Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 30 Januari 2007

BAGAIMANA JIKALAU PAS BOIKOT PILIHANRAYA UMUM ?????

OLEH : BUDI

Isu pemulauan pilihanraya kecil Batu Talam oleh PAS dan beberapa rakan dalam BA memang telah diketahui umum. Namun Barisan Nasional agak bernasib baik dipusingan pertama ini apabila ada "budak kecil" tampil menyelamatkannya dari menerima malu. Samada budak itu ditaja atau tidak, bukan persoalannya. Yang jelas pada pandangan saya, BN cukup gembira dengan pertandingan itu walaupun jelas tidak seimbang.

Apa pun, Barisan Nasional yang mewakilkan UMNO untuk menentang "budak kecil" itu terus juga menggiatkan kempen. Ramai hulubalang telah pun turun kegelanggang dengan membawa senjata projek pembangunan dan bantuan segera. Cuma penghulunya saja yang belum turun dan nampak seperti kurang berminat. Dan satu yang agak janggal pada kempen pilihanraya kali ini ialah apabila tiada (atau belum ada) majlis penyerahan borang memasuki UMNO. Rasanya tidak sempurna kempen UMNO jikalau tiada majlis seumpama itu. Biarkanlah si UMNO terjun dengan labunya.

Dari apa yang saya perhatikan rupanya UMNO cukup cemas dan panik dengan tindakan boikot ini. Komen yang mereka berikan sekadar menyedapkan hati penyokong mereka. Hakikatnya masih ada yang tak berani membuka mulut atau lebih berhati hati apabila mengulas. Bagi penyokong UMNO yang "buta politik", sekarang mula nampak dan faham kenapa pembangkang bertindak sedemikian. Itulah orang melayu, perlu diasak kuat untuk menyedarkannya. Pada pusingan ini saya melihat PAS telah berjaya.

Bagaimana pula dengan pilihanraya umum? Naib presiden PAS - Dato' Husam Musa pernah membayangkan kemungkinan boikot juga akan dilakukan. Terserahlah kepada pimpinan membuat keputusan. Yang pasti muktamar PAS disemua peringkat kali ini akan "panas" dengan isu pemboikotan ini.

Namun pada hemat saya, adalah wajar kiranya PAS memboikot pilihanraya umum selagi tuntutan pembersihan SPR tidak dilayan. Kita semakin letih mengikut kerenah mereka. Menyertai pilihanraya bermakna kita rela ditipu dan merelakan mereka menipu. Biarlah kita tawakuf sementara kerana inilah satu jalan untuk mengajar mereka.

Isnin, 29 Januari 2007

CERAMAH MAT SABU DI MELAKA

CERAMAH ISU SEMASA
HANGAT KISAH BATU TALAM DAN BANJIR
PENCERAMAH : MOHD SABU
NAIB PRESIDEN PAS PUSAT
TARIKH : 30 JANUARI 2007 ( SELASA )
TEMPAT : PARIT PERAWAS, SUNGAI RAMBAI
MASA : 9:00 MALAM
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MENDAPATKAN ISU-ISU TERKINI.!!!

Jumaat, 26 Januari 2007

CADANGAN ALI RUSTAM MEWUJUDKAN PERKAMPUNGAN ARTIS DI MELAKA....

Ketua menteri Melaka Datuk Seri Haji Mohd Ali Rostam telah mencadangkan satu perkampungan golongan artis "ala Hollywood" diwujudkan di negeri Melaka. (Utusan Malaysia - 19/1/07). Berucap pada majlis simbolik "Kahwin-kahwin Melaka" yang diadakan di Ayer Keroh baru-baru ini, beliau mencadangkan tapak perkampungan itu diadakan di Tehel atau Lipat Kajang -Jasin.

Idea "bernas" yang diilhamkan Ketua Menteri ini kononnya adalah untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Melaka. Samalah halnya apabila beliau membina masjid selat Melaka, untuk menarik pelancong juga. Apakah konsep perkampungan itu??? Adakah wajar dijadikan contoh, gaya kehidupan artis Hollywood yang bongkak dengan kemewahan dan mendepani fesyen.

Bagi saya tidak ada istimewa atau elitnya golongan artis sehingga hendak diberikan satu kawasan perkampungan . Kebanyakan artis di Malaysia cuma bangga dengan populariti dan glamour. Jauh sekali kalau mahu dijadikan "role model" bagi remaja Kita bukan menghina atau menafikan sumbangan yang telah diberikan golongan tersebut. Bukankah sumbangan mereka telah dibalas dengan pelbagai anugerah berprestij diakhir tahun. Media masa juga memberi layanan istimewa untuk mereka lebih dari ulama. Mengangkat mereka terlalu tinggi bermakna menyemarakan lagi budaya hidonis didalam masyarakat. Bukankah muda mudi kita semakin tenat dengan penyakit ini??

