Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 27 Jun 2007

HIDUPKAN NGO MELAYU

Pada 15-16 Jun 2007 menyaksikan suatu acara yang mengundang pelbagai reaksi dan emosi rakyat terhadap kenangan serta jasa yang dicurahkan oleh Allahyarmam Tun Abdul Razak, Perdana Malaysia yang Kedua.

Sekalipun ia adalah acara yang dikendalikan oleh Pemuda Umno Malaysia, ia berjaya menarik kehadiran pelbagai parti politik, ahli-ahli koperat serta badan-badan bukan kerajaan, NGO seperti ProWaris Malaysia.

Dalam sesi-sesi yang disertai oleh para hadirin, ramai tokoh kepimpinan muda yang menampilkan pandangan radikal yang berani mempelbagaikan pendekatan kepimpinan organisasi-organisa si Melayu yang kepada sesetengah penganalisis seperti, sudah hambar, tidak relevan dengan suasana hari ini dan perlu diberi nafas baru.

Kehadiran ProWaris dalam sesi soal jawab dalam forum bersama 2 tokoh politik yang disegani Umno iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam sudah diramalkan akan berlaku pertembungan hangat.

Menyedari falsafah perjuangan ProWaris yang "apolical" iaitu sanggup menegenepikan perbezaan falsafah politik demi mencapai Agenda Melayu dan Islam, ramai yang menantikan isu-isu yang dibangkitkan oleh Presiden ProWaris sendiri iaitu Feriz Omar.

Sekalipun ucapan Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan Malaysia disingkatkan oleh Datuk Mohd Annuar Zaini selaku moderator untuk sesi tersebut, Presiden Prowaris itu telah berjaya mengupas isu sebenar Bangsa Melayu hari ini berbanding dengan Bangsa Melayu ketika pentadbiran Allahyarham Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Katanya, "sesungguhnya cabaran Allahyarham Tun Razak untuk menyatu-padukan bangsa Melayu, Cina dan India adalah TIDAK BEGITU MENCABAR kerana rakyat Malaysia pada ketika itu rata-rata bermentalitikan "HERD SOCIETY" yang bermakna sentiasa mengikut arahan pemimpin".

Fakta yang dibangkitkan oleh Presiden ProWaris itu adalah benar kerana rakyat Malaysia hari ini adalah ternyata jauh lebih berbeza kerana hari ini golongan cerdik -pandai semakin ramai dan tidak putus-putus mengkritik mempersoalkan dasar kerajaan.

Feriz dengan lantang menyatakan bahawa, "ini jelas dan nyata kerana Melayu hari telah berpecah tiga iaitu UMNO, PAS dan Keadilan".

Beliau kemudiannya merujuk kepada Perkara 43 halaman 19 dalam ucapan Tengku Razaleigh yang tidak sempat habis sampaikan oleh Tengku, "Kaum Cina nampaknya tidak berpecah. Walaupun mereka mempunyai tiga atau lebih parti politik, mereka bersatu apabila menghadapi kepentingan bahasa, pendidikan, ekonomi dan kepentingan politik mereka.

Apa-apa desakan atau tuntutan yang tidak dapat disuarakan secara terus terang oleh parti Cina dalam Barisan Nasional, tuntutan itu akan dilancarkan oleh parti Cina yang lain, misalnya Parti DAP, atau oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cina, iaitu Dong Ziao Jong atau Shiu Qiu yang cukup besar dan berpengaruh, disegani atau digeruni oleh pari MCA, Gerakan dan DAP.

Tidak ada parti politik Cina yang berani menggertak atau mencegah kedua NGO Cina daripada bersuara menentang atau mengkritik kerajaan atau menuntut itu dan ini daripada kerajaan.

Feriz lantas melaungkan, "sesungguhnya hak perjuangan Agenda Melayu adalah bukan 100% hak mutlak UMNO; perjuangan Agenda Islam adalah bukan 100% hak mutlak PAS; dan perjuangan menuntut keadilan adalah bukan hak mutlak Parti Keadilan Rakyat. "

Laungannya yang lantang mendapat tepukan gemuruh dari seluruh ruang dewan.

YBM Tengku Razaleigh mengakui bahawa itu adalah kenyataan yang tepat dan sesungguhnya kita perlu menggerakkan NGO-NGO Melayu untuk lebih berani tampil dan pada masa yang sama, Bangsa Melayu perlu memberi sokongan penuh ke atas NGO-NGO Melayu demi Agenda Melayu dan Islam.

Tidak habis dengan isu pertama, Presiden ProWaris itu menerjah dengan soalan mengenai Isu Wilayah Pembagunan Iskandar, suatu persoalan yang ditujukan khas kepada YABhg Tun Musa Hitam.

Katanya, " .... Sir, in the past few months you have been aggressively promoting Iskandar Development Region (IDR). If today we are celebrating Tun Razak, a leader who is claimed to be a democratic leader who would seek people's opinion before making decision, what would he say to you if he were still alive today?"

Tun Musa yang mungkin tidak sangka akan isu WPI dibangkitkan dalam acara menghargai Allahyarham Tun Razak terpaksa membuka bicara dengan satu lawak jenaka kononnya untuk menenangkan suasana dewan, "pasal soalan kedua tu, kita kurang faham kerana Feriz bercakap orang putih ...." dengan harapan mengalihkan pandangan ramai.

Tanpa dijangka, Presiden ProWaris itu menuju ke mikrofon lantas berkata, "... Tun kalau tak faham, saya boleh terjemahkan satu persatu, atau Tun saja buat-buat tak faham ..." untuk mengelakkan Tun Musa dari menepis isu sebenar WPI.

Pada ketika itu, suasana dewan menjadi sepi seketika.

Seluruh dewan terperanjat dengan kenyataan Tun Musa setelah itu. Katanya, " . . . . sorry, Feriz I am not trying to expose you here, but mungkin tuan-tuan dan puan-puan tidak tahu bahawa Feriz Omar adalah ahli keluarga saya sendiri .... dan oleh itu saya terpaksa menjawab isu WPI ini".

Katanya dengan ringkas, "WPI adalah sebenarnya suatu projek terancang untuk mengantarabangsakan Malaysia. Pendekatan cara sebegini diiktiraf oleh Tun Ismail sendiri berpuluh tahun dahulu bahawa ia adalah pendekatan terbaik untuk kita membuka ruang dengan negara-negara jiran agar "berunding-niaga" secara diplomatik dengan tujuan memposisikan ekonomi negara berdasarkan kemudahan infrastruktur seperti lapangan kapal terbang, lebuhraya dan pelabuhan yang terbina dengan pelaburan kerajaan yang berbilion ringgit".

Dalam suatu sesi saya bersama Feriz selepas forum tersebut, beliau menyatakan bahawa, "Isu yang ditujukan sebenarnya bukan kerana Melayu menolak mana-mana pembangunan negara tetapi hari ini, Rakyat Malaysia terutamanya Bangsa Melayu masih tidak puas hati dengan kerajaan yang sentiasa lari daripada berdiskusi dengan Rakyat. Terimalah hakikat bahawa Bangsa Melayu tidak mahu kerajaan melakukan kesilapan yang sama dalam membangunkan Georgetown dan Kuala Lumpur."

"Tidak kira sama ada saya adalah cucu kepada Tun Musa atau tidak, ini persoalan kerisauan Bangsa Melayu terhadap sebuah pembangunan di tanah nenek moyang Melayu Johor yang asal-usul tertubuhnya Malaysia dan menjadi kubu terkuat kepimpinan Melayu pada hari ini," tegasnya.

Pada pandangan saya, ini adalah suatu insiden yang perlu dirakamkan kerana ia adalah realiti sebenar evolusi politik Melayu yang bercanggah dengan "trend" kepimpinan Melayu Muda yang lain. Dalam pertembungan Feriz-Tun Musa itu, kita tidak lihat situasi yang boleh dikatakan biadap atau bersikap kurang ajar tetapi suatu tindakan tegas Melayu Muda dan dibuat untuk memastikan masej itu sampai kepada Tun Musa.

Hari ini, kita lihat bahawa kepimpinan Melayu Muda terlalu terikut sangat dengan tradisi lama, kepimpinan Melayu yang takut menegur kepimpinan tertinggi Melayu apatah lagi daripada keluarga sendiri. Mungkin kerana takut "KEHILANGAN BANTUAN TANGAN GHAIB" atau "KEHILANGAN KEDUDUKAN DALAM PARTI".

Kita nanti saja bila KJ berani membidas Pak Lah; atau pandangan Mukhriz tidak lagi sealiran dengan Tun Mahathir.

Itu pun kalau mereka berani...atau takut tak dapat mencium kerusi Perdana Menteri.

sumber dari ingatan yahoogroups

Selasa, 26 Jun 2007

ISA : KISAH DUA KELUARGA

Saturday, 23 June 2007
Oleh Nashita Md Noor
Pusat Sokongan Keluarga
Gerakan Mansuhkan ISA

AWAL pagi Sabtu 16 hb Jun saya membuka handphone saya setelah semalaman terbiar di dalam beg akibat keletihan. Bertalu-talu sms masuk ke inbox handphone saya. Berita-berita penting pulak tu yang saya ketinggalan. Namun walaupun berita itu menggembirakan bagi keluarga yang telah dizalimi hampir 6 tahun,tapi saya seolah tidak ada perasaan apa-apa ketika membaca sms-sms yang dikirimkan oleh sahabat saya Cikgu Norlaila.

Dua sms dari Cikgu Laila ialah sms yang diforwardkan dari 2 orang isteri tahanan ISA. SMS dari Kak Wan Hamidah menyebutkan lebih kurang " Mohd Sha dah balik, jemput ke rumah lunch, bawa family". Suami Kak Wan mungkin ditahan awal sedikit dari suami Cikgu Laila.

Lebih kurang setahun lebih yang lepas, Kak Wan sering bersama kami dan GMI menjalankan aktiviti-aktiviti bersama GMI. Kak Wan juga salah seorang isteri yang tak lepas peluang untuk setiap program berjumpa Mufti bersama Pak Abu dan GMI.Perjumpaan ini adalah usaha GMI untuk mengenengahkan isu ISA Haram dalam Islam. Tetapi selepas itu Kak Wan membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak.

Memang berat masalah yang perlu ditanggung oleh isteri untuk mencari nafkah dan membesarkan anak-anak yang ramai dan meningkat dewasa tanpa suami di sisi. Alhamdulillah, akhirnya Mohd Sha pulang juga ke pangkuan keluarganya.


Perjuangan isteri dan anak mangsa ISA
Satu lagi sms yang diforwardkan ialah dari Ruzana yang tinggal di Pahang. Juga memaklumkan yang dia mendapat berita yang suaminya juga bakal dibebaskan. Dia mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Laila dan kami di GMI kerana tidak jemu-jemu berjuang untuk bebaskan tahanan dan meMansuhkan ISA.

Ruzana adalah seorang isteri tahanan yang tidak pernah menghampakan harapan kami setiap kali kami mengharapkan kedatangannya ke program-program yang kami jalankan di Kuala Lumpur. Kali terakhir ialah pada pertengahan tahun
lepas ketika bersama program yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat.

Anaknya adalah salah seorang anak tahanan yang membacakan testimony berkenaan penahanan ayahnya dalam slot persembahan dari anak-anak tahanan ISA. Dia menceritakan bagaimana ibunya yang ketika itu mengandung sehingga kematian anak yang dikandungnya.

Pada malam tersebut mereka sekeluarga menumpang tidur di rumah Cikgu Laila. Selesai program tersebut hampir lewat malam, seorang anak Ruzana terkena sakit gatal2 dan bengkak seluruh badannya. Saya membawa mereka ke klinik pada malam itu juga. Sedih melihat nasib mereka sekeluarga.

Siangnya sebelum menghantar mereka ke perhentian bas di Pekeliling, saya membawa mereka sarapan di kedai dan membawa mereka berjalan-jalan di Pasaraya Giant Batu Caves. Puas hati dapat melayan mereka sekeluarga. Alhamdulillah, kini ayah dan suami yang dirindu telah pulang kepangkuan mereka.

Begitulah tugas kami di Pusat Sokongan Keluarga, dengan wang sumbangan dari orangramai, kami cuba memenuhi keperluan kewangan keluarga yang terdesak dan cuba sedaya upaya memastikan mereka tidak terus berada di dalam kesusahan
selagi PSK mampu.

