Ahad, 29 Mac 2009
MUKTAMAR DPPK JASIN
Haramkan PMRAM : KelabUmno Kaherah Kecut Perut
Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan di Perhimpunan Agung UMNO kelmarin menggesa supaya PMRAM diharamkan dan biasiswa anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik. "PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.
Satu gesaan yang bukan sahaja tidak masuk aqal tetapi memperlihatkan niat dan sikap yang jahat Kelab UMNO Luar Negara terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang cukup berkaliber malah besar jasanya kepada mahasiswa/i Malaysia , Indonesia , Singapura dan Brunei di Mesir bahkan kepada negara tercinta .
Saya kira Wan Md Hazlin sangat dangkal pengetahuannya mengenai PMRAM atau beliau hanya budak suruhan UMNO yang tidak sudah - sudah menyimpan dendam kepada PMRAM sejak 1991 lagi . Sebaik sahaja saya tiba di Mesir pada tahun 1992 , saya telah mendengar suara - suara jahat yang mendesak kerajaan Malaysia mengharamkan PMRAM . Sedang PMRAM sangat besar dan tinggi nilai jasa baktinya kepada Mahasiswa/i bahkan rakyat Malaysia di Mesir . Malah PMRAM telah wujud lebih awal dari wujudnya kedutaan Malaysia ke Mesir .
Jasa bakti PMRAM tidak siapa mampu menafikannya termasuklah sebahagian pemimpin UMNO sendiri yang dulunya pernah menjadi Yang diPertua PMRAM atau anggota Badan Pengurus PMRAM . Saya masih ingat bagaimana langkah jahat pihak tertentu , bagi tercapai cita - cita mahu mengharamkan PMRAM telah menubuhkan sebuah pertubuhan tanpa cop halal iaitu PPMM . Walhal PMRAM telah wujud sejak 1930 menabur khidmat dan menyatukan mahasiswa di atas satu wadah iaitu PMRAM .
PPMM yang dianggotai oleh ahli - ahli UMNO di Mesir bertanggungjawab memecahbelahkan solidariti mahasiswa/i sekelagus membibitkan benih perbalahan dikalangan mahasiswa/i . Kesan pecah retaknya terasa hingga ke hari ini . Terbaru kenyataan Wan Hazlin yang cukup menjadi asas bahawa dendam UMNO dan hasad pemimimpin mereka terhadap PMRAM masih belum selesai . Lebih terserlah ialah kebodohannya sendiri apabila mendesak UMNO agar mengharamkan PMRAM .
Apa hak UMNO dan di mana bidang kuasa UMNO untuk mengharamkan PMRAM ? PMRAM adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan kerajaan Mesir bukan berdaftar dengan UMNO !! Sepatutnya Wan Hazlin sebagai seorang yang terpelajar , kena fokus ucapannya untuk membersihkan UMNO dari imej buruk terpalit moral yang rendah dengan krisis integriti pada tahap parah dan kritikal dikalangan pimpinan UMNO . Malangnya beliau melihat PMRAM menjadi ancaman kepada UMNO , lantas penuh emosi mendesak supaya UMNO mengharamkan PMRAM dan menarik balik biasiswa ahli PMRAM . Standard ucapan Wan Hazlin dari Kelab UMNO Luar Negara bagai ucapan JKKK , dibakar oleh api permusuhan yang dinyalakan sendiri oleh mereka .
Kalau ahli Kelab UMNO luar Negara yang rata - rata anggotanya adalah dikalangan pelajar di luar negara mempunyai tahap pemikiran kelas ke 3 , bagaimanalah UMNO mahu melakukan transformasi bagi melahirkan UMNO berwajah baru kononnya . Ya , mungkin wajah baru tetapi perut pedalnya masih lama . Wan Hazlin sepatutnya merujuk dulu kepada tokoh - tokoh negara bahkan tokoh - tokoh UMNO sendiri yang seketika dulu pernah memimpin PMRAM dan bakat kepimpinan mereka dibentuk oleh PMRAM .