"Semua pihak hendaklah memandang serius perkara ini dan bersatu menentang idea songsang ketua menteri. Adalah lebih baik beliau memberikan tanah kepada rakyat miskin di Melaka yang lebih memerlukan" komen ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Bin Haji Sedek

Selasa, 23 Januari 2007

KONSERT RENTAQ SERANTAU WAJIB DIBATALKAN

Saya ingin merujuk kepada iklan penganjuran Konsert Rentaq Serantau yang akan diadakan pada hari sabtu 3 Februari 2007 di Stadium Melawati Shah Alam. Konsert tersebut yang dianjurkan oleh Syarikat Telekomunikasi Digi bakal menampilkan empat penyanyi terkemuka dari Malaysia dan Indonesia iaitu Search, Ella, Radja dan tidak ketinggalan, Inul.

Bak ungkapan Pepatah Melayu "Alah bisa tegal biasa", penganjuran konsert seperti di atas sudah biasa diadakan apatah lagi melibatkan artis-artis tempatan mahupun dari Indonesia namun apabila sesebuah konsert itu menampilkan Inul maka pasti majoriti Masyarakat Malaysia risau dan gusar akan keterlibatan artis tersebut untuk membuat persembahan.

Kehadiran Inul pasti sekali lagi menimbulkan kontroversi terutamanya apabila beliau menari dengan tarian yang mengghairahkan sambil menyajikan goyang gerudinya. Lantas timbul satu persoalan, apakah goyang gerudi inul itu sudah dihalalkan di negara ini untuk dipertontonkan kepada umum? Umum mengetauhi Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh harus dijauhkan daripada sebarang unsur-unsur yang cuba memberikan impak negatif kepada status ke-Islaman Malaysia itu sendiri.

Apakah dengan niat untuk berhibur dan memikirkan keuntungan semata-mata, maka kita agak lunak di dalam membiarkan artis yang lebih goyang punggung daripada menyanyi hadir dan melekakan malah pasti menaikkan syahwat penonton-penonton konsert berkenaan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda dan pelajar.

Apakah semata-semata untuk menunjukkan kita bersikap toleransi terhadap fenomena budaya global, maka kita sanggup melihat idealisme, spiritualisme serta intellektualisme generasi muda kita dicabut tanpa kita sedari?


Di dalam melihat perkara di atas sudah tentu, beban kesalahan tidak harus diletakkan kepada Inul itu sendiri tetapi kepada pihak berwajib yang menjemput beliau untuk membuat persembahan terbuka kepada khalayak ramai.

Masyarakat Malaysia secara umumnya masih belum boleh menerima Inul untuk membuat persembahan di negara ini memandangkan gaya persembahan beliau yang dikira lucah malah memalukan untuk ditonton.


Apakah pihak penganjur konsert berani untuk memberikan jaminan agar beliau tidak menyajikan goyang gerudinya ketika membuat persembahan? Dan jikalau ada jaminan pun, konsep persembahan beliau tidak sesuai malah bertentangan dengan syarak, adat dan budaya ketimuran yang masih menjadi pegangan dan jati diri Masyarakat Malaysia.

Seharusnya pihak penganjur harus peka terhadap pelbagai usaha yang dijalankan oleh semua pihak terutamanya pihak kerajaan di dalam memastikan golongan muda di Malaysia membangun dengan keberdayaan akal fikiran yang sihat dan menjauhi gejala-gejala yang merosakan terutama yang menghakis akhlak dan sahsiah generasi muda.

Penganjuran konsert sedemikian pasti bertentangan dengan usaha terkini yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan untuk mempertingkatkan kualiti pelajar. Di dalam halaman 67 pelan berkenaan, pemugaran kepada usaha-usaha cintakan ilmu pasti akan tidak kesampaian apabila penganjuran konsert-konsert seperti di atas dibudayakan malah diberikan publisiti meluas kepada masyarakat dan generasi muda yang pasti dahagakan cinta gejala hiburan melampau pula.

Penganjuran sesuatu konsert itu tidak salah asalkan ianya diurus dan diisi dengan program-program yang tidak merosakkan nilai, jatidiri serta akhlak penontonya.

Justeru, memikirkan bentuk pengisian konsert Rentaq serantau tersebut serta kesan-kesan negatif yang bakal dirasai oleh generasi muda dan Masyarakat Malaysia, konsert sedemikian wajib dibatalkan!



Yang Benar,
MUHAMMAD BUKHORI BIN ALIAS,
Setiausaha Agung,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
212, Anjung Rahmat,
Batu 6, Gombak,
53100, Kuala Lumpur


sumber dari FORKAD yahoogroups

Ahad, 21 Januari 2007

KES KEMATIAN PELATIH PLKN

OLEH : BUDI

Kes kematian pelatih di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) - Ayer Keroh sekali lagi mengejutkan banyak pihak terutama ibu bapa. Kita tidak pasti apakah sebanarnya punca kematian tersebut. Menurut laporan akhbar, Illi Ameera Azlan meninggal dunia kerana mengalami sesak nafas. Sedangkan kenyataan dari datuknya menyatakan beliau tidak menghidapi sebarang penyakit serius dan telah membuat pemeriksan doktor sebelum menyertai PLKN. Namun beberapa kes di PLKN sebelum ini perlu juga diberi perhatian dan tindakan seadilnya.