Berita baik tak kunjung tiba
Entah kenapa jari saya tidak tergerak untuk membalas sms-sms yang diforwarkan oleh Cikgu Laila seperti biasa, saya juga lansung tidak cuba memikirkan akan apa agaknya perasaan Cikgu Laila dan mungkin perasaan Siti Normah, Fatma serta isteri2 yang lain yang suami-suami mereka masih tidak dibebaskan. Hari ini baru saya terfikir-fikir sendiri, Bagaimana agaknya perasaan mereka dan anak-anak mereka ketika ini...

Walaupun telah hampir 6 tahun bergelumang dengan kerja-kerja berkaitan akta zalim ISA, mendengar dan menyaksikan sendiri penderitaan hidup mereka, tak mungkin saya dapat memahami mahupun menghayati perasaan dan keadaan hidup mereka kini,esok,lusa atau bila-bila sahaja atau sehingga suami mereka dibebaskan.

Selagi akta zalim ini wujud di negara kita, selagi itu jugalah kita akan terus mendengar kisah-kisah duka akibat penahanan yang zalim dan haram ini.

Namun itulah yang dinamakan kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Hidup mesti diteruskan,perjuang an mesti terus dilaksanakan. SMS ketiga yang diterima dari Cikgu laila,juga diforwadkan. . memberi sedikit ruang untuk saya rasa lebih bertenaga...

USTAZ FADZIL NOOR DALAM KENANGAN

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Hrkh) - Peristiwa 23 Jun 2002 tetap bersemadi dalam memori seluruh umat Islam luar dan dalam negara kerana pada tarikh tersebut perginya idola tersayang, Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor.

Almarhum meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.

Almarhum menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu Alhamrhum dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.

Pemergiannya ditangisi, jasa dan ketokohan Almarhum tiada tolok bandingnya.

Kini lima tahun sudah berlalu, namun memori bersama Almarhum tetap dalam berada dalam lipatan kenangan.

Setiausaha Agong PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar sentiasa mengenang jasa dan ketokohan Almarhum dan yakin seluruh ahli dan kepimpinan PAS turut merasainya.

Beliau yang dihubungi kagum dengan kehebatan dan kepintaran Almarhum memimpin parti dalam menghadapi pelbagai cabaran dari tahun 1990 hingga pertengahan 2002.

Katanya, kejayaan Almarhum memimpin PAS dalam suasana mencabar itu dan telah membawa kemenangan terbesar kepada PAS adalah satu fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan.

Almarhum juga tambah beliau, dapat memberikan gambaran yang tepat berkenaan konsep kepimpinan Ulama dan ia tidak dapat ditandingi oleh tokoh lain.

Kamaruddin berharap ahli dan pimpinan PAS sentiasa memperingati dan mengkaji cara Almarhum memimpin parti selama berpuluh-puluh tahun dengan berbagai-bagai jawatan.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyifatkan Almarhum cukup 'friendly' walaupun beliau seorang pimpinan tertinggi parti.

"Bagi ahli PAS banyak kenangan manis yang patut dicontohi. Almarhum mempunyai sifat 'kebapaan' jika berjumpa muslimat tidak lupa bertanya hal suami," katanya.

Menurut beliau kepetahan Almarhum ketika berdebat dan berceramah memang tidak dinafikan, mudah-mudahan pimpinan PAS seterusnya dianugerahkan oleh Allah mempunyai sifat yang dimiliki oleh Almarhum.

Kepada kaum keluarganya kata beliau, seharusnya berusaha untuk menjejaki langkah meneruskan perjuangan Almarhum.

"Sama-samalah kita kirim al-Fatehah kepada roh Almarhum semoga kita yang akan mengikutinya dipilih oleh Allah termasuk dalam golongan orang yang soleh dengan kerana melaksanakan perjuangan ini kerana Allah," katanya.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berikrar untuk cuba bersungguh-sungguh melangsungkan hasarat dan cita-cita Almarhum mengaplikasikan pendeakatan perjuangan dan menjadikan PAS sebagai sebuah wadah perjuangan yang boleh diterima oleh masyarakat Malaysia.

Menurut beliau, Almarhum telah berjaya meletakkan diirnya bukan sekadar pimpinan PAS tetapi rakyat di luar sana.

Katanya, Almarhum merupakan seorang reformis yang memiliki keberanian untuk melakukan beberapa anjakan paradigma dalam menentukan pemikiran dan hala tuju perjuangan parti.

"Almarhum merupakan contoh ulama kontemporari yang sentiasa menjadikan pengetahuan sebagai asas dalam mendepani cabaran perjuangan," jelasnya.

sumber dari Harakahdaily

Jumaat, 22 Jun 2007

SESAK NAFAS RAKYAT

KAMAL AMIR MENULIS

SEORANG ibu mencangkung di hadapan Pasaraya Jalan Hock Ann, Chow Kit Kuala Lumpur. Matanya berkaca melontarkan pandangan sayu. Setiap warga kota yang mundar-mandir tiada menyapanya.

"Kakak mahu tunggu teksi ke?" saya mengajukan soalan, kerana melihat agak lama dia duduk mencangkung di situ.

"Tidak, akak tengah bingung," jawabnya dalam nada perlahan.

"Kenapa pula? Kakak tinggal di mana? Mungkin ada masalah?" saya mengajukan soalan dalam bengit bahang Kuala Lumpur begitu menyesakkan oleh asap mobil yang lalu lalang.

"Akak tinggal di Keramat, tengah dok fikir, tadi anak akak minta ayam goreng, anak yang nombor dua teringin buah durian, tadi akak ke pasar ikan, harganya tuhan saja yang tahu. Suami akak bagi lima puluh ringgit buat belanja pasar, apalah yang dapat akak beli dengan wang sejumlah itu, duit simpanan akak ada tiga puluh, kesemuanya lapan puluh ringgit." Dia diam seketika sambil anak matanya menjeling kepapan tanda pasaraya.

"Kakak datang naik apa?" tanya saya lagi.

"Tadi naik teksi, tambang teksi mahal, nak balik nanti tentu kena bayar sepuluh ringgit, ayam dalam lima belas ringgit, ikan dan sayur tiga puluh ringgit, kalau beli buah durian sepuluh ringgit, habis macam mana akak nak beli beras dan bawang. Ini yang tengah pening akak fikirkan.

"Beginilah kak, ambil lima puluh ringgit dari saya, anggaplah sedekah ikhlas dan belilah apa yang boleh untuk anak dan kirim salam pada suami kakak," ujar saya sambil berlalu.

Sepanjang memandu kereta menghala ke Bangsar Shoping Centre untuk bertemu saudara Aspan Alias (teman yang tabah mengharungi denai politik negara) fikiran diterpa persoalan, apakah begini nasibnya masyarakat marhaen kesan kenaikan barang yang bagaikan tidak termampu dikawal oleh penguasa dan kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Semasa negara di bawah pimpinan Tun Razak dan Tun Husein Onn dahulu, gaji masyarakat wartawan sekitar lima ratus ringgit sebulan, tapi rasanya jika punya wang sebanyak lima puluh ringgit itu sudah cukup mewah. Harga semangkuk sup kambing di Benteng empat puluh sen, roti canai Harun di Chow Kit hanya dua puluh sen, kopi tarik kedai Yusuf Suria di Jalan Hock Ann baru lima puluh sen.

Tambang bas Seri Jaya dari Perhentian Kelang menghala ke Angkasapuri lima belas sen. Nasi kandar Ibrahim Shah di Selangor Mansion satu ringgit dua puluh sen, cukup mengenyangkan. Malahan boleh kepit tangan kekasih menonton filem Bobby sambil beli kacang dan kauci, duduk di kerusi kelas satu belanjanya tidak sampai lima ringgit.

Itu dulu.....! dulu.....! Era Dr. Mahathir pun tidak banyak bezanya. Belanja tiga ringgit boleh beli ayam kentucky "it’s finger lickin’ good." Bawa lima puluh ringgit boleh beli ikan, sayur, udang, ayam dan tempe....

Hairannya hari ini wang di tangan kalau sekadar satu ratus ringgit ke pasaraya tidak cukup berbelanja untuk satu minggu (masyaAllah) . Sebut apa sahaja barang keperluan, segala-galanya naik mendadak.

Menurut saudara L.Mankadir Shamsi bekas wartawan dan pernah menjadi pelakon filem "Man Laksa" terkadang dirinya merasa pelik dan cukup pelik. Untuk tidak lagi menjadi warga kota dia membuka kedai runcit di Bentong Pahang. Semasa menteri mengumumkan harga siling barangan terkawal seperti tepung, dia diterpa persoalan apakah menteri tersebut tahu dan faham tentang apa yang dicakapkan.

"You tau, menteri kata harga siling dan harga runcit tepung satu ringgit tiga puluh lima sen sekilo. Sedangkan harga dari pembekal sahaja sudah RM 1.30. Mana mungkin pekedai boleh menjual dengan harga yang ditetapkan oleh pak menteri. Ini betul-betul baghal punya menteriiii.." gerutunya.

"Yang Pak Lah pun satu hal, siang malam minta supaya pekedai jangan naikkan harga barang, tahu ke dia harga ini semua naik melambung kerana dasar Pak Lah sendiri yang menaikkan harga minyak. Bila minyak naik semua naik. Gajahpun kalau naik minyak habis bercempera kebun pisang dikerjakan.

"Pak Lah ni tahu buat kerja ke? Jangan asyik nak bagi syarahan itu ini sahaja, fikirkan cara terbaik dan saya lihat kalau minyak turun tentulah barangan akan turun. Ini tidak, dulu saya isi kereta Kancil cukup tiga puluh ringgit penuh tangki tapi sekarang kena lapan puluh, apa punya Perdana Menteri ..." gerutu Man Kadir lagi.

Lantaran itu teringat tulisan Sayuti Omar yang mempersoalkan kenapa rakyat mahu menurunkan Abdullah Ahmad Badawi dan siapa harus digantikan. Malahan dalam tulisannya lewat bicara "sesama kita" saudara Sayuti bertanya apakah kesalahan besar yang dilakukan oleh Pak Lah hingga memaksa dia segera diturunkan.

Sewaktu menunggu kedatangan saudara Aspan Alias sambil menghirup secangkir kopi di warung Dome, Pasaraya Bangsar terlihat kelibat seorang isteri mentori turun dari sebuah kereta mewah diiringi pengawal peribadi. Hebat cukup menghebatkan. Dalam tempoh tidak sampai setengah jam sudah kembali ke kereta menjinjing barangan serba mewah.

"Tu tengok isteri menteri kita, alahai cukup bergaya, berbelanja sakan bagai nak rak." Tiba-tiba Aspan menyapa sambil menghulur salam. "Tu hah tengok tu, ada tiga buah mobil mewah jenama Brabus, sebuah mobil pasti harganya mencocah hampir satu juta ringgit. Itu semua milik anak buah budak-budak tingkat empat," sambungnya.

"Apa maksud saudara?" saya bertanya sambil menyambut salamnya.

"Yang isteri mentori sibuk bergayo, shopping bagai nak rak, tahu ke dio rakyat di Pilah tengah sosak mencari belanja untuk bayar yuran dan biaya buku anak sekolah. Dan tu hah yang pakai kereta mewah Brabus, semua tu kekawan Perwira Mat Lela Gila seperti yang engkau tulis minggu lalu tu lah.

"Macam mana boleh jadi begitu ya?" tanya saya lagi.

"Jangan politik, zaman Pak Lah semua boleh jadi, budak baru berusia dua puluh lima tahun dah boleh pakai Brabus, harganya dokek satu juta. Kau tengok barang kemas isteri mentori tu, dari hujung kaki sampai ke telinganya dihias barang kemas ratusan ribu. Semuo tu ado insuran, kalau nampak mat rompit losappp. Itulah hebatnya. Macam mana mereka boleh kumpul wang sebegitu banyak jangan tanya, nanti kau kena pecat dari jadi ahli Umno. Ini era Islam Hadhari...." ujarnya lagi.

"Tadi Datuk Shafie Afdal menteri hal ehwal pengguna minta CEO pasaraya Tesco agar memastikan harga di pasaraya tersebut sentiasa terkawal dan tidak dinaikkan secara sembrono. Apa pandangan you Pan?" saya melontarkan pertanyaan kepadanya.

