AHLAN WASAHLAN SELAMAT DATANG WELCOME TO OUR WEBSITE

DI MANA MEREKA ??



ANDAI KU TAHU, PANGKAH BN JADI BEGINI


kalau ade yg masih pilih BN sbb nmpk bangunan yg tinggi2 or angkasawan malaysia pertama, die buta. kalau ade yg masih pilih BN sbb percaya kata pemimpin2 BN yg korup & bermoral tu, die langsung tak cerdik. kalau ade yg masih pilih BN sbb dpt duit byk, die mmg pentingkn diri sendiri. dh byk hak rakyat BN cabul. yg miskin makin tertindas. yg kaya makin tak sedar diri. maaf kalo terkasar bahasa tapi bahasa utk dirasa

IMAM AL-HADHARI


Benar kata – kata orang dahulu kala, orang yang lemah apabila terdesak akan bertukar menjadi manusia yang paling kejam. Pada hari ini orang yang rakus, tamak haloba, zalim, lembab dan yang sewaktu dengannya akan tetapi keadaannya lemah, apabila kejahatannya mula didedahkan dan dirinya tidak dapat membersihkan dirinya, maka diri itu akan menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk menutup para pejuang keadilan

Madah Perjuangan


ECER - KELANTAN

YAB TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT (MENTERI BESAR KELANTAN) BERUCAP KETIKA MAJLIS PELANCARAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA

TRADEMARK KAMI


Get cool stuff @ NackVision.com

HADITH RENUNGAN

BLOGGERS UNITED


Kami berusaha memaparkan berita2 terkini dalam usaha membuktikan bahawasanya Malaysia sememangnya tidak mengamalkan demokrasi sepenuhnya...kami berusaha memberikan gambaran yang terbaik kepada pangunjung sekalian...maaf jika banyak kekurangan..PULIHKAN DEMOKRASI, DAULATKAN ISLAM

AJK PAS PUSAT 2007-2009


BERITA BOX OFFICE

ALI RUSTAM DICABAR KUATKUASA PENGHARAMAN ARAK DI MELAKA Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam digesa menguatkuasakan dengan segera undang-undang pengharaman arak di Melaka bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap agama Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek. "Jika dia juga seorang pemimpin yang menghormati budaya Melayu dan agama Islam, kenapa dia sendiri tidak melaksanakan undang-undang pengharaman penjualan arak di negeri ini terlebih dahulu. "Jika langkah itu tidak dilaksanakan di semua peringkat negeri, memadai ia dibuat di peringkat daerah demi membuktikan beliau benar-benar seorang pemimpin yang prihatin dengan umat dan agama Islam," kata beliau. Beliau mencabar Ali Rustam melaksanakan pengharaman arak di negeri Melaka berikutan cabaran yang dibuat oleh Ketua Menteri itu supaya PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat kerana isu yang membabitkan penjualan arak di Selangor baru-baru ini. "Beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti di negeri ini dan dia berhak serta mempunyai kuasa untuk melaksanakannya."Jika tidak berani melaksanakannya, lebih elok dia tidak membuat sebarang komen atau mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat, jangan campur hal rumahtangga orang lain," katanya. Sebelum ini, Ali Rustam mengeluarkan kenyataan mencabar PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat berikutan kemelut yang melanda dengan isu penjualan arak di Selangor tetapi pada masa yang sama beliau hanya memejamkan mata sahaja terhadap lambakan penjualan arak di Melaka terutamanya di Melaka Raya.

TAK NAK BN !!



DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

ANDA PENGUNJUNG KE

JASINDAILY Bermula Pada 28 DISEMBER 2005

BACA BOLEH, PERCAYA JANGAN 20 MEI 2009,RABU
DUNIA TERKINI 20 MEI 2009,RABU
ARKIB
SUDUT KOPI 'O'


Free chat widget @ ShoutMix

KENALI PAS
BOIKOT BARANGAN ISRAEL!!!

"SESUNGGUHNYA DARAH SUCI SYEIKH YASIN TELAH MENYATUPADUKAN SAF PEJUANG-PEJUANG PALESTIN DAN BERBAGAI-BAGAI FAHAMAN POLITIK UNTUK MEMILIH HANYA SATU JALAN PENYELESAIAN BAGI SEMUA PUAK IAITU DENGAN BANGUNNYA MENENTANG PENJAJAHAN YAHUDI-ASSYAHID DR.ABD AZIZ RANTISI

TERHANGAT DIPASARAN !!!!


UNDI BLOG JASINDAILY

Ukhwah.com :: Top Blog

ANDA PERNAH LIHAT SITI? KANAK-KANAK NIE DAH SEMINGGU HILANG
Jumaat, Disember 28, 2007
oleh HermanSamsudeen

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di rumah pekerja Ladang Ulu Sawah, Rantau, dekat sini sejak Khamis lepas.

Bapa kanak-kanak itu, Che Ishak Che Kob, 47, ketika ditemui di rumahnya hari ini berkata anak kedua daripada tujuh adik beradik itu, Che Siti Nur Azreen keluar rumah pada kira-kira pukul 9 pagi pada hari tersebut untuk pergi ke rumah seorang kawannya di Taman Sri Rama, Kuala Sawah namun pada lewat petang dia tidak pulang ke rumah.

"Bimbang sesuatu terjadi padanya, saya pergi ke rumah kawannya itu tetapi dia tiada di situ. Puas saya dan isteri mencarinya di rumah jiran dan rakannya yang lain yang tinggal berhampiran tetapi dia tiada," katanya kepada Bernama.

Che Ishak, seorang pekerja ladang di situ berkata semasa keluar rumah, anaknya itu memakai seluar jean biru, baju blaus merah kuning dan bertudung.

"Setahu saya, kami sekeluarga tiada berselisih faham dengannya," katanya.

Beliau berkata, beliau telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Sawah pada kira-kira pukul 8.35 pagi keesokannya mengenai kehilangan anaknya itu yang mempunyai ketinggian 150cm, berbadan kurus dan berkulit cerah.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu, Siti Hawa Jusoh, 34, merayu mana-mana pihak yang tahu di mana Che Siti Nur Azreen berada supaya segera menghubungi keluarganya.

Orang ramai boleh menghubunginya di talian 012 673 0924
posted by jasindaily online @ 12:20 AM   0 comments
JAHAT SUNGGUH ABDULLAH AHMAD BADAWI
KAMAL AMIR MENULIS

TERNYATA keraguan yang saya suarakan lewat tulisan kelmarin menjadi kenyataan. Terbukti berlakunya campur tangan eksekutif dalam sistem kehakiman. Nyata terang dan jelas, tidak lagi perlu bersuluh Abdullah Ahmad Badawi berjaya mempengaruhi Peguam Negara Gani Patail kesan desakan dan pujuk rayu Samy Vellu agar 31 demonstran Hindraf digugurkan pertuduhan cubaan membunuh yang tidak memungkinkan mereka dari diikat jamin (sila lihat tulisan bertajuk Kehakiman Kian Cemar).

Lebih memeranjatkan apabila Peguam Negara mengugurkan tuduhan keatas lima daripada 31 orang demonstran. Sedangkan anak muda Suwandi dan Azman yang terpaksa bertarung dengan maut kesan ledakan peluru hidup di Batu Buruk masih terpasung tanpa boleh diikat jamin.

Jahat, memang jahat rupanya Abdullah Ahmad Badawi mempersenda pasukan polis dan badan kehakiman. Hanya kerana mahu memperlihatkan kuasanya dia sanggup menjadikan anggota polis dipandang jelik oleh kalangan demonstran di Batu Buruk, Dataran Merdeka, Jalan Ampang, Batu Caves dan terbaru di Bangunan Parlimen.

Datuk Mustaffa Ali diberkas di perkarangan Parlimen menjadikan imuniti kemuliaan badan legislatif hancur berkecai. Begitu juga Tan Sri Khalid Ibrahim. Meskipun Parlimen seharusnya terhindar dari sebarang bentuk keganasan, namun apabila kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut di berkas di perkarangan Parlimen, dunia melihat jelik serta jumudnya demokrasi ala Abdullah Ahmad Badawi.

Jika ada orang menduduh Abdullah Ahmad Badawi "mental disorder" saya tetap menafikannya kerana orang gila tidak tahu melakukan kerja sejijik itu untuk memperkudakan sistem kehakiman. Malahan kalau ada pula menyatakan Abdullah Ahmad Badawi "buang tebiat" pasti akan saya sanggah kerana lazimnya orang yang sudah nazak tentunya lebih banyak duduk di tikar sembahyang.

Begitu juga andainya ada orang mengatakan Abdullah Ahmad Badawi sengaja mahu menyemarakkan api perkauman kerana membebaskan 31 demonstran Hindraf tanpa mengambil peduli untung nasib Swandi dan Azman yang masih terpasung di Kuala Terengganu tetap saya nafikan kerana yang dipertahankan olehnya bukan kaum Melayu tetapi anak buah Samy Vellu.

Kerana itu saya tetap mengatakan Abdullah Ahmad Badawi jahat! Memang dia jahat. Dolah bukan bodoh, tidak juga baghal, jauh sekali "mental disorder" ataupun sakit dan buang tebiat. Dia sesungguhnya memang jahat kerana dengan sengaja membakar perasaan hati rakyat sekadar mahu memperlihatkan kuasa di tangannya.

Jika rakyat mahu marahkan pihak polis yang terpaksa berhempas pulas melakukan sekatan jalan raya sehingga ada yang tercedera dibaling dengan batu oleh demonstran di Batu Caves, Dolah tidak mahu ambil peduli kerana baginya kesemua gaji anggota polis telah dinaikkan serta dibayar setiap awal bulan. Selagi mereka memperolehi bayaran gaji maka kesetiaan wajar dibuktikan.

Kerana dia jahat, maka anggota polis yang sepatutnya berpeluang mengambil cuti hujung minggu bersama anak dan keluarga terbatal oleh panggilan kecemasan atas alasan mahu menjaga kententeraman negara. Lintang pukang jadinya Peguam Negara turun naik mahkamah memikirkan tuduhan terbaik serta "masuk akal" untuk diterima oleh mahkamah sesyen Shah Alam bagi memastikan 31 demonstran Hindraf terus terpasung tanpa boleh diikat jamin sehingga selesai perbicaraan mahkamah.

Selepas selesai melaksanakan tugas mendakwa 31 demonstran Hindraf, bagaikan lipas kudung pula Peguam Negara terpaksa hadir sendiri di mahkamah Kuala Terengganu melakukan tugas pendakwaan agar Suwandi dan Azman tidak diizinkan ikat jamin meskipun dia telah dicederakan oleh tembakan peluru hidup.

Usaha gigih Peguam Negara mencari upaya melakukan pendakwaan langsung tidak sedikitpun dipertimbangkan oleh Abdullah yang akhirnya meminta agar digugurkan tuduhan tersebut. Cukup jahat Abdullah Ahmad Badawi yang berkali-kali mengaku dirinya seorang muslim yang baik memperkudakan penguatkuasa undang-undang demi survival politiknya.

Lebih memeranjatkan apabila terbaca tulisan Raja Petra Kamaruddin berhubung percaturan licik membebaskan "Tengku Goh" dari tahanan buang daerah untuk kembali bebas. (Sila lihat surat yang ditandatangan sendiri oleh Gani Patail meminta Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri membebaskan Tengku Goh).

Seram sejuk jadinya bila membaca kenyataan tersebut membayangkan jahatnya Abdullah Ahmad Badawi melakonkan adengan dangkal yang membawa kesan amat parah terhadap badan kehakiman kerana terbukti berlakunya campurtangan Perdana Menteri terhadap institusi yang seharusnya benar-benar bebas dan berkecuali.

Jika begitulah caranya Abdullah mentadbir negara , apakah dapat terjamin keselamatan rakyat dari gejala jenayah? Bagaimana boleh wujud laporan palsu dan ilusi tanpa bukti kukuh dilakukan oleh cawangan jenayah berhubung siasatan Tengku Goh? Apa untungnya pegawai polis tersebut melakukan tindakan sedemikian seperti yang dinyatakan oleh Peguam Negara dalam suratnya kepada Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negari?

Benarlah kata orang bijak pandai, "hanya kaki judi sahaja yang berkawan dengan peminat judi, kaki arak tetap bersahabat dengan orang yang suka minum arak, penipu sahaja mampu bersahabat dengan penipu dan hanya orang jahat sahajalah yang suka bersahabat dengan orang jahat."

Mampukah Abdullah Ahmad Badawi menafikan persepsi rakyat adanya campurtangan eksekutif dalam kes pembunuhan Altanttuya yang semakin kalut, bercempera, penuh misteri serta menghakiskan sama sekali keyakinan massa terhadap badan kehakiman kesan kenyataannya meminta Peguam Negara meringankan pertuduhan terhadap 31 demonstran Hindraf itu?

Melihat rencam sebegitu hati dijengah belas dan kasihan terhadap Suwandi dan Azman yang terus terpasung di penjara sementara menunggu perbicaraan selesai. Esok seluruh umat Islam bakal merayakan Hari Raya Haji yang sewajarnya disambut bersama keluarga jua sanak-saudara.

Kerana Suwandi dan Azman tidak kenal Samy Vellu, disebabkan keluarga kedua mereka bukan penyokong Samy Vellu, malahan mereka juga bukanlah ahli MIC maka terpinggir dan terpasunglah keduanya mendengar suara takbir dari tembok jeriji besi. Jahat sungguh perlakuan sedemikian.

Disaat saudara-mara dan sahabat-handai menyambut kehadiran hari raya korban, Suwandi dan Azman pula menjadi korban kepada percaturan politik Abdullah Ahmad Badawi. Jahat..........Cukup jahat!

Biar apapun, yang pasti Abdullah Ahmad Badawi telahpun mewujudkan "kelangsungan" (precedent) di mana jika mana-mana individu menghadapi perbicaraan di mahkamah atas tuduhan melakukan jenayah, mereka boleh membuat rayuan kepada Perdana Menteri kerana dia mempunyai kuasa mempengaruhi mahkamah. Jahat......cukup jahat orang yang mengaku dirinya seorang muslim yang baik sanggup mencemarkan kemuliaan sistem perundangan negara.

Ketua Polis Negara ternyata melakukan kerja sia-sia mempercayai Hindraf menjalin hubungan dengan kumpulan pengganas India LTTE apabila begitu mudah Abdullah Ahmad Badawi meminta Peguam Negara membebaskan 31 Demonstran Hindraf hanya kerana rayuan dan desakan Samy Vellu.

Tindakan pasukan polis membendung keganasan, menyuraikan perhimpunan dengan meminta injuksi mahkamah agar perhimpunan tersebut diklasifikasikan haram untuk membolehkan tangkapan dibuat terhadap mana individu yang terlibat turut menjadi sia-sia apabila pesalah yang seharusnya dihadapkan ke mahkamah boleh dibebaskan hanya dengan merayu kepada Perdana Menteri.

Terdapat tuduhan mengatakan Abdullah Ahmad Badawi seorang pemimpin yang lemah kerana melayan permohonan Samy Vellu kerana bakal mengujudkan satu kementerian menyelia hal-hal yang berkaitan dengan agama bukan Islam sebagaimana dilaporkan oleh media arus perdana.

Sesungguhnya dia bukan lemah, tetapi Abdullah memang jahat kerana dengan sengaja mahu membakar hati dan nurani masyarakat Melayu Islam. Rakyat yang cinta damai benar-benar tergamam mendengar kenyataan tersebut dan mereka tersentak pula bila diberitakan pembebasan 31 demonstran Hindraf.

Penahanan lima orang pemimpin Hindraf diketuai oleh Uthaya pastinya akan jadi lebih celaru apabila timbul persoalan kenapa mesti dipasung mereka menggunakan seksyen 8a dan tidak seperti lazimnya ditahan menggunakan kaedah tahanan 60 hari oleh pihak polis terlebih dahulu sebelum dilanjutkan atas kuasa Menteri.

Apakah mungkin jika Samy Vellu membuat rayuan bagi pihak kaum keluarga lima pemimpin tersebut serta bimbang kemungkinan bakal kalah dalam pilihan raya nanti menjadikan Abdullah berlembut hati membebaskan kelima-lima mereka? Hanya masa menentukan segala-galanya.