PLKN yang ditubuhkan selepas era reformasi memang diragui misi dan pengisiannya. Saya berani mengatakan bahawa kecenderungan dan keterbukaan minda anak muda mendesak pemerintah untuk menubuhkan PLKN. Bekas-bekas pelatih pernah memaklumkan apa yang diajar dan apa yang sebenarnya berlaku di Kem PLKN itu. Sebab itulah dari awal penubuhannya diragui dan ditentang pembangkang.

Banyak kes yang pernah kita dengar dan mungkin ada yang disembunyikan. Sebelum ini telah berlaku kes pelatih dirogol, pergaduhan dan pelbagai penyakit misteri. Cuba kita fikirkan apakah tanggapan dan perasaan ibubapa yang 'terpaksa' meletakan anak mereka dalam kem latihan yang diragukan ini. Malah ada pelatih perempuan yang bertudung dan menutup aurat mula meninggalkan amalan tersebut selepas menamatkan latihan. Ini bukan masalah kecil dan terpencil. Satu kajian perlu dibuat bagi menilai semula keberkesanan program tersebut.

Ketua Pemuda Pas Melaka - Ustaz Kamarudin Bin Haji Sidek menyatakan kekesalan apa yang berlaku dan mengharapkan satu siasatan menyeluruh dan adil dilakukan. Beliau juga mensarankan agar dasar dan kaedah latihan PLKN dikaji semula supaya pulih kebimbangan dan keraguan ibubapa pada PLKN itu.Tambahnya lagi "saya mengharapkan keluarga Allahyarhamah bersabar dengan ujian ini dan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang - orang yang soleh , insyallah".

Rabu, 17 Januari 2007

APABILA BA BOIKOT PILIHANRAYA BATU TALAM....

OLEH : BUDI

Umum telah mengetahui bahawa PAS,PKR dan beberapa NGO telah sepakat untuk memulaukan pilihanraya kecil N-06 Batu Talam, 28 hb januari nanti.Alasan dan hujah yang diberikan memang tepat sebagai pengajaran bagi kerajaan BN dan kompenennya yang ke 14, SPR.

Timbalan Presiden Pas - Ustaz Nasarudin Md Isa didalam ceramahnya di Merlimau baru-baru ini menegaskan bahawa "tindakan keras yang dibuat oleh gabungan pembangkang dan NGO ini adalah sebagai amaran dan tapak permulaan bagi melihat landkap politik di Malaysia berubah." Saya tidak berniat mengupas apa juga alasan yang diberikan. Sebagai ahli yang telah mendapat tarbiyah , keputusan pimpinan sentiasa ditaati. Hatta jika pimpinan membuat keputusan bertanding sekali pun kami bersedia untuk membantu.

Dan seperti yang telah dijangkakan keluarlah pelbagai anggapan dan tuduhan dari pimpinan UMNO juga wartawan upahan mereka. Ada sindiran dan ada juga yang menzahirkan lawan sifat pandai mereka. Saya cuba menjawab dan menyimpulkan apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia (13 Jan 2007) didalam kolum "Pada Hemat saya".

1.Persoalan "PAS tiada peluang untuk menang". Saya ingin katakan dalam politik apa-apa pun boleh berlaku sebagai contoh di Lunas - Kedah. Tidak ada istilah kawasan selamat bagi mana mana parti politik kerana rakyat semakin peka dan bermaklumat. Sebab itu PAS bertanding juga di Sabah dan Serawak.

2."SPR menjalankan tugas dengan jujur". Pada hemat saya inilah satu-satunya wartawan Utusan Malaysia yang tidak membaca Utusan Malaysia. Sila rujuk (Utusan Malaysia-8 Jan 07) kenyataan pengerusi SPR.

3."Dakwaan DAP tidak protes proses pilihanraya". Saya akui dan dimaklumkan, DAP tidak terlibat dalam boikot ini namun bukan bermakna DAP mengakui proses pilihanraya ini benar bersih. Telah beberapa kali juga DAP mengadakan perbincangan dengan SPR (tidak dilaporkan dalam Utusan Malaysia) dan DAP juga pernah menyokong kaedah mencelup jari dengan dakwat bagi mengelakan pengundian lebih dari sekali.

Kesimpulannya, pada hemat saya tak perlulah UMNO bersusah hati dengan tindakan boikot ini. Sebagai contoh orang yang tak mencuri, tak perlu takut dengan polis. Begitupun projek dan bantuan segera untuk penduduk Batu Talam hendaklah diteruskan. Kain batik dan kain pelikat serahkan pada yang berhak. Anak angkat puteri jangan diusung sana kemari. Ada juga pemimpin UMNO Pahang yang berkata tindakan boikot ini sebagai "potong stim".!!! Yang jelas UMNO memang "stim" dengan pilihanraya.Jangan lepaskan "stim" itu.

