sehingga memaksa Speaker memerintahkan beliau keluar dewan dan digantung daripada menghadiri mesyuarat sehingga 27 Nov ini.


"Yang Berhormat Paloh telah dipilih untuk bercakap hanya pada perbahasan belanjawan," kata Wan Abdul Rahim pada hari ketiga persidangan hari ini.Keadaan tegang tercetus apabila Norzula dengan lagak samsengnya bertegas untuk bercakap setelah lima kali beliau cuba untuk menyertai perbahasan walaupun telah ditolak.

Sila ke
WebBlog TKO untuk melihat klip video berkenaan

Wakil BN pulau sidang DUN Kelantan
Oleh AZRAN FITRI RAHIM


KOTA BHARU 21 Nov. – Semua anggota pembangkang bertindak meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika sesi petang perbahasan hari ini setelah keanggotaan Nozula Mat Diah (BN-Paloh) digantung ekoran keengganannya mematuhi arahan Speaker, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah.

Nozula berkeras untuk turut serta dalam perbahasan walaupun Wan Abd. Rahim berulang kali mengarahkannya duduk kerana belum sampai gilirannya berbuat demikian.

Ia bermula apabila Nozula bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan tetapi sebaliknya Wan Abd. Rahim meminta seorang lagi wakil pembangkang, Mohd. Zain Ismail (BN-Bukit Tuku) untuk berucap.

Bagaimanapun, Mat Zain tidak bangun dan Norzula mahu mengambil laluan itu sehingga berlaku pertikaman lidah di antara Nozulah dan Wan Abd. Rahim.

Nozula berkata, beliau telah bangun lima kali untuk berucap membahaskan usul Ucapan Menjunjung Kasih Atas Titah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

"Saya perlu berucap untuk memberitahu masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan saya yang jauh di pedalaman Gua Musang... sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah mengambil tahu apa yang terjadi," katanya.

Bagaimanapun, Wan Abd. Rahim berkata, beliau hanya akan memberikan peluang kepada Nozula semasa perbahasan rang undang-undang perbekalan.

"Sebelum ini saya telah meminta kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pembangkang) supaya memberikan nama mereka yang nak ambil bahagian dalam perbahasan," katanya.

Nozula lantas bangun mencelah dan berkata, beliau telah memberikan nama dan berada pada giliran kedua dalam senarai berkenaan.

Wan Abd. Rahim tetap bertegas tidak membenarkan Nozula berucap dan terus meminta seorang pencadang serta penyokong bagi mengikut peraturan 51 (3) serta membuat undian.

Seorang lagi anggota pembangkang, Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) bangun meminta Speaker melupakan kejadian itu kerana Speaker sendiri telah melakukan kesilapan sebelum ini dan jika tidak boleh berunding, mereka akan keluar Dewan.

Selepas itu, melalui usul yang dikemukakan oleh Zakaria Yaakob (Pas-Kemuning) dan disokong oleh Mohd. Shukri Abdul Rahman (Pas-Kadok), sidang mengundi dan mengambil keputusan menggantung Nozula apabila 23 bersetuju manakala 20 tidak bersetuju.

Ketika ditemui di luar Dewan, Nozula berkata, beliau hairan kenapa beliau tidak dibenarkan berucap sedangkan peraturan dengan jelas memberikan ruang untuk sesiapa saja berucap.

"Saya berasa amat terkilan kerana Speaker menggantung saya daripada mesyuarat... sebenarnya dah lima kali saya bangun untuk berucap tetapi dia jemput mereka yang tidak mahu berucap.

"Sekiranya diberi peluang tadi saya mahu mendapatkan penjelasan daripada kerajaan negeri mengenai ‘ladang rakyat’ yang menipu belia dengan memanggil mereka untuk temu duga dan dijanjikan tempat tinggal untuk majukan ladang tersebut tetapi semuanya tidak ada,"katanya.

Dalam pada itu, Wan Abd. Rahim ketika ditemui tetap mempertahankan keputusannya.