"Itu lagi hampeh, Tesco tu ada di Pilah ke? Ada di Cheruk Tok Kun , Ada di Gua Musang, Kudat, Baling, Simpang Renggam, Sarikei atau mana-mana kawasan pendalaman? Apa punyo mentori? Apakah dia cuma jaga orang Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar saja kah? Isunya bukan soal harga di pasaraya, tapi kawalan di kedai-kedai runcit. Para pekedai terpaksa menaikkan harga barang kerana kos pengangkutan sudah melambung. Selagi harga minyak naik dan terus naik selagi itulah rakyat akan dicengkam penderitaan," tegasnya sambil memesan secawan teh tarik.


"Bagaimana pandangan you tentang kes perbicaraan Altantuya?" saya cuba memancing.

"Hei brother, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dongar-dongar. Ini kes bosar. Tapi zaman Pak Lah semua boleh runding. You jangan cakap I bagi tahu... inilah akibatnya kalau pemimpin itu korup, kaki rasuah, menyamun dan merompak harta rakyat, macam-macam bencana boleh menimpa negara.

"Maksud you ada kong kali kong dalam kes Altantuya?

"Jangan tanya den, itu kena tanya AG Tan Sri Ghani Patail, den cumo tengok karenah orang politik yang dah jadi mentori, jauh bezanya dengan menteri dulu-dulu. Mentori hari ini asyik mengaut dan mengumpul harta. Rasuah tak usah cakaplah.... selagi boleh sebat mereka sebat. Berbeza dengan zaman Tengku Razaleigh Hamzah jadi menteri kewangan dahulu, kaum kerabat Tengku tidak berpeluang nak sebat projek juta-juta. Tengku tak bagi.

"Masa zaman Tengku Razaleigh dahulu beliau tidak kebas duit rakyat, masa mengasaskan Petronas dulu ada juga agen-agen orang Inggeris datang melobi untuk memberi rasuah kepadanya, tapi semua melopong kena tolak bulat-bulat. Sebab itu dia teruk kena fitnah sebab Tengku Razaleigh tidak termasuk dalam kumpulan yang melakukan rasuah," jelasnya sambil menghirup teh tarik yang masih berasap.

"Maksud kau Tengku Razaleigh tidak mengamalkan rasuah atau kroni?

"Usahkan kroni, nak dapek projek dari Tengku kalau tidak betul-betul lebur. Tengku Razaleigh tidak mengamalkan rasuah sebab dia sendiri dah kayoooo! Pergi siasat tanah tempat bangunan Umno yang tersergam itu asalnya milik siapo? Tanah untuk tapak Pernas sapo yang punya? Tengku tidak kebas tapi dia menghulur. Fikir-fikirkanlah......tambahnya lagi.

"Bagaimana pandangan you antara Ku Li dan Pak Lah?" saya cuba mengumpan.

"Jauh....satu pemimpin Islam yang menjadikan Islam sebagai way of life, yang satu baru nak cipta Islam baru Islam Hadhari. Satu banyak memberi dari menerima yang satu lagi kebas sana sini untuk kaum kerabat. Ahhhh mari kita sembang cerita Altantuya lagi seronok. Nak cerita pasal Pak Lah bertambah sosak nafas den....." ujarnya.

Khamis, 21 Jun 2007

TRANSFORMASI METODOLOGI PENDIDIKAN NEGARA.

Keadaan sekarang boleh dikatakan semakin kacau bilau dengan keruntuhan nilai-nilai kemanusiaan, bertukar ganti dengan nilai-nilai kehaiwanan. Mungkin inilah yang dijelaskan oleh Allah SWT sebagai: Mereka adalah seumpama binatang ternak, bahkan lebih teruk.

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM200 juta setahun untuk proses memerangi dadah dan proses pemulihan penagih. Pelbagai front ditubuhkan untuk memerangi dadah seperti Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (2004), Agensi Anti-Dadah Kebangsaan atau AADK (1996), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) (1976) dan Majlis Anti Dadah Kebangsaan; malah Akta Dadah Merbahaya 1952 telah dipinda beberapa kali untuk memberikan hukuman lebih berat.

Dikatakan terdapat 43 000 sehingga 142 000 atau lebih pelacur di Malaysia terdiri daripada lelaki, perempuan, pondan, malah kanak- kanak lelaki dan perempuan. (International Labor Organization. Dario Agnote, "Sex trade key part of S.E. Asean economies, study says, "Kyodo News, 18 August 1998).

Satu kajian I-Kon yang membabitkan 100 remaja di sekitar KL dan Shah Alam berusia lingkungan 15-30 tahun mendapati: 57% pernah bercium, 69% remaja pernah berpeluk dengan teman istimewa, 55% pernah menonton filem lucah, malah 31% (31 orang) mengaku pernah mengadakan hubungan seks dan 7 daripada mereka melakukan perbuatan ini ketika belum mencecah usia 15 tahun.

Pada 2005, 7000 orang pelajar dibuang sekolah dan 15000 digantung sekolah. Pergaduhan ala samurai yang menggemparkan negara berlaku pada Februari 2007 di Kuala Terengganu melibatkan dua kumpulan pelajar amat menakutkan. Gangsterisme melibatkan Mohammad Razin yang dipukul selama 4 jam oleh 16 orang pelajar, begitu juga Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin yang hampir lumpuh dipukul rakan-rakan sekolah. Malah, Mohd Farid Ibrahim mati dipukul pada Mac 2005 di sebuah sekolah di Seremban.

Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai sistem dan saranan untuk mengatasi masalah-masalah yang kian meruncing, termasuklah cadangan- cadangan daripada perseorangan yang ganjil seperti pemberian kondom percuma dan pemakaian seluar dalam besi. Namun, ia seolah-olah seperti kerajaan Amerika yang mengeluarkan hampir 250 juta poundsterling untuk mengatasi masalah peminuman minuman keras. 300 orang dihukum mati sedangkan 532 335 dipenjarakan. Namun peminuman minuman keras semakin berleluasa dan sukar dibendung sehingga Amerika terpaksa membatalkan undang-undang larangan tersebut.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) melihat perlunya satu transformasi dalam sistem dunia pendidikan masa sekarang. Kita tidak boleh terus-menerus terjerat dalam dunia ciptaan Barat sebagaimana disebut oleh Alan Richardson. Kita perlu keluar daripada kesempitan dunia ini kepada keluasan pemikiran melangkaui horizon dunia menuju akhirat.

Pertama: Penerapan nilai-nilai rohaniah. Sir Iqbal ada mengkritik sistem pendidikan masa sekarang dengan menyifatkan: Sistem pendidikan sekarang tidak mengajar air mata penuntut untuk menangis dan tidak melahirkan hati yang khusyu'. Imam al-Alusi apabila menerangkan ayat ke-9 dalam surah al-Zumar menyatakan kepentingan memiliki ilmu dan beramal dengannya; menghidupkan malam dengan sujud dan ruku' dan bimbang tentang nasib di akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhan-Nya.

Justeru, penerapan nilai-nilai murni yang diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2004) sepatutnya dilaungkan dan diagendakan semula secara sistematik dan terancang: Baik hati, berdikari, hemat tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, dan semangat bermasyarakat.

Kedua: Kebebasan berfikir. Kita kadang-kadang perlu melihat kemajuan yang telah dicapai oleh dunia Barat dalam bidang keilmuan. Mereka tidak mencampur adukkan nilai keintelektualan dan akademik dengan peribadi mereka. Intelektual mereka boleh menerima apa sahaja pandangan meskipun bertentangan dengan pendapat peribadi mereka, malah mereka sendiri melakukan research dan penulisan tentang ilmu- ilmu Islam.

Lahirlah Qamus al-Munjid dan kitab tentang fahras al-Quran yang dikarang mereka sehingga mendapat pengiktirafan daripada Al-Azhar.


Mereka ternyata mementingkan perkembangan akal pemikiran tanpa ada batas-batas sentimen. Edward De Bono sebagai contoh memperkenalkan pemikiran lateral. Pengajian untuk murid-murid sekolah rendah tidak menjemukan sebaliknya menghiburkan. Inilah yang disebut oleh Albert Einstein: The imagination is more power than knowledge.

Ketiga: Menyahkan pragmatisme dan utilitarianisme. Abdul Rahman Hj Abdullah dalam Wacana Falsafah Ilmu (m/s 103, 2005) menyatakan aliran pragmatisme dan utilitarianisme, iaitu sistem pendidikan dirangka berdasarkan kepentingan semasa atau bersifat trendy kini agak dominan. Penguasaan dalam Information Technology (IT) sangat ditekankan sekarang. Namun perlu diingat Prof Dr Hassan Langgulung menyatakan bahawa IT adalah kemahiran, bukannya ilmu. Begitu juga unsur hedonisme yang kian menguasai dunia pendidikan masa sekarang sehingga menyisihkan unsur-unsur perenialisme dan esensialisme.

Terlalu banyak perkongsian yang mungkin boleh dibuat dalam membentuk sistem pendidikan nasional yang lebih bersifat wisdom dalam membentuk keperibadian yang unggul. Pandangan ini tidak menafikan plan yang telah dirangka kerajaan, malah menyokong kesungguhan Perdana Menteri dalam membuat perubahan (sebagaimana ucapan beliau di Kuwait), namun kemungkinan ia boleh diperhalusi lagi.

Malah, pandangan-pandangan anak muda seperti yang diketengahkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia dalam Student Right's Day pada 8 Jun 2007: Menuntut pendidikan yang berimbang dan adil, memberi perhatian terhadap pembentukan Modal Insan melalui sistem yang holistik dan berdaya tahan, keadilan, kebebasan, keberanian, pelaksanaan pendidikan yang telus dan tidak dipolitikkan, perlu mendapat perhatian kalangan ahli akademik dan kerajaan.

Sistem dan nilai pendidikan tidak harus dipolitikkan namun individu tidak seharusnya dilarang berpolitik.

Simposium dan wacana ilmu yang melibatkan golongan terpelajar mesti diadakan. Himpunkan para profesor, ulama', mahasiswa, dan seumpama dengannya untuk membahaskan sistem pendidikan sepertimana diharapkan oleh Sir Iqbal. Kita meyakini sistem pendidikan yang mengadunkan antara nilai duniawi dan ukhrawi pasti dapat mencapai matlamat Human Capital dan Intellectual Capital sebagaimana dicanangkan.

Karya-karya agung tentang ilmu mesti didiskusikan semula. Karya Franz Rosenthal (Knowledge Triumphant), Al-Syatibi (Pendidikan Menurut al- Syatibi), Al-Nawawi (Riyad al-Solihin), Al-Ghazali (Ihya' 'Ulum al- Din), dan banyak lagi. Begitu juga wacana tentang kehidupan tokoh- tokoh terkemuka seumpama Ibn Sina (perubatan), Al-Biruni (astronomi), Al-Batani (pertanian), Al-Khawarizmi (matematik) dan lain-lain termasuklah failosuf Yunani, Achimedes, Aristotle, Xenophonos, dan lain-lain.

Kita perlu meneruskan kebangkitan nilai dan aktiviti keilmuan kalangan kita dengan melihat kejayaan-kejayaan orang terdahulu. Teknik membuat kertas di Sepanyol (1150 M), John Dalton memasukkan teori atom dalam bidang kimia (1803 M), Fourier mengarang karya bertajuk The Mathematical Theory Of Heat dalam fizik matematik yang akhirnya berjaya memenangi Grand Prize (1812 M), A. Henri Becquerel, Pierre Curie, dan Marie Curie memenangi Nobel Fizik (1903 M) dengan penemuan unsur keradioaktif, Albert Eistein (genius) menerbitkan teori kerelatifan (1905 M), Wilhelm Wien memenangi Nobel Fizik (1911 M) dengan penemuan hukum penyinaran haba, dan banyak lagi. Kejayaan dan kemampuan mereka sepatutnya menjadi contoh kepada generasi sekarang.

Saya akhiri segala pengharapan ini dengan menegaskan pemerhatian hikmah Abul Hassan 'Ali al-Hasany al-Nadwy dalam Maaza Khasir al- 'Alam bi Inhitat al-Muslimin bahawa dunia seluruhnya mengalami kerugian besar apabila mengetepikan agama Islam sebagai sistem terunggul. Moga-moga, tanah Nusantara akan menjadi pusat ilmu setelah kejatuhan Baghdad, Pulau Sicily di Selatan Itali dan Cordova di Sepanyol.