Selasa, 16 Januari 2007

MAJLIS DAERAH JASIN JADI PERBANDARAN...

OLEH : BUDI

Bermula 1hb Januari 2007, Majlis Daerah Jasin (MDJ) telah dinaikan taraf menjadi Majlis Perbandaran. Upacara pengistiharannya akan disempurnakan oleh mantan setiausaha agong UMNO yang kini bergelar Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Mohd Khalil Yaakob. Tarikh asal perasmian pada 15 hb Januari 2007 telah dipinda kepada 17hb Januari kerana meraikan pemergian Ketua Menteri ke Batu Talam untuk berkempen memastikan kemenangan besar BN.

Pekan Jasin yang pernah ditenggelami banjir baru - baru ini telah ditukarkan wajah sesuai dengan taraf barunya. Pasar dan kedai perniagaan diberi peruntukan khas untuk dicat semula. Begitu juga longkang dan landskap taman dibersih dan dihias. Suasana malamnya gemerlapan dengan lampu yang berwarna-warni.Semuanya seakan baru kecuali pintu tandas awam dipasar Jasin yang tak sempat dipasang selak.

Semua kontraktor diarah menjalankan kerja kerja tersebut. Ramai yang hairan dan bertanya, kenapa kerja-kerja persiapan ini dijalankan dalam masa yang agak suntuk. Suasana di Jasin seakan kelam kabut tambahan pula musim hujan yang tidak henti-henti.Banyak kerja yang mungkin tidak dapat disiapkan dan ada juga yang rugi. Dari apa yang saya saksikan persiapan ini, seolah olah tidak ada perancangan yang baik dan terburu-buru.

Penaiktarafan MDJ kepada perbandaran seharusnya dibanggakan. Namun tidak ada nilainya disisi warga Jasin kiranya perkhidmatan yang diberikan sama seperti sebelumnya. Menurut Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Yuhaizad Bin Abdullah, "jangan jadikan penaiktarafan ini sebagai alasan untuk menaikan cukai pintu, parking, lesen perniagaan dan sebagainya. Rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang dan taraf hidup yang meningkat."

Tambah beliau lagi, "PAS mengucapkankan tahniah kepada MDJ yang dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran dan mengharapkan jalinan kerjasama dapat dieratkan dari semasa kesemasa."

Jumaat, 12 Januari 2007

ROMBAK SPR, JANGAN SEKADAR CADANGAN....

OLEH : BUDI

Cadangan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abd Rashid Bin Abd Rahman supaya badan itu distruktur semula dan undang - undang pilihanraya dirombak secara drastik telah mendapat perhatian dan pandangan dari banyak pihak.

Menurut ketua pemuda PAS negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Bin Haji Sedek, beliau sangat bersetuju dan mengalu alukan cadangan tersebut serta mengharapkan pihak kerajaan akur dengan cadangan tersebut. Tambahnya lagi , 'SPR sepatutnya bertindak bebas tanpa takut tekanan dari mana-mana pihak.Kenyataan pengerusi SPR itu juga membenarkan telahan PAS sebelum ini bahawa kerajaan memperalatkan sistem dan undang - undang pilihanraya untuk kepentingan politik BN'.

Sememangnya kita akui banyak berlaku pelanggaran undang-undang pilihanraya. Pengurusan sesuatu pilihanraya itu sendiri nampak seakan memihak kesebelah BN. Jika kita lihat dinegara luar yang miskin seperti Indonesia, Bangladesh atau India, ketelusan perjalanan pilihanraya diutamakan.Maka sebab itulah mereka berani menjemput badan bebas antarabangsa untuk memantau.Sebaliknya tidak berlaku disini. Banyak perkara yang telah dan boleh dipertikaikan, sebagai contoh bagaimana hanya BN sahaja yang boleh berkempen diTV dan radio sedangkan 'lawan mereka' dinafikan hak sama sekali. Apakah adil namanya itu?

Sebagai parti politik, PAS telah banyak kali mengemukan beberapa cadangan kepada SPR. Yang terakhir, cadangan supaya pengundi mencelup jari dengan dakwat bagi mengelakan pengundian lebih dari sekali. Namun SPR menganggap sepi dan ketinggalan zaman.Saya cuma merasakan sedikit keraguan. Kenapa dengan tiba-tiba saja pengerusi SPR itu menjadi berani dan mengeluarkan kenyataan. Atau apakah sekadar mahu mengembalikan imej SPR yang telah tercalar dan sememangnya bermasaalah itu....Apa pun marilah kita sama-sama menyaksikan sampai kemanakah cadangan pengerusi SPR itu.