Kaji juga peranan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh PMRAM kepada pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir . Jangan bertindak melulu berasaskan tohmahan dan mempercayai fitnah liar yang dilempar . Saya cabar agar Wan Hazlin buktikan atas kesalahan dan jenayah apa sehingga PMRAM yang jauh lebih tua usianya berbanding Wan Hazlin itu mahu diharamkan ? Kalau hanya tuduhan kononnya PMRAM menyebarkan ideologi pembangkang , sila buktikan ! dan bagaimana pula dengan Kelab UMNO , secara jelas membawa ideologi parti politik . So apa bezanya ? Inikah sikap double standard UMNO yang akan mewarnai transformasi mereka kelak .
source : Ust Nasaruddin Tantawi
komentar :
Bukit Gantang Umpama Medan Perang-Malaysiakini
1) Bukit Gantang bagaikan medan perang, di mana-mana sahaja ceruk kelibat Polis di merata tempat terutama di Traffic light dan kawasan-kawasan berhampiran Markas PAS. Martek Polis (Khemah Polis) di bina di setiap DUN dan saya jangkakan ianya menelan jutaan ringgit duit rakyat. Apa faedahnya kepada rakyat?. Pengundi Bukit Gantang kena fikirkan hal ini.
2) 50 tahun di bawah pemerintahan BN, pekan-pekan kecil di Bukit Gantang masih lagi bertaraf Pekan Koboi seperti Pekan Terong dan lain-lain. Apakah ini yang BN katakan sebagai pembangunan.
3) Masih terdapat ramai rakyat yang miskin dengan rumah kecil, usang, buruk dan hampir roboh. 50 tahun BN perintah apa yang mereka buat. Bila PR hendak baiki taraf kehidupan rakyat mereka rompak kerajaan.
4) Kebebasan dan demokrasi hanyalah omongan kosong apabila program-program ceramah pemimpin PR dan PAS dihalang. Antaranya ceramah maulidur Rasul Anwar Ibrahim di masjid Sg Bemban, Kuala Terong pada 27 Mac dihalang oleh Polis yang lengkap dengan FRU dan lain-lain.
Tawaran hebat Menanti Anda semua -Malaysiakini
Tawaran itu diberikan oleh Hamas untuk meringankan beban para balu. Setelah menikah, suami yang baru diharapkan dapat meringankan beban hidupnya dan menjaga keluarganya. Hal itu sebagaimana diungkapkan oleh laman rasmi Hamas dan dikutip oleh laman Almokhtsar, Selasa (17/3).
Cuma bukan setiap lelaki boleh menerima tawaran itu. Setiap lelaki yang ingin menikahi wanita janda dan ingin mendapatkan wang tunai itu harus memenuhi syarat-syarat tertentu. Dalam hal ini, syarat yang ditetapkan oleh Hamas adalah mereka mestilah mampu bertanggung jawab terhadap wanita yang ingin dinikahi, dia mesti berkomitmen terhadap agama Islam, berakhlak yang baik, dan memberikan tempat tinggal bagi isterinya yang baru serta menjaga anak-anaknya sekiranya wanita tersebut telah memiliki anak.
Agresi militer yang dilancarkan oleh Zionis Yahudi telah banyak memakan korban. Sekurang-kurangnya 960 orang awam Palestin terkorban, 239 polis dan 235 mujahidin. Dari jumlah itu sebanyak 288 kanak-lanak dan 121 wanita.
Kementerian Kesihatan juga mengesahkan jumlah yang cedera sebanyak 5.303, termasuk di dalamnya 1.606 kanak-kanak dan 828 wanita.(Prince Muhammad/arrahmah/alislamu)
Rabu, 18 Mac 2009
Sendiri cari pasal sendiri tanggung-Malaysiakini
Ahad, 8 Mac 2009
MENGAPA PPSMI WAJAR DIMANSUHKAN ?? - Malaysiakini



Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia. Membawa KERANDA 152 adalah mengosong mayat Bahasa Melayu. Jadi kita sendiri dapat lihat siapa yang menguburkan Bahasa Melayu di Malaysia ini jika bukan UMNO dan Barisan Nasional. Dimanakah ahli dan pimpinan UMNO disaat kita semua bersusah payah berhimpun, berarak dihujahi dengan berpuluh-puluh gas pemedih mata malah menjadi mangsa siraman air water canon oleh FRU yang tak ubah seperti boneka. Inikah yang dikatakan pejuang bangsa yang dilaungkan oleh mereka selama ini ??