Sekian, PMIUM Untuk Semua.
www.pmium.org

Rabu, 20 Jun 2007

JOM HEBOH

Demi Masa Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian, Kecuali Orang-Orang Yang Beriman Dan Beramal Soleh Dan Yang Berpesan Dengan Kebenaran Serta Berpesan-pesan Dengan Kesabaran. -Surah al-asr

Jalan sesak menuju ke Stadium Indera Mulia, parking dikatakanpenuh dan ada yang terpaksa mengheret ahli keluarga berjalan hampir1km semata tak mahu ketinggalan ke karnival Jom Heboh anjuran Tv3.Bagi mereka persetankan kenyataan Mufti Perak Datuk Seri HarussaniZakaria dan Majlis Mufti-Mufti yang telah mengharamkan Sure Heboh yang kini Jom Heboh.

Berikut adalah perbualan semasa minum pg dengan sahabat yang hadir ke Jom Heboh di Stadium Indera Mulia.

mrcoconut :
Hangpa pi jom heboh ?

yop heboh :
Aku pi, hang tak pi ke, rugi macam-macam adaaa. swiss roll era fazira pun sedaaap.

mrcoconut :
Aku tak pi, pasal harussani kata haram!

yop heboh :
ehhhh.. habih, kalau pi kenapa ? bukan pi tengok konsert, round pameran saja, itu pun tak bolehke?

mrcoconut :
setahu aku dah mufti kata haram tu, haram lah!

yop heboh :
ehh.. pandai-pandai lah ngkau!

mrcoconut :
Itu lah sebab aku tak teringin nak kesana

yop heboh :
Habis ramai orang pegi? pak aji pun ada!

mrcoconut :
macam ni lah. ayam yg sembelih tu halal makan tak?

yop heboh :
halal lah dah sembelih boleh makan

mrcoconut :
ok, ayam sembelih halal makan, tapi halal takayam sembelih tu kalau letak satu freezer dengan babi?

yop heboh :
??Q!?/...

mrcoconut :
halal ke haram?

yop heboh :
Haramlah tapi itu ayam, ini jom heboh

mrcoconut :
Ok, masa hang kat sana, hang perasan tak keadaan sekeliling hang, kiri kanan, depan belakang hang yg bersesak-sesak semua tu.. bangsa apa? melayu, cina, india,jerman?

yop heboh :
a'aa laa, Melayu

mrcoconut :
haaa.. kalau jom heboh tu tempat yg elok untukbawak anak bini jalan, beli belah, tengok pameran, mengapa bangsa yg maju seperti Cina yg kaya, banyak
duit tak pi beli belah kat sana, mengapa tak ramai bangsa lain yang kesana, mengapa bangsa melayu saja yang ramai hadir?

yop heboh :
?Q!@$&*..

mrcoconut :
Sebab orang melayu leka, suka berhibur, tak tahu membezakan baik buruk suatu perkara pasal tu lah Mufti dah kata haram pun pakat pi jugak.

yop heboh :
Jadi haramlah aku pi sana?

mrcoconut :
Macam hang kata tadilah, ayam sembelih kalau letak satu freezer dengan babi tetap haram walaupun hang beli balik masak ayam tu saja.Pasal letaknya ayam tu bersama babi-babi yang haram!

yop heboh :
senyum kambing.

"Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu... " Surah Al-Maaidah, ayat 100.


Pada 30 Julai 2004 Majlis Mufti-Mufti telah memutuskan mereka yang menganjur, menghadiri dan menonton konsert berkenaan adalah juga Haram. Menariknya ramai yang hadir ke karnival Jom Heboh anjuran Tv3 memberi alasan kenyataan Mufti hanya haramkan konsert dan ramai yang hadir memberi alasan seperti sekadar berkunjung ke gerai-gerai pameran dan membeli belah mana yang patut. Begitulah asam garam manusia berdolak dalik semata memenuhi desakan nafsu. Kita letak ketepi dahulu bab hukum tetapi apa yang kita mahu nyatakan di sini adalah pengunjung yang membanjiri karnival Sure Heboh dahulu dan Jom Heboh sekarang.

Kalau diperhatikan sekalian yang hadir membanjiri karnival Jom Heboh berkenaan yang di adakan secara road show majoriti yang kita lihat adalah bangsa Melayu. Dari muda-mudinya, yang berkeluarga hinggakan pak aji dan mak aji pun hadir sama. Kita boleh lihat sendiri di kaca tv pada malam konsert utama baik Sure Heboh dahulu dan Jom Heboh sekarang hampir kesemua yang kita lihat adalah bangsa Melayu. Persoalannya mengapakah hanya bangsa Melayu yang hadir ke karnival Jom Heboh ? dimanakah bangsa Cina dan Indiaumpamanya.

Jika persoalan hadir semata berkunjung, melawat ke gerai pameran, mengapa bangsa yang memiliki kuasa beli yang tinggi seperti bangsa Cina hampir tidak kelihatan di karnival berkenaan. Jika karnival Jom Heboh tempat yang baik untuk beli belah dan bawa anak bersantai mengapa bangsa yang boleh kita katakan lebih maju dari Melayu seperti Cina hanya sebilangan kecil yang kita nampak mengunjungi karnival berkenaan. Di malam konsert utama misalnya padangpersembahan penuh dengan pasangan melayu dan ada yang tanpa segan silu berpelukan malah dengan aksi-aksi menjurus ke jalan zina. Pengunjung bercampur lelaki perempuan, yang tua dan muda, yang berkeluarga dan berpasangan tetapi kebanyakannya bangsa Melayu. Dimana bangsa lain dan mengapa mereka tidak terhegeh-hegeh seperti orang Melayu berkunjung ke karnival tv3 berkenaan.

Inilah satu persoalan yang amat menyedihkan semua. Bangsa Melayu leka berhibur dan kerap kali gagal mengimbang antara desakan nafsu dan tuntutan agama. Memalukan bila bangsa lain yang bukan Islam tidak seberapa untuk hadir ke karnival sedemikian sedangkan dari jalan raya hinggalah ke tapak karnival penuh dengan orang Melayu.

Tanpa kita sedari dalam kita menuntut pembatalan cadangan IFC, dalam kita memperjuangkan isu murtad, dalam kita keluh kesah usaha muda mudi kita di pesonakan golongan kristian program-program hiburan sedemikian telah melekakan bangsa Melayu dan orang Islam. Karnival berkenaan melekakan dan melemahkan orang Melayu dan Islam dari menumpukan isu-isu penting dalam hidup dan masa depan mereka dan di sisi agama. Anak-anak muda, dewasa lalai dan leka seolah isu-isu besar agama tidak langsung menghantui mereka. Seolah hadir ke karnival itu satu gah bagi mereka dan satu kepincangan jika tidak menghadirinya.

Sedangkan dalam gerombolan manusia yang penuh sesak itu penuh dengan muka-muka kulit sawo matang, hampir kebanyakannya Melayu!

Dalam hal ini usaha Pas Perak yang amat lah dipuji. Relawan Pas yang terdiri dari unit amal dan Pemuda telah turun menabur khidmat dengan mengedar risalah keratan akhbar kenyataan Mufti Perak dan Majlis Mufti yang memutuskan Sure Heboh atau Jom Hehoh itu haram. Haram pada yang menganjur, juga haram pada yang menghadirinya.

Melayu Islam sepatutnya peka akan hal ini. Amat memalukan bila bangsa Melayu lebih terkehadapan dalam program hiburan berbanding program-program lain yang lebih bermanfaat pada bangsa dan agama sendiri.

Melayu yang hadir sepatut nya malu dan sedar akan apa yang telah mereka lakukan.

"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta" al-an'am, ayat 116

BILA DIRI SEMPIT HATI

Semoga ALLAH SWT senantiasa memberikan kepada kita hati yang lapang, yang jernih, karena ternyata berat sekali menghadapi hidup dengan hati yang sempit.

Hati yang lapang dapat diibaratkan sebuah lapangan yang luas membentang, walaupun ada anjing, ada ular, ada kalajengking, dan ada aneka binatang buas lainnya, pastilah lapangan akan tetap luas. Aneka binatang buas yang ada malah makin nampak kecil dibandingkan dengan luasnya lapangan. Sebaliknya, hati yang sempit dapat diibaratkan ketika kita berada di sebuah kamar mandi yang sempit, baru berdua dengan tikus saja, pasti jadi masalah. Belum lagi jika dimasukkan anjing, singa, atau harimau yang sedang lapar, pastilah akan lebih bermasalah lagi.

Entah mengapa kita sering terjebak dalam pikiran yang membuat hari-hari kita menjadi hari-hari yang tidak nyaman, yang membuat pikiran kita menjadi keruh, penuh rencana-rencana buruk. Waktu demi waktu yang dilalui sering kali diwarnai kondisi hati yang mendidih, bergolak, penuh ketidaksukaan, terkadang kebencian, bahkan lagi dendam kesumat. Capek rasanya. Menjelang tidur, otak berpikir keras menyusun rencana bagaimana memuntahkan kebencian dan kedendaman yang ada di lubuk hatinya agar habis tandas terpuaskan kepada yang dibencinya. Hari-harinya adalah hari uring-uringan makan tak enak, tidur tak nyenyak dikarenakan seluruh konsentrasi dan energinya difokuskan untuk memuaskan rasa bencinya ini.


Ah, sahabat. Sungguh alangkah menderitanya orang-orang yang disiksa oleh kesempitan hati. Dia akan mudah sekali tersinggung, dan kalau sudah tersinggung seakan-akan tidak termaafkan, kecuali sudah terpuaskan dengan melihat orang yang menyinggungnya menderita, sengsara, atau tidak berdaya.

Seringkali kita dengar orang-orang yang dililit derita akibat rasa bencinya. Padahal ternyata yang dicontohkan para rosul, para nabi, para ulama yang ikhlas, orang-orang yang berjiwa besar, bukanlah mencontohkan mendendam, membenci atau busuk hati. Yang dicontohkan mereka justru pribadi-pribadi yang berdiri kokoh bagai tembok, tegar, sama sekali tidak terpancing oleh caci maki, cemooh, benci, dendam, dan perilaku-perilaku rendah lainnya. Sungguh, pribadinya bagai pohon yang akarnya menghunjam ke dalam tanah, begitu kokoh dan kuat, hingga diterpa badai dan diterjang topan sekalipun, tetap mantap tak bergeming.

Tapi orang-orang yang lemah, hanya dengan perkara-perkara remeh sekalipun, sudah panik, amarah membara, dan dendam kesumat. Walaupun non muslim, kita bisa mengambil pelajaran dari Abraham Lincoln (mantan Presiden Amerika). Dia bila memilih pejabat tidak pernah memusingkan kalau pejabat yang dipilihnya itu suka atau tidak pada dirinya, yang dia pikirkan adalah apakah pejabat itu bisa melaksanakan tugas dengan baik atau tidak. Beberapa orang kawan dan lawan politiknya tentu saja memanfaatkan moment ini untuk menghina, mencela, dan bahkan menjatuhkannya, tapi ia terus tidak bergeming bahkan berkata dengan arifnya,

"Kita ini adalah anak-anak dari keadaan, walau kita berbuat kebaikan bagaimanapun juga, tetap saja akan ada orang yang mencela dan menghina. Karena pencelaan, penghinaan bukan selamanya karena kita ini tercela atau terhina. Pastilah dalam kehidupan ini ada saja manusia yang suka menghina dan mencela".
Jadi, ia tidak pusing dengan hinaan dan celaan orang lain. Nabi Muhammad, SAW, manusia yang sempurna, tetap saja pernah dihina, dicela, dan dilecehkan. Bagaimana mungkin model kita ini, tidak ada yang menghina ? Padahal kita ini hina betulan.

Ingatlah bahwa hidup kita di dunia ini hanya satu kali, sebentar dan belum tentu panjang umur, amat rugi jikalau kita tidak bisa menjaga suasana hati ini. Camkanlah bahwa kekayaan yang paling mahal dalam mengarungi kehidupan ini adalah suasana hati kita ini. Walaupun rumah kita sempit, tapi kalau hati kita 'plooong' lapang akan terasa luas. Walaupun tubuh kita sakit, tapi kalau hati kita ceria, sehat, akan terasa enak. Walaupun badan kita lemes, tapi kalau hati kita tegar, akan terasa mantap. Walaupun mobil kita merek murahan, motor kita modelnya sederhana, tapi kalau hati kita indah, akan tetap terhormat. Walaupun kulit kita kehitam-hitaman, tapi kalau batinnya jelita, akan tetap mulia. Sebaliknya, apa artinya rumah yang lapang kalau hatinya sempit?! Apa artinya Fried Chicken, Burger, Hoka-hoka Bento, dan segala makanan enak lainnya, kalau hati sedang membara ?! Apa artinya raungan ber-AC kalau hati mendidih ?! Apa artinya mobil BMW, kalau hatinya bangsat ?!