"Beliau (Nozula) telah melanggar peraturan di bawah peruntukan perintah 51 (3) bahawa seseorang ADUN yang dipanggil nama oleh Speaker selepas daripada melakukan kesalahan tidak mengendahkan arahan Speaker dan berulang mengganggu perjalanan Dewan, maka satu cadangan dengan segera dan disokong oleh 2 orang ahli dikemukakan dalam undian.

"Bagaimanapun, beliau boleh kembali menyertai semula mesyuarat esok mengikut peruntukan 51 (5) iaitu jika keahlian seseorang tergantung menurut syarat perintah ia hendaklah mengundurkan diri dan penggantungan tidak lucut sehingga tamat mesyuarat itu," katanya.

Sementara itu, Adhan Kechik berkata, tindakan Wan Abd. Rahim itu tidak adil dan mengabaikan peraturan Dewan.

"Memang senarai nama diambil tetapi itu hanya sebagai satu panduan untuk menjaga masa dan bukan termaktub dalam peraturan," katanya.


P/S : KALO DAH AKHBAR BN MACAM2 LA 'AUTA' DEPA.....SEMUA BERITA DI PUSINGNYA...

HARGA TEPUNG TIDAK NAIK - SHAFIE

Sejauh mana dakwaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Penggguna, Datuk Mohd Shafie Apdal yang mengatakan bahawa harga tepung tidak naik. Kalau benar harga tepung di Malaysia ni tidak naik kenapa barang-barang keperluan atau makanan yang diperbuat daripada tepung sudah naik. Baru-baru ni, saya membeli roti krim untuk minum petang, semua harganya sudah dinaikkan kepada 10sen. Begitu juga dengan mee kari yang dulu harganya RM 2.50 dan sekarang sudah mencecah ke harga RM 3.00. Karipap yang selalu saya beli dulunya RM 1.00 dapat 4 ketul, sekarang ni cuma dapat 3 ketul sahaja.



Merujuk pada kenyataan shafie "Beliau berkata, kementeriannya tetap dengan pendirian untuk mengekalkan harga tepung gandum biasa pada kadar RM1.35 sekilogram". Tetapi kenapa di kedai atau pasaraya harga tepung sudah mula meningkat dari RM1.35/1.40 kepada RM 2.80. Bukankah itu satu kenaikan? Isu ini tidak akan saya bangkitkan jika Shafie tidak mengeluarkan kenyataan se'bodoh' ini. Sebagai seorang menteri sepatutnya beliau mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah ini.

Bila sang menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian nampak sangat yang beliau ini tidak bekerja. Tahun lepas dengan isu gula, pastu ayam dan sekarang tepung. Segala kesimpulannya semua isu kenaikan barang di negara ini gagal dibendung oleh Menteri yang dipertanggung jawabkan. Pendek kata kalau dah tak mampu hendak buat kerja lebih baik berhenti sahaja !!! jika panaskan kerusi menteri tu lama-lama hanya bikin kemarahan rakyat sahaja !!


(Kenytaan dari UTUSAN MELOYAR ) - Oleh Norliza Abd. Rahman

PUTRAJAYA 19 Nov. – Kerajaan tidak akan menaikkan harga tepung gandum walaupun mendapat tekanan daripada pihak industri yang menuntut supaya harga jualan komoditi itu dinaikkan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, keputusan itu dibuat selepas pengilang dan pengeluar gandum meminta kenaikan harga tepung biasa yang terlampau tinggi.

Beliau berkata, kementeriannya tetap dengan pendirian untuk mengekalkan harga tepung gandum biasa pada kadar RM1.35 sekilogram.

"Mereka minta kenaikan harga tetapi saya katakan tidak boleh. Mereka minta tinggi sangat dan saya nyatakan pendirian kita untuk tidak naikkan harga itu dan keputusan ini adalah jelas.

"Amaran saya, pastikan bekalan mencukupi, jangan bagi alasan harga minyak dan barang naik untuk minta kita naikkan harga tepung," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat pengeluar dan pengilang tepung di sini hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan, pengeluar dan pengilang tepung meminta harga tepung gandum biasa dinaikkan sehingga RM2.45 sekilogram daripada RM1.35.

