Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 24 September 2007

SILA KAJI GAMBAR INI

Oleh Amin Iskandar

ZAMAN moden ini semua boleh dilakukan. Sebelum kita percaya dengan sesuatu pertuduhan, adalah lebih baik kita membuat sedikit kajian. Sila kaji gambar ini dan beritahu apa yang anda nampak. Ini analisis daripada seorang teman baik saya yang telah lama berjihad di alam cyber.

Mengikut pandangan saya, gambar mat keledar berkenaan agak meragukan.

1. Berdasarkan baju putih yg begitu terang, jelaslah gambar ini diambil dengan kamera yg menggunakan flash. Yg meragukan ialah 'bayang gelap' sepatutnya memanjang ke sebelah kiri mat keledar, bukan di bahagian bawah beliau mencangkung. Ini seolah-oleh cahaya lampu jalan lebih cerah drp cahaya flash kamera - sesuatu yg tidak mungkin terjadi.

2. Terdapat beberapa orang berhampiran seolah-olah tidak mempedulikan perlakuan mat keledar membakar bendera. Logiknya, jika berlaku kejadian membakar bendera seumpama itu, sudah pasti ada orang yg akan memberi perhatian & tumpuan kpd apa yang berlaku. Ini seolah-olah menggambarkan sebenarnya tidak ada apa-apa yg berlaku di situ dan gambar mat keledar disuper-imposed (teknik lasso - copy & paste).

3. Tidak ada kesan asap melampaui bahagian atas bendera sedangkan sepatutnya asap pasti sudah melewati bahagian atas drp bendera dan akan pasti jelas kelihatan apabila flash digunakan. (bertanda A)

4. Terdapatnya beberapa bahagian gambar yg telah dilakukan touch-up (smudge) - sebahagian saya tandakan dengan kotak merah. Bagaimanapun, terdapat satu bahagian kecil yg tertinggal (dalam bulatan merah).


Gambar mat lebai - memang gambar asli - tiada sebarang pengubahsuaian dapat dikesan.

Sekian sedikit analisis peribadi drp saya.

SUMBER DARI : UiTM YAHOOGROUPS

DUA PIMPINAN TERTINGGI PEMUDA SERIKAN MAJLIS IFTAR

Oleh : Budi ( budi_abuya@yahoo.com.my )


Sebatu, Majlis berbuka puasa anjuran Dewan pemuda Pas Kawasan Jasin (DPPKJ) dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN (MTD) Sungai Rambai dimeriahkan dengan kehadiran ketua Dewan Pemuda PAS Pusat - YB Salahudin Ayub dan juga ketua Angkatan Muda PKR – Sdr Syamsul Iskandar Bin Md Akin. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ketua Dewan Pemuda Melaka - Ustaz Kamarudin Hj Sidek dan beberapa pimpinan PAS diperingkat cawangan.



Sementara menantikan waktu berbuka satu majlis tahlil dan doa telah diadakan yang dipimpin oleh Ustaz Kamarudin dan selepas solat taraweh Yb Salahudin telah menyampaikan amanat dan motivasi kepada sekeliah jemaah. Setiausaha MTD Sg Rambai, Hj Hasan Ariffin melahirkan rasa kesyukuran kerana majlis yang diaturkan berjalan lancar dan semangat kerjasama yang ditunjukan semua pihak untuk menjayakannya. "Suntikan semangat yang disampaikan oleh YB Salahudin akan dijadikan motivasi dalam menjalankan tugas khususnya dalam pilihanraya akan dating. Kita akan berkerja bersungguh sungguh untuk memastikan 'anak sulung' yang diidamkan lahir di Sungai Rambai" tegas beliau dengan penuh semangat.



Dalam satu lagi majlis berasingan yang diadakan selepas itu, kedua dua pimpinan tersebut telah bersama menyampaikan ceramah disurau UMRI Serkam. Hadirin yang ramai pada malam itu seakan mendapat satu kepuasan apabila mendengar sendiri ucapan dan pendirian kedua dua pimpinan mengenai isu semasa khususnya tragedi berdarah 8 september.

Ahad, 23 September 2007

SEKITAR MAJLIS IFTAR JAMAI'E DI MARKAS PAS SEBATU

AKTIVITI IFTAR JAMAI'E BERSAMA YB SALAHUDIN B. AYUB DAN SDRA. SHAMSUL ISKANDAR B.MOHD AKIN
ANJURAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JASIN DENGAN KERJASAMA
MTD SUNGAI RAMBAI
TARIKH : 18 SEPTEMBER 2007 / SELASA
MASA : WAKTU BERBUKA PUASA
TEMPAT : MARKAS PAS SEBATU







Khamis, 20 September 2007

DARI MEJA ICT JASIN

Assalamualaikum w.b.t

Selamat berpuasa diucapkan kepada pengunjung sekalian. Terlebih dahulu kami dari pihak jasindaily memohon jutaan kemaafan kerana hampir seminggu gagal mengemaskini blog ini. Ini kerana disebabkan komputer yang selalu digunakan untuk mengemaskini blog ini mengalami masalah teknikal dan sibuk dengan aktiviti sepanjang minggu ini. Insya-Allah malam ini kami akan beroperasi seperti sediakala. Maaf diatas segala kesulitan.


Jumaat, 14 September 2007

SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAH PUASA



Ramadhan datang lagi, untuk mengulangi tuntuan hakiki, sambil bertanya pada diri apakah Ramadhan kali ini yang terakhir atau sama seperti akhir kali yang banyak dibiarkan berlalu tanpa di isi dengan iqra' dan zikir? Syukur pada ilahi kerana Ramadhan masih sempat ditempuhi. SELAMAT BERPUASA

-mujahid304 ( sahabat_308@yahoo.com / dppkjasin@yahoo.com ) -

UMNO JASIN BOIKOT PERKAMPUNGAN HADHARI TAJAAN MD SAID YUSOF

Oleh : Budi ( budi_abuya@yahoo.com.my )

Merlimau, Program Perkampungan Hadhari peringkat parlimen Jasin yang diadakan di Politeknik Merlimau selama dua hari (8 & 9 sept) dilihat lebih bersifat membaik pulih imej YB Mohd Said Yusof yang telah rosak dan kotor.

Tinjauan penulis mendapati program tersebut kurang mendapat sambutan biarpun publisiti meluas diberikan melalui radio dan juga van penerangan bergerak. Banyak agensi kerajaan yang terlibat membuka gerai pameran cuma sekadar memenuhi arahan sahaja manakala gerai gerai makanan hanya dilanggani petugas gerai pameran sahaja.