Saya teringat kata-kata Yang Berbahagia Profesor Datuk Nik Safiah Abdul Karim menyampaikan ceramah beliau berhubung dengan Pengajaran-Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Dataran Hamas, Kompleks Pas Kawasan Jasin, Melaka. Walaupun terpaksa menahan kesejukan kerana hujan namun lebih 1000 orang yang hadir tidak berganjak mendengar kupasan yang cukup akademik, bersemangat lagi menarik daripada tokoh bahasa Melayu tersohor di rantau ini.
Disini saya nyatakan tiga sebab penting mengapa PPSMI ditentang. Saya terpaksa mengambil maklumat ini dari blog Cikgu Azrin kerana rakaman suara yang dilakukan melalui telefon bimbit saya tidak dapat didengari dengan jelas tambahan suasana hujan ketika itu membataskan kerja-kerja saya.
i. Dasar ini tidak adil.
Dasar ini tidak adil kerana menganaktirikan golongan berpendapatan rendah khususnya di luar bandar. Orang yang menyokong dasar ini adalah mereka yang berpendapatan tinggi. Mereka tidak peduli orang di luar bandar yang miskin, tidak mampu menghantar anak tuisyen, malah ada yang tidak tahu ada guru tuisyen yang boleh mengajar anak-anak mereka. Dasar ini hanya mengntungkan segolongan kecil orang di bandar manakala yang rugi adalah orang luar bandar. Di mana keadila? Mengapa kita mesti menyokong dasar yang tidak adil ini?
ii. Dasar ini tiada alasan kukuh untuk dilaksanakan.
Kajian Unesco menyatakan ilmu dasar seperi sains dan matematik lebih baik diajar dalam bahasa ibundanya. Hal ini lebih disedari oleh masyarakat Cina. Mereka menolak dasar ini dan tetap mengajar murid mereka dalam bahasa Cina. Kejayaan Jepun, Korea, China, Perancis dan Jerman kerana semua negara itu mengajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda. Di Indonesi, tiga tahun pertama persekolahan, murid diajar dalam bahasa ibunda sama ada Jawa Sunda, Makasar dan sebagainya. Hanya tahun keempat, murid diajar bahasa Indonesia. Mengapa kita tidak belajar daripada kejayaan orang lain?
iii. Dasar ini tidak betul.
Ia terbit daripada kerisauan pemimpin yang anak-anak kita tidak pandai berbahasa Inggeris. Mereka tidak risau anak-anak tidak tahu berbahasa Arab atau membaca Al-Quran dan lain-lain lagi. Mereka nak bawa ilmu dari luar, berniaga dan seumpamanya. Anak-anak mereka dihantar belajar ke luar negara bertahun-tahun, apabila pulang ke tanah air menghadapi masalah bertutur bahasa Melayu. Tetapi mereka menyalahkan bahasa Melayu sebab anak-anak mereka tidak tahu berbahasa Melayu. Mereka adalah seperti doktor yang tersalah memberi ubat untuk mengubati penyakit yang lain.
Kita perlu sedar bahawa bukan bahasa Inggeris sahaja bahasa antarabangsa malah bahasa-bahasa Arab, Sepanyol, Mandarin juga adalah bahasa antarabangsa.
Persoalan ahli-ahli bahasa ialah, mengapa hanya sains dan matematik mesti diajar dalam bahasa Inggeris? Jika anak-anak belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu pun mereka tidak faham dan cemerlang, apatah lagi bahasa Inggeris.
Jika ingin tingkatkan bahasa Inggeris, baikilah apa sahaja kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut. Jangan usik bahasa Melayu. Guru-guru era pasca merdeka, khususnya yang belajar sains dan matematik dilatih dalam bahasa Melayu tetapi dikehendaki mengajar dalam bahasa Inggeris. Adilkah mereka yang berkursus bahasa Inggeris tiga bulan dipaksa melaksanakan tugas sedemikian? Sebab itu, adalah sangat zalim memaksa guru-guru mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Anak-anak tidak mendapat ajaran yang sempurna kerana guru tidak terlatih dalam bahasa Inggeris. Amat zalim apabila anak-anak dipaksa bercakap dan menguasai konsep matematik dalam bahasa Inggeris yang mereka tidak faham. Mereka yang mempertahankan dasar ini berdosa kepada anak-anak, ibu bapa, guru serta bangsa Melayu keseluruhannya kerana ia adalah dasar yang salah.