Dan seperti yang dijangka, pemimpin kerajaan khususnya Dato' Nazri Abd Aziz seakan cacing kepanasan mendengar kenyataan pengerusi SPR itu. Sebenarnya inilah pemimpin yang memiliki minda kelas ketiga atau lebih atau tak ada kelas. Menganggap SPR telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang 50 tahun dari kacamata pemerintah sedangkan pengerusi SPR itu sendiri mengakui ada kekangan dalam menjalankan tugas.Sepatutnya beliau menyambut baik cadangan suruhanjaya bebas yang dicadangkan itu.Apa yang hendak ditakutkan jika benar UMNO/BN telus, tidak peralatkan media,tidak mengugut kakitangan kerajaan, tidak peralatkan jentera kerajaan semasa pilihanraya, pasti rakyat memilih mereka. Serangkap kata Ustaz Kamarudin 'jika SPR benar -benar bebas menjalankan tugas dan pilihanraya berjalan dengan adilnya kemudian rakyat terus menolak PAS, maka saya redha dengan kekalahan itu'.

Rabu, 10 Januari 2007

TIGA TAHUN KEPIMPINAN PAK LAH

OLEH : BUDI

Penggal kepimpinan Dato Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi kini telah memasuki tahun ketiga.Mula melangkah dengan motto gemilang, cemerlang dan terbilang, perangi rasuah, islam hadhari dan terbaru RMK-9 telah menggambarkan betapa besarnya misi dan visi Pak Lah. Begitu jugalah harapan rakyat sebaliknya. Kini semuanya semakin jelas dusta dan merapu. Janji tinggal janji , islam makin hari makin terus dicaci.

Bagi mengembalikan imej dan keyakinan rakyat,baru baru ini telah diadakan satu seminar bersempena tiga tahun pemerintahan Pak lah. Dari amatan saya 'Seminar Kebangsaan Abdullah Ahmad Badawi' itu hanyalah merupakan sekadar bahan kosmetik untuk menyerikan wajah pudar beliau. Tiga tahun pemerintahan beliau semakin terserlah sifat lemah dan perangai sebenar disebalik lembut tingkah lakunya itu.Perlu apa diseminarkan kalau sekadar untuk menyatakan hebat dan 'kerasnya' Pak Lah. Memuji beliau hingga ke lapisan langit ketujuh. Kesimpulannya minta Pak Lah diberi tempoh dua penggal lagi untuk berkuasa..Apa maknanya..??? Budak-budak pun boleh jawab teka teki doktor akedemik itu.

Bermula dengan kisah perebutan jenazah Allahyarham Abdullah Mohamad atau dikenali sebagai Moorthy yang merupakan salah seorang wira Everest yang mengharumkan nama Negara dipersada dunia, diikuti pula dengan kes nyonya Tahir. Disini kita dapat lihat bagaimana bermulanya cara Kerajaan Pak Lah menangani krisis ini dan secara terang kita dapat lihat bahawa ketidaktelusan kerajaan Pak Lah dalam menangani perkara ini dan dapat kita lihat kegagalan kerajaan BN apabila berdepan dengan realiti. Tidak masuk lagi dengan kes yang melibatkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. Dengan negara2 luar memboikot barangan buatan dari negara Denmark sehingga negara sana mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk diatas pemulauan tersebut tetapi Malaysia masih setia dengan mengamalkan dasar tutup sebelah mata, istilah yang digunapakai oleh YB Jasin.

Karisma pemimpin adalah kejayaan melaksanakan perancangan bukan kejayaan membuat perancangan. Cuba kita sorot kembali, diawal pemerintahan, beliau mengistiharkan perang habis - habisan terhadap rasuah . Kini 18 orang berprofail tinggi tersenarai menunggu pendakwaan. Umum pun tahu cuma 2 orang yang dah hilang taring didakwa. Yang lain ???

Sejak RMK-9 diistiharkan agak kurang pimpinan kerajaan menyebut tentang islam hadhari. Semua dah bercakap tentang projek, disini dapat apa? Disana berapa belion? Tepatlah kata seorang sahabat "Islam ada hari bukan islam hadhari"....Saya sekadar merenung dan mengira satu persatu apa yang berlaku sejak negara ini bernaung dibawah nur islam hadhari. Pertama dan yang terhebat adalah pengistiharan diri sebagai tuhan oleh Ayah Pin sedikit masa lalu. Pelik tapi Benar. Adakah dengan merobohkan perkampungan Ayah Pin bermakna Pak Lah telah berjaya menyelesaikan isu tersebut?Ayah Pin dimana ?

Kedua, muncul 'nabi' Abdul Kahar Bin Ahmad dari Ampang , Selangor. Saya tidak berhasrat memanjangkan komen, kerana ianya sensitif dan masih berada dalam perbicaraan mahkamah. Namun apa yang boleh saya katakan dan agak sesuai ialah Abdul Kahar sebagai nabi islam hadhari.

Ketiga,projek meruntuhkan rumah hamba Allah dan rumah Allah. Dulu di Terengganu dan terbaru di kampung Berembang ,Ampang Selangor atas nama pembangunan segala galanya boleh.

Keempat, murtad yang makin subur membiak. Menurut kenyataan Mufti Perak sudah ada 250 000 telah dan sedang menunggu waktu untuk keluar daripada islam.Mengapakah ianya berlaku sedangkan sebelum "datang" islam hadhari tidaklah seteruk ini.