Bagaimanapun, Mohd. Shafie meminta pihak industri memperincikan tuntutan yang dibuat bagi memudahkan kerajaan membantu mengurangkan bebanan mereka dari segi kos pengangkutan.

Katanya, pengilang memberikan alasan kos tepung gandum di pasaran dunia meningkat 70 peratus daripada AS$235 dolar setan metrik sebelum September lalu kepada lebih AS$400 dolar setan metrik sekarang.

Mengulas mengenai dakwaan berlaku kenaikan mendadak harga roti burger yang mencecah RM7 sebungkus (40 buku roti) dalam tempoh sebulan lalu berbanding RM5 sahaja pada bulan lepas, beliau meminta peniaga burger membuat laporan mengenainya.

Rabu, 21 November 2007

SEKITAR PENGALAMAN MENUJU KE HIMPUNAN 100K

oleh : lang buana

Sebahagian dari kami bergambar selepas dibebaskan

Hampir 2 minggu Himpunan 100K berlalu. Belek punya belek gambar sekitar himpunan 100K, terlihat satu foto yang meninggalkan seribu kenangan kepada saya. Gambar ini diambil ketika saya bersama ketua DPPK Jasin, sdra Aminudin bin Abd Jalil, AJK Pemuda Kawasan serta Unit Amal dari Johor yang baru sahaja dibebaskan dari Balai Polis Bricfields, Kuala Lumpur.


Kronologi perjalanan dari Melaka sehingga dibebaskan dari Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur

Sabtu / 10 November 2007 / 12.30 am
Saya bersama Ketua DPPK Jasin, Aminuddin bergerak ke Kampung Duyung dan Bukit Katil untuk mengambil sahabat yang mahu turut serta ke himpunan 100K.

Sabtu / 10 November 2007 / 1.30 am
Berkumpul di Plaza Tol Ayer Keroh, menunggu sebuah lagi kereta sahabat, berbincang dan becadang masuk ke plaza tol kajang jika ada sekatan dibuat di Sg.Besi dan kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Lumpur

Sabtu / 10 November 2007 / 2.45 am
Berhenti di Kawasan R&R Seremban untuk berehat seketika. Terserempak dengan pimpinan PAS Negeri Johor dan dimaklumkan keadaan Sg. Besi tiada sekatan dari pihak polis. Ubah plan untuk masuk ke laluan Sg. Besi.

Sabtu / 10 November 2007 / 4.00 am
Sekali silap daaa...nasib tidak menyebelahi kami, rupa-rupanya Polis baru buat sekatan jalan raya termasuk dengan JPJ sekali. Kereta kami kantoi coz ada sticker Tuan Guru (secara automatik kami dapat tiket percuma untuk ditahan). Kereta di check, Baju dan pengikat kepala yang bertulis perkataan 'BERSIH' semua dirampas (macam bawa dadah la pulak). IC dan lesen juga diambil, katanya hendak di dokumentasikan. Fobia juga polis dengan warna kuning.

Sabtu / 10 November 2007 / 4.30 am
Sebanyak 2 kereta ditahan (termasuk kereta saya) dan 3 buah MPV. Semuanya dari Johor yang mahu ke Himpunan 100K. Baju kuning mereka turut dirampas bahkan lebih banyak dari kami (entah hapa depa nak buat dengan baju tu, maybe nak buat jualan time ada jumbo sale). Hampir 50 orang semuanya yang ditahan.

Sabtu / 10 November 2007 / 5.00 am
Kami di'escort'oleh 3 buah radio car ke Balai Polis Brickfield. Pergh, macam menteri la pulak. Tetapi sebelum tu kami dah maklumkan penahanan kami kepada Ketua DPPN Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek.

Sabtu / 10 November 2007 / 5.15 am
Sampai Balai Polis Brickfields, rehat2 sat sementara tunggu waktu Subuh. Selepas Selesai solat kami didatangi seorang anggota Polis dan memaklumkan kami akan dibebaskan selepas jam 3 petang.

Sabtu / 10 November 2007 / 6.15 am
Buat kali kedua polis yang sama datang, berbincang sekali lagi dengan anggota polis tersebut (saya tak dapat nak pastikan pangkat dan nama dia) dan apa yang dapat dilihat anggota polis tersebut diam seketika dan masuk ke pejabat semula.