Jadi kamu semua sudah faham mengapa kami semua mahu PPSMI dimansuhkan. Oleh itu demi kebaikan masa depan anak bangsa kami berusaha melawan agar Bahasa kita tidak dianaktirikan pada masa hadapan. Pimpinan sebuah Parti yang sebelum ini melaungkan mahu membela bangsa dengan menghunus keris kini tidak ubah menjadi manusia yang bacul di dalam dunia. Kamu semua sendiri sudah nampak siapa yang mengkhiati bahasa Melayu sebenarnya....
Jumaat, 6 Mac 2009
POLIS DICABAR TANGKAP NIZAR DAN 27 DUN - Malaysiakini
Malah beliau berkata mereka semua, termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, akan dipanggil atas dakwaan berhimpun secara haram dekat pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kenyataan beliau semalam telah mendapat riaksi spontan dari rakyat seluruh negara khususnya di negeri Perak yang menganggap kenyataan itu sbagai satu kenyataan yang begitu biadab, angkuh dan tidak bertanggungjawab.
“Apa yang berlaku ialah penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis sendiri. Yang dituduhnya orang lain,” kata seorang pemimpin PAS Kawasan yang turut berada di tempat kejadian semasa peristiwa itu berlaku.
Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Syed Abd Hamid Albar sendiri di dalam kenyataannya mengakui bahawa polis melakukan kesilapan dalam mengendalikan situasi krisis politik di Perak dua hari lepas.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Majlis Peguam bahawa pihak polis tidak bertindak adil semasa menjalankan tugas mereka menyuraikan ADUN Perak dari bersidang.
“Satu sudut perkara itu, kita akan melihat kesilapan yang dilakukan oleh pihak polis, tetapi saya fikir Majlis Peguam sepatutnya melihat keadaan itu dari sudut undang-undang. Undang-undang adalah undang-undang-undang dan apabila kita dipilih kita tidak (boleh) berada di atas undang-undang”, kata Syed Hamid seeperti yang dilaporkan dalam star online.
Sekalipun kenyataan menteri berkenaan jelas tidak betul apabila mempertikaikan tindakan Majlis Peguam yang mempersoalkan tindakan polis menghalang ahli dewan undangan negeri dari memasuki bangunan Perak Darul-Ridwan, namun kesediaannya untuk mengakui di satu sudut berlakunya kesilapan polis membuktikan bahawa tindakan polis Perak memang keterlaluan di hari tersebut.
Mereka secara biadab mengkasari ADUN-ADUN Pakatan Rakyat sedangkan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat datang ke bangunan tersebut untuk menghadiri sidang tergermpar yang telah dipanggil oleh Speaker.
“Soal samada sidang itu sah atau tidak, dapat perkenan Sultan atau pun tidak, itu bukan tugas polis memutuskan untuk dijadikan alasan menghalang wakil-wakil rakyat itu untuk mengadakan persidangan,” bentak seorang pemimpin PKR.
“Kita ada undang-undang tetapi yang jelas, polis meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka untuk melakukan apa saja kepada rakyat,” tambahnya lagi.
Perbuatan menyoalsiasat ADUN-ADUN Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jelas menunjukkan Ketua Polis berkenaan terlalu biadab dan tidak menghormati seseorang yang telah dipilih secara sah oleh rakyat.
“Kami meminta Ketua Polis itu meletakkan jawatan dan kemudian bertanding di dalam pilihanraya jika merasa dirinya telah terlalu hebat dan jika nak sangat jadi jaguh,” katanya.
Malah beliau dicabar menahan dan menangkap semua ADUN-ADUN pakatan Rakyat jika Polis merasakan tindakan mereka tidak salah.
“Jangan tangkap satu dua orang, tangkap semua termasuk Datuk Seri Nizar dan jika dia boleh, tangkap semua rakyat yang sokong Pakatan Rakyat di Perak,” tegasnya lagi.
Episod yang berlaku menampakkan kepada mata dunia bagaimana polis Malaysia tidak profesyenal malah sebenarnya menjadi alat kepada pihak tertentu di dalam menjalankan tugasnya.
Membelakangkan fakta bahawa di dalam menjalankan tugas mereka juga sepatutnya mematuhi undang-undang, tetapi apa yang berlaku polis menjadikan mereka superhero meneruskan tradisi membelasah rakyat.