Kelima, banjir besar yang pelik melanda selatan tanah air. Harus juga diingat pada tahun 2005 dan masa yang sama banjir besar telah melanda di Kedah dan Perlis. Saya tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku ada kaitannya dengan apa yang saya nyatakan diatas. Bukankah kerosakan itu bermula dari tangan - tangan yang memilih kebatilan sedangkan mata mereka belum Allah butakan dari melihat kebenaran. Renung-renungkanlah...

Selasa, 9 Januari 2007

SEMINGGU DALAM TAHUN TOL BARU

Assalamualaikum wrbt dan Salam Sejahtera

Buat minggu lepas, ramai antara kita telah pening kepala mengira jumlah kos perbelanjaan anak anak sekolah dengan harapan yang tinggi agak anak anak mendapat ilmu dalam membentuk sahsiah/peribadi mereka setelah melalui dua bulan cuti terus dari membaca buku dan sibuk dengan urusan urusan keluarga. Dan juga ada antara kita terpaksa bergolok bergadai dan juga tak kurangnya meminjam untuk menampung kekurangan. Ini lah pengorbanan ibubapa yang amat perihatin agak anak anak mereka memperolihi tahap pendidikan dan ilmu agar anak anak menjadi MANUSIA SEJATI dan berjaya dalam alam persekolahan.

Baru masa seminggu dalam Tahun TOL, rakyat Malaysia telah disajikan PROGRAM PROGRAM MELALAIKAN di Stadium Bukit Jalil,Stadium Merdeka, Taman Titiwangsa (EYE OF MALAYSIA) dan malam ini.....Anugerah Juara Lagu. Apa kah ayat atau luahan yang tepat untuk kita suarakan? Bagi saya......HIBURAN HIBURAN HIBURAN....LALAI LALAI LALAI....maka jelma lah maksiat.....gugurnya akhlak dan akhirnya....segala pengorbanan ibubapa pada hujung tahun 2006 dan awal Tahun TOL Baru ini, akan menjadi sia sia. Salah siapa?....Anak anak ke?..Ibubapa ke?....Penganjur Hiburan ke?..Pemimpin Pemimpin Yang Paling Sibuk Menanti Kedatangan Pelancong ke? Cuba fikir dengan akal yang waras...siapa yang paling layak mengawal gejala gejala tersebut?

Alangkah lebih menafaat dalam awal awal tahun pendidikan, pihak yang MEMPUNYAI KUASA memberi ruang dalam 2-3 bulan untuk anak anak memberi tumpuan yang tinggi dalam alam pendidikan. Alangkah molek pihak pihak media menganjur program pendidikan dan mempromosi gila gila agar lebih ramai mengambil bahagian....bolehlah kita katakan....Pemimpin Bersama Mendidik Rakyat....ini tidak....apa nak jadi....segala keringat dan duit tabungan ibubapa... HANCUR LULUR....bagi ibubapa yang terpaksa berhutang....bayarlah...ingat MESTI BAYAR ....menjadi sia sia dan menanggung beban sepanjang tahun atau mungkin lebih.

Dan bagi saudara saudara kita SeMalaysia yang ditimpa bencana banjir,bagaimana perasaan dan keluhan hati mereka ketika ini? Apakah bentuk bantuan YANG BENAR BENAR DAH DIBERI.....jangan lah untuk menyedapkan telinga dan mata kita yang tidak ditimpa bencana tersebut. Dan bagi mereka yang bakal dilanda musibah banjir...bagaimana rancangan untuk siap sedia agar jangan melibatkan kerugian besar? Dan sesuatu yang paling menyentuh perasaan....SEBAHAGIAN PEMIMPIN DAN RAKYAT BERHIBUR PADA MASA YANG SAMA ADA SEBAHAGIAN RAKYAT MERATAP MENAMPUNG BENCANA BANJIR.....ini dikatakan....dan menjadi trend kata kata warga BLOG....MALAYSIA SEMUANYA BOLEH...

Bagi mereka yang ditimpa musibah banjir....kami saudara SeMalaysia berdoa agar banyak banyak ....kuatkan fizikal dan mental....dan banyak banyak berdoa agar Allah Swt memberi kekuatan iman dan memberi rezeki yang lebih baik. Bagi kami yang mampu,hulur bantuan sebanyak mungkin, insyallah akan timbul suatu perubahan dalam jiwa kita seagama dan sesaudara SeMalaysia....perubahan yang dimaksudkan....

DAPAT MENILAI MANA YANG PERMATA MANA YANG KACA.....MANA YANG BERSAMA MENDIDIK DAN MEMBANTU RAKYAT ATAU MANA YANG MEROSAKAN DAN MENEKAN RAKYAT.