Tiada apa yang besar dan utama hendak ditonjolkan dalam program tersebut.Aktiviti seperti memberi bantuan kepada fakir miskin, anak yatim, kenduri, forum perdana dan seminar islam hadhari kepada imam-imam di kawasan Jasin adalah sekadar untuk menunjukan prihatinnya MP Jasin tersebut. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat.


Apa yang jelas dan ketara ialah program tersebut seperti diboikot oleh UMNO bahagian Jasin. Daripada tinjauan dan buku program yang diberikan tidak tercatat seorang pun nama ADUN dari kawasan Jasin. Dimanakah Ahmad Hamzah, Abu Pit, Ramlah Abas juga Hidhir Abu Hasan Bukankah mereka wakil rakyat dari DUN yang sepatutnya terlibat.Tambahan pula majlis penutup pada petang itu disempurnakan oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri (Abdullah Md Zin).

"Ini adalah bukti bahawa UMNO bahagian Jasin yang dipimpin oleh Ahmad Hamzah cuba meminggirkan Mohd Said yang khabarnya akan mencabar beliau dalam pemilihan akan datang. Manakala Mohd Said yang diketahui bermasaalah sedang sibuk membina pengaruh dan mencari populariti" kata seorang aktivis PAS yang mengunjungi program tersebut



Bekas setiausaha PAS kawasan Jasin ,Abdil Karim Kasim pula mempersoalkan bagaimana intitusi pengajian dipergunakan untuk menjalankan program yang didalangi oleh UMNO, kenapa tidak dipadang awam atau bangunan UMNO? Beliau juga mempersoalkan berapa dan dari mana peruntukan perbelanjaan untuk menguruskan program perkampungan
tersebut.

Khamis, 13 September 2007

BABI DIBELA, ORANG MELAYU DITINDAS



Bachang : Nasib babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah lebih baik dari penduduk Melayu yang semakin dipinggirkan di Negeri Melaka. Babi-babi di Paya Mengkuang hidup aman dan membiak dengan banyak tanpa di ganggu gugat oleh kerajaan. Tetapi penduduk berbangsa Melayu di Melaka mendapat layanan yang semakin buruk apabila sedikit demi sedikit tanah kepunyaan Orang Melayu terlepas kepada bangsa lain.

Terbaru seramai 150 keluarga Melayu dari kampung Bachang Pasir Putih diarahkan berpindah dengan pampasan yang rendah bagi memberi laluan kepada pembinaan banglo mewah yang menjadi milik bukan Melayu. Penduduk setempat yang terdiri dari generasi ke tiga peneroka awal tanah rezab Keretapi Tanah Melayu (KTM) itu membantah pengusiran secara terancang dan penghapusan penempatan orang Melayu dari kawasan Bandar Melaka.

Seorang penduduk, Johan Mohamad, 55, berkata beliau terkilan terhadap tindakan zalim tersebut yang didalangi oleh Koperasi Anak-Anak Bachang.

"Sebelum ini saya telah tinggal di Bachang Bakar Batu tetapi diarahkan berpindah ke tempat sekarang dengan pampasan RM4,000 dan kini disuruh berpindah lagi".

"Mereka kata nak bagi pampasan RM8,000 sahaja, tetapi kalau tak nak keluar kena bayar harga tanah dengan koperasi sebanyak RM7 sekaki persegi, sedangkan Tun Ghaffar Baba dahulu pernah menetapkan harganya tidak melebihi RM4 sekaki persegi kalau hendak dijual kepada peneroka", kata beliau yang bekerja sendiri dan telah 20 tahun tinggal di situ bersama 50 orang ahli keluarganya.

"Kami akan mempertahankan hak kami dan telah membawa perkara ini ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya," tambah beliau dalam nada marah.

Sementara itu, Mohamed Husain, 44, kesal kerana tanah yang diduduki olehnya telah dijualkan oleh jiran kepada pihak koperasi tanpa pengetahuan beliau.

"Kita tetap ingin duduk di sini tetapi dengan harga yang berpatutan, bukanlah dengan harga RM7 sekaki persegi yang membebankan kami.". katanya yang bekerja sebagai pemandu Lori.


Mohamed telah membeli rumah dan tanah tersebut dari peneroka yang lama, telah tinggal sejak 10 tahun lalu di kampung tersebut.

"Saya tak tahu dengan siapa nak minta tolong lagi bagi mengatasi masalah ini", tambahnya dengan sedih mengenangkan dirinya dan nasib bangsa Melayu yang kian terpinggir.

Seorang aktivis masyarakat, Julasopiyah Kassim, 56, menjelaskan bahawa sejak-sejak akhir ini, usaha terancang untuk meminggirkan Orang Melayu dari Bandar Melaka semakin jelas dengan beberapa tindakan yang dilakukan sendiri oleh kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).


Beliau memberikan contoh antaranya tindakan merobohkan premis gerai Orang Melayu untuk dijadikan kawasan 'parking' di hadapan gereja berhampiran Bandar Kaba dan juga perancangan untuk merobohkan deretan kedai Orang Melayu di Jalan Melaka Raya berhadapan Hotel Equatorial tidak lama lagi.

Selain itu Julasopiyah juga berkata pembinaan kawasan perumahan baru yang mewah juga jelas mendiskriminasikan Orang Melayu apabila lot-lot bumiputera juga akhirnya akan dibeli oleh kaum lain disebabkan Orang Melayu tidak mampu untuk membelinya kerana telalu mahal hingga mencecah RM200,000.

"Tanah Orang Melayu dibeli oleh pemaju dan didirikan perumahan mewah, Orang Melayu tak mampu beli akhirnya ditukarkan status supaya boleh dibeli oleh orang lain, yang ruginya Orang Melayu tanah tergadai dan terlepas ke tangan lain" kata Julasopiyah kesal.

Tidak lama dahulu Kerajaan Negeri Melaka melalui mesyuarat exconya bersetuju untuk menukarkan syarat supaya lot-lot untuk Orang Melayu boleh dijual kepada kaum lain selepas beberapa tahun ianya tidak dibeli oleh Orang Melayu.

sumber : pemuda bukit katil

PASTI KAWASAN JASIN BUKTIKAN KEUNGGULAN

Oleh : Budi ( budi_abuya@yahoo.com.my )



Merlimau, PASTI kawasan Jasin sekali lagi membuktikan keunggulannya dengan menjadi johan bagi 3 ketegori dan naib johan bagi 2 ketegori yang dipertandingkan dalam Majlis kesenian Islam Pasti Peringkat Negeri Melaka yang diadakan disini pada 8 september 2007.

Kesemua enam kawasan, Masjid Tanah, Tangga Batu, Kota Melaka, Bkt Katil, Alor Gajah dan Jasin mengambil bahagian. Lima acara dipertandingkan iaitu azan (lelaki ), bercerita dari kisah al Quran (lelaki dan perempuan), sajak (lelaki dan perempuan ), hafazan (lelaki dan perempuan ) dan nasyid (berkumpulan).

Pasti kawasan Jasin yang pertama kali diberi kepercayaan sebagai tuan rumah telah medapat johan bagi acara Bercerita dari kisah al Quran (kategori lelaki dan perempuan -Muhammad Izzat Yusri dan Ain Najwa Bte Abdullah) dan Hafazan (perempuan –Ardha Bte Zulkhidir). Manakala dua acara mendapat naib johan iaitu Azan (Ahmad Rusydan Bin Ahmad Lokman) dan Sajak (perempuan – Nurul Syafiqa Bte Hanapiah). Namun peluang untuk menjadi johan keseluruhan terlepas ketangan Pasti Kawasan Alor Gajah kerana sistem pemarkahan 'bintang' yang diperkenalkan penganjur tidak memihak kepada Pasti kawasan Jasin yang kurang menonjol dalam acara nasyid.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah PASTI pusat, Sdr Azrin Bin Abd Majid. Dalam ucapannya beliau menerangkan perancangan masa depan PASTI untuk menwujudkan kelas fardhu ain dan tahfiz pada sesi petang. Beliau juga mengingatkan agar semua pihak yang menguruskan PASTI agar tidak gentar dengan sebarang mehnah dan ancaman yang dibuat oleh golongan yang tidak senang dengan kemajuan pra sekolah yang ditadbirkan oleh pemuda PAS ini.

Sementara itu pengarah PASTI negeri Melaka Sdr Abd Kadir Dewa dalam ucapannya bersyukur dan memuji pengurusan PASTI kawasan Jasin yang menjadi tuan rumah dan dapat menguruskan perjalanan program dengan teratur. Menurutnya lagi 'Dimasa akan datang PASTI akan memasukkan acara pidato sebagai tambahan untuk memperlihatkan keupayaan dan kebolehan anak-anak. Inilah salah satu wadah yang secara tidak langsung menjadi penjalin hubungan antara PAS dan masyarakat.'

Turut hadir dan memeriah acara ialah naik ketua Dewan Pemuda PAS Melaka sdr Yuhaizad Abdullah,timbalan pengarah PASTI Melaka, Ustaz Imran Abd Rahman, pemimpin tempatan dan juga ibu bapa pelajar.

IKHTIFAL PASTI NEGERI PADA 8 SEPTEMBER 2007


















Selasa, 11 September 2007

RUSUHAN PENYOKONG BA ADALAH PROVOKASI SB KATA KETUA POLIS TERENGGANU?

Isu keganasan polis pada 8 September 2007, di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu kini sedang dimanipulasi oleh media arus perdana yang menyifatkan kejadian itu sebagai rusuhan penyokong Barisan Alternatif (BA).


Menurut Berita Harian, kejadian yang berlaku di Batu Buruk sebenarnya telah ditimbulkan oleh anggota Cawangan Khas (SB) yang kononnya ingin menghadiri Ceramah yang dianjurkan oleh BA. Ini adalah politik kotor mereka bagi memomokkan imej buruk BA. Umpan ini mengena dengan beberapa respon kecil yang diberikan oleh segelintir penyokong yang dihalang menyertai Ceramah dan Perhimpunan Aman anjuran BA itu.


Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob yang ditemui oleh akhbar Berita Harian, berkata kira-kira 11.45 malam, seorang anggota polis menjalankan tugas berhampiran kawasan tempat letak kereta Permai Inn dihampiri kira-kira 20 lelaki yang bertindak mengugut dan memukulnya dengan kayu.

"Ketika hendak beredar, seorang lagi lelaki memegang bahunya dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis daripada Cawangan Khas dan terus bertindak memukul mangsa dengan kayu menyebabkan mangsa terjatuh."

"Penyerang terbabit berterusan menyerang anggota berkenaan hingga terkena kepala menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan senjata dan melepaskan dua das tembakan bagi mempertahankan diri. Tembakan itu menyuraikan kelompok lelaki yang menyerangnya dan dia sempat lari ke arah pasukan FRU di kawasan berhampiran," katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam. (Berita Harian, 10 September 2007)

Isu rusuhan ini adalah strategi BN untuk memancing undi rakyat dan menolak BA. Hakikatnya, kita harus terus menerus mengingatkan rakyat tentang kezaliman BN, khususnya dalam Pilihanraya di Ketari, Machap dan Ijok.

Paparan ini harus disajikan pada rakyat untuk melihat siapakah samseng sebenar.

2 Orang mangsa kezaliman Polis iaitu Encik Swandi bin Abd Ghani, 37 tahun telah menggalami kecederaan parah dan telah dipindahkan daripada Hospital Besar Kuala Terengganu ke Hospital Kubang Kerian, Kota Bahru, beliau masih dalam keadaan yang amat kritikal. Mangsa kedua, Encik Mohd Azman Bin Abd Aziz, 21 tahun juga mengalami kecedaraan parah dan masih dirawat di Hospital Besar KualaTerengganu.

Kedua-dua mereka cedera akibat tembakkan peluru hidup oleh seorang konstabel Polis. Diharapkan agar pihak Polis dapat memberikan siasatan yang adil dan jawapan tulus terhadap insiden seorang anggota Polis yang dibenarkan mengunakan peluru hidup bagi menghadapi perhimpunan rakyat yang tidak bersenjata.

Tanpa kita sedari, isu ini sebenarnya adalah perangkap politik Barisan Nasional (BN) yang mahu memperlihatkan 'keganasan penyokong BA' dan melupakan isu Rasuah serta Pembaziran di kebanyakkan Kementerian seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara Jumaat lalu.

Dalam kita melayan kemarahan ekoran kezaliman Polis ini, kita juga harus memberikan desakan yang hebat kepada pihak Kerajaan, khususnya Polis dan Badan Pencegah Rasuah bagi mendakwa mereka-mereka yang terlibat dalam pembaziran dana awam di peringkat Kementerian yang dilaporkan melebihi puluhan juta.

Kita mahu laporan dan tindakan segera dari BPR bagi memastikan perkara sedemikian rupa tidak berlaku dalam episod Kewangan Negara Tahun 2007. Implikasi massa terhadap perkara ini begitu besar hingga menyebabkan rakyat turut sama merasainya melalui kenaikkan harga barang ekoran tindakan Kerajaan menaikkan harga bahan api tahun lalu.

Kita tidak mahu pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang memiliki pendapatan 5 angka terus berkuasa dan mencuri dana negara dengan pelbagai helah. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan sukan serta di Kementerian lain yang terlibat harus disoal siasat dan dipecat segera.
Kita mahukan seorang penjawat awam yang jujur dan tidak korup seperti mereka untuk menguruskan dana negara sekaligus membantu memacu intergriti perkhidmatan awam negara ini.

Ingatlah, kita tidak boleh membiarkan perkara ini dipandang sepi hingga menyebabkan kerugian yang lebih banyak dipihak kita.

Apa yang penting adalah desakkan agar pihak Polis menyiasat kedua-dua perkara ini dan memberikan jawapan segera pada rakyat.


SUMBER DARI : PASKAW YAHOOGROUPS

Sabtu, 8 September 2007

RAMADHAN DATANG LAGI

OLEH : Budi ( budi_abuya@yahoo.com.my )

Beberapa hari lagi umat islam diseluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan ramadhan yang penuh keberkatan. Begitulan pantas masa berlalu, ramadhan muncul lagi dengan membawa kewajiban pada kita untuk menahan lapar, dahaga dan perkara-perkara yang membatalkannya disiang hari.

Tidak seperti syawal, kehadiran ramadhan yang barakah ini seakan tidak dirasai. Kerana puasa itu lahir dari iman maka orang yang beriman saja merasai nikmat dan ghairahnya menyambut ramadhan. Dipihak yang berkuasa langsung tiada usaha menyemarakan ramadhan. Jika pun ada hanyalah sekadar menyediakan tapak-tapak gerai "pasar ramadhan".


Bagi ramadhan tahun ini khabarnya di Selangor telah ditetapkan solat taraweh 20 rakaat dan diharamkan sebarang bentuk tazkirah. "Fatwa" yang dikeluarkan oleh menteri besarnya itu juga mengarahkan agar imam tidak membaca surah yang panjang-panjang. Katanya lagi tazkirah boleh mengganggu orang orang yang hendak bertadarus Al Quran. Apalah punya bebal. Saya pun malas nak komen panjang. Kata orang melayan orang b*****g nanti kita pun b*****g.

Lain pula halnya di negeri Melaka, setiap malam malam ramadhan diisi dengan 'taqarub'. Sebelum ini namanya sivik ramadhan, barangkali nak bagi nampak arab sikit tukarlah namanya jadi taqarub. Penganjurnya jabatan hal ehwal khas yang telah diketahui umum sebagai organ umno yang berkaitan dengan agama. Saya dimaklumkan isi taqarub pada tahun ini fokus kepada kempen pilihanraya. Yang pastinya adalah ustaz-ustaz yang sanggup menggadaikan maruah dan ilmunya demi RM 100 semalam. Menjadi alat 'make-up' kepada parti yang sangat hodoh dan songsang. Sedarlah wahai 'ustaz', parti keris ini jika dihias sehebat mana pun tetap hodoh.

Satu perkara lagi yang telah menjadi amalan ialah mengimpot imam pak arab untuk solat taraweh. Saya tak kata salah tetapi apa kurangnya dengan kepakaran orang tempatan. Bukankah sama saja solat kita dengan mereka (mungkin kita lebih baik). Siapa pula yang tanggung semua kos pak imam arab ni?

Yang jelas lagi nyata sekarang ini adalah UMNO menggunakan masjid atau surau bagi tujuaan politik dan menyebarkan fahaman islam hadharinya. Memang mual dan kotor perangai UMNO ini. Dalam masa yang sama menuduh PAS memperalatkan agama untuk tujuaan politik. Walhal dialah yang lebih.

Ramadhan juga menyaksikan masjid dan surau yang biasanya lengang bertukar menjadi sesak (awal ramadhan). Pemimpin UMNO diperingkat kampung pastinya akan menunjukan lakonan yang baik terutama apabila YB solat disitu.Biasanya disitulah YB mengunakan kesempatan untuk menunjukan cemerlang dan gemilangnya kerajaan yang ada.

Kepada pendokong perjuangan islam, jadikan ramadhan yang penuh keberkatan ini sebagai bulan untuk menambah amal, membanyakkan doa serta munajat kepada Allah. Mudah mudahan Allah memperkenankan doa kita dan memberi kemenangan dalam pilihanraya yang semakin hampir juga kebahagian apabila kita bertemu denganNya nanti. Selamat berpuasa.

Jumaat, 7 September 2007

BERAPA BANYAK BABI SEBENARNYA DI MELAKA???

OLEH : TG KUDIN

MELAKA - Operasi memusnahkan ternakan babi haram di Paya Mengkuang dan Bukit Beruang, Masjid Tanah telah dihentikan akibat bantahan yang hebat dari penternak tersebut.

Babi ini dikatakan haram bukan kerana ia haram di sisi Islam sahaja tetapi dalam kes ini ia juga haram kerana diternak tanpa permit, tanpa lesen, tanpa pemantauan dan pengetahuan pihak berkuasa sejak 50 tahun lalu.



Walaupun dibantu oleh polis yang terdiri dari FRU, ternyata pada kali ini FRU gagal melaksanakan misinya setelah dihalang dengan sangkar babi dan bom petrol.

Hairan sungguh bagaimana polis boleh membiarkan penternak tersebut menghalang kerja polis dengan meletakkan lori babi pada jalan masuk ke kawasan kandang dan yang lebih pelik lagi penternak yang bersenjatakan sangkar babi yang diperbuat dari besi serta membaling bom petrol tidak ditahan dalam kekecohan itu.

Jika orang Melayu Islam yang berdemonstrasi menghalang perobohan masjid menggunakan botol air plastik sahaja, sudah tentu dipukul sampai berdarah oleh FRU dan ditahan ISA, kita melihat perkara ini sebagai 'double standard' atau 'pilih bulu' dan seolah-olah penternak ini dilayan sebagai warga kelas 'A' atau pertama dalam negara ini.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? sedangkan kawasan babi haram itu terletak di dalam petempatan orang Melayu Islam, kenapa sudah hampir 50 tahun Umno BN gagal menyelesaikannya dan ada maklumat mengatakan bahawa babi itu kepunyaan tauke dari Singapura, kenapa mereka dapat hasil kekayaan kita dapat najis babi?

Kerajaan janganlah bersikap pekak-badak dalam isu ini dan cuba membabi-butakan rakyat dengan bersikap berdolak-dalik untuk meredakan kemarahan orang ramai, rakyat sudah jemu, mual dan meluat dengan lakonan 'ala Mr Bean' kelas 3 ini.

Mana maruah engkau sebagai pemimpin dunia Melayu dunia Islam yang engkau laungkan wahai Ali Rustam, nampaknya kau cuma syok sendiri akibat terlalu banyak berkhayal seperti orang yang kemabukkan ganja dan shabu menyebabkan kau mengarahkan babi dikurangkan kepada 48,000 ekor.

Aku cucu-cicit keturunan Hang Jebat mencabar kau! wahai Ali Rustam pindahkanlah istana indah yang kau duduki itu ke Paya Mengkuang agar kau dapat menghirup udara nyaman tahi babi, agar kau tahu betapa lemaknya tahi babi, untuk kau dengar betapa merdunya suara babi menguap dan mungkin sesekali kau akan ternampak kelibat anak babi melompat tergedik-gedik di depan istana indah kau.

Sekiranya pembodek-pembodek engkau membantah maka engkau arahkan pula pusat pentadbiran Kerajaan Negeri ke Paya Mengkuang juga untuk sama-sama mereka menikmati minum petang dengan tahi babi.

Kemudian kau katakanlah kepada mereka bahawa ini merupakan salah satu siri program 'rumahku syurgaku' dan kau war-warkan sebagai produk pelancongan di Melaka yang terkenal dengan pelbagai khazanah sejarahnya di mana di sini segalanya bermula.

Aku juga nak tanya, berapa jumlah sebenar babi itu? kata kau, 150,000, kata Ketua Polis Negeri, Dato' Mortadza Nazarene, 148,000, kata Ahli Parlimen Jasin, Dato' Mohd Said Yusof, 130,000 dan kata Ahli Parlimen Masjid Tanah, Dato' Wira Abu Seman Yusof, 145,241 ekor, mana yang betul dan sapa yang dah kira babi tu.

Boleh tak kita katakan babi itu 1 juta, 10 juta atau 1 bilion sebab tiada seorang pun pihak berkuasa yang telah mengiranya, yang tahu cuma penternak babi sahaja dan mereka tentu tidak memberitahu jumlah sebenarnya.

Dan siapa pula yang akan mengira babi itu untuk memastikan ianya genap 48,000 kerana semuanya tidak ada lesen atau permit, adakah engkau yang akan mengiranya wahai Ali Rustam?

Mengapa engkau masih boleh berunding dengan penternak babi haram sedangkan dengan peniaga gerai, penduduk setinggan, surau, PASTI, peminta sedekah dan sehinggakan ceramahpun kau suruh mohon permit dan jika gagal mengikuti arahan tersebut, seluruh kekuatan akan dikerahkan untuk menghancurkannya.

Kawasan babi itu hendaklah dihapuskan sepenuhnya demi mengembalikan ketenteraman dan keselesaan penduduk setempat yang rata-ratanya Umno biru walaupun mereka lihat tahi babi itu berwarna hitam pekat.

Umno telah gagal sepenuhnya, kami akan pastikan Umno akan kalah dalam pilihan raya kali ini demi kesejahteraan hidup penduduk Melaka dan kedaulatan negeri yang tidak beraja ini.

Khamis, 6 September 2007

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN JEMAAH PAS DARI KAMI (www.al-ahkam.net)

Ada seorang sahabat telah mengirimkan info ini kepada saya dalam memberikan cadangan yang membina. Dengan ini saya paparkan komen tersebut didalam blog ini untuk dikongsi bersama. Terima kasih diatas sumbangan artikel yang bermanfaat ini. Semoga Allah membalas jasa sahabat sekalian.

Komen membina untuk PAS.

Berikut adalah pandangan, teguran serta cadangan kami yang tidak seberapa (www.al-ahkam.net ) kepada Parti Islam Se-Malaysia:

A] Islam Sahih Sebagai Tonggak Utama Perjuangan
1) PAS diharapkan istiqamah dengan aqidah Ahl Sunnah Wal- Jamaah. Justeru diharapkan PAS akan berusaha membersihkan akidah ahli-ahlinya dari akidah Syiah. Ini bagi menjamin kesatuan fiqr antara ahli-ahli dan mengelakkan perpecahan yang merugikan umat. Sebagai permulaan PAS perlu memastikan aqidah saf pimpinannya bebas dari Syiah dan amalan tareqat yang sesat.

2) PAS perlu berusaha dengan lebih gigih lagi dalam menambah baik kefahaman Islam masyarakat dengan menggalakkan budaya beragama mengikut manhaj salaf as-saleh yang dapat menghapuskan budaya taqlid buta. Ini secara langsung dapat menghapuskan amalan-amalan khurafat dan bida’ah di dalam masyarakat Islam. Usaha ini jelas telah dipelopori oleh sesetengan pimpinan PAS terutamanya yang dikasihi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat namun ianya perlulah disokong sepenuhnya oleh jentera PAS.

3) Menyemaikan sikap cintakan Islam melebihi segalanya. PAS perlu berusaha melenyapkan sikap ta'asub hizbiyyah yang melampau dikalangan ahli. Ini adalah seruan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat agar pendakwah PAS sentiasa menyeru masyarakat kepada Islam dan bukannya PAS. Ini bagi mengelak pihak lain menawarkan "Ummah Centric" sebagai alternatif PAS. Walhal PAS sejak dulu memperjuangkan umat Islam namun sikap fanatik kepartian pada sesetengah ahli terutama di kalangan pelajar IPT khasnya. Menggambarkan seolah-olah keseluruhan ahli PAS ta'asub pada jemaahnya dan hanya menerima kebenaran yang datang dari pimpinan PAS dan menolak sebarang kebenaran dari yang selain PAS. Walhal neraca kebenaran adalah Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.


B] Cadangan Manifesto Pilihanraya buat PAS dan barisan Alternatif.
1) Mencipta lambang Barisan Alternatif (BA) untuk digunakan di dalam Pilihanraya UMUM akan datang.

2) Menjadikan PTPTN sebagai BIASISWA. Bukti BA sebagai Negara kebajikan.

3) PAS selaku peneraju BA harus mengumumkan kepada rakyat, kabinet bayangan (shadow Cabinet) untuk setiap portfolio cabinet yang ada sekarang. Dari kalangan semua parti komponen BA.

4) PAS menawarkan program/strategi berkesan dalam menangani masalah graduan menganggur.

5) PAS menawarkan skim perkhidmatan kesihatan PERCUMA untuk sekalian hamba rakyat . Juga bukti BA sebagai Negara kebajikan.


C] Cadangan Penambahbaikan Organisasi PAS
1) Memastikan tiada (minimum) pertindihan jawatan atau portfolio dalam struktur organisasi PAS agar setiap individu pemegang jawatan akan lebih fokus dan dapat menjalankan tugas dengan lebih efisien.

2) PAS memerlukan khidmat konsultan imej yang professional bagi memastikan pimpinannya berketerampilan sesuai pada waktu-waktunya.

3) PAS perlu mengelak meletakkan seorang calon yang mewakili dua kerusi serentak, iaitu MP dan DUN dalam satu Pilihanraya Umum (PRU). Ini sekali lagi bagi memastikan perkhidmatan yang efisien dari Ahli Parlimen / ADUN kepada masyarakat apabila menang nanti.

4) Ahli-ahli PAS yang telah berjaya memenangi kerusi-kerusi di Parlimen atau DUN harus meletak jawatan di dalam parti. Demi menjamin perkhidmatan yang terbaik dan juga demi memastikan kerja-kerja dakwah di parlimen/DUN dapat dijalankan dengan gemilang disamping memastikan gerakerja parti tidak terganggu. Contoh seperti PKS di Indonesia dan HAMAS di Palestine. Presiden PKS sekarang, Tiffatul Sembiring (seorang engineer) tak bertanding pemilu (pilihanraya). Presiden pertama PKS, Ir. Dr. Nurmahmudi letak jawatan jadi presiden lepas dilantik jadi menteri. Presiden kedua, Hidayat nur Wahid letak jawatan jadi presiden lepas jadi speaker MPR. Ini, menurut wakil PKS yang kami sendiri temui, supaya yg pegang jawatan dalam parti boleh tumpu kepada tugas-tugas parti, yang pegang jawatan dalam parlimen boleh tumpu kepada kerja-kerja (atau tepatnya kerja dakwah) di dalam parlimen.

5) Memperkasakan organ-organ ekonomi PAS. Disamping menjadikan PAS sebagai hub atau centre melahirkan usahawan-usahawan muslim yang berketrampilan dan gemilang.

6) Web Rasmi PASwww.pas.org.my
Memastikan agar multi-bahasa (versi Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil,Arab)
Kualiti rencana yang bermutu tinggi.
Informasi mengenai perlembagaan Parti.

7) Harakahdaily dan Harakah.
Memastikan kandungannya sahih, professional dan beretika terutamanya www.harakadaily.net. Memastikan harakahdaily tidak lagi memberi ruangnya untuk rencana berunsur fitnah, berunsur syiah dan sebagainya. Memastikan ruang iklannya tidak digunakan oleh program-program skim cepat kaya dan multilevel marketing yang bertentangan dengan Islam.


Bagi Harakah Cetak, elakkan dari mengiklankan perbomohan yang bertopengkan Islam.

Elakkan juga iklan-iklan yang berasaskan tahyul seperti minum jus kismis boleh ubah sikap suami dan anak.

Adalah lebih baik disiasat terlebih dahulu iklan-iklan yang kononnya bertunjangkan Islam demi menjaga nama baik parti dan Islam itu sendiri.


8) Untuk lebih detail , Laman-Laman Web PAS mesti mengandungi :-

a] Terjemahan Al-Quran dan Rujukan Hadis. Tujuannya - supaya memudahkan rakyat mempelajari atau merujuk dua sumber utama ajaran Islam itu.

b] Riwayat hidup tokoh-tokoh agama antarabangsa dan tempatan terdahulu dan juga sekarang (contoh seperti Dr.Yusuf QoroDowi dan Tok Kenali). Tujuannya - supaya rakyat dapat menginsafi dan dijadikan teladan perjuangan tokoh terdahulu dan terkini.

c] Penyelesaian Ummah dan Pemasalahan Agama seperti Fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti, Soal Jawab Agama, Panduan-panduan hidup seperti Fardu Ain dan Fardu Kifayah, Perbezaan Mazhab,Fiqh iktilaf,Adab seorang muslim, Islam dan Sains dan sebagainya. Tujuannya - supaya jelas PAS ini bukan setakat Parti Politik semata-mata tetapi adalah gerakan Islam masa kini.

d] Kemusykilan dan Persoalan rakyat tentang PAS seperti FAQ, Rakyat bertanya dan PAS menjawab, dan sebagainya. Semua soalan-soalan yang di kemukakan oleh rakyat tidak kira bangsa dan agama mesti di paparkan di laman web supaya segala kekeliruan dapat di perjelaskan dengan sebaik-baiknya. Contohnya - orang bukan Islam bimbang jika Islam memerintah, mereka akan di tindas. maka PAS wajib memperjelaskannya di laman web. kalau ada 1000 atau lebih banyak lagi soalan lebih baik. - Tujuannya - seperti yang telah di nyatakan, kekeliruan rakyat mesti di hapuskan dan segala persoalan mesti di jawab meskipun persoalan itu dianggap remeh.

e] Wujudkan ruangan untuk rakyat bukan Islam seperti apa hak mereka sebagai rakyat, apa peraturan mereka tinggal di tanah Islam, mengapa Islam mengharamkan ini dan itu, perbezaan agama dan sebagainya. Tujuannya - untuk berdakwah kepada mereka dan menghilangkan perasaan curiga.

f] Sediakan ruangan untuk download lagu nasyid, ceramah agama, e-book, dan bahan-bahan material berkaitan agama dan parti. Tujuannya - supaya kaedah penyampaian maklumat lebih berkesan.

g] Sediakan ruangan terkini tentang teknologi dan sains, tips-tips motivasi, kaedah pengurusan dan komunikasi dan sebagainya yang berkaitan tentang pengurusan hidup dan kemajuan diri - Tujuannya - untuk menarik anak-anak muda melayari laman web PAS sekaligus menaikkan populariti PAS.

h] Bagi laman web kawasan atau cawangan, perlu di adakan ruang aktiviti terkini dan masa akan datang. dan bagi setiap aktiviti yang telah dijalankan, mesti di buat rumusan dan di paparkan di dalam laman web. kalau ada gambar lagi bagus. Biarpun aktiviti itu kecil sahaja seperti tazkirah atau tarbiyah, perlu di buat rumusan apakah pengisian daripada aktiviti itu. Bukan lah bagi setiap meeting perlu di letak sekali, itu ada lah sulit dan saya paham. Tetapi bagi setiap aktiviti yang mempunyai pengisian untuk direnungkan perlu lah di buat rumusan. Tujuannya - Supaya ahli-ahli PAS tidak dilihat lesu dan mati. Biarlah jumlah kehadiran sedikit dan jumlah ahli juga amat sedikit dan lemah, tetapi tunjuk kepada rakyat bahawa mereka kuat dan ada program2 yang dijalankan.

i] Memang hebat dan bagus kalau boleh di buat 4 version laman web (bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa cina dan bahasa Tamil) tapi kalau ada dua bahasa pun dah kira cukup baik (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) . Tujuannya - supaya dakwah lebih diterima oleh masyarakat dunia.

j] Tidak dilupakan juga , sejarah, objektif, berita, peristiwa, contact us, poll, forum, shout box, dasar-dasar parti dan sebagainya yang di fikirkan sesuai.

D] Kerjasama antara PAS dan UMNO, Agensi-agensi Islam Kerajaan (Jabatan Agama, JAKIM, IKIM, Mufti-mufti), NGO Muslim dan Non-Muslim


1) Memperkukuhkan kerjasama yang sedia ada dengan NGO-NGO Islam dan bukan Islam dalam memperjuangkan prinsip-prinsip kemanusiaan dan keadilan yang universal.

2) PAS perlu menggalakkan dialog-dialog secara aman dengan NGO-NGO yang kelihatan menentang ISLAM seperti Sisters In Islam (SIS) terutamanya di dalam hal-hal sensitif seperti isu kebebasan beragama. PAS perlu mengambil peluang ini untuk berdakwah dan menunjukkan keadilan Islam yang indah. Tindakan-tindakan provokatif seperti demonstrasi dan sebagainya hanya akan menunjukkan sikap sempit dan mencalarkan imej Islam yang sebenarnya terbuka dan adil.

3) PAS perlu menggalakkan usaha-usaha dialog dengan agensi-agensi Islam Kerajaan (Jabatan Agama, JAKIM, IKIM, Mufti-mufti) hatta dengan UMNO bagi membincangkan pelbagai masalah umat Islam. Ini juga dapat menjernihkan sebarang kekeliruan yang terbit dari kurangnya interaksi antara PAS dan agensi-agensi Islam kerajaan. Ini secara tidak langsung menunjukkan keterbukaan serta seriusnya PAS dalam menangani masalah umat
.

E] Persepsi Rakyat: Usaha Memperbaiki Imej PAS
1) Qualiti dan Akhlak Penceramah Politik / Agama PAS


a]Qualiti – Memastikan ceramah agama/politik PAS menawarkan input-input berkualiti kepada masyarakat. Dan mengurangkan cerita-cerita/lawak picisan melampau yang merendahkan pemikiran dan intelektual rakyat. Walaupun mungkin dapat menarik minat orang ramai tetapi natijahnya melahirkan masyarakat yang rendah tahap intelektual dan kesat perilakunya. Penceramah PAS juga perlu memastikan setiap fakta, dalil-dalil adalah sahih dan mempunyai kredibiliti. Elakkan budaya caci, fitnah dan maki dalam ceramah. Insya Allah natijahnya lebih baik.

b]Akhlak- Memastikan penceramah-penceramah PAS dan juga penceramah jemputan yang berceramah di pentas PAS tidak mengeluarkan bahasa-bahasa yang lucah dan kesat (contoh: kes "Mufti Bapak Setan" oleh Ustaz Badrul Amin).
Ini secara tidak langsung memperbaiki imej PAS sebagai parti politik mainstream serta dapat mentarbiyyah ahli/masyarakat bagaimana akhlak Islam yang indah.


2) Mentarbiyah Ahli agar tidak bersikap ta'asub kepartian yang melampau.

3) Memberi penjelasan telus kepada masyarakat umum mengenai kerugian yang melanda KOSIS dan KOHILAL. Bagi membuktikan PAS adalah organisasi poltik yang mementingkan ketelusan. Jika ada individu yang perlu didakwa, proses undang-undang perlulah dilaksanakan. Bagi mengelakkan tanggapan "double-standard" PAS dalam isu-isu integriti dan akauntabiliti.

4) Demonstrasi
Kami berpendapat demonstrasi bukanlah kaedah Islam yang sesuai dalam menyatakan rasa tidak setuju kepada rakyat. Namun jika ianya perlu, PAS perlu memastikan disiplin Islam yang tinggi. Pemidang-pemidang yang menggunakan bahasa-bahasa yang tidak berakhlak, dan kadangkala mempromosi Syiah perlu dilarang. (Gambar-gambar pemimpin Syiah Iran dan Lubnan semasa demonstrasi kenaikan harga minyak dan tol sangat tidak relevan).

5) Peluang di Media Massa
Muta’akhir ini pimpinan PAS seringkali mendapat peluang untuk menyuarakan pendapat di media-media massa utama Negara. PAS perlu mengambil peluang ini untuk menunjukkan imej PAS yang lebih terbuka dan "people-friendly". Imej-imej agresif, gemar berkonfrantasi dan bersikap keras perlu dielakkan.


Ikhlas dari kami,
www.al-ahkam.net

Muhammad Afandi Bin Sallehuddin
Biro Penerangan Kelab Al-Ahkam.Net

PEMUDA PAS MELAKA BERSAMA RAKYAT DIMALAM MERDEKA


Ayer Keroh, Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka sekali lagi 'turun padang' untuk bersama warga Melaka pada malam 31 ogos di MITC. Dengan misi sebagai duta penyelamat dan kasih sayang, pemuda Melaka turun dengan mengedarkan risalah mengenai kemerdekaan dan rasuah yang pastinya dari perspektif PAS.

Ketua Dewan Pemuda Pas negeri Melaka, Ustaz Kamarudin Bin Haji Sidek mengetuai misi yang disertai 25 orang Pemuda. Turut serta ialah ketua Penerangan DPPNM Ustaz Adnan Bin Ibrahim dan wakil dari pemuda kawasan.

Misi yang bermula pukul 10 malam itu, telah menemui setiap pengunjung yang hadir untuk menyaksikan konsert Ambang Kemerdekaan didataran MITC. Rata–rata peserta ekspedisi dakwah pada malam itu berpuas hati kerana sambutan positif pengunjung terhadap bahan yang diberikan.

Ustaz Kamarudin menyatakan kesyukuran dan mengajak semua peserta untuk hadir lagi pada program akan datang. Tambah beliau lagi "pemuda akan terus turun menyedarkan masyarakat dimana mana program yang dianjurkan kerajaan, inilah tugas dan amanah yang kita pikul, Insya-Allah pemuda diperingkat kawasan boleh mempraktikkan misi ini diperingkat kawasan masing masing".

Seorang peserta yang turut serta dalam program ini, Hazali Hasan menyatakan kekesalan dengan sikap dan cara kerajaan negeri menyambut kemerdekaan dengan hiburan yang melampau dan pembaziran. Selepas maghrib diadakan bacaan yasin di masjid yang terletak cuma 200 meter dari pentas konsert.Inilah islam hadhari yang menjadi pegangan pemimpin dan ahli UMNO sekarang. Mencampur - gaulkan halal dan haram. Anak anak muda bebas berdua – duaan. Inikah dia generasi merdeka atau produk modal insan yang dilaungkan Pak Lah kesana kemari? soalnya dengan nada sedih.

SEKITAR EKSPEDISI DAKWAH PADA MALAM MERDEKA

Tarikh : 30 Ogos 2007 (Di Ambang Kemerdekaan yang ke 50)
Masa : 10.00 malam
Tempat : MITC, Ayer Keroh Melaka






Rabu, 5 September 2007

Selasa, 4 September 2007

ISU BABI DI MELAKA : PENTERNAK HALANG BABI DIMUSNAHKAN

ALOR GAJAH: Operasi bersepadu bagi mengurangkan ternakan khinzir daripada lebih 100,000 ekor kepada 48,000 ekor di kawasan Bukit Beruang, Paya Mengkuang dan Man Lok dekat sini, ditangguhkan petang ini apabila berlaku ketegangan diantara penternak dengan pihak berkuasa

Bernama melaporkan Setiausaha Kerajaan Melaka Datuk Ismail Saleh berkata penangguhan operasi yang bermula pukul 2 pagi ini dibuat berikutan permintaan penternak yang berjanji untuk memindahkan baki khinzir itu ke kawasan lain
.


"Kami (kerajaan) memberi tempoh kepada mereka sehingga 21 Sept ini, semua lebihan khinzir mesti dikeluarkan sama ada dijual atau sebagainya tetapi bakinya mesti tinggal 48,000 ekor di kawasan yang dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan operasi di sini, hari ini

Operasi hari ini yang membabitkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan termasuk polis, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perbandaran Alor Gajah dijalankan bagi memulihkan pencemaran alam sekitar dan bau busuk yang berlarutan lebih 50 tahun akibat penternakan khinzir itu.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan bahawa kira-kira 100 penternak babi di Paya Mengkuang di Melaka, membuat benteng manusia di depan pintu masuk ladang mereka bagi menghalang operasi pihak berkuasa untuk menutup ladang ternakan mereka itu.

Penduduk Paya Mengkuang mendakwa, mereka tidak menerima sebarang notis dari pihak berkuasa untuk menutup ladang tersebut.

Jalan masuk ke Ayer Molek dan Bukit Beruang turut ditutup, dan keadaan yang sama dilaporkan berlaku apabila penduduknya bertindak menghalang pihak berkuasa daripada menjalankan operasi menutup ladang babit mereka.


ULASAN TKO

BABI DAN BEREMBANG

Nampaknya pihak kerajaan BN masih terus berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat dengan mendatangkan 300 anggota polis yang separuhnya adalah dari unit FRU dan termasuk anggota Rela di situ.

Namun pada kali ini, pihak berkuasa terpaksa pulang dengan hampa apabila enam jentera pengorek yang dibawa untuk menggali lubang bagi menghapuskan babi di ladang tersebut serta enam trak polis, termasuk yang dilengkapkan dengan meriam air tidak dapat menyempurnakan tugas untuk membunuh babi-babi sepertimana yang dirancang.

Hal yang berbeza benar berlaku di Selangor satu ketika dahulu sewaktu pihak FRU dan pihak berkuasa tempatan dengan zalim dan tidak berperikemanusian pihak membiarkan MPAJ merobohkan Surau Al-Rahmaniah, Kampung Berembang serta meratakan semua rumah-rumah penduduk kampung yang berada disekitar surau berkenaan.

Nampaknya penternak-penternak babi berkenaan berjaya menghalang FRU dari meneruskan kezaliman dan kekejaman mereka berbanding dengan penduduk di Kampung Berembang di sat kampung halaman mereka dicabuli dengan rakus oleh pihak berkuasa.

Rakyat masih mengingati sejarah hitam yang terukir pada 20 November 2006 apabila benteng manusia di Berembang telah dirempuh dengan ganas oleh pihak FRU dan penguatkuasa MPAJ. Mereka dipukul, ditendang dan dihambat dengan kayu. Pergelutan berlaku kerana para penduduk dan sukarelawan enggan membiarkan surau berkenaan dirobohkan.

Setelah berjaya, meleraikan benteng manusia yang didirikan oleh penduduk, beberapa orang penguatkuasa MPAJ dilihat meluru ke dalam surau dengan memakai kasut but dan menendang barang-barang yang ada disamping memecahkan semua tingkap surau. Pada masa yang sama mereka menemui sekumpulan kanak-kanak dan orang dewasa yang turut berkubu didalam surau.

Kita mengucapkan tahniah kepada penternak-pemnternak babi di Melaka yang mencatatkan satu peristiwa menarik di mana kuasa rakyat adalah lebih tinggi dan bermakna dari kuasa meriam, cota, pistol, perisai dan senapang pihak berkuasa.

Sekarang jelas juga kepada kita, pihak berkuasa milik kerajaan BN ini lebih gentar kepada tuntutan penternak babi dari rayuan dan rintihan rakyat marhain di Kampung Berembang!

SUMBER DARI : TRANUNGKITE.NET

MISI SOLO SUKARELAWAN GERAK SAMPAI DI MELAKA


Ayer Keroh, Sukarelawan GERAK Sdr Mohd Zainuddin b. Ghazali yang membuat Ekspedisi Solo Bermotosikal "Merdeka Dari Rasuah" sempena 50 tahun secara solo telah selamat sampai ke Negeri Melaka pada 29 ogos, jam 2.30 petang. Beliau yang dijemput dari plaza tol Air Keroh terus ke pejabat ketua menteri di wisma negeri.

Memorandum GERAK yang menekankan bahawa rasuah sebagai musuh nombor satu negara berjaya disampaikan kepada wakil ketua menteri En Daud. Beliau juga memaklumkan bahawa ketua menteri tiada di Melaka untuk menyambut memorandum tersebut.


Saudara Zainudin mengucapkan terima kasih atas sambutan yang diberikan biarpun memorandum tersebut tidak diterima sendiri oleh Dato' Ali Rustam. Beliau seterusnya menyeru kepimpinan kerajaan negeri Melaka supaya serius menangani isu rasuah samada diperingkat kakitangan kerajaan mahu pun orang politik.

Wakil pemuda PAS yang mengiringi beliau Sdr Rosli Abu mengharapkan kerajaan serius dan komited dalam perkara ini. "Saya yakin selepas ini akan ada memorandum lain yang akan menyusul dan kita sama sama tunggu apakah reaksi dan tindakan ketua menteri pada ketika itu" tegas beliau .

DARI MEJA JASINDAILY

Assalamualaikum w.b.t

Lama rasanya saya tidak mengemaskini blog ini atas masalah peribadi yang terpaksa saya selesaikan. Alhamdulillah kini blog ini akan kembali seperti biasa dengan menghiasi saluran yang penuh dengan informasi terkini. Sebagai permulaan saya ingin paparkan rakaman video oleh Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka) yang berkisar dengan isu kemerdekaan Malaysia yang masuk ke 50 tahun.Sila rujuk pada ruangan "video jasindaily" untuk menyaksikan rakaman tersebut.

Mari kita sama-sama lihat dan dengar bersama kupasan dari beliau dan moga dengan kupasan tersebut ianya dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Salam perjuangan dari kami untuk pengunjung sekalian.