“Mereka sanggup mengKugankan sesiapa saja untuk menunjukkan kuasa, bukan untuk menjaga ketenteraman awam,” tambahnya dengan merujuk kepada tindakan polis berkenaan tidak ubah seperti tindakan polis ke atas Kugan yang mati didera dan dibelasah oleh pihak polis semasa Kugan berada di dalam tahanan.
AKHBAR PERANCIS, LIBERATION HARI INI MENDEDAHKAN BAGAIMANA DAN MENGAPA ALTANTUYA DIBUNUH - Malaysiakini
Terjemahan berita dalam Bahasa Malaysia boleh dibaca disini.
Posting Asal
Semakin dekat Najib Razak mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Abdullah Badawi, semakin banyak rahsia terbongkar. Hari ini, Liberation sebuah akhbar di Perancis mendedahkan mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan beberapa fakta yang belum diketahui oleh rakyat Malaysia.
Arnaud Dubus wartawan yang berpengkalan di Bangkok, Thailand telah membuat kajian mengenai kes pembunuhan berprofil tinggi tersebut dan pernah ke Kuala Lumpur, Mongolia dan Perancis untuk melengkapkan kajiannya. Dalam tulisannya yang bertajuk The Altantuya Shaaribuu’s Case : How and why she was killed? beliau telah mendedahkan bagaimana Azilah Hadri memberitahu Sirul Azhar Umar bahawa mereka akan mendapat bayaran sekitar RM 50,000 - RM 100,000 untuk “menyelesaikan” Altantuya.
Selain daripada itu, berita tersebut turut melaporkan tentang bagaimana Altantuya merayu kepada Sirul agar tidak dibunuh oleh kerana beliau sedang mengandung pada ketika itu.
Turut didedahkan dalam laporan tersebut ialah mengenai wang komisen yang seharusnya dibayar kepada Altantuya sebanyak USD 500,000 telah dinafikan oleh isteri kepada Najib Razak, Rosmah Mansor yang didakwa oleh laporan tersebut sebagai seorang “perempuan yang kuat cemburu”. Lihat laporan asal disini. (Mukasurat 30-31, tetapi anda perlu membayar untuk melihat berita penuh).
Malaysia Today pada hari ini menyiarkan kenyataan Sirul Azhar Umar pada 19 November 2006 mengenai bagaimana Altantuya dibunuh dan tentang mereka telah diupah untuk membunuh Altantuya. Klik disini.
Sudah pastinya ini adalah alamat yang tidak baik kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor. Apa pun yang mereka lakukan untuk menutup kes ini, “Hantu Altantuya” tidak akan hilang dari bayangan mereka.
Dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi sebelum menjadi Presiden Umno yang sah dan Perdana Menteri Malaysia, Najib tentu pening kepala. Lebih keras beliau bertindak, lebih banyaklah maklumat baru akan didedahkan.
Satu soalan kini yang bermain dikalangan rakyat Malaysia ialah sempatkah Najib menjadi Perdana Menteri?
KALAU SAIFUL BUKHARI MATI : MOHON PANDANGAN MEREKA YANG TAHU UNDANG-UNDANG - Malaysiakini
Sebelum ini, Musa Hassan telah pun mendapat ”hadiah istimewa” di atas segala sumbangan bakti dan peranan jahatnya dalam menganiaya sesama Islam terutama pembangkang demi menjilat titah perintah syaitan-syaitan yang menjadi tuannya. Meskipun Musa terselamat dari maut, namun beliau terpaksa melalui saat
Kini, Saiful Bukhari Azlan, si anak haram bersekongkol mencipta dusta dan bencana di muka bumi Malaysia ini kerana sanggup menjadi budak suruhan pembunuh Altantuya untuk mengenakan Anwar. Malah saya mendapat maklumat sekiranya pembunuh Altantuya menjadi PM tidak lama lagi, maka Anwar akan disumbat ke dalam penjara selama 15 tahun kerana kesalahan meliwat anak haram Saiful itu. Untuk itu saya harap Anwar dan rakyat yang cintakan keadilan dapat memastikan hal ini tidak terjadi. Jangan sampai Anwar teraniaya lagi dek kerana ketakutan melampau pembunuh Altantuya terhadap Anwar. Sementelah mentornya si nyanyuk Mahathir adalah dalang penasihat di belakang tabir yang menyuruh agar Anwar mesti ”didiamkan” untuk keselamatan kekuasaan pembunuh Altantuya itu.