Akhir kalam, semoga Allah Swt memberi kekuatan iman dan kecekalan hati dalam menempuh dunia Malaysia yang SERBA BOLEH

Wasallam

sumber dari yahoogroups

Sabtu, 6 Januari 2007

DEMONTRASI ANTI KENAIKAN TOL

Tarikh: Ahad 7 Januari 2007
Hari : Ahad
Jam : 4.00 petang

Orang ramai diminta menghadirkan diri dalam perhimpunan aman membantah kenaikan kadar tol di gerbang Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)

Jumaat, 5 Januari 2007

ETIKA BERPAKAIAN, KENAPA BANYAK SOAL????

OLEH : BUDI

Tindakan Majlis Perbandaran Kota Bahru - Bandaraya Islam menguatkuasakan undang-undang kod berpakaian bagi wanita islam haruslah disokong semua pihak. Kalau tidak kerana MPKB-BRI pun, ianya telah dinyatakan dengan jelas di dalam kitab suci al Quran dan disepakati oleh jumhur ulama.

Firman Allah, "hai nabi katakanlah kepada isteri-isteri mu, anak anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin.Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal ,kerana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang" (surah al ahzab : ayat 59)

Jelas dan sepatutnya diyakini dengan sungguh-sunguh serta diamalkan bagi yang mengaku dirinya islam dan beriman dengan kitab suci Allah itu. Saya tidak faham kenapa ada pihak memandang remeh dalam perkara ini.Sebenarnya apa juga hujah dan alasan yang diberikan adalah menggambarkan ketidakpuasan hati mereka dengan perintah yang dinyatakan oleh Allah itu. Janganlah pula kerana berlainan fahaman politik, maka apa yang dibuat PAS semuanya cacat dan tak betul.Persoalan hak kebebasan individu tidak boleh dijadikan alasan untuk menidakan hukum Allah.

Saya tidak merasa hairan dan faham sangat dengan respon Timbalan Perdana Menteri (Berita harian - 6 Disember 2006 ). Tetapi apabila menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab tentang agama Islam sebagai berkata "membanyakkan pinggan mangkuk" (Siasah - Bilangan 0035) amatlah dikesali. Isunya bukanlah besar dan susah sangat. Tetapi sengaja dipersenda , dilawak jenakakan dan tidak mahu disokong .

Benar hukum itu dari Allah, pelaksanaan hukum itu dari kita yang diamanahkan kuasa. Seperti perintah haji dan zakat maka kerajaan membinalah Tabung haji dan pusat zakat.Ataupun perintah larangan berjudi maka kerajaan pun membina 'permis halal judi'? Apakah Dr. Abdullah tidak faham atau berniat supaya rakyat faham sebagaimana beliau faham. Atau apakah beliau penganut fahaman yang meletakan fikiran lebih tinggi dari wahyu. Janganlah kerana tidak mampu melakukan sesuatu maka kita menafikan kemampuan orang lain untuk melakukannya.

Terjemahan ayat diatas bukan berkisar pada perintah menutup aurat sahaja. Malah dengan jelas diterangkan kesan sampingan daripada tidak menutup aurat itu.Wanita yang berpakaian menjolok mata sebenarnya mendedahkan diri mereka dengan perlakuan tidak bermoral seperti gangguan seksual dan sebagainya.

Apa yang berlaku baru-baru di negeri slogan dua kerat (Islam Hadhari -Terengganu Bistari) amat menjijikan dan boleh dijadikan pengajaran. Saya tidak meletakkan kesalahan seratus peratus pada lelaki kerana sifat 'kejantanannya' memang begitu. Kekadang sasau dan meracau. Tambahan pula punca penyakit itu adalah mati bini, memang agak kritikal. Tak kiralah si tua kampung atau pemuda Putra Jaya, masakan boleh tertunduk nafsu melihat putih melepaknya kulit si amoi yang berbaju tapi nampak ketiak itu. Nah, itu yang berstatus 'khalifatul awal islam hadhari' lagi boleh mengimami solat semasa pilihanraya. Bagaimana dengan kebanyakan pemuda @ putera hari ini yang bukan cucu tok guru dan telah tersohor dengan keruntuhan akhlaknya???

Sepatutnya kerajaan 'sementara' Idris Jusoh mencontohi apa yang dipraktikan MPKB-BRI jika tidak mahu peristiwa aib itu berulang. Pastikan wanita disana atau yang datang ke Negeri Islam hadhari itu lebih sopan berpakaian. Sudahlah minyak naik,tol naik, janganlah pula indek zina,buang anak atau gangguan seksual melonjak mata tertinggi dipapan maksiat islam hadhari. Malaysia boleh,BN boleh !!!....BOLEH BELAH !!!!!

sumber gambar diperolehi dari Roslan SMS

Rabu, 3 Januari 2007

SEHEBAT MANUSIA,HEBAT LAGI ALLAH....renung2kan lah

Assalaamualaikum. ..

Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.


1.Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2.Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3.Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4.Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5.Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6.Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7.Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8.Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9.Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab "Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :


1.Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2.Sakit jantung.

3.Penyakit darah tinggi.

4.Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang MEGEMBIRAKAN (bukan menyedihkan) , ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat." Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wassalam...