Biar apa pun yang jelas, Abdullah Ahmad Badawi memang jahat kerana menghebahkan kepada umum bahawa dia meminta Peguam Negara mempertimbangkan pertuduhan ke atas 31 demonstran Hindraf setelah didesak oleh Samy Vellu tetapi tidak pula bersedia memikirkan soal Suwandi dan Azman mangsa ledakan peluru hidup.

Dalam waktu yang sama "Tengku Goh" yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah, bebas. Semoga segera terjelma hukum karma dari yang Maha Esa dan bumi tercinta ini terselamat dari percaturan politik sempang-peranang pemimpin yang jahat
posted by jasindaily online @ 12:15 AM   0 comments
BENAZIR BHUTTO TERBUNUH KERANA SERANGAN BERANI MATI
TERKINI BEKAS Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto terbunuh dalam serangan BOM BERANI MATI jam 6.16 petang, (9.16 malam waktu Malaysia) kata jurucakap partinya, Partai Rakyat Pakistan (PPP). LAGI GAMBAR DI DALAM

Laporan-laporan lainnya mengatakan Bhutto menderita luka-luka dan dibawa ke hospital.

Sekurang-kurangnya 15 orang mati akibat ledakan pada kampanye pemimpin oposisi Benazir Bhutto di Pakistan tidak lama setelah dia berpidato di hadapan para pendukung parta di kota Rawalpindi.

Polis mengatakan seorang pembom meledakkan bom di salah satu pintu keluar dari taman tempat Bhutto berkampen di saat orang-orang meninggalkan tempat tersebut.

Media melaporkan Benazir ditembak lehar dan kepala oleh penyerang yang kemudiannya meletupkan diri. Beliau mati dalam perjalanan ke hospital.

Partai Bhutto, PPP, meraih dukungan terbesar di Pakistan.


RAWALPINDI: Pakistani opposition leader Benazir Bhutto died Thursday after a suicide bomb and gun attack.

"At 6.16pm (9.16pm Malaysian time) she expired,'' said Wasif Ali Khan, a member of Bhutto's party who was at Rawalpindi General Hospital.

A senior military official, who spoke on condition of anonymity because he was not authorised to comment, confirmed that Bhutto had died.

According to unconfirmed reports, the attacker had opened fire on her with a weapon before the explosion.

On hearing of her death, Bhutto's supporters at the hospital began chanting "Dog, Musharraf, dog,'' referring to Pakistan's President.

Some of them smashed the glass door at the main entrance of the emergency unit, others burst into tears. One man with a flag of Pakistan People's Party tied around his head was beating his chest.

Senator Babar Awan, Bhutto's lawyer, said, "The surgeons confirmed that she has been martyred.''

At least 20 others were killed in the blast that took place as Bhutto left a political rally where she addressed thousands of supporters to canvas votes for Jan 8 parliamentary elections.

Bhutto served twice as Pakistan's Prime Minister between 1988 and 1996. She had returned to Pakistan from an eight-year exile on Oct 18.

Her homecoming parade in Karachi was also targeted by a suicide attacker, killing more than 140 people. On that occasion she narrowly escaped injury

sumber : KL POS

posted by jasindaily online @ 12:03 AM   0 comments
KAHWIN ORANG MISKIN DAN KAHWIN ORANG KAYA
Khamis, Disember 27, 2007
sekadar berkongsi .... dari email yang diterima .... maklumlaaa musim orang naik pelamin skarang nih...

MUSIM orang kahwin, tentulah cerita orang kahwin juga yang mendapat tempat. Sana sini majlis perkahwinan berlangsung. Yang kecil, yang besar, yang glamor dan yang sunyi sepi. Yang penting, impian pasangan untuk hidup bersama telah tercapai. Dan pastinya cerita yang ingin saya kongsi dengan pembaca minggu ini juga berkaitan dengan majlis kahwin. Apa tidaknya, ramai yang menelefon ingin berkongsi pandangan mengenai majlis perkahwinan sekarang.


Setelah meneliti dan mencari yang terbaik saya memilih untuk berkongsi pendapat Datin W. Perbualan kami yang mengambil masa selama hampir sejam menceritakan segala-galanya tentang perbezaan kahwin orang miskin dan kahwin orang kaya.

"Miskin yang dimaksudkan adalah orang kurang berada yang hanya membuat kenduri kahwin di rumah, tidak di dewan atau hotel bertaraf lima bintang," demikian Datin W memulakan bicaranya.

Datin W telah menghadiri sembilan majlis perkahwinan sepanjang cuti sekolah baru-baru ini. Ada banyak beza, katanya. Lalu dia namakan majlis itu kahwin orang miskin dan kahwin orang kaya.

"Lima daripada majlis tersebut diadakan di hotel dan dewan yang bertaraf lima bintang sementara empat lagi di rumah. Saya pergi ke semua majlis itu bagi memenuhi undangan kawan-kawan lama dan rakan sepejabat. Di tempat bertaraf lima bintang memang menarik dan serba serbi canggih. Makanan terhidang depan mata, siap ada napkin, bunga terletak indah di tengah meja, makanan diletakkan dalam bekas cantik. Siap ada kopi, teh dan pemanis mulut. Kerusi juga beriben dan beralas indah. Sayangnya, letih menunggu berjam-jam sehinggakan perut mula berjoget kerana lapar," kata Datin W.

Menurut Datin W, sudahlah terpaksa datang awal untuk mencari parkir dan berbaris untuk masuk ke dewan. Kemudian macam orang bodoh, melilau mencari kerusi yang entah di mana letaknya. Kalau tempat duduk bebas lebih mudah, tapi yang ada nombor parahlah. Terpaksa pula berlegar-legar mencari tempat duduk. Kalau nasib baik ada penyambut tetamu cekap, lekaslah dapat duduk. Jika tidak macam kerang busuk terhegeh-hegeh mencari kerusi.

Pernah melalui pengalaman yang sama, saya mencelah dengan berkata, biasanya majlis yang mewah itu ada penyambut tetamu. Bagaimana boleh jadi macam itu?

"Memang ada penyambut tetamu, tetapi kalau sudah letak yang comel lote tapi tak tahu buat kerja susah juga. Pakai cantik-cantik, berbaris tepi pintu dan asyik tersenyum kepada tetamu. Bukan hendak tolong tunjuk tempat, tapi sibuk bergambar dan bersalam sambil berbalas-balas gesel pipi tanpa mengira lelaki perempuan," tambah Datin W.

Memang betul, saya juga pernah melihat senario ini dengan mata sendiri. Perihal bukan muhrim tidak kira kaum dan agama berbalas ciuman di pipi pada majlis orang kahwin sudah menjadi trend masyarakat kelas 'atasan' sejak akhir-akhir ini.

Tidak berhenti di situ sahaja, Datin W turut menegur sikap segelintir tetamu yang ada pangkat tetapi tidak tahu menghormati tetamu lain.


"Saya malu dan kecewa dengan sikap orang-orang ini. Ada jawatan tinggi, ada pangkat dan pakai lawa tapi otak tidak boleh berfikir pentingkan diri sahaja," suaranya agak meninggi.

Mendengar suaranya yang agak tinggi, saya bertanya kenapa.

"Bayangkan kita sudah berbaris panjang, tiba-tiba di depan ada satu hamba Allah berpangkat jumpa kawan dia sepasang suami isteri, bersalam kemudian disuruh masuk barisan di hadapannya. "Kemudian datang seorang lagi, juga disuruh masuk, sehingga genap lima pasangan kawan mereka memotong Q. Sakitnya hati kita! Sekurang-kurangnya hormatkan tetamu lain. Ini tidak, mentang-mentang mereka ada nama, orang kenal, boleh buat sesuka hati," tambah Datin W.

Di dalam dewan pula, kata Datin W, suasananya memang cantik. Pokok bunga di sana sini, layar pun ada untuk tetamu yang duduk jauh dari pelamin. Tapi sayangnya dek kerana pokok-pokok bunga yang tinggi menjulang macam dalam hutan, pandangan sebahagian tetamu terlindung. Yang kelihatan hanya hujung kepala pengantin, tiang pelamin dan kepala tetamu lain.

Saya tersenyum sendiri. Mati akal saya untuk menjawab kata-kata Datin W. Lalu saya meminta pendapatnya terhadap apa yang dikatakannya sebagai kenduri di rumah orang miskin.

"Ini yang saya hendak cerita. Banyak bezanya macam langit dengan bumi. Saya pergi empat buah rumah teman sekerja saya yang menerima menantu. Makanan dihidang secara bufet. Ada yang katering, ada yang masih gotong royong memasak. Paling kurang ada lima enam jenis lauk dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Dua daripada rumah itu siap disediakan teh tarik, kopi O dan bubur kacang.

"Tetamu boleh enjoy makan sambil sembang-sembang tengok pengantin bersanding. Selepas bersanding, pengantin dan ibu bapa datang bawah khemah menyapa tetamu sambil mengucapkan terima kasih dan bersalaman. Tidak payah berbaris, tunggu dua jam baru hendak makan. Boleh ambil sendiri dan makan sepuas hati, tiada siapa melarang,'' jelasnya.

Berbeza dengan majlis orang kaya, pengantin dan tuan rumah tunggu depan pintu, habis tetamu kenamaan beredar, mereka pun lesap. Tinggal tetamu terkapai-kapai mencari jalan pulang.

Kali ini saya bersetuju dengan Datin W kerana apa yang diucapkannya benar belaka. Lebih selesa menghadiri majlis kahwin orang miskin daripada ke majlis orang kaya. Kalau ke rumah orang biasa, letak sahaja kereta di mana, tepi jalan, padang atau kawasan lapang, asal jangan halang laluan orang. Tapi kalau di tempat lima bintang, berpusing lima enam kali belum nampak parkir kosong, kira pi kira mai, bayarannya sama banyak dengan makan nasi kandar di restoran mamak.

Dalam berfikir saya dikejutkan dengan suara Datin W yang masih bersemangat untuk bercerita lagi tentang majlis kahwin orang kaya.

"Bukan setakat itu sahaja, tetamu yang datang juga alahai memang berfesyen habis, kebanyakannya berfesyen macam hendak ke festival filem. Seksi dan menjolok mata pun ada, nak glamor punya pasal, tidak tahu beza majlis," tambahnya.

Kata-kata Datin W mengingatkan saya kepada satu kumpulan anak-anak remaja yang menghadiri majlis kahwin dengan menaiki kereta Mercedes. Empat orang dalam sebuah kereta, ertinya dua pasang. Cantik, tampan dan segak. Mereka memakai baju Melayu lengkap bersamping sementara anak daranya pula memakai kebaya lis jarang dengan tiub bertutup bahagian dada dan perut sahaja. Padanannya kain batik diikat pario sehingga ke paras peha. Bayangkan!

"Apakah pesanan kepada orang di luar sana yang mungkin keliru dengan pendapat Datin?'' soal saya yang cuba membakar semangatnya.

"Pesanan saya, jangan rasa rendah diri jika tidak dijemput ke majlis kahwin orang kaya, jangan rasa terhina bila asyik ke majlis orang miskin. Kaya atau miskin bukan ukurannya. Yang penting jemputan tuan rumah dipenuhi."

"Apa pun," kata Datin W, "kita semua sama di sisi Tuhan. Yang berbeza hanyalah pangkat, darjat dan kemewahan yang juga dianugerahkan Tuhan. Jangan sesekali lupa.''

Saya hargai pandangan Datin W yang berpengalaman luas dalam perkara ini. Jika direnung semula, betul juga katanya. Majlis perkahwinan juga kini semakin sengit. Persaingan makin hebat. Seperti juga Datin W, saya turut mengalami pengalaman yang berharga. Buat pertama kali dalam sejarah, saya dan teman-teman pulang dengan tangan kosong daripada majlis perkahwinan orang kaya baru-baru ini sedangkan ramai tetamu glamor membawa dua tiga cenderamata setiap seorang.

Bezanya, pada hari yang sama, pada majlis kahwin orang miskin yang kami hadiri, kami dibekalkan buah tangan, sebuah beg kertas penuh dengan kuih tradisional, gula-gula, kek dan sapu tangan dan bunga telur yang cantik. Apa sudah jadi? Ada diskriminasi juga kah? Apa pun bukan buah tangan yang jadi impian, tetapi menghargai jemputan. Pada masa yang sama seronok melihat lakonan manusia di pentas dunia!

posted by jasindaily online @ 11:47 PM   0 comments
UMNO PERALAT KEPENTINGAN AWAM

Merlimau : Lagi kisah bangang yang tak berkesudahan yang seringkali nak diingatkan kepada pemimpin yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

Tidakah ini sudah menunjukkan kepimpinan UMNO/BN ini memang tak boleh diharap yang hanya bermegah dan dilihat gagah hanya dengan memperkudakan harta rakyat untuk keuntungan politik bangang UMNO/BN.

"Umno / BN kini dilihat amat terdesak sehinggakan bukan sahaja melakukan pilihanraya olok-olok tetapi sanggup menggunakan premis Awam untuk kegunaan kepentingan politik BN, ini jelas bahawa pemimpin UMNO/BN ini dah tak kenal mana satu milik Parti atau milik Awam, dek kerana terlalu lama berkuasa", ujar Mejar (B) HJ Jasme Tompang yang merupakan Yang DiPertua Kawasan Jasin, merangkap Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka.

Tindakan ini sebenarnya adalah manifestasi UMNO/BN yang turun temurun juga seluruh negara sememangnya korup, dimana setiap kali Pilihanraya diadakan dengan tanpa segan silu menggunakan seluruh Jentera Kerajaan (ingat jentera kerajaan adalah milik rakyat bukan milik parti) demi keuntungan politik bangang UMNO/BN.


sumber : penerangan Melaka

Tindakan BN Guna Balairaya Dibantah

MELAKA, 27 Dis (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) Melaka dilihat semakin terdesak selepas keputusan simulasi pilihan raya yang diadakan baru-baru ini tidak memihak kepada mereka, ini memaksa mereka menggunakan pelbagai srategi walaupun ianya melanggar peraturan.

Terbaru, beberapa balairaya di negeri Melaka telah dijadikan Bilik Gerakan BN seperti di Kampung Seri Minyak, Merlimau, di sini, ianya telah dipenuhi dengan bendera BN dan dijadikan tempat 'pilihan raya olok-olok' bagi mereka mengukur sokongan pengundi di dalam DUN Serkam.

Menurut Abu Seman, 55, penduduk kampung, bahawa tindakan yang dilakukan oleh Umno ini begitu memalukan dan tidak bermaruah kerana mereka tanpa segan silu menggunakan kemudahan orang ramai sebagai hakmilik parti.

"Umno sebagai parti yang sedang memerintah sepatutnya memberikan contoh yang baik kepada parti lain dan didepan sekali dalam menghormati peraturan atau undang-undang.

"Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 kita telah berjaya menghalang BN daripada menggunakan balairaya sebagai Bilik Gerakan tetapi pada kali ini nampaknya mereka mengulanginya kembali," Kata beliau.

Umno yang tidak mempunyai Bilik Gerakan pada Unit Peti Undi di kampung tersebut terpaksa menggunakan Balairaya sebagai Bilik Gerakan memandangkan PRU sudah semakin hampir.

Petugas K-10 Umno juga dilihat sedang giat mencari senarai 10 pengundi yang diberikan kepada mereka bagi memastikan mengundi BN dalam pilihan raya kelak.

posted by jasindaily online @ 12:47 PM   0 comments
VIDEO CERAMAH USTAZ KAMARUDIN BIN HAJI SIDEK DI SERKAM ANAK AIR
Semua dijemput menonton video ceramah Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek (Ketua DPPN Melaka) diruangan video jasindaily atau bolehlah sahabat mengunjungi blog http://sebolku.blogspot.com.

Terima kasih kepada saudara sebol kerana sudi merakamkan video tersebut dan terima kasih diatas makluman yang diberikan kepada kami. Semoga Allah membalas jasa baik anda.

Salam perjuangan
posted by jasindaily online @ 12:39 PM   0 comments
CARI KERJA LAIN JIKA ENGGAN BUKA TUDUNG
Oleh Herman Samsudeen

KENYATAAN Presiden Persatuan Kecantikan dan Spa Bumiputera, Mohaizi Mohamad berhubung penggajian pekerja bertudung dalam industri Kecantikan dan Spa begitu meloyakan tekak sesiapa sahaja yang membacanya di dalam mStar Online.

"Kita tidak boleh paksa mana-mana syarikat untuk ambil orang bertudung atau tidak. Pengusaha syarikat itu tentu sudah fikir, kalau dia ambil pekerja bertudung, adakah itu akan menguntungkan perniagaannya?" kata Mohaizi.