Sabtu / 10 November 2007 / 7.00 am
Kali ketiga kami didatangi oleh anggota polis yang sama dan dimaklumkan kami semua akan dibebaskan setelah segala butiran peribadi kami diambil tetapi segala barangan yang dirampas tidak dipulangkan semula kerana kami membawa barang haram..(hampeh, sejak bila baju boleh jadi barang haram??)

Sabtu / 10 November 2007 / 7.15 am
kami semua dibebaskan setelah IC dan lesen dikembalikan dan kami meneruskan perjalanan kami meraih tuntutan di himpunan aman BERSIH.

UMNO TIDAK FAHAM KONSEP KEBEBASAN MEDIA DAN BERHIMPUN DALAM SISTEMDEMOKRASI


Saya telah menonton rancangan 101 East Al Jazeera‚ di Aljazerera baru2 ini. Saya mengikuti perbahasan diantara Khairy Jamaluddin (KJ) serta Datuk Nazri Tan Sri Aziz (DN) bersama Sdr. Malik Imtiaz. Terdapat beberapa perkara yang saya rasa perlu untuk diketengahkan:


Perkara 1:
Jelas Saudara KJ dan DN tidak faham bahawa hak untuk berkumpul adalah hak asasi semua rakyat di dalam sebuah Negara yang mengaku mengamalkan demokrasi.

Kedua-dua KJ dan DN gagal memberikan alasan yang kukuh mengapa kekerasan terpaksa digunakan pada 10 November 2007.Mereka gagal untuk memjustifikasi tindakan polis menggunakan air kimia dan gas pemedih mata untuk menyuraikan perkumpulan. Mereka gagal untuk menjusfikasi penggunaan kekerasan ke atas para demonstran. Mereka gagal menjustifikasi penangkapan lebih 80 peserta. Mereka gagal menjustifikasi tindakan polis mengepong Dataran Merdeka bagi menghalang peserta berkumpul di sana.Pada waktu yang sama, Al Jazeera juga menunjukkan "footage" air kimia dan gas pemedih mata digunakan bagi menyuraikan peserta 10 November .

Kedua-dua KJ dan DN gagal membuktikan Malaysia adalah sebuah Negara demokrasi, setelah secara jelas pihak Polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat hanya kerana rakyat memilih untuk menyatakan perasaan mereka. Polis secara ganas memijak lutut seorang pemerhati yang tidak melawan dan tidak bersenjata sehingga lutut orang tersebut hancur serta terpaksa dibedah.KJ juga cuba untuk menggunakan alasan peristiwa Batu Buruk sebagai alasan.

Mungkin KJ terlupa bahawa di Batu Buruk orang awam telah ditembak dengan peluru hidup oleh pihak Polis. Seharusnya pihak Polis yang dipersalahkan kerana tempat tersebut telah dilangsungkan perhimpunan- perhimpunan besar sebelum ini tanpa apa-apa insiden. Sehingga kini kita masih tidak dimaklumkan tindakan keatas Polis yang menembak dan pembakar bendera Malaysia.

Perkara 2:
KJ juga cuba mewarnakan perhimpunan 10 November sebagai perhimpunan pembangkang dan bukannya perhimpunan rakyat. Lupakah KJ bahawa pemimpin, ahli dan penyokong parti pembangkang adalah rakyat Malaysia juga?

Mungkin KJ lupa bahawa lebih dari 35% rakyat Malaysia tiap2 kali pilihanraya mengundi parti yang lain dari Barisan Nasional.Di dalam Negara Malaysia yang berpenduduk 27 juta orang, 35% adalah bersamaan hampir 10 juta rakyat Malaysia. Kalau dikira 10 juta pengundi bermakna kita bercakap tentang 3.5juta pengundi.

Adakah 10 juta rakyat Malaysia atau 3.5 juta pengundi sewenang-wenangnya dinafikan hak mereka sedangkan mereka juga membayar cukai, tol dsbnya? Perkara ini menampakkan mentaliti anti demokrasi KJ dan UMNO/BN yang terdedah di dalam program tersebut.