Lalu, bagaimana cara kita mengatasi perasaan-perasaan seperti ini ? Yang pertama harus kita kondisikan dalam hati ini adalah kita harus sangat siap untuk terkecewakan, karena hidup ini tidak akan selamanya sesuai dengan keinginan kita. Artinya, kita harus siap oleh situasi dan kondisi apapun, tidak boleh kita hanya siap dengan situasi yang enak saja. Kita harus sangat siap dengan situasi dan kondisi sesulit, sepahit dan setidak enak apapun. Seperti pepatah mengatakan, 'sedia payung sebelum hujan'. Artinya, hujan atau tidak hujan kita siap.

Hal kedua yang harus kita lakukan kalau toh ada orang yang mengecewakan kita, adalah dengan jangan terlalu ambil pusing, sebab kita akan jadi rugi oleh pikiran kita sendiri. Sudah lupakan saja. Yang membagikan rizki adalah ALLAH, yang mengangkat derajat adalah ALLAH, yang menghinakan juga ALLAH. Apa perlunya kita pusing dengan omongan orang, sampai 'doer' itu bibir menghina kita, sungguh tidak akan kurang permberian ALLAH kepada kita. Mati-matian ia menghina, yakinlah kita tidak akan hina dengan penghinaan orang. Kita itu hina karena kelakuan hina kita sendiri.

Nabi SAW, dihina, tapi toh tetap cemerlang bagai intan mutiara. Sedangkan yang menghinanya, Abu Jahal sengsara. Salman Rushdie ngumpet tidak bisa kemana-mana, Permadi, Arswendo Atmowiloto masuk penjara. Siapa yang menabur angin akan menuai badai. Dikisahkan ketika Nabi Isa as dihina, ia tetap senyum, tenang, dan mantap, tidak sedikitpun ia menjawab atau membalas dengan kata-kata kotor mengiris tajam seperti yang diucapkan si penghinanya. Ketika ditanya oleh sahabat-sahabatnya, "Ya Rabi (Guru), kenapa engkau tidak menjawab dengan kata-kata yang sama ketika engkau dihina, malah Baginda menjawab dengan kebaikan ?" Nabi Isa as, menjawab : "Karena setiap orang akan menafkahkan apa yang dimilikinya. Kalau kita memiliki keburukan, maka yang kita nafkahkan adalah keburukan, kalau yang kita miliki kemuliaan, maka yang kita nafkahkan juga kata-kata yang mulia."

Sungguh, seseorang itu akan menafkahkan apa-apa yang dimilikinya. Ketika Ahnaf bin Qais dimaki-maki seseorang menjelang masuk ke kampungnya, "Hai kamu bodoh, gila, kurang ajar!", Ahnaf bin Qais malah menjawab, "Sudah ? Masih ada yang lain yang akan disampaikan ? Sebentar lagi saya masuk ke kampung Saya, kalau nanti di dengar oleh orang-orang sekampung, mungkin nanti mereka akan dan mengeroyokmu. Ayo, kalau masih ada yang disampaikan, sampaikanlah sekarang !".

Dikisahkan pula di zaman sahabat, ada seseorang yang marah-marah kepada seorang sahabat nabi, "Silahkan kalau kamu ngomong lima patah kata, saya akan jawab dengan 10 patah kata. Kamu ngomong satu kalimat, saya akan ngomong sepuluh kalimat". Lalu dijawab dengan mantap oleh sahabat ini, "Kalau engkau ngomong sepuluh kata, saya tidak akan ngomong satu patah kata pun".

Oleh karena itu, jangan ambil pusing, janga dipikirin. Dale Carnegie, dalam sebuah bukunya mengisahkan tentang seekor beruang kutup yang ganas sekali, selalu main pukul, ada pohon kecil dicerabut, tumbang dan dihancurkan. Di tengah amukannya, tiba-tiba ada ada seekor binatang kecil yang lewat di depannya. Anehnya, tidak ia hantam, sehingga mungkin terlintas dalam benak si beruang ini, "Ah, apa perlunya menghantam yang kecil-kecil, yang tidak sebanding, yang tidak merugikan kepentingan kita".

Percayalah, makin mudah kita tersinggung, apalagi hanya dengan hal-hal yang sepele, akan makin sengsara hidup ini. Padahal, mau apa hidup pakai sengsara, karena justru kita harus menjadikan orang-orang yang menyakiti kita sebagai ladang amal, karena kalau tidak ada yang menghina, menganiaya, atau menyakiti, kapan kita bisa memaafkan ?

Nah sahabat. Justru karena ada lawan, ada yang menghina, ada yang menyakiti kita bisa memaafkan. Kalau dia masih muda, anggap saja mungkin dia belum tahu bagaimana bersikap kepada yang tua, daripada sebel kepadanya. Kalau dia masih kanak-kanak, pahami bahwa tata nilai kita dengan dia berbeda, mana mungkin kita tersinggung oleh anak kecil. Kalau ada orang tua yang memarahi kita, jangan tersinggung, mungkin dia khilaf, karena terlalu tuanyua. Yang pasti makin kita pemaaf, makin kita berhati lapang, makin bisa memahami orang lain, maka akan makin aman dan tenteramlah hidup kita ini, subhanallah.

Selasa, 19 Jun 2007

ISU BOTAK !!!!

Botak, jangan cepat melatah!

Aku agak tersinggung membaca tulisan MarinaMahathir ini:

But if a woman going bald is behaving like a man, what then is a man who grows his hair long? The same people who think that women should put their hair underneath a tudung seem so offended by a woman with no hair. If hair is so alluring, then surely no-hair is a real turn off? Is it offensive to find a young woman so confident of herself that she has no qualms about cutting all her hair off? Perhaps, this is what really rattles these ulamas; she contradicts their idea of what a woman should look and be like. Besides, as Amani puts it very well, it will all grow again. (Can someone please supply me with the exact ayat in the Quran which prohibits baldness in women?)

Persoalan di sini bukan masalah mufti-mufti tersebut offended dengan wanita tidak bertudung atau wanita botak. Mereka menjalankan tugas mereka. Apa tugas mereka? Jaga agama. Amar ma’aaruf nahi munkar. Aku tidak mahu masuk ke dalam perdebatan hukum perempuan wajib bertudung atau tidak. Bolehkah wanita Muslim botak atau tidak. Tinggalkanlah persoalan itu kepada mereka yang faqih.

Tidak ada kebebasan mutlak bagi manusia, siapa pun dia. Lelaki mahupun wanita. Manualnya ada dalam al-Quran, dan aplikasinya pada Rasulullah SAW. Daripada terburu-buru menghentam setiap kata mufti yang tidak bersesuaian dengan citarasa kita, apa kata kita ambil sedikit masa untuk mengkaji/memahami pernyataan mereka itu. Ya, mereka bukan nabi, mereka mungkin silap, kita juga mungkin silap bukan?

Oh ya, untuk menjawab soalan, adakah ayat Quran melarang wanita membotakkan kepala. Aku tidak tahu. Us Nasrudin Thantawi ada menulis di sini. Bacalah!

Ada hadis Rasulullah yang melarang wanita membotakkan kepala menurut tulisan itu. Ya, kalau bukan Rasulullah, siapa lagi yang kita mahu ikut? Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam bukunya Sirah Nabawiyah: Insan Teladan Sepanjang Zaman membuat perumpamaan, orang yang tidak mengambil teladan/petunjuk dari Rasulullah SAW, umpama orang sesat jalan, bertemu dengan polis trafik, tapi tidak mengambil kesempatan untuk bertanya arah yang betul.

Jadi, sudahkah kita bertanya/mengkaji dari sumber yang betul? Allah saja yang Maha Mengetahui!

sumber dari : relexjap

Isnin, 18 Jun 2007

JANGAN PERCAYA 100% TUAN RUMAH SEWA ANDA

Tindakan tuan rumah tu memang tak boleh dimaafkan sebab mengambil kesempatan ke atas penyewa rumahnya. Berdasarkan berita dlm tv, penyewa rumah tersebut adalah sekumpulan pelajar muslim wanita yg bertudung.

Perbuatan tuan rumah tersebut seharusnya dibalas dengan tindakan yang amat keras kerana melakukan pencerobohan privasi pelajar-pelajar tersebut. Selain itu, tindakannya juga turut memalukan penyewa rumahnya. Kita semua tidak tahu, mungkinkah gambar-gambar yg dirakamnya itu adalah utk koleksi peribadi. Mungkin juga utk dijual dalam bentuk VCD ataupun dipaparkan dalam internet.

Semoga pihak berkuasa akan mengambil tindakan keras terhadap tuan rumah tersebut. Selain itu, tindakan tegas juga perlu diambil dalam mengawal penjualan dan pengunaan cctv agar tidak disalahgunakan sepertimana yg berlaku dlm kejadian ini.


Selain itu, disarankan juga supaya penyewa rumah tersebut mengambil tindakan mahkamah dengan melakukan saman sivil atas tindakan tuan rumah mereka melakukan pencerobohan privasi serta tindakannya itu boleh memalukan dan mencemarkan nama mereka yg menjadi mangsa rakamannya.

P/S : Sesiapa yg mengenali penyewa rumah tersebut diharap dapat mengajukan cadangan tindakan saman ini agar menjadi peringatan dan pengajaran kepada tuan rumah tersebut serta kepada org ramai

Sabtu, 16 Jun 2007

PELAN PEMBANGUNAN NASIONAL


Mungkin para pembaca sekalian faham akan maksud carta yang saya sertakan di dalam blog ini. Masing-masing ada jawapan yang tersendiri dalam menjawab serta membuat rumusan berkenaan dengan carta ini.

Secara ringkasnya apa yang dapat saya simpulkan disini, di Negara kita sedang dilanda satu gelombang program realiti yang cukup hebat dengan bermulanya Akademi Fantasi (AF), Malaysian Idol sehinggakan tidak cukup untuk dikira program realiti yang wujud bagaikan cendawan. Program realiti ini bukan sekadar untuk mencungkil bakat bahkan boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda apatah lagi dengan memperkenalkan undi SMS yang selalunya membawa kerugian kepada penonton yang terlampau asyik dan taksub dengan peserta yang disuka mereka. Begitu juga dengan peserta yang bertanding, walaupun peserta yang bertanding merupakan peserta yang berbakat dari segi vokal dan aksi tetapi 'kurang' dari segi paras rupa mengakibatkan mereka menjadi insan yang malang untuk terus disingkirkan dengan cara pengundian yang tidak telus. Jika dilihatkan cara sebegini tak ubah seperti 'stail' BN untuk menipu pembangkang dalam setiap kali pilihanraya. Tak percaya ???cuba2lah bawa berfikir seketika kenapa saya mengulas sebegitu.....

Apa yang saya coretkan bukan bermakna saya menyokong program realiti tetapi saya begitu kesal kerana Hiburan yang dibawa oleh kerajaan Islam Hadhari melampaui tahap batasan. Berhibur itu tiada salahnya kerana hiburan itu indah, tetapi jika ia melampau batasan maka ia boleh mendatangkan impak yang buruk kepada masyarakat. Seperti contoh sila rujuk pada link saya sertakan disini
"UMNO TERUS AJAK RAKYAT BERSERONOK-SERONOK "... Sedih bukan kerana Malaysia mempunyai pemimpin sedemikian rupa. Sebelum ini saya pernah terlibat didalam beberapa aktiviti penyebaran risalah sempena malam sambutan kemerdekaan serta malam sambutan tahun baru bersama2 rakan di dalam Dewan Pemuda PAS Kawasan serta DPP Negeri. Keadaan yang berlaku sungguh menyedihkan. Dengan factor usia yang terlalu muda saya dapat melihat imej dan perlakuan anak muda yang tanpa mengenal erti malu tak kira baik lelaki mahupun perempuan dan si perempuan begitu megah serta bangga dengan mengenakan pakaian yang seksi bagi menarik minat pengunjung yang datang. Malang sungguh kerana Malaysia yang dikatakan sebagai ikon Negara Islam di dunia mempunyai anak muda yang semakin hanyut hanya kerana dibuaikan dengan hiburan yang melalaikan.