Berhubung dengan kes liwat Anwar ini, saya ingin mendapatkan pandangan dan ulasan daripada ahli-ahli perundangan apakah kesannya ke atas perjalanan kes tersebut sekiranya si anak haram Saiful itu mati? Ini kerana saya bercadang pada masa yang sesuai tidak lama lagi, sekiranya kes Anwar ni berjalan dalam keadaan pincang dan tempang, maka si Saiful itu akan dimusnahkan secara batin dari jarak jauh. Tidak kira apa cara sekalipun kematian beliau, samada kemalangan, mati mengejut dan sebagainya, namun ajalnya akan tiba berkat ”usaha” saya. Sebagaimana saya ”mengajar” Musa Hassan tahun lepas erti kesombongan, maka si anak haram Saiful ini juga perlu diajar dan tempat yang paling baik untuk beliau diami adalah bilik 4x6 di bawah tanah !!
Suka saya mengingatkan mereka yang terlibat dalam kes penganiayaan ke atas Anwar ini agar tidak memandang enteng amaran saya ini. Jika tidak percaya cuba renung dan ingat kembali kisah 10 tahun lalu dan akibatnya ke atas mereka-mereka yang menganiaya Anwar. Anda semua boleh merujuk semula semua tulisan-tulisan dan amaran saya selama ini. Ketika menjadi PM, Mahathir boleh menafikan beliau mendapat kemalangan semasa di Argentina pada tahun 1999 dahulu. Perlu diingat bahawa kaedah pemusnahan secara batin ke atas seseorang yang berdosa seperti konspirator mempunyai banyak cara. Tidak perlu saya ulas di sini kerana mereka yang ada akal boleh berfikir sendiri.
Saya akan memerhatikan dengan teliti kes Anwar Ibrahim ini sama seperti 10 tahun dahulu. Sekiranya pakar-pakar perundangan mengatakan bahawa kes akan digugurkan sekiranya si anak haram dah mampos., maka Insya Allah Saiful akan menjadi sasaran saya selepas ini. Jika ini sahaja yang dapat mengajar dan menyedarkan anak haram ini daripada bersekongkol dengan para syaitan itu, maka saya tiada pilihan melainkan mengirimkan ”jurus kebatinan pemusnah” untuk melenyapkan Saiful daripada muka bumi ini. Daripada hidup bergelimang dosa lebih baik mati bergelimang tanah – kata P. Ramlee dalam filem Semerah Padi. Dan ini tepat untuk budak jahat bernama Saiful itu.
Kepada Saiful, ingat bahawa ini bukan acah-acah atau ugutan kosong. Hitunglah hari-hari anda. Jurus batin ilmu Kiyai Salleh tidak mampu disekat kecuali oleh Allah s.w.t. Anda akan terselamat sekiranya kembali kepada kebenaran dan bertindaklah dengan betul untuk membetulkan kesilapan anda. Ingat, Najib Razak sama sekali tidak mampu menolong kamu wahai Saiful daripada bakaran api neraka. Di atas dunia ini kamu boleh sahaja berseronok atau menerima habuan wang ringgit daripada Najib untuk mengenakan Anwar tetapi apabila kamu sampai ke lubang kubur, Najib dan syaitan akan berlepas diri daripada kamu. Sayang sekali umur muda kamu sia-siakan untuk menjadi barua dan anjing semata-mata.
Ingat Saiful, apabila datang ketentuan Allah s.w.t dan jurus kebatinan yang aku kirimkan kepada kamu terkena ke atas batang tubuh kamu, ketika itu tiada lagi penolong dan tiada lagi maaf bagimu. Tiada lagi Najib Razak untuk kamu bersandar kepadanya. Yang menanti adalah lubang kubur !!
Penolong orang yang teraniaya,
Cucu Datuk Bahaman – pewaris ilmu Kiyai Salleh
Batu Pahat, Johor.
6 Mac 2009.
AYUH, SEMARAKKAN HIMPUNAN 100 RIBU MANSUHKAN PPSMI ESOK - Malaysiakini
Menurut Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Hasni Abas, perhimpunan akan diadakan di tiga lokasi bermula 2.00 petang iaitu Pusat Perniagaan SOGO, Central Market dan Masjid Negara yang kemudiannya berarak ke Istana Negara untuk serahan memorandum.