Perkara 3:
Persoalan kebebasan media juga telah diutarakan dalam perbahasan tersebut. Sdra Malik menyatakan fakta bahwa media di Malaysia memerlukan permit dari Kerajaan BN untuk diterbitkan atau beroperasi. Lantas, saudara KJ cuba untuk memberikan harapan kepada rakyat Malaysia bahawa kebebasan media akan diberikan kembali kepada pihak media dengan merujuk kepada ucapan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Malangnya, Akta Cetak menunjukkan bahawa hak untuk mengoperasi akhbar atau apa2 bentuk media di Malaysia terletak di tangan Menteri dan tidak boleh dicabar hatta di dalam mahkamah. KJ tidak sedikit pun memberi apa-apa komen terhadap fakta ini. Tiada pernyataan jelas samada PM akan meminda Akta Cetak untuk mengizinkan mana-mana pihak mengoperasikan media.

Tanpa komitmen ini, kenyataan PM baru2 ini tidak lebih dari retorika kosong dan tidak lebih dari wayang kulit, apatah lagi dibuat dalam forum yang salah.Sekiranya kerajaan yang diterajui UMNO/BN benar2 ikhlas untuk mengembalikan kebebasan media di Malaysia, langkah pertama boleh dimulakan dengan mengizinkan PAS menerbitkan semula Harakah dua kali seminggu.

Ini tidak memerlukan pindaan akta. Cuma sepucuk surat dari Menteri Dalam Negeri. Saya cabar KJ dan UMNO untuk membuktikan komitmen mereka terhadap kebebasan media. DN juga telah dimalukan apabila beliau cuba menafikan akhbar di Malaysia berat sebelah. Malang bagi DN apabila akhbar-akhbar yang terbit pada 11 November telah ditunjukkan kepada beliau sebagai bukti.

Perkara 4:
KJ cuba memberi gambaran bahawa Kerajaan mendengar pandangan semua orang, khasnya SPR. Beliau lantas memberikan contoh-contoh beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh SPR. KJ sedikit pun tidak menafikan bahawa SPR adalah sebuah badan yang tidak bebas dari pengaruh eksekutif.Malang bagi KJ, tindakan beliau hanya membuktikan bahawa SPR tidak lebih dari sebuah badan kerajaan yang duduk di bawah cengkaman Jabatan Perdana Menteri. Ini bererti SPR tidak bebas dan SPR beroperasi seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Perkara 5:
DN menyatakan bahwa sistem pentadbiran di Malaysia tidak perlu dirubah. Ia hanya perlu diperbaiki sahaja. Jelas DN cuba bermain dengan perkataan. Apa yang jelas pentadbiran Kerajaan BN mengandungi berbagai-bagai kepincangan dan kezaliman ke atas rakyat Malaysia. Sekiranya sistem di Malaysia putih bersih dari kelemahan, sudah tentu pelbagai ketirisan, kebocoran dan kerobohan, pelbagai indeks yang semakin merudum serta peristiwa penyuraian perhimpunan dengan kekerasan pada 10 November tidak berlaku.

Dr LoLo bt Hj Mohd Ghazali,
AJK PAS Pusat
sumber dari : http://docpearl. blogspot. com/

PILIHANRAYA : KERAJAAN PASTIKAN SPR ADIL, DEMOKRATIK - PM

Oleh : Lang Buana

Berikut adalah kenyataan yang keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad badawi "adalah menjadi tanggungjawab beliau memastikan mandat yang diperoleh daripada rakyat untuk memerintah negara diperoleh daripada kemenangan yang berwibawa".



Dalam mengeluarkan kenyataan kita selaku rakyat memang tiada hak untuk menghalang apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Lah, walaupun perkara yang dinyatakan tanpa hujah yang cukup konkrit. Saya akui bahawa niat beliau memang suci dan murni dalam memastikan pilihanraya di Malaysia berjalan dengan adil dan telus, tetapi pada zahirkan kita dapat saksikan pelbagai penyelewengan telah berlaku tambahan SPR yang dibawah kendalian Tan Sri Abd.Rasyid semakin terus menjadi kuda tunggangan Barisan Nasional. Pilihanraya di Malaysia yang dicanang sebagai pilihanraya yang mengamalkan sepenuhnya sistem demokrasi sebaliknya di'lacur'kan tanpa diketahui oleh jutaan rakyat di Malaysia yang masih setia mengundi Barisan Nasional.