Bagaimana kerajaan Islam Hadhari menangani masalah ini ???

Perlu kita sedar bahawa lapisan remaja pada zaman sekarang merupakan generasi yang akan mengetuai kerajaan pada masa akan datang dan mereka juga merupakan bakal pemimpin yang akan memimpin Negara ini. Tetapi bagaimana Negara ini hendak dipimpin sedangkan mereka rata-rata terdiri daripada golongan yang hanyut dan suka menghabiskan masa dengan berhibur.??

Kini sudah tiba masanya kita berubah kepada pemerintahan yang ingin berlandaskan Islam. Di Malaysia ini hanya PAS sahaja yang berusaha menegakkan Islam. Berbeza dengan Hiburan yang dibawakan oleh PAS pada hujung tahun lepas sempena majlis perasmian Kota Bharu sebagai bandaraya Islam. Kita dapat lihat bagaimana sebelum persembahan konsert di mulakan dengan sembahyang solat Isyak secara berjemaah serta pengasingan lelaki dan perempuan serta lagu2 yang didendangkan semuanya berunsur ketuhanan. Adakah UMNO mampu melaksanakan perkara sebegini.?? Walaupun mereka mampu tetapi mereka tidak akan melakukannya kerana bagi mereka Islam merupakan penghalang bagi mereka dalam usaha mengaut segala keuntungan yang ada.

Jika hiburan masih menjadi aset penting bagi UMNO (BN) untuk menarik golongan muda dengan memanipulasikan isu Islam sebagai bahan politik mereka, teruskanlah..tetapi ingat bahawa ISLAM tidak tumbang sehinggalah bumi ini kiamat..!!

Jumaat, 15 Jun 2007

ULAMA DAN UMARA


"Yang menjadi masaalah pada hari ini ialah rakyat dan masyarakat tidak faham siapa itu ulama.Mungkin juga umara tidak kenal siapa ulama sebenarnya.Kemudian ada pula orang yang merasakan dirinya ulama sebab boleh bercakap dan membaca ayat Al Quran"

Dalam Islam yang Hadhari atau realiti atau hakiki, peranan ulama tidak boleh diperkecilkan. Tanpa ulama yang mendidik (tarbiah) dan memberi ilmu (taalim), usaha ke arah membina Islam yang Hadhari sudah tentu akan gagal. Kerana tanpa didikan dan ilmu, kita tidak akan tahu bagaimana hendak berbuat dan ke arah mana usaha kita hen-dak dihalakan. Kita juga tidak akan ada kekuatan roh dan jiwa untuk melaksanakannya. Kerja membangunkan Islam Hadhari bukan calang-calang kerja. la bukan perkara kecil atau mudah. la penuh dengan kepayahan, pengorbanan dan keperitan. Tanpa ilmu dan didikan, kita akan jadi kaku dan beku. Tanpa ilmu kita kaku untuk bergerak. Tidak tahu bagai-mana dan apa caranya. Tidak tahu arah tujuannya. Tanpa didikan pula kita akan beku. Walaupun ilmu ada, tetapi kita tidak ada kekuatan dalaman atau kekuatan jiwa untuk meng-harungi ujian, kesusahan dan pancaroba yang pasti akan di-hadapi.

Umat Islam perlu tahu dan kenal ulama supaya mereka mencintainya dan mendapat didikan serta pimpinan darinya yang wajib mereka perolehi dalam hidup di dunia ini. Umat yang tidak kenal dan tidak cintakan ulama pasti tidak akan bertemu iman dan Islam yang sebenarnya. Mereka tidak akan faham tentang agama anutan mereka. Bahkan mereka tidak akan faham tujuan dan arah hidup yang sedang mereka tem-puh ini. Mereka akan hidup dalam kegelapan, tidak nampak apa yang baik dan apa yang buruk, apa yang benar dan apa yang salah.

Ulama seperti manakah yang boleh dan mampu mengajar dan mendidik kita ke arah terbangunnya Islam Hadhari? Ulama seperti manakah yang boleh menjadi sumber inspirasi dan sumber rujukan kepada para umara dan rakyat jelata yang terlibat dalam membangunkan Islam Hadhari? Siapakah yang dikatakan ulama itu? Adakah orang yang agak tinggi ilmu Islamnya itu ulama? Apakah pula peranannya?

PENGERTIAN ULAMA YANG SEBENAR

Hadis ada menyebut:
Maksudnya: "Bila ulama dan umara (pemimpin) baik, umat Islam pun akan baik."

Dalam hadis ini, ulama didahulukan kemudian barulah umara. Ulama memberi ilmu dan memberi contoh. Kalau hendak dilaksanakan secara global, ulama tidak mampu sebab dia tidak ada kuasa dan kekuatan. Umara ada kekuatan ekonomi, politik dan negara. Umara boleh menggerakkan rakyat. Oleh itu, umara mesti bergantung kepada ulama. Ke-mudian dia apply dan dipraktikkan nasihat dan ajaran ulama kepada masyarakat.

Yang menjadi masalah pada hari ini ialah rakyat dan ma-syarakat tidak faham siapa itu ulama. Mungkin juga umara tidak kenal siapa ulama yang sebenarnya. Kemudian ada pula orang yang merasakan dirinya ulama sebab dia boleh bercakap dan boleh membaca ayat Al Quran. Masyarakat pun mengangap dia ulama.

Sebenarnya ulama itu bukan dia yang melantik dirinya menjadi ulama hanya kerana dia mempunyai sedikit Kemudian buat pula persatuan ulama. Ini tidak pernah dalam sejarah Islam. Title ulama di sisi Tuhan bukan-diukur pada degree atau ijazah, ilmu atau jawatan. diri pun tidak boleh mengaku yang dia itu ulama.

Hanya Allah yang tahu. Ini penting supaya umat tidak keliru siapa yang sepatutnya mereka ikut dan pimpinan siapa yang patut mereka terima. Imam Syafie contohnya, rakyat menga-kui dia ulama tetapi dia sendiri tidak mengakui dirinya ulama Imam Ghazali pun dikata orang sebagai ulama tetapi dia sendiri tidak pernah mengaku begitu. Ulama atau tidak bukan berdasarkan penilaian orang ramai. Bukan juga pada penilaian kerajaan dan lebih-lebih lagi bukan atas dasar merasakan diri sendiri ulama. Kalau begitu, siapakah sebenarnya ulama?

Istilah ulama adalah dari bahasa Arab. Maksudnya disegi bahasa ialah orang-orang alim atau orang-orang pandai. Boleh dikatakan juga para ilmuan dan para cerdik pandai. Pada segi bahasa, ulama itu adalah orang alim dalam apa sahaja bidang ilmu sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat, ilmu baik atau pun ilmu jahat, tidak kira ilmu itu diamalkan atau pun tidak. Orang yang mempunyai ilmu di bidang ekonomi misalnya, digelar ulama. Begitu juga yang mengetahui ilmu usuluddin, dia juga digelar ulama.

Berdasarkan fahaman dan pengertian inilah kita sekarang memberi gelaran ulama kepada seseorang, iaitu sesiapa sahaja yang alim dalam bidang ilmu apa pun, kita panggil dia ulama.


Pengertian ulama dalam Islam berbeza.
Di samping ilmu, dia perlu ada syarat-syarat yang lain seperti di bawah:
1. Beriman

Ulama itu mestilah dari kalangan orang-orang yang beriman.
Firman Allah: Maksudnya: "Allah mengangkat mereka yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu itu beberapa darjat." (Al Mujadalah: 11)

2. Beramal

Mereka mestilah beramal dengan ilmu mereka.
Seperti kata Abu Darda`: Maksudnya: "Tidak dianggap seseorang itu alim sehinggalah dia beramal dengan ilmunya. "

3. Takutkan Tuhan

Mereka mestilah orang yang takut dengan Tuhan.
Firman Allah: Maksudnya: "Hanya sanya yang takut dengan Tuhan Itu ialah ULAMA. " (Al Fathir: 28)

Di sini ada dua perkara besar. Ada dua perkataan di dalam ayat ini yang menjadi kunci iaitu ulama dan takut. Oleh itu, ulama di sini ialah orang yang ada ilmu, Yakni ada ilmu dunia dan ilmu Akhirat, ada ilmu tentang Tuhan, tentang syariat dan tentang akhlak. Kemudian dia takut dengan Tuhan.

Setelah itu, Tuhan berfirman lagi, kalau ulama itu mem-punyai ilmu dunia dan ilmu Akhirat dan dia takut pula dengan Tuhan, maka Tuhan perintahkan melalui ayat-Nya: Maksudnya: "Hendaklah kamu bertanya (tentang Akhirat, tentang dunia iaitu hal-hal ekonomi, masya-rakat dan lain-lain) kepada ahii zikir jika kamu tidak mengetahui." (An Nahl: 43)

Rupanya, ulama itu ialah ahli zikir. Ahli itu orangnya. Zikir itu sifatnya. Ertinya ulama itu, hatinya terhubung dengan Tuhan dan sentiasa terisi dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Hatinya sentiasa hampir (qarib) dengan Tuhan kerana itulah maksud zikir yang sebenarnya. Zikir bukan setakat memegang biji tasbih dan melafazkan istilah-istilah dan ayat ayat zikir. Itu belum boleh dikatakan zikir kerana hanya dibibfr sahaja. Belum terasa di hati. Zikir itu ialah apa yang dirasakan di hati. Dengan kata-katayang lain, ulama itu setidak-tidaknya bertaraf muqarabbin.

Ertinya lagi, ulama itu ilmunya mendarah daging. Maksud-nya dia tidak payah buka kitab. Bila ditanya tentang ilmu Islam, dia boleh terus jawab. Bila dia ditanya tentang masya-rakat Islam, pejam-pejam mata sahaja, dia boleh jawab. Kalau perlu buka kitab, itu guru hendak mengajar atau muailim, bukan ulama. Lagipun apa yang ada dalam kitab itu ilmu orang lain bukan ilmu dia. Kalau buka kitab Imam As Syafie, maka itu ilmu Imam As Syafie. Kalau buka kitab Imam Al Ghazali, maka itu ilmu imam Al Ghazali. Dia hanya menyampaikan ilmu orang. Kalau hanya setakat menyampaikan ilmu orang lain, tidak bolehlah dikatakan ulama.

Ulama atau ahli zikir ini, hatinya ibarat gudang. Segala jenis barang ada di dalamnya. Mintalah apa sahaja yang diperlukan, nescaya dia boleh bagi. Hendak minta apa pun, semua ada di dalam gudang itu. Dia tidak rujuk kepada orang. Malahan dia adalah tempat rujuk. Dia tidak merujuk kepada kitab yang ditulis oleh orang. Dia merujuk kepada hatinya yang penuh dengan ilmu. Sebab itulah, bila disuruh bertanya, Allah tidak sebut tanya guru. Tetapi tanyalah ahli zikir.

Oleh itu, kalau kerajaan atau umara, orang besar atau kecil atau rakyat hendak bertanya, tanyalah ulama atau ahli zikir seperti ini. Jangan tanya para ustaz atau muailim. Walau-pun mereka mempunyai ijazah, hakikatnya mereka faham hanya satu-satu bab sahaja dari ilmu Islam.

Pemimpin sebenar (umara) perlu bergantung kepada ulama atau ahli zikir seperti ini. Kemudian dia apply dan praktikkan ilmu dan nasihat ulama tersebut kepada masyarakat. Ulama seperti ini tidak perlu menonjolkan diri. Kalau dia perjuangkan ilmunya, dia akan tertonjol sendiri.

Khamis, 14 Jun 2007

ANTARA KEPIMPINAN ORANG AKAL DAN KEPIMPINAN ORANG ROHANI

Di dunia ini boleh berlaku dua bentuk pentadbiran. Atau boleh berlaku dua bentuk kepimpinan. Satu ialah pentadbiran atau kepimpinan orang akal. Satu lagi ialah pentadbiran atau kepimpinan orang rohani.

Mula-mula mari kita kenali siapa itu orang akal dan siapa itu orang rohani. Orang akal ialah orang yang dipandu oleh akalnya semata-mata. Akalnya menjadi tempat rujuk. Apa benda atau perkara pun disandarkan kepada akalnya. Baik kata akalnya, baiklah kata dia. Tidak baik kata akalnya, maka tidak baiklah kata dia. Apapun yang dia hendak buat mesti berasaskan kepada lojik, kerana akal itu landasannya ialah lojik. Bagi orang sebegini, akalnya mengatasi segala-galanya.