Selasa, 2 Januari 2007

BANJIR AKHLAK LAGI BAHAYA KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA

OLEH : BUDI

Himpunan 15,000 pemuda PAS di Kota Bahru - Bandaraya Islam baru sahaja berakhir. Lazimnya saat dan ketika itu Serambi Mekah telah bertukar wajah menjadi laut. Namun kehendak Allah tiada siapa yang tahu dan terfikir. Warga Johor dan Melaka pula panik dengan banjir yang tak diduga.

Apa pun objektif penganjur seakan menepati sasaran. Itulah gambaran awal kekuatan dan persediaan jentera pilihanraya pemuda PAS. Ada juga yang menidakkan perhimpunanan itu, kununnya lebih 'aula' daripada menyibukan diri dengan membantu mangsa banjir.

Saya terpanggil untuk membetulkan sedikit tuduhan yang dibuat oleh musuh politik PAS. Sememangnya banjir yang berlaku khususnya di Melaka ini membingungkan banyak pihak. Masakan tidak, tak pernah dialami masalah sebegini. Namun dari segi bantuan, tetap dan telah kami usahakan. Malah tiga hari sebelum berangkat ke Kelantan, PAS kawasan Jasin bersama dengan YB Salahudin Ayub telah 'turun padang' menghulur bantuan kepada mangsa banjir

Di sebuah penempatan banjir (SMK Simpang Bekoh) kamilah yang terawal datang menghulur bantuan. Saya tidak nampak YB Jasin yang 'glamor' pada ketika itu. Malah ketua Dewan Pemuda negeri Melaka telah mengarahkan beberapa orang pemuda (khususnya di kawasan banjir) agar tidak turut serta dalam perhimpunan di Kelantan itu.

Alhamdulillah, pada ketika ini keadaan bertambah baik. Ada mangsa yang telah pulang ke rumah, dan sukarelawan PAS terus menghulur bantuan, terutama kerja-kerja membersihkan rumah, surau dan markaz. Sementara itu, Timbalan presiden PAS,Ust Nasarudin Bin Md Isa telah bermurah hati memberikan seekor lembu untuk dikorbankan sempena Aidiladha. Menurut bilik operasi mangsa banjir - PAS Sungai Rambai, ibadah korban akan dilakukan pada hari raya kedua dan daging akan diagihkan khusus pada mangsa yang telah pulang kerumah masing - masing.

Ambillah pengajaran dari apa yang berlaku dan ambillah peringatan apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi "yang lebih besar dan bahaya adalah banjir akhlak,banjir akidah". Begitulah tajam dan jauhnya pandangan seorang ulama.

Kedudukan banjir akhlak dan banjir akidah mutakhir ini berada pada tahap bahaya dan berjaga jaga. Kalau sebelum ini keruntuhan akhlak dikaitkan dengan muda mudi @ putera dan puteri, namun kini ianya semakin membarah hingga ke yang tua dan tak beristeri juga isteri kenamaan yang berjawatan tinggi. Umum yang telah menyaksikan betapa 'gatalnya' duda dengan pelakon popular. Bukan sekadar itu yang lebih berani dan berahi adalah aksi Datin Seri dengan si Hero Hindustan.

Bilakah surutnya? Apakah langkahnya? Tiada bantuan segera atau peruntukan tambahan melainkan hati yang melihat yang benar itu benar dan yang rosak itu jelik. Sekali air bah..apakah wajah politik Malaysia akan berubah?

Isnin, 1 Januari 2007

PAS PUSAT AKAN BANTU MANGSA BANJIR - TIMBALAN PRESIDEN PAS PUSAT

Sg rambai, Timbalan presiden PAS, Ustaz Nasarudin Bin Md Isa mengharapkan semua mangsa banjir bersabar dan redha dengan ketentuan tuhan. Menurut beliau PAS Pusat akan menghulurkan bantuan yang seadanya untuk mangsa tersebut.


Ustaz Nasarudin yang datang bagi meninjau suasana beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir telah diberi taklimat oleh Ketua Pemuda PAS DUN Sungai Rambai – saudara Aminudin Bin Abdul Jalil. Beliau juga telah dibawa melawat beberapa kawasan dan penempatan mangsa banjir, antaranya di Sekolah Kebangsaan Sebatu, SRJK (c) Chong Hua, Sekolah Menengah Sungai Rambai, Sekolah Kebangsaan Parit Gantong dan Sek Kebangsaan Batu Gajah.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah pesuruhjaya PAS Negeri Melaka , Ustaz Abd Ghani Bin Abd Rahman dan beberapa pimpinan Negeri dan kawasan. Sumbangan dalam bentuk bahan makanan telah disampaikan kepada wakil penempatan disitu.

Sementara itu , Setiausaha PAS Kawasan Jasin , Saudara Abdul Karim Bin Kasim mengucapakan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan. Beliau juga memaklumkan penubuhan jawatan kuasa bencana banjir peringkat DUN Sungai Rambai yang dipengerusikan Haji Muslaini Bin Baharom. Segala maklumat atau sumbangan bantuan bolehlah menghubungi beliau ditalian 019 6826551.