Saya suka mengambil contoh yang paling terdekat, kenapa rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum sanggup hadir ke himpunan annjuran BERSIH dimana jumlahnya hampir atau mencecah ratusan ribu (media perdana hanya mampu mengira sampai 4K sahaja) pada 10 November yang lepas? apa tujuan utama himpunan tersebut diadakan dan kenapa rakyat sanggup mengharungi sekatan yang dilakukan oleh polis semata-mata untuk menghadiri perhimpunan tersebut? tujuannya adalah kerana 4 perkara iaitu:-

1. Penggunaan dakwat kekal
2. Pembersihan daftar pemilih
3. Pemansuhan undi pos
4. Akses adil kepada media


Mengulang kembali kenyataan dari Pak Lah, "Sebagai ketua kerajaan dan parti yang menang dan dikehendaki oleh rakyat untuk menubuhkan kerajaan, tentu sekali kami mahu kemenangan kami itu sebagai kemenangan yang berwibawa dan datang daripada kehendak rakyat yang mengundi dalam pilihan raya". Jika benarlah itu yang dinyatakan kenapa tiada peluang bagi pembangkang untuk mengeluarkan atau bersuara di dalam media arus perdana? kenapa takut sangat dengan perhimpunan anjuran Bersih dan kenapa berat sangat mengeluarkan permit ceramah kepada pihak pembangkang?? kenapa?? semua jawapan ada dalam minda pemimpin UMNO + Barisan Nasional.

***************************************

SINGAPURA 20 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sebagai ketua kerajaan di Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab beliau memastikan mandat yang diperoleh daripada rakyat untuk memerintah negara diperoleh daripada kemenangan yang berwibawa.

Sebuhungan itu, kata Perdana Menteri, adalah menjadi hasratnya untuk memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi sebuah badan yang adil dan demokratik serta membolehkan rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih keluar mengundi.

"Sebagai ketua kerajaan dan parti yang menang dan dikehendaki oleh rakyat untuk menubuhkan kerajaan, tentu sekali kami mahu kemenangan kami itu sebagai kemenangan yang berwibawa dan datang daripada kehendak rakyat yang mengundi dalam pilihan raya.

"Bagaimanapun kalau mereka (pemilih) tidak mahu mengundi, apa yang kita boleh buat, inilah suruhanjaya yang telah sekian lama mengendalikan pilihan raya di negara kita,"katanya pada sidang akhbar di akhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyebut Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman bersedia melepaskan jawatannya jika terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu perlu dibuktikan di mahkamah dan bukan berdasarkan kepada tuduhan-tuduhan liar yang hanya memberikan imej buruk kepada SPR.

Ab. Rashid yang terlibat mengendalikan enam pilihan raya umum sebelum ini berkata, belum pernah ada satu pihak pun yang datang kepadanya dan membawa bukti berlaku penipuan dalam pilihan raya kecil atau umum.

Dengan nada kesal, Perdana Menteri bertanyakan mengapa pula sekarang ada pihak yang mempersoalkan kewibawaan SPR.

"Apakah tiada parti pembangkang yang pernah menang dalam pilihan raya yang diadakan sebelum ini....ini bermakna rakyat bebas untuk menentukan siapa yang mereka mahu pilih.

"Inilah sesuatu yang payah untuk kita fahami apabila ada pihak yang menuduh kita tidak adil," kata beliau.

Abdullah menjelaskan, adalah menjadi harapan beliau agar SPR menjadi sebuah badan yang adil dan demokratik.

Selasa, 20 November 2007

SETIAKU DI SINI...MALAYSIA

Setia biar berpada…dalam politik sekarang, tiada erti kesetiaan dalam maksud yang sebenar.... Kalau rasuah boleh diistilahkan sebagai Politik wang…atau yang terkini dipanggil rasuah politik, maka setia dalam UMNO sekarang, umpama "ada udang di sebalik batu", dan boleh diistilahkan sebagai "Politik Setia".