Berbeza dengan orang rohani, akalnya jatuh nombor dua. Dia dipandu oleh hatinya. Akalnya pun tunduk dan patuh kepada hatinya. Hatinyalah yang menjadi tempat rujuk dan tempat sandaran. Hati itu pula terhubung dengan Tuhan. Sebab itulah kerja hati. Oleh itu, apapun yang dia hendak buat dan apa pun masalah yang perlu diselesaikan, dia rujuk dahulu dengan Tuhan. Betul kata Tuhan, maka betullah kata dia. Tak betul kata Tuhan, maka tak betullah kata dia. Akalnya hanyalah untuk menterjemah dan bertindak mengikut kemahuan dan arahan hatinya. Akalnya tidak diberi kebebasan dan tidak boleh bertindak sendiri. Akalnya dipimpin oleh hatinya.


Bagi orang rohani, hatinya adalah pemimpin, akalnya adalah penasihat, penterjemah dan pelaksana. Bagi orang akal pula, akalnya adalah pemimpin. Hatinya hanyalah pemerhati sahaja, tidak ada kuasa dan tidak ada peranan apa-apa. Akal bukanlah alat untuk berhubung dengan Tuhan. Alat untuk berhubung dengan Tuhan ialah hati. Kalau akal bertindak di luar kawalan hati, ia akan terputus dengan Tuhan. Pemimpin orang akal menggunakan akalnya untuk mencetus berbagai perkara. Dicetuskan sistem. Dicetuskan undang-undang. Dicetuskan hukum hakam. Dicetuskan peraturan. Dicetuskan kefahaman dan ideologi untuk diikuti oleh manusia. Maka terlaksanalah sistem hasil dari akal manusia sebagai sistem hidup manusia.

Orang rohani pula tidak mencetuskan apa-apa perkara baru dengan akalnya. Dia hanya merujuk kepada Tuhan. Dia ambil sistem Tuhan. Dia ambil undang-undang dan peraturan Tuhan. Dia ambil hukum hakam Tuhan. Dia ambil ajaran Tuhan dan dia ambil sistem hidup yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Inilah sumber doktrinnya. Maka semua ini diterjemah oleh akalnya dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Maka terlaksanalah sistem hidup berTuhan dalam kehidupan manusia.

Akal dicipta Tuhan untuk menyelesaikan masalah dunia. Atau dengan erti kata yang lain, akal gunanya untuk perkara-perkara dan hal-hal yang lahiriah. Akal semata-mata tidak mampu menjangkau hal-hal yang ghaib atau yang bersifat rohaniah. Apabila akal digunakan untuk mencipta sistem hidup, maka ia hanya tertumpu kepada hal-hal lahiriah, hal-hal material dan berkenaan kehidupan di dunia sahaja. Ia tidak mengambil kira hal ketuhanan, tuntutan fitrah dan keperluan rohani manusia dan tentang kehidupan di akhirat.

Justeru itu, sistem hidup ciptaan akal manusia sangat merosakkan. Ia sangat bertentangan dan bercanggah dengan keperluan sebenar manusia. Ia merosakkan keinsanan. Ia merosakkan akhlak. Ia menyuburkan sifat-sifat haiwan dan sifat-sifat syaitan dan melenyapkan sifat-sifat malaikat yang berada dalam diri manusia. Lebih dahsyat lagi, ia menjauhkan manusia daripada kebenaran, dari Tuhan dan dari kehidupan di akhirat. Hasilnya, mazmumah memenuhi hati-hati manusia. Manusia jadi jahat. Hilang kasih sayang dan hilang perpaduan. Manusia berebut-rebut harta dan kekayaan dunia. Mereka berkrisis, bergaduh, berkelahi dan akhirnya berperang. Jenayah berleluasa. Hilang kedamaian, ketenangan dan keharmonian.

Hadis ada menyebut:
Maksudnya: “Tidak ada agama bagi orang yang tidak berakal.”


Hadis ini bukan bermaksud bahawa orang akal sahaja yang boleh beragama. Ada perbezaan di antara orang akal dan orang berakal. Orang akal ialah orang yang mengagungkan akalnya. Orang berakal ialah orang yang pandai menggunakan akalnya. Orang yang tidak berakal ialah orang yang tidak pandai menggunakan akalnya.

Hadis ini bermaksud kalau hendak beragama dan kalau hendak melaksanakan agama, perlu pandai menggunakan akal. Akal yang mampu beragama dan mampu melaksanakan agama itu sudah tentulah akal yang telah terpimpin oleh hati. Kalau tidak, masakan akal itu mahu memikirkan tentang hal agama. Akal yang tidak terpimpin akan hanya mahu menumpukan perhatian kepada hal-hal duniawi semata-mata. Akal perlu dalam mengenal Tuhan. Akal perlu dalam menegakkan syariat. Akal perlu dalam membaiki diri dan membina insan.

Pentadbiran orang akal dimulakan dengan membawa manusia kepada dunia. Tetapi pentadbiran orang rohani dimulakan dengan membawa manusia kepada Tuhan. Apabila Tuhan dikenali dan justeru itu dicintai dan ditakuti, maka manusia akan suka mengamalkan syariat dan hukum-hakam Tuhan. Kesukaan ini adalah manifestasi dari rasa cinta dan takut mereka kepada Tuhan.

Cinta kepada Tuhan itu mendorong manusia berkorban dan membuat apa sahaja yang disukai oleh Tuhan. Takutkan Tuhan pula mendorong manusia agar taat dan patuh kepada perintah Tuhan dan mengelak dari membuat maksiat dan kemungkaran dan perkara-perkara yang dibenci oleh Tuhan. Dengan itu, hidup manusia jadi terpimpin dan terpandu, selamat dan sejahtera dalam kawalan syariat Tuhan.

Rasa cinta kepada Tuhan membuahkan rasa kasih sayang sesama manusia. Melalui kasih sayang, manusia akan hidup saling bantu-membantu, bela-membela dan tolong-menolong. Akan terjalin rasa bersama dan manusia akan bertambah mudah untuk bekerjasama. Manusia tidak akan hidup nafsi-nafsi. Akan wujud sifat pemurah, bertolak-ansur, maaf-bermaafan, bertimbang-rasa, berlapang-dada dan suka mendahulukan orang lain. Akan lahir kedamaian, ketenangan dan keharmonian dalam masyarakat.

Takut kepada Tuhan juga akan membuatkan manusia takut untuk membuat kezaliman dan aniaya terhadap manusia lain. Dengan itu, masyarakat akan terhindar dari rasa takut, cemas dan bimbang. Tidak timbul huru-hara, haru-biru dan ketegangan dalam masyarakat.

Orang yang kenal, cinta dan takut kepada Tuhan itu, hatinya baik. Kalau hatinya baik, maka nafsunya, akalnya dan fizikalnya akan turut jadi baik. Maka akan tersebarlah kebaikan ke seluruh masyarakat. Manusia umumnya jadi amanah, pemurah, pemaaf, adil, bertolak-ansur, suka bertolong bantu dan sebagainya. Manusia sekarang, kerana ditadbir dan dipimpin oleh orang akal, kucar-kacir hidup mereka. Mereka tidak kenal Tuhan. Oleh itu, mereka tidak cinta dan tidak takut dengan Tuhan. Tuhan seolah-olah tidak wujud dalam hidup mereka. Yang ada hanyalah semata-mata dunia. Mengejar dan memburu dunia akan membuatkan manusia berebut-rebut, berkrisis dan berbalah. Kalaupun mereka beribadah dan mengamalkan syariat Tuhan, Tuhan sebenarnya tidak wujud dalam ibadah dan amalan mereka itu. Mereka membesarkan syariat tetapi tidak membesarkan Tuhan.

Manusia yang tidak kenal, tidak cinta dan tidak takut Tuhan, hatinya jahat. Kalau hati jahat, maka nafsu, akal dan fizikal pun akan ikut jahat. Maka akan tersebarlah kejahatan di merata dunia. Manusia yang dipimpin oleh akalnya akan berlumba-lumba merebut dunia. Mereka akan melanggar segala tatasusila dan adab kesopanan. Mereka akan menindas, menekan dan memeras. Hidup dipenuhi dengan krisis dan pergaduhan. Tetapi manusia yang dipimpin oleh hati atau rohaninya akan berlumba-lumba untuk membuat kebajikan. Hidup sudah tentunya manis dan indah, penuh harmoni dan kasih sayang.

Sekian.

Rabu, 13 Jun 2007

KATA PAK LAH..." GANDINGAN ULAMA, UMARA BERJAYA MAJUKAN NEGARA"

BANGI 12 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, gandingan ulama dan umara (pemimpin) yang terbukti berjaya membawa kemajuan kepada negara sejak 50 tahun lalu akan terus dipertahankan. "Boleh percaya ke dengan ayat ni ????"

Perdana Menteri berkata, gabungan tenaga dua golongan itu yang telah menjadi amalan sejak negara mencapai kemerdekaan akan dipereratkan lagi kerana ia terbukti berkesan bagi membolehkan rakyat berbilang kaum hidup dengan aman. "selama ni tak pernah aku melihat keberkesanannya, setahu aku bila mufti dok haramkan 'sure heboh'(la ni dah tuker kepaa 'jom heboh') depa buak tak tahu jer....dok bangkang lagi adala...bila mufti dok cakap seramai ratusan ribu umat Islam dah murtad, Pak Menteri yang bangang belaka dok bangkang & katanya xde bukti...ish tak terlarat nak btau.....tapi persoalannya adakah ini yang dikatakan keberkesanan oleh Imam Pak Lah Hahdari..??

"Gandingan orang agama dan mereka yang boleh mentadbir sudah berlaku dalam sejarah kita seperti penubuhan Tabung Haji yang merupakan hasil idea antara Profesor Diraja Ungku Aziz yang mewakili kerajaan dan Sheikh Al-Azhar dari Mesir yang mewakili ulama.

"Saya mengingatkan semula perkara ini kerana kadang-kadang kita lupa seolah-olah ulama membawa dirinya sendiri dengan cara dia dan yang memerintah negara hanya umara," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Imam-Imam Peringkat Kebangsaan 2007 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Turut hadir ialah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk program itu, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman dan Timbalan Menteri Penerangan selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk program, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Muzakarah selama lima hari yang bermula semalam dihadiri 3,900 imam dari seluruh negara dengan matlamat memartabatkan profesion itu sebagai satu jawatan mulia yang dihormati masyarakat.

Abdullah yang merupakan penaung program itu mahu sebarang pertelingkahan membabitkan kumpulan ulama dan umara dihentikan segera.
"sepatutnya hang sebagai pengerusi OIC kenalah bertegas..jangan lah bila ada sesuatu perkara yang penting kau cuma cakap 'oooo I see...'

"Saya tidak mahu kita bertengkar sesama sendiri dan jangan berlaku apa yang kita (umara) buat, ulama marah dan apa yang ulama buat, kita marah. Sebaliknya masing- masing kena nasihat-menasihati dan memberi pandangan terbaik. "masalahnya menteri2 ko yang tak mau dengar cakap..isu sms orang dah kata haram tapi ko buat jugak....minta kawal hiburan, dah nak merdeka lagi banyak pulak pertandingan karaoke & nyanyian..rancangan realiti tumbuh bagai cendawan...xde usaha ke nak sekat..??? disebabkan perkara inilah artis semakin disanjung dan ulama dihina serta ditindas.....cakap lebih sikit dah kena gam"

"Lebih baik juga kita gabungkan kedua- duanya supaya Islam menjadi agama yang betul-betul membawa kebaikan dan keharmonian dan mempereratkan hubungan sesama manusia," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdullah mengingatkan imam-imam supaya tidak mempolitikkan khutbah mereka kerana ia tidak mendatangkan faedah dan boleh membawa perpecahan kepada masyarakat
. " ko takut rakyat berpihak kepada PAS ker sampai isu ni pun ko bangkitkan sekali..?"

"Para imam harus menjalankan tugas dengan amanah kerana khutbah adalah untuk pembangunan insan dan kemajuan," tegasnya.

Perdana Menteri juga mengulangi harapannya supaya tiada sesiapa di negara ini yang mempertikaikan konsep Islam Hadhari kerana ia bertujuan baik dan telah mendapat sambutan daripada negara Islam lain dan negara-negara Barat.

"Ia bukan agama baru, bukan mazhab baru, cuma sebagai panduan yang tidak terkeluar daripada (ajaran) agama untuk kita ikuti supaya dapat kita bina kekuatan dalam pelbagai bidang," jelasnya. "patutlah jadi imam Islam Hadhari, sampai ke para imam dan ulama pun ko nak khutbahkan pada depa tentang dengan Imam Hadhari yang ko bawa...teruknya pak lah ni.."

P/S : Kalaulah gandingan ini yang dikatakan berjaya memajukan negara tetapi kenapa rasuah masih berleluasa dikalangan pimpinan dan kes murtad tak dapat dibendung. Dalam isu membabitkan maruah dan perasaan umat Islam di Malaysia sudah membuktikan bahawa kepimpinan UMNO dalan komponen BN bukanlah untuk memperjuangkan umat Islam dan bangsa sebalik merekrut kroni2 beliau didalam apa jua projek. Dikaca mata rakyat semuanya indah belaka tetapi disebalik tabir hanya tuhan yang tahu.

Jumaat, 8 Jun 2007

CERAMAH UMUM

PENCERAMAH : SDR SAIFUDIN NASUTION & USTAZ KAMARUDIN BIN HJ SIDEK
TEMPAT : PARIT PUTAT, SUNGAI RAMBAI MELAKA
TARIKH : 8 JUN 2007
MASA : 9:00 MALAM
HARI : JUMAAT


"SEMUA DIJEMPUT HADIR"

Rabu, 6 Jun 2007

PAK LAH AKHIRI ZAMAN DUDA....

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53, pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Majlis akad nikah hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan berkenaan.

Jeanne dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Nadiah dan Nadene.


Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan, serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana.

Abdullah, 67, menjadi duda setelah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pada 20 Okt, 2005 akibat kanser payudara.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Kamaluddin dan seorang anak perempuan, Nori

P/S : Hope pasni Pak Lah xde la pegang2 bahu si Michele Yoh lagi dan terbukti bahawa blogger ni boleh dipercayai..harus diingat ya.!!!!

MP JASIN PERLU LETAK JAWATAN

OLEH : TG KUDIN

Bangunan Parlimen digemparkan lagi, riuh dari Perlis hingga Ke Sabah bahkan melewati jauh ke pendalaman meredah onak- duri belukar parit sungai ke paya lembah. Menjangkaui jauh ke bukit- bukau dan gunung- ganang, semuanya terkejut beruk hatta beruk pun turut sama terkejut.

Memalukan, menjijikkan, membusukkan, tiada maruah, barua, pencacai, muka tembok dan seangkatan dengannya untuk mengambarkan betapa rendah serta hinanya MP Jasin yang ketika heboh kisahnya menghalang pegawai kastam menjalankan tugas maka tersebar arahan yang entah dari mana datangnya supaya masjid di kawasan Jasin membaca Yaasin memohon dilindungkan oleh Allah dari segala bencana ke atas Mohd Said.

Seolah - olah beliau dianiayai oleh musuhnya atau mungkinkah dia dizalimi oleh mereka yang tidak senang dengannya apatah lagi cemburu melihat kuasa yang diperolehinya walaupun sibuk diperkatakan orang ramai kawasannya itu jika dicalonkan khinzir hutan sekalipun orang kampung yang banggang tetap menjilat bontotnya lalu mengundinya lagi.

Namun apabila sekali lagi beliau menerima ujian akibat keterlanjuran mulutnya menghina MP wanita dengan mengatakannya bocor tiap- tiap bulan tiada kedengaran arahan ke atas masjid di Jasin agar membacakan Yaasin baginya, apakah kali ini tidak perlu diselamatkan lagi beruk ini.


Mungkin juga orang yang membaca Yaasin bagi Mohd Said itu terguris hati kerana beliau menghina ibu, isteri, kakak, anak perempuan dan juga seluruh wanita di dunia ini termasuk ibu, isteri dan anak perempuan beliau sendiri. Lalu mereka beramai- ramai berpakat tidak mahu menyelamatkan beliau lagi.

Teori terakhir yang dinantikan oleh semua orang iaitu mungkinkah mereka menyimpan bacaan itu untuk dihadiahkan kepada Mohd Said apabila dia pulang ke rahmahtullah nanti, kerana selepas itu kawasan Jasin akan bertukar wajah seperti Machap dan Ijok yang berjaya dimajukan sekelip mata setelah wakil rakyatnya menutup ke dua belah mata buat selama- lamanya. Amin ya rabbal alamin.

Malang bertimpa ke atas rakyat Jasin di mana MP Jasin sebelum beliau iaitu Tun Ghaffar Baba meninggal dunia setelah melepaskan jawatan MP Jasin, digantikan Raja Lawak yang riuh berkokok tapi ekor terpalit tahi tanpa disedarinya akibat leka dan khayal dengan pengampu serta penjilat disekelilingnya yang membisikkan lagu dangdut ke telinganya.

Ingatlah wahai Mohd Said kamu akan dihadapkan kepada Allah di akhirat kelak bagi dipertanggungjawabkan ke atas segala perlakuan kamu di dunia ini di mana setiap kali kamu menarik nafas itu sebenarnya adalah merupakan nafas kamu yang terakhir.

Kami pengundi di Jasin menolak dan menggesa MP Jasin meletak jawatan agar dapat mengembalikan kewibawaan serta maruah orang Jasin yang selalu dipinggirkan dari arus pembangunan walaupun sebelum ini mempunyai Ahli Parlimen yang menjawat jawatan ke dua tertinggi dalam Malaysia.

Mohd Said tidak layak membawakan suara rakyat Jasin yang begitu mengharapkan pembelaan dari pelbagai kesusahan hidup dan sudah sepatutnya beliau dijatuhkan samaada di dalam pemilihan Umno atau pilihan raya umum.

Selasa, 5 Jun 2007

UMNO HILANG MODAL, NAJIB CARI PUBLISITI.....

PEKAN 3 Jun - Perjuangan UMNO mempertahankan kesucian agama serta akidah Islam sudah terbukti di kalangan rakyat negara ini dan parti pembangkang, Pas sama sekali tidak berupaya untuk menggugat keyakinan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai sebuah parti, UMNO sentiasa berjuang untuk meninggikan lagi syiar Islam dengan memperkenalkan konsep Islam Hadhari.

"Kita tidak hanya melihat Islam itu sebagai satu agama yang menumpu kepada ibadat sahaja tetapi kita melihat dalam ruang lingkup yang lebih luas iaitu Islam sebagai satu agama yang menyumbang kepada peradaban manusia dan sejagat.

"Jadi, sebab itulah semakin hari, semakin ramai yang tertarik kepada perjuangan dan dasar yang dibawa oleh UMNO serta kerajaan kerana kita juga mempertahankan soal kesucian agama Islam dan akidah Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Piala Datuk Seri Najib di Pantai Lagenda Golf & Country Club, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Najib diminta mengulas kenyataan perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas yang ternyata kecewa dengan Dewan Ulama parti itu yang kewujudannya diibaratkan seperti tin kosong.

Wakil Perak, Misbahul Munir Masduki berkata, Dewan Ulama parti itu hanya hidup dalam kepompong mereka sendiri dan tidak berperanan dalam usaha mencelikkan rakyat terutama ketika berdepan dengan pelbagai isu yang melibatkan kepentingan umat Islam.

Menurut Najib, UMNO memiliki platform dan imej sendiri bagi meraih sokongan rakyat khususnya dalam soal perjuangan parti bagi memenuhi tuntutan orang Islam dan masyarakat Melayu.

"Apa-apa sahaja yang Pas buat, tidak ada kaitan dengan sokongan rakyat. Kalau kita tidak ada sesuatu imej dan platform yang memperjuangkan tuntutan orang Islam dan orang Melayu pada keseluruhannya jadi mungkin ada impak juga.

"Tetapi sebaliknya hari ini kita melihat apa juga yang rakyat kehendaki, UMNO boleh bagi harapan dan aspirasi mereka," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung masyarakat Melayu yang mengundi parti bukan Islam disifatkan sebagai sesat, katanya, isu tersebut merupakan cerita lama dan setiap kali pilihan raya, Pas pasti akan membangkitkan perkara yang sama.

Tegas beliau, UMNO telah berulang kali menyatakan perjuangan parti sememangnya selaras dengan tuntutan Islam di mana Islam sebagai satu agama yang merangkumi kepentingan umatnya dan juga masyarakat bukan Islam.

"Dalam Islam kita mesti timbang secara adil dan saksama, adil kepada orang Islam, adil kepada orang bukan Islam dan asalkan orang bukan Islam tidak memusuhi kita," jelasnya.


P/S: dasar perjuangan yang hanya mementingkan pangkat, material dan kuasa. Ahli UMNO masih lagi xsedar yang mereka semua diperkudakan oleh pemimpin2 mereka. Kalaulah ISLAM HADHARI dikatakan yang terbaik bagaimana ISLAM yang diperjuangakan oleh PAS yang secara terang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Yang peliknya dah terang lagi nyata UMNO hanya mem'politik'kan serta memperjudikan isu agama demi menentang PAS dan ini diperakui salah seorang exco tertinggi UMNO iaitu si samseng Botak Nazri Aziz.

Bawa2lah renungkan..Isu Lina Joy merupakan isu yang paling hampir untuk kita semua fahami. Saya xanti UMNO cuma saya benci pembawakan UMNO. Seperti kata YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, PAS akan dibubar jika UMNO seratus peratus melaksanakan serta merjuangkan ISLAM dan bukan hanya memperjuangkan bangsa sahaja...renung2kan pesanan saya yang ringkas. Harta kebendaan tidak boleh dibawa keakhirat.....DAN YANG PENTING UMNO ADALAH PARTI SEKULAR!!!!

ANTARA TAMBAK PAYA DAN IJOK

OLEH : BUDI (mail to budi_abuya@yahoo.com.my)

Perasaan saya bercampur baur antara percaya, menyokong dan sedikit ragu bila membaca akhbar Siasah (bil 0047) dibawah tajuk Pemuda UMNO membantah pembinaan kuil. Seterusnya menzahirkan kemarahan dengan ayat amaran yang keras ditulis pada kain rentang.

Begitulah nampaknya perubahan sikap pemuda parti keris dan sebenarnya memang itulah yang sepatutnya dilakukan dari dahulu lagi. Hakikatnya bukan sekadar isu bina kuil sahaja malahan banyak lagi isu yang menyayat hati umat islam patut ( sebenarnya wajib) ditangani dan diberi perhatian
.

Sensitiviti pemuda UMNO tentang isu rumah ibadat itu memang dialu alukan.Namun banyak lagi mungkar didepan mata yang sepatutnya ditangani juga.Melaka Raya sudah menjadi tersohor dengan kelab malam dan kelab dangdut. Deretan kedai judi di Melaka Baru seolah olah Las Vegas.Pesta air Tanjung Puteri bagai mahu menghidupkan kembali ‘mandi safar’. Tolonglah… jangan tutup sebelah mata.

Saya berkesempatan di Ijok dalam pilihanraya kecil baru- baru ini. Dari segi suasana dan pecahan kaum, Ijok dan Tambak Paya tidak banyak bezanya. Begitu juga kuil disana lebih banyak dan besar jika dibandingkan dengan masjid kampung Tambak Paya biarpun hindu cuma minoriti disitu..Namun disana tiada sebarang masalah, malahan sebagai tanda kasih, mereka menaikan seorang ahli jemaah kuil sebagai wakil rakyat mereka .

Isu membina kuil atau tempat ibadat sebenarnya adalah masalah teknikal yang boleh diatasi dengan perbincangan. Islam pun tidak menghalang aktiviti keagamaan mereka. Malahan nabi pernah melarang sahabat daripada merobohkan rumah ibadat yahudi dan memberi perlindungan kepada mereka yang berada didalamnya.

Sehingga kini masih belum diketahui setakat mana bantahan pemuda keris itu dipanjangkan. Mungkin sekadar menaikan kain rentang sahaja. Saya yakin ianya sekadar menarik perhatian dan akan selesai begitu sahaja apabila ada campur tangan dari Ketua Menteri. Kita tungu dan lihat apakah akan tajam lagi keris pemuda itu, apabila mendapat baju T dan topi baru.