Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 31 Julai 2007

SIDANG DUN MELAKA KECOH GARA-GARA SOALAN LAWATAN ALI RUSTAM

OLEH : ZAILI MUHAMMAD

MELAKA, 25 Julai (Hrkh) - Persidangan Kedua Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke sebelas kecoh selama 20 minit, gara-gara ketidakpuasan hati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (Kota Laksamana-DAP), Betty Chew Gek Cheng di mana soalan lisan yang sepatutnya berada di tempat pertama, akhirnya diletakkan pada soalan yang ke-58.

Keadaan Dewan Undangan Negeri, Seri Negeri, bertambah gamat lagi, apabila ADUN (Banda Hilir-DAP), Goh Leong San turut bangun mengambil bahagian kerana tidak berpuashati dengan soalan lisan yang dihantar olehnya, diletakkan pada soalan ke-48.

Menurut Betty, soalan lisan itu adalah mengenai lawatan delegasi Negeri Melaka ke Amerika Latin yang diketuai oleh Ketua Menteri bersama 28 orang.

"Saya ingin tahu berapakah kos yang digunakan, siapa yang ikut dalam rombongan itu dan apakah kaitan serta keperluannya.

"Mereka bertujuan untuk mengelakkan diri dari menjawab soalan saya sebab itu, apabila tiba giliran saya menyoal, Dato' Seri Ali Rustam dengan mudah mengatakan bahawa soalan tersebut telah dijawab sebelum itu, ketika soalan yang diajukan oleh ADUN (Bemban-BN), Dato' Chong Tam On.

Kedua- dua ADUN DAP itu mempertahankan hak mereka yang akhirnya telah diarahkan oleh Speaker DUN, Dato' Mo'min Abdul Aziz supaya duduk.

"Sebelum ini pun soalan-soalan dari ADUN DAP kita terima dan masalah kedudukan soalan sepatutnya tidak perlu timbul dan dibangkitkan dalam dewan.

"Saya akan memaklumkan perkara ini kepada pihak pentadbiran," katanya ketika meleraikan kekecohan tersebut.

Kekecohan kedua-dua ADUN itu, turut menarik minat ADUN (Serkam-BN), Dato' Wira Ahmad Hamzah; ADUN (Gadek- BN), Dato' Abdul Ghafaar Atan dan ADUN (Telok Mas-BN), Dato' Amid Nordin.

Ketiga- tiga wakil rakyat tersebut meminta agar persidangan dewan bermula dan tidak menghiraukan kekecohan yang dibawa oleh kedua- dua pemimpin DAP itu.

SUMBER DARI HARAKAHDAILY

Isnin, 30 Julai 2007

CUBA TEKA, APA YANG KURANG ???

Sign Board ini menunjukkan jarak arah ke kawasan industri di Merlimau (Daerah Jasin) dengan mengikut jalan utama Melaka - Muar.

Cuba lihat..apa yang kurang pada 'sign board' ini..?? ini bukan kaedah super impose..tetapi inilah yang dapat dipaparkan kepada masyarakat mengenai sikap sambil lewa yang dilaksanakan oleh Majlis Pembandaran Jasin. Biasanya bila dah naik taraf dari Majlis ke Pembandaran maka imej dan prestasi kerja perlu dipertingkatkan..tetapi malangnya hal sekecil macam ni pun xbole nak settle...nampak sangat tak prihatin ketika melakukan kerja...sedikit sebanyak ia memberikan kesusahan kepada orang luar yang hendak ke kawasan industri tersebut..bikin lawak betulla Majlis Pembandaran Jasin ni...hope pasni xmaula mimpi time waktu siang lagi....jangan dok ingat saman kereta yang xletak kupon time parking je, masalah ni pun kena 'take care' juga...

Khamis, 26 Julai 2007

NURI, LAMBANG PEMIKIRAN PEMIMPIN MALAYSIA

OLEH : TG KUDIN

Nuri atau Sikorsky S61 buatan Amerika Syarikat yang mula dibeli oleh TUDM sejak tahun 1968 jatuh lagi dan kali ini mengorbankan 6 orang mangsanya membuatkan suasana di seluruh negara menjadi sayu pilu dirundung malang.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat dan diharapkan mereka bersabar serta redha dengan ujian yang menimpa kerana semuanya ini adalah ketentuan dari Ilahi, seharusnyalah kita mengingati Allah di dalam setiap keadaan.

Persoalannya ialah mengapakah pihak kerajaan tiada mengambil satu tindakan yang benar- benar bertujuan menjaga atau melindungi pasukan keselamatan negara kita khususnya TUDM sejak kali pertama kejadian Nuri terhempas lagi.

Setiap kali tragedi sebegini berlaku kerajaan akan buat siasatan lalu kemudian diumumkan punca berlakunya dan selepas itu tiada apa- apa tindakan susulan yang dibuat, tindakan yang seolah- olah dilihat cuma melepaskan batuk di tangga bagi mengaburi dan meredakan sedikit kemarahan keluarga mangsa.

Mutakhir ini pula kita lihat kelibat pemimpin negara tidak kira melibatkan urusan rasmi kerajaan atau tidak, semuanya menggunakan helikopter atau jet peribadi mungkin disebabkan berkemampuan atau takut mati kerana tidak yakin dengan keselamatan Nuri.

Seorang kawan yang bertugas sebagai anggota tentera menyatakan bahawa Nuri boleh diumpamakan sebagai 'lori buruk' yang bila- bila masa boleh mengakibatkan kemalangan dan tidak selamat untuk digunakan lagi.

Tambah beliau, memang dari luar kita nampak Nuri cantik dan lawa sebab telah dicat baru tapi hakikatnya ia merbahaya, lebih- lebih lagi kenderaan seperti Nuri yang berada awang- awangan di udara di mana, risiko untuk terselamat sekiranya berlaku kemalangan amatlah tipis.

Lalu Dato' Seri Najib mengumumkan bahawa Nuri akan ditukarkan dengan helikopter yang lain dan itupun selepas 2 atau 3 tahun lagi, mungkin bertujuan menunggu perunding pembelian senjata beliau iaitu Abdul Razak Baginda selesai melalui perbicaraan berkaitan kes Altantuya.

Ada anggota tentera pula menyatakan bahawa dia akan menangis terlebih dahulu sekiranya diarahkan untuk mmenaiki Nuri kerana begitu trauma dengan kekerapan Nuri jatuh terhempas.

Bagaimana kerajaan menjaga keselamatan negara ini, belum berlaku peperangan lagi, belum berhadapan dengan ancaman tentera musuh tapi pesawat tentera kita banyak yang sudah jatuh terhempas dan mengorbankan nyawa.

Di sini penulis ingin berkongsi pandangan sedikit berkenaan peralatan atau teknologi canggih yang dimiliki negara kita dan kebanyakannya dibeli atau diimport dari luar seperti Amerika Syarikat, Russia, Eropah dan sebagainya.

Seorang Professor pernah menyatakan ketika ditemuramah di dalam siaran radio IKIM bahawa setiap teknologi luar yang dijual atau dipindahkan kepakarannya kepada kita, sebenarnya dilakukan setelah mereka mempunyai teknologi yang lebih canggih dan boleh menandingi atau mengatasi teknologi yang dijual itu.

Dalam ledakan teknologi maklumat seperti penggunaan 'handphone' yang kita merasakan begitu meluas dan begitu canggih serta mula digunakan di negara kita pada awal 90 an, sebenarnya agen- agen perisikan Yahudi Israel telah mula menggunakannya di awal 50 an atau 60 an lagi!

Apabila rahsia teknologi 'handphone' mula diketahui oleh masyarakat antarabangsa barulah mereka menyebarluaskan kegunaannya kepada semua negara dan itupun sesudah mereka mempunyai teknologi telekomunikasi yang lebih terkehadapan lagi dan dengan mudah mengalahkan teknologi 'handphone' itu.

Begitu jugalah halnya dalam teknologi pertahanan di mana, setiap helikopter, pesawat, kapal, kapal selam, peluru, senjata dan pelbagai lagi kelengkapan pertahanan negara kita yang dibeli dari luar negara walau bagaimana canggih dan hebat, sebenarnya tertinggal dan amatlah mudah mereka memusnahkannya.

Ini merupakan perancangan musuh sejak awal lagi bagi mempengaruhi pemikiran kita, bahawa kita tidak berupaya mengalahkan mereka dalam peperangan dan mereka juga tidak akan mengambil risiko bodoh untuk menjual teknologi yang boleh memakan diri sendiri.

Kita khuatir tragedi helikopter dan pesawat yang kerap terhempas ini merupakan satu daripada strategi musuh bagi melemahkan dan menundukan negara kita agar mudah untuk ditarik hidung dalam semua perkara.

Bayangkanlah, seorang doktor yang berkemampuan untuk mengubati beberapa penyakit, sanggup menyebarkan virus supaya orang ramai akan mendapatkan rawatannya! Sama seperti beberapa syarikat antivirus komputer, setelah dikaji dan diselidik, mendapati bahawa beberapa virus komputer yang muncul hari ini dicipta sendiri oleh syarikat- syarikat ini supaya perisian antivirus keluaran mereka laris di pasaran!

Selanjutnya, kita tidak mahu kerajaan memperjudikan nyawa rakyat Malaysia khususnya para tentera yang telah berkorban seluruh jiwa dan raga dalam mempertahankan maruah serta kedaulatan negara.

Adakah wajar bagi Kementerian Pertahanan meneruskan penggunaan helikopter Nuri yang berusia antara 30 dan 40 tahun walaupun telah berlaku 18 kemalangan yang meragut 95 nyawa sejak tahun 1969?

Sepatutnya, di saat Malaysia berbangga meraikan kemerdekaan kali ke 50, negara kita sudah boleh berdikari dalam menghasilkan teknologi sendiri bagi mempertahankan negara ini dan tidak perlu lagi terlalu bergantung dengan negara luar yang boleh disangsikan keikhlasannya.

Bayangkan! Malaysia sudah ada pesawat pejuang, helikopter, kapal selam, peluru berpandu sendiri dan berkeupayaan menghasilkan senjata nuklear bagi memperkukuhkan keselamatan negara, apakah ini mustahil dilakukan?

Bukankah kita ada mempunyai ramai saintis dan pakar dalam pelbagai bidang, bukankah Gunung Everest telah kita daki, lautan luas telah kita tawan, Kutub Utara dan Selatan telah kita jejaki hasil kepakaran 'Mat Rempit' bahkan, bakal angkasawan kita juga akan memacakkan bendera Malaysia di bulan sedikit masa lagi.

Malang negara kita kerna mempunyai pemimpin yang tak cerdik hanya tahu memikirkan berapa dapat komisen, balak mana nak ditebang, PPRT mana lagi nak disapu, rasuah mana nak dikaut untuk bebaskan penjenayah, projek mana nak diberikan kepada anak menantu dan sapa yang ingin dibomkan dengan C4.

Nasib kaulah Labu...

SEKITAR LAWATAN PAS KAWASAN JASIN KE PAS KAWASAN PASIR PUTIH

















PAS KAWASAN JASIN DAN PAS KAWASAN PASIR PUTIH JADI 'KAWASAN BERKEMBAR'

Oleh : Budi ( budi_abuya@yahoo.com.my )

PAS kawasan Jasin (PKJ) telah mengadakan 'lawatan sambil belajar' ke negeri Kelantan pada 21 & 22 hb julai 2007 sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Rombongan seramai 40 orang itu, diketuai oleh YDP kawasan, Mejar (B) Hj Jasme Tompang . Peserta rombongan adalah mewakili dari setiap DUN, Dewan Muslimat dan ahli Dewan Harian Pas Kawasan. Menurut Mejar Jasme, objektif utama program adalah untuk menambah ilmu dan juga bertukar tukar pandangan serta pengalaman khususnya dalam menghadapi pelbagai kerenah pilihanraya.

Sepanjang dua hari itu peserta rombongan telah disediakan jadual dan pengisian yang padat.Bermula disebelah pagi dengan perjumpaan dan dailog bersama pimpinan Pas Kawasan Pasir Putih (PKPP). Ahli rombongan telah diberikan taklimat persiapan pilihanraya oleh beberapa pimpinan tertinggi PKPP.Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah YB Drs Zainudin Bin Awang Hamat yang juga merangkap timbalan YDP Pas kawasan Pasir Putih. Diakhir sesi kedua dua belah pihak telah mencapai persetujuan lisan untuk menjadikan PKJ dan PKPP sebagai sebuah kawasan berkembar.



Pada sebelah petangnya ahli rombongan telah diberikan taklimat dan perkembangan mutaakhir politik Kelantan oleh YB Zaki Ibrahim. Manakala disebelah malam satu taklimat khas berkaitan dengan strategik telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Husin (timbalan Pengarah Pusat Kajian Strategik negeri Kelantan)



Sebelum berangkat pulang, peserta rombongan telah mengambil kesempatan menziarahi TG Dato Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka. Peserta juga telah diberikan tazkirah ringkas oleh TG sebagai bekalan untuk dibawa pulang.

Sementara itu YDP kawasan Jasin melahirkan rasa kesyukuran dan berpuas hati dengan perjalanan program lawatan tersebut. Beliau juga mengharapkan agar peserta dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi sebaik mungkin didalam gerak kerja diperingkat DUN masing – masing.


Mengulas mengenai PKJ dan PKPP sebagai kawasan berkembar, beliau mengharapkan lebih banyak menfaat diperolehi khususnya bagi kawasan Jasin dalam mengurus dan memajukan jentera parti diperingkat kawasan. "Kerjasama ini perlu digembeling dan diperluaskan kepada semua bidang , samada ekonomi, tarbiyah dan sebagainya".

Tambah beliau lagi, "jalinan ini akan terus kekal dan semoga ada lawatan susulan selepas ini. Saya juga menjemput pimpinan PKPP untuk berkunjung ke Jasin sebagai tanda kunjungan balas". "Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih diatas sambutan dan layanan pihak PKPP".

Rabu, 25 Julai 2007

PARTI KEADILAN DAN PEMBANGUNAN TURKI (AKP) PIMPINAN PERDANA MENTERI, RECEP TAIYI

Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AK) pimpinan Perdana Menteri, Recep Taiyib Erdogan mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya parlimen yang telah diadakan pada 23 Julai lalu.

Kemenangan itu membuktikan bahawa rakyat Turki yang keluar mengundi tidak ragu-ragu untuk memastikan Parti AK mencapai kememangan mutlak agar sistem pentadbiran negara dapat dijalankan berasaskan Islam walaupun mendapat tentangan dari banyak pihak yang cuba menggagalkan kemenangan AK.

Pelbagai lapisan rakyat sokong kemenangan AK

Dalam laporan akhbar arus perdana Turki, Cumhuriyet menyebut, bahawa pilihan raya kali ini berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan, lebih-lebih lagi di kalangan orang-orang Yahudi, Kurdis, golongan remaja dan penyokong Parti Saadat memberi undi buat AK untuk menang besar dalam pilihan raya dalam tempoh lima tahun.

Menurut laporan itu lagi, terdapat sebelas parti yang bertanding dari pelbagai aliran kefahaman setelah berjaya mengikut peraturan sistem pilihan raya Turki yang mewajibkan setiap parti yang bertanding meraih sokongan sepuluh peratus dari suara pengundi.

Calon setiap parti dipilih oleh pucuk pimpinan masing-masing untuk bertanding atau calon-calon itu dipilih berdasarkan pemilihan dalam pertandingan antara anggota parti masing-masing, bagi yang menang barulah dicadangkan untuk mewakili parti dalam pilihan raya peringkat kebangsaan.

Keputusan penuh pilihan raya parlimen yang diumumkan SPR Turki semalam yang menawarkan 550 kerusi untuk dipertandingkan, tetapi hanya empat parti sahaja yang meraih kejayaan iaitu Parti AK (Islam) memperolehi 341 kerusi, Parti Republik Rakyat (Sekular) - 112 kerusi, Parti Tindakan Nasionalis (Nasionalis) - 70 kerusi dan Parli Bebas termasuk Kurdis (Nasionalis) sebanyak 27 kerusi.

Kemenangan AK tanda sokongan rakyat kepada Islam

Dalam sidang akhbar sejurus pengumuman keputusan, Perdana Menteri, Recep Taiyib Erdogan berjanji kepada para pengundi dan penyokong parti AK khasnya, bahawa pihaknya tidak akan berganjak dari merealisasikan prinsip asasi bagi sebuah negara republik, terutamanya bagi memulihkan sistem ekonomi dan demokrasi dalam pelbagai aspek.

ImageKeyakinan itu disampaikan kepada para pengundi bagi menyatakan bahawa parti AK akan terus memelihara nilai dan penghormatan kepada semua rakyat berasaskan semangat republik yang bertunjangkan aliran Sekular, namun kenyataan beliau itu hanyalah sebagai satu cara bagi meredakan kemarahan para pengundi dari berbagai-bagai aliran kefahaman, kaum dan pegangan yang menyokong AK.

Keputusan pilihan raya 2007 menunjukkan bahawa AK memperolehi kenaikan sokongan 12 peratus berbanding pilihan raya 2002, ini menunjukkan bahawa imej isteri Erdogan dan Abdullah Gul yang bertudung tidak menghalang sokongan pengundi kepada Islam walaupun rakyat Turki umumnya mendapat pembelajaran sistem Sekular sejak puluhan tahun selepas Turki jatuh ke tangan pengkhianat Islam Mustafa Kamal Attartuk pada 1924.

Kemenangan AK juga terserlah di beberapa wilayah yang terletak di persisiran pantai Laut Hitam seperti di wilayah Samsun dengan meraih 57 peratus, Ordu 54 peratus, Rize 53 peratus, Kastamonu 39 peratus dan Sinub 43 peratus.

Peranan media yang adil beri kemenangan pada AK

Media di Turki sama ada yang bersifat cetak atau eletronik mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat di Turki, ia dianggap oleh para pemerhati politik sebagai kuasa keempat selepas presiden, perdana menteri dan timbalannya.

ImageMedia di Turki juga dianggap mempunyai kuasa yang amat berkesan seperti al-Quran oleh sesetengah individu masyarakatnya, justeru tidak hairanlah ia ditatap setiap hari seperti kitab suci al-Quran itu sendiri.

Di Turki, terdapat kira-kira 3,500 akhbar cetak dan lebih 300 stesen televisyen dari pelbagai aliran dan pendekatan, masing-masing menyiarkan laporan berita yang penuh dengan semangat keadilan dan jauh dari sifat penipuan, ini kerana apabila bahan yang disiarkan itu tidak tepat atau terdapat penyelewengan, maka ia akan dipulaukan, akibatnya ia tidak akan disokong oleh orang ramai dan akhirnya terpaksa menanggung kerugian kos serta membayar gaji pekerja.

Dalam isu pilihan raya, setiap media menyediakan bahan segar dan tepat buat pengetahuan orang ramai, mereka melakukan pertimbangan wajar hingga kebenaran berpihak kepada Perdana Menteri, Erdogan yang banyak melakukan perubahan sepanjang lima tahun pemerintahan, jika terdapat laporan yang tidak tepat, maka media yang menyediakannya mendapat kritikan dan menanggung risiko.

Dalam laporan mengenai sepanjang perjalanan pilihan raya, setiap media melaporkan kebaikan Parti AK pimpinan Erdogan yang peka dan prihatin terhadap isu rakyat dalam pelbagai aspek, ia bukan sahaja menjadi bahan kempen pilihan raya oleh media, malah sebagai realiti yang telah dibuktikan sepanjang memerintah selama lima tahun, laporan berkenaan menjadi batu loncatan kepada kemenangan AK.

Justeru, menurut beberapa ketua pengarang media cetak terkemuka di Turki, menyebut bahawa bedah siasat yang dijalankan pada pilihan raya kali ini, mendapati bahawa laporan media cetak dan eletronik telah menjalankan tugas media sebenar dalam laporan yang dihasilkan, ia bukan sahaja memenuhi berita atau kempen parti memerintah, malah semua parti yang bertanding juga mendapat liputan meluas dilakukan oleh pihak media dengan adil dan saksama walaupun kelemahan Erdogan terpaksa didedahkan tanpa sebarang ugutan.

Masa depan Islam di Turki cerah

Menurut para pemerhati politik, Islam akan kembali cerah dengan kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK), walaupun Erdogan terpaksa menyatakan secara terbuka bahawa beliau akan tetap menerapkan sistem sekular dalam pentadbiran negara, namun ia sebagai satu kaedah bagi meredakan kemarahan rakyat yang sudah sebati dengan fahaman tersebut yang disifatkan sebagai tidak Islam dalam semua hal.

Cabaran yang menanti calon-calon AK amat berat dalam menyampaikan risalah Islam selepas dibentuk kerajaan baru, persoalannya di sini, apakah benar semua calon-calon AK mempunyai wawasan yang sama seperti yang dimiliki oleh Erdogan, Abdullah Gul atau Dr Nejmetin Erbakan.

Jika masing-masing berperanan dan memahami tanggungjawab selepas dipilih dalam pilihan raya, maka tugas untuk mentarbiah rakyat sedikit demi sedikit ke arah memahami Islam akan dapat diterima, tidak mustahil satu hari nanti Islam akan dapat diterima sebagai cara hidup rakyat Turki secara menyeluruh, tidak kira dari golongan yang mahukan Islam, Sekular, Yahudi, golongan remaja, wanita yang tidak bertudung dan lain-lain, kerana Allah SWT menjanjikan yang terbaik kepada hamba-Nya yang mahukan agama-Nya tertegak di muka bumi ini.

SUMBER DARI : TRANUNGKITE.NET

Isnin, 23 Julai 2007

'MALAYSIA BUKAN NEGARA SEKULAR, TIDAK AMAL TEOKRASI

Nampaknya khairy cuba membuat lawak bodoh disitu. Masih mempertahankan keislaman malaysia disitu. Rasa-rasanya tak perlulah menegakkan benang yang basah. Macam mana nak katakan Malaysia negara Islam sedangkan para pemimpin yang memerintah pun menolak Islam dan memperlekehkan dan mempersendakan undang-undang yang ALLAH turunkan melalui al-quran.

Adakah Khairy sanggup berdebat dengan alim ulama atau cendiakawan Islam secara terbuka. Khairy janganlah berlagak seperti ayam jantan yang kokoknya berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi. Buktikan dulu cara dan amalan kehidupannya adalah sebagai seorang Islam yang sempurna. Setakat nak berdebat dengan MCA atau MIC bolehlah. Islam bukanlah hanya sekadar solat 5 waktu sehari semalam,berpuasa,menunaikan ibadah haji dan zakat tapi turut meliputi sistem politik dan corak kehidupan kita.


Negara Islamkah Malaysia kalau wujudnya pesta2 arak yang berleluasa dan pesta2 maksiat yang terang-terang. Kita tunggu dan lihatlah sendiri jika panjang umur kelak pabila negara bakal menyambut kemerdekaan yang ke 50, berbagai pesta yang huru-hara bakal di anjurkan dan sudah pasti disko-disko dan pusat-pusat hiburan sibuk mengatur berbagai pesta dan tidak lupa pesta arak bagi meraikan sambutan kemerdekaan negara yang amat kita cintai.

Indonesia walaupun kita tahu mengamalkan panca sila tetapi pabila menjelan ramadhan kebanyakan pusat-pusat hiburan ditutup sebagai tanda menghormati bulan yang penuh dengan seribu rahmat. Tetapi bagaimana dengan Malaysia? Pusat-pusat hiburan berjalan seperti biasa malah lebih rancak dan kita boleh lihat umat Islam yang mabuk tungging-langgang dan berpakaian pada mata kasar tetapi sebenarnya berbogel dan menunjukkan aurat masing2. Apakah tindakan Pemuda UMNO yang mengaku ISLAM sgt. Apakah nasihat mereka kepada pemuda-pemudi. Fikir-fikirkanlah dan renunglah sejenak.Janganlah cuba menjadi badut atau pak lawak yang memperbodohkan rakyat. Khairy oh khairy sebelum bertegang urat mengaku membela ISLAM, belalah isteri sendiri dahulu berilah ajaran ISLAM yang sempurna barulah buat pengakuan untuk berdebat dengan mana2 pihak.

'MALAYSIA BUKAN NEGARA SEKULAR, TIDAK AMAL TEOKRASI'
SUMBER DARI : BERITA HARIAN


GEORGETOWN: Malaysia bukan negara sekular, sebaliknya sebuah negara Islam yang tidak mengamalkan teokrasi dalam pemerintahannya, kata Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, Malaysia meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan menunjukkan negara ini bukan sekular seperti Turki, Indonesia dan Perancis.

Katanya, konsep negara Islam yang diamalkan Malaysia bukan mengamalkan teokrasi atau aliran yang menggunakan satu sumber mutlak sebagaimana Iran.

"Negara sekular mengamal konsep pemisahan agama dengan pemerintahan tapi kita bukan demikian. Kita juga bukan negara teokrasi dengan melihat satu sumber saja.

"Malaysia bukan Indonesia yang mengamalkan Panca Sila. Di Indonesia, rancangan agama selain Islam turut disiarkan televisyen, tapi kita tidak begitu. Kita juga bukan Iran yang tiada mahkamah sivil.

"Saya juga sanggup berdebat dengan sesiapa juga yang terus-terusan mengatakan Malaysia adalah sebuah negara sekular. Bagi saya, Malaysia negara Islam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bayan Baru dan melancarkan jentera pilihan raya Parlimen Bayan Baru di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammudddin Hussein, meminta pemimpin MCA berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sekular kerana ia tidak membawa manfaat.

Hishammuddin menegaskan polemik sedemikian tidak harus cuba diperbesar-besarkan MCA kerana ia tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak, sebaliknya boleh memberi kesan negatif.

Khairy berkata, pemerintah Malaysia juga menitikberatkan soal Islam, termasuk menyalur peruntukan kepada institusi agama dan penganjuran program keagamaan.

Sabtu, 21 Julai 2007

PIALA ASIA DAN MALAYSIA BOLEH???

OLEH : Budi ( budi_abuya@yahoo.com.my )



Semuanya sudah terjawab, bukan sahaja kalah malah memalukan. Bermulanya dengan kekalahan kepada China 5-1, Uzbekistan 5-0 dan terakhir kepada Iran dengan 2-0. Maknanya Malaysia hanya mampu menghasilkan 1 gol dengan membiarkan pihak lawan membolosi sehingga 12 gol dalam 3 perlawanan. Pasukan Negara dengan imej Harimau Malaysia telah menjadi harimau sarkas, tiada taring malah hilang garangnya. Slogan keramat "Malaysia Boleh" yang biasa dilaungkan setiap kali ingin memulakan apa – apa perlawanan, harus disemak kembali atau diganti lain. Telah ada orang yang mempersendakan dan mempersoalkan, boleh apa ? boleh dibelasah ? Boleh diperbudakkan atau boleh blah ?

Kita dapat lihat ketegangan yang timbul sebelum bermulanya kejohanan Piala Asia dimana ketika itu di Malaysia terbabit perlawanan separuh Akhir piala FA yang membabitkan pasukan dari Selangor, Kedah, Perlis dan Johor PG. Semua pasukan yang saya nyatakan rata-rata terdiri daripada pemain yang akan mewakili pasukan kebangsaan untuk kejohanan Piala Asia. Apa yang menimbulkan masalah ialah kerjasama tiada dapat diwujudkan oleh FAM mahupun persatuan bola sepak negeri berkenaan isu ini sehingga menyebabkan penyerang Selangor yang juga penyerang utama negara iaitu Akmal Rizal mengalami kecederaan di dalam pertemuan separuh akhir piala FA. Kenapa tiada ketegasan dari pihak FAM berkenaan isu ini. Cikgu Jan ( Norizan Bakar ) pula hanya mampu berdiam diri dan dari pandangan saya yang beliau begitu kecewa dengan persatuan bola sepak negeri yang lebih mengutamakan persatuan mereka daripada tuntutan pasukan kebangsaan. Lihatlah bagaimana ketegasan yang ditunjukkan oleh Jurulatih Korea Selatan yang bekerja keras mempertahankan anak buahnya dari terlibat dalam perlawanan kelab demi membentuk sebuah pasukan yang mantap serta mengelakkan anak buahnya mengalami kecederaan awal. Dari sini saya sudah boleh meramalkan kenapa Malaysia boleh dijadikan sebagai pasukan belasahan dalam kejohanan Piala Asia...

Sebagai rakyat Malaysia, saya amat kecewa dengan pencapaian pasukan bolasepak negara pada masa ini. Era 70 an pasukan negara boleh dianggap antara yang terbaik di Asia. Saya masih ingat semua nama pemain pada masa itu. Bukan sahaja Mokhtar Dahari yang digeruni lawan dibahagian serangan bahkan yang lainnya juga cemerlang diposisi masing- masing. Siapa yang tidak kenal penjaga gol, 'Spiderman' Arumugam, kapten Chin Aun, bek Santokh Singh atau perancang tengah Isa Bakar.

Sebelum kita mencari punca kemerosotan bolasepak negara, kita harus akui bahawa dalam tempoh dua puluh tahun kebelakangan ini kita gagal mencari walau seorang pun pengganti yang setaraf atau lebih baik dari nama – nama yang saya nyatakan. Mereka bangkit dan bersinar pada masa Malaysia hanya ada pertandingan "Piala Malaysia" sahaja. Hari ini berbagai liga diadakan namun pencapaiannya tidak kemana. Pada ingatan saya , FAM pernah menubuhkan pasukan bawah 21 tahun atau sebagainya untuk dijadikan pelapis namun tidak diketahui kewujudannya lagi.

Selepas dibelasah oleh China dan Uzbekistan, jurulatih skuad negara menyalahkan pemain yang menurutnya terlalu banyak melakukan kesilapan. Itu jawapan 'standard' mana – mana jurulatih pun apabila kalah. Benarkah pemain kita yang bertaraf professional melakukan kesilapan yang dimaksudkan itu.

Pemain tidak sepatutnya dipersalahkan (kecualilah mereka menjual perlawanan). Saya yakin perkara tersebut tidak berlaku. Sudah sampai masanya dilakukan satu rombakan besar pada induk persatuan bolasepak Malaysia (FAM). Berilah peluang muka baru yang lebih kreatif dan bertenaga untuk menggalas tanggungjawab besar. Kenapa perlu takut untuk membuat perubahan. Bukankah terbukti kita gagal mencapai kemenangan sepanjang dua puluh tahun ini, jangankan diperingkat Asia, di Asia Tenggara pun kita lingkup.

Akhirnya saya melihat, persatuan bolasepak di Malaysia ini hendaklah dibebaskan dari cengkaman dan pengaruh orang politik. Seperti KM Melaka yang mempengerusikan MAFA, beliau bukanlah ahli dalam sukan bolasepak. Adakah beliau mampu memberi pandangan yang baik dalam memajukan bolasepak. Begitu juga pasukan tajaan pemuda UMNO - My Team, adalah jelas mereka yang berselindung disebalik pasukan ini ada agenda tersendiri, mencari pengaruh dan habuan kewangan .

Jadikanlah piala Asia ini sebagai satu pengajaran untuk kita menilai kembali kesilapan dan seterusnya membuat satu perubahan positif. Sepatutnya kita telah lama maju setanding Jepun, Korea mahupun negara timur tengah. Saya yakin kita akan berjaya. Malaysia Boleh, FAM boleh....tetapi kenalah berubah.

Jumaat, 20 Julai 2007

DARI MEJA JASINDAILY

Assalamualaikum w.b.t

terima kasih diatas segala sokongan yang diberikan oleh pengunjung kepada blog ini. Insya-Allah blog ini akan kembali beroperasi seperti biasa & jutaan kemaafan dipinta kerana terhenti hampir seminggu kerana menyelesaikan beberapa tugasan penting.

Terima kasih sekali lagi diatas sokongan yang diberikan. Doakan agar kami semua mampu beristiqomah dalam menyalurkan segala maklumat2 terkini, baik di Negeri Melaka @ di Malaysia. Salam perjuangan dari kami untuk kalian semua.

blogmaster dppkjasin

Sabtu, 14 Julai 2007

MASIH ADAKAH YANG MAHU MEMPERTAHANKAN ISLAM ??

Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menolak permohonan V.Suresh untuk mendapatkan perintah HABEAS CORPUS bagi membebaskan isterinya Siti Fatimah Abdul Karim (yang nama Hindunya adalah M. Revathi) dari tahanan di Pusat Pemurnian Akidah, Baitul Aman di Batang Kali, Selangor. Hakim Datuk Su Giok Yam menolak permohonan itu yang dikemukakan oleh peguam Karpal Singh atas alasan Siti Fatimah telah pun dibebaskan dari Pusat tersebut.

Pada 23 Jun 2006 Siti Fatimah telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka untuk keluar dari Islam dan menukar namanya dari nama Islam ke nama Hindunya atas alasan beliau tidak lagi menganut Islam, telah berkahwin dengan V. Suresh menurut agama Hindu dan kini mempunyai seorang anak Diviya Dharhini hasil dari perkahwinan itu.

Mahkamah walaubagaimanapun telah mengeluarkan perintah menahan Siti Fatimah untuk 100 hari mulai 8 Januari tahun ini (dan kemudiannya dilanjutkan ke 80 hari lagi) di Pusat berkenaan dan perintah tersebut disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang diberi kuasa ke atas responden memandangkan Pusat tersebut berada di Selangor.

Perintah tahanan ini telah mendapat liputan hangat media bukan Melayu termasuklah media antarabangsa.

Menurut turutan kesnya Siti Fatimah lahir dalam sebuah keluarga Muslim dan dibesarkan mengikut ajaran Islam oleh ibu-bapa kandungnya. Pada tahun 2004 beliau telah lari dari rumah dan berkahwin dengan Suresh.

Semalam juga Siti Fatimah telah dibawa ke Mahkamah Syariah Melaka yang telah membebaskan beliau dengan syarat beliau dan anaknya mestilah tinggal bersama ibu-bapa kandungnya dan tidak boleh lagi tinggal dengan suaminya yang beragama Hindu.

Akhbar Utusan Malaysia meletakkan berita ini di muka 13 tanpa menyebut perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Melaka sedangkan saya merasakan kes ini sangat besar khasnya terhadap umat Islam dan sepatutnya akhbar tersebut meletakkan berita ini di muka hadapan dan melaporkan dengan secara terperinci perkembangan ini agar menjadi iktibar dan pengajaran kepada umat Islam.

Saya katakan demikian kerana laman web Malaysiakini bukan sekadar melaporkan kes ini, malah menonjolkan bahawa Siti Fatimah jelas terus menentang usaha untuk mengembalikannya kepada Islam. Beliau kelihatan dalam beberapa gambar yang dipaparkan oleh laman web ini, mengenakan pottu (tanda merah di dahi) dan demikian juga anak kecilnya, saya kira bagi membuktikan yang beliau masih penganut Hindu!

Jika sesiapa berkesempatan menonton klip video yang disertakan oleh laman web ini jelas walaupun telah lebih 180 hari berada di pusat pemulihan akidah itu, ternyata kakitangan di pusat berkenaan gagal menyelamatkan akidah Siti Fatimah. Dalam video berkenaan, antara dailog yang boleh saya ketengahkan di sini:

Wartawan: Tiap-tiap hari buat apa di sana?
Fatimah: Hari-hari kalau nak katakan ikut agama Islam, memang dia orang buat ajaran agama Islam, tapi saya tidak pernah ikut, tidak pernah ikut langsung satu pun

Wartawan: Punca masalah ditahan, siapa yang buat aduan?
Fatimah: Tidak ada orang buat aduan, saya minta permohonan menukar nama saya dan agama saya dekat mahkamah syariah. Saya buat permohonan.

Wartawan: sekarang dalam IC nama Ravathi nama Islam?
Fatimah: Saya nak gugurkan nama itu

(Untuk makluman Fatimah fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia)


Di Mahkamah Tinggi semalam wakil dari Majlis Perundingan Agama Hindu, Sikh, Buddha dan Kristian turut berada di mahkamah.

Perkembangan ini sudah pasti mencetuskan kebimbangan dihati sebahagian besar umat Islam, sejauh manakah kemampuan pihak berkuasa agama kita dalam membela dan mempertahankan aqidah umat Islam? Apa yang berlaku di Shah Alam semalam sudah pasti dianggap oleh masyarakat bukan Islam sebagai menyekat kebebasan mereka dan menggambarkan seolah Islam itu zalim dan memporak-perandakan rumahtangga orang.

Saya menyeru para ulamak, pihak berkuasa agama agar melihat balik keberkesanan program pemurnian aqidahnya. Jika perlu ditukar dan digantikan para pegawai dan kaunselor dengan yang lebih baik dan terlatih, amka segeralah lakukan. Jangan kerana kelemahan dan kekurangan kita kelak Islam dilihat sebagai agama yang boleh dipermainkan.

Perkembangan kes Siti Fatimah atau Ravathi ini menuntut semua pihak khususnya pemimpin-pemimpin masyarakat Islam agar lebih peka dan memikirkan bagaimana usaha yang paling berkesan untuk bertindak dalam suasana seumpama ini. Kita mahu mempertahankan aqidah penganut Islam tetapi dalam waktu yang sama kita perlu memikirkan bagaimana mengelakkan tindakan kita itu dianggap dan dieksploitasi sebagai usaha untuk menyekat kebebasan rakyat.

Kalau dalam hal mempertahankan nasib dan masadepan sekolah dan bahasa Cina, para pimpinan masyarakat Cina dari MCA, Gerakan dan DAP boleh duduk berunding semeja dan bersetuju serta membuat tuntutan bersama saya tidak nampak mengapa dalam hal sebesar dan sepenting ini pimpinan politik Melayu dari PAS dan Umno tidak boleh duduk bersama dan dilibatkan sekali Raja-raja Melayu dan para Mufti serta NGO Islam.

Kalau dalam hal Malayan Union tahun 1946 dahulu orang-orang Melayu boleh bangun memberikan tekanan mengapa dalam hal akidah seumpama ini kita lesu dan membisu?

SUMBER OLEH : ingatan@yahoogroups.com

CERAMAH USTAZ ZULKIFLI BIN ISMAIL

Assalamualaikum. Semua dijemput meghadiri Ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Bin Ismail ( Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka ). Segala Maklumat adalah seperti berikut :-

Ceramah Maulidur Rasul
Penceramah : Ustaz Zulkifli bin Ismail
(Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka )

Tempat : Markas UPU, Parit Putat Sungai Rambai, Melaka
Tarikh : 15 Julai 2007
Hari : Ahad
Masa : Selepas Solat Maghrib

Khamis, 12 Julai 2007

KERAJAAN BATAL KENAIKAN HARGA BERAS PETANDA PILIHANRAYA SEMAKIN HAMPIR

Adakah logik BERNAS berani untuk menaikan harga beras sesuka hati meraka.....siapalah BERNAS tu....sedangkan dia tahu akibatnya bila menaikan harga bahan makanan asasi rakyat..

KERA jaan kunun-kununya pura-pura buat-buat tak tahu tentang kenaikan harga beras.. hmmmmm ... bila rakyat mula bising .. KERA jaan pun jadi HERO paksa balik harga beras turun...... hmmmm dah jadi cam cerita hindustan la pulak...... PILIHANRAYA dah dekat la tu gamak-gamaknya.


Kerajaan batal kenaikan harga beras
Monday, 09 July 2007

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membatalkan dengan serta-merta kenaikan harga beras di peringkat pemborong yang diumumkan oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) minggu lepas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, harga beras kini kekal pada kadar yang ditetapkan sebelum pengumuman itu.

Bernas mengumumkan kenaikan harga beras di peringkat pemborongan berkuat kuasa 1 Julai membabitkan antara 5 sen dan 10 sen sekilogram bagi beras putih, beras wangi dan beras basmati serta 20 sen sekilogram bagi beras pulut.

Kenaikan tersebut dikatakan atas alasan kenaikan harga beras di pasaran antarabangsa serta kenaikan kos kendalian.

Bernas perlu berunding dan memohon keizinan daripada kementerian bagi sebarang kenaikan harga beras untuk semua kategori, kiranya perlu, katanya pada sidang akhbar di sini.

"Mereka tidak boleh menaikkan harga sewenang-wenangnya," tegas beliau.

Beliau berkata keputusan berkenaan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Katanya, kenaikan harga beras di pasaran dunia tidak wajar dijadikan alasan oleh Bernas untuk bertindak sedemikian.


"Selama ini, jika harga beras di pasaran dunia menurun, Bernas tidak pula menurunkan harga, mengapa apabila harga (pasaran dunia) naik, mereka perlu menaikkan harga.

"Kenapa perlu buat begitu. Perkara ini sensitif, perlu dibawa kepada kerajaan terlebih dahulu.


"Saya dimaklumkan surat mengenai kenaikan harga itu yang dihantar kepada Ketua Setiausaha bertarikh 3 hingga 5 Julai. Dah berlaku baru sampaikan kepada kita," katanya.

Menjawab soalan sama ada Bernas bertindak berani kerana membuat keputusan tersebut, Muhyiddin berkata: “Saya tak fikir ia berani. Saya fikir ia sebaliknya".

Sementara itu, ketika ditanya sama ada kerajaan akan membenarkan permohonan daripada syarikat-syarikat lain untuk membekalkan beras kepada pasaran tempatan, Muhyiddin berkata, status Bernas sebagai pembekal utama beras negara diikat oleh perjanjian yang hanya akan tamat pada tahun 2011.

"Sebelum tamat tempoh tersebut, kerajaan akan menilai semula sama ada mereka (Bernas) akan dikekalkan atau membukanya kepada syarikat lain.

"Kami di kementerian telah diarahkan supaya melihat isu ini dan mengkaji kemungkinan yang ada supaya keputusan boleh dibuat menjelang tarikh tamat perjanjian tersebut," katanya.

Selasa, 10 Julai 2007

SEMASA : CABARAN REMAJA ISLAM

perancangan komunis

-Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis untuk hentam Islam
-Memutuskan ikatan agama di antara bangsa-bangsa Islam (suburkan perkauman)
-Menggunakan Islam untuk hancurkan Islam
-Menyebarkan fahaman teori Darwinisme - manusia berasal dari beruk
-Menyebarkan fahaman teori Frued - tumpuan semua kehidupan manusia adalah seks
-Agama candu masyarakat
-China dan Rusia telah membunuh seramai 26 juta penduduk Islam Turkistan Yugoslavia, 1 juta penduduk Islam telah dibunuh

Perancangan salibiah
(gerakan hancurkan islam)


-Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad
-Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki
-Gladstone, "Selagimana al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya."
-Pemerintah Perancis di Algeria, "Kita mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya."
-Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), "Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka."
-Lowrence Brown (paderi), "Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa lemah."
-Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat
-Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat
-Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak faham akan al-Quran
-Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas
-Menonjolkan wanita Barat moden dan wanita Islam mundur
-Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam
-Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar), "Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang."

Perancangan yahudi

-Pecahbelahkan dunia Islam, cetuskan peperangan
-Rosakkan aqidah dan runtuhkan akhlak
-Membina dan melebarkan Negara Israel (ISRAELRAYA)
-Bina kekuatan ekonomi Yahudi sedunia ( 1 % daripada hasil rokok dunia disumbangkan kepada Israel. Dengan itu, Israel akan menerima 1 bilion - mungkin secara bulanan )
-Menawarkan bantuan kewangan dan pangkat kepada anak-anak Islam untuk merosakkan remaja Islam – melalui konsert, filem dan sebagainya
-Menggalakkan pesta-pesta hiburan tanpa sempadan antara lelaki dan perempuan
-Suburkan pergaulan bebas – awalnya 'Rakan Study', akhirnya.....
-Tubuhkan sesuatu yang berkonsepkan 'BEBAS DARI IKATAN KETAUHIDAN' (Skin-Head dan sebagainya)
-Serang budaya Islam dengan budaya Barat

AYUH!! SEDAR DIRI!!!...

Dunia mutakhir kini jelas menzahirkan mega cabaran yang melampau tidak kira dalam populasi aspek yang pelbagai. Namun, sesuatu perkara yang paling jelas telah melanda umat Islam zaman kini dan TIDAK ramai yang mengetahui dan menyedarinya iaitu Perang Minda. Musuh-musuh Islam Laknatullahi `alaihim telah mula memasang strategi untuk menjatuhkan Islam menggunakan pengaruh minda telah pun bermula berkurun lamanya. Begitu besar peranan yang wajib dimainkan remaja Islam masa kini. Sedarkah enta? Bayangkan, seorang ketua paderi sedunia tahun 1935, Zeumer, telah menyatakan:

"Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan kehidupan mereka dari Tuhan mereka."

Ini adalah kata-kata seorang ketua paderi dunia tahun 1935 yang menyatakan kerisauannya apabila umat Islam berpegang teguh dengan al-Quran. Umat Islam zaman dahulu menjadi mapan dalam setiap aspek bersusurgalurkan pegangan yang teguh kepada al-Quran. Namun, dapatkah enta tafsirkan sikap umat Islam zaman kini?? Majoriti aktiviti sehariannya dipenuhi dosa dan noda, tidak ubah seperti stail kehidupan orang Barat yang sentiasa bermandikan lautan kemaksiatan dan kemungkaran. Entum merupakan golongan terpelajar, tidak memerlukan syarah yang panjang untuk memahaminya.

Kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islami. Kehidupan muslimin dahulu gemilang bukan hanya kerana dianugerahi ilmu yang bergunung-gunung sahaja, bahkan ilmu-ilmu tersebut semakin direnangi dan diselami sedalam-dalamnya. Kemudian, dikongsi bersama dengan muslimin yang lain bagi menghilangkan kejahilan mereka sesama sendiri.

Namun begitu, bagaimanakah hakikat masyarakat Islam zaman kini? Amat ramai golongan yang berjaya melepasi menara gading dengan cemerlang, tetapi tidak ramai yang membantu mencurahkan ilmu mereka kepada yang lain demi kemaslahatan masyarakat Islam. Walaubagaimanapun, golongan yang kurang berpendidikan pula tidak boleh hanya mengharap kepada golongan berpendidikan. Sebaliknya, mereka wajib membina kekuatan fikir mereka. Bagaimana?? Kekuatan fikir ini hanya boleh dibina dengan amalan membaca.

Slogan-slogan yang menginginkan masyarakat sentiasa mengamalkan amalan membaca telah bertebaran di serata pelusuk dunia, cuma pengaplikasiannya sahaja yang masih di tahap minimum. Penguasaan ilmu ini termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi. Hal ini kerana Islam menggalakkan pengikutnya mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini:

-Penguasaan ilmu (fardhu 'ain dan fardhu kifayah)
-Bina kekuatan fikir dengan membaca
-Kuasai bahasa al-Quran dan mentadabburnya (meneliti dan menghayati)
-Bina keharmonian dan kemurnian akhlak (tuturkata, adab pergaulan, pemakanan, pemakaian dan sebagainya)
-Sibukkan diri dnegan gerakan-gerakan, persatuan-persatuan Islam
-Kembali cintakan ibadah
-Dampingi golongan alim
-Sentiasa mendirikan solat jama'ah
-Jernihkan aqidah dari perkara khurafat

Segala nasihat mahupun teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam melaksanakannya adalah bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita dalam memainkan peranan sebagai remaja Islam. Muhasabahlah… kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah kita pernah menyumbang kepada kebangkitan Islami? Seraplah kembali ilmu di sekeliling selagi masih bersinar untuk dipusatkan di sistem pemusatan idea untuk diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran pemusingan minda dalam diri seorang mukmin untuk menyumbangkan sumbangan yang amat berguna dalam pembangunan kegemilangan Islam.


HONESTLY FROM:
MUHAMMAD FAKHRUDDIN AR-RAZI BNU MISNI
SPECIAL DEDICATE TO ALL YOUTH OF ISLAM

Isnin, 9 Julai 2007

BAHAYA HOMOSEKSUAL DAN LESBIAN
Ibnu Wan Hussin

Menurut laporan, pada 30 Jun lalu, kira-kira 200,000 homoseksual dari seluruh Eropah menghadiri perhimpunan di Madrid bagi menunjuk perasaan, menuntut hak sebagai gay dan lesbian.

Tindakan sebegini memberi kesan bahaya kepada umat Islam sedunia, terutama mereka yang berada di peringkat remaja dan kanak-kanak. Kejadian sebegini sebenarnya merupakan kehendak hawa nafsu seks buas yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firman-Nya;

"Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? 'Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas".(Surah Al-'Araf : 80 - 81)

Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan "fawahisy" atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya' adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)

Begitu juga, Rasulullah s.a.w. menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi s.a.w.;
"Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)" (Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

Hukuman mereka yang melakukan amalan seks sejenis
Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha' ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini.

Di dalam kitab kanun Jinayah Syar'iyyah, karangan Allayarham Tuan Guru Dato' Haji Sa'id Haji Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Kanun Jinayah syar'iyyah : m/s 37).

Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy'ari RA, sabda Nabi s.a.w.;
"Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina"(Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)

Begitu juga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi s.a.w. ;
"Barang siapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat"(Al-Mustadrak 'Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)

Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar'iyyah : m/s 38)

Amalan seks sejenis boleh membinasakan negara
Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah;
"(demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).'. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, 'sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. 'dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu"(Surah Al-Qamar : 33-36)

Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Firman Allah;
"maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu"(Surah Hud : 82)

Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras.

Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam. Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan Hedonisme.

Amat menyedihkan, pengamalan hidonisme dan seks sejenis ini, bukan sekadar menimpa kepada dunia-dunia barat, tetapi ianya sudah menimpa di dunia-dunia umat Islam sendiri, yang tidak ketinggalan adalah Malaysia .

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh i-Kon Berita Harian membabitkan 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 31 peratus daripada mereka mengaku sudah melakukan hubungan seks dan 23 peratus daripada kelompok ini melakukan perbuatan itu sebelum mencecah usia 15 tahun. Hal ini dilaporkan di bharian.com.my pada 30 Julai 2005, dibawah tajuk seks luar nikah oleh Diyanah Anuar.

Penutup
Memerhatikan segala kejadian yang telah menimpa dan yang sedang menimpa umat, memberi satu peringatakan kepada umat Islam agar segera kembali kepada Islam.

Tindakan meninggalkan pengamalan Islam merupakan punca utama, manusia akan melakukan perkara-perkara yang menjijikkan.

Maka, dengan keadaan inilah, Lajnah Keahlian & Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS Selangor, menyeru kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia agar segera kembali kepada Islam dan pengamalannya, agar umat ini tidak akan ditimpa penyakit social yang membimbangkan.

Ketua lajnah keahlian & Ulama Pelapis
Dewan Ulama PAS Negeri Selangor.

Jumaat, 6 Julai 2007

TADIKA JAIM TERBENGKALAI SELAMA LIMA TAHUN?

OLEH : ZAILI MUHAMMAD

JASIN, 6 Julai (Hrkh) - Penduduk di sekitar Merlimau mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) membiarkan tapak pembinaan Tadika Jaim di Merlimau Pasir terbiar dan terbengkalai setelah hampir 5 tahun.



Menurut Rosli Abu, 43, yang tinggal berdekatan dengan tapak projek tersebut keadaan itu telah berlarutan hampir 5 tahun dan kini telah dipenuhi dengan semak-samun.

"Cadangan Tadika Jaim itu sebenarnya bertujuan bagi melumpuhkan Pasti yang tidak jauh dari situ kerana mereka menyediakan pembelajaran secara percuma," kata beliau.

Menurut Dollah Harun, 37, pelajar Tadika Jaim tersebut menumpang di bangunan Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan Merlimau sejak sekian lama.

"Apa yang menimbulkan persoalan sekarang ialah adakah Jaim tiada peruntukkan untuk membina bangunan itu dan sekiranya tiada kenapa mereka ingin membinanya.

"Saya mendapat maklumat bahawa tapak itu telah dibeli oleh Jaim daripada tuan tanahnya dengan harga yang tinggi tetapi tidak dapat disiapkan, bukankah ini suatu pembaziran wang rakyat," katanya.

SYABAS PASTI MELAKA

Oleh : Budi ( budi_abuya@yahoo.com.my )

Sekali lagi PASTI Negeri Melaka menunjukan kehebatan apabila menjadi naib juara bagi kedua dua acara, bolasepak dan bolajaring dalam pertandingan tahunan yang diadakan pada 29 & 30 Jun ,di Kota Bharu. Kelantan.

Pada pertandingan tersebut pasukan bolasepak PASTI Negeri Melaka telah ditewaskan oleh pasukan tuan rumah dengan jaringan satu gol. Ini sekaligus menepati misi balas dendam pasukan Kelantan yang dikalahkan Melaka pada pertandingan yang sama tahun lepas di Johor Bahru.Sementara itu pasukan bolajaring juga terlepas peluang menjadi juara apabila ditewaskan oleh pasukan negeri Selangor.



Pengerusi PASTI kawasan Jasin, Sdr Zaili Bin Mohd Imbiah melahirkan rasa syukur diatas kejayaan tersebut. Menurut beliau "kejayaan PASTI ini adalah bukti kesungguhan dan kebolehan guru dalam mendidik serta mencungkil bakat pelajar."

Tambah beliau lagi "inilah punca kenapa kerajaan negeri Melaka begitu irihati dan memberikan berbagai tekanan kepada PASTI khususnya dinegeri Melaka".

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat membimbing, mengasuh dan mengurus PASTI di negeri Melaka ini. Semoga terus berjaya.

SEKITAR PERTANDINGAN BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI PERINGKAT KEBANGSAAN








Khamis, 5 Julai 2007

HARGA BERAS PULA NAIK?

Selepas mengumumkan kenaikkan duti bagi rokok, harga beras pula akan dinaikkan. Sila klik disini untuk membaca tentang BERNAS yang sudah mengeluarkan senarai harga baru bagi beras.

Belum lagi pilihanraya, pelbagai harga barang dan keperluan sudah dinaikkan. Rakyat tunggu apa lagi? Nak tunggu semua harga barang dinaikkan? Atau nak turunkan kerjaan yang suka naikkan harga barang?

Akhbar Oriental Daily News melapurkan bahawa BERNAS telah mengumumkan kenaikan harga beras bermula 1 Julai, sebanyak 5% ke 8% atau RM0.50 sehingga RM2.00 sekilo.

Harga sekilo Sebelum kenaikan Selepas kenaikan Runcit (Anggaran)

1. Beras Pulut RM2.60 (borong) RM2.80 (borong) RM3.20
2. Beras Vietnam RM1.44 RM1.55
3. Beras Thai RM1.53 RM1.60
4. Beras Wangi RM2.35 RM2.45
5. Malaysia Kenaikan berbeda, kini borong: RM1.55 (Kedah & Perlis),
RM1.85 (Johor)
RM1.75 (lain lain negeri)


Samy pernah kata "Kalau tak mampu bayar tol, gunakan jalan biasa"; kini, kalau tak mampu beli beras(makanan asas), nak makan apa?

Screenshots
Rice price up

According to Oriental Daily News, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) has officially notified wholesalers of price increase affecting all types of rice, with effect from July 1.


The margin of price increase ranges from 5 to 8%. This is expected to translate into an increase of between 50 sen to RM2 at the retail outlets.


This is the second time the rice price has increased. The last round was in April.
Glutinous rice has the highest price hike margin, from RM2.60 per kilo to RM2.80 per kilo.


The wholesale price of glutinous rice has been spiralling from RM1.85 per kilo early this year, to RM2.50 in February, and onward to RM2.60 in April.


With the latest increase in wholesale price, glutinous rice is expected to be retailed around RM3.20 per kilo.

On the other hand, wholesale price for Vietnamese rice has been increased from RM1.44 per kilo to RMRM1.55. Whereas, Thai rice has gone up to RM1.60 per kilo from RM1.49 in February and RM1.53 in April, respectively.


At the same time, scented rice has gone up from RM2.35 per kilo to RM2.45.

Locally-produced rice is not spared though it is a controlled item and most expensive than most types of imported rice. Wholesale price now ranges from RM1.55 per kilo in Kedah and Perlis to RM1.85 in Johor. It's RM1.75 per kilo for other states.

Alternatives?
There is a 7-word maxim for housewives who read Chinese wisdom. They have to raise the family by guarding a balanced account in the seven essentials in daily life: Fuel, rice, oil, salt, beverages, sauces and vinegar.


Samy Vellu says it you can't afford paying tolls, go use the regular trunk road.
Now, if your family can't afford eating rice... alternative?

Selasa, 3 Julai 2007

DUN MERLIMAU MUNGKIN TERLEPAS KEPADA MCA ??

Oleh : Budi ( budi_abuya@yahoo.com.my )

Kita masih mananti ilham dari Pak Lah untuk mengadakan pilihanraya umum. Namun begitu beliau mendapat ilham untuk berbini dulu sebelum mengadakan pilihanraya. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat pengantin baru buat kedua mempelai otai itu. Mudah mudahan berbahagia dan PM tidak perlu menggatal dan teraba raba lagi.

Ramai yang membuat telahan, pernikahan PM ada kaitan atau juga petanda pilihanraya akan diadakan. Kemungkinan itu ada asasnya. Apa lagi jika ditakdirkan PM dapat anak dengan isteri barunya ini. Saya yakin saham PM akan mencecah mata tertinggi sekaligus menafikan tuduhan ketua pemuda PAS yang mengatakan beliau lemah tenaga zahir dan batin. Jika benar sekalipun tuduhan YB Salahudin itu, saya cadangkan PM berjumpa Ketua Menteri Melaka untuk meminjam tongkatnya.

Sementara Pak Lah dalam suasana "honeymoon", politik UMNO Jasin seakan dilanda tsunami. Ahli parlimennya yang bocor lagi membocorkan itu khabarnya tidak disenangi sebahagian ahli jawatankuasa bahagian.Bukan sekadar ahli jawatankuasa bahagian malahan masyarakat cina dan kontraktor kelas F pun meluat dengan tingkah laku MP tersebut. Satu sumber yang rapat dengan dengan UMNO Jasin ada mengatakan bahawa kerusi parlimen Jasin akan diisi oleh seorang tokoh akademik bertaraf naib canselor??

MCA yang merupakan sahabat dunia dan akhirat UMNO sedang mengidam untuk mendapatkan tambahan kerusi khususnya DUN Merlimau. Sebelum ini pun memang ada ura-ura yang mengatakan DUN Merlimau akan ditandingi MCA.Tiada masaalah biarpun kawasan tersebut majaroti melayu.Itukan semangat BN. Apa yang berlaku di Ijok sedikit sebanyak memberi ruang dan peluang untuk MCA mencapai hasratnya .

Tambahan lagi keadaan semasa menunjukan masyarakat cina kurang senang dengan MP Jasin mungkin boleh dijadikan modal ugatan oleh MCA. Saya kurang minat untuk mengulas panjang tentang isu ini. Namun saya yakin dengan perkembangan mutaakhir ini cita cita MCA akan jadi kenyataan.

Taktik dan ubat pelali UMNO sudah disuntik. Barisan pemimpin UMNO diperingkat bahagian telah dibawa "berhibur" ke Tanjong Balai manakala penyokong bawahan bagai rupa daratan bila dapat melancong keLangkawi atau Kelantan. Ingat dan insaflah jangan nanti dikata orang menang sorak DUN tergadai. Bukankah kita ada akal dan jatidiri. Siapa lagi yang akan mempertahankan maruah bangsa dan agama kalau bukan PAS.