Kenapa ditambahkan politik dihadapan perkataan setia ?....Kerana bila disebut sahaja perkataan politik, maka terbayang difikiran kita dewasa ini, ia sangat berkait rapat dengan faktor "ketidaktentuan" . Manakan tidak, sudah berapa banyak kali kita dengar tentang "budaya lompat katak" atau "budaya hidup si lalang" di ceritakan....hari ni bersekongkol erat bersama kem A, esok-esok kelihatan pula di kem B"..."Pagi dok sarapan bersama si penyandang, petang pula minum kopi dengan si pencabar" .... Tak peduli apa orang lain kata, janji hidup mesti diteruskan.....ini lah dia nilai setia.....


Kalau lompat si katak lompat....boleh tahu jarak waktu kesetian nya....tapi kalau budaya si lalang sukar nak tahu hati budi nya…condong ikut mana arah angin bertiup... bahaya tu....umpama memegang dedaun lalang, ....dilurut luka....ditarik pun luka....


Jadi yang dikatakan oleh, Tun Musa Hitam sebagai kerisauan terhadap penekanan soal 'kesetiaan' telah menjadikan pemimpin sekarang kurang berminat untuk berkhidmat kepada rakyat, akibat cenderung mengejar kepentingan peribadi adalah benar belaka.

Tun Musa Hitam berhak merasa tersindir, kerana beliau pasti ingat tentang nilai kesetiaan, apabila mengimbau bagaimana detik-detik tertubuh nya Team A dan Team B pada Perhimpunan Agung UMNO 1987....dan akhir nya menjurus kepada tertubuh nya Parti Semangat46 pada tahun 1989 pimpinan Tunku Razali Hamzah dimana beliau adalah antara panglima-panglima perang nya. Beliau pasti ingat pada masa itu siapa kawan..dan siapa lawan...ke mana beliau pergi dan akhir nya ke mana beliau kembali....semua itu adalah sejarah yang tidak dapat dipadamkan...itulah hasil dari rapuh nya "politik setia"

Jadi apabila kekuasaan diletakkan pada rangking pertama, maka perhidmat untuk rakyat sudah jatuh ke kedudukan yang terkemudian. Tiap masa akan terfikir di fikiran mereka yang memimpin....ramai ke penyokong aku ni ? setia kah mereka ?

...emmm....kalau macam tu baik aku sogok mereka sikit... ehhh salah tu dosa nanti kena tangkap akibat rasuah....

takpa...takpa aku bukan rasuah tapi "rasuah politik" sahaja, pasti tak kena dakwa kat mahkamah punya.....tapi aku kena jaga line juga, nanti tak pasal-pasal kena "domestic inquiries" badan disiplin parti.

Tapi takda hal lah, habis kuat pun kena gantung, janji cover line. Lepas ni ramai lah dok sokong aku, pasti mereka dok mengimpit aku....dan terjamin lah kedudukan aku.....untung sabut timbul, untung batu tenggelam...


Sibuk dok cerita "politik setia" lupa pula satu lagi sindrom yang amat merbahaya kepada nilai-nilai kesetiaan....iaitu sindrom "politik setia membabi buta"........sekian harap maklum.

p/s: Zaman menghalalkan cara, melalui istilah......

SUMBER DARI : ANJUNG LARIK

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM CERAMAH PERDANA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


Tarikh 24 November 2007 yang akan datang ini merupakan tarikh penting buat seluruh rakyat Melaka khususnya mereka yang tinggal di kawasan Parlimen Jasin. Ini adalah kerana pada tarikh tersebut Parti Keadilan Rakyat Bahagian Jasin dengan sokongan padu daripada Parti Islam Semalaysia Kawasan Jasin akan mengadakan satu ceramah perdana di Markas PAS Tedong. Ceramah Perdana ini yang akan dihadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim merupakan ceramah pertama beliau di negeri Melaka selepas perhimpunan 100,000 rakyat 10/11 baru-baru ini.Ceramah ini juga saya percaya merupakan ceramah terakhir beliau di Melaka sebelum parlimen dibubarkan.