"Kenalah pandai menyesuaikan diri jika ingin bekerja dalam bidang kecantikan. Jika dia tidak suka, dia kenalah cari kerja yang ada persekitaran lebih Islamik," katanya lagi.

Jawapan-jawapan ini dilontarkan bagi melepaskan batuk ditangga dan langsung tidak memberikan suatu penyelesaian bagi pengaduan yang dilontarkan oleh seorang pembaca The Star bernama Nazreen.

Ya! mana-mana majikan pun berhak untuk memilih pekerja tetapi jika tudung menjadi isu dan persoalan dalam penilaian, ianya adalah suatu diskriminasi.

"kalau dia ambil pekerja bertudung, adakah itu akan menguntungkan perniagaannya?" - itu adalah persoalan dari mereka yang tidak beriman dengan Allah dan tidak faham erti Qada dan Qadar atau Yin dan Yang dalam bahasa orang Cina.

Sudah berapa banyak syarikat yang untung dengan mengajikan orang-orang yang bertudung diseluruh dunia. Malah negara ini juga dipimpin oleh Permaisuri Agong yang bertudung. Adakah itu merugikan negara?

Persepsi ini, sekaligus menunjukan bahawa Mohaizi berada seperti katak dibawah tempurung dan tidak melihat bahawa dunia ini berputar mengikut sunnah alam yang mana didalamnya begitu banyak makhluk yang hidup damai dengan pelbagai budaya dan cara fikir.

Jawapan beliau hanyalah menunjukan ketidakwarasan beliau dalam soal penghormatan kepada kaum wanita khususnya bagi mereka yang bertudung. Sungguh memalukan bila beliau sendiri menganggap soal bertudung itu seolah-olah suatu pilihan. Pemikiran yang sungguh primitif dan terkebelakang kerana dalam al-Quran sendiri telah Allah wajibkan setiap wanita muslim itu bertudung:

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." Surah An Nur ayat 3

Seharusnya beliau sebagai seorang Presiden dan seorang muslim berdakwah dan menerangkan kepada majikan-majikan bukan Islam tentang kelebihan mengaji pekerja yang bertudung. Tetapi perkara yang sebaliknya pula berlaku. Beliau sebagai seorang Presiden persatuan yang beragama Islam gagal untuk membawa pembaharuan dan mengangkat martabat Islam dalam Industri ini.

Adalah malang bagi Persatuan ini bila dipimpin oleh Presiden sebegini. Beliau melihat semua perkara yang ada dalam Islam itu dalam sudut yang negatif dan sempit. Bagi beliau Islam itu hanya untuk orang Islam. Itu adalah pemikiran yang salah kerana Islam diturunkan Allah sebagai rahmat untuk sekalian alam termasuklah yang bukan Islam. Islam bukan sekadar soal ibadat tetapi ia juga merangkumi soal akhlak dan budaya.

Apa yang dibawa Islam itu sesuai untuk semua zaman dan keadaan persekitaran sekarang inilah yang perlu diserasikan dengan Islam menurut kecerdikan akal kita.

Kita sendiri telah melihat bagaimana iklan-iklan syampo dan bahan kecantikan masakini sudah berani mengambil wanita bertudung seperti Wardina dan Rafidah sebagai model iklan mereka. Sasaran mereka ada wanita-wanita bertudung dan Mohaizi juga harus memahami bahawa wanita bertudung adalah segmen terbaru bagi industri kecantikan dan spa yang belum diterokai dinegara ini sepenuhnya berbanding diluar negara termasuklah di Eropah.

Jika beliau ingin membela majikan yang dimaksudkan oleh Nazreen sekalipun, jawapannya biarlah lunak dan tidak menghina hukum yang telah Allah tetapkan didalam Al-Quran. Negara ini pun didiami oleh lebih 50 peratus umat Islam dan hak setiap wanita Islam haruslah dihormati.

Setiap majikan berhak untuk memilih pekerja tapi isu tudung bukanlah alasan untuk mereka tidak mahu menggaji seseorang pekerja. Carilah alasan lain yang lebih munasabah. Jangan jadi bodoh dan mengikut hukum akal sedangkan Allah telah menyediakan pilihan yang terbaik untuk diikuti
posted by jasindaily online @ 1:31 AM   0 comments
CERITA PENIAGA NASI LEMAK DAN PENGUATKUASA DBKL
Ini diantara mail yang saya perolehi baru-baru ini. Diharap ia dapat memberikan kesedaran. Yang jelas bahawa bangsa Melayu semakin tersepit di tanah air sendiri..

Di Bandar Tun Razak, Cheras, ada seorang peniaga Melayu Islam yang sudah tujuh tahun berniaga warung nasi lemak. Nasi lemak Mak Ton sangat sedap, sangat murah dan penjualnya sangat ramah dan baik hati, jujur dan amanah. Kita boleh minta sambal lebih, minta timun lebih atau kacang lebih; semua permintaan dilayan.

Beliau memenuhi semua kriteria seorang peniaga Islam seperti yang disyariatkan Allah. Warung Mak Ton terletak bertentangan dengan kedai mamak di hadapan Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, di bawah pokok besar. Pusat komuniti itu dekat dengan stesen LRT Bandar Tun Razak. Saya sendiri sudah 2 tahun membeli nasi lemak beliau, sangat kerap dalam seminggu.

Hari itu, sedang saya memilih bahagian ayam untuk dimakan, datanglah lori DBKL dengan hampir 15 orang lelaki yang gagah-gagah. Ada yang memakai rantai leher, bermuka samseng, membuli orang tua ini. Mereka memberikan tiket saman, dan mengugut akan menyita warung makan Mak Ton.

Alangkah teruknya tingkah laku mereka. Tiada belas kasihan, bertindak seperti samseng terhadap seorang perempuan separuh usia yang menjual nasi lemak di bawah pokok, di tepi jalan.


Sepanjang dua tahun membeli nasi lemak Mak Ton, saya belum pernah tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas, belum pernah ada masalah parking di situ. Pendek kata, warung Mak Ton tidak pernah memberi saya sebarang masalah. Cuma mereka (DBKL) cuba memindahkan para peniaga di Cheras ke Pusat Komuniti Bandar Tun Razak yang tidak ramai pengunjung, tetapi mengenakan sewa bulanan mencecah RM1,700 sebulan. Di sini, saya telah melihat ramai peniaga Melayu yang berpotensi 'terbunuh' apabila tidak mampu membayar sewa.

Pengunjung sangat kurang berbanding tempat asal perniagaan mereka sebelum ini. Saya kagum bagaimana Mak Ton berhadapan dengan pihak penguasa DBKL. Dia bersabar, profesional terhadap pelanggan walaupun menghadapi dugaan tersebut.

Saya bertanya pada Mak Ton: "Macam mana ni Mak Ton?" Jawab beliau tegas: "Kita balas dengan undi kita besok."
posted by jasindaily online @ 1:04 AM   1 comments
DARI MEJA JASINDAILY
Assalamualaikum w.b.t
Rasanya belum terlambat saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban. Marilah kita sama-sama menghayati kisah perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail a.s

Terlebih dahulu saya memohon jutaan kemaafan kerana gagal megemaskini blog ini selama seminggu akibat kesibukan dengan tugas semasa saya. Insya-Allah blog ini akan kembali beroperasi seperti biasa dan terima kasih diatas sokongan yang kalian berikan. Insya-Allah kami dari team jasindaily akan menghangatkan beberapa isu-isu terkini berkenaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa Barisan Nasional terhadap rakyat sepanjang 50 tahun pentadbiran beliau di Malaysia ini..

Salam perjuangan & salam kebangkitan
posted by jasindaily online @ 12:52 AM   0 comments
PERKAUMAN SEMPIT UMNO
Selasa, Disember 18, 2007
OLEH : JALAK

Umno adalah parti yang mengamalkan perkauman sempit sehinggakan sanggup membiarkan rakyat berbilang bangsa terjebak dan terperangkap di dalam api perbalahan antara kaum walaupun ianya memakan korban nyawa, untuk apa? bagi mengekalkan kesinambungan kuasa atau survival politik mereka sanggup melakukan apa saja hatta pekerjaan terkutuk dan tidak bertanggungjawab serta bermoral.

Mereka akan mengapikan sentimen perkauman ini apabila merasakan kuasa politik sudah mula terhakis dan bagi menarik kembali sokongan mereka memainkan kembali rentak tari yang kotor dan berbahaya ini.Mereka ini merupakan syaitan berwajah manusia yang sanggup melihat rakyat biasa yang tidak mengerti apa-apa berbunuhan sesama sendiri.

Padahal Umno keparat ini jugalah yang seringkali melaungkan dan mendendangkan lagu perpaduan nasional,"kita adalah negara contoh rakyat berbilang bangsa di dunia ini yang boleh hidup aman damai atas kesepakatan bersama, mengamalkan toleransi dan saling hormat-menghormati," meluat betul aku apabila mendengar kata-kata sedemikian yang diucapkan oleh Menteri Luar Negeri yang berkepala botak tengah itu, kata orang kalau kepala botak tengah tandanya orang tu bijak tapi yang benggong aje aku tengok.

Rakyat sewajarnya tidak terpedaya dan terperangkap dengan lubang yang sedang digali oleh Umno ini untuk menanamkan kita hidup-hidup. Sepatutnya sesudah 50 tahun mendeka kita sudah matang menilai antara kaca dan permata, siapa yang memainkan, siapa pemain dan siapa kena main.

Punca segala permasalahan yang berlaku di dalam negara ini ialah Umno be end, lalu apakah jalan penyelesaiannya atu formula ajaibnya? iaitu tidak lain dan tidak bukan ialah kita mesti menghapuskan Umno dari muka bumi ini. Cuba kita bayangkan kalau Israel tidak wujud di dunia ini tentu kita akan akatakan bahawa dunia akan aman selamanya. Nah sekarang bagaimana pula apabila Umno terhapus dari muka bumi ini khususnya di Malaysia, sudah kita akan dapat hidup dalam keadaan selesa dan harmoni selamanya.

Akan bersambung lagi...
posted by jasindaily online @ 12:24 PM   0 comments
MASA DEPAN MALAYSIA YANG MALAP?
Ketua Perusuh

Dewasa ini kita semua boleh melihat situasi pentadbiran dan kewangan negara Malaysia yang semakin berkecamuk dan kacau bilau. Dari segi kewangan, walaupun matawang Malaysia didagangkan kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat, namun ini tidak bermakna ekonomi Malaysia sebenarnya kukuh dan stabil.

Beberapa projek pembangunan negara telah, sedang dan akan mengalami masalah kerana kedudukan aliran tunai dan kewangan negara yang semakin parah. Dana awam termasuk dari dana Petronas telah digunapakai untuk menyuntik aliran tunai kepada pasaran demi untuk menaikkan Indeks Komposit Bursa Malaysia. Malah beberapa GLC memain peranan melakukan "operational syndicate trading" pada Bursa Malaysia sebagai usaha untuk memulihkan keyakinan para pelabur asing.

Beberapa insiden yang berlaku di Malaysia dewasa ini termasuklah Perarakan Awam BERSIH dan yang dianjurkan oleh Majlis Peguam telah berjaya menyedarkan masyarakat awam tentang kepincangan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi & Co serta ketelusan Institusi Kehakiman. Malah dunia luar kini dapat melihat "disebalik tabir" wajar sebenar pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi & Co yang boleh diklasifikasikan sebagai satu pentadbiran yang kalut dan boneka.

Malah beberapa insiden penangkapan individu sosial awam serta pemimpin politik pembangkan memperlihatkan bahawa pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi & Co sebenarnya tidak jauh bezanya dengan Kerajaan Komunis. Walaupun telah berkali-kali pihak Kerajaan Malaysia memperkatakan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi, namun semua pihak yang waras akal fikiran akan dapat menyaksikan bahawa ini semua adalah lakonan demi untuk kesinambungan kuasa mutlak Abdullah Ahmad Badawi & Co.

Saya telah tegaskan beberapa kali bahawa Malaysia sebenarnya adalah sebuah Negara Komunis. Malaysia telah lama menjadi Negara Komunis walaupun dahulunya Malaysia mengamalkan doktrin Komunisma secara berselindung. Kini Abdullah Ahmad Badawi & Co telah memperlihatkan bahawa keperluan untuk menzahirkan doktrin Komunisma Malaysia telah sampai keperingkat pelaksanaannya.

Didalam negara komunis, adalah perlu diujudkan beberapa agensi penguatkuasa yang mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Cuba anda lihat bagaimana PDRM telah memperlihatkan kekuasaan mereka dalam mengintrepitasi Akta Polis sehingga Akta Polis lebih berkuasa daripada Perlembagaan Malaysia, sedangkan sepatutnya Pelembagaan Malaysia adalah kuasa yang terulung. Mana-mana akta atau undang-undang lain yang bercanggah dengan Perlembagaan secara "otomatis"nya terbatal. Tapi kini Akta Polis adalah melangkaui kuasa Perlembagaan Malaysia.

Akta Polis dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekarang ini dipergunakan secara meluas sehinggakan Perlembagaan Negara kini dilihat sebagai satu “koran buruk” yang tidak bermakna. Institusi Kehakiman pula kini telah dilacurkan dan dilihat penuh dengan kudis-kudis berpenyakit HIV+ didalamnya. Malah jika ada mana-mana hakim / peguam yang bagus, maka mereka biasanya akan dilenyapkan dari arus perdana.

Institusi Beraja juga cuba untuk dilacurkan oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co. Namun kita (warga Malaysia yang berdaulat) amat berharap agar usaha Abdullah Ahmad Badawi & CO untuk meminggirkan (melenyapkan) Institusi ini tidak akan dapat dilakukan. InsyaAllah.

Kerajaan Barisan Nasional (dan UMNO khususnya) kini semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa mereka sehinggakan mereka sanggup untuk melaga-lagakan dan melihat perbalahan kaum berlaku di Malaysia. Malah diberitakan mereka jugalah yang menjadi dalang utama dalam beberapa insiden huru-hara yang kononnya dilakukan oleh pihak HINDRAF. Walaupun saya tidak bersetuju dengan isu Hindraf, namun saya merasakan kaum India di Malaysia perlu mendapatkan hak-hak mereka sewajarnya.

Memang MIC kononnya menjadi juara bagi kaum India di Malaysia, namun merekalah juga yang menjadi parasit dan mempergunakan kaum India serta menganaktirikannya selama ini. Malah dalam kes MAIKA Holding, pihak MIC adalah dalang utama disebalik kekalutan korupsi yang berlaku didalam syarikat tersebut.

Jika Malaysia masih terus dipimpin dan ditadbir secara "BANGANG" oleh Abdullah Ahmad Badawi & Co, maka janganlah anda terkejut jika pada akhirnya Malaysia akan menjadi salah satu daripada berikut:

1. Dijual kepada negara asing (dijajah)
2. Bankrap
3. Menjadi Negara Komunis secara "TOTAL"
posted by jasindaily online @ 12:06 PM   0 comments
ISA DAN DEB YANG GAGAL DAN MENINDAS
alkerohi

Masyarakat Tamil India di Malaysia keliru bilamana mereka cuba mempersoalkan dan menjadikan Islam sebagai 'kambing hitam'.

Sebenarnya kemiskinan ada di mana-mana. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di merata pelusok dunia. Bukan sahaja mencengkam Tamil Malaysia bahkan Cina Malaysia , Melayu Malaysia dan semua keturunan lain di Malaysia.

Pengikut Cina dari parti MCA juga bermasalah. Tetapi orang Cina tersebut masih memendam perasaan.

Jerejak besi pemati suara rakyat

Jerejak besi tidak dapat memadamkan kebangkitan rakyat. Jerejak besi juga tidak dapat mematikan suara rakyat. Dasar Apartheid di Afrika masih membuatkan Nelson Mandela berdiri gah.

Samada bunuh seorang pemuda Melayu atau Tamil, membolehkan Barisan Nasional terus dapat memerintah, adalah satu persoalan lain.

Apa yang pasti, pada setiap kematian pemuda tersebut, akan lahir berpuloh pemuda-pemuda berhatikan singa.

ISAkan semua pemimpin

Tangkap Mat Sabu di bawah ISA, tangkap Lim Kit Siang di bawah ISA, tangkap Anwar Ibrahim, tangkap Uthayakumar, tangkaplah setiap ahli pembangkang, akan berbondong-bondong manusia bersimpati dan menuju kearah golongan tertindas.
Islam yang sebenar memberikan hak kepada rakyatnya termasuk kepada yang bukan Islam.

Islam penindas Hindu ?

Pada saya Hindraf cuba menelanjangkan Samy Vellu dan Abdullah Ahmad di mata dunia. Olehkerana Abdullah seorang Islam, maka Islamnya disimpul dan dilabelkan sebagai penindas penganut Hindu.

Samy Vellu ibarat ayam hitam terbang malam. Licik dan sentiasa terlepas. Bila lagi kaum Tamil akan mengajarnya. Seperti kata Tamilselvan, seorang kawan saya dari Keroh Perak, "Dahulunya Samy dianggap sebagai tuhan masyarakat India di Malaysia".

Samy sebenarnya gagal memajukan kaumnya. Samy hidup mewah berbanding masyarakatnya menderita. MIC gagal mengagendakan masyarakat India . MIC satu parti tanpa ada pengganti ketuanya sebelum Hindraf muncul untuk mengangkat dirinya sebagai bakal pemimpin kaum Tamil India di Malaysia. Itu yang menjadi masalah kepada Samy dan MIC walaupun pada hemat saya kebanyakkan tuntutan Hindraf dipersetujui Samy dan MIC.

Bagi Samy, tuntutlah apa sahaja, asalkan bukan jawatan dalam MIC.

Kuburkan politik Samy

Samy memperlekehkan bangsanya sendiri. Samy sepatutnya dikuburkan politiknya.

Memenjarakan pemimpin Hindraf bukan peneyelesai masalah. Sepertimana juga memenjarakan Anwar Ibrahim tempohari. Anwar kembali sebagai hero dan sudah pastinya Uthayakumar juga akan kembali kepangkuan bangsanya sebagai hero.

Kita bimbang jika fungsi mahkamah terbiar begitu sahaja dalam kes-kes seperti ini. Kita juga bimbang jika masyarakat bukan Islam menjadikan Abdullah dan Islam Hadharinya sebagai contoh keseluruhan Islam penindas, zalim dan tidakadil.

Abdullah bukan contoh

Sebenarnya Abdullah bukan pemimpin contoh. IPCMC menjadi temberangannya. Peranan menantu dalam pentadbiran negara cuba diselindungkannya. Krisis kehakiman cuba ditutupnya. Seksyen 10 perlembagaan Malaysia membenarkan rakyat menyuarakan pendapat, membenarkan rakyat berhimpun dan berpersatuan tetapi Akta Polis digunakannya untuk mematikan hak-hak tersebut di atas nama, "saya mempunyai telinga yang besar". Rasuah yang berleluasa. Kenaikkan harga barang tanpa kawalan. Beratus isu lain cuba ditelannya di atas nama cucu ulamak. Apa yang ada pada dirinya untuk dicontohi ?

Dasar Ekonomi Baru diwujudkan untuk keadilan ekonomi dan sosial orang Melayu dan Bumiputra. Berapa kerat orang Melayu yang mendapat kemakmuran dan kebahgiaan dari DEB itu ?

Melayu dari parti pembangkang sudah terkeluar dari senarai ini. Melayu yang menyepikan diri juga terkeluar. Melayu UMNO yang tidak sehaluan dengan pemimpin mereka juga terkeluar dari senarai ini. Melayu yang bukan kroni juga terkeluar. Berapa kerat Melayu sahaja yang mendapat keuntungan DEB ?

Siapa untung dengan DEB

Hindraf sepatutnya tidak mengelirukan penyokongnya hanya kerana gagal atau tidak memahami masalah ketidakseimbangan sosial ini.

Abdullah melalui Islam Hadharinya bukan sahaja menindas dan zalim terhadap kaum Tamil, Cina, Kadazan, Murut dan yang lain, malah bangsanya sendiri terpinggir di atas nama Dasar Ekonomi Baru.

Orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Murut, tunggu apa lagi ?
posted by jasindaily online @ 11:48 AM   0 comments
BEBASKAN MELAKA DARI CENGKAMAN UMNO
Isnin, Disember 17, 2007
Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, Melaka mesti dibebaskan dari cengkaman Umno BN yang merosakkan rakyat dan negeri.

"Rakyat mesti tukar kerajaan yang ada pada hari ini dengan kerajaan bersih, adil dan telus serta kuat".

"Kita tidak mahu rakyat negeri ini terus diperintah di bawah kerajaan yang rasuah, zalim dan lemah" kata Ustaz Ghani


Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada program Himpunan Jentera Pilihanraya PAS "GEGAU" Melaka di sini semalam.

"Pemimpin Umno hari ini kaya raya, rakyat miskin dan menderita. Selain itu rakyat sering diugut dengan bermacam-macam ugutan jika tidak menyokong Umno".

Babi di Paya Mengkuang sudah 50 tahun dibiarkan, baru sekarang kerajaan terhegeh-hegeh mengambil tindakan, mengapa sebelum ini ianya dibiarkan"tanya Ustaz Ghani.

Ketika menyampaikan ucapannya, beliau membayangkan bahawa PAS Melaka akan membuat kejutan dengan memenangi beberapa kerusi pada Pilihanraya kali ini berdasarkan perkembangan semasa di mana kecenderungan pengundi Cina dan India untuk menyokong pembangkang.

SUMBER DARI : PEMUDA BUKIT KATIL
posted by jasindaily online @ 10:41 AM   1 comments
CERAMAH PERDANA MALAM INI
Ceramah YB Salahudin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) bersama Sdra.Shamsul Iskandar b. Mohd Akin (Ketua AMK Malaysia) yang akan diadakan di Serkam Anak Air bertarikh 17 Disember 2007 ( malam ini ) pada jam 9 malam.

Semua dijemput untuk hadir untuk mendengar kupasan-kupasan isu tanahair yang semakin bergolak sekarang ini.
posted by jasindaily online @ 10:35 AM   3 comments
HISHAMUDIN TIDAK MENYELAMI MASALAH RAKYAT
Akibat hidup penuh dengan kesenangan. menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishamudin Tun Hussien tergamak mengeluarkan ayat yang menguris hati dan perasaan ibubapa yang hidup dalam kemiskininan. Sila baca ayat yang dibold guna kaler merah, menteri neh tak pernah tengok rancangan Bersamamu gamaknyer

Yuran tambahan dibayar secara ansuran

PUTRAJAYA 13 Dis. – Kementerian Pelajaran membenarkan ibu bapa berpendapatan rendah menjelaskan bayaran yuran tambahan anak-anak mereka secara ansuran kepada pihak sekolah.


Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun bayaran yuran tambahan tersebut tidak diwajibkan namun kerajaan berpendapat ibu bapa perlu membayarnya demi kepentingan masa depan anak-anak mereka.

Menurutnya, bayaran yuran tambahan itu hanya bertujuan membantu sekolah melaksanakan beberapa aktiviti tambahan dan ia sebenarnya adalah sumbangan ibu bapa untuk pembelajaran anak-anak mereka.

Bayaran yuran tambahan itu, katanya merangkumi bayaran kokurikulum, sukan tahunan sekolah, kertas ujian dalaman, kegiatan pendidikan Islam dan moral serta Skim Perlindungan Diri.

"Ibu bapa berpendapatan rendah boleh memohon kepada pihak sekolah membayar secara ansuran yuran tambahan sebanyak RM38.50 untuk sekolah rendah dan RM55.50 bagi sekolah menengah.

"Walaupun bayaran ini bukan diwajibkan tetapi bagi saya setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, mustahil ada ibu bapa yang tidak mampu langsung untuk menjelaskannya," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Awal Penggal Persekolahan 2008 di sini hari ini.


Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, kementeriannya terpaksa menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM36.7 juta setelah yuran khas dimansuhkan mulai sesi persekolahan 2008 bagi semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Daripada jumlah tersebut, katanya, sejumlah RM14 juta diperuntukkan untuk sekolah rendah dan RM22.7 juta untuk sekolah menengah.

Katanya, keputusan memansuhkan yuran khas sekolah bagi murid sekolah rendah bernilai RM4.50 dan RM9 bagi pelajar sekolah menengah adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika pembentangan Bajet 2008.

Serentak itu, beliau menasihatkan ibu bapa yang masih tidak jelas mengenai isu yuran khas dan bayaran tambahan yang dikenakan oleh pihak sekolah supaya menghubungi kementerian melalui talian aduan 03-88888445/ 446/443.

Hishammuddin berkata, selain pemansuhan yuran khas, yuran peperiksaan awam juga dimansuhkan dan ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM210 juta.

"Kerajaan juga terpaksa menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM128 juta setelah buku teks diberikan secara percuma kepada semua pelajar di seluruh negara mulai tahun hadapan," katanya.

Sehingga kini, sebanyak 79.65 peratus bekalan buku teks telah dibekalkan ke sekolah di seluruh negara dan kelewatan yang berlaku mungkin melibatkan Sabah dan Sarawak.

Mengenai bantuan tambahan untuk penggal persekolahan 2008, katanya, sebanyak RM1.14 juta telah diperuntukkan untuk Bantuan Makan Asrama; Rancangan Makanan Tambahan (RM276 juta); Skim Bantuan Tuisyen (RM181.94 juta); Program Susu Sekolah (RM26.7 juta) dan biasiswa (RM268.47 juta).

Sementara itu, mengulas mengenai demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh pihak tertentu sejak akhir-akhir ini, Hishammudin memberitahu warga pendidik menolak perbuatan itu kerana ia boleh menjejaskan kemakmuran dan kesejahteraan di negara ini.

"Kita akan kumpul pandangan warga pendidik kerana kita tidak mahu perbuatan golongan minoriti ini merosakkan pemikiran generasi muda sehingga Malaysia dipandang serong di peringkat antarabangsa," katanya.
posted by jasindaily online @ 10:17 AM   0 comments
"MR CLEAN" SUDAH TIDAK "CLEAN" LAGI
Sabtu, Disember 15, 2007
Akhirnya Dollah terbukti tidak lagi mampu bertahan. Akta zalim ISA terpaksa digunakan juga digunakan oleh "Mr Clean". Akta yang menahan seseorang tanpa bicara secara berterusan sehingga kiamat jika mahu, tertakluk kepada nafsu menteri.

Petang tadi 5 pemimpin Hindraf ditahan di bawah ISA kerana dikatakan mengancam keselamatan negara.

Secara peribadi Hindraf memang membuat beberapa tuntutuan yang ekstrim dan tidak sihat dalam hubungan pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Peguam yang menyokong Hindraf aktif terlibat dalam beberapa kes murtad kebelakangan ini dan memorandum Hindraf kepada PM Britain jelas menganggu masyarakat Islam di Malaysia. Namun, saya tidak bersetuju yang undang-undang kejam dan lapuk ini digunakan terhadap mereka!


Bukankah inisiatif telah diambil untuk mendakwa mereka di mahkamah terbuka dan mereka telah pun bersedia untuk membela diri. Hempapkanlah apa sahaja pertuduhan di atas kepala mereka, tetapi ianya sepatutnya dibuat melalui saluran mahkamah dan bukannya melalui tindakan bacul seperti ISA ini. Mengapa membuang masa, tenaga dan wang ringgit melalui mahkamah terbuka jika kesudahannya, akta puaka ini mahu digunakan! Tindakan melalui ISA ini sesungguhnya membuktikan betapa tidak cekapnya pentadbiran Dollah walaupun kononnya disokong dan didokong oleh rakyat melalui pelabagi poll.

Satu demi satu sikap dan langkah Dollah sejak kebelakangan ini semakin kalut. Wajah yang kononnya "Clean" itu kini telah berubah menjadi hodoh dan memualkan. Pemimpin Hindraf kini dibawa pergi secara paksa, mungkinkah selepas ini giliran Dollah pula?!!

SUMBER DARI : ROSLAN SMS
posted by jasindaily online @ 10:04 AM   0 comments
JAIM : SILA BERI PERHATIAN !
Oleh : Tengku Kudin

MELAKA, 13 Dis (Penjana) - Penduduk setempat mendesak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak segera memusnahkan sebuah tokong dinamakan 'Datuk Putih Tua' di hujung Jalan PJ 16, Taman Pertam Jaya, Padang Temu, dekat sini, kerana menghina dan mempersendakan agama Islam.

Patung dalam tokong itu dipakaikan kopiah putih, berbaju Melayu, berkain pelikat, tangan kanan memegang keris dan tangan kiri pula memegang tasbih seperti seorang pak haji sedang berwirid.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan terbabit juga mendesak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) supaya mengambil tindakan segera dengan memeriksa status pembinaan tokong berkenaan yang dipercayai dibina di atas tanah rizab MBMB sejak tiga tahun lalu.

Menurut Setiausaha Penerangan PAS Melaka, Ustaz Khairul Che Salleh, bahawa patung dalam tokong itu secara tidak langsung menggambarkan satu persendaan terhadap masyarakat Islam hasil daripada pelaksanaan Islam Hadhari.

"Kesan daripada terjemahan Islam yang liberal (Islam Hadhari) oleh kerajaan Umno maka aqidah umat Islam mudah dipersendakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Persoalan hari ini, apakah pihak berkuasa tidak berusaha untuk menyiasat siapa yang punya angkara," kata beliau.

Katanya, kewujudan tokong berkenaan dan cara patung yang dipakaikan kopiah sambil memegang tasbih menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat Islam setempat, malah mencemarkan pemandangan di kawasan itu.

Pada dinding tokong tersebut juga terdapat tulisan 'Datuk Putih Tua' ditulis dengan huruf jawi yang jelas mempersendakan Islam, sebatang tongkat, sebilah keris yang bersarung, buah limau dan sekampit beras.


sumber : Penerangan Negeri Melaka
posted by jasindaily online @ 12:09 AM   0 comments
SAYANGKAN NEGARA DAN PENGKHIANAT SEBENAR
Oleh Fudzail

Dubai Online 2.0 : MAKA ISA pun menjadi senjata paling mudah untuk membisukan mereka yang konon-kononnya menjejaskan keamanan negara. Seperti dijangkakan, ISA akan terus hidup untuk 1,000 tahun lagi di Malaysia selagi parti yang memerintah memerlukan suntikan nafas paling mujarab setiap kali dalam kecemasan.

Semua skrip yang biasa didengari setiap kali ISA digunakan juga meriah berkemundang. Justifikasi menggunakan ISA memang mudah dan tidak perlu berhujah secara dialog di mahkamah atau berbahas di Parlimen, semuanya monolog. Ikut Suka Aku.

Begitulah laporan terkini sebuah akhbar perdana milik UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penahanan lima orang, yang mendalangi perhimpunan haram di ibu negara bulan lepas, mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) berkuatkuasa hari ini dibuat berdasarkan kewajaran menjaga keselamatan negara.

Menjaga keselamatan negara memang tidak mudah kalau tidak mempunyai kemampuan. Apalagi kalau kepopularan yang berkuasa semakin menurun, dengan penyelewengan dan kebobrokan dipelbagai peringkat. Apabila kesedaran rakyat semakin meningkat terhadap hak-hak mereka sebagai rakyat dalam negara demokrasi yang konon-konon mengikut hukum-hakam Hadhari.

Dalam berita lain diakhbar yang sama bertajuk 'Mereka tak sayang negara', PM, "Mereka sebenarnya tidak sayangkan negara, mereka hanya tamak kuasa dan, apa jadi kepada negara, mereka tak kisah," katanya kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada kumpulan Damai Malaysia yang membantah demonstrasi jalanan di negara ini.

Dalam laporan yang sama,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata golongan yang membuat fitnah terhadap Malaysia di luar negara terdiri daripada mereka yang tidak sayangkan negara ini.

"Rakyat juga marah kepada golongan yang pergi ke luar negeri yang cari sokongan dan membuat cerita serta tuduhan bukan-bukan" .

Walau berita tersebut tidak kena mengena dengan kami yang menjadi ekspatriat, apa yang ingin diulas ialah mengenai 'tidak sayangkan negara'.

Pada hari ini, dulu, kini dan selamanya, majoriti rakyat memang sayangkan negara. Bak lirik lagu patriotik, Malaysia tanah tumpah darahku. Walau berada di perantauan mencari rezeki dan tidak pulang untuk mengundi.


Tetapi sayang kami kepada negara, tidak semestinya sayangkan pemimpin negara atau mereka yang menjadi menteri, termasuk perdana menteri, isteri, anak dan menantu. Tidak juga keluarga dan kroni para menteri dari pelbagai keturunan yang membahagikan kekayaan negara sesama mereka dengan menidakkan hak-hak rakyat yang lain.

Menuduh mereka yang keluar negara untuk memberitahu keadaan sebenar tanahair tumpah darah, terutama kebobrokan pemerintahan bukanlah pengkhianat namanya. Bukan cerita bukan-bukan yang dibawa kerana dalam dunia yang dipenuhi teknologi canggih, apa sahaja maklumat boleh dikesan sama ada benar atau fitnah.

Kalau kita mahu disenaraikan pengkhianat sebenar, kita boleh bermula dari kepimpinan negara sendiri dan kalangan mereka yang menduduki kerusi parlimen atau DUN.

Ramai pemimpin lebih sayangkan kuasa dan harta dari sayangkan negara. Sudahlah mereka mendapat pelbagai keistimewaan sewaktu berkuasa, masih tidak cukup demi survival perut. Mereka sayangkan rakyat selagi memerlukan mereka untuk lima tahun sekali.

Ramai pemimpin superfisial ini bimbang menjadi seorang tua yang sepi di kaki bukit selepas pencen, seperti yang dialami oleh mantan PM yang nampaknya tidak dipedulikan. Walau harta bertimbun, dengan maki hamun dari rakyat terniaya, apakah mereka boleh bahagia dalam sisa-sia kehidupan? Itu belum mengenang nasib di akhirat terutama berdepan dengan keadilan sebenarnya, dan mereka yang mencuri hak rakyat terpaksa meminta halal segala yang dibaham semasa berkuasa dari jutaan rakyat!

Contoh terbaru, Dewan rakyat meluluskan dengan sebulat suara untuk meminda umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun sekarang kepada 66tahun.

Apakah signifikannya kepada negara dan rakyat dengan pindaan ini?

Mereka yang sudah berusia lebih 65 tahun dengan kredibiliti dan rekod perkhidmatan yang cukup teruk mahu dilanjutkan dengan membazirkan ruang parlimen serta dibentangkan sendiri oleh PM. Perlukah kita dengan mereka yang boleh dianggap pelawak yang tidak kelakar ini?

Malah beberapa jawatan penting juga diisi oleh mereka yang sudah sepatutnya pencen. Tentu ada strategi untuk melanjutkan khidmat orang-orang tertentu. Sudah pasti strategi yang memihak kepada mereka yang berkuasa untuk mempertahankan kekuasaan.

Begitu juga skandal hakim dalam video Lingam yang mana Suruhanjaya Diraja dianggotai oleh beberapa orang yang sudah hilang kredibiliti.

Itu belum disebut kes pendakwaan di mahkamah seperti pembunuhan Altantuya yang nampaknya mengikut skrip yang sudah tersedia. Begitu juga dengan kes penyelewengan Perwaja dengan bintang utamanya, Eric Chia.

Bagaimana dengan skandal ECM Libra? Monsoon Cup? Lapuran Audit Negara? Skandal membekal centrifuge? Skandal Minyak Iraq?

Terlalu banyak yang boleh disenaraikan walaupun untuk sekadar tempoh 4 tahun lalu.

Apakah segala tindakan bertaraf nasional ini bererti mereka yang berkuasa sayangkan negara? Tidakkah mereka yang menulis skrip dan pelaku kesemua siri kebobrokan 'Malaysia Boleh' terbitan Islam hadhari ini boleh diklasifikasikan sebagai PENGKHIANAT?

(Fudzail adalah ekspatriat Malaysia yang bermastautin di Dubai sejak tahun 2000. Berkelulusan sains komputer dari New Zealand. Pernah terlibat dalam pembangunan Dubai Internet City, Palm Jumeirah dan 15 projek mega lain. Kini menguruskan projek pembinaan prasana dan utiliti di Palm Jabel Ali. Beliau boleh dihubungi melalui fudzail@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it serta kerjadubai.blogspot.com)
posted by jasindaily online @ 12:01 AM   0 comments
BAJU KUNING! BIARKAN MEREKA NAIK ANGIN, KITA MAKAN ANGIN...
Jumaat, Disember 14, 2007
oleh : Penarik Beca

Banyak SMS yang diterima mengenai perhimpunan orang-orang Melayu yang naik angin dengan Hindraf. Perhimpunan itu dikatakan akan diadakan di Kampung Baru. Bagaimanapun, Malaysiakini melaporkan bahawa Umno dan Pekida tidak terlibat dengan penyebaran SMS itu.

Menteri Pelajaran yang juga Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga menafikan pembabitan dirinya dan menantu Perdana Menteri yang Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam perhimpunan itu.

Persoalannya, adakah menjerit dalam media sahaja? Gelagat tak ketahwan darat dengan laut Ketua Pemuda Umno itu mengingatkan kepada peristiwa 13 Mei 1969. Menurut Ahli Parlimen Rantau Panjang, Haji Abdul Fatah Harun, ketika negara kacau-bilau dengan kegilaan orang-orang yang dihasut dan dirasuk ahli-ahli politik celaka dan jahat dalam rusuhan berdarah itu, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda memanggil ketua-ketua masyarakat Melayu dan Cina ke rumah beliau untuk satu jamuan makan.

Kehadiran mereka ke jamuan makan di rumahnya itu diambil kesempatan oleh bekas Yang diPertua Agong PAS itu untuk berbincang serta menasihatkan mereka supaya mengelakkan diri dan pengikut-pengikut mereka dari sebarang perbuatan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam. Hasil daripada tindakan itu serta beberapa tindakan lain, Kelantan bebas dari sebarang rusuhan kaum ketika itu.

Ketika ketua-ketua Hindraf mahu bertemu beliau, tidak diketahui apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi serta para pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang lain bagi menghadapi keadaan yang agak meruncing kini. Yang diketahui ialah laporan polis ke atas ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik kerana berkata, orang Melayu tidak pernah mengadakan protes dan oleh itu jangan memaksa mereka berbuat demikian kerana mereka akan mengeluarkan parang untuk mempertahan ketuanan Melayu di negara ini.

Sebelum itu, Ketua Menteri Melaka yang juga Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencadangkan supaya dilucutkan kewarganegaraan ketua-ketua Hindraf. Kenyataan-kenyataan seperti itu menyebabkan amat sukar untuk menafikan bahawa hampir kesemua kenyataan para pemimpin Umno dan Barisan Nasional bagaikan mengapi-apikan kemarahan orang-orang Melayu.

Memang benar, Hindraf menyakitkan hati orang-orang Melayu dengan tuntutan supaya dihapuskan hak-hak istimewa orang-orang Melayu. Sedangkan, penghapusan hak-hak istimewa Melayu itu, menurut Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar, telahpun dilakukan oleh Umno.

Memang benar orang-orang Melayu sakit hati kerana disebutkan sebagai bodoh (they lacked intelligence) oleh Hindraf seperti yang terkandung dalam perkara 11 tuntutan mereka kepada kerajaan British yang menyatakan:

The Claimant avers that the Defendant’s Colonial Government in Malaya could not employ the local Malays for they lacked cooperation, tolerance, understanding, initiative, intelligence and loyalty. Hence the forced migration hereinabove referred to in Paragraph 5 became ever more necessary.

Namun demikian, itu tidak bermakna para pemimpin Umno boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengheret kepada pergaduhan kaum seperti yang diucapkan oleh Abdul Rahim. Kenyataan seperti itu tidak sepatutnya diucapkan oleh pemimpin parti pemerintah.

Sebab itulah, kalau benar terjadi perhimpunan di Kampung Baru bagi membalas perhimpunan Hindraf, para pemimpin Umnolah yang bertanggungjawab walaupun mereka mendakwa tidak terlibat. Mungkin benar mereka tidak terlibat menganjur dan menyertai perhimpunan itu. Tetapi, bolehkah sejarah dilarang dari mencatitkan bahawa pemimpin-pemimpin Umno bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan yang tidak membantu mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam?

Ketika pemimpin-pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan yang tidak membantu mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam, rakyat mesti kembali kepada perjuangan asal mereka menuntut keadilan. Perdana Menteri telah menyatakan bahawa beliau mesti berlaku adil kepada semua pihak dan ia diwajibkan oleh Islam. Kita juga, sebagai rakyat, mesti berlaku adil kepada Perdana Menteri dengan menuntut beliau benar-benar berlaku adil dan bukan hanya cakap sahaja.

10 November lalu, lautan manusia telah membanjiri jantung ibu kota menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Mereka hanya menuntut sesuatu yang memang ingin dilakukan oleh Perdana Menteri, berlaku adil kepada semua pihak. Itu sahaja tuntutan mereka. Mereka tidak menuntut Perdana Menteri berundur - "Sudah Lah, tak nak Lah, undur Lah!"

Sayangnya, Perdana Menteri bukan sahaja enggan memberikan keadilan yang diharapkan itu malah menggertak dengan kata-kata "saya pantang dicabar". Rakyat tidak mencabar. Rakyat hanya menuntut hak mereka.

Oleh kerana pilihan raya yang adil dan bersih itu sememangnya hak mereka, rakyat akan terus menuntut dan menuntut. Petang Sabtu akan datang pun, 8 Disember, rakyat akan terus menuntut hak mereka. Tetapi jangan bimbang, Perdana Menteri. Mereka adalah rakyat yang berhimpun secara aman dengan penuh disiplin 10 November lalu. Mereka bukan perusuh.

Kal ini mereka tidak akan berhimpun, walaupun secara aman dan berdisiplin. Mereka hanya mahu jalan-jalan, makan-makan, minum-minum dan membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

1 Disember lalu, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Jalan Kebun, Kelang dan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar dalam ceramahnya di Markaz Tarbiyyah, Taman Melewar, menyeru semua pihak "jalan-jalan, minum-minum, makan-makan dan shopping dengan memakai t-shirt Bersih atau pakaian kuning di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 8 Disember ini".

"Para penyokong di Kuala Lumpur dan Selangor jangan tunggu ada ketua untuk jalan-jalan cari makan di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tanpa risalah, tanpa ceramah," kata Mahfuz.

Beliau mencadangkan "jalan kekuningan dari Sogo sampai bazar yang boleh tembus ke Masjid India".

Memang, tidak ada perhimpunan, tidak ada slogan dan tidak ada sepanduk. Hanya makan angin sahaja di Jalan Tuanku Abdul Rahman, mungkin boleh dimulakan seawal pukul 1.00 tengah hari. Makan angin dengan memakai t-shirt Bersih atau baju kuning.
posted by jasindaily online @ 11:53 PM   0 comments
APABILA KANAK-KANAK MENJADI PERALATAN / INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI JUGA TAK LARI
Kanak-kanak sekolah yang diperalatkan…..

Damai Malayaia yang dikatakan gabungan hampir 400 NGO telah mengadakan pertemuan di Kampung Baru pada 6 Disember 2007 yang lalu. Apakah membawa mempergunakan kanak-kanak sekolah untuk memenuhkan dewan agar kelihatan bahawa Damai Malaysia benar-benar mendapat sokongan itu Budaya Kita?

Tepuk dada tanyalah selera. Oleh kerana Damai Malaysia mahu menunjukkan bahawa mereka mendapat sokongan rakyat, maka kanak-kanak sekolah yang tidak tahu apa-apa telah digunakan. Damai Malaysia tahu bahawa gelombang rakyat yang menuntut perubahan melalui demonstrasi terlalu besar dan tidak mampu dikalahkan. Maka mereka juga mahu kelihatan besar. Demi mencapai agenda sempitnya, kanak-kanak pun kanak-kanaklah, asalkan dewan penuh.

Damai Malaysia juga mungkin tidak tahu atau lupa Sejarah. Malaysia berdiri dengan adanya demonstrasi. Demosntrasi aman adalah sesuatu yang dijamin oleh Artikel 10, Perlembagaan Perseketuan. Walaupun Akta Polis menetapkan bahawa semua perhimpunan perlu mendapatkan permit polis, Perlembagaan Negara menjamin hak demokrasi rakyat. Perlembagaan Negaralah yang harus dijunjung. Bukan Akta Polis. Kerana Malaysia bukanlah negara polis. Malaysia juga bukanlah milik Pak Lah dan menantu. Malaysia milik rakyat Malaysia.

Jadi sebagai rakyat Malaysia marilah kita mentertawakan Damai Malaysia yang cuba memperalatkan kanak-kanak sekolah demi kepentingan politik Pak Lah dan menantunya. Entah berapa banyak wang dilaburkan….. Kasihan… kasihan….
Tak terlawan langsung dengan 10 November 2007.

******************************

Chegubard

Institut pendidikan tinggi juga tak lari menjadi pelacur politik.


Pelacur dari petikan kamus berbahasa Inggeris bermaksud woman who engages in promiscuous sexual intercourse for payment. Dalam kamus politik pula menyatakan mereka yang sanggup berbuat sesuatu untuk memuaskan tuan politiknya.
Selepas mendapat tamparan dari laporan badan antarabangsa mengenai tahap pendidikan negara seharusnya kelompok intelektual bangkit dan mengambil cabaran untuk mengembalikan maruah system pendidikan negara. Namun nampak sebaliknya kaum intelektual negara seolah seperti orang khayal yang kena pelempang Jepun dan terus pengsan.

Bank Dunia menerusi buku laporan berjudul 'Malaysia dan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan: Membina Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia' yang diterbitkan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri menggambarkan seolah-olah Institusi Pengajian Tinggi negara ini berada pada tahap kritikal dan semakin ketinggalan berbanding negara jiran.

Dalam laporan tersebut turut memberikan menyarankan, pembaharuan yang hendak dibuat perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara iaitu:

-Memilih model tadbir urus dan kewangan yang lebih efektif.
-Meningkatkan keseluruhan kualiti universiti dengan memberi fokus kepada program akademi, pengurusan fakulti, dan pembelajaran.
-Melengkapkan graduan dengan ilmu ekonomi berasaskan pengetahuan.
-Mengukuhkan sistem inovasi kebangsaan dengan mewujudkan rangkaian kukuh antara firma-firma di Malaysia dan universiti-universiti.


Sepatutnya jika punya maruah selepas mendapat kritikan sebegitu kumpulan intelektual negara seharusnya mengambil posisi iaitu mungkin mempertahankan system yang ada atau mungkin mengambil ia sebagai satu cabaran memperbaiki keadaan.

Tidak kira posisi tidak bersetuju atau bersetuju dengan laporan Bank Dunia itu seharusnya dirancakkan forum, bengkel, seminar intelektual harus diadakan bersesuaian dengan posisi yang diambil Ini seharusnya berlaku jika intelektual negara masih punya maruah kerana ia perkara serius apabila pendidikan negara yang melibatkan usaha memastikan kelansungan bangsa telah dipertikaikan.

Namun hanya Menteri (baca ; orang politik) yang memberikan respon. Tiada respon atau tindak balas serius dari kumpulan intelektual.

Secara peribadi, menarik untuk menunggu respon tindak balas tersebut tetapi amat kecewa bukan sahaja tidak ada tindak balas, malah tidak sampai seminggu kaum intelektual negara dilempang. Maka seorang ketua amah ( Butler ) dilantik mengepalai sebuah university dalam negara ini.

Hanya kerana dia isteri Perdana Menteri maka dia duduk mengetuai university. Datin Seri Jeanne Abdullah telah dimayshurkan sebagai Canselor Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Dilaporkan di media Presiden dan Naib Canselor OUM Prof Tan Sri Anuwar Ali ketika menyampaikan watikah pelantikan itu kepada Jeanne menyatakan amat bangga dengan pemashyuran Jaenne sebagai Censelor OUM.

Semasa zaman Jepun, orang kampong yang dilempang Jepun naik memanjat pokok kelapa untuk mendapat buah kelapa untuk diberikan kepada Tentera Jepun. Ini dilakukan kerana takut tetapi percayalah orang itu tidak redha, dalam hatinya menyumpah seranah.

Seorang pelacur akan memenuhi apa juga kehendak tuan yang membayarnya. Dan percayalah juga erangan nikmat ketika memuaskan tuanya itu juga satu pura pura. Pelacur itu terpaksa meneruskan kerja kerana dia percaya hanya kerja itu sahaja yang dia tahu buat.

Apa yang berlaku ialah penghinaan besar kepada intelektual negara. Sekarang ini jika diambil kenyataan Naib Canselor OUM sebagai mewakili seluruh warga intelek OUM, maka mana situasi mereka adakah seperti orang kampong yang terpaksa terus memanjat pokok kelapa kerana terlalu lemah tidak mampu mendepani askar Jepun atau selaku pelacur yang terpaksa memberingan erangan nikmat palsu demi memenuhi nafsu tuan yang membayar.

Ini satu penghinaan kepada intelektual negara. Negara Malaysia dan bangsa didalamnya umpama ikan yang mula membusuk. Ikan akan busuk dari kepala. Bangsa akan rosak apabila kaum inteleknya tidak mampu bangkit dengan maruah.

Ramai akan kata apa salah Jaenne kerana sejak tahun 2006 Rosmah (isteri Najib) juga dimasyurkan sebagai mengetuai Universiti Industri Selangor (Unisel). Ini bukan persoalan Jaenne atau menghina individu tetapi persoalan meletakkan perkara ditempat yang sepatutnya. Ini persoalan bangsa yang mula rosak.

Apa yang palik pelik ialah….Adakah kita masih hanya tunggu lihat dan mengeluh…. ?
posted by jasindaily online @ 12:38 AM   0 comments
PINDAH TOL JELAPANG, JANGAN TUNGGU HINGGA MAUT SEKALI LAGI!
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Persatuan Penasihat Pengguna-pengguna Malaysia menyarankan agar kerajaan mempercepatkan pemindahan Plaza Tol Jelapang setelah kes kemalangan ngeri di tol itu mengorbankan lapan orang mangsa manakala 28 lagi cedera parah.

Presiden Persatuan Penasihat Pengguna- Pengguna Malaysia, Varatharajoo Murugan berkata, proses pemindahan Plaza Tol Jelapang perlu disegerakan kerana sekiranya pihak kerajaan masih lagi memandang ringan terhadap isu ini, berkemungkinan banyak lagi mangsa yang akan terkorban.

Hal ini secara tidak langsung akan memberi gambaran buruk masyarakat terhadap kerajaan kerana tidak memandang serius perkara ini, katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Secara umumnya kemalangan yang berlaku di plaza tol tersebut dilaporkan hampir kerap berlaku setiap tahun.

Lebih kurang enam jenis kemalangan yang dilaporkan berlaku sejak dari tahun 2002 lagi dengan lebih 11 kematian yang dicatatkan berlaku bermula dari tahun 2003, ujarnya.

Kerajaan telah sedia maklum bahawa kawasan tersebut adalah sebuah kawasan yang berbukit sebelum sampai ke plaza tol Jelapang, katanya.

"Namun pihak kerajaan masih memandang ringan terhadap perkara ini. Dimanakah inisiatif kerajaan untuk mengatasi masalah kemalangan yang semakin kerap berlaku ini?," katanya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S. Samy Vellu bahawa semua kerja- kerja pembinaan laluan alternatif sedang giat dijalankan dan dijangka siap pertengahan tahun 2008, kata Varatharajoo.

Kata Varatharajoo lagi, Samy juga berkata pengguna lebuh raya tidak perlu lagi untuk berhenti membayar tol atau mengambil tiket di Plaza Tol Jelapang sebaliknya menggunakan lebuhraya alternatif yang baru itu.

"Perkara yang menjadi kemuskilan pihak kami adalah, laporan kemalangan telah banyak dilaporkan sejak dahulu lagi dan Menteri Kerja Raya bersama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali hanya turun padang apabila berlakunya sesuatu kemalangan itu," katanya.

Namun sehingga ke hari ini tiada tanda- tanda pemindahan segera plaza tol Jelapang itu dilakukan, ujarnya.

"Perlukah lebih banyak lagi kemalangan yang berlaku barulah tindakan diambil?. Dimanakah keprihatinan pihak kerajaan terhadap pengguna jalan raya dan lebuh raya ini?," soalnya.

Sekiranya tiada tindakan yang segera dilakukan dikhuatiri lebuh raya tersebut akan mengorbankan lebih banyak lagi mangsa selepas ini, ujarnya
posted by jasindaily online @ 12:06 AM   0 comments
ANGGOTA SURUHANJAYA DIRAJA PITA LINGAM DIUMUMKAN
Khamis, Disember 13, 2007
Kuala Lumpur : 5 orang ahli Suruhanjaya Diraja mengenai pita VK Lingam, diketuai Bekas Hakim Besar Malaya, Haidar Mohamed Noor diumumkan hari ini.

Ahli-ahli lain adalah Bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak,Steve Shim; Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mahadev Shankar; Bekas solicitor-general Zaitun Zawiyah Puteh dan Ahli Sejarah serta Pesuruhjaya Suhakam, Khoo Kay Kim.

Ketua Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Abdullah Sani Hamid bertindak sebagai Setiausaha.

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembentukan Suruhanjaya itu hari ini.

Menurutnya, bidang tugas suruhanjaya tersebut ialah:

- Untuk menyiasat dan menentukan kesahihan rakaman klip video berkenaan;

- Untuk menyiasat dan mengenal pasti identiti orang yang terdapat dalam klip video tersebut, kepada siapa dia sedang bercakap dan orang-orang yang disebut dalam perbualan itu;

- Untuk menyiasat dan menentukan kebenaran isi kandungan percakapan dalam klip video tersebut;

- Untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa salahlaku oleh orang atau orang-orang yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video tersebut; dan

- Untuk mengesyorkan apa-apa tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap orang atau orang-orang yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video itu sekiranya orang atau orang-orang itu didapati telah melakukan sebarang salah laku.

Suruhanjaya berkenaan dikehendaki menyiapkan siasatannya dan mengemukakan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa tiga bulan dari tarikh tualiah dikeluarkan.

Menurut kenyataan itu lagi, Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 5 Disember lalu telah membincang dan bersetuju dengan keanggotaan suruhanjaya tersebut, bidang tugasnya dan tempoh siasatan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, Seri Paduka telah memperkenan penubuhan suruhanjaya siasatan mengenai rakaman klip vIdeo yang mengandungi imej seorang yang dikatakan sebagai peguambela dan peguam cara berbual melalui telefon mengenai urusan pelantikan hakim-hakim, mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), berkuatkuasa mulai hari ini.
posted by jasindaily online @ 8:52 AM   0 comments
MALULAH TERHADAP DIRI KAMU PAK LAH
Benar kata - kata orang dahulu kala, orang yang lemah apabila terdesak akan bertukar menjadi manusia yang paling kejam. Pada hari ini orang yang rakus, tamak haloba, zalim, lembab dan yang sewaktu dengannya akan tetapi keadaannya lemah, apabila kejahatannya mula didedahkan dan dirinya tidak dapat membersihkan dirinya, maka diri itu akan menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk menutup para pejuang keadilan

Ya, Pak Lah kamu seorang insan yang lemah. Kerana apa diri ini menggelarkan kamu lemah? Kamu terlalu bergantung kepada nasihat si penasihat yang berangan nak jadi Anwar Ibrahim pada waktu mudanya. Ya, kamu mendapat sokongan anak muda pada waktu ini akan tetapi kelompok anak muda yang bagaimana? Adakah sokongan anak muda yang terlibat dengan jenayah dan kongsi gelap itu merupakan satu sokongan yang berkualiti.

Kamu gagal Pak Lah. Kamu gagal sebagai seorang pemimpin. Kamu gagal membela nasib rakyat. Jika benar kamu membela nasib rakyat turunkan harga minyak, turun tariff eletrik, turun harga tol, turunkan harga barang keperluan. Apa guna WPI, Nusajaya, Penang Second Crossing dimana kadar tol yang dicadangkan kepada kerajaan sebanyak RM 9.40 bagi kelas kedua walaupun tiang besi masih belum dipacakkan ke laut, NCER, ECER jikalau kos sara hidup meningkat. Kamu yakin segala projek billion – billion ringgit kamu itu akan meningkatkan kualiti hidup?
Kamu gagal Pak Lah.

Kamu gagal dalam mempertahankan kuasa kamu sebagai seorang pemimpin. Kamu terpaksa menggunakan isu perkauman yang jijik untuk mempertahankan kuasa kamu. Kamu terpaksa menggunakan para samseng busuk untuk mengugut rakyat agar terus setia menyokong kamu. Kamu terpaksa menggunakan polis untuk mematikan gelombang kebangkitan rakyat. Kamu terus – menerus menggunakan media untuk meracuni pemikiran rakyat dan tidak memberi sedikit ruang untuk parti politik lain untuk menggunakan media yang sedia ada. Kamu terus bersikap seperti penjajah British, Portugal, Belanda, dan Jepun kerana telah mengugut rakyat agar tidak menentang mereka dan jika rakyat degil kamu akan menahan mereka. Malu Pak Lah, malu sangat!!

Saya malu anda pemimpin seperti ini.

Malu kerana kamu bersikap kejam dan zalim. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi undurlah dengan secara terhormat.. Undurlah.

Sudah tiba masanya anda berundur dengan terhormat kerana anda gagal sebagai pemimpin. Jika anda tidak mahu berundur maka bersiap – sedialah, rakyat akan turun ke jalan raya dan akan melaungkan

"ABDULLAH LETAK JAWATAN!"
posted by jasindaily online @ 1:38 AM   0 comments
"INI BUKAN BUDAYA KITA" - ARTIS LUAR NEGARA MASUKAN MICROFON DALAM SELUAR UNTUK HANGATKAN PERSEMBAHAN
Rabu, Disember 12, 2007

Inilah padahnya bila Kerajaan sibuk nak jaga himpunan aman rakyat. Kebiadapan artis luar terutamanya dari Hollywood telah mencemarkan industri Muzik dan Imej negara. Yang pasti "Ini Bukan Budaya Kita" Wahai Pemimpin BN, Kenapa mereka dibenarkan masuk. Mana FRU? Mana Polis? mana Imam Hadhari? Kenapa tak bertindak?

Kontroversi bermula pada malam R&B Nite di Stadium Negara pada 28 November lalu apabila K-Ci & Jojo membuka baju dan memasukkan tangannya ke dalam seluar. Lil G Of Silk turut mencemarkan persembahan dengan aksi kurang sopan ketika menari bersama dua penonton wanita. Adakah ini yang dikatakan salah satu usaha mempromosikan Malaysia dimata dunia. Yang pasti ini semua kerja-kerja melalaikan...BN + UMNO bangga dengan kelalaian bangsa Melayu...

——————–
Petikan Harian Metro 4 Disember: Puspal perlu lebih tegas
Oleh Nor Akmar Samudin


APABILA persembahan konsert membabitkan artis luar, kerap kali berlaku perkara yang tidak terduga termasuk soal berpakaian dan aksi mereka ketika di pentas.

Fesvital muzik Live & Loud 07 yang dianjurkan Live & Loud Sdn Bhd selama 10 hari mulai 23 November hingga 2 Disember lalu turut mengundang kontroversi. Festival muzik yang julung kali diadakan itu menggabungkan persembahan artis tempatan dan antarabangsa. Antaranya Dionne Warwick, Whitney Houston, Elliot Yamin, Shaggy, K-Ci & Jojo, Kool and the Gang, James Ingram dan James Morrison.

Artis tanah air pula Adibah Noor, Dayang Nurfaizah, Hazami, Jaclyn Victor, Anuar Zain, Nikki, Mawi, Zainalabidin dan Noryn Aziz.

Kontroversi bermula pada malam R&B Nite di Stadium Negara pada 28 November lalu apabila K-Ci & Jojo membuka baju dan memasukkan tangannya ke dalam seluar. Lil G Of Silk turut mencemarkan persembahan dengan aksi kurang sopan ketika menari bersama dua penonton wanita.

Perkara sama berulang dalam konsert Live & Loud 07 di Bukit Kiara Equestrian Park pada 1 Disember. Kali ini Shaggy tampil dengan lagak lucah apabila sedang asyik menyanyi tiba-tiba memasukkan pembesar suara ke dalam seluarnya dan mengeluarkannya perlahan-lahan sebagaimana disiarkan Harian Metro, semalam.

Walaupun penonton terhibur dengan persembahan mereka, namun aksi sebegitu mencalarkan tumpuan sekali gus mencemarkan imej negara dan juga ‘mengotorkan’ budaya Melayu yang penuh dengan sifat ketimuran.

Apabila berlaku perkara seumpama itu, siapakah yang patut dipersalahkan? Apakah sebelum membuat persembahan, penganjur tidak memberi sebarang taklimat kepada artis luar supaya peka dan sentitif dengan budaya bangsa di sini atau barangkali juga artis itu sendiri enggan mendengar kata dan tidak menghormati perasaan masyarakat di sini.

Di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA) ditubuhkan Jawatankuasa Permohonan Artis Luar Negeri (Puspal) yang bertanggungjawab memberikan kelulusan kepada penganjur yang ingin membawa artis luar negara membuat persembahan di negara ini.

Adakah peranan Puspal setakat meluluskan permohonan tanpa meneliti latar artis itu. Negara ini sudah banyak kali dicemari dengan aksi lucah artis luar yang tidak pernah peka dengan cara hidup masyarakat sesebuah negara. Yang terima padahnya penonton kita sendiri yang rata-rata golongan remaja. Mereka terlalu mudah menerima budaya luar sehingga menghakis budaya sendiri.

Pengerusi Majlis Perundingan Industri Hiburan dan Kesenian Tanah Air (Mahkota) dan juga Presiden Majlis Muzik Malaysia, Datuk A Rahman Hassan berkata, dia yakin Puspal ada memberi garis panduan kepada sesiapa yang membuat permohonan untuk membawa artis luar negara ke sini.

“Tetapi mungkin ada perkara di luar jangkaan dan tidak terduga berlaku ketika persembahan berlangsung. Mengikut pengalaman saya ketika membuat persembahan di Brunei, penganjur di sana akan membuat prebiu dulu dengan semua artis terbabit dan pakaian artis juga dipantau

posted by jasindaily online @ 8:23 AM   0 comments
KES ROGOL MENINGKAT, LEBIH 70 PERATUS MANGSA 18 TAHUN KE BAWAH
Bukankah ini semakin membimbangkan..bagaimana anak perempuan kita atau kaum hawa hendak berada diluar jika keadaan diluar semakin merbahaya...polis asyik dok dengan keje menangkap peserta demo, perkara yang sepatutnya dilaksanakan diabaikan..ada ketua polis negara pun bodo macam kayu...nilah hasil pemerintahan kerajaan BN yang berjaya menjadikan polis sebagai kuda tunggangan depa....!!

PUTRAJAYA 30 Nov. - Kes rogol yang dilapor di negara ini meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah.

Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Maximus J. Ongkili berkata, berdasarkan statistik yang diperolehi pihaknya, sebanyak 2,432 kes rogol dilapor dalam tempoh itu berbanding 1,849 kes tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan melahirkan rasa bimbang berhubung perkara itu apabila mendapati kebanyakan kes yang dilapor didakwa dilakukan oleh mereka yang dikenali termasuk bapa dan teman lelaki.

"Ini memberi gambaran yang menyedihkan dan menunjukkan peranan institusi keluarga dan masyarakat sekeliling amat penting untuk mengatasinya.

"Apabila diteliti, ia banyak membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah dan ini merungsingkan kita," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Kempen Pencegahan Jenayah Rogol anjuran MCPF di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee.

Maximus berkata, daripada jumlah keseluruhan kes yang dilapor itu, sebanyak 942 kes membabitkan mereka yang dikenali termasuk rogol berkumpulan.

Sebanyak 752 kes dilapor dilakukan oleh teman lelaki, bapa (75 kes), bapa tiri (45 kes), bapa saudara (61 kes) dan bapa angkat (sembilan kes), katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, MCPF akan mengadakan kempen kesedaran besar-besaran mulai tahun depan dengan kerjasama pelbagai agensi dan masyarakat awam dalam usaha mengurangkan kadar jenayah itu.

"Kempen itu akan melibatkan institusi keluarga, sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan," katanya.

Beliau berkata, masyarakat awam perlu diberi kesedaran agar dapat mengawasi pergerakan golongan remaja memandangkan kebanyakan kes membabitkan penjenayah yang dikenali termasuk selepas berkenalan setakat satu atau dua hari
posted by jasindaily online @ 1:37 AM   0 comments
BERSIH 'MENANG', KESEMUA TAHANAN BEBAS!
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) - Pembebasan kesemua 24 tahanan bermula petang sehingga malam ini merupakan satu kejayaan pusingan pertama Bersih sekaligus menutup tirai pesta penangkapan di parlimen hari ini.

Lapan daripadanya adalah Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; penganalisis pilihan raya Malaysia, Wong Ching Huat; Koordinator Suaram, Yap Swee Seng; wakil CIJ,V. Gayathri; Mien dan Pengurus Pengiklanan Harakah, Mokhtar Rozaidi jam 6 petang tadi.

Manakala, baki 16 yang lain antaranya terdiri daripada Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, AJK PAS Pusat Dr Lo' Lo Haji Ghazali dan Dr Mohd Nasir (PSM).

Menurut kenyataan Suaram kepada Harakahdaily, kesemua yang terlibat akan melaporkan diri sekali lagi di Mahkamah Jalan Duta pada jam 9 pagi, 18 Disember 2007 (Selasa).

Walaupun berlaku penangkapan, namun objektif Bersih tercapai apabila berjaya mengadakan sidang media di pekarangan lobi parlimen pada jam 11.40 pagi tadi dan serentak dengan itu menyerahkan memo Bersih kepada ahli-ahli parlimen pembangkang untuk disampaikan kepada ahli parlimen yang lain termasuk Perdana Menteri.

Memo tersebut secara asasnya membantah pindaan perlembagaan yang bertujuan untuk melanjutkan perkhidmatan Pengerusi SPR daripada 65 kepada 66 tahun yang dipercayai mempunyai motif untuk memberi peluang kepada Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menjawat jawatan itu semula.

Seterusnya secara tidak langsung Bersih beranggapan bahawa pelanjutan perkhidmatan Rashid adalah untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang dan menafikan peluang pembangkang untuk menang serta dalam masa yang sama mencabul hak rakyat untuk mengundi secara bijaksana dalam pilihan raya kelak.
posted by jasindaily online @ 1:17 AM   0 comments
INSIDEN PENAHANAN DI PARLIMEN, LAPAN DIBEBASKAN TANPA SYARAT
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) - Lapan aktivis yang ditahan di bangunan Parlimen telah dibebaskan tanpa sebarang syarat oleh pihak polis.

Mereka yang dibebaskan ialah Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; penganalisis pilihan raya Malaysia, Wong Ching Huat; Koordinator Suaram, Yap Swee Seng; wakil CIJ, Gayathri; Mien dan Pengurus Pengiklanan Harakah, Mokhtar Rozaidi yang terlibat dengan sidang media dan majlis penyerahan memorandum Bersih kepada ahli parlimen tengahari tadi.

"Sebaik dibawa ke IPKKL, kami hanya diambil kenyataan sahaja, tanpa sebarang sebab atau dakwaan dibacakan kepada kami," ujar Dr Dzulkifli ketika dihubungi Harakahdaiy.

Sejurus dibebaskan mereka mendesak pihak polis agar memohon maaf kerana tindakan tersebut adalah merupakan suatu kesilapan.

"Kami tidak berada di luar parlimen dan tidak melanggar injuksi mahkamah yang melarang orang ramai hadir di luar mahkamah untuk mengikuti aktiviti Bersih," katanya lagi.

Kira-kira 16 individu yang ditahan di luar bangunan Parlimen akan didakwa kerana melanggar perintah mahkamah yang melarang sebarang aktiviti Bersih.

Sementara itu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua yang turut ditahan pagi tadi ketika cuba untuk memasuki pekarangan parlimen telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur.

Menurut sumber, beliau kini telah dibawa ke IPPKL untuk direman di sana.

Sekumpulan peguam daripada Jabatan Hak Asasi Manusia Majlis Peguam masih berada di IPPKL untuk membantu mereka yang masih belum dibebaskan
posted by jasindaily online @ 1:13 AM   0 comments
MALAYSIA MAJU SETAPAK KE NERAKA
Selasa, Disember 11, 2007
Carlberg keluarkan beer tanpa alcohol untuk pasaran Negara islam.

Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Beer tanpa alkohol.

Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge FinancialDaily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam disana. Tiada sebarang logo halal akan diletakan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini.

Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana.

Langkah Kerajaan Malaysia menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi jualan syarikat ini yang kini mensasarkan Malaysia sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia.

Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh 'negara Islam' yang berjaya. Hakikatnya Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini.

Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia. Di akui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di Malaysia ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di Malaysia menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan. Jumlah pengeluaran arak di Malaysia sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar prinsip Islam Hadhari.

"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya,
(2) yang minta diperaskannya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10)yang minta dibelikannya. "
posted by jasindaily online @ 8:46 AM   0 comments
MOHAMAD SABU DAN 16 YANG LAIN BEBAS DENGAN IKAT JAMIN
TERKINI : KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) - Setelah menunggu hampir 12 jam di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, akhirnya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu bersama 16 yang lain telah dibebaskan dengan ikat jamin pada jam 9.30 malam tadi.

Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, masing-masing telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Gobalakrishnan dikenakan ikat jamin sejumlah RM3,000.

Selain itu dua orang yang didakwa telah dikenakan ikat jamin sejumlah RM1,000 memandang mereka masih di bawah umur, masing-masing berumur di antara 16 dan 17 tahun manakala bakinya dikenakan ikat jamin sejumlah RM2,000 seorang.

Kesemua ikat jamin berjumlah RM39,000 telah dibayar secara tunai di kaunter ikat jamin di pejabat pendaftar mahkamah B1 jam 8.00 malam.

Turut hadir sama Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi, Anuar Tahir,Ronnie Liu (DAP) dan para penyokong sekitar 50 orang beserta puluhan wartawan.

Sebelum itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail telah memohon supaya mahkamah menolak permohonan ikat jamin daripada para peguam Orang Kena Tuduh (OKT) dengan alasan kesalahan yang mereka lakukan adalah serius.

Namun setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak termasuk Peguam PAS, Hanipa Maidin yang mewakili Mohamad Sabu dan 10 yang lain, Peguam DK Ganesan (Gobalakrishnan) dan Ranjeet Singh (Tian Chua), Hakim Rozana Ali Yusoff menolak permohonan Ghani tersebut dan telah memberi keputusan kira-kira jam 7.15 malam tadi.

Bagaimanapun, kesemua 17 yang dibebaskan dengan ikat jamin akan dibicarakan pada 11 hingga 13 Februari tahun hadapan.

Kes yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen 2 itu bermula agak lewat kira-kira jam 4.31 petang memandangkan Ghani Patail sedang melakukan pendakwaan terhadap kes yang berbeza di Mahkamah Sesyen 1 berhubung kes penangkapan 5 peguam dan 4 aktivis yang melakukan perarakan di pusat membeli belah Sogo menuju ke bangunan Bar Council sempena Program Festival Hari Hak Asasi Manusia semalam.

SUMBER : HARAKAHDAILY
posted by jasindaily online @ 1:39 AM   0 comments
JUDI DAN SEKS MURAH ATAS KAPAL PERSIARAN
Apa nak jadi Malaysia sekarang ini..sapa yang memerintah dan siapa yang bertanggungjawab dalam perkara ini..pokoknya jika undang-undang Malaysia tidak ditukar kepada Islam beginilah jadinya..malangnya Islam hanya diletakkan pada nama sahaja dan dari segi perlaksanaan hilang entah kemana....

GEORGETOWN: Hanya dengan bayaran serendah RM60, kaki judi yang beragama Islam dapat melepas gian di dalam kasino manakala kaki maksiat juga bebas menjalankan aktiviti tanpa bimbang ditahan pihak berkuasa.

Inilah 'kemudahan' yang ditawarkan sebuah kapal persiaran mewah yang beroperasi dari pelabuhan negeri ini dengan perkhidmatan dua kali sehari, pada waktu pagi dan malam bagi pelayaran sepanjang 11 jam.

Difahamkan, kapal yang membuat pelayaran dikenali 'Island Trip' (Pelayaran Pulau) itu mempunyai lesen sah tetapi yang dikesalkan ialah perkhidmatan dan aktiviti perjudian serta maksiat disediakan di atasnya turut dibuka kepada orang Islam.

Tinjauan mendapati di sebalik ada tanda amaran supaya umat Islam tidak memasuki kasino di luar premis berkenaan, pengawal keselamatan dan kakitangan bertugas hanya mengambil sikap 'pejam mata'.

Malah, pemantauan mendapati kira-kira 25 peratus daripada 400 penumpang kapal itu adalah orang Islam, dengan sebahagian besar mereka ligat mempertaruhkan nasib di kasino.

Kapal itu turut menyediakan khidmat urut berharga RM66 untuk setiap 45 minit.

Siasatan kemudian mendapati wanita terbabit menawarkan juga perkhidmatan seks dengan bayaran antara RM150 hingga RM200.
Bagaimanapun, `perkhidmatan tambahan' itu dipercayai dilakukan secara persendirian tanpa ada kaitan dengan kapal itu.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada penumpang kapal itu, 'tarian bogel' turut disediakan pada malam tertentu. - Metro Ahad.
posted by jasindaily online @ 1:21 AM   0 comments
PEMBAZIRAN SUDAH JADI DARAH DAGING / ANAK MUDA LONCAT LENGGOK MENARI MACAM KERA
Khamis, Disember 06, 2007
oleh : Buletin Online

Besut, 2 Dis Ramai bekas-bekas ahli UMNO yang memberitahu bahawa pembaziran memang sudah mendarah dan mendaging didalam jiwa UMNO. Banyak perkara membazir yang telah berlaku didalam UMNO, bermula dari program-program parti sehinggalah kepada perlaksanaan projek-projek.

Beberapa projek membazir yang telah dilaksanakan oleh kerajaan UMNO masih tinggal sebagai monumen untuk tontotan dan pengajaran. Antaranya adalah Dataran Usahawan di daerah Besut. Projek ini adalah projek Pengerusi Felda Dato Dr. Yusof Noor, ketika dia menjadi Menteri Pusat.

Begitu juga beberapa projek kedai atau gerai didalam yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Besut. Projek gerai yang berdekatan dengan Alur Serdang, di Dun Jabi dalam daerah Besut. Sederetan kedai atau gerai yang dibina, tidak pernah digunakan, terbiar begitu saja.

Antara sebab-sebab pembaziran ini adalah kerana sesuatu projek yang hendak dijalankan tidak dibuat kajian dengan teliti. Atas desakan beberapa pihak, projek tersebut diluluskan kerana pihak-pihak yang melobi projek tersebut akan mendapat keuntungan peribadi tanpa memikirkan masalah samada projek tersebut memberikan faedah kepada orang ramai atau pun tidak.

Beberapa orang bekas kontraktor yang pernah aktif menjadi pelobi-pelobi projek juga melaporkan perkara yang sama. Mereka terpaksa melakukan demikian sekiranya mreka mahukan kontrak. Maka ketika lobi sedang di lancer, mereka perlu mengikat janji setia dengan mana-mana pihak di dalam UMNO untuk menjadi kabel bagi mendapatkan sesuatu projek.

Kini beberapa projek-projek mega yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri Terengganu dilihat sebagai membazir. Teguran dan orang awam dan beberapa NGO tidak diendahkan. Perkara yang sama berulang. Ada pihak yang mendapat keuntungan dengan perlaksanaan projek tersebut.

Ambil contoh Taman Tamaddun Islam atau TTI yang sedang dibangunkan di Pulau Wan Man. Sudah benar-benarkah dibuat kajian kebolehupayaan taman tema tersebut sebagai satu projek pelaburan kerajaan, yang membelanjakan ratusan juta wang rakyat. Adakah taman tema berkonsep begitu akan menarik kehadiran ramai pelawat. Berapakah hasil yang akan diperolehi apabila dibuka nanti. Atau adakah ia akan menjadi sebuah lagi muzium? Atau ia akan menjadi taman yang akan digunakan oleh para remaja untuk bersantai dan melakukan maksiat? Atau ia akan menjadi satu lagi projek gajah putih! Yang akan menjadi liabiliti kepada pengurusan kerajaan!.

....................................

Umno taja festival boria, anak muda loncat lenggok menari macam kera
Mohd Sabri Said
Mon Dec 03, 07 10:06:30 am MYT


Bila sebut boria di Pulau Pinang saya sendiri tertawa memikirkan apa yang cuba dibawa oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancungan Malaysia (Kekwa) di Padang Kota Lama bermula 30 November sehingga 2 Oktober 2007.

Festival yang sudah tidak releven lagi di Pulau Pinang itu seolah sengaja digempurkan untuk tujuan pilihanraya setelah Perdana Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terasa bahang ketakutan apabila orang Cina dan India di negeri ini menunjukkan angin perubahan.

Memandangkan, orang Melayu masih lagi khayal dengan hiburan terutamanya golongan belia maka pemerintah Barisan Nasional (BN) tidak semena-mena mahu mengambil kesempatan menengahkan irama boria yang sudah pupus di negeri yang bakal maju dengan Penang Global City Centre (PGCC).

Ramai orang terkial-kial mendengar nama boria walhal sudah lama tidak kedengaran di corong radio nyanyian atau lawak yang kadang-kadang mual ekoran pujian yang tidak habis-habis kepada BN yang didakwa boleh membawa kemajuan di negeri ini.

Seorang rakan saya menelefon mengkhabarkan program yang dirasmikan oleh Perdana Menteri itu.

"Hello Sabri, hang tak mai tengok boria ka? Depa bukan main meloncat, pakai topeng dengan lenggang lenggok macam kera!," katanya.

Saya yang waktu itu baru selesai menyudahkan bahan fokus kedudukan melayu di Bayan Baru, Pulau Pinang sudah mengagak pasti ada orang kuat PAS Penaja Kawasan Tanjung, Rasidi Salim akan memberitahu perkara itu.

Saya sendiri sudah mendapat info dari TV dan banner di merata tempat cuma tidak sempat meninjau ke situ sahaja.

Saya tabik pada Rasidi kerana banyak bantu saya mencari isu di negeri ini macam Allahyarham ayahnya, Salim Hashim yang tidak lekang-lekang menghubungi saya di era 1990 an sehingga ke akhir hayatnya kira-kira dua tahun lalu jika ada isu membabitkan kezaliman BN dan Umno.

Isu tanah wakaf Kampung Makam sendiri di waktu hayatnya sukar digugat tapi bila ketiadaanya barulah Majlis Agama Islam (Maipp) berani melakar pembangunan hebat kononya untuk kebaikan Melayu juga.

Saya dah pi tengok, petang tadi, bukan main ramai budak muda terkinja-kinja ikut irama boria. Bas Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancungan dan banyak lagi kementerian mai sama.

Bukan saja pemimpin BN bahkan, penuh bendera Umno dari Pulau Pinang seakan majlis tajaan Umno sepenuhnya.

Tu la! sambungnya, depa bukan tau mana satu projek kerajaan atau parti. Pakai main hentam saja yang pacak bendera pula sekadar mahu upah bukan semangat untuk merealisasikan semula kesenian boria.

Saya teringat sewaktu mencari bahan berita di salah sebuah kampung melayu di Tanjung Bungah. Saya lihat lebih kurang 20 remaja bukan main rancak menari irama boria.

Pada hal, kampung yang mereka duduki terancam dengan pembangunan bertaraf mewah. Fenomena itu boleh dilihat di keliling kampung yang tinggal suku ekar lagi akan hilang indentiti.

Boria Tanjung Bungah mahu pembangunan! itulah lirik yang masih terngiang-ngiang di telinga saya sampai kini.

Melihat gelajat pemuda-pemudi itu mereka merupakan generasi yang bakal meneruskan perjuangan Umno di situ.

Tapi, setahun lepas itu saya sekali lagi terpanggil untuk menulis cerita pembangunan Tanjung Bungah dan terkejut beruk dibuatnya! bila saya dapati dah tak dak kampung yang mana remajanya terkinja-kinja mahukan pembangunan.

Semuanya dalam pembinaan rumah bertingkat bertaraf elit dan ramai penduduk tidak puas hati dengan pembangunan yang menyebabkan mereka berpecah belah. Umno yang berboria waktu itu mana perginya?.

Mana pemimpin Umno di Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail yang juga Presiden Sepak Takraw Malaysia?.

Jangan asyik tidak puas hati Thailand mahu guna bola lain di Sukan Sea sehingga nak memulau kejohanan berprestij di Asean tapi lihat sama nasib Melayu di parlimenya yang tidak ada masa depan.

Apa yang dikatakan oleh Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu setiap kali berceramah di sebelah pulau terutamanya mana dia kumpulan boria di Sungai Pinang, Kampung Rawa, Kampung Dodoi, Jalan Awana dan sebagainya.

Semua dah pindah bila pembangunan datang ada yang lari ke Kulim, Mahang dan Sungai Petani malahan ada yang mati semasa menyewa rumah bila perkampungan asal diambil untuk tujuan pembangunan.

Itulah nasib melayu Pulau Pinang yang sampai kini tiada masa depan. Tiba-tiba Umno bawa festival boria pemuda untuk mengembalikan noltagia kesenian yang hampir tiada warisan bersama beberapa penaja lain antaranya, Kerajaan Negeri, Umno Pulau Pinang, Utusan, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Rira Bina Sdn Bhd, Koridor Utara, Queenbay Mall, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Wahai anak muda Islam Pulau Pinang buatlah perubahan jangan lagi lalai dengan projek BN yang asyik seronok tanpa batasan yang akhirnya merugikan mereka sendiri apabila menjadi hamba di tanahair sendiri
posted by jasindaily online @ 1:19 PM   0 comments
HAK BERHIMPUN DIAKUI, TETAPI SEBAHAGIAN TUNTUTAN HINDRAF MELAMPAU
PAS sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa semua pihak seharusnya diberikan hak dan kebebasan untuk berhimpun dan bersuara sebagaimana yang dijamin dan diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sesungguhnya kejadian diskriminasi kaum bukan hanya berlaku terhadap masyarakat India malah turut berlaku dikalangan masyarakat Cina dan Melayu khasnya yang menyokong parti-parti pembangkang. Malahan terbukti pimpinan dan ahli-ahli MIC tertentu memperolehi habuan yang lebih baik dari bangsa Melayu sendiri yang menyokong parti-parti pembangkang.

PAS mempertahankan perlunya perpaduan kaum terus dikekalkan dalam negara ini dan sebarang isu yang dicetuskan untuk menghasut sentimen mana-mana kaum samada India, Melayu ataupun Cina hendaklah ditolak.

PAS menganggap sebahagian tuntutan dan tuduhan pihak HINDRAF adalah melampau dan dengan ini menuntut agar pihak kerajaan segera menubuhkan badan bebas untuk menyiasatnya.


PAS dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan mainan pihak media yang didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional yang cuba mencetuskan ketegangan kaum bagi tujuan meraih undi rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat dan pimpinan parti-parti pembangkang sebagaimana semasa "Operasi Lalang" tahun 1987 dahulu.

3 Disember, 2007
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
PRESIDEN PAS
posted by jasindaily online @ 1:04 PM   0 comments
BERSIH BERHIMPUN 11 DIS BANTAH PENYAMBUNGAN KHIDMAT
Rabu, Disember 05, 2007
GABUNGAN Pilihanaya Bersih dan Adil (Bersih) akan mengadakan satu lagi perhimpunan rakyat pada 11 Disember depan bagi membantah usaha kerajaan menyambung perkhidmatan Pengerusi SPR Abdul Rashid Rahman.

Rashid ditetapkan bersara pada 31 Disember ini apabila umurnya mencecah had mandatori 65 tahun.

Bagaimanapun, kerajaan akan meminda Perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat.

Usul tersebut buat kali pertamanya dibentang secara tergesa-gesa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 20 November lepas oleh menteri yang menjaga undang-undang, Nazri Abdul Aziz.

Ia akan dibacakan untuk kali kedua pada 11 Disember ini.

Menurut satu kenyataan Bersih, perhimpunan akan diadakan pada jam 10 pagi di perkarangan bangunan Parlimen pada tarikh itu.

BN amat memerlukan khidmat Rashid yang licik bagi memastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang.

Manakala sebelum itu, pada 9 Disember, ahli-ahli Majlis Peguam akan mengadakan perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia.

Perhimpunan akan dimulakan di kompleks membeli belah Sogo bermula jam 7.30 pagi. Para peguam kemudiannya akan berarak ke Pasar Seni.

adihamka @ December 4, 2007
............................................

Detikdaily
Bersih akan dedahkan rakaman perbualan Rashid SPR
Posted on Tuesday, December 04 @ 20:41:41 EST by reformis

Petikan malaysiakini


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) akan mendedahkan pita rakaman perbualan antara Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dengan anggota rombongan gabungan itu di Putrajaya pada 2 Julai lalu.

Ini ekoran penafian Abdul Rashid (foto) bahawa beliau telah menasihatkan Bersih supaya menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai perjalanan pilihanraya di negara ini.

"Ia akan didedahkan apabila tiba masanya untuk membolehkan orang ramai mendengar sendiri percakapan Abdul Rashid dengan anggota Bersih," kata Setiausaha Sekretariat Bersih, Faisal Mustaffa ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Bersih dilaporkan berkata Abdul Rashid yang menasihatkan mereka supaya menghantar memorandum kepada Seri Paduka untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Bagaimanapun, Sabtu lalu, Abdul Rashid menafikan beliau yang menasihatkan gabungan tersebut seupaya berbuat demikian.

Abdul Rashid menganggap dakwaan itu sebagai 'tidak masuk akal' dan mendakwa tindakan Bersih mengeluarkan kenyataan sedemikian, hanya untuk 'melaga-lagakan’ SPR dengan kerajaan.

"Hantar memo (kepada Yang di-Pertuan Agong) bukan idea saya dan perkara itu tidak timbul pada pertemuan saya dengan Bersih.

"Saya tidak ingat ada sesiapa (dalam pertemuan dengan Bersih) yang sebut nak hantar memo pada Yang di-Pertuan Agong tapi tak tahulah kalau mereka nak sumbat perkara itu dalam tekak saya... tak perlulah nak lagakan saya dengan mana-mana pihak," katanya dalam laporan tersebut.

'Jangan dolak-dalih'

Sementara itu, Faisal berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Bersih yang diadakan beberapa hari lalu.

Dalam pita rakaman tersebut, katanya, Abdul Rashid telah menasihatkan Bersih supaya menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan pilihanraya yang bersih dan adil.

"Pengerusi SPR itu mengeluarkan kata-kata tersebut sewaktu makan tengah hari selepas Bersih mengadakan pertemuan dengan beliau di pejabatnya di Putrajaya, 2 Julai lalu," jelas Faisal.

Berikutan itu, kata Faisal, Bersih mengadakan perhimpunan yang hadiri kira-kira 40,000 dan menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong pada 10 November lalu

SUMBER DARI : SUARA KEADILAN ONLINE & DETIK DAILY
posted by jasindaily online @ 12:38 PM   0 comments
MAMPUKAH AHLI-AHLI PARLIMEN KITA MENJADI PEMANTAU KERAJAAN?
Persidangan Inter Parlimen ASEAN berkenaan Urustadbir Yang Baik atau "Good Governance" berakhir di ibunegara semalam. Memandangkan agenda "Good Governance" ini tidak begitu penting maka ia kurang mendapat liputan berbanding Pameran LIMA di Langkawi ataupun Ikan Yu seberat 3,000 kg yang mendapat liputan muka hadapan Berita Harian.

Di sudut kecil muka sebelas akhabr The Star dilaporkan yang Presiden Transparency International Malaysia atau TI Malaysia, Tan Sri Ramon Navartanam sebagai berkata bahawa ahli-ahli parlimen tidak sepatutnya mempertahankan menteri-menteri yang buruk. Kata beliau lagi disebalik urustadbir yang buruk biasanya adalah perlakuan rasuah. Ketandusan integriti dan ketelusan serta pertanggungjawaban yang lemah akan membuka peluang kepada rasuah.

Oleh itu kata beliau ahli-ahli parlimen perlu mengelakkan dari dari diperkudakan untuk mempertahankan dasar dan polisi buruk yang dibawa oleh menteri-menteri yang juga buruk. Dalam erti kata lain mereka perlu bertindak sebagai pemantau bagi menghalang rasuah dari meresapi kerajaan.

Masalahnya di Malaysia menteri-menteri inilah juga ketua dan pemimpin parti kepada ahli-ahli parlimen kita kecuali yang dari pembangkang. Oleh itu bagaimanakah contohnya ahli-ahli Parlimen mahu menentang dasar dan polisi buruk dari Menteri Pertanian sedangkan menteri berkenaan adalah Naib Presiden parti mereka!


Lainlah kalau masing-masing ahli parlimen mempunyai maruah dan mengutamakan kepentingan rakyat. Malangnya di Malaysia periuk nasi sendiri dan parti lebih penting dari segala-galanya.

sumber dari : ROSLAN SMS
posted by jasindaily online @ 12:14 PM   0 comments
ANGIN PERUBAHAN DI DUN SERKAM
oleh : budi

Serkam, Parlimen P139-Jasin dan N 26 Serkam mendapat semangat baru menjelang pilihanraya umum akan datang apabila mendapat sokongan dari masyarakat india disini.

Satu majlis ramah mesra bersama kaum india telah diadakan disini yang dianjurkan bersama oleh PKR Jasin dan Majlis Tin dakan DUN Serkam.Pada majlis tersebut mereka telah menzahirkan sokongan kepada BA dengan mengisi borang menjadi ahli PKR.

Timbalan PKR-Jasin, Sdr Azmi Bin Khamis telah menyampaikan sedikit penerangan tentang dasar BA dan keperluan untuk menyokong BA khususnya dalam pilihanraya akan datang. Rata rata masyarakat india yang hadir hari itu faham dengan keadaan semasa politik tanahair. Mereka kebanyakannya orang muda adalah golongan yang berpelajaran dan tinggal ditaman taman perumahan Serkam Darat.

Salah seorang dari wakil masyarakat india yang hadir telah menyatakan kekesalannya selama ini kerana memberi sokongan kepada BN khususnya MIC. Beliau meletakan harapan dan keyakinan yang tinggi bahawa BA akan menjadi kerajaan yang lebih bertanggungjawab khususnya dalam membela nasib masyarakat india dinegara ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ketua Dewan pemuda PAS Melaka - Ustaz Kamarudin Sedek, SU PKR-Jasin - Pn Mahani Mazban,naib ketua PKR-jasin Endunpayan Manickam dan beberapa pimpinan PKR dan jawatankuasa MTD-serkam.

Sementara itu menurut SU- PKR Jasin Puan Mahani, ramai lagi masyarakat india dari estet dan taman perumahan diserkam darat akan mengikut jejak rakan mereka untuk menyertai PKR. Satu majlis penyerahan borang keahlian akan diadakan pada majlis ceramah yang akan diadakan diSerkam Darat pada 17 disember nanti.

Ketika diminta mengulas perkembangan tersebut ,ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Kamarudin menyatakan kesyukuran dengan apa yang berlaku ."Ini satu perkembangan yang baik, dan saya harap masyarakat melayu di DUN serkam ini juga akan sedar dan melakukan perubahan dalam pilihanraya akan datang " ujarnya yang juga bekas calon di DUN Serkam dalam pilihanraya lalu.
posted by jasindaily online @ 1:35 AM   0 comments
DARI MEJA ICT
Assalamualaikum w.b.t

Maaf kerana saya gagal mengemaskini laman ini pada masa yang ditetapkan. Insya-Allah laman jasindaily akan beroperasi seperti biasa. Maaf sekali lagi diatas kelemahan diri saya dan terima kasih kepada pengunjung yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami.

ICT DPPK Jasin
posted by jasindaily online @ 1:11 AM   0 comments




Gratisan Musik

Image Hosted by bkrm.blogspot.com
>
KEMPEN JOM SERTAI PAS

MARI KITA SAMA-SAMA MENGHANGATKAN KEMPEN JOM SERTAI PAS YANG DIRASMIKAN OLEH PRESIDEN PAS PADA 27 DISEMBER 2008, UNTUK SEBARANG MAKLUMAT BOLEH HUBUNGI SEKETARIAT JASIN DI EMAIL dppkjasin@yahoo.com. SILA KLIK GAMBAR UNTUK DOWNLOAD BORANG KEAHLIAN AHLI
Diari Perjuangan

AKTIVITI TAHUN 2009

Air Mata Ulama'


PENAJA KAMI
BOX OFFICE PUNYER !!

Image Hosted by ImageShack.us

MASIH BUTAKAH KAMU MENOLAK KEPIMPINAN ULAMA' ?


Adakah dengan paparan video ini masih lagi membuatkan BN dan UMNO masih buta. Kamu yang rata-rata bangsa Melayu beragama Islam masih menolak Islam bahkan non muslim yang masih tidak mengerti apa itu Islam telah menyokong. Sayang sungguh kamu walaupun dilahirkan dengan secara terang dalam Islam tetapi kamu gagal menghiasi corak Islam yang sebenar..Malang sungguh Umat Islam di Malaysia di kala ini...

KEMPEN 1

Image Hosted by ImageShack.us .

KEMPEN 2

Image Hosted by ImageShack.us

TAK NAK BN !!








KENANGAN ALMARHUM USTAZ FADZIL MOHD NOOR


Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor adalah lambang pemimpin gerakan Islam dan ketua parti politik Islam yang bijak mengatur langkah dan memanfaatkan senario sekeliling SEMOGA ALLAH MERAHMATI ROH BELIAU !. Al-Fatihah

JAHANAM ISRAEL !!!!

DPPKJASIN

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JASIN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS LINK, ARTIKEL DAN APA JUA BAHAN YANG BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM. SEGALA YANG DIPAPARKAN ADALAH MENJADI TEGURAN DAN RENUNGAN BERSAMA DALAM MENUJU KEARAH HIDUP SEORANG MUSLIM YANG MUKMIN

Name: Pemuda PAS Jasin
Home: Merlimau, Melaka, Malaysia
About Me:
See my complete profile
VIDEO JASINDAILY

USTAZ KAMARUDDIN SIDEK - MARKAS PAS BUKIT TEMBAKAU 13 JANUARI 2007

  • Ali Rustam Membazir Duit Rakyat
  • Isu Babi di Melaka
  • Pengalaman Bekas Paderi
  • Koleksi Ust Nasarudin Md Isa 1
  • Isu Murtad & IFC
  • Dasyatnya Malaysia Hari Ini
  • Merdeka Ala Sekular
  • NASYID MINGGU INI

    AL FATEH

    CORETAN YANG LALU
    WEB MELAKA
    WEB ALTERNATIF
    AUDIO DAN VIDEO
    WEB RADIO

    Pastikan anda mempunyai program Winamp, MediaPlayer atau RealPlayer untuk menjalankan Radio ini.
    IKIM.fm Malaysia
    [Winamp/RealPlayer]

    Tarbiyah.fmIndonesia
    [Winamp/RealPlayer]

    Nur IslamBrunei
    [Media Player]

    NoorRadio.fmU K
    [Winamp/RealPlayer]

    RadioIslam.fmChicago
    [RealPlayer]

    MISG.fmMISG Online
    [Winamp/RealPlayer]

    SEMAKAN DAFTAR ONLINE

    DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BAGI TEMPOH 1 APRIL HINGGA 3O JUN 2006 YANG TELAH DIPERAKUI PADA 24 JULAI 2006.BERKUATKUASA PADA TARIKH NOTIS DISIARKAN DALAM WARTA IAITU PADA 31 JULAI 2006.TUAN/PUAN BOLEH MENYEMAK DAFTAR TERSEBUT PADA BILA-BILA MASA SAMA ADA DI IBU PEJABAT SPR ATAU PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI ATAU MELAYARI LAMAN WEB SPR (KLIK DISINI @ LOGO DIBAWAH).

    POSTER ALTERNATIF


    TRAGEDI KAMPUNG BEREMBANG..Selepas tragedi keruntuhan Masjid Bujal di Terengganu, Kali ini penduduk Kampung Berembang menjadi mangsa kerakusan dibawah kerajaan yang dikatakan "ADIL DAN SAKSAMA" dalam membela rakyat, terbukti bahawa Kaum Melayu akhirnya merempat ditempat sendiri !!Klik pada gambar melihat situasi yang berlaku pada rakan kita di Kampung Berembang...

    BLOODY SUNDAY : 28 MAY 2006

    Powered by

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    1427 Hakcipta Tak Terpelihara
    Di Kendalikan Oleh Lajnah ICT Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin (DPPKJASIN)
    Sekiranya anda ingin menyumbang artikel, berkongsi maklumat, cadangan atau teguran
    sila hantarkan ke alamat dibawah.
    E-mel : dppkjasin@yahoo.com