"Bagi memudahkan perjalanan himpunan ini maka semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam untuk hadir dalam himpunan ini. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang.
"Kawalan keselamatan akan dibantu oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara. Permit himpunan telah dipohon kepada Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara. Peserta adalah dilarang sama sekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang simbol parti juga tidak dibenarkan," katanya dalam satu kenyataannya sebelum ini
Pimpinan yang akan turut sama dalam himpunan ini adalah Dato' A.Samad Said, Dato' Dr Hassan Ahmad, Dr Shaharil Mohamad Zain, Prof Emeritus Abdullah Hasaan, Prof Emeritus Dato' Nik Safiah Karim, dan diikuiti pemimpin terkenal Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi.
Warna tema himpunan pada hari tersebut ialah 'putih' dan peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI, katanya.
"GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP.
"GMP penuh berkeyakinan bahawa 100,000 rakyat Malaysia akan berkumpul dihadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang," katanya.
Rabu, 4 Mac 2009
KRISIS DI PERAK : BUBAR SAJALAH - Malaysiakini
Hari ini terciptalah sejarah di negeri Perak. Walaupun dewan untuk bersidang dikunci dan polis digunakan untuk menghalang persidangan daripada dijalankan, Speaker Negeri Perak, V. Sivakumar telah mengambil satu keputusan yang revolusioner apabila memanggil persidangan DUN Perak dibawah sebuah pokok yang terletak berhampiran dengan pintu masuk bangunan SUK Perak.
Persidangan yang bersejarah tersebut meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar, meluluskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan menyokong pengantungan terhadap Zambri Kadir dan barisan exconya.
Ini adalah satu pendidikan politik revolusioner yang telah diberikan kepada rakyat negeri Perak. Persidangan berlansung dengan disaksikan oleh ribuan rakyat. Utusan Malaysia cuba menipu dengan mengatakan hanya 50 orang yang menyaksikan persidangan tersebut.

Gambar diambil dari blog delCapo
Pokok tersebut kini menjadi simbol kepada rakyat Perak yang mempertahankan demokrasi sehingga keakhirnya. Keberanian ini haruslah disanjung dan dijadikan iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia untuk meneruskan perlawanan untuk menegakkan demokrasi! Salute kepada rakyat Perak!
Posting asal
Kasihan Barisan Nasional. Rampas negeri dulu tak fikir betul-betul, tak semak betul-betul.
Sekarang kan dah susah…..
Bubarkan ajaleh…..
sumber : http://aminiskandar.wordpress.com
SIDANG BAWAH POKOK ADALAH TINDAKAN YANG REVOLUSIONER - Malaysiakini
Oi Yob, Parameswara mendapat idea untuk menubuhkan kerajaan Melaka ketika baginda berehat di bawah pokok.
Isaac Newton menemui teori gravity semasa dia sedang duduk di bawah pokok. Pada waktu itu dia mendapat idea hasil dari pemerhatian ke atas pergerakan epal ketika jatuh ke tanah.
Jadi, apakah hikmah dari sidang DUN bawah pokok ini?
Ianya bolehlah dilihat sebagai idea 'permulaan kepada pengakhiran karier politik Najib Altantuya!'
KRISIS PERLEMBAGAAN DI PERAK - Malaysiakini
Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.
Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.
Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.
Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.
Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.
Dilaporkan oleh isteri YB Dato' Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, "Insya Allah, tidak".
Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.
Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.
Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, "Innallaha maa Sobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.
Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).
Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-
1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN
2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN
3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)
4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.
Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-
i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.
ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.
iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.
iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.
v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT
vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.
vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.
viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.
ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.
x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance" (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato' Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, "under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal".
Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.
xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.
xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.
Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".
Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".
DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).
Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.
Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.
Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan...........
Selasa, 3 Mac 2009
ZAMBRI MAHU IKUT SIDANG TERGEMPAR DUN - Malaysiakini
http://alhusseyn51.blogspot.com
MISBAH SU DEWAN UNTUK DUN PERAK YANG BARU - Malaysiakini
Kenyataan itu diumumkan dalam sidang akhbar sebentar tadi di sini.
http://idhamlim.blogspot.com