Saya menjangkakan bahawa beliau akan menyentuh mengenai video klip rakaman perbualan peguam VK Lingam dengan bekas Ketua Hakim Negara yang memaparkan usaha elit penguasa untuk campurtangan di dalam sistem kehakiman Malaysia termasuk kebengapan kerajaan BN yg dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi yang akhirnya terpaksa akur dengan desakan rakyat dan Anwar untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja. Saya juga yakin bahawa beliau akan menyentuh isu-isu ekonomi Malaysia yang berada pada tahap yang amat membimbangkan termasuk isu kenaikan harga barang, kadar inflasi yang meningkat dan juga kadar pengangguran yang tinggi.

Di dalam ceramah tersebut, saya juga akan menyentuh isu khusus mengenai kenyataan Pengerusi SPR bahawa pilihanraya sekarang dijalankan tanpa sebarang bentuk penipuan dan mengenai perhimpunan aman 100,000 rakyat. Isu-isu yang berkaitan dengan penyelewengan UMNO Jasin dan beban penduduk selepas pengisytiharan Perbandaran Jasin juga akan disinggung oleh saya.

Saya menyeru semua rakyat tidak kira fahaman politik, bangsa dan agama untuk hadir ke program penting ini untuk sama-sama kita hayati maklumat alternatif yang tidak akan kita perolehi daripada media-media milik pemerintah. Keadilan dan PAS mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ini dengan matlamat yang satu iaitu supaya rakyat Jasin khususnya bangkit melakukan perubahan.

Ubah Sebelum Parah, Ubah Demi Maruah

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Keadilan Bahagian Jasin

www.shamsuliskandar.wordpress.com

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN

20 November 2007

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut positif penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang diumumkan Perdana Menteri pada minggu lepas.



Ini memberikan konotasi jelas bahawa segala pendedahan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengenai wujudnya skandal pengaturan perlantikan hakim dan elemen korupsi di dalamnya adalah satu perkara yang jelas dan sahih, bukan sekadar propaganda politik sebagaimana diwar-warkan oleh kalangan elit politik pemerintah.

Pengumuman Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang mengatakan bahawa Suruhanjaya ini mempunyai kuasa untuk memanggil semua individu yang terlibat adalah satu jaminan yang perlu dipegang dan dibuktikan oleh Suruhanjaya tersebut kelak demi memastikan siasatan kes ini terjamin adil dan saksama.

AMK juga melihat pendedahan adik kepada dalang utama skandal ini, VK Lingam, adalah sesuatu yang perlu dipandang serius oleh kerajaan mahupun panel Suruhanjaya yang bakal diumumkan kelak.

Meskipun Lingam menyatakan bahawa adik beliau, Thirunama Karasu 'menghadapi masalah mental', sebagai pengamal perundangan kenyataan tersebut perlu dihalusi dengan pembuktian munasabah, bukan sekadar membuat kenyataan umum.

Melihat kepada perkembangan ini, AMK melihat, ada kewajaran yang mendesak agar pihak berkuasa termasuk polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk terus mendapatkan kenyataan individu-individu yang berkenaan atas kesalahan rasuah dan salahguna kuasa, tanpa perlu menunggu Suruhanjaya ini ditubuhkan.

Meskipun penubuhan Suruhanjaya ini dialu-alukan, ada keperluan segera bagi Polis dan BPR menjalankan siasatan terperinci bagi melicinkan urusan penyiasatan ini, berdasarkan kepada bukti-bukti dan laporan polis yang dikemukakan oleh pimpinan KeADILan termasuklah Thirunama sendiri sebelum ini.

Wajar diingatkan, AMK konsisten sedari awal bahawa setiap perkembangan penyiasatan skandal ini, perlu menumpukan kepada isu-isu akar mengenai salahguna kuasa yang mencemarkan integriti kehakiman, bukan sekadar menyiasat siapakah sumber yang mendedahkan skandal ini.

Rakyat terus memerhatikan sejauhmana inisiatif kerajaan membersihkan sistem kehakiman negara yang kian